You are on page 1of 4

Terapi

  Maklumat dikumpul oleh:


Sumber : Pelbagai
Tarikh :
 

1. Terapi Fisio dan Terapi Cara kerja

2. Terapi Muzik dan Nyanyian

3. Pergerakan Kreatif dan Drama

4. Terapi Seni

5. Terapi Hidro

Maklumat dikumpul oleh: Rohayu SK Setapak, KL.


Sumber : Pelbagai
Tarikh : 26 Mei 208

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor
kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air
didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain
daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada
permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat
diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih
dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid
"water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan
fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan
daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan murid-murid pendidikan khas untuk menjalani


terapi air ini, kebanyakkan murid ADHD dilihat tidak lagi berkelakuan aktif ketika berada di
dalam air. Mereka kelihaan leka dan ashik bermain dengan pasir dan juga objek-objek yang
terapung di dalam air.

5.1. PENGENALAN

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas


Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain.
Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid
diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di
kolam tersebut berukuran 1 meter.

5.2. OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah


pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap
kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah
pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu,
renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-
murid PPKP ini.

5.3. DEFINISI DAN KONSEP

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor
halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka
dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti
keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.
Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat
dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku
didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid-murid PPKP mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di
sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-
murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui
hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti
seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan
jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan
di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan
oleh murid-murid PPKP ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air
berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur
pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis
panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap
individu berkeperluanyang unik ini.

5.4. KEPENTINGAN HIDROTERAPI

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,
memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang
lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:
i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan ‘Social skill’
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan ‘body image’
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’

5.5. PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKP ini, faktor yang paling penting
dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam
sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam.
Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan
kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan
sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid
sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut.
Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak
masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan
hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKP di mana tahap tumpuan yang singkat
menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu,
penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKP yang kurang persepsi
kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi
yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-
murid PPKP tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan
atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.
5.6 AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI

i. Pendahuluan

• Memanaskan badan dan meregangkan otot.


• Mengenakan jaket keselamatan.

ii. Isi Pelajaran

• Bermain-main di tepi air.


• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup

• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.


• Mengemaskan dan membersihkan diri.

You might also like