You are on page 1of 27

Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

CADANGAN PENYELIDIKAN

“HUBUNGAN GANGGUAN SEKSUAL DENGAN TEKANAN DAN KEPUASAN


KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR”

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

EDU3044

PENSYARAH: DR. TAJULARIPIN SULAIMAN

BADRI HAZLAN BADROL HISHAM 136005

MOHD. NURHAFIZ AMAN SHAH 135614

MOHD. SHAHRUL KAMARUDDIN 136069

BACELOR PENDIDIKAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

JABATAN PENDIDIKAN KAUNSELOR DAN PSIKOLOGI KAUNSELING

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SERDANG, SELANGOR

2009/2010

1
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

ISI KANDUNGAN

BAB 1

Latar Belakang Kajian 1

Pernyataan Masalah 2

Objektif Kajian 3

Persoalan Kajian 3

Hipotesis Kajian 4

Skop Kajian 4

Batasan Kajian 4

Ancaman Kajian 5

Kepentingan Kajian 5

Definisi Konstitutif 6

Definisi Operasional 7

BAB 2

Sorotan Literatur 10

BAB 3

Rekabentuk Dan Kaedah Kajian

Instrumen 12

Analisis data 12

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen 13

Populasi dan persampelan 14

Jadual Kerja 15

Perbelanjaan 16

Rujukan 17

Lampiran 20

BAB 1

2
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

LATAR BELAKANG KAJIAN

Fenomena gangguan seksual semakin berleluasa dewasa kini. Ia bukan sahaja berlaku

di tempat kerja dan di tempat awam malah isu gangguan seksual mula menular di sekolah. Ini

memberikan gambaran bahawa sekolah sebagai sebuah institusi yang murni tidak terkecuali

sebagai tempat gangguan ini boleh berlaku khususnya dalam kalangan para guru sendiri.

Gangguan seksual dalam kalangan guru di sekolah boleh menjadi salah satu punca tekanan

dan stres terhadap guru-guru (Fitzgerald, 1993). Hal ini, sekaligus menggugat kredibiliti dan

dedikasi seseorang guru itu untuk memberikan tumpuan kepada bidang tugas utama guru, iaitu

mendidik anak bangsa. Pekerja, termasuklah para guru, yang menghadapi gangguan seksual

ini boleh terganggu dari segi psikologi seperti perasaan rendah diri dan takut yang keterlaluan,

fisiologi seperti migrain, kurang selera makan dan gangguan kesihatan lain, dan perubahan-

perubahan tingkah laku seperti ponteng kerja, pendiam, pemarah atau membunuh diri (Sabitha

Marican, 1999). Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa adalah penting bagi kajian ini

dijalankan untuk mengenal pasti persepsi para guru terhadap tingkah laku gangguan seksual,

jenis-jenis gangguan seksual yang utama berlaku dalam kalangan guru, kesan-kesan akibat

gangguan seksual, dan hubungan kesan gangguan seksual dengan prestasi kerja guru.

3
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

PERNYATAAN MASALAH

Masalah gangguan seksual di tempat kerja merupakan salah satu masalah yang timbul

dalam persekitaran kerja di pelbagai bentuk organisasi seperti pejabat korporat, institusi

kewangan, jabatan kerajaan, institusi pendidikan mahupun di pejabat perundangan (Golden et.

al, 2001). Ia timbul daripada hubungan kerja harian yang melibatkan sikap peribadi individu di

dalam sesebuah organisasi dan melibatkan golongan lelaki dan wanita. Bentuk-bentuk

gangguan seksual yang berlaku juga terdiri daripada gangguan secara lisan, isyarat, visual,

psikologi dan fizikal. Gangguan seksual merupakan masalah kritikal yang dihadapi oleh semua

orang, baik wanita mahupun lelaki khususnya di tempat kerja. Ia boleh dikaitkan dengan isu

yang berkaitan dengan hak asasi manusia, jenayah dan diskriminasi (Abdul Rahim, 2003).

