You are on page 1of 9

ME 2733: Pengantar Arkeologi

BAB 1
PENGERTIAN ARKEOLOGI

OBJEKTIF

- Membincangkan dan menguraikan definisi arkeologi sebagai


satu bidang kajian masa lampau.
- Membincangkan matlamat dan skop penyelidikan bidang
arkeologi.
- Membincangkan kepentingan penyelidikan arkeologi.
ME 2733: Pengantar Arkeologi 2

1. 1 PENGENALAN
Arkeologi umumnya sering dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang mencabar, penemuan
yang bernilai, kisah-kisah misteri, tamadun-tamadun purba dan watak-watak utama dalam filem
cereka seperti Indiana Jones dan The Lost of King Solomon Mines. Gambaran-gambaran sedemikian
hanyalah tokok tambah dari gambaran sebenar bidang ini. Arkeologi sebagai satu disiplin ilmiah telah
berkembang lebih dari tiga abad lalu merupakan satu disiplin ilmu yang khusus dalam menyingkap
masa lalu manusia dan membinanya semula untuk tatapan masa kini. Ianya berkembang dari satu hobi
kepada satu disiplin ilmu yang serius dengan metodologi, teori, teknik dan teknologi yang sentiasa
perubahan.

Penemuan-penemuan besar dalam perkembangan arkeologi seperti makam-makam diraja


Firaun, tinggalan-tinggalan empayar Rom, Maya dan Aztec, kuil dan candi Hindu-Buddha seperti
Angkor Wat dan Borobudor sentiasa mendapat liputan luas oleh media massa dan membentuk
gambaran umum yang menarik. Namun demikian, kegagalan, kekecewaan, pengorbanan, kepayahan
ahli arkeologi dalam melaksanakan dan mengembangkan bidang ini amat jarang diketahui oleh
masyarakat umum.

1. 2 APA ITU ARKEOLOGI ?


Arkeologi berasal dari perkataan Yunani iaitu arkhaiologia yang bererti perbincangan tentang benda
purba atau silam. Istilah ini digubah semula pada abad ke 17 oleh seorang sarjana German bernama
George Daux. Terdapat pelbagai definasi tentang arkeologi dan sebagai satu disiplin yang dinamik,
ianya telah berubah-ubah bersesuaian dengan ruang kajiannya yang semakin luas dengan aplikasi
teknologi semasa. Antara definisi-definisi yang sering digunakan oleh ahli arkeologi dalam merujuk
kepada pengertian bidang ini ialah seperti:-
1. Paul Bahn menyatakan pengertian asas arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa
lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar,
menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menguraikan bentuk dan
perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali
merekonstraksinya semula.
2. Grahame Clark mendefinisikan arkeologi sebagai satu bentuk kajian yang sistematik ke atas
bahan-bahan purba bagi membentuk semula sejarah. Cottrell Leonard pula mendefinisikan
arkeologi sebagai satu cerita mengenai manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti
peralatan yang digunakan, monumen, rangka manusia dan segala yang terhasil dari inovasi
yang diciptanya.
3. Glyn Danial mendefinasikan arkeologi sebagai satu cabang sejarah yang mengkaji tinggalan-
tinggalan masa lampau. Kajian sejarah yang menggunakan segala maklumat sama ada
ME 2733: Pengantar Arkeologi 3

bertulis, epigrafik atau tinggalan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan gambaran
sebenar tentang manusia masa silam.
4. Frank Hole dan Robert F. Heizer pula merujuk arkeologi sebagai suatu kajian tentang masa
silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga
merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang mengambarkan
data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orentasi teori ahli arekologi.
5. Robert J. Sharer dan Wendy Ashmore melihat arkeologi sebagai bahagian khusus tentang
teknik yang digunakan dalam menbongkar bukti tentang masa lalu dan sebagai satu disiplin
yang mengkaji masyarakat dan kebudayaan silam berdasarkan budaya kebendaan ianya
menerangkan perkembangannya serta bagaimana ianya berlaku.
6. Glyn Isaac menyatakan disiplin arkeologi sebagai satu disiplin yang cuba menerangkan
hubungan di kalangan manusia dan di antara manusia dengan dunia kebendaan. Menurutnya
lagi, ianya merupakan bukan satu disiplin sains jati, sains sosial dan cabang kemanusiaan
tetapi lebih merupakan usaha khusus atau tempat untuk semua bidang bertemu.
7. J. de Leat menganggap arkeologi sebagai satu disiplin sains dan cabang kepada bidang
sejarah.
8. Walter Tylor menyatakan arkeologi tidak lebih daripada suatu kaedah dan kumpulan teknik
yang khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai budaya.
9. Nik Hassan Shuhaimi menerangkan pengertian arkeologi pada mulanya ialah satu bentuk
kajian ke atas bahan purba melalui kaedah deskriptif yang sistematik pada sekitar awal abad
ke 18 kemudiannya berkembang kepada maksud sejarah purba pada abad ke 19 dan kini
sebagai satu disiplin yang bertujuan untuk membentuk semula sejarah kebudayaan, sejarah
cara hidup dan proses kebudayaan masyarakat pra sejarah, proto sejarah dan sejarah dengan
mengkaji artifak dan non artifak serta melihatnya dalam konteks alam sekitar.

