You are on page 1of 35

SISTEM PENGUDARAAN DALAM

BANGUNAN
TAKRIF: peredaran udara ialah satu proses pertukaran udara dari ruang-ruang yang
terdapat dalam bangunan.

FUNGSI PENGUDARAAN
 
Pengudaraan berfungsi menentukan tahap kesihatan, keselesaan terma
dan penyejukan struktur bangunan. Keutamaan dalam memenuhi ketiga-
tiga fungsi ini bergantung kepada keadaan iklim setempat. Untuk
memenuhi ketiga-tiga fungsi, ia perlu melibatkan rekabentuk secara
terperinci.

 
Kesihatan 
•Mengekal kebersihan / kualiti udara di dalam ruang
•Menyediakan oksigen secukupnya untuk pernafasan,
memasak dan melakukan berbagai aktiviti
•Mencegah peningkatan karbon dioksida yang tinggi dan bau
yang tidak menyenangkan
•Mengawal pembuangan wap air dalam ruang bilik air,
dapur dan sebagainya
•Pembuangan produk pembakaran dan pernafasan / respirasi
•Keberkesanan proses pengudaraan yang bergantung kepada
jenis penghunian, jumlah dan jenis aktiviti
•Bau yang tidak diingini seperti bau badan, makanan, rokok
dan sebagainya dikurangkan kesannya menerusi pencairan

 
Keselesaan Terma
 
•Meningkatkan kehilangan haba daripada badan dan mencegah
ketidakselesaan oleh kelembapan dan kelekitan kulit

•Menyediakan keadaan yang selesa di dalam bangunan yang


merangkumi pencegahan ketidakselesaan oleh kelekitan kulit

•Keperluan kadar alir angin (rate of flow) yang tinggi

•Meningkatkan kelajuan angin pada zon taburan tidak sekata

•Menambahkan kehilangan haba secara perolakan

•Mempercepatkan proses sejatan

•Menentukan perincian rekabentuk dari aspek geometri ruang dan


lokasi bukaan untuk mempengaruhi kadar aliran angin dalam
bangunan

•Meningkatkan kelajuan udara pada ruang yang bersuhu tinggi


untuk memperolehi keselesaan terma
SISTEM PENGUDARAAN SEMULAJADI

DEFINISI:
ialah satu proses pertukaran udara dalam bangunan tanpa bantuan kipas.

Pengudaraan semulajadi berlaku secara dua cara:

1.Perbezaan tekanan
2.Perbezaan suhu.

PERBEZAAN TEKANAN
•Udara bergerak daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Kelajuan
pergerakan udara bergantung kepada besar kecilnya perbezaan tekanan antara
tekanan tinggi dengan tekanan rendah.
•Pengudaraan jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu.
a)Pengudaraan tingkap
b)Pengudaraan bumbung
c)Pengudaraan dinding.
PENGUDARAAN TINGKAP
•Tingkap adalah satu-satunya cara bagi mendapatkan pengudaraan semulajadi.
Rekabentuknya dari segi bentuk, kedudukan, saiz dan bilangan tingkap akan
menentukan kesan pengudaraan.
•Sebaik-baiknya tingkap perlu ditempatkan pada semua bahagian dinding
bangunan.
PENGUDARAAN PADA BUMBUNG
•Pembukaan boleh juga dibuat pada bumbung untuk membolehkan/
memerangkap angin masuk.
PENGUDARAAN MELALUI DINDING
•Pengudaran ini diperolehi dengan cara membuat bukaan pada dinding tersebut
seperti mengadakan ram tetap ( fixed louvred), bata rongga dan unjuran dindidng.

