You are on page 1of 19

Umum, Berita, Info & Isu semasa

Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah


dan Syiah
Nota: Beikut ini adalah petikan diskusi di sekitar masalah mendekatkan antara
mazhab Ahlus Sunnah dan Syiah. Kerana isikandungannya dirasakan bermanfaat dan
diharap dapat menjelaskan kekeliruan perselisihan Ahlus Sunnah – Syiah, maka saya
menerbitkan semula diskusi berkenaan di ruang utama al-ahkam.net.

Diskusi asal dapat diperolehi di URL berikut:


http://www.al-
ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27149

------------------------------------
AbDuL KaReEm AdNaN - July 22, 2004 - 04:11 PM
Post subject: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah
------------------------------------
Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar orang membicarakan
mengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan kurang jelas, kabur, dan
negatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya bahawa syiah itu
kafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan antara
Syiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng).

Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap


guruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para
malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari
mushaf Uhtman dan lain-lain.

Justeru itu mereka membuat kesimpulan bahawa Syiah itu kafir. Mereka menegaskan
bahawa memerangi Syiah itu mesti diutamakan daripada memerangi Yahudi. Padahal
Yahudi tidak pernah membezakanya musuhnya sama ada Sunnah atau Syiah.

Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak mendalam, membuat
rujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau kitab-kitab tertentu yang ditulis
khas untuk melahirkan permusuhan di kalangan umat Islam.

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia
memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman
Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya
(golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti


Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka
kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan
Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka
didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari
golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi)
meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAWA lebih dari tiga kali,
antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid
6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah
engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan
diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka
itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an
dan Hadith Nabi SAWA.

Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah yang selain daripada
Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah. Mereka diringkaskan sebagai ghulat.

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia
mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS pula menyatakan Syiah
ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah
mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith.

Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah Nabi SAWA
kemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai oleh Imam Malik
yang lahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah, Abu Hanifah yang
lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150 Hijrah, Syafie yang lahir tahun 150
Hijrah dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal yang lahir tahun 164 Hijrah
dan meninggal tahun 241 Hijrah.

Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang diketuai oleh A-Asy'ari
yang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah tahun 330 Hijrah dan al-
Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal 331 Hijrah?

Adalah suatu kenyataan bahawa orang di tiga abad pertama (di permulaan sejarah
Islam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada mana-mana madzhab itu. Dan
madzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga abad pertama, padahal itu adalah masa-
masaa yang terbaik.

Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat, kedudukan pengikut-


pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa madzhab
merekalah yang terbaik.

Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masehi dan meninggal 537
Hijrah bersamaan 114 Masehi, seorang Hanafi, telah menggambarkan kedudukan
madzhab Empat/Ahlul Sunnah pada masa itu seperti berikut:
Jika mereka bertanya tentang madzhabku,

Aku berdiam diri lebih selamat,

Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,

Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,

Jika aku mengakui bermadzhab Syafie, mereka akan berkata: aku menghalalkan
'berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak
sendiri itu diharamkan.

Jika aku seorang Maliki, mereka berkata: aku menharuskan memakan daging anjing,

Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: aku meyerupai Tuhan dengan
makhluk.

Dan jika aku seorang ahli al-Hadith, mereka akan berkata: aku adalah seekor kambing
jantan yang tidak boleh memahami sesuatu (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Jilid, II,
hal.494).

Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan madzhab-
madzhab itu sendiri.

Dan di abad kemudiannya dihadkan madzhab kepada empat sahaja oleh pemerintah
sekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali 'penentuan' itu berdasarkan kepada
Hadith-Hadith Nabi SAWA. Malah 'penentuan' kepada empat itu adalah penentuan
politik bagi menentang pergerakan Syiah Imamiyyah atau dalam erti kata yang khusus
ialah pergerakan Ahlul Bayt.

Hanya di abad ketiga belas tiap-tiap pengikut madzhab menyenaraikan nama-nama


pengikutnya seperti as-Subki menulis senarai nama-nama pengikut as-Syafie dalam
bukunya Tabaqat as-Syafiiyyah al-Kubra.

Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab Empat/Ahlul Sunnah
mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari
Kebangkitan).

Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu daripada asas-asas
itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur'an adalah Kitab Allah yang
diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAWA, tidak boleh
dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Uthman yang digunakan oleh
seluruh umat Islam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar
atas arahan Khalifah Uthman.

Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah
mengenai ayat al-Qur'an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan
Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.
Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara
iaitu (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadat, (2) Sembahyang, (3) Puasa, (4) Zakat,
(5)Haji.

Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang


merangkumi lima perkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan jihad.

Ahlul Sunnah berpendapat bahawa Nabi tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada
sesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul, mungkinkah Nabi yang
menyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi beliau sendiri tidak
melakukannya!

Syiah Imamiyyah percaya bahawa Imamah/Khalifah adalah jawatan yang


dianugerahkan Tuhan kepada Ahlul Bayt khususnya Ali AS sebagai orang yang
diwasiatkan untuk menjadi Imam/Khalifah berdasarkan kepada Hadith Ghadir Khum,
Hadith AS-Safinah, dan lain-lain (Hakim Nisaburi;al-Mustadrak , bab kelebihan Ali).

Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah; Hasan, Husayn, Ali
Zainal Abidin, al-Baqir, As-Sadiq, al-Kazim,al-Rida sehingga Mahdi al-Muntazar
(Imam ke-12).

Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadith Imamah/Khalifah


dua belas yang bermaksud:"Urusan dunia selepasku tidak akan selesai melainkan
berlalunya dua belas Imam".(Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Bab al-Imarah).

Mereka juga dikenali dengan madzhab Ja'fariyyah iaitu dinisbahkan dengan Imam
keenam Ja'far as-Sadiq AS yang bersambung keturunannya di sebelah ibunya dengan
khalifah Abu Bakar as-Siddiq ibunya bernama Ummu Farwah bt. Al-Qasim bin
Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq.

Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (as-Sajjad) b.
Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah az-Zahra bt Muhammad Rasulullah.
Dan beliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya bahawa manusia adalah lebih mulia dari
para malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang hampir (al-Muqarrabun) kepada
Tuhan.Manusia dianugerahkan dengan hawa nafsu dan keilmuan berlainan dengan
malaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu dan para malaikat disuruh sujud kepada
bapa manusia, Adam.

Hanya Muktazilah yang mempercaya bahawa malaikat itu lebih mulia dari manusia,
kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan baginya sujud malaikat
kepada Nabi Adam adalah sujud hormatm bukan sujud yang bererti kehinaan.

Oleh itu Ahlul Sunnah dn Syiah Imamiyyah berpendapat bahawa Nabi Muhammad
adalah lebih mulia dari semua makhluk Allah, termasuk malaikat.
------------------------------------
zain-ys - July 24, 2004 - 04:24 PM
Post subject: Re: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah
------------------------------------
[Salam]
Sdra cuba membawa idea syiah atau taqrib syi'ah dan sunnah. Idea ini jelas tidak
dibenarkan di sini.

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:


Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar orang membicarakan
mengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan kurang jelas, kabur,
dan negatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya bahawa
syiah itu kafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan
antara Syiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng).

Gambaran syiah kabur dan kurang jelas? Bukan masalah terkeluar dari mazhab empat
itu dikira menyeleweng. Kan banyak lagi mazhab2 lain dalam ahlus sunnah, kita tak
kata kafirpun. Cuma mungkin mazhab2 itu tak wujud lagi, tapi ada termaktub di
dalam kitab2 karya mereka. Dan, ada juga sebahagian pendapat mereka yg orang
pakai.

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap


guruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para
malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari
mushaf Uhtman dan lain-lain.

Anta tak baca ker kitab2 muktabar syiah ttg benda ni? ustaz ziy@d boleh setelkan dan
bantu sdra memahami hakikat syiah Imamiah.

Kalau nak maklumat lanjut ttg tahrif {quran lihat link ini...}
<center>
Tak percaya lagi? Cuba lihat imbasan dari kitab Araa'un Haulal Quran, karya
Ayatullah al-Fani al-Isfahani.
[Image]</center>

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak mendalam, membuat
rujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau kitab-kitab tertentu yang
ditulis khas untuk melahirkan permusuhan di kalangan umat Islam.

Bukan masalah fanatik tetapi sudah memang syiah Imamiah menyeleweng, tentulah
menjadi kewajipan umat Islam lain membenterasnya. Syiah Imamiah pula, perlulah
mereka membetulkan penyelewengan mereka. Tak perlu keluar syiah dan masuk
sunni, cukup buat pembetulan sahaja.

Kalau ajaran syiah imamiah tidak bermasalah dan tidak sesat, tak payahlah sdra ni nak
susah2 nak jadi konon2nya orang perantara utk mendekatkan antara dua mazhab ni.
Kita akan tahu sendiri. Kita tidak akan berbalah jika penyelewengan itu tidak wujud.

Satu lagi, kalaulah puak2 syiah ikhlas kata bahawa sunni dan syii sama sahaja kenapa
masih mengumandangkan gendang2 kesesatan syiah di Malaysia ataupun di
Indonesia? Kerana kalau dah sama, biarkanlah saja umat Islam di Malaysia dengan
sunninya. Di Iran sana dengan syi'inya. Sebab sama sahaja. Macam umat Islam
malaysia dgn Syafi'inya dan umat Islam Pakistan dengan Hanafinya. Org Pakistan tak
sibuk pun macam sibuknya sdra atau gang2 syiah lainnya utk meng-hanafikan org2
malaysia.

Bahkan mamak/muslim keturunan India yg asalnya Hanafi tak ada masalahpun nak
amal Islam di malaysia dalam suasana syafii. Malah mereka tak berkempenpun utk
org lain jadi hanafi. Sebab, hanafi kah dan syafi'i kah, sama sahaja.

Namun ini tidak berlaku pada sunni dan syi'i, sebab syi'i/imamiah memang
bermasalah.

