You are on page 1of 126

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Prakata

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan kekuatan yang
diberikanNya dapat saya menyiapkan buku soalan topikal dan jawapan Tasawwur Islam tingkatan 4 dan
5 ini dengan jayanya, walaupun saya terbelenggu dengan hambatan kerja-kerja yang semakin
menimbun. Tetapi demi untuk menambahkan khazanah ilmu dan memenuhi hasrat pelajar, saya
korbankan masa rehat untuk menyiapkan buku yang tidak seberapa ini.
Buku ini adalah lanjutan daripada buku nota lengkap tasawwur Islam ting 4 dan 5 yang telah
saya siapkan terdahulu. Kebanyakan soalan dan jawapan yang terdapat dalam buku ini adalah
berdasarkan kepada soalan-soalan sebenar SPM yang lepas-lepas. Disamping itu buku ini juga di susun
mengikut bab dan tajuk sepertimana yang terdapat dalam buku teks. Penyusunan mengikut bab dan
tajuk ini adalah untuk menyenangkan pelajar membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan.
Jawapan bagi setiap tajuk di sediakan sebagai rujukan kepada pelajar.
Harapan saya mudah-mudahan buku ini dapat membantu pelajar dalam memperolehi A+
Tasawwur Islam dalam SPM nanti, serta dapat meningkatkan kecemerlangan matapelajaran Tasawwur
Islam di sekolah anda.
Akhir sekali mudah-mudahan buku kecil yang tak seberapa ini boleh menjadi pemangkin kepada
kejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan khasnya dan dalam kehidupan amnya. Amin

Sekian, Wasaalam.

Salam dari penyusun

Ustaz Safaee b. Zakaria


Tokburong.wordpress.com
15 Zulkaedah 1430 H / 3 Nov 2009

By Tokburong.wordpress.com 1
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

TINGKATAN 4
BAB 1 ASAS PEMIKIRAN ISLAM

Pelajaran 1 Konsep Ketuhanan 5


Pelajaran 2 Konsep Kerasulan 8
Pelajaran 3 Konsep Insan 11
Pelajaran 4 Konsep Alam 14
Pelajaran 5 Tanggungjawab Memelihara dan Memulihara Alam 16
Pelajaran 6 Unit 1 dan 2 - Kedudukan Wahyu 19
Unit 3 - Kedudukan Akal 24
Unit 4 – Islam Agama Syumul 27
Pelajaran 7 Bimbingan Al-Quran 30
Pelajaran 8 Bimbingan Hadis 33
Pelajaran 9 Pengaruh Yang Merosakkan Pemikiran Muslim 35

BAB 2 CIRI PANDANGAN HIDUP MUSLIM

Pelajaran 10 Rabaniyyah 44

Pelajaran 11 Syumuliyyah 45

Pelajaran 12 Waqiiyyah 47

Pelajaran 13 Alamiyyah 49

Pelajaran 14 Murunah 50

BAB 3 INSTITUSI ISLAM

Pelajaran 15 Sistem Pemerintahan Islam

Unit 1 – Negara Islam 52

Unit 2 – Khalifah 56

Unit 3 – Rakyat 59

Pelajaran 16 Sistem kehakiman Islam 61

Pelajaran 17 Sistem Sosial Islam 66

By Tokburong.wordpress.com 2
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

TINGKATAN 5
BAB1 EKONOMI ISLAM

PELAJARAN 1 – ISLAM DAN HARTA


Unit 1 Harta amanah Allah 71
Unit 2 Memperoleh dan membelanjakan
harta 75

PELAJARAN 2 – ISLAM DAN HAK MILIK


Unit 1 Islam mengiktiraf hak milik 82
Unit 2 Larangan mencerobohi harta 85

PELAJARAN 3 – ISLAM DAN PEKERJAAN


Unit 1 Galakkan bekerja 87
Unit 2 Bekerja kerana Allah 92
PELAJARAN 4 - FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM

Unit 1 Pengertian dan sistem muamalah


Islam 94
Unit 2 Kepentingan Muamalah Islam 97

Unit 3 Jenis-jenis muamalah 99

BAB 2 FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

PELAJARAN 5 – PERUNDANGAN ISLAM


Unit 1 Pengertian perundangan Islam
Dan falsafah 101
Unit 2 Pengertian qadha, fikah,
Ijtihad dan fatwa 105
Unit 3 Matlamat perundangan Islam 110
Unit 4 Pengertian hukum harus, wajib
Haram, sunat dan makruh 116

PELAJARAN 6 – FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM


Unit 1 Pengertian ibadat 119
Unit 2 konsep dan falsafah ibadat 123
Unit 3 Munakahat 125
Unit 4 falsafah jenayah 130

By Tokburong.wordpress.com 3
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

BAB 3 PENYELESAIAN MASALAH

PELAJARAN 7 – Asas dan pertimbangan penyelesaian


Masalah menurut Islam 134

PELAJARAN 8 - Cara penyelesaian masalah 136

PELAJARAN 9 - Isu masalah dan cara penyelesaian


Menurut Islam 140

PELAJARAN 10 – Kelebihan penyelesaian masalah


Menurut Islam 147

By Tokburong.wordpress.com 4
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

BAB 1 : ASAS PEMIKIRAN ISLAM

PELAJARAN 1 : KONSEP KETUHANAN

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tuhan

2. Mengapa manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka

3. Nyatakan pengertian uluhiyyah

4. Jelaskan tiga konsep Uluhiyyah

5. Nyatakan pengertian Rububiyyah

6. Huraikan tiga konsep Rububiyyah

7. Jelaskan dua perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid Uluhiyyah

8. Nyatakan Pengertian Asma’ wasifat

9. Senaraikan tiga contoh nama-nama Allah SWT yang mulia.

10. Apakah yang dimaksudkan dengan fitrah beragama

11. Berikan bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia

12. Huraikan dua peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang

13. Jelaskan tiga ciri orang yang beragama

14. Nyatakan dengan memberi contoh cara manusia mencintai Allah SWT

Jawapan
1. Maksud tuhan ialah :
• Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna, tiada cacat celanya dan dapat di
akui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamai
dan menandingi kuasa Allah SWT

2. Manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka kerana:


• Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa yang Maha
Agung
• Hanya kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna dan
selamat.
• Kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan manusia sentiasa menjauhkan diri daripada
perkara-perkara negatif dalam kehidupan.

By Tokburong.wordpress.com 5
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

3. Pengertian uluhiyyah ialah :


Uluhiyyah ialah mengakui Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, dipatuhi dan ditaati
secara mutlak.

4. Konsep Uluhiyyah
• Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati
• Paksi utamanya ialah kalimah syahadah
• Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah dianggap sesat

5. Pengertian Rububiyyah
Rububiyyah ialah keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT memiliki, mentadbir dan
mencipta seluruh alam.

6. Konsep Rububiyyah
• Allah SWT adalah pencipta, pemilik dan pentadbir alam.
• Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi
• Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya

7. Perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid uluhiyyah

Tauhid Rububiyyah Tauhid Uluhiyyah


• Keyakinan dalam hati secara mutlak Allah • Keyakinan dalam hati bahawa Allah SWT
SWT sebagai pentadbir alam yang Maha Esa yang layak disembah dan
dipatuhi
• Diimani / dipercayai oleh semua manusia • Diimani / dipercayai oleh orang Islam
sahaja

8. Pengertian Asma’ wasifat ialah :


• Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia

9. Contoh nama-nama Allah SWT yang mulia.


• Al-Hakim
• Al-Khabir
• Al-Azim
• Al-Ghafur
• Al-Alim

10. Maksud fitrah beragama ialah :


• Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.

11. Bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia :


• Manusia terdorong memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib yang
boleh membantu melindungi dan menunaikan sesuatu hajat mereka. Contohnya masyarakat
primatif memuja sungai, semangat dan sebagainya.
• Secara fitrah manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha mencarinya.
Contohnya usaha Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan yang sebenar untuk di sembah.
• Manusia akan kembali mengingati tuhan apabila di timpa bencana dan musibah untuk

By Tokburong.wordpress.com 6
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

memohon pertolongan. Kerana mereka yakin hanya kuasa ghaib sahaja yang mampu
menolong mereka, iaitu tuhan.

12 Peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang :


• Islam menghendaki umatnya berfikir secara kreatif dan inovatif
• Islam mewajibkan umatnya menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan
• Islam mengatur peradaban dan akhlak yang terpuji untuk memastikan manusia dapat hidup
dengan aman dan bahagia di dunia dan akhirat
• Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan negara

13 Ciri orang yang beragama :


• Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT
• Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dengan cara memanfaatkan kejalan Allah SWT
• Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT
• Memiliki jiwa yang mantap dan teguh atas prinsip kebenaran
• Memiliki kesempurnaan akhlak, menghormati rakan, jiran dan tidak mencintai dunia

14 Cara manusia mencintai Allah SWT


• Mematuhi perintahNya, contohnya menunaikan solat lima waktu
• Menjauhi laranganNya, contohnya menjauhi daripada zina
• Sentiasa mengingatiNya, contohnya berdoa dan sentiasa bertahmid
• Bertawakal kepada Allah SWT dan tidak hanya berserah kepadaNya contohnya sentiasa
berdoa dan berusaha
• Redha dengan ketentuanNya; contohnya sentiasa sabar dengan musibah yang menimpa
• Bersyukur atas nikmat kurniaanNya; contohnya melakukan syujud syukur apabila mendapat
nikmat daripada Allah SWT
• Melakukan amalan kebajikan; contohnya bersedekah kepada fakir miskin

PELAJARAN 2 : KONSEP KERASULAN

Soalan
1. Nyatakan maksud nabi.

