Professional Documents
Culture Documents
Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah
dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San
Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak
1946.
Piagam PBB
untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang
tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat
dipeliharakan, dan
untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan
yang lebih luas,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas
piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika
Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan
daripada 46 penandatangan yang lain.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom
pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah
menyertai pertubuhan ini.
[sunting] Ibu pejabat
Bangunan ibu pejabat PBB terkini dibina di sebelah Sungai East (East River), New York City
pada tahun 1949. Bagaimanapun, bangunan ini bukannya hak milik Amerika Syarikat. Ia
dibina di atas tanah yang dibeli daripada John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak
AS$8.5 juta, dan direka bentuk oleh sepasukan arkitek antarabangsa, termasuknya Le
Corbusier (Perancis) yang termasyhur, Oscar Niemeyer (Brazil), dan wakil-wakil daripada
banyak negara yang lain. Pasukan itu diketuai oleh Wallace K. Harrison, pengetua Harrison &
Abramovitz (NYC).
Ibu pejabat PBB di New York dibuka secara rasmi pada 9 Januari 1951. Sedangkan ibu
pejabat PBB yang utama ditempatkan di New York, terdapatnya agensi-agensi utama yang
terletak di Geneva, Hague, Vienna, Montreal, Bonn, dan tempat-tempat yang lain. Alamat ibu
pejabat PBB ialah 760, United Nations Plaza, New York, NY 10017, USA.
Oleh sebab bangunan utama PBB telah lama, PBB adalah dalam proses mengubah suai serta
memperbesar bangunan ini. Untuk kegunaan sementara waktu, sebuah ibu pejabat yang
direkabentuk oleh Fumihiko Maki telah dibina di antara Jalan Ke-41 dan Jalan Ke-42 (41st
dan 42nd Street) di New York.
Perhimpunan Agung
Majlis Keselamatan
Majlis Peramanahan
Sekretariat
Bagaimanapun, terdapatnya juga banyak agensi khas untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Untuk
nama agensi-agensi PBB yang lain, sila lihat bahagian: Senarai badan-badan PBB yang lain.
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu
setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak
sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa
serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.
Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk
mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC
mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun.
Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli
daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang
merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk
sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada
setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa
utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain,
termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan.
Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi
kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih;
dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.
Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-
wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk
serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini —
kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil
daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh
kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui
penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir,
dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis
merupakan bahasa rasminya.
[sunting] Sekretariat
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan
awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada
kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja
bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-
badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis
Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang
lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian
antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan
antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis
Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang
dimulakan oleh PBB.
[sunting] Bahasa rasmi
PBB mempunyai enam bahasa rasmi iaitu bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia, dan
Sepanyol. Manakala bahasa kerja yang digunakan di Perhimpunan Agung ialah Inggeris,
Perancis dan Sepanyol (dalam Majlis Keselamatan PBB ia terhad kepada dua bahasa sahaja
iaitu bahasa Inggeris dan Perancis sahaja).
[sunting] Kegiatan
Rencana utama: Kegiatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Persidangan antarabangsa
Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
Penjagaan keamanan
Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan
tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang
diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak,
Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan
perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-
contoh terkini termasuk:
"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di
Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden
untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;
"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark
pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan
boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan,
dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.
"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada
September 1995;
"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di
Istanbul, Turki pada Jun 1996.
Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun
2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana
usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."
PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera
yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan
PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO
direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat
antarabangsa dan bukannya pingat tentera.
Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB.
Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-
merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa
akan datang.
Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat
ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan
berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah
ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia,
khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah
sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi.
Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur
kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi
manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali
amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.
PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.
Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB
membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian
yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat
perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.
Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu
memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara),
Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek
penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan
ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan
PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam
dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk
Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam
pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin.
Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan
pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.
PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai
banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor
Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah
Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas
untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.
Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak
Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama
bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama
yang dihakiminya termasuk:
Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi
undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh
untuk jenayah-jenayah perang;
Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana
mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).
Pembiayaan
Kompleks Pusat Antarabangsa Vienna di Austria. Pejabat-pejabat PBB mengambil sebahagian besar
daripada kompleks ini.