Pada pertengahan tahun 70 an, isu gangguan seksual mula mendapat perhatian dan juga

dianggap sebagai perilaku yang negatif (Wilson, 1995). Ia mendapat reaksi pelbagai pihak

terutama pertubuhan wanita,kesatuan sekerja, pertubuhan hak asasi manusia, organisasi

bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa.

4
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara gangguan seksual dengan tekanan

dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Selangor. Secara

khususnya kajian ini bertujuan untuk:

 Mengenalpasti samada guru di sekolah menengah mengalami gangguan seksual.

 Mengenalpasti jenis-jenis gangguan seksual di sekolah.

 Mengenalpasti hubungan kesan akibat gangguan seksual terhadap tekanan kerja guru

di sekolah menengah.

 Mengenalpasti hubungan kesan gangguan seksual terhadap kepuasan kerja guru di

sekolah menengah.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, beberapa persoalan telah dibentuk:

 Sejauhmanakah guru –guru di sekolah menengah mengalami gangguan seksual?

 Apakah jenis-jenis gangguan seksual di sekolah?

 Sejauh manakah kesan gangguan seksual terhadap tekanan kerja guru di sekolah?

 Sejauh manakah kesan gangguan seksual terhadap kepuasan kerja guru di sekolah?

5
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

HIPOTESIS KAJIAN

Memandangkan kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara beberapa

pembolehubah, maka dua hipotesis kajian telah dibina:

a. Terdapat hubungan yang signifikan antara gangguan seksual dengan tekanan kerja

guru di sekolah.

b. Terdapat hubungan yang signifikan antara gangguan seksual dengan kepuasan kerja

guru di sekolah.

SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah negeri Selangor sahaja. Sebanyak 400 orang

guru sekolah menengah akan dipilih dalam kajian ini. Sekolah dan guru ini telah dipilih

berdasarkan rawak mudah. Bangsa Melayu, Bumiputra, Cina dan India.

BATASAN KAJIAN

Kajian hanya melibatkan guru sekolah menengah di negeri Selangor sahaja. Hasil kajian tidak

dapat digeneralisasikan di seluruh Malaysia kerana jumlah sampel yang terlibat tidak dapat

melambangkan dapatan untuk keseluruhan populasi penduduk di Malaysia kerana kajian tidak

melibatkan negeri lain di Malaysia.

ANCAMAN KAJIAN
6
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Jawapan responden boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti persekitaran, masa, keadaan

semasa responden dan sebagainya. Kawasan kajian terhad hanya di sekitar negeri Selangor

sahaja . Persepsi guru terhadap gangguan seksual juga adalah berbeza mengikut lokasi kajian.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan data mengenai kejadian gangguan seksual di

tempat kerja. Mengikut Zakaria Ismail (2003), tiada data terkumpul mengenai gangguan seksual

di Malaysia. Oleh itu, adalah perlu kajian ini dilakukan supaya masyarakat akan jelas mengenai

data sebenar mengenai kes gangguan seksual yang berlaku di Negara kita.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada warga sekolah

terutamanya guru tentang kepentingan mengenalpasti kes gangguan seksual. Ini secara

langsung akan meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam kelas apabila kehidupannya

bebas daripada tekanan akibat gangguan seksual. Di akhir kajian ini juga, diharapkan warga

sekolah dapat membudayakan persekitaran Sekolah Selamat untuk keselesaan komuniti

sekolah dengan berkesan.

7
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

DEFINISI KONSTITUTIF

Gangguan Seksual

Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual ialah sebarang tingkah laku

berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan sebagai gangguan samada secara

lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal. Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua

kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan keduanya

gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).