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:


Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah yang selain daripada
Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah. Mereka diringkaskan sebagai ghulat.

Tidak, syiah imamiah memang menyeleweng. Dan Syiah Imamiah juga ghulat.
Sepatutnya tak perlu taqrib antara dua mazhab ni. Yang perlu ialah syiah imamiah
perlu meluruskan isi ajaran mereka. Inilah taqrib yg sebenar2nya.

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:


Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan
madzhab-madzhab itu sendiri.

Diaorang nak suruh sunni jangan fanatik, tapi syi'i macamana pula. Nak suruh org2
sunni berlapang dada dgn ajaran syii yg jelas menyeleweng. Lepas tu, mudahlah tarik
orang ni ke lembah kesesatan syiah. Ala, taktik lama tuu.

Kalaulah syiah boleh berlapang dada, kenapa Syaikh Muhammad bin Muhammad
Dhiya`i seorang ulama sunni Iran terima tekanan yg hebat di sana. Syeikh diumumkan
mati oleh pemerintah Iran pada 20 Julai 1994. iaitu selepas seminggu syeikh 'hilang'.
Dan kaum keluarga syeikh percaya ada satu pakatan jahat di sebalik kematiannya.

Seorang lagi Ayatullah Al 'Uzma Sayyid Abu Fadhl bin Muhammad At Taqiy bin Ali
bin Musa Ar Ridha Al Burqu'i, seorang ulama besar syiah yg akhirnya diberi Allah
cahaya untuk keluar dari kegelapan dan kebatilan syiah imamiah. Beliau pergi ke
pangkuan Ahlus Sunnah wal jamaah. Beliau mempertahankannya serta membongkar
segala penyelewengan yg wujud dalam ajaran syiah Imamiah. Diterjemahkannya
karya syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mukhtasar Minhaajus Sunnah ke bahasa Farsi
dan menulis beberapa karya kritikan terhadap syiah imamiah.

Hidupnya selepas menjadi sunni amat memedihkan. Dia pernah diculik dan dikurung
dalam penjara.

Sebelum itu, syeikh ahmad al-Kisrawi telah mendahulu al-Burqu'i bertaubat dari
kesesatan syiah imamiah.

({Sila rujuk link ini utk penjelasan lanjut...})

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah
mengenai ayat al-Qur'an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di
kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.

Perbezaan biasa? Dalam kalangan mazhab2 sunni memanglah perkara biasa, tapi
antara sunni dan syi'i perbezaan luar biasa.

[Wassalam]

------------------------------------
murid - July 24, 2004 - 10:54 PM
Post subject:
------------------------------------
[Salam]

Alhamdulillah, peluang tambah ilmu sudah datang.

Ana dulupun terkeliru dan hampir termakan dakyah syiah ini.


Penerangan ustaz ziy@d dan tuan madini(bicara muslim cyber) banyak membantu
ana dlm memahami betapa jauhnya jurang antara kita dan mereka.

Teruskan sifoo..... :knight:

------------------------------------
Naza - July 25, 2004 - 02:53 AM
Post subject: Syiah....??
------------------------------------
fuhh..nasib baik ade org bg reply..kalo tidak ana dah terkeliru dgn pendapat mengenai
syiah tuh.Tolong la sape2 lagik beri penjelasan pasal syiah dan kesesatan yg
dibawenye...jazakallah.

------------------------------------
anakmurid - July 26, 2004 - 08:24 AM
Post subject:
------------------------------------
Saya cadang saudara AbDuL KaReEm AdNaN jangan dok sibuk nak masukkan idea
syiah dalam Al-Ahkam. Kalau ada masalah tanya aje....Ustaz di Al-Ahkam boleh
jawab.....tak perlu bawa idea syiah di sini........

------------------------------------
AbDuL KaReEm AdNaN - July 26, 2004 - 11:23 AM
Post subject: Siapa yg menfatwakan Syiah sesat?
------------------------------------
adakah ulama-ulama muktabar pernah menfatwakan bahawa semua golongan syiah
sesat?

------------------------------------
ziy@d - July 26, 2004 - 11:36 AM
Post subject:
------------------------------------
[Salam]

anda perlu teliti buku2 atau kitab2 syiah terlebih dahulu. dalami apa kitab2 karangan
khomeini. baru anda tahu tinggi rendah langit akan syiah ini. Banyak ulamak2 syiah
keluar dan masuk ke ASWJ.
Sbg contohnya, As-Syaukani yg dahulunya Mazhab Syiah Zaidiyah. Al-Musawi,
rakan karib al-khomeini, juga telah meninggalkan syiah kerana syiah penuh dgn
ajaran yg pelik.

------------------------------------
zain-ys - July 27, 2004 - 11:38 AM
Post subject: Re: Siapa yg menfatwakan Syiah sesat?
------------------------------------
[Salam]
AbDuL KaReEm AdNaN wrote:
adakah ulama-ulama muktabar pernah menfatwakan bahawa semua golongan syiah
sesat?