• Kesemua bukaan ini membolehkan angin masuk ke dalam ruang melalui kesan
tekanan angin ( wind Effect)
PERBEZAAN SUHU ( KESAN STACK)
•Pergerakan udara berlaku disebabkan oleh keasn stack. Kesan ini wujud apabila
berlaku perbezaan suhu udara di dalam dan diluar banguanan. Udara panas
didalam bangunan akan naik keatas dan akan diganti dengan udara sejuk dari luar.
•Kadar pergerakan udara ini bergantung kepada :
1. Perbezaan suhu
2. Ketinggian ruang
3. Saiz dan kedudukan bukaan masuk udara.
KEBAIKAN PENGUDARAAN SEMULAJADI
• Jimat. Tidak menggunakan kos dan tenaga
• Senyap . Tidak berbunyi bising

KELEMAHAN PENGUDARAAN SEMULAJDI


• Pergerakan udara sukar dikawal. Perbezaan tekanan dan suhu sentiasa berubah
ubah didalam bangunan. Bangunan tinggi tiupan angin adalah terlalu tinggi.
•Suhu sukar dikawal.
•Kadar kelembapan udara tidak dapat dikawal
•Pergerakan udara tidak menyeluruh
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBERKESANAN PERTUKARAN UDARA.
PARAS TIDUR
1.KEDUDUKAN TINGKAP DAN LUBANG PERMUKAAN PARAS BERDIRI
PARAS YANG LEBIH TINGGI

2.SUSUNAN PERABOT DALAM BILIK

3.SUHU

4.KELEMBAPAN UDARA

5.KEBERSIHAN UDARA
1. KEDUDUKAN TINGKAP DAN LUBANG PERMUKAAN
1. SUSUNAN PERABOT DALAM BILIK
MASALAH YANG DIHADAPI DALAM SISTEM PEREDARAN
UDARA
•ANGIN SEDUT KE BAWAH
•ANGIN SELARI
Faktor-faktor yang mempengaruhi aliran angin
di dalam bangunan
1.Orientasi
Anggaran arah dan kelajuan angin boleh diperolehi dari jadual angin / iklim
tempatan. Halakan bukaan utama / terbesar ke arah angin utama. Angin datang
dari arah oblik (45) berupaya menambah kelajuan dan memberi taburan yang
lebih sekata di dalam bangunan daripada arah tegak (90)
2. Halangan-halangan di luar
Kelajuan angin akan meningkat sekiranya ada halangan (kesan terowong)
3. Pengudaraan rentas
Sekiranya tiada bukaan keluar atau terdapat sekatan yang penuh,
aliran angin tidak akan terbentuk. Oleh itu bukaan keluar perlu
disediakan
4. Lokasi bukaan
 
Bukaan mestilah dapat mengalirkan angin ke arah badan (living zon) pada
ketinggian + 2 m. sekiranya bukaan masuk terletak pada bahagian atas
dinding, aliran angin akan menghala ke atas. Sekiranya bukaan masuk terletak
rendah di bahagian bawah dinding, aliran angin menghala ke lantai. Bukaan
eloklah berada di bahagian tengah dinding agar aliran selari dengan aliran
angin di luar
5. Saiz bukaan
 
Kelajuan yang tinggi dapat dihasilkan dengan merekabentuk bukaan masuk
kecil dan bukaan keluar besar (kesan venturi). Sekiranya bukaan masuk lebih
besar, kelajuan menjadi kurang, tetapi corak aliran lebih sekata (aliran
keseluruh ruang)
6. Kawalan bukaan
 
Aliran angin di dalam ruang dipengaruhi oleh adanya unjuran, alat peneduhan
luaran dan dalaman seperti yang ditunjukkan
7. Kesan Tingkat / terowong
 
 Dipengaruhi oleh kuasa terma, berlaku apabila terdapat perbezaan suhu yang
besar antara udara di dalam dan di luar bangunan
Sekiranya terdapat tingkap atau bukaan, udara panas naik dan keluar
menerusi bukaan di atas
Udara sejuk akan masuk dari bawah menggantikan kekosongan yang terbentuk
(sama prinsipnya dengan kejadian angin)
Proses ini berlaku dan membentuk aliran masuk dan keluar secara semulajadi
MECHANICAL VENTILATION SYSTEM
Pengudaraan mekanikal merupakan satu proses pertukaran udara
dalam bangunan menggunakan bantuan jentera.