Tekanan Kerjaya

Tekanan kerjaya memperlihatkan mangsa yang mula prestasi dan produktiviti yang

semakin berkurangan, kepuasan kerja berkurangan, hilang keyakinan diri, kurang bermotivasi

dan komitmen yang semakin menurun terhadap kerjaya dan majikan (Gutek, 1993). Sebanyak

10 peratus hingga 17 peratus pekerja wanita yang mengalami gangguan seksual telah berhenti

kerja atau minta ditukarkan (Loy dalam McKinney & Maraoules, 1991).

Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja adalah darjah yang menunjukkan betapa seseorang suka kepada kerja

yang dilakukan oleh dirinya (Speator dalam Brown et. al, 2006).

8
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

DEFINISI OPERASIONAL

Gangguan Seksual – Ugutan

 Gangguan seksual yang berbentuk ugutan memberikan kesan secara langsung kepada

status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, seseorang pegawai atasan yang

mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba menggugut pekerja bawahan

memberikan layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada

kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan

akan diperolehi.

Gangguan Seksual –Peribadi

 Tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau

penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah

pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkah laku itu boleh menimbulkan suasana kerja

yang tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja.

Jenis-jenis Gangguan Seksual

Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual

kepada lima jenis utama, iaitu :

i. Gangguan secara lisan

Ini meliputi kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan berbentuk

ancaman atau cadangan seksual (Welsh, 1999).

9
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

ii. Gangguan secara isyarat atau bukan lisan

Misalnya pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan,

menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat

tangan atau bahawa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku

mengurat yang berterusan dan apa-apa sahaja isyarat lucah (Paludi et. al, 1999).

iii. Gangguan secara visual

Antaranya ialah menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar-gambar lucah,

menulis surat berunsurkan seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak

sepatutnya didedahkan (Foulis et. al, 1997).

iv. Gangguan secara psikologi

Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk

keluar bersama atau untuk bercumbuan dan sebagainya (Welsh, 1999).

v. Gangguan secara fizikal

Contohnya, sentuhan yang tidak didingini seperti menepuk, mencubit, mengusap,

menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual lain (Lightle, 1992).

10
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Tekanan Psikologi

 Gangguan seksual yang dialami boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi

tekanan psikologi seperti rasa tidak selamat, terhina, moral yang rendah, keadaan masa

depan yang tidak menentu, takut, bimbang dan tekanan jiwa (Gutek, 1993).

Tekanan Emosi

 Individu yang mengalami gangguan seksual juga dikatakan akan mudah mengalami

stres, kegelisahan, kemurungan, panas baran, mudah menangis, hilang maruah, cepat

meradang dan hilang rasa hormat kepada diri sendiri (McKinney & Maraoules, 1991).

Perasaan aib dan malu juga akan turut menyelubungi mangsa.

Gangguan Kesihatan Fizikal

 Gangguan kesihatan diri sebagaimana yang dilaporkan oleh mangsa-mangsa gangguan

seksual adalah seperti kesakitan kronik pada tulang belakang dan leher. Selain itu juga,

mangsa sering mengadu sakit perut, hilang selera makan, migrain, hilang berat badan

dan mengalami kecelaruan tidur (Renzetti & Curran, 1999).

BAB 2
11
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

SOROTAN LITERATUR

Gangguan seksual merupakan satu bentuk salahlaku yang serius di tempat kerja. Ia

boleh dianggap sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual kerana mangsa boleh mengalami

gangguan emosi dan mental yang serius (Zakaria Ismail, 2003). Dapatan kajian juga

menunjukkan bahawa jenis gangguan seksual secara lisan merupakan jenis gangguan yang

paling utama berlaku di kalangan guru dan secara keseluruhannya tahap gangguan seksual

dalam kalangan guru adalah rendah (Azizi Yahaya, 2005). Mengikut Model Organisasi, mangsa

gangguan seksual akan rasa kehilangan mobiliti kerja. Mereka juga akan mengalami tekanan

dari segi fizikal dan psikologikal (Ishak & Lai, 2001). Kebanyakan wanita menganggapnya

sebagai penghinaan, yang mana merendahkan tahap keyakinan diri mereka dan seterusnya

mengganggu keberkesanan personal mereka (Prekel, 2001). Gangguan seksual akan

mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru. Kepuasan kerja telah lama

dijangkakan untuk membawa implikasi kepada produktiviti sesebuah organisasi ( Wright &

Davis, 2003).