2. Nyatakan pengertian rasul.

3. Jelaskan maksud rasul Ulul Azmi

4. Berikan dua sebab gelaran Ulul Azmi diberikan kepada rasul-rasul tertentu.

5. Huraikan dua perbezaan antara nabi dan rasul

6. Terangkan tiga peranan rasul

7. Jelaskan cara anda beradab kepada rasul

8. Jelaskan sifat wajib, mustahil dan harus bagi rasul

By Tokburong.wordpress.com 7
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

9. Antara keistimewaan para rasul ialah maksum dan mukjizat, berikan pengertian perkara-perkara
tersebut

10. Huraikan peranan mukjizat kepada para rasul

11. Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia ialah irhas, karamah, maunah istidraj dan sihir.
Berikan maksud perkara-perkara tersebut.

12. Jelaskan tiga sebab nabi Muhammad s.a.w. dipilih sebagai rasul terakhir.

Jawapan
1. 1 Maksud nabi
Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib
menyampaikannya kepada orang lain.

2. 2 Pengertian rasul.
Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib
menyampaikannya kepada orang lain.

3. 3 Maksud rasul Ulul Azmi


Gelaran yang diberikan kepada rasul yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi
cabaran semasa berdakwah.

4. 4 Sebab diberi gelaran Ulul Azmi


• Mendapat pengiktirafan Allah SWT diatas usaha dakwah yang telah dijalankan
• Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
• Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
• Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
• Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah

5. Perbezaan antara nabi dan rasul


Nabi Rasul
• Wahyu untuk dirinya sahaja dan tidak wajib • Wajib menyampaikan wahyu kepada orang
disampaikan kepada orang lain. lain
• Kitab tidak diturunkan kepada para nabi • Menerima kitab dan sufuf
• Bilangan nabi tidak wajib diketahui • Wajib mengetahui bilangan dan nama 25
orang rasul
• Jumlah nabi 124,000 orang • Jumlah rasul 313 orang

6. 6 Peranan rasul
• Membimbing manusia ke jalan yang benar
• Menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT
• Menerangkan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib
• Menyampaikan berita gembira dan berita buruk sebagai peringatan kepada manusia
• Menyampaikan segala perintah Allah SWT
• Mengajar manusia cara beribadat yang betul
• Menunjukkan akhlak yang mulia

By Tokburong.wordpress.com 8
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

7. 7 Cara anda beradab kepada rasul ialah :


• Sentiasa berselawat kepada rasul
• Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul
• Mengasihi dan mencintai mereka melebihi mahkluk lain
• Mengamalkan sunnah rasul dalam kehidupan
• Mentaati ajaran yang disampaikan oleh para rasul dengan hati yang ikhlas

8. 8 Sifat wajib, mustahil dan harus bagi rasul ialah


Sifat Wajib
• As-Sidq (benar)
• Al-Amanah (Jujur)
• At-Tabligh (Menyampaikan)
• Al-Fatanah (Bijaksana)

Sifat Mustahil
• Al-Kizb (Pendusta)
• Al-Khiyanah (Pecah Amanah)
• Al-Kitman (Menyembunyikan)
• Al-Baladah (Bodoh)

Sifat Harus
• Bersifat seperti manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat sebagai utusan Allah SWT.

9. Pengertian maksum dan mukjizat ialah :


maksum
• Maksum bermaksud rasul-rasul terpelihara daripada melakukan perkara kejahatan, dosa dan
perkara kurang sopan yang boleh merosakkan kehormatannya. Rasul juga terpelihara daripada
perkara cacat yang mengurangkan kemuliaan seseorang seperti buta, tuli, bisu, gila atau lain-
lain penyakit yang boleh merosakkan darjat kemuliaan seorang rasul

Mukjizat
• Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk
membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka
contohnya Keluar air dari celah Nabi Muhammad.

10. Peranan mukjizat kepada para rasul


• Membuktikan kebenaran para nabi dan rasul
• Mengukuhkan keyakinan orang ramai
• Membantu nabi dan rasul menjalankan tugas
• Menunjukkan kekuasaan Allah SWT

11. Maksud irhas, karamah, maunah istidraj dan sihir.


Irhas
• Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai
rasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap semasa masih bayi

Karamah
• Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT
Contohnya Maryam ( ibu Nabi Isa ) dianugerahi hidangan dari langit ketika beribadat

By Tokburong.wordpress.com 9
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Maunah
• Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa diusahakan untuk dipelajarinya.
Perkara tersebut berlaku hanya sekali sahaja. Contohnya seseorang yang terlibat dalam
kemalangan yang dahsyat, tetapi beliau tidak mengalami kecederaan yang teruk

Istidraj
• Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau derhaka kepada Allah SWT
untuk menyesatkannya lagi. Contohnya Qarun yang beroleh kekayaan yang luar biasa telah
beransur-ansur menjadi sombong dan kufur

Sihir
• Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan bantuan daripada syaitan dan boleh
dipelajari. Contohnya seseorang yang kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata.

PELAJARAN 3 : KONSEP INSAN

Soalan

1 Berikan pengertian insan

2 Nyatakan proses kejadian insan menurut Islam

3 Jelaskan dua tanggungjawab insan terhadap Allah SWT

4 Huraikan sebab manusia perlu memikul tanggungjawab tersebut

5 Senaraikan tiga keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain

6 Nyatakan dua amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan
di akhirat.

7 Nyatakan perbezaan utama antara manusia dengan haiwan.

8 Jelaskan tiga kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia.

9 Huraikan peranan manusia terhadap alam

10 Terangkan akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan

By Tokburong.wordpress.com 10
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan
1 Pengertian insan
• Insan ialah makhluk istimewa yang boleh berfikir, menerima ilmu dan berkehendak.

2 Proses kejadian insan menurut Islam


• Pati berasal daripada tanah (Nutfah ) ( Air mani )
• Percampuran benih lelaki dan perempuan )(Ovum + Sperma )
• Darah beku( Alaqah) ( Zigot)
• Seketul tulang (Mudghah )( Embrio)
• Tulang dibaluti dengan daging( Fetus )
• Ditiupkan roh
• Dilahirkan sebagai manusia

3 Tanggungjawab insan terhadap Allah SWT


• Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya
• Bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan menggunakannya dengan baik
• Sentiasa mengingati Allah SWT melalui amalan zikir

4 Sebab manusia perlu memikul tanggungjawab tersebut :


• Manusia memiliki akal fikiran yang sempurna
• Manusia memiliki fizikal yang sempurna dan menarik
• Manusia telah dilantik sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi
• Rasul dilantik daripada kalangan manusia
• Manusia mahkluk yang berbudaya dan bertamadun

5 Keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain


• Memiliki akal fikiran sedangkan makhluk lain tidak mempunyai akal fikiran
• Dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi
• Setiap amalan akan mendapat ganjaran daripada Allah sedangkan makhluk lain, amalannya
tidak dikira oleh Allah SWT
• Rasul dilantik dari kalangan manusia
• Mempunyai fizikal yang sempurna
• Dijadikan daripada unsur-unsur jasmani dan rohani
• Berbudaya dan bertamadun

6 Amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di
akhirat
• Menunaikan solat fardu
• Menjauhi perkara maksiat
• Mentaati setiap perintah Allah
• Menjalinkan hubungan dengan semua makhluk Allah

By Tokburong.wordpress.com 11
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

7 • Perbezaan utama antara manusia dengan haiwan ialah manusia memiliki akal fikiran
sedangkan haiwan tiada akal.

8 Kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia


• Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
• Dapat menyedari kelemahan diri manusia dalam semua bidang
• Dapat mengakui keagungan dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Agung

9 Peranan manusia terhadap alam


• Mengurus alam secara bijaksana
• Memelihara dan memulihara alam dengan sempurna
• Mengkaji dan menyelidiki khazanah alam untuk kegunaan manusia
• Memaju dan memakmurkan alam dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

10 Akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan


• Berlaku kerosakan di muka bumi seperti banjir dan sebagainya
• Manusia akan melakukan perkara syirik kepada Allah SWT
• Manusia menjadi sesat dari kebenaran
• Mendapat kemurkaan daripada Allah SWT

PELAJARAN 4 : KONSEP ALAM

Soalan
1. Berikan maksud alam.

2. Nyatakan jenis-jenis alam.

3. Terangkan perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadah

4. Alam merupakan bukti kekuasaan Allah. Buktikan

5. Jelaskan cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini

6. Syurga dan neraka merupakan sebahagian daripada alam ghaib. Bagaimanakah cara untuk
menanam keimanan kepada syurga dan neraka di dalam diri pelajar?.