SEBAB KEPERLUAN PENGUDARAAN MEKANIKAL:

1.Sukar mendapatkan kuantiti, kualiti dan kawalan pengudaraan yang baik.


cth. Wayang, kilang dan sebagainya

2.Mengendalai dan mengawal persekitaran dalaman

3.Untuk menentukan udara yang cukup didalam ruang

4.Mengeluarkan haba yang berlebihan.


CARA-CARA GANTI UDARAAN
BERJENTERA

1.Alir masuk semulajadi dengan alir keluar berjentera

1.Alir masuk berjentera dengan alir keluar semulajadi

1.Alir masuk dan keluar berjentera


1. Alir masuk semulajadi dengan alir keluar berjentera

• Udara masuk ke dalam bangunan dengan sendiri dan dipaksa keluar


dengan pengunakan kipas. Kipas-kipas ini dipasang di bumbung, diding
dan tingkap. Sesuai digunakan di kilang, bilik dapur, makmal dan bilik air.

2. Alir masuk berjentera dengan alir keluar semulajadi


• Udara akan masuk dengan mengunakan kipas. Udara dipaksa keluar
dengan sendiri. Bukaan diletakkan di paras bawah. Sesuai untuk kilang-
kilang kecil, pejabat dan rumah dandang.

3. Alir masuk dan keluar berjentera


• Cara ini dapat mengawal kelajuan peredaran udara, tekanan udara.
Penapis udara diguanakn untuk memastikan kebersihan udara. Sesuai
digunakan di pawagam, bilik tari, restoran dan bangunan besar.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEREDARAN UDARA
BERJENTERA
KEBAIKAN
1.Peredaran udara dapat dikawal
2.Udara segar boleh ditapis
3.Keadaan lebih selesa
4.Sesuai untuk bilik sever

KELEMAHAN
1.Kos penggunaanya mahal
2.Bunyi bising
FAKTOR PERMILIHAN KE ATAS PENGGUNAAN SISTEM
GANTIAN UDARA BERJENTERA

1.Ketidakupayaan gantian udara semulajadi


•Bilik yang terdapat dibawah tanah pada kebisaanya tidak akan mendapat
pergerakan udara secara optimum. Dengan itu jentera perlu digunakan untuk
mendapatkan pergerakan udara.
2.Ruang-ruang yang sesak
• Ruang seperti dewan perhimpunan, bilik darjah dan dapur selalu sesak dengan
orang. Udara cepat menjadi kotor atau panas. Pergerakan udara yang perlahan
akan menjadikan ketidakselesaan bagi , manusia. Udaran berjentera diperlukan
untuk bekalan oksigen, mengawal kenaikan suhu , haba atau kelembapan dan
memelihara kebersihan udara.
3.Mengeluarkan udara kotor lagi merbahaya.
•Gas-gas yang berbahaya seperti karbon dikoksida perlu dikeluarkan secara
segera. Ia akan menganggu kesihatan. Bilik makmal biasanya memerlukan kipas
penyedut untuk megelurkan gas bahaya.
4.Mengeluarkan bauan
•Kawasan yang ramai pengunaa seperti tandas, dewan dan restoran perlu
mengeluarkan bau. Kebersihan udara disitu perlu dijaga.
5. Bangunan Tinggi
• Pengunaan pengudaraan semulajadi tidak sesuai untuk bangunan tinggi. Tiupan
angin yang kuat mendatangkan masalah kepada penghuni. Oleh itu tingkap perlu
ditutup dan penyaman udara diperlukan

6.Kawasan yang sukar mendapat angin

7. Lebihan haba dari semua arah ( pulau panas)

8. Kawalan udara dan suhu

9. Kenaikan taraf hidup


1) JENIS KIPAS

Kipas propellar

Kipas centrifugal

Axial flow
2. ) air-conditioner

Window Air Conditioning


System

Split Air Conditioner


System
Packaged Air Conditioners

Central Air System

You might also like