Daripada definisi dan pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahwa bidang arkeologi
merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang manusia dan kebudayaan masa silam
berdasarkan kepada tinggalan dengan kaedah penyelidikan yang sistematik dengan menggunakan
pelbagai pendekatan disiplin-disiplin yang lain seperti sejarah, antropologi, geologi, geografi,
matimatik, fizik, zoologi, botani, senibena, kejuruteraan dan lain-lain. Penumpuan terhadap tinggalan-
tinggalan kebudayaan tidak hanya tertumpu kepada aspek kebendaan yang dikategorikan kepada
buatan manusia tetapi juga yang bersifat bukan buatan tetapi terhasil secara tidak langsung kesan
daripada tindakan manusia dalam membina kebudayaannya yang dikategorikan sebagai non-artifak.
ME 2733: Pengantar Arkeologi 4

1.3 MATLAMAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI


Perkembangan disiplin arkeologi telah memperlihatkan perubahan-perubahan dalam matlamat
penyelidikannya yang disebabkan oleh pemahaman manusia tentang masa silamnya telah bertambah
dengan banyak penemuan terbaru dan teknik serta teknologi yang digunakan senitiasa berubah dan
lebih mudah diperoleh terutama selepas era Perang Dingin sekitar 1980an. Diawal perkembangan
arkeologi sebagai satu aktiviti Purbawanisme pada abad ke 18, ianya hanyalah satu usaha untuk
mengumpul barang-barangan antik sama ada untuk koleksi persendirian ataupun muzium. Ianya
berkait rapat dengan era imperialsme Barat terhadap rantau Afrika, Amerika dan Asia. Kesedaran
untuk mengumpul dan melengkapkan dokumentasi khususnya dalam pengkajian sejarah seni, senibina
dan antropologi telah mengubah sedikit sebanyak matlamatnya daripada hanya mengumpul barang-
barang antik di sekitar abad ke 19.

Menjelang abad ke 20 barulah matlamat asas penyelidikan arkeologi mantap terbina iaitu satu
bidang kajian yang mendokumentasikan sejarah tentang apa yang berlaku pada masa silam. Sejak dari
itu matlamat bidang ini berkembang bersesuaian dengan keperluan dan kesesuaiannya dalam satu-satu
kajian yang dilakukan oleh bidang ini. Seperti yang ditekankan oleh beberapa orang ahli arkeologi
umpamanya Glynn Isacc yang menyatakan bahawa kaedah penyelidikan arkeologi seharusnya ianya
diperbaiki tanpa mengubah arkeologi sedia ada, Glyn Daniel pula menyatakan sampai masanya untuk
ahli arkeologi menggambarkan sebaik mungkin dangan bahan-bahan yang ada tentang cara hidup dan
zaman prasejarah manusia, Watson LeBlanc dan Redman pula menyatakan bahawa salah satu
matlamat arkeologi ialah menerangkan tentang sesuatu peristiwa dan proses di masa lalu dan Lewis
Binford pula menekankan aspek penerangan dan penjelasan terhadap perkembangan fizikal ,
kebudayaan dan jangkawaktu kewujudan manusia adalah antara matlamat terpenting arkeologi.

Mendokumentasikan masa silam manusia dan persekitarannya menurut kronologi peristiwa


tanpa dokumen bertulis memerlukan kaedah dan teknik kajian bukan hanya bergantung kepada aspek
teoritikal tetapi juga bantuan teknologi dan disiplin lain. Ini perlu untuk memperolehi bahan
dokumentasi yang benar, relevan dan tepat dalam erti kata lain fakta yang benar dan telah teruji
kebenarannya. Segala maklumat yang diperolehi bukan hanya dapat membantu kepada pengkajian
sejarah tetapi juga kajian lain khususnya yang melibatkan manusia, kebudayaan dan persekitaran
fizikal yang merangkumi alam flora dan fauna sebagai sokongan kepada perkembangan manusia.