7. Mengapakah Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia

8. Setiap muslim wajib beriman dengan perkara ghaib. Jelaskan kesan beriman dengan perkara ghaib

9. Jelaskan alam ghain yang dilalui oleh setiap manusia

10. Akal tanpa wahyu tidak akan dapat memikirkan perkara ghaib. Berikan hujah untuk menyokong
pernyataan di atas.

By Tokburong.wordpress.com 12
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan
1. Maksud alam.
• Alam ialah makhluk ciptaan Allah SWT

2. Jenis-jenis alam.
• Alam terbahagi kepada dua iaitu
1. Alam musyahadah ialah alam yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancaindera
manusiacontohnya haiwan, tumbuhan sungai dan sebagainya
2. Alam Ghaib iaitu alam yang tidak dapat ditanggapi dan dilihat oleh pancaindera manusia,
contohnya syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

3. Perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadah


Alam Ghaib Alam Musyahadah
• Pancaindera manusia tidak mampu • Dapat ditanggapi oleh pancaindera
memikir dan menanggapi alam ghaib
• Untuk menguji keimanan manusia • Boleh dimanfaatkan manusia untuk
membina tamadun
• Akal tidak mampu memikirkan hakikat • Akal mampu mentafsir, mengkaji dan
sebenar alam ghaib menyelidik.
• Manusia yang telah mati berada di alam • Manusia yang hidup dapat menyaksikan
ghaib alam musyahadah.
• Kenikmatan yang dikecapi kekal buat • Kenikmatan yang diperolehi tidak kekal
selama-lamanya

4. Bukti alam merupakan tanda kekuasaan Allah. :


• Keunikkan alam ini menunjukkan kekuasaan penciptaannya.
• Kesempurnaan Alam ini melambangkan kesempurnaan Allah SWT.
• Tiada sebarang mahkluk pun yang dapat menandingi kekuasaan dan ciptaan Allah SWT.

5. Cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini:


• Menyakini bahawa semua yang ada dalam alam ini adalah milik Allah SWT
• Menyakini alam ini adalah sementara dan akan musnah.
• Menyakini bahawa penciptaan alam ini tidaklah sia-sia

6. Cara menanam keimanan kepada syurga dan neraka


• Sentiasa mengikuti ceramah tentang nikmat syurga dan azab neraka.
• Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak daripada kecil.
• Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak daripada pengaruh negetif.
• Memantau pergaulan anak-anak dan rakan sebaya agar terkawal.

7. Sebab Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia :


• Menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
• Menguji keimanan manusia kepada perkara ghaib
• Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia
• Menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT.
• Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

By Tokburong.wordpress.com 13
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

8. Kesan beriman dengan perkara ghaib :


• Menjadikan manusia taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT.
• Menjadikan manusia takut melakukan maksiat dan kemungkaran kerana menyedari bahawa
malaikat sentiasa memerhati perbuatan mereka
• Menjadikan manusia sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT.
• Menjadikan manusia melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah SWT.
• Menjadikan manusia sentiasa istiqamah dalam melakukan pekerjaan.
• Menjadikan manusia mempunyai motivasi yang tinggi dalam kehidupan seharian.

9. Alam ghaib yang dilalui oleh setiap manusia :


• Alam roh
• Mati
• Alam kubur
• Kiamat
• Hari Kebangkitan
• Padang masyhar
• Hisab
• Mizan
• Titian sirat
• Syurga atau neraka

10. Hujah akal tanpa wahyu tidak dapat memikirkan perkara ghaib
• Akal manusia terbatas dan hanya boleh memikirkan perkara yang nyata sahaja
• Akal sering berubah-ubah mengikut perubahan manusia
• Akal mudah dipengaruhi oleh nafsu dan keadaan semasa
• Kebenaran wahyu adalah mutlak dan tidak berubah sehingga ke hari kiamat

PELAJARAN 5 : TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN


MEMULIHARA
ALAM
Soalan
1. Terangkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memelihara alam sekitar.

2. Nyatakan cara memelihara alam musyahadah

3. Terangkan dua cara pemuliharaan Alam sekitar

4. Senaraikan bentuk pencemaran alam sekitar.

5. Huraikan punca berlakunya kerosakan kepada alam

6. Cadangkan tiga cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam

7. Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak memelihara alam

By Tokburong.wordpress.com 14
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

8. Jelaskan faedah yang akan diperoleh oleh generasi yang akan datang jika pengekalan keindahan
alam diteruskan?.

9. Anda terserempak dengan aktiviti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Apakah tindakan yang anda lakukan.

10. Senaraikan sumbangan alam kepada kehidupan manusia.

Jawapan
1. Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara alam sekitar.
• Menjaga kebersihan alam sekitar
• membuang sampah di tempat yang dikhaskan
• Membakar sampah di tempat yang disediakan.
• Membantu program keceriaan sekolah.

2. Cara memelihara alam musyahadah


• Mengawal penebangan hutan
• merancang kawasan pembangunan
• Memelihara keindahan sungai
• Mengawal pencemaran udara
• Mengekalkan habitat flora dan fauna
• Mengawal penggunaan bahan galian
• Menjaga kebersihan alam ini
• Gotong royong / kempen
• Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar

3. Cara pemuliharaan alam musyahadah


• Menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang
• Menimbus kawasan lombong yang telah ditinggalkan / tebus guna semula
• Menguatkuasakan larangan aktiviti memburu /bunuh binatang liar
• Membersihkan sungai / mencantikkannya
• Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
• Melakukan kitar semula keatas barangan terpakai

4. Bentuk pencemaran alam sekitar


• Pencemaran udara seperti perlepasan asap oleh kenderaan
• pencemaran air seperti pembuangan sisa toksid ke dalam sungai
• pencemaran bunyi seperti bunyi bising yang keterlaluan

5. Punca berlakunya kerosakan alam


• Kerakusan nafsu manusia bagi mendapatkan keuntungan dengan cepat seperti menebang
hutan untuk pembalakan dengan sewenang-wenangnya.
• Kejahilan manusia tentang pentingnya menjaga khazanah alam.
• Wujudnya perindustrian yang tidak terkawal yang melepaskan asap dan bahan toksid tanpa
dirawat dengan sewenang-wenangnya.
• Pembangunan yang tidak terancang dan terkawal
• Pembukaan kawasan penempatan dan pembandaran yang tidak terkawal

By Tokburong.wordpress.com 15
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

6. Cara mengatasi masalah pencemaran alam


• Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam
• Mengedarkan risalah tentang keburukan pencemaran alam sekitar
• Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
• Mengenakan hukuman yang berat kepada pencemar alam
• Mendedahkan kegiatan pencemaran kepada umum

7. Perkara yang akan berlaku jika manusia tidak memelihara alam


• Boleh menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh
• Keindahan dan habitat semulajadi tumbuhan dan haiwan akan musnah
• Akan dilaknat oleh Allah SWT kerana orang yang merosakkan alam adalah termasuk dalam
golongan yang kufur dengan nikmat Allah SWT.
• Kehidupan manusia menjadi tidak selesa dan terancam
• Sumber makanan dan haiwan akan pupus.

8. Faedah yang akan diperoleh oleh generasi yang akan datang jika pengekalan keindahan alam
diteruskan
• Dapat mengawal suhu dan cuaca bumi
• Dapat mengawal bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh
• Dapat mengelakkan pupusnya habitat tumbuhan dan haiwan yang tertentu
• Dapat mengekalkan keindahan alam sekitar
• Dapat menjadikan hidup manusia lebih tenteram dan nyaman

9. Tindakan yang boleh saya lakukan jika terserempak dengan aktiviti pembuangan sisa toksik
ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.:
• Melapurkan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa
• Melarang orang yang melakukan perbuatan tersebut daripada meneruskan perbuatannya
• Menasihati orang tersebut agar tidak membuang sisa toksid ke dalam sungai

10. Sumbangan Alam kepada kehidupan manusia :


• Menyediakan keperluan makanan dan minuman
• Mengekalkan sistem semulajadi seperti kawasan tadahan hujan
• Memudahkan pergerakan manusia
• Menstabilkan cuaca dan iklim bumi
• Mengawal pencemaran udara melalui proses fotosentisis dan pemelwapan udara

By Tokburong.wordpress.com 16
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 6 : KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL


UNIT 1 WAHYU

Soalan
1. Berikan pengertian wahyu dari segi bahasa dan istilah.

2. Jelaskan ciri-ciri wahyu.

3. Nyatakan perbezaan di antara wahyu dan akal.

4. Terangkan keperluan wahyu kepada manusia.

5. Terangkan kesan jika undang-undang tidak bersumberkan wahyu

6. Mengapakah wahyu tidak boleh dipinda.

7. Bagaimana cara bersyukur kerana dikurniakan wahyu.

8. Terangkan cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW

9. Jelaskan cara-cara untuk menjadi orang yang bertakwa

10. Berikan dua contoh hubungan manusia dengan Allah SWT

11. Berikan dua contoh hubungan manusia sesama manusia

12. Fahaman anti hadis boleh mengugat kesucian agama Islam Berikan dua hujah anda

13. Islam membahagikan ilmu kepada ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.
Nyatakan maksud kedua-dua ilmu tersebut

14. Nyatakan empat faedah anda mempelajari ilmu fardu kifayah

Jawapan
1. Pengertian wahyu dari segi bahasa dan istilah.
• Bahasa: Isyarat, ilham, panduan, nasihat yang disampaikan ke dalam hati manusia.
• Istilah : Kalam Allah / sesuatu yang disampaikan kepada Nabi dan Rasul melalui Malaikat
Jibril mengenai syariat Allah untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.

