You are on page 1of 24

Perkembangan Awal

Remaja

Disediakan oleh,
Pn.Fairus Bt Mohd Long
S.K.Kamunting,34600 Kamunting
Perak.
Siapakah Remaja?

• Kanak-kanak 7-11
• Remaja 12- 18
• Awal Dewasa 19- 24
• Dewasa 25 keatas
• Pertindihan
• Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan
dan ketidakserasian fizikal. Fizikal remaja mengalami
perubahan yang cukup drastik sehingga anda rasa
mengalami masalah. Anda berada dalam keadaan dilema
kerana anda bukan lagi kanak-kanak yang dimanjakan
dan bukan pula golongan dewasa yang sudah matang
dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Di samping itu
anda berada dalam keadaan ketidaktentuan berhubung
masa depan fizikal anda. Adakah seseorang remaja itu
menjadi seorang yang tinggi pada masa akan datang
ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang kurus
ataupun gemuk? Ini secara tidak langsung menyebabkan
krisis personaliti dalam diri seseorang remaja.
Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada
dua peringkat; peringkat awal remaja dan peringkat
remaja. Peringkat awal remaja dikatakan dalam
lingkungan 10 sehingga 18 tahun.
• Awal Remaja
Pada peringkat awal remaja, perkembangan psikomotor
remaja terjadi begitu pesat seperti berlakunya perubahan
daripada segi rangka tulang, struktur saiz tubuh, dinding
pembuluh darah dan Bagi remaja perempuan, bentuk tubuh
mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat
semakin bertambah khasnya selepas kedatangan haid yang
pertama. Pada umumnya remaja perempuan menunjukkan
sifat-sifat kewanitaan dan terdapat pertumbuhan sel-sel
lemak terutama di bahagian punggung dan dada. Bagi
remaja perempuan saiz badan yang besar menjadi masalah
bagi dirinya. Kematangan seksual yang dialami oleh remaja
perempuan amat mempengaruhi pemikiran ini. Anda sudah
menjadi semakin matang selepas kedatangan haid dan
mempunyai perasaan ke atas remaja lelaki. Oleh itu anda
cukup risau apabila saiz badan terlalu gemuk kerana ini
menyebabkan anda dipandang rendah oleh remaja lelaki.
• Alam remaja peralihan dari alam kanak-
kanak ke alam dewasa
• Alam remaja jejambat antara alam kanak-
kanak dam alam dewasa
• Alam remaja tidak begitu kanak-kanak,
tidak begitu dewasa dalam tindakan
• Alam remaja alam gelora
• Alam remaja penuh emosi yang menjadi
rintangan untuk dia berkembang
PERUBAHAN KE ARAH
KEDEWASAAN
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara
sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi
bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan
ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja


adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah
kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu
dengan individu yang lain
PERUBAHAN FIZIKAL
REMAJA LELAKI

o Suara menjadi garau.


o Misai dan janggut mula tumbuh.
o Bahu dan dada menjadi bidang.
o Jerawat mula tumbuh.
o Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga
mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda
telah akil baligh.
o Zakar dan buah zakar mula membesar.
PERUBAHAN FIZIKAL
REMAJA PEREMPUAN

o Buah dada ( payudara ) mula membesar.


o Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.
o Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
o Jerawat mula tumbuh.
o Mula didatangi haid.
o Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada
suara yang lebih matang.
Tumbesaran Badan
Selain daripada menjadi lebih tinggi ,
pinggul dan paha akan menjadi besar.

Payudara ( Buah Dada)


Payudara akan semakin membesar .Jangan
bimbang jika sebelah lebih besar dari yang
satu lagi.Pada akhir baligh saiz kedua-
duanya akan lebih kurang sama.
Peluh dan Bau Badan
Kelenjar peluh di bahagian ketiak mula
berfungsi pada masa ini dan akan
menyebabkan perpeluhan yang akan
mendatangkan bau badan.

Jerawat dan Rambut Berminyak


Kulit dan rambut akan lebih berminyak dan
perlu dibasuh dengan lebih kerap lagi.
Bulu Badan
Bulu mula tumbuh di kawasan pubik iaitu
kawasan V dimana kaki anda akan
bersambung dengan badan. Bulu juga
akan tumbuh pada ketiak dan kaki.
Keputihan
Cecair jernih dan keputihan akan mula
mengalir dari kemaluan anda.Ia akan
meninggalkan sedikit kesan pada seluar
dalam.
Menstruasi ( Haid)
Menstruasi adalah petanda badan anda sihat
dan berfungsi dengan baik.Ia merupakan
sebahagian hidup setiap wanita.
Perubahan utama semasa akil baligh.
• Badan menjadi tinggi
• Badan membesar secara melintang(terutama punggung)
• Perkembangan pada payu dara
• Badan berpeluh dengan lebih kerap & mungkin berbau
• Rambut menjadi lebih berminyak
• Kulit muka bermunya & mungkin berjerawat
• Bulu mula tumbuh di bahagian ketiak,kaki & pubik
• Mula mendapat keputihan
• Mula alami menstruasi ( haid)
JANGAN RISAU!!!!!!!
Tanda awal menstruasi
i.kira-kira 2 tahun selepas payudara
berkembang.
ii.Tidak lama selepas pertumbuhan bulu
pubik.
iii.Selepas anda mengesan keputihan
iv.Sakit atau kekejangan bawah perut
v.Sakit pinggang
vi.Sakit di bahagian dalam paha
vii.Rasa malas dan letih
viii.Rasa sedih, cepat marah atau kekok.
xi.Payu dara terasa sakit,bengkak @
tembam.
x.Sakit kepala,jerawat & cirit-birit

• Pusingan haid bermula hari pertama


berlaku antara 28 hingga 35 hari.
• Tempoh haid 3 hingga 6 hari
Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita)
• Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah
pad.
• Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat
pada seluar dalam – pakailah.
Cara Membuang Pad.
• Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas
atau plastik
• Masukkan ke dalam tong sampah.
• Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.
Kebersihan Peribadi
• Tuala wanita perlu ditukar selalu
• Basuh kemaluan menggunakan sabun dan
air
• Mandi dan bersihkan diri sekurang-
kurangnya dua kali sehari.
PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan


emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia
remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja
berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan
merupakan sebahagian dari proses pembesaran.
Tetapi perasaan ini perlu dikendalikan dengan
bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan
remaja.
PERUBAHAN EMOSI YANG
BERLAKU.

• Perasaan ingin mencari identiti diri.


• Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab
sendiri.
• Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak
pernah dilakukan sebelum ini.
RAKAN SEBAYA
• Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di


persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan
dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya yang cuba
meracuni golongan remaja.

Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk menunjuk


arah masa depan.
SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu
berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu


mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar
fikiran dengan :

. Ibubapa
. Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya
. Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Tidur secukupnya
Menjaga Kebersihan diri
Pemakanan yang seimbang
Bersenam secara tetap
ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN
SEKIRANYA……..

 Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan


sosial semasa remaja.

 Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.

 Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli


keluarga.

 Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda.


PESANAN UNTUK REMAJA

ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA

Lengkapkan diri anda untuk menjadi pelapis generasi akan


datang.

Usia remaja penuh cabaran,


Setiap detik perlu keputusan,
Sesetengah keputusan perlu dibincang,
Tanpa pengawasan keputusan pincang.

You might also like