Regardless of whether one calculates the cost of sexual harassment strictly in terms of

individual women’s emotional stress, which is passed on to their employers through

absenteeism, reduced productivity, increased medical costs, or turnover, or whether one

views it in terms of the disruption of the entire work force and the limitation of women’s

choices for employment, it is clear that sexual harassment is a powerful force in the

workplace

(Kaplan S.J., 1991).

Gangguan seksual meninggalkan kesan negatif dan destruktif kerana ia merupakan satu

bentuk jenayah sosial yang tidak sihat dan perlu dibanteras (Abdul Rahim, 2003). Kajian dan
12
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

tinjauan yang dilakukan oleh Balsham, Gutek, Gruber dan Bjorn menunjukkan bahawa kesan

negatif akibat gangguan seksual di tempat kerja boleh menjejaskan dua pihak, iaitu pekerja

yang menjadi mangsa dan juga organisasi itu sendiri (Barak, 1994). Dari aspek ini, kebanyakan

individu yang menjadi mangsa kepada gangguan seksual di tempat kerja melaporkan bahawa

mereka telah mengalami beberapa tekanan psikologi, penderaan emosi dan masalah kesihatan

fizikal (Henry & Meltzoff, 1998).

Oleh yang demikian berdasarkan kajian-kajian lepas maka adalah perlu untuk

melakukan kajian dalam kalangan guru kerana gangguan seksual mampu memberi impak

besar terhadap prestasi kerja guru. Dalam masa yang sama ia memberi kesan kepada

perkembangan para pelajar kerana jelas bahawa guru yang tidak mampu menunjukkan prestasi

penuh semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian pelajar.

Justeru kajian mengenai gangguan seksual ini perlu dilakukan bagi mengenalpasti hubungan

antara gangguan seksual dengan tekanan dan kepuasan kerja.

13
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

BAB 3

REKABENTUK & KAEDAH KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Tiga

set soal selidik akan digunakan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah tahap

kewujudan masalah gangguan seksual dalam kalangan guru-guru di tempat kerja (sekolah).

Sampel adalah terdiri daripada 380 orang guru dari sekolah negeri Selangor.

Instrumen

Borang soal selidik ini merupakan adaptasi daripada soal soal selidik Sex And The Workplace,

manakala tekanan kerja dan kepuasan kerja, masing-masing diukur dengan Job Related

Tension Index dan Brayfield-Rothe Index. Data yang diperoleh dengan menggunakan soal

selidik yang telah diedarkan kepada responden yang terpilih. Setiap maklumat akan ditafsirkan

secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan SPSS versi 17.0. Kajian rintis juga akan

dijalankan bagi memastikan item soal selidik jelas, ringkas, mudah difahami dan mempunyai

nilai kebolehpercayaan yang tinggi.

Analisis Data

Bagi menentukan bilangan guru di sekolah yang pernah mengalami gangguan seksual, analisis

perbandingan min akan dijalankan berdasarkan jawapan subjek yang diperoleh daripada soal

selidik. Seterusnya, bagi menentukan jenis-jenis gangguan seksual yang dihadapi oleh guru

pula, maka perbandingan antara peratusan skor bagi kategori gangguan seksual akan

dilakukan. Untuk melihat hubungan antara gangguan seksual dengan tekanan dan kepuasan

kerja pula, maka ujian korelasi Pearson akan dilaksanakan.