2. Ciri-ciri wahyu.
• wahyu hanya disampaikan kepada Nabi dan Rasul
• kebenaran wahyu bersifat mutlak
• hukum wahyu kekal / tidak boleh dipinda

By Tokburong.wordpress.com 17
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• wahyu tidak diturunkan lagi selepas wafatnya Rasulullah


• wahyu mengandungi undang-undang Allah / syariat
• wahyu menerangkan perkara sam’iyat / perkara ghaib

3. Perbezaan di antara wahyu dan akal:

Wahyu Akal
1. wahyu tidak boleh diubah / dipinda akal boleh berubah ubah
2. wahyu adalah kekal akal bersifat sementara.
3. wahyu menerangkan perkara akal memikirkan perkara yang zahir sahaja
sam’iyat/perkara ghaib
4. wahyu hanya diturunkan kepada Nabi dan dimiliki oleh semua manusia
Rasul
5. wahyu merupakan kalam Allah hasil pemikiran manusia.
6. wahyu merupakan kebenaran yang mutlak terdedah kepada salah dan silap
7. wahyu diperlukan untuk membimbing akal akal hanya untuk memahami wahyu.
8. wahyu telah terhenti penurunannya akal terus berkembang .
4. Keperluan wahyu kepada manusia ialah:
• wahyu membetulkan aqidah manusia dan membawa manusia ke jalan yang benar
• wahyu membetulkan ajaran agama atau syariat yang telah diselewengkan oleh penganut
agama yang terdahulu .
• wahyu menerangkan cara-cara melaksanakan ibadat dengan betul.
• wahyu mendidik akhlak manusia dengan akhlak yang mulia
• wahyu mendorong, membimbing akal membina tamadun manusia yang berlandaskan ajaran
agama
• wahyu memandu manusia berfikiran rasional

5. Kesan jika undang-undang tidak bersumberkan wahyu


• keadilan tidak terjamin yang menyebabkan berlakunya kezaliman dan pergaduhan dalam
masyarakat.
• menyalahi dan bercanggah dengan fitrah semulajadi manusia
• mudah berlakunya penyelewengan dan terpesong dalam perlaksanaannya
• sentiasa berlaku perubahan dalam undang-undangtersebut mengikut perubahan manusia

6. Wahyu tidak boleh di pinda kerana:


• kebenaran wahyu bersifat mutlak
• wahyu lengkap dan sempurna merangkumi semua aspek kehidupan
• ajaran wahyu sesuai diamalkan pada setiap keadaan, zaman dan tempat
• ajaran wahyu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia

7. Cara bersyukur kerana dikurniakan wahyu.


• mengamalkan syariat wahyu dalam kehidupan seharian
• meninggalkan segala larangan wahyu.
• mendalami dan mengkaji kebenaran wahyu

8. Cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW


• Rasulullah SAW mendengar seperti deringan loceng yang kuat
• Malaikat Jibril datang menyerupai manusia dan mengajar rasulullah
• Allah SWT berkata-kata dengan Rasulullah SAW seperti dalam peristiwa Isra' dan Mikraj

By Tokburong.wordpress.com 18
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

9. Cara-cara untuk menjadi orang yang bertakwa


• Sentiasa taat pada AllahSWT dalam segenap urusan kehidupan seharian
• Sentiasa membanyakkan zikir dengan melaksanakan ibadat sunat seperti membaca al-Quran
• Sentiasa menyempurnakan ibadat fardu seperti solat 5 waktu
• Sentiasa memahami dan mengamalkan ajaran al- Quran dalam kehidupan

10. Contoh hubungan manusia dengan Allah SWT melalui


• Ibadat solat
• Ibadat Puasa
• Ibadat Haji

11. Contoh hubungan manusia dengan sesama manusia


• Sistem munakahat seperti nikah kahwin
• Sistem muamalat seperti jual beli
• Sistem munakahat seperti perkahwinan

12. Hujah fahaman anti hadis boleh mengugat kesucian agama Islam kerana
• Akan menyebabkan hilangnya rasa hormat terhadap Rasulullah SAW
• Akan menyebabkan umat Islam berpecah belah kerana perbezaan pendapat
• Umat Islam tidak dapat memahami ajaran al-Quran dengan terperinci
• Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran.
• Boleh membawa kepada ajaran sesat dan penyelewengan serta merosak akidah dan murtad

13. Maksud ilmu fardu ain dan fardu kifayah


Ilmu Fardu Ain
• Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui dan diamalkan oleh umat Islam
• Ilmu yang berkaitan dengan Syariah, Akidah dan Akhlak Contoh: ilmu tajwid, ilmu solat, ilmu
zakat
• Ilmu yang berkaitan dengan amalan wajib atau syarak contoh ilmu akidah dan syariah

Ilmu Fardu kifayah


• Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam, tetapi jika sudah ada sebahagian daripada
umat Islam mempelajari ilmu tersebut, maka orang lain terlepas daripada kewajipan tersebut
contohnya ilmu perubatan, pertanian dan sebagainya

14. Empat faedah anda mempelajari ilmu fardu kifayah


• Meluaskan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran dan
sebagainya
• Memajukan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna
• Memberi sumbangan, khidmat, idea, tenaga atau ilmu kepada kemajuan negara seperti
bertugas sebagai jurutera dan sebagainya
• Meningkatkan imej diri kerana dapat menyumbangkan idea dan tenaga dalam membangunkan
negara
• Memupuk sifat positif dalam diri seperti berakhlak mulia dan bantu membantu
• Mendapat keberkatan Allah SWT kerana telah melaksanakan perintah Allah SWT
• Mendekatkan diri serta dapat meningkatkan keimanan kepada Allah SWT

By Tokburong.wordpress.com 19
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 6 : KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL


UNIT 2 AKAL

Soalan
1. Berikan pengertian akal

2. Jelaskan ciri akal.

3. Terangkan peranan akal kepada manusia

4. Berikan contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.

5. Jelaskan hujah yang menunjukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu
menyelesaikan masalah manusia tanpa bimbingan wahyu.

6. Nyatakan persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa wahyu.

7. Huraikan bagaimana proses pemikiran dikawal supaya berlandaskan al-Quran.

8. Huraikan fungsi akal dalam mengenal tuhan.

9. Terangkan peranan akal dalam membentuk umat berkualiti.

10. Nyatakan fungsi akal dalam membangunkan tamadun manusia yang diredai Allah SWT

11. Mengapakah penggunaan akal semata-mata tidak dapat menjamin kebahagian hidup manusia?

12. Bagaimanakah gabungan akal, roh dan jasad dapat membentuk manusia sempurna menurut
Islam.

13. Nyatakan sebab-sebab Allah menurunkan wahyu kepada manusia, sedangkan mereka telah
dianugerahkan akal.

14. Nyatakan cara mensyukuri nikmat kurniaan akal kepada manusia

15. Senaraikan tiga amalan yang boleh merosakkan akal

16. Bagaimanakah al-Quran dan al-Hadis membimbing akal.

17. Nyatakan amalan lain yang merosakkan akal selain daripada meminum arak

18. Nyatakan dua cara bersyukur dengan anugerah akal.

By Tokburong.wordpress.com 20
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan
1. Pengertian akal ialah:
• anugerah Allah SWT kepada manusia untuk berfikir .
• alat atau proses berfikir manusia yang dapat membezakan baik dan buruk

2. Ciri-ciri akal.
• Di anugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia
• sentiasa berkembang dan berubah atau sentiasa menerima perubahan.
• Akal tidak mampu memikirkan perkara-perkara ghaib.
• terdedah kepada kesilapan kerana mempunyai banyak kekurangan

3. Peranan akal kepada manusia


• akal dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara
• dengan akal manusia dapat mengenal dan menyakini kewujudan Allah SWT dan RasulNya.
• akal dapat memandu manusia mengamalkan perintah Allah SWT dan RasulNya
• akal meletakkan manusia di tahap yang mulia.
• akal membolehkan manusia membina tamadun berteraskan wahyu
• akal membimbing manusia menjalani kehidupan yang diredai Allah SWT.
• penggunaan akal yang sempurna mampu menyelesaikan masalah dengan baik.

4. Contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.


• perkara ghaib ( malaikat / Jin )
• perkara sam'iyat ( pahala dan dosa/ syurga dan neraka )
• hukum agama
• cara beribadah
• rezeki, ajal dan jodoh
• zat dan sifat Allah.
• Hakikat kejadian alam

5. Hujah yang menunjukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu menyelesaikan
masalah manusia tanpa bimbingan wahyu adalah seperti berikut.
• kebenaran akal bersifat relatif dan berubah
• akal mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu
• akal terdedah kepada kesilapan
• Akal hanya dapat memikirkan perkara nyata sahaja

6. Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa wahyu.


• perkara-perkara samiyat dan ghaibiyat seperti syurga, neraka, dosa dan sebagainya
• cara melaksanakan ibadat
• hakikat sifat dan zat Allah SWT yang sebenar.

7. Cara proses pemikiran dikawal supaya berlandaskan al-Quran ialah.


• hendaklah sentiasa berfikir secara rasional
• sentiasa memelihara kewarasan akal
• berfikir perkara-perkara yang memberi faedah sahaja
• mengawal proses pemikiran daripada dipengaruhi oleh hawa nafsu dan unsur-unsur negatif

By Tokburong.wordpress.com 21
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

8. Fungsi akal dalam mengenal Tuhan.


• memahami dan mempelajari wahyu Allah SWT
• berfikir mengenai kebesaran Allah SWT dalam kejadian alam / hakikat kejadian manusia .
• berfikir tentang kesempurnaan syariat yang telah diciptakan oleh Allah SWT

9. Peranan akal dalam membentuk umat berkualiti.


• akal membolehkan manusia meneroka pelbagai bidang ilmu dan kemahiran
• akal memandu manusia membina tamadun berteraskan wahyu
• akal mengangkat martabat manusia ke tahap yang mulia
• akal dapat membezakan perkara baik dan buruk.
• akal dapat membimbing mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya

10. Fungsi akal dalam membangunkan tamadun manusia yang diredai Allah SWT
• merekacipta alat yang dapat membantu manusia dalam urusan hidup seharian
• memikirkan cara memelihara dan memulihara alam .
• memikirkan cara untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui sains dan teknologi
• memikirkan cara untuk melahirkan masyarakat dan negara yang aman damai.