Sistem PBB dibiayai dengan dua cara, iaitu sumbangan taksiran dan sumbangan suka rela
daripada ahli-ahli negara. Perhimpunan Agung meluluskan peruntukan yang biasa dan
menentukan taksiran untuk setiap ahli. Secara umumnya, taksiran ini berdasarkan keupayaan
relatif setiap negara, sebagaimana yang diukur oleh statistik pendapatan negara, bersama-
sama dengan faktor-faktor yang lain. Peruntukan setiap dua tahun untuk PBB dan agensi-
agensi khasnya dibiayai oleh sumbangan taksiran.
Perhimpunan Agung telah mewujudkan prinsip bahawa PBB harus tidak terlalu bergantung
kepada mana-mana satu ahli dalam pembiayaan operasinya. Oleh itu, PBB mengenakan had
maksimum untuk sumbangan taksiran bagi peruntukan biasa. Pada Disember 2000,
Perhimpunan menyemak semula skala taksirannya untuk membayangkan keadaan dunia yang
terkini. Antara perubahan daripada penyemakan itu, had maksimum diturunkan daripada 25%
ke 22%. Amerika Syarikat merupakan ahli yang tunggal yang mencapai had maksimum ini,
tetapi ia masih menunggak bayaran sebanyak beratus-ratus juta dolar (sila lihat: Amerika
Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di bawah skala taksiran yang diamalkan
pada tahun 2000, penyumbang-penyumbang utama (selain Amerika Syarikat) untuk
peruntukan PBB yang biasa bagi tahun 2001 adalah seperti berikut: Jepun (19.63%), Jerman
(9.82%), Perancis (6.50%), United Kingdom (5.57%), Itali (5.09%), Kanada (2.57%),
Sepanyol (2.53%), dan Brazil (2.39%).
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi
pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan dan rasuah
mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telah
menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.
Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung PBB, Kofi
Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997. Reformasi yang
telah dikemukakan termasuk:
penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan hubungan
kuasa 1945);
menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;
Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yang
serupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telah
diatur kedudukan, termasuknya Burundi, Côte d'Ivoire dan Liberia. [4]
Keahlian jawatankuasa
Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak terhingga
ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai
pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itu
memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman
penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.
Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk
membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk keperluan
kemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula
tenteranya selepas Perang Teluk pertama.
Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah
tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus meletakkan
jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim daripada penyiasatan PBB
menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq.[5]
Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah
dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat
Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranannya dalam skandal
ini.
Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam
piagamnya ialah :
3. Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)
57 Negara Ahli
Keahlian
5 Negara Pemerhati
Penubuhan
25 September 1969
– Rabat,
12 Rejab 1389 Hijrah
Maghribi
Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC ( ;منظمة المؤتمر اإلسالميOrganization of the Islamic
Conference) merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam.
Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam;
bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik,
dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi
dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam
usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara
jurang perbezaan budaya dunia dll".
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan
pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang
kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya
dari negara-negara Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Selatan.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang
dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kini
Malaysia adalah pengerusi OIC.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah
dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin
dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi
ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama
umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara
termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya
mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang
dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu,
Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-
Keanggotaan
1. Afghanistan (1969)
2. Algeria (1969)
4. Chad (1969)
5. Mesir (1969)
6. Guinea (1969)
7. Indonesia (1969)
8. Iran (1969)
9. Jordan (1969)
Persoalon ini sangat asas. Siapapun yg waras tdk akan menyamakan Islam itu dengan
extremism atau sifat melampau.
Namun persoalan ini perlu dijawab kerana peristiwa yang berlaku dikalangan umat
Islam dan tafsiran-tafsiran yang ada kalanya terbit dari kejahilan, kekeliruan dan
berniat jahat menyebabkan timbulnya satu tanggapan bahawa Islam ini agama yang
melampau.
Umat Islam perlu bersedia menghilangkan kekeliruan dan keraguan ini berdasarkan
kepada ilmu dan hujjah ilmiah tanpa diiringi oleh emosi yang meluap-luap dan
ataupun bersikap defensif.