Menjelang akhir abad ke 20, matlamat arkeologi tidak hanya terhad kepada dokumentasi atau
sekadar mesin pencari maklumat terbaru tetapi juga mempelbagaikan sumber-sumbernya. Pada awal
perkembangan arkeologi, sumber bahan budaya tidak bertulis seperti artifak alat batu, tembikar,
monumen, kubur dan penempatan menjadi tumpuan. Namun dengan kemunculan Arkeologi Baru
ME 2733: Pengantar Arkeologi 5

sekitar 1960an, sumber yang bersifat non artifak seperti tanah, bahan organik dan mineral telah dikaji
sama penting dengan artifak bahan budaya.

Kesimpulannya, matlamat utama arkeologi ialah mencari dan menambah dokumentasi sejarah
tentang manusia dengan bersumberkan bahan budaya dan persekitaran fizikal. Bagi mencapai
matlamat ini kaedah dan teknik penyelidikannya akan sentiasa dikemas kini. Seterusnya ia akan
mempelbagaikan matlamat arkeologi dengan bersandarkan etika penyelidikan yang ilmiah. Inilah
yang akan membezakannya dengan industri perdagangan antik dan aktiviti pemburuan harta purba.

1. 4 SKOP BIDANG KAJIAN


Kajian terhadap manusia dan perkembangannya akan mengambil kira jangkamasa kewujudannya,
bentuk perkembangan fizikal dan kebudayaannya dan relevannya terhadap penyelidikan sejarah dan
disiplin lain yang memerlukan data maklumat dari penyelidikan arkeologi. Ini menjadikan skop
bidang arkeologi amat luas baik dari segi jangkamasa dan persoalan yang dikaji.

Dari segi tempoh jangkamasa, ianya amat berkait rapat dengan sejarah geologi bumi yang
berusia 5000 juta tahun. Tempoh ini dibataskan dengan bidang kajian dalam sub-disiplin arkeologi.
Ini bermakna skop jangkawaktu ditentukan oleh permasalahan kajian, jenis tapak ataupun sub-disiplin
arkeologi. Skop kajian sub-sub disiplin arkeologi akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3.

1. 5 KEPENTINGAN PENYELIDIKAN ARKEOLOGI


Arkeologi adalah satu disiplin ilmu yang berlandaskan penyelidikan saintifik dalam mengkaji sejarah
masa lampau manusia dan kebudayaannya. Walaupun pada peringkat awal ianya merupakan tidak
lebih dari satu aktiviti mencari harta karun namun perkembangannya lebih seabad yang lalu telah
banyak merubah identitinya. Perubahan yang berlaku telah mematangkan bidang ini daripada kegiatan
purbawanisme kepada disiplin yang saintifik kerana kesekutuannya dengan disiplin-disiplin jurusan
sains tulen dan sains sosial dalam perkembangan ilmu di Eropah dan Amerika Syarikat.

Perkembangan ini membolehkan arkeologi dianggap sebagai satu disiplin yang mempunyai
tatacara penyelidikan yang teratur dan ini akan diperbincangan dalam bab-bab seterusnya dalam
modul ini. Berlandaskan pendekatan dan metodologi yang dikemaskini seiring dengan
perkembangannya telah membolehkan pengetahuan mengenai masa lampau manusia dapat dituntut
kembali yang diperolehi dari interpretasi tinggalan-tinggalan budaya. Perkembangan penyelidikan ini
telah banyak membantu para ahli arkeologi, antropologi dan sarjana sejarah berhadapan dengan
persoalan-persoalan mengenai masyarakat purba.
ME 2733: Pengantar Arkeologi 6

Akan tetapi hingga ke hari ini masih timbul kekeliruan tentang kepentingan penyelidikan
arkeologi khususnya di kalangan yang mereka meraih keuntungan komersial dari masa silam. Bagi
golongan ini penyelidikan arkeologi hanyalah satu bidang yang terlalu cerewet, berkos tinggi dan
tidak ekonomik. Sikap negatif ini amat sukar dibendung apabila ianya melibatkan hal-hal
perundangan, politik dan pelaburan bernilai berjuta ringgit. Sesetengah pihak pula melihat
penyelidikan arkeologi tidak lebih dari satu bidang yang hanya menggunakan teknik yang rapi dan
perlahan dalam membongkar tinggalan purba yang kemudiaannya diperagakan dimuzium. Fenomena
ini telah wujud sekian lama meskipun di negara Eropah yang telah jauh lebih maju dalam
menjalankan penyelidikan arkeologi mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa penyelidikan arkeologi bertujuan untuk mendapatkan