Cukup kita senaraikan 2 penyelewengan Syiah Imamiah. Jika sdra dari kalangan
Ahlus Sunnah, sdra tak perlukan fatwa khusus dari ulama muktabar. Sdra sendiri pasti
tahu apa hukumnya jika orang beri'tiqad seperti i'tiqad berikut:

1. Syi'ah Imamiah meyakini bahwa Al-Qur'an sekarang ini telah dirubah, ditambahi
atau dikurangi dari yang seharusnya. (Al-Kafie, Kitabul Hujjah: I/417)

Ada tambahan "fii 'Aliyyin" dari teks asli Al-Qur'an yang berbunyi:
"wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna 'ala 'abdina fa`tu bi shuratim mim mits lih"
(Al-Baqarah:23)

Karena itu mereka meyakini bahwa: Abu Abdillah a.s (imam Syiah) berkata: "Al-
Qur'an yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi Muhammad saw adalah 17.000 ayat
(Al-Kafi fil Ushul Juz II hal.634). Al-Qur'an mereka yang berjumlah 17.000 ayat itu
disebut Mushaf Fatimah (lihat kitab Syi'ah Al-Kafi fil Ushul juz I hal 240-241 dan
Fashlul Khithab karangan An-Nuri Ath-Thibrisy)

2. Syi'ah Imamiah meyakini bahwa para Sahabat selepas wafat Nabi saw, semuanya
murtad, kecuali beberapa orang saja, seperti: Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-
Ghifary dan Salman Al-Farisy (Ar Raudhah minal Kafi juz VIII hal.245, Al-Ushul
minal Kafi juz II hal 244)

Sekian, [Wassalam]

------------------------------------
tok pakir - July 27, 2004 - 01:39 PM
Post subject: sesat
------------------------------------
sesat kerana berbeza pendapat .. adakah ini yang jadi pegangan ahli fiqah ..

------------------------------------
zain-ys - July 27, 2004 - 06:38 PM
Post subject: Re: sesat
------------------------------------
tok pakir wrote:
sesat kerana berbeza pendapat .. adakah ini yang jadi pegangan ahli fiqah ..

hmmm....

Apa pula ini pegangan ahli feqah.. Ini pegangan Islam.

Perbezaan pendapat bukan dilarang, tapi ada batasnya. Perlukah dijelaskan lagi benda
yang mudah, apa yang boleh dan apa yang tak boleh?

Contoh mudah:
Syafii berbeza dengan Hanafi, tapi tak adapun org kata Hanafi sesat. Umat Islam
berselisih dengan Qadyani, semua umat Islam sepakat kata mereka sesat. Malah kalau
tak kata sesat, maka mereka itulah yang sesat.

--------------
Dalam hal menambah-nambah isikandungan al-Quran pun, kalau dah ada orang kata
itu tak sesat, itu hanya perselisihan kecil yg tak menyesatkan, saya tak tau nak cakap
apa lah.

------------------------------------
abrar - July 27, 2004 - 10:07 PM
Post subject:
------------------------------------
Berbeza pendapat dlm Islam itu biasa,ttp jgn taksub @ taklid itu luar biasa...
W/A.

------------------------------------
zain-ys - July 27, 2004 - 11:57 PM
Post subject:
------------------------------------
abrar wrote:
Berbeza pendapat dlm Islam itu biasa,ttp jgn taksub @ taklid itu luar biasa...

W/A.

T/kasih abrar..

Ya, memang berbeza pendapat adalah dibenarkan. Namun dalam hal-hal cabang
bukan dasar. Kalau hal-hal dasar dah diharu-birukan, masih ada yang boleh selamba
dan masih boleh berlapang dada, dayus namanya. Kerana sanggup memejamkan mata
tanpa mempertahankannya ketika syariatNya dipermainkan dan dirobek-robekkan.

Kalau ada orang kata bahwa Al-Qur'an sekarang ini telah diubah, ditambahi atau
dikurangi dari yang semestinya, apakah ini perbezaan yang dibenarkan?

Kalau kita benarkan, bermakna, al-Quran yang ada ditangan kita ini bukan al-Quran
yg sebenar. Ada lagi al-Quran lain yg isinya berbeza.. Kacau jadinya..

Perselisihan kita dengan syiah Imamiah bukan sekadar perselisihan feqh jatuh talak
perlu saksi atau tidak. Kalau setakat itu, lantaklah.. Siapapun tak kisah. Tapi
perselisihan dasar-dasar dalam agama.

Persatuan umat Islam! Umat Islam perlu bersatu..!! Bukan barat. Bukan timur. Tetapi
kesatuan umat Islam!

Ah! Itu laungan mereka sahaja.

Imam Ali r.a. berkata, kalimah2 jenis ini adalah kalimah yang benar tetapi bermaksud
batil.

Selepas mereka melaungkan persatuan dan kesatuan umat Islam, mereka mencerca
para sahabat. Mereka mengeji umahaat mukminin.

Kalau sesiapa yang sanggup lagi berlapang dada dalam hal ini, maka apakah mereka
itu layak dianggap sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah lagi?