14
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Kesahan & Kebolehpercayaan Instrumen

 Sex at The Workplace – Alpha 0.83 (Gutek, 1985)

 Job Related Tension Index – Alpha 0.91 (Kahn, Wolfe, Quinn, Shoek & Rosenthal,1964)

 Brayfield-Rothe Index – Alpha 0.87 (Brayfield & Rothe,1951)

15
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Populasi Dan Persampelan

400 orang guru yang akan dipilih daripada jumlah guru keseluruhan seramai 24626 dengan

menggunakan Jadual Krejcie dan Morgan. Carta bagi pemilihan populasi adalah seperti di

bawah:

Populasi Guru di
Pemilihan Latar Negeri
Selangor
Guru : 24626 orang
Sampel dipilih : 380
Klasifikasi Mengikut
Daerah
Sekolah di Selangor Jumlah Daerah:
(Persampelan 21 buah daerah
Berstrata)

Nama daerah dinegeri Selangor :

Pemilihan Guru Sabak Bernam - 18 org


Sungai Besar -18 org
Hulu Selangor -18 org
Tanjung Karang -18 org
Kuala Selangor -18 org
Melaksanakan Selayang-18 org
Kajian Gombak -18 org
Ampang -18 org
Pandan -18 org
Hulu Langat -18 org
Serdang -18 org
Puchong -18 org
Kelana Jaya -18 org
Petaling Jaya Selatan -18 org
Petaling Jaya Utara -18 org
Subang -18 org
Shah Alam -18 org
Kampar -18 org
Klang -18 org
Kota Raja -18 org
Sepang - 20 org

16
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

JADUAL KERJA

Jadual kerja di bawah menunjukkan aliran pergerakan kajian ini yang akan dijalankan selama enam

bulan:

Ogos
MASA

Julai

Sept

Nov
Oct

Dis
TAHAP KERJA

Tahap perancangan penyelidikan :

I. Kenalpasti masalah kajian


II. Kenalpasti tujuan & objektif
III. Menentukan skop & batasan kajian
Tahap rekabentuk kajian :

I. Reka bentuk kajian – 3 soal selidik


II. Menentukan populasi dan persampelan
Tahap operasi penyelidikan :

I. Penyesuaian alat ukur


II. Kebenaran pihak KPM, PPD Daerah, Sekolah
III. Kajian rintis (analisis)
IV. Kebolehpercayaan soal selidik
V. Edaran soal selidik
VI. Pengumpulan data
VII. Analisis Data
Tahap Penyempurnaan Penyelidikan :

I. Pentafsiran objektif penyelidikan


II. Laporan objektif kajian
III. Penerbitan
IV. Pembentangan Kajian

17
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

BELANJAWAN

Kos keseluruhan bagi kajian ini adalah sebanyak RM 36 970. Data terperinci mengenai budget kewangan

bagi kajian ini adalah seperti berikut:

KOS PENYELIDIKAN

Photostat Borang Soal Selidik RM 1 x 400 RM 400


Pen Saguhati RM 3 x 400 RM 1200
Analisis SPSS RM 2 x 400 RM 800
PENGANGKUTAN

Minyak (RM 50 x 15) x 5 RM 3750


Tol (RM 20 x 15) x 5 RM 2250
Sewa (RM 50 x 15) x 5 RM 3750
LAIN – LAIN

Pembantu Penyelidik (RM 50 x 30) x 5 RM 7500


Penerbitan RM 100 x 300 RM 3000
Laptop RM 3000 RM 3000
Printer RM 500 RM 500
Kontijensi RM 3620 RM 3620
JUMLAH RM 36 970

RUJUKAN

18
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Abdul Rahim Abdul Rashid. 2003. Gangguan seksual : pengurusan tingkah


laku dan perkembagan gender dalam organisasi. Kuala Lumpur :
Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya. 2005. Masalah gangguan seksual di kalangan guru-guru di johor, melaka,
n,sembilan, dan selangor. Universiti Teknologi Malaysia. Johor, Malaysia.

Barak, A. 1999. A cognitive behavioral education workshop to combat


sexual harassment in the workplace. Journal of Counselling and
Developement”, 72, 595. Retrieved July 30, 2004 from Pro Quest.