tinggalan-tinggalan purba, namun iannya tidak bermakna bidang ini hanya melibatkan aktiviti-aktiviti
eksplorasi dan pengumpulan artifak. Ahli arkeologi mempunyai tanggungjawab lain yang lebih berat
selain dari mengalicari tapak arkeologi. Mereka harus memberi penjelasan dan interpretasi terhadap
data-data yang diperolehi daripada setiap penemuan yang dibuat dan bukan mudah untuk
berkomunikasi dengan masyarakat silam melalui bahan tidak bertulis. Seperti yang dinyatakan oleh
G.R. Willey dalam bukunya A History of Archaeology, hanya satu peratus sahaja maklumat tentang
masyarakat silam dapat diperolehi melalui dokumen atau rekod bertulis dan selebihnya tidak pernah
direkodkan. Sehingga kini penyelidikan arkeologi masih belum cukup untuk mengumpul bukti yang
dapat mewakili keseluruhan aspek tamadun manusia yang mencakupi bentuk-bentuk kebudayaan,
kreativiti idea, aktiviti dan perubahan yang telah dilakukan oleh manusia dalam evolusi
perkembangannya.

Bukti tentang tamadun silam ini amat penting kerana ianya saling berkaitan dan
mempengaruhi. Seperti yang dinyatakan oleh Frank Hole dan Robert F. Heizer bahawa dewasa ini
manusia melihat suatu dunia yang dipisahkan mengikut kebudayaan dan politik tetapi dihubungkan
dengan erat melalui teknologi dan struktur ekonomi yang berkembang dan mempunyai lingkungan
yang sangat luas. Hasrat negara adalah untuk mewujudkan suatu warisan budaya yang dibina daripada
penglibatan dalam suatu rasa kemanusiaan yang hanya boleh dicapai melalui arkeologi. Untuk itu
kepentingan untuk penyelidikan arkeologi seharusnya tidak dipersoalkan.

1. 6 KESIMPULAN
kepentingan penyelidikan arkeologi bukan terletak pada penemuan tetapi maklumat yang diperolehi
dari penemuan tersebut dan bagaimana ianya menyumbang kepada pembinaan kemanusiaan yang
lebih baik dengan mengambil ikhtibar dari urutan peristiwa lampau. Bidang arkeologi
menyumbangkan pelbagai maklumat kepada pelbagai disiplin ilmu. Ianya dapat mengeluarkan objek
ME 2733: Pengantar Arkeologi 7

aficionado yang indah dan menarik; ini dapat mendedahkan sejarah manusia dan kemanusiaan;
arkeologi dapat memberi sumbangan ke arah pemahaman masa kini; mungkin pada suatu hari nanti
arkeologi dapat digunakan untuk menguji hipotesis saintifik berhubung dengan perlaku manusia
secara umum.
ME 2733: Pengantar Arkeologi 8

SOALAN-SOALAN PENILAIAN

1. Apakah yang anda faham tentang disiplin arkeologi ?

2. Apakah matlamat utama penyelidikan arkeologi ?

3. Apakah yang menentukan skop kajian arkeologi ?

4. Apakah pandangan golongan komersial terhadap penyelidikan arkeologi ?


ME 2733: Pengantar Arkeologi 9

BACAAN ASAS

Bahn, Paul. 1996. Archaeology: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press.
Bahn, Paul. 1997. Cambridge Illustrated History of Archaeology. Cambridge: Cambridge University
Press.
Branigan, K. 1974. Reconstruction to the Past: A Basic Introduction to Archaeology. New Abbot:
David and Charles.
Daniels, G. 1967. The Origins and Growth of Archaeology. Harmondworth: Penguin
Fagan, B.M. 1975. In the Beginning: An Introduction to Archaeology. Boston: Little & Brown.
Forte-Johnston, J. 1974. History from the Earth: An Introduction to Archaeology. London: Phaidon
Press.
Hester, Thomas R. (et. al). 1975. Field Methods in Archaeology. California: Mayfield Publishing
Company.
Hole, Frank & Heizer, Robert (terj.). 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Renfrew, Colin & Bahn, Paul. 1997. Archaeology: Theories, Methods and Practice. London: Thames
and Hudson Ltd.
Sharer, Robert J. & Ashmore, Wendy, 1980. Fundamentals of Archaeology. California: The
Benjamin/Cummings Publishing Company.
Taylor, W.W. 1973. A Study of Archaeology. Southern Illonois: Chiw Press.

You might also like