[Wassalam]

------------------------------------
amir_alias - July 28, 2004 - 05:13 AM
Post subject: Re: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah
------------------------------------
AbDuL KaReEm AdNaN wrote:
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia
memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman
Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya
(golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti


Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat
derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan
Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka
didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari
golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi)
meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAWA lebih dari tiga kali,
antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut,
Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, engkau dan
Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan
diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka
itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an
dan Hadith Nabi SAWA.

Wei, nak keco2 pasal perkataan Syiah tu ade dalam al-Quran ngan Hadis. Hujah
yang langsung tak kuat, alasan tah hape2.

Kalo nak kata Syiah ade dalam al-Quran, banyak lagi ayat lain ade dalam al-Quran.

Perkataan 'Dan' di sebut berkali-kali dalam Quran. Perkataan 'Katakanlah' pun banyak
kali gak sebut dalam Quran. Perkataan 'Allah' lagi banyak sebut dalam Quran. Dalam
Quran tu byk lagi perkataan2 yg menarik2 dari perkataan 'Syiah'.

Takyah fanatik sangat sebab perkataan 'Syiah' ade disebut dalam Quran. Nama kawan
aku pon ade dalam Quran.. 'Saleh, Syuib'.. banyak lagi. Takde lak dorang fanatik,
sampai buat ajaran sendiri ke, ape ke.

Yang penting, kaji dulu Syiah tu dulu.. bandingkan dengan kecantikan Islam,
keindahan Islam, kelembutan Islam.. segala sifaat2 murni Islam.

Gagahkah Islam kalau adanya 'Taqiyyah'? Pengecut sungguh umat Islam kalo boleh
berpura2.
Cantikkah Islam kalau adanya aqidah 'Raj'ah'? Yang jelas ada unsur membalas
dendam.
Adakah Islam agama yang menitik beratkan sifat2 yg terpuji jika
menuduh/menghamun/memandang buruk orang lain dengan sesuka hati seperti abu
bakar, umar berhala yahudi.. abu hurairah pengkhianat islam?

Adilkah jika syiah mengatakan hadis2 sunni berat sebelah kerana kurang
meriwayatkan hadis2 dari Ali? Kata sedangkan Ali paling lama dgn Rasulullah.

Abes Syiah sendiri hadis2nya dok amek dari satu keturunan jek. Mana gi kengkawan
Rasulullah yg lain? Kiranya hadis sunni lagi cantik, walaupun Syiah klaim hadis
riwayat dari Ali kurang.. sekurang2nya ade gak. Malah bukan saja dari Ali, tetapi dari
kesemua sahabat2 baginda.

Dua tahun dulu, kawan aku ajak aku join syiah.. member baik. Die syiah. Start dari tu
dok baca, belajar pasal Syiah, makin aku belajar.. makin nampak Syiah tak cantik.
Ajar orang berpura2, ajar orang berdendam, ajar orang agungkan manusia, ajar org
menuduh org tu jahat.. org tu baik, ajar org berat sebelah, ajar org berhasad dengki.

Lagi satu.. ade lak ek, syiah sesat ngan tak sesat. Tapi kalo sunni, asal sesat.. mmg
dah terkeluar dari sunni terus.. malah Islam. Takdenyer sunni sesat.

Sunni memuliakan semua pejuang2 Islam yg memperjuangkan Islam. Semua sahabat


dimuliakan. Malah turut memuliakan Ali, keturunan2 Rasulullah.

Tapi Syiah dok, tak Imam Ali, Imam Husin, Imam Hassan, Imam Jaafar as-Sadiq,
Imam Muhammad Baqir, Imam zain al-Abidin.. abes sumer keturunan. Dok ulang2
kat situ..

Sape fanatik sekarang? Dr. Kronik lar ko nih.

------------------------------------
tok pakir - July 28, 2004 - 01:58 PM
Post subject: syiah
------------------------------------
kenapa hendak menjatuhkan hukum yang tak pernah ada .. bukankah syiah juga
beriman dgn allah dan mengakui kerasulan nabi muhammad s.a.w , layakkah saudara
menyesatkan manusia yang beriman kepada allah dan rasulnya? fahami asas dulu
jangan terus nak berhukum, berhujah membabi buta ... langsung tak berfaedah ..
pandai sendiri , lupa diri .. maaf

------------------------------------
Fathoni - July 28, 2004 - 02:25 PM
Post subject:
------------------------------------
Mengapa Syiah Wajib Ditolak.
Ana hanya bagi rumusan dari penulisan Ustz Rasul Dahri.
1.Syiah Mengkafirkan Para Sahabat
2.Al-Quran Menurut Syiah yang ada sekarang diubah-suai, ditambah dan dikurangi
3.Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah
wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya.
4.Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
5.Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah
6.Syariat Syiah Yang Menyesatkan
7.Nikah Mut'ah
8.Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah,
kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara percaya pada Allah, Keadilan, Kenabian,
Imam dan Hari Kiamat.

Hmppphh :-k
Apa patut kita hukum pegangan camni agaknya?