11. Penggunaan akal semata-mata tidak dapat menjamin kebahagian hidup manusia kerana:
• akal tidak dapat menjangkau perkara yang akan datang kerana kemampuan akal adalah terbatas
• sebahagian urusan agama tidak dapat difikirkan dengan logik akal
• akal manusia mudah terdorong kepada hawa nafsu
• kebenaran akal bersifat relatif dan tidak tetap.

12. Pengabungan akal, roh dan jasad yang dapat membentuk manusia sempurna menurut Islam:
• manusia mesti mengunakan unsur-unsur tersebut secara bersepadu
• manusia mesti menuntut ilmu dan mengamalkannya
• manusia mesti memenuhi keperluan dan kehendak rohani, akal dan jasad
• manusia mesti melakukan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya

13. Sebab-sebab Allah SWT menurunkan wahyu kepada manusia walaupun mereka telah
dianugerahkan akal ialah:
• kemampuan akal adalah terhad lagi terbatas dan tidak dapat memikirkan perkara ghaib seperti
dosa, pahala dan sebagainya
• akal tidak seragam dalam menangani sesuatu masalah
• akal sering dipengaruhi oleh nafsu.
• kebenaran akal bersifat relatif

14. Cara mensyukuri nikmat kurniaan akal kepada manusia
• Sentiasa menjauhi perkara yang merosakkan akal seperti penggunaan dadah, arak dan lain-lain.
• Sentiasa mendalami dan mengkaji kebesaran Allah SWT.
• sentiasa berfikir secara rasional.
• sentiasa menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai landasan berfikir.
• Sentiasa menuntut ilmu pengetahuan yang berguna

15. Amalan yang boleh merosakkan akal


• Penyalahgunaan dadah
• Meminum arak

By Tokburong.wordpress.com 22
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• Menghidu gam
• Melihat dan membaca bahan lucah

16 Cara al-Quran dan al-Hadis membimbing akal.


• menjelaskan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu difikir oleh akal.
• menetapkan batasan hukum supaya diikuti oleh akal agar tidak menyeleweng.
• memberi panduan untuk mengenal Allah SWT.
• membimbing akal supaya dapat berfikir dengan rasional

17 Amalan lain yang merosakkan akal selain daripada meminum arak


• penyalahgunaan dadah
• makan atau meminum sesuatu yang memabukkan, seperti ubat batuk secara berlebihan
• melihat dan membaca bahan lucah

PELAJARAN 6 UNIT 4 : ISLAM AGAMA SYUMUL

Soalan
1. Jelaskan maksud agama samawi / langit dan agama budaya serta contohnya sekali

2. Senaraikan ciri-ciri agama samawi / langit dan agama budaya

3. Nyatakan dua perbezaan antara agama Islam dengan agama budaya

4. Berikan bukti bahawa Islam adalah agama samawi

5. Apakah maksud Islam

6. Nyatakan maksud Islam sebagai Addin

7. Huraikan ciri Islam sebagai Addin

8. Jelaskan tiga keistimewaan ajaran Islam

9. Senaraikan dua implikasi meragui Islam

10. Islam menyediakan peraturan yang lengkap untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat.
Huraikan pernyataan di atas

By Tokburong.wordpress.com 23
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan

1. Maksud agama samawi dan agama budaya :


Agama Samawi :

• Ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui perantaraan Rasul dan
Nabi. Contohnya Agama Islam

Agama Budaya :

• Ialah agama yang diciptakan oleh manusia sendiri hasil daripada pemikiran mereka.
Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisme dan sebagainya

2. Ciri-ciri agama samawi / langit dan agama budaya


Ciri-cir agama samawi / langit :
• Mempunyai kitab suci yang datangnya daripada Allah SWT seperti al-Quran, Taurat, Zabur dan
Injil
• Mempunyai Nabi dan Rasul sebagai pembawa agama tersebut.
• Ajarannya lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik,
sosial, kerohanian dan sebagainya
• Sesuai dengan fitrah semulajadi manusia
• Untuk semua manusia tanpa mengira pangkat dan keturunan
Ciri-ciri agama budaya :
• Ajarannya berdasarkan pemahaman pengasas ajaran itu sahaja.
• Pengasas ajaran ini adalah terdiri daripada manusia biasa sahaja.
• Ajarannya tidak lengkap dan hanya merangkumi bahagian tertentu sahaja seperti kerohanian
semata-mata
• Bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia
• Untuk golongan tertentu sahaja
• Mempunyai pangkat dan kasta tertentu

3. Perbezaan antara agama Islam dengan agama budaya


Agama Islam Agama Budaya
• Diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi • Hasil pemikiran seseorang
dan rasul
• Lengkap dan menyeluruh • Ajarannya tidak lengkap dan tidak
menyeluruh
• Sesuai dengan fitrah manusia • Bercanggah dengan fitrah manusia

By Tokburong.wordpress.com 24
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Bukti bahawa Islam adalah agama samawi :


• Ajaran Islam sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
• Islam datangnya daripada Allah SWT
• Agama Islam bersifat syumul, universal serta tidak terhad kepada sesuatu bangsa dan kaum
tertentu.
• Ajaran Islam merangkumi setiap aspek kehidupan manusia seperti, politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya.
• Mempunyai kitab suci (wahyu) yang datangnya daripada Allah SWT
5. Maksud Islam :

• Tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan cara
mengakui kebesaran dan keagungan-Nya.

6. Maksud Islam sebagai Addin ialah :


• Islam adalah agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna. Cara hidup Islam
merangkumi akidah, syariat, ibadat dan akhlak. ( Islam adalah satu cara hidup ) / Islam ialah
satu cara hidup yang lengkap dan meliputi setiap aspek kehidupan manusia samada di dunia
maupun di akhirat

7. Ciri-ciri Islam sebagai ad-Din ialah:


• ajarannya Syumuliyyah iaitu lengkap dan sempurna meliputi semua aspek kehidupan seperti
bidang ekonomi, polotik, perundangan,sosial dan sebagainya.
• ajarannya bersifat Alamiyyah iaitu sesuai dengan semua tempat, waktu dan zaman.
• ajarannya merangkumi keperluan hidup dunia dan akhirat
• Ajarannya bersifat Waqiiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia .

8. Ciri Keistimewaan / keunggulan Islam


• Wahyu terakhir, lengkap dan terpelihara hingga ke hari kiamat
• Bersifat Rabaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT
• Bersifat syumuliyyah iaitu lengkap dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia di
dunia dan akhirat
• Menekankan hubungan sejagat antara manusia dengan Allah SWT dan hubungan antara
manusia dengan manusia
• Bersifat waqiiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia

9. Implikasi meragui Islam


• Dijanjikan azab yang pedih
• Setiap amalan kebajikan yang dilakukan menjadi sia-sia.
• Akidah akan terpesong dan terkeluar daripada Islam

10. Huraian terhadap pernyataan bahawa Islam menyediakan peraturan yang lengkap untuk
menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat ialah
• ajarannya sesuai pada setiap waktu dan tempat .
• Islam merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat.
• Islam mewajibkan prinsip-prinsip keadilan sejagat dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
• Islam meletakkan manusia dalam taraf yang sama disudut hukum dan undang-undang

By Tokburong.wordpress.com 25
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 7 : BIMBINGAN AL-QURAN

Soalan
1. Berikan maksud al-Quran

2. Huraikan Kesempurnaan kitab Al-Quran

3. Jelaskan hikmat al-Quran diturun secara beringkat-peringkat

4. Nyatakan keistimewaan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya.

5. Terangkan tiga bidang ilmu yang terdapat dalam al-Quran

6. Nyatakan dua hujah yang membuktikan al-Quran sebuah kitab yang lengkap

7. Huraikan keistimewaan kitab al-Quran

8. Berikan perbezaan antara al-Quran dengan hadis

9. Jelaskan cara anda kembali kepada al-Quran

10. Nyatakan bentuk-bentuk pemikiran yang menyalahi al-Quran / syarak

11. Huraikan pemikiran yang menepati al-Quran / syarak

Jawapan

1. Maksud al-Quran ialah :

• Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
Malaikat Jibril untuk disampaikan dan diamalkan oleh manusia. Al-Quran bermukjizat, lafaznya
dalam bahasa arab dan maknanya daripada Allah SWT yang termaktub dalam mushaf,
dipindahkan secara mutawatir. Al-Quran bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir
dengan surah an-Nas. Membacanya adalah ibadat.

2. Kesempurnaan kitab Al-Quran :


• Kandungannya merangkumi pelbagai peraturan hidup, akhlak dan ilmu pengetahuan.
• Kesucian dan kebenarannya tidak dapat ditandingi oleh manusia dan jin.
• Kandungan al-Quran kekal dan sesuai sehingga ke hari akhirat.
• Isi kandungannya tidak bercanggah antara satu sama lain.