Bradley E. Wright and Brian S. Davis. 2003. Job satisfaction in the public sector: the role of the
work environment. The American Review of Public Administration

Fitzgerald, L.F., & Ormerod, A.J. 1993. “Breaking silence : the sexual
harassment of women in academia and the workplace”. Dalam F.L.
Denmark and M.A. Paludi (Eds.), Psychology of Women : A Handbook of
Issues and Theories (pp.553 – 581). Westport, CT : Greenwood.

Foulis, D. dan McCabe, M.P. 1997. “Sexual harassment : factors affecting


attitudes and perceptions”. Sex Roles : A Journal of Research. Diambil pada
March, 22, 2005daripada Articles database.

Golden III, J.H., Johnson, C.A. & Lopez, R.A. 2001. Sexual harassement in the
workplace : exploring the effects of attractiveness on perception of
harassment. Sex Roles : A Jurnal of Research. Retrieved on March 22,
2005 from Find Aticles Database.

Gutek, B.A., & Koss, M.P. 1993. Changed women and changed organizations
: consequences of and coping with sexual harassment. Jurnal of
Vocational Behavior, 42, 28-48.
19
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Henry, J. & Meltzoff, J. 1998. Perception of sexual harassment as a function


of target’s response type and observe’s sex. Sex Role : A Journal of
Research. Retrieved March 22, 2005 from Find Articles database.

Ishak Mad Shah & Lai Lee Ching. 2001. Gangguan seksual di tempat kerja dan hubungannya
dengan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Jurnal Teknologi, 34(E) Jun 2001: 51–64.
Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Sumber Manusia. 1999. Kod amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan
seksual di tempat kerja. Kuala Lumpur. Malaysia.

Ligthle, J. dan Doucet, E.H. 1992. Sexual harassment in the workplace. a


guide to prevention. California : Crisp Publications Inc.

Mc Kinney, K. & Maroules, N. 1991. Sexual harassment, dalam E. Grauerholz


& M. A. Koralewski (eds.) Sexual Coercion : A Sourcebook On Its
Nature, Cause and Prevention”. Canada : Lexington Books.

Michael B. Brown, Ashley Hardison, Larry M. Bolen and Christy M. Walcott. 2006.
A comparison of two measures of school psychologists’ job satisfaction. Canadian
Journal of School Psychology. 21; 47

Paludi, M.A., DeFour, D.C., Attah, K., & Betts, J. 1999. “Sexual harassment in
education and workplace : a view from the field of psychology”.
Dalam M.A. Paulidi (Ed.), The Psychoogy Of Sexual Victimization : A
Handbook. West-Port, Ct : Greenwood.

Renzettti, C. M. & Curan, D. J. 1999. Women, men and society (4th ed.).
Boston : Allyn & Bacon.

Sabhita Marican. 1999. “Punca gangguan seksual di tempat kerja”. Dalam


20
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

laman web http://www.utusan.com.my. Utusan Online 2 September 1999.

Sally J. Kaplan. 1991. Consequences of sexual harassment in the workplace. Affilia 6; 50.

Welsh, S. 1999. Gender and sexual harassment. Annual Review of


Sociology. 25, 169-190.

Wilson, EM. 1995. Organizational behaviour and gender. London:


McGraw-Hill.

Zakaria Ismail, Abdul Malik Habeeb Mohd dan Malani Achro. 2003. Gangguan seksual di
tempat kerja:definisi, kesan dan langkah mengatasinya. Kuala Lumpur. Malaysia.