------------------------------------
AbDuL KaReEm AdNaN - July 28, 2004 - 03:44 PM
Post subject: Islam
------------------------------------
Apsal nak gaduh-gaduh pasal sunni dan syii..??

Kalau sunni ada dalil yg mengatakan mereka betul dalam Islam...


Syii juga begitu..

Tujuan saya membangkitkan


PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA AHLUL SUNNAH DAN SYIAH
bukan untuk saling kafir-mengkafir, sesat-menyesat

Saya cuma ingin berkongsi sedikit maklumat yg saya ada...


dan tak perlulah ia dibahas sehingga menjadi isu yg memecahbelahkan islam..

Memang diakui SUNNI dan SYII itu begitu berbeza..


tetapi ada persamaan

Islam di Malaysia ialah Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah


dan ajaran Syiah sama sekali tidak boleh dikembangkan di Malaysia..

Tetapi perlu diingat walaupun mereka berbeza pendapat mereka masih beriman
dengan Allah S.W.T sebagai tuhan
dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

Aku tak berani nak kata semua syiah sesat sebab


kalau beberapa golongan sahaja yg sesat takkanlah korang nak kata mereka semua
sesat?

Sepertimana yang berlaku di kalangan mereka yang mengaku sebagai Ahlul Sunnah
Wal Jamaah tetapi tidak mengamalkan ajaranNya
Adakah sebab mereka, kita akan mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu sesat?

ILMU MANUSIA TIDAK MELIPUTI ILMU TUHAN..


MANUSIA HANYA MENILAI, TUHAN YANG MENENTUKAN...

Fikir-fikir,
Renung-renung

Akhir kata
Salah dan silap harap dimaafkan...

Ramai lak perati, ingat aku syiah...sebab artikel pertama aku


aku nak tegaskan sekali lagi..
AKU AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH
jangan salah anggap lak

Wallahu a'lam
Nauzubillahi

------------------------------------
zain-ys - July 28, 2004 - 04:28 PM
Post subject: Re: syiah
------------------------------------
tok pakir wrote:
kenapa hendak menjatuhkan hukum yang tak pernah ada .. bukankah syiah juga
beriman dgn allah dan mengakui kerasulan nabi muhammad s.a.w , layakkah
saudara menyesatkan manusia yang beriman kepada allah dan rasulnya? fahami
asas dulu jangan terus nak berhukum, berhujah membabi buta ... langsung tak
berfaedah .. pandai sendiri , lupa diri .. maaf

Memang syiah beriman dengan Allah. Dan mengakui kerasulan Muhammad s.a.w.
Qadyani juga beriman dengan Allah. Dan mengakui kerasulan Muhamad s.a.w.
Qadyani menyeleweng kerana mendakwa ada nabi atau rasul selepas Muhamad.
Syiah imamiah menyeleweng kerana mendakwa al-Quran yg ada sekarang bukan al-
Quran sebenarnya. Ia telah diubah. Mereka menyeleweng kerana mengkafirkan para
sahabat Rasulullah s.a.w.

Bila orang kata Qadyani menyeleweng, anta angguk2 kepala. Bila kata imamiah
menyeleweng anta tak terima.Peliklah anta ni. Bila para sahabat Rasulullah
s.a.w.dikafirkan anta kata org yang kafirkan itu tak menyeleweng. Malah anta cuba
nak pertahankan.

Barangkali anta tau apa maksud di sebalik mengkafirkan para sahabat? Maksudnya,
kalau kita terima idea berkenaan kita kena pakai al-Kulaini. Kita kena buang jauh2
Bukhari dan Muslim. Apa ertinya pakai al-Kulaini dan buang Bukhari dan Muslim?
Semua pembaca boleh jawab sendiri soalan ini.

tok pakir wrote:


layakkah saudara menyesatkan manusia yang beriman kepada allah dan rasulnya?
Layakkan sdra menghukum sebagai tidak sesat ke atas orang yang beriman kepada
Allah dan Rasulnya tetapi meyakini ttg tahrif al-Quran dan mengkafirkan para
sahabat?

tok pakir wrote:


fahami asas dulu jangan terus nak berhukum, berhujah membabi buta ... langsung tak
berfaedah .. pandai sendiri , lupa diri .. maaf

Rupanya anta yg tak faham asas. Dan rupanya anta yang membabi-buta dalam
mengeluarkan hukum. Anta keluarkan hukum kebalikan. Iaitu hukum kata tak apa
pada golongan yang mengkafirkan para sahabat dan para ummil mukminin.

Dan anta yg lupa diri.

------------------------------------
zain-ys - July 28, 2004 - 04:37 PM
Post subject: Re: Islam
------------------------------------
[Salam]
AbDuL KaReEm AdNaN wrote:
Apsal nak gaduh-gaduh pasal sunni dan syii..??

Kalau sunni ada dalil yg mengatakan mereka betul dalam Islam...


Syii juga begitu..

Tujuan saya membangkitkan


PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA AHLUL SUNNAH DAN SYIAH
bukan untuk saling kafir-mengkafir, sesat-menyesat

Saya cuma ingin berkongsi sedikit maklumat yg saya ada...


dan tak perlulah ia dibahas sehingga menjadi isu yg memecahbelahkan islam..

