You are on page 1of 2

SWiT Portal 2009

Bola Tampar

1.0 PERATURAN AM
- Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut UNDANG-
UNDANG/PERATURAN BOLA TAMPAR RASMI FIVB.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Tampar Kejohanan Sukan Wilayah
Timur Kali Ke-4 2009 ILP Miri adalah muktamad.
- Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
- Jawatankuasa Teknikal berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sukan Wilayah Timur Ke-4 2009 adalah
muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN


- Tarikh pertandingan dijadualkan pada 28 Mac 2009 hingga 31 Mac 2009.

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN


- Tempat pertandingan ialah Institut Latihan Perindustrian Miri, Miri, Sarawak.

4.0 PENDAFTARAN PESERTA


- Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah 12 orang termasuk jurulatih dan pengurus pasukan. Setiap
pemain perlu didaftar mengikut nombor jersi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa pendaftaran.
- Pendaftaran Pemain hendaklah menggunakan borang khas iaitu “Borang Daftar Pasukan Bola Tampar”
yang disertakan semasa taklimat dan pengundian diadakan dan “Borang Daftar Pemain Bola Tampar”
diserahkan sebelum setiap perlawanan dimulakan.
- Semua kakitangan dan pelajar yang terlibat hendaklah membawa “Kad Pelajar” dan “Kad
Kakitangan” dan ia hendaklah diserahkan kepada jawatankuasa pengelola pertandingan sekiranya perlu.
- Setiap pasukan yang akan bermain hendaklah terdiri daripada maksimum 2 kakitangan dan 4 pelajar.
- Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkan mana-mana pasukan yang melanggar atau tidak
mematuhi syarat-syarat di atas.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN


- Sistem pertandingan akan dijalankan secara “Liga Sepusingan”.

6.0 MENARIK DIRI


- Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan
adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

7.0 PEMBATALAN (WALK OVER)


- Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan bermula.
- Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa memberi alasan yang munasabah
adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawan.

8.0 FORMAT KIRAAN MATA


- Perlawanan akan dijalankan dalam 5 set permainan untuk setiap perlawanan di mana pasukan yang memenangi 3 set
terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan.
- Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata. Di dalam kes
24-24 tie, permainan diteruskan sehingga 2 mata dicapai sebagai contoh (26-24/27-25).
- Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke 5, mata penamatnya adalah 15 mata dengan kelebihan
sekurang-kurangnya 2 mata.
- Berikut adalah sistem pemberian mata :-

MENANG = 3 MATA

KALAH = 0 MATA
- Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama,
maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.

9.0 PAKAIAN
- Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi dan seluar sukan.
- Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan mempunyai nombor di bahagian depan dan
belakang yang sesuai untuk pertandingan bola tampar.
- Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

http://www.ilpmiri.gov.my/swit09 Powered by Joomla! Generated: 27 October, 2009, 13:06


SWiT Portal 2009

10.0 PERALATAN
- Setiap pasukan perlu menyediakan 2 biji bola Mikasa untuk pertandingan (Tournament Ball) –Biru/Kuning

11.0 PENGADIL
- Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa pertandingan
- Setiap pasukan perlu menyediakan 2 orang penjaga garisan di kalangan pemain

12.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN


- Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau berlaku masalah teknikal, maka pengadil akan menunda dengan
persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
- Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang telah tertangguh.

Kiraan mata dari perlawanan yang tertangguh akan dibawa ke perlawanan sambungan.

13.0 PERKARA-PERKARA AM
- Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul kemusykilan
dalam kejohanan ini seandainya tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
Pihak jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak meminda sebarang undang-undang kejohanan jika perlu.
- Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi jawatankuasa pengelola kejohanan
berhak meminda susulan atau tarikh/masa jika perlu. Perubahan ini akan diberitahu oleh pengurus pasukan masing-
masing dengan secepat mungkin.
- Selain daripada pegawai-pegawai yang terlibat dan jurukamera rasmi, tiada sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam
gelanggang bila sesuatu perlawanan dijalankan.
- Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa
perlawanan adalah seperti berikut:
- Pengurus Pasukan
- Jurulatih
- 4 orang pemain simpanan
- Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab Pengurus Pasukan masing-masing dan diharap
semua Pengurus Pasukan akan memberi kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan dapat
berjalan dengan lancar dan berjaya.

http://www.ilpmiri.gov.my/swit09 Powered by Joomla! Generated: 27 October, 2009, 13:06

You might also like