You are on page 1of 5

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

National University of Malaysia

PENGUKURAN PRESTASI ORGANISASI


(STQK 6154)

Sem 1, 2009/10
Tugasan 0 : Visi dan Misi
pensyarah
Dr. Noreha Husain
oleh
Iskandar Syahril Ibrahim Sukri
P 50078
ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Kandungan
Pengenalan........................................................................................................................................ 3

Visi NCSB ....................................................................................................................................... 3

Misi NCSB ...................................................................................................................................... 3

Visi .................................................................................................................................................... 3

Misi ................................................................................................................................................... 4

Hubungan Visi & Misi......................................................................................................................... 4

Pandangan Visi dan Misi NCSB ........................................................................................................... 4

Visi NCSB ....................................................................................................................................... 4

Misi NCSB ...................................................................................................................................... 5

Rujukan ............................................................................................................................................. 5

"Vision without action is a daydream. Action without vision is a nightmare."


– Peribahasa Jepun

STQK 6154 | Pengurusan Strategi Muka 2 daripada 5


ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Tugasan : STQK 6154

Pengenalan
Organisasi yang di pilih adalah NIOSH Certification Sdn Bhd (NCSB). NIOSH Certification Sdn. Bhd.
(NCSB), sebuah syarikat di perbadankan di bawah akta syarikat 1965 merupakan milik penuh Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

NCSB menyediakan perkhidmatan pensijilan system pengurusan yang menepati piawaian dan
garispanduan nasional dan antarabangsa.

Visi NCSB
“To be the certification service of choice by the Industry, Organisations and Auditors regionally.”

Misi NCSB
“To provide valued certification services to the Industries and Organisations by supporting auditors
with innovative and cost competitive services.”

Visi
“Lima puluh tahun dari sekarang, nama kami akan dikenal diseluruh dunia… dan akan
bersaing dalam inovasi dan kualiti dengan pesaing dimanapun didunia.…. Saat itu,
“Made in Japan” akan member maksud sesuatu yang bagus, bukan sesuatu yang pelik”
(Sony, tahun 1950-an)

Ayat di atas merupakan ungkapan visi daripada Sony sekitar tahun 50an. Sony pada waktu itu
merupakan sebuah perusahan kecil yang baru bertapak di Jepun. Ungkapan “Made in Japan”
merupakan sesuatu yang kurang bermakna, di mana jepun pada ketika itu sedang pulih dan masih
trauma akibat daripada Perang dunia keDua dan letusan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Visi
ini bagaimanapun telah Berjaya di capai yang mana jenama Jepun merupakan sesuatu yang memberi
maksud inovasi dan kualiti seawal tahun 90an.

Visi memberi maksud kehendak atau keinginan keadaan yang ingin dicapai dimasa depan, sesuatu
yang akan menjadi tujuan suatu organisasi dalam jangka panjang. Visi korporat merupakan sesuatu
yang ringkas, mudah di fahami dan memberi inspirasi kepada organisasi terhadap apa yang hendak
di capai pada masa hadapan.

Warren Bennis, penulis berkaitan kepimpinan berkata: "To choose a direction, an executive must
have developed a mental image of the possible and desirable future state of the organization. This
image, which we call a vision, may be as vague as a dream or as precise as a goal or a mission
statement."

STQK 6154 | Pengurusan Strategi Muka 3 daripada 5


ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Misi
Misi digunakan untuk menzahirkan keadaan sekarang, siapakah kita, dimanakah kita sekarang (dari
perspektif waktu), apa kekuatan kita, dan lain-lain. Secara umumnya misi menyatakan kenapa
sesebuah organisasi wujud dan apa yang ia perlu lakukan bagi mencapai visi.

Penyataan misi mestilah mempunyai ciri-ciri SMART, iaitu Spesifik, Mengukur (boleh di ukur), Abiliti
dicapai, Releven dan Tempoh masa. Apa yang penting penyataan misi haruslah berkeupayaan
menjaga dan meningkatkan nilai bagi pemegang kepentingan (stakeholder) seperti pemilik
organisasi, kakitangan-kakitangan dan pelanggan yang mendapatkan produk/perkhidmatan.

Hubungan Visi & Misi


Gambarajah di bawah menunjukan hubungan diantara Visi dan Misi. Penyataan misi yang sesuai
dapat membantu organisasi mencapai visi yang di diharapkan.

SEKARANG MASA HADAPAN

Apa/Siapa Apa yang di


kita? Bagaimana ke sana? tuju?
Dimana Kita
kini?

MISI STRATEGI VISI


Kesimpulannya, visi dan misi suatu organisasi/korporat bolehlah panjang ataupun pendek-pendek
saja, yang penting maknanya boleh dipahami. Yang utama adalah visi dan misi itu benar-benar
memberikan inspirasi kepada anggota organisasi untuk berusaha keras mencapai tujuan.

Pandangan Visi dan Misi NCSB


Visi NCSB
“To be the certification service of choice by the Industry, Organisations and Auditors
regionally.”

Visi yang telah ditetapkan merupakan satu penyataan harapan iaitu menjadi sebuah penyedia
perkhidmatan pensijilan pilihan bagi industri, organisasi dan juruaudit serantau. Syarikat ini baru
memulakan operasi iaitu sejak 2004 disamping mempunyai saingan-saingan yang mempunyai nama
yang besar di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antara pesaing-pesaingnya iailah SIRIM QAS
intenational, Moody International, BSI, LRQA dsb. Oleh itu visi yang di tetapkan bagi mencapai yang
terbaik di peringkat serantau adalah sesuai dan berpatutan.

STQK 6154 | Pengurusan Strategi Muka 4 daripada 5


ISKANDAR SYAHRIL IBRAHIM SUKRI

Misi NCSB
“To provide valued certification services to the Industries and Organisations by
supporting auditors with innovative and cost competitive services.”

Misi yang di tetapkan adalah menyediakan perkhidmatan pensijilan yang bernilai kepada industri
dan organisasi dengan membantu juruaudit dengan perkhidmatan yang inovatif serta kos
kompetatif. Penyataan misi ini bagaimanapun jika di nilai menggunakan konsep SMART memberi
nilai seperti berikut:

Spesifik : nilai bisnes yang ditetapkan adalah tertentu iaitu operasi bisnes pensijilan.

Mengukur :nilai pengukuran adalah kurang jelas atau kabur yang mana syarikat
menetapkan perkhidmatan yang inovatif dan kos kompetatif.

Abiliti dicapai : pencapaian syarikat hanya ditetapkan kepada industry dan organisasi.

Releven : misi yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan bisnes yang disediakan iaitu
sebagai penyedia perkhidmatan pensijilan.

Tempoh masa : tiada sebarang tempoh masa yang diletak bagi syarikat mencapai misi yang di
tetapkan.

Penyataan misi syarikat adalah terlalu umum dan boleh di cadangkan penambahbaikan. Cadangan
input yang boleh di tambah adalah input masa yang bersesuaian.

Rujukan
• ESSENTIALS of Corporate Performance Measurement (ISBN 0-471-20375-0 - John Wiley &
Sons, Inc)
• Crafting and Executing Strategy (Thompson, Jr. Arthur, and A.J Strickland III. McGrawhill
2001)
• en.wikipedia.org/wiki/Strategic_planning
• www.ncsb.com.my

STQK 6154 | Pengurusan Strategi Muka 5 daripada 5

You might also like