Memang diakui SUNNI dan SYII itu begitu berbeza..


tetapi ada persamaan

Islam di Malaysia ialah Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah


dan ajaran Syiah sama sekali tidak boleh dikembangkan di Malaysia..

Tetapi perlu diingat walaupun mereka berbeza pendapat mereka masih beriman
dengan Allah S.W.T sebagai tuhan
dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

Aku tak berani nak kata semua syiah sesat sebab


kalau beberapa golongan sahaja yg sesat takkanlah korang nak kata mereka semua
sesat?

Sepertimana yang berlaku di kalangan mereka yang mengaku sebagai Ahlul Sunnah
Wal Jamaah tetapi tidak mengamalkan ajaranNya
Adakah sebab mereka, kita akan mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu sesat?

ILMU MANUSIA TIDAK MELIPUTI ILMU TUHAN..


MANUSIA HANYA MENILAI, TUHAN YANG MENENTUKAN...

Fikir-fikir,
Renung-renung

Akhir kata
Salah dan silap harap dimaafkan...

Ramai lak perati, ingat aku syiah...sebab artikel pertama aku


aku nak tegaskan sekali lagi..
AKU AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH
jangan salah anggap lak

Wallahu a'lam
Nauzubillahi

Kan ana dah bagitau dari awal bahawa idea taqrib bainal sunni wa syi'i tak boleh di
bawa di sini. Kita menolak idea tu.

Mungkin anta anggap mudah benda ni, tapi sebahagian orang yang membaca
barangkali ingat dua mazhab ni sama sahaja. Sana boleh masuk sini. Sini boleh masuk
sana. Sedangkan sebagaimana diterangkan ia jauh berbeza.

Mudahnya beginilah, ada seseorang yg cuba membawa idea mencari titik persamaan
Islam dan komunis. Wah! Dapatlah. Islam haramkan riba, komunis pun haramkan
riba. Islam tolak kapitalis. Komunispun kapitalis.

Kalau macam tu.. Islam ni lebih kurang sahaja dengan komunis. Kerana terlalu
mencari titik persamaan, maka orang itu lupa ttg hal2 perbezaan antara Islam dan
komunis. Islam percaya Tuhan. Komunis tak percaya Tuhan.

Bukankah bahaya jika tak dijelaskan ttg perbezaan antara keduanya.

Ana tak pernah menganggap anta sebg Syiah. Kita cuma tak setuju idea yg anta bawa.
Itu sahaja.

[Wassalam]

------------------------------------
tok pakir - July 28, 2004 - 05:28 PM
Post subject: ?
------------------------------------
sampai sekarang ni dah berapa golongan yang saudara kafirkan ? saya bukan nak
mempertahankan syiah atau mazhab sunnah .. istilah ini semuanya istilah selepas
merdeka , tak ada kena mengena dengan keimanan sesaorang . semuanya adalah ilmu
untuk belagak sombong dan bergaduh mempertahankan ego . apa bezanya antara
umno dan pas ,, adakah umno itu kafir ? kalau ilmu ini lah yang kita pertahankan
maka tak kemanalah kita ,, hati kita akan teringat kebenaran ilmu insyaallah.
sesungguhnya ilmu ini hanya untuk menunjukkan kebesaran tuhan yang mengatur
alam ini pada sifat jamal dan jalalnya bukan untuk menjadi sandaran . ada ilmu lain
yang wajar saudara tuntut sebagai panduan.

------------------------------------
zain-ys - July 28, 2004 - 05:54 PM
Post subject: Re: ?
------------------------------------
tok pakir wrote:
sampai sekarang ni dah berapa golongan yang saudara kafirkan ? saya bukan nak
mempertahankan syiah atau mazhab sunnah .. istilah ini semuanya istilah selepas
merdeka , tak ada kena mengena dengan keimanan sesaorang . semuanya adalah
ilmu untuk belagak sombong dan bergaduh mempertahankan ego . apa bezanya
antara umno dan pas ,, adakah umno itu kafir ? kalau ilmu ini lah yang kita
pertahankan maka tak kemanalah kita ,, hati kita akan teringat kebenaran ilmu
insyaallah. sesungguhnya ilmu ini hanya untuk menunjukkan kebesaran tuhan yang
mengatur alam ini pada sifat jamal dan jalalnya bukan untuk menjadi sandaran . ada
ilmu lain yang wajar saudara tuntut sebagai panduan.

Kenapa pula cerita pasal kafir mengkafir?.. Siapa kafirkan siapa? Dan apa kena
mengena dengan UMNO - PAS pula..

Sdra cerita benda yang terkeluar dari mahal niza'..

tok pakir wrote:


ada ilmu lain yang wajar saudara tuntut sebagai panduan.

Ilmu lain? Ilmu apa? Ilmu yang membenarkan kita memejam mata terhadap golongan
yang mengeji dan mengkufurkan para Sahabat dan para ummil mukminin?