By Tokburong.wordpress.com 26
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

3. Hikmat al-Quran diturunkan secara berperingkat / beransur-ansur


• Memberi panduan serta merubah gaya hidup zaman Jahiliah kepada hidup berasaskan
keimanan.
• Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh sahabat
• Memberi ketenteraman dan keteguhan jiwa kepada Rasulullah SAW
• Memudahkan para sahabat menghafal ayat yang diturunkan

4. Keistimewaan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya.


• kandungan al-Quran sesuai untuk semua bangsa, tempat dan zaman
• al-Quran kekal dan terpelihara
• keindahan bahasa al-Quran tidak dapat ditandingi
• dapat membimbing manusia mencapai kebahagian dunia dan akhirat.
• membacanya mendapat pahala sepuluh ganjaran bagi setiap huruf.
• keluasan
• ilmu al-Quran merangkumi semua bidang.

5. Ilmu yang terdapat dalam al-Quran


• ilmu Sains
• ilmu Ekonomi
• ilmu Falak
• ilmu Akidah

6. Dua hujah yang membuktikan al-Quran sebuah kitab yang lengkap


• Bersifat Rabaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT
• Bersifat waqiiyyah iaitu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia kerana mengandungi semua
peraturan hidup manusia
• Bersifat syumuliyyah iaitu lengkap dan merangkumi pelbagai ilmu samada ilmu dunia dan
akhirat
• Bahasanya indah serta tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia dan jin
• Bersifat mutlak iaitu kandungannya kekal dan tidak berubah-ubah hingga ke hari kiamat
• Bersifat alamiyyah iaitu isi kandungannya sesuai sepanjang zaman

7. Keistimewaan al-Quran
• Kandungan al-Quran sesuai untuk semua bangsa, tempat dan zaman.
• al-Quran kekal dan terpelihara.
• Keindahan bahasa al-Quran tidak dapat ditandingi
• Membacanya mendapat pahala sepuluh ganjaran bagi setiap huruf

8. Perbezaan antara al-Quran dengan hadis


Al-Quran Al-Hadis
• Lafaz dan makna al-Quran datangnya • Lafaznya daripada Rasulullah SAW
daripada Allah SWT manakala maknanya daripada Allah SWT
• Membacanya akan mendapat pahala • Membaca hadis tidak mendapat pahala
• Orang yang berhadas tidak boleh • Hadis boleh di sentuh walaupun dalam
menyentuh al-Quran keadaan berhadas besar

By Tokburong.wordpress.com 27
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

9. Cara kembali kepada al-Quran :


• Menyelesaikan segala masalah yang berlaku dengan berpandukan kepada ajaran al-Quran
• Mengkaji dan mempelajari ilmu-ilmu yang terdapat di dalam al-Quran
• Menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup seharian
• Mengamalkan segala ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian
• Mengkaji kebenaran al-Quran

10. Bentuk-bentuk pemikiran yang menyalahi al-Quran / syarak :


• Memikirkan cara untuk merosakkan manusia lain, harta benda atau alam ini
• Mencipta alatan yang boleh memusnah dan merosakkan manusia dan alam
• Berfikir untuk kepentingan diri sendiri
• Berfikiran negetif terhadap nikmat Allah SWT

11. Pemikiran yang menepati al-Quran / syarak :


• Pemikiran yang menjurus kepada mencari kebenaran. Umpamanya berfikir tentang kebesaran
Allah SWT
• Berfikir untuk memaju dan memakmurkan alam.
• Berfikir untuk mencipta peralatan baru yang boleh memberi faedah kepada manusia sejagat
• Berfikir perkara-perkara yang positif dan mengelakkan daripada fikiran negetif seperti
berkhayal
• Berfikir untuk memajukan diri, keluarga, agama dan bangsa
• Berfikir secara rasional.

PELAJARAN 8 : BIMBINGAN AL-HADIS

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Hadis

2. Jelaskan kepentingan / peranan hadis

3. Hadis terbahagi kepada hadis sahih dan hadis dhaif. Berikan maksud kedua-dua hadis tersebut.

4. Senaraikan ciri-ciri hadis sahih dan hadis dhaif

5. Nyatakan perbezaan antara hadis sahih dengan hadis dhaif.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman anti hadis

7. Mengapakah fahaman anti hadis bertentagan dengan ajaran Islam

8. Jelaskan kesan / keburukan fahaman anti hadis kepada umat Islam

By Tokburong.wordpress.com 28
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan

1. Maksud Hadis :
• Hadis bermaksud sesuatu yang diterima daripada Rasulullah SAW sama ada berupa perkataan,
perbuatan atau pengakuan baginda.

2. Kepentingan / peranan hadis :


• Menguatkan hukum-hukum yang terdapat nasnya dalam al-Quran.
• Menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal ( ringkas)
• Mentaksihkan (menentukan ) maksud nas yang umum
• Membataskan hukum nas yang mutlak (tidak terbatas)
• Menerangkan hukum yang tidak dinyatakan dalam al-Quran

3. Maksud hadis sahih dan hadis dhaif


Hadis Sahih :
• Hadis yang mempunyai periwayatnya yang bersambung terus dengan Rasulullah SAW.
Periwayatnya seorang yang memenuhi syarat-syarat periwayat hadis, iaitu seorang yang adil,
seorang yang kuat ingatannya., seorang yang boleh dipercayai, seorang yang tidak melakukan
sebarang dosa

Hadis dhaif

• Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan hadis Hasan. Contohnya Periwayat
hadis yang tidak disebutkan sebagai periwayat dalam sesetengah hadis, periwayatnya tidak
menepati syarat periwayat hadis sahih seperti pendusta, pelupa dan sebagainya

4. Ciri-ciri hadis sahih dan hadis dhaif


Ciri Hadis Sahih
• Hadis diriwayatkan oleh perawi yang boleh dipercayai. ( Thiqah )
• Perawi hadis tersebut adalah seorang yang adil.
• Perawi hadis tersebut adalah seorang perawi yang kuat ingatannya. ( Dhabit )
• Hadis tersebut bersih daripada sebarang kecacatan.

Ciri Hadis Dhaif


• Gugur seorang atau beberapa orang periwayat dalam hadis tersebut.
• Nama periwayat hadis tersebut tidak di sebut dengan jelas atau tergugur.
• Hadis yang diriwayatkan itu bertentangan dengan hadis lain yang menceritakan perkara yang
sama.
• Hadis tersebut diriwayatkan oleh seorang yang pendusta atau pelupa

By Tokburong.wordpress.com 29
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

5. Perbezaan antara hadis sahih dengan hadis dhaif.


Hadis Sahih Hadis Dhaif
• Hujah daripada hadis dhaif tidak boleh
• Dijadikan hujah dalam sesuatu hukum
diterima pakai.
• Mengingkari hukum hadis sahih adalah
• Meningkari hadis dhaif tidak berdosa
berdosa

6. Maksud fahaman anti hadis ialah :


• Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam

7. Sebab fahaman anti hadis bertentagan dengan ajaran Islam :


• Menghilangkan rasa hormat kepada nabi yang menjadi utusan Alllah SWT
• Dianggap menolak al-Quran kerana al-Quran juga diturunkan melalui nabi yang sama.
• Umat Islam akan berpecah belah
• Ajaran al-Quran tidak dapat difahami dengan jelas kerana al-Quran memerlukan penjelasan
daripada hadis.

8. Kesan / keburukan fahaman anti hadis kepada umat Islam


• Hilangnya rasa hormat kepada Rasulullah sebagai seorang utusan Allah SWT SAW
• Berlakunya perpecahan keatas umat Islam.
• Ajaran Islam tidak dapat difahami dengan sempurna kerana terdapat hukum yang tidak dinyatakan
dengan jelas dalam al-Quran dan memerlukan hadis untuk memahaminya.
• Umat Islam akan mundur dan ketinggalan dalam semua bidang.

PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN


PEMIKIRAN MUSLIM

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman mulhid.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme,materialisme, sosialisme, kapitalisme nasionalisme,


liberalisme dan komunisme.

3. Nyatakan keburukan fahaman kapitalisme

4. Nyatakan keburukan fahaman liberalisme.

5. Nyatakan keburukan sekularisme.

6. Nyatakan keburukan materialisme.

By Tokburong.wordpress.com 30
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

7. Nyatakan keburukan Atheisme.

8. Jelaskan ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis / kapitalisme / sosialisme / nasionalisme /
liberalisme / materialisme / sekularisme dan komunisme )

9. Jelaskan mengapa sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid

10. Bagaimana fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat Islam

11. Bagaimanakah cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat.

12. Apakah bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat Islam.

13. Nyatakan aktiviti-aktiviti masyarakat Islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman falsafah mulhid.

14. Nyatakan contoh-contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat.

15. Media massa meninggalkan kesan positif dan negatif terhadap pemikiran dan perlakuan masyarakat.
Huraikan pernyataan di atas dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

16. Aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip Islam banyak berlaku di kalangan remaja Islam
masa kini. Terangkan langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti tersebut dari terus berlaku.

17. Sekolah anda akan mengadakan malam kebudayaan Islam. Sarankan aktiviti yang dapat mengisi
program pada malam tersebut.

18. Bagaimanakah cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat Islam.

19. Nyatakan kesan-kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.

20. Nyatakan tiga ciri pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam

21. Berikan pengertian ajaran sesat

22. Senaraikan ciri-ciri ajaran sesat

23. Dua cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat

24. Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam

25. Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning

26. Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman budaya kuning

27. Terangkan bentuk-bentuk ancaman budaya asing

By Tokburong.wordpress.com 31
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan

1. Maksudkan fahaman mulhid ialah.


• Fahaman, ajaran dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan membawa kepada
kesesatan dengan menganggap Tuhan itu tiada / tidak mempercayai tuhan

2. Maksud sekularisme,materialisme, sosialisme, kapitalisme nasionalisme, liberalisme dan


komunisme adalah seperti berikut.