21
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A
22
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Sila tandakan (/) bagi gangguan seksual yang pernah dilakukan oleh rakan sekerja anda di sekolah:

a. Lisan

Sila tanda (/) Sila tanda (/)


Jenis Ekplisit Implisit
Ya Tidak Ya Tidak
Lawak lucah
Sindiran mengenai penampilan fizikal
Sindiran mengenai perlakuan seksual
Soalan peribadi yang keterlaluan
Pelawaan seksual yang tidak diingini
Lain-lain: Jika Ya, sila nyatakan:

b. Bukan Lisan

Sila tanda (/) Sila tanda (/)


Jenis Ekplisit Implisit
Ya Tidak Ya Tidak
Bersiul
Cuba mendekatkan badan
Gerak badan yang mengghairahkan
Bahan bertulis (e-mail, surat, faks, dll.)
Lain-lain: Jika Ya, sila nyatakan:

c. Fizikal

Sila tanda (/) Sila tanda (/)


Jenis Ekplisit Implisit
Ya Tidak Ya Tidak
Sentuhan fizikal yang tidak diingini
Menyentuh bahagian badan yang sulit
Paksaan untuk ciuman / pelukan
Serangan seksual
Rogol
23
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Lain-lain: Jika Ya, sila nyatakan:

d. Psikologi

Sila tanda (/) Sila tanda (/)


Jenis Ekplisit Implisit
Ya Tidak Ya Tidak
Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak
diterima
Memujuk rayu berterusan untuk keluar
bersama
memujuk rayu berterusan untuk bercumbuan
Sering memandang dengan ghairah
Lain-lain: Jika Ya, sila nyatakan:

e. Visual

Sila tanda (/) Sila tanda (/)


Jenis Ekplisit Implisit
Ya Tidak Ya Tidak
Menunjukkan video pornografi
Menunjukkan gambar-gambar lucah
Mendedahkan bahagian badan yang sulit
Menunjukkan aksi lucah
Lain-lain: Jika Ya, sila nyatakan:

BAHAGIAN B

24
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Sila tandakan (/) jika pernyataan di bawah mengambarkan diri anda:


Sangat Sangat Tidak
Item Setuju Tidak Setuju
Setuju Setuju
Saya rasa berpuas hati dengan kerja
saya
Kebanyakan hari saya teruja dengan
kerja saya
Setiap hari kerja seperti tidak akan
berakhir
Saya mendapat kenikmatan dalam
kerja saya
Saya berasakan kerja saya tidak
menyenangkan

BAHAGIAN C

Sila tandakan (/) jika pernyataan di bawah mengambarkan diri anda:

Sangat Sangat Tidak


Item Setuju Tidak Setuju
Setuju Setuju
Berasakan bahawa anda mempunyai
autoriti yang sangat sedikit dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan
Tidak jelas tentang bidang dan
tanggungjawab kerja anda
Tidak tahu mengenai peluang kemajuan
atau kenaikan pangkat wujud untuk diri
anda
Merasakan beban kerja anda adalah
berlebihan sehingga tidak mampu
diselesaikan sebelum tarikh akhir
Memikirkan anda tidak mampu untuk
memuaskan permintaan pelbagai pihak
terhadap anda

25
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

Berasakan anda tidak layak untuk


mengendalikan kerja anda
Tidak mengetahui apa pandangan
penyelia anda terhadap prestasi kerja
anda
Kenyataannya, anda tidak mendapat
maklumat untuk menjalankan tugas
anda
Perlu untuk menentukan keputusan
yang akan memberi kesan terhadap
individu yang anda kenal
Merasakan anda tidak disukai dan
diterima dalam kalangan rakan sekerja
anda
Berasa tidak mampu mempengaruhi
keputusan penyelia anda dan
tindakannya yang boleh mempengaruhi
anda
Tidak mengetahui apa harapan rakan
sekerja terhadap diri anda
Memikirkan bahawa kapasiti kerja anda
akan mengganggu hasil kerja tersebut
Merasakan anda terpaksa melakukan
sesuatu semasa kerja yang berada di
luar pertimbangan anda
Merasakan bahawa kerja anda boleh
mengganggu kehidupan keluarga anda

26
Penyelidikan Pendidikan (EDU 3044) Cadangan Penyelidikan

27

You might also like