Ilmu yang menganggap perselisihan yg membabitkan kesucian al-Quran dan al-


Sunnah sebagai hanya perselisihan politik PAS dan UMNO?

Ilmu yang hanya tahu mengajar orang menuduh orang lain sebagai berlagak sombong
dan ego?

[Wassalam]

------------------------------------
mujahid - July 28, 2004 - 06:35 PM
Post subject:
------------------------------------
nak tahu jwpnnaye kembali kpd sumabre kita iaitu al-quran dan sunnah..cuma satu
saye nak soal....
adakah menghina para sahabat r.a itu ajaran islam..adakah mencederakan tubuh
sendiri itu ajaran islam..adakah meraung-raung ketika hari karbala itu ajaran
islam..adakah nikah mutaah itu ajaran islam...jwb segala persoalan ini..dr soalan yg
saya tanya semua sudah tahu perbezaan yg nyata ahli sunnah dan syiah..bagaikan
langit dgn bumi....kelihatan dua golongan ini seoalah olah sama ikut pandangan
sesetengah org sdgkan jauh panggang dr api....

------------------------------------
zain-ys - July 28, 2004 - 11:16 PM
Post subject:
------------------------------------
[Salam]

mujahid wrote:
nak tahu jwpnnaye kembali kpd sumabre kita iaitu al-quran dan sunnah..cuma satu
saye nak soal....
adakah menghina para sahabat r.a itu ajaran islam..adakah mencederakan tubuh
sendiri itu ajaran islam..adakah meraung-raung ketika hari karbala itu ajaran
islam..adakah nikah mutaah itu ajaran islam...jwb segala persoalan ini..dr soalan yg
saya tanya semua sudah tahu perbezaan yg nyata ahli sunnah dan syiah..bagaikan
langit dgn bumi....kelihatan dua golongan ini seoalah olah sama ikut pandangan
sesetengah org sdgkan jauh panggang dr api....

Saya rasa soalan yg baik dari sdra mujahid ini, kita jadikan sebagai penutup sblm
kedai dtutup. Sebab, kalau dibiarkan jadi meleret-leret perbincangan ini pada hal-hal
yg tak berkaitan tajuk perbincangan.

Lagipun mana yang kabur dahpun dijelaskan. Mana yang keliru dah diperbetulkan.
Mana yang tak mahu terima benda yang dah jelas ni pula, kita lihat terkial-kial
mencari hujah. Biarkan mereka.. Tanggungjawab dahpun kita laksanakan. Terserah
pada Allah Maha Pencipta.

Sekian, [Wassalam]

------------------------------------
ziy@d - July 29, 2004 - 08:27 AM
Post subject:
------------------------------------
[Salam]

Maaf bung Zainys. semalam ana tak sempat nak menyampuk. meeting satu hari.

Tok Pakir dan Abdul Kareem.

Ni saya sertakan doa yg diverify oleh Khomeini sendiri:

[Image]
[Image]

Satu surat yg dinamakan Tuhfatul Awaam Maqbool yg diperakui oleh 6 ulama


terkemuka syiah termasuklah Ayatullah Khomeini dan Shariat Madari. Antara
kandungan surat itu ialah melaknat Abu Bakr dan Umar dgn menuduh mereka
mengubah Al-quran. 2 org sahabat ini bersama 2 org anak perempuan mereka
dilaknat.

Since doa ini ditujukan kpd Abu Bakr dan Umar dan dua orang anak mereka. maka
tok pakir dan abdul kareem kata takpa. Jadi, saya kata "takpa" kita ganti nama tok
pakir dgn Abu bakr dan Umar dgn Abdul Kareem.

"Celakalah Tok Pakir dan Abdul Kareem. semoga Allah melaknat kamu berdua."

Takpa kan doa mcm ni? Kalau tok pakir dan kareem rasa "takpa", okaylah
berkompromi dgn aqidah syiah.

Abu Bakr As-Siddiq dan Umar Al-khattab siapa? sehingga sanggup berkompromi dgn
aqidah syiah?

Siapa Aisyah? Sehingga kamu mengatakan "takpa" syiah memaki hamun Aisyah.

Bila solat, duduk dlm iftirasy, tepuk2 paha...cxlxkx abu bakr dan umar...dua sahabat
besar ni..hari2 kena maki dgn syiah. takpe... tok pakir kata takpa. tak payah hukum.

Khomeini berkata sayyid hussain al-musawi, “Sesungguhnya mut’ah dgn anak kecil
itu hukumnya diperbolehkan tetapi hanya dgn cumbuan, ciuman dan himpitan paha.
Adapun jima’, maka sesungguhnya dia belum kuat utk melakukannya (bersetubuh).”

Khomeini juga menulis dlm kitabnya yg boleh dapat di pasaran, “Tidak mengapa
melakukan mut’ah dgn anak yg masih disusui dgn pelukan, himpitan paha
(meletakkan kemaluannya di antara kedua pahanya) dan ciuman.” (Al-Khomeini,
Tahrir Al-Wasilah 2/241 nombor 12).

bagus tok pakir. teruskan berkompromi dgn syiah.

You might also like