Sekularisme: Satu kepercayaan / kefahaman yang menganggap urusan keagamaan atau ketuhanan
terpisah dengan urusan kehidupan dan bernegara.

Materialisme: Fahaman kebendaan, menilai kehidupan dunia berasaskan kebendaan atau harta /
harta sebagai matlamat hidup.

Sosialisme : Teori atau sistem sosial yang menganjurkan supaya sumber kekayaan dijadikan milik
negara / dinikmati sama rata.

Kapitalisme :Fahaman yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu,


khususnya dalam pemilikan harta

Nasionalisme:Fahaman ta’asub atau fanatik kepada bangsa walaupun dalam perkara yang
salah.

Liberalisme: Fahaman yang mahukan kebebasan mutlak individu dalam melahirkan pendapat dan
bertindak mengikut cara dan pilihannya sendiri

Komunisme : Fahaman yang meletakkan semua harta dimiliknegarakan dan rakyat adalah samarata,
fahaman ini juga tidak mempercayai adanya Tuhan

3. Keburukan fahaman kapitalisme


• melebarkan jurang perbezaan taraf hidup golongan kaya dan miskin
• monopoli, manipulasi dan riba dibenarkan untuk mendapat keuntungan yang besar.
• berlaku penindasan, kezaliman dan pergaduhan.
• wujud sifat tamak dan mementingkan diri sendiri.

4. Keburukan fahaman liberalisme.


• membenarkan berlaku penindasan dalam mengumpulkan kekayaan
• berlakunya persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi
• mementingkan diri sendiri.
• menyebabkan berlaku maksiat dan keruntuhan akhlak.

By Tokburong.wordpress.com 32
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

5. Keburukan sekularisme.
• mementingkan diri sendiri
• perundangan Islam tidak dapat ditegakkan
• manusia tidak dapat membezakan yang hak dan batil.
• memisahkan secara mutlak antara kajian ilmu daripada pengaruh agama.
• memisahkan urusan pemerintahan dengan agama

6. Keburukan Materialisme.
• wujud sifat suka mementingkan diri sendiri dan tamak.
• lalai dalam mengerjakan perintah Allah SWT.
• kufur dengan nikmat Allah SWT.
• merenggangkan hubungan kemasyarakatan dengan itu akan mewujudkan jurang perbezaan
antara golongan kaya dan miskin.

7. Keburukan Atheisme.
• Menyebabkan seseorang itu tiada pegangan hidup serta tidak percaya kepada Tuhan
• Menyebabkan seseorang itu tiada matlamat hidup dan hala tuju kehidupan tidak jelas
• Menyebabkan seseorang itu bebas melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tanpa takut kepada
dosa dan azab Allah SWT.
• Menyebabkan seseorang itu tidak percaya kepada dosa dan pahala.

8. Ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis / kapitalisme / sosialisme / nasionalisme /


liberalisme / materialisme / sekularisme dan komunisme )
• Menafikan kewujudan Allah SWT sebagai pencipta dan pemilik alam ini
• menentang hukum agama sebagai pengatur kehidupan manusia
• bebas dari kawalan hukum agama
• mempercayai segala yang berlaku terjadi dengan sendiri.
• Menafikan kewujudan dosa, pahala, syurga dan neraka
• Bertuhankan nafsu, kebendaan, keduniaan semata - mata

9. Sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid kerana:


• lemahnya keimanan kepada Allah SWT menyebabkan mereka tidak takut kepada ancaman
daripada Allah SWT
• kurang didikan agama menyebabkan mereka tidak mengetahui keburukan perbuatan tersebut
• mementingkan diri sendiri, kebendaan dan nafsu menyebakan mereka sanggup melakukan apa
saja demi memuaskan nafsu mereka
• Terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya yang mengamalkan fahaman mulhid dalam
kehidupan mereka, walaupun berakhlak buruk

By Tokburong.wordpress.com 33
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

10. Cara fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat Islam:


• melalui media massa dengan mengagungkan cara hidup yang bertentangan dengan Islam
• menimbulkan keraguan kepada umat Islam tentang kebaikan syariat Islam
• melalaikan umat Islam dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti hiburan yang
keterlaluan
• Mengagungkan kebendaan dan status seseorang berdasarkan harta yang dimilikinya.

11. Cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat.


• mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian
• kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
• memperkukuhkan dan memantapkan akidah Islam dalam diri umat Islam
• memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil
• mendalami ilmu agama dengan sentiasa mendengar ceramah
• mengawal fahaman-fahaman tersebut daripada tersebar dengan menapis berita-berita dalam
media massa.

12. Bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat Islam ialah :


• menyebabkan berlaku pemisahan agama dengan urusan dunia
• berlaku kerosakan aqidah umat Islam
• hilang keperibadian dan akhlak sebagai seorang muslim
• menyebabkan manusia lupa kepada Allah SWT dalam urusan seharian
• menyebabkan manusia berani bertindak mengikut kehendak nafsu tanpa berpandukan kepada
ajaran agama

13. Aktiviti-aktiviti masyarakat Islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman falsafah mulhid.
• program amal kebajikan dan sosial yang bercampur aduk dengan maksiat
• pertandingan ratu cantik, muzik dan nyayian yang keterlaluan
• bermuamalah dengan sistem riba dalam urusan perniagaan
• persembahan muzik dan nyanyian yang bertentangan dengan Islam

14. Contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat.


• mementingkan perniagaan sehingga meninggalkan solat fardu
• enggan melakukan kebajikan tanpa ganjaran dan upah
• mengangap pelajaran agama tidak punya masa depan

By Tokburong.wordpress.com 34
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

15. Kesan positif dan negatif media massa terhadap pemikiran dan perlakuan masyarakat:

Positif Negatif
• Memberi maklumat dan berita yang
• memberikan maklumat yang palsu / fitnah
berfaedah
• Memanfaatkan masa dengan sesuatu • melalaikan manusia dari mengingati Allah
yang berfaedah SWT.

• Fahaman yang benar dapat disebarkan • fahaman-fahaman yang bercanggah


secara meluas dan berkesan. dengan Islam tidak dapat dikawal .

16. Langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip
Islam daripada terus berlaku di kalangan remaja Islam:
• mengadakan program kesedaran kepada ibubapa dan remaja
• menguatkuasakan undang-undang mengenai kebudayaan yang bertentangan dengan Islam
• mengawal penyebaran dan penjualan bahan-bahan hiburan yang keterlaluan
• menyediakan aktiviti berfaedah untuk remaja seperti perkhemahan ibadat.
• Menyediakan aktiviti kebudayaan Islam sebagai satu alternatif

17. Aktiviti yang dapat mengisi program malam kebudayaan Islam ialah:
• Pertunjukan fesyen berasaskan Islam
• Persembahan nasyid yang memuji Allah SWT
• Pertunjukan sajak, pentomen, pementasan dan lain-lain yang bercirikan Islam.
• Pementasan drama berunsur Islam.

18. Cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat Islam.


• mempengaruhi pemikiran umat Islam sehingga mengagungkan kebendaan dan hawa nafsu
• menggalakkan kebudayaan jahiliyah melalui aktiviti sosial dan kebudayaan
• menyediakan peluang pemilikkan harta dengan cara yang tidak sah
• melalui imperialisme dan kolonialisme dari aspek politik.
• melalui media massa dengan menerbitkan buku-buku, berita dan filem yang melalaikan dan
memesongkan akidah.

19. Kesan-kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.


• menyebabkan umat Islam tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh.
• berlaku keruntuhan moral dalam kalangan remaja
• hilang semangat jihad untuk mempertahankan ajaran Islam
• Umat Islam hilang identiti dan jati diri sebagai umat Islam
• Hilangnya keyakinan dengan kebaikan Islam dan benci kepada hukum-hukum Islam

By Tokburong.wordpress.com 35
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

20. Ciri pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam.


• Memberi kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas dan ikut nafsu contohnya fahaman
Liberalisma
• Menolak ayat-ayat al-Quran pendapat Ulamak dan hukum-hukum yang terdapat dalam al-quran
• Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan atau melakukan kezaliman
contohnya fahaman Kapitalisme
• Menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta contohnya fahaman Atheis
• Memuja manusia secara berlebihan contohnya ajaran sesat
• Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna kulit
• pengasingan agama dari kehidupan contohnya fahaman sekularisma
• menolak hadis sebagai sumber hukum seperti fahaman anti hadis.
• Mementingkan kebendaaan dan keduniaan contohnya fahaman Materialisma

21. Pengertian ajaran sesat :


• Ajaran Sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang
bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-
Hadis

22. Ciri-ciri ajaran sesat :


• Kepercayaan kepada rukun Iman dan asas akidah yang tidak selaras dengan al-Quran dan Hadis.
• Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sumber hukum
• Ketua kumpulan ajaran yang diamalkan mendakwa bahawa dia adalah nabi Isa, Imam Mahadi
atau lain-lain istilah yang serupa.
• Mendewa-dewakan ketua ajaran tersebut secara berlebih-lebihan.
• Menghuraikan al-Quran dan Hadis sesuka hati mereka.
• Membawa ajaran bahawa penyatuan semua agama di dunia sebagai agama yang mesti diikuti.
• Mengubah suai ibadat dalam ajaran Islam seperti solat hanya memadai dengan niat sahaja dan
sebagainya.
• Mengadakan hukum baru yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya

23. Cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat


• Mendapatkan didikan agama yang sempurna / kempen / ceramah / kem ibadat
• mendalami / menghayati ajaran Islam sepenuhnya / amal soleh
• Mengenalpasti kumpulan ajaran tersebut / tidak terpengaruh
• memantapkan iman dan takwa
• mendampingi alim ulamak
• memulau / menyisih kumpulan ajaran sesat
• Melapurkan kepada pihak berkuasa

By Tokburong.wordpress.com 36
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

24. Dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam


• Masyarakat tidak akan aman dan tenteram kerana berlaku pergaduhan dan tiada persefahaman
dalam masyarakat
• Memutuskan hubungan silaturrahim dan pecah belah dalam masyarakat kerana berlainan
fahaman.
• Berlaku pergaduhan dan perbalahan dalam kehidupan
• Berlaku kezaliman dan keganasan seperti membunuh diri
• Berlaku penindasan terhadap umat Islam menyebabkan umat Islam lemah
• Akidah umat Islam terpesong, tersesat menyebabkan berlakunya murtad
• Dimurkai oleh Allah SWT kerana membelakangi ajaran Islam yang sebenarnya
• Negara menjadi mundur kerana rakyat sering berkelahi antara satu sama lain
• Mencemarkan kesucian Islam dengan melakukan maksiat seperti percampuran bebas antara
jantina dengan berleluasa.

25. Dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning
• Dengan menyebarkan berita palsu dan negatif untuk memesongkan dan menyesatkan pemikiran
umat Islam
• Memberi gambaran yang salah mengenai umat Islam untuk menjatuhkan maruah umat Islam
• Menyajikan program hiburan yang keterlaluan dan melalaikan untuk menjauhkan umat Islam
daripada beribadat.
• Menayangkan filem-filem lucah dan ganas yang merosakkan akhlak umat melalui media
elektronik untuk merosakkan akhlak remaja Islam
• Menyebarkan berita-berita fitnah yang memecahkan perpaduan antara umat
• Menerbitkan majalah-majalah lucah yang merosakkan akhlak remaja melalui Media cetak seperti
majalah dan akhbar

26. Dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman budaya kuning
• Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya dapat membezakan antara yang
baik dan buruk
• Memperkukuh keimanan kepada Allah SWT dengan mendalami bidang keagamaan
• Mengamalkan akhlak mulia seperti sentiasa bersabar dalam kehidupan supaya terhindar daripada
perbuatan keji
• Menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menjauhi perbuatan keji seperti hasad dengki
• Mengelakkan diri daripada perbuatan yang negetif seperti melepak dan membuang masa dengan
sia-sia supaya terselamat daripada budaya kuning
• Melakukan perkara-perkara positif berfaedah dalam kehidupan seperti sentiasa berdoa untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT
• Menapis kemasukan berita, filem atau majalah supaya terselamat dari budaya kuning

By Tokburong.wordpress.com 37
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

BAB 2 : Pandangan Hidup Islam


PELAJARAN 10 : RABANIYYAH

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Rabbaniyyah

2. Nyatakan prinsip-prinsip Rabbaniyyah.

3. Bagaimanakah cara anda memiliki dan menghayati sifat Rabbaniyyah.

Jawapan

1. Maksud Rabbaniyyah
• semua hukum, konsep, prinsip , nilai dan peraturan Islam adalah secara mutlak daripada
Allah SWT

2. Prinsip-prinsip Rabbaniyyah ialah :


• Islam agama yang diwahyukan oleh Allah SWT
• Islam bersih dan jitu daripada kekurangan.
• seluruh alam dan isinya merupakan hak mutlak Allah SWT.
• Allah SWT sebagai pencipta peraturan hidup

3. Cara untuk memiliki dan menghayati sifat Rabbaniyyah ialah:


• percaya dan yakin dengan segala rukun iman.
• mengerjakan segala perintah Allah SWT seperti bersolatdan meninggalkan segala laranganNya
• berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meninggikan syariat Islam
• bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari keredaan Allah SWT
• berakhlak mulia dan terpuji dalam kehidupan seharian

By Tokburong.wordpress.com 38
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 11 : SYUMULIYYAH

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Syumuliah

2. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks keilmuan

3. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks ekonomi

4. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks sosial

5. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks perundangan

6. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks sistem munakahat

7. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks ibadat

8. Huraikan perbezaan di antara ibadat umum dan ibadat khusus berserta contoh kedua-duanya

Jawapan

1. Maksud syumuliyyah ialah :


• ajaran Islam adalah sempurna dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia

2. Aspek Syumuliyyah dalam konteks keilmuan:


• Ilmu dalam Islam merangkumi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah untuk kebahagiaan dunia dan
akhirat.
• Islam menggalakan manusia menuntut ilmu yang tidak bercanggah dengan syarak
• Islam mewajibkan umatnya menghayati dan mengamalkan ilmu dalam kehidupan.

3. Aspek Syumuliyyah dalam konteks ekonomi ialah:


• kebebasan mencari, memiliki dan mengurus harta berlandaskan syariat Islam
• kewajipan mengeluarkan zakat dan infak pada jalan Allah SWT.
• mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara yang kaya dengan miskin
• Mengharamkan penindasan, monopoli, manipulasi dan lain-lain dalam ekonomi

4. Aspek Syumuliyyah dalam konteks sosial ialah:


• sistem sosial Islam lengkap dan sempurna yang merangkumi dunia dan akhirat
• sistem sosial Islam adalah sesuai pada setiap masa , tempat dan keadaan
• sistem sosial Islam tidak membezakan warna kulit dan keturunan seseorang

By Tokburong.wordpress.com 39
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

5. Aspek Syumuliyyah dalam konteks perundangan


• keadilan Islam bersifat sejagat tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang.
• Islam menetapkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
• Islam memelihara hak asasi manusia daripada di cerobohi
• konsep pembalasan dalam perundangan Islam adalah merangkumi dunia dan akhirat.
• perundangan Islam membela golongan yang tertindas dan llemah

6. Aspek Syumuliyyah dalam konteks munakahat


• Sistem munakahat Islam adalah sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
• Sistem munakahat menetapkan hak dan kewajipan suami isteri dan anak-anak yang mesti di
laksanakan
• Sistem munakahat mengatur sistem kekeluargaan yang sempurna

7. Aspek Syumuliyyah dalam konteks ibadat


• ibadat dalam Islam merangkumi ibadat khusus dan ibadat umum
• setiap amalan dan pekerjaan yang bertujuan untuk mendapat keredaan Allah SWT dikira sebagai
ibadat
• ibadat dalam Islam sesuai adalah dengan fitrah manusia dan mampu dilaksanakan oleh semua
manusia.

8. Perbezaan di antara ibadat umum dan ibadat khusus berserta contoh:

Ibadat umum ibadat khusus


• Amalan harian yang dilakukan bertepatan • Segala pebuatan atau amalan yang
dengan ajaran Islam dan diniatkan kerana dilakukan oleh setiap individu secara
Allah SWT contoh bekerja, belajar dan lain- khusus berhubung dengan Allah SWT.
lain. contohnya solat fardu, puasa pada bulan
ramadan, membaca al-quran dan lain-lain.
.

PELAJARAN 12 : WAQIIYYAH

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Waqiiyyah

2. Nyatakan prinsip-prinsip waqi’iyah

3. Terangkan bukti waqiyah dalam muamalat

4. Terangkan bukti waqiyah dalam munakahat

5. Terangkan bukti yang menunjukkan waqiyah dalam ibadah

By Tokburong.wordpress.com 40
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

6. Terangkan bukti waqiyah dalam hukum jenayah

7. Terangkan bukti waqiyah dalam bidang sosial

8. Apakah yag dimaksudkan dengan wasatiyah

9. Huraikan bukti bahawa Islam adalah agama wasatiyah

Jawapan
1. Waqiiyyah ialah
• Ajaran Islam bersifat praktikal dan boleh diamalkan dalam kehidupan manusia
• Ajaran sesuai dengan fitrah semulajadi manusia

2. Prinsip-prinsip waqi’iyah
• ajaran Islam bersifat praktikal bukan utopia
• Islam mampu menyelesaikan sebarang masalah kehidupan manusia.
• Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran dan tamadun ilmu

3. Bukti waqiyah dalam muamalat


• muamalat Islam mementingkan sifat kejujuran dalam semua urusan
• Islam mewajibkan sukatan dan timbangan dilakukan dengan betul dan tepat
• Islam melarang penindasan seperti riba, monopoli dalam sistem ekonomi
• muamalat Islam menimbulkan kepuasan / ketenangan hati semua pihak

4. Bukti waqiyah dalam munakahat


• munakahat sesuai dengan fitrah dan keinginan semula jadi manusia
• peraturan munakahat mampu dilaksanakan dan tidak membebankan manusia untuk
melaksanakannya.

5. Bukti yang menunjukkan waqiyah dalam ibadah


• ibadat tidak membeban dan menyusahkan manusia dilakukan mengikut keadaan dan kemampuan
seseorang
• Ibadat dalam Islam sesuai dengan fitrah dan naluri manusia
• Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia akan diberi pembalasan samada di dunia ataupun
di akhirat

6. Bukti waqiyah dalam hukum jenayah


• hukum jenayah Islam menjamin keamanan dan keharmonian masyarakat.
• hukum jenayah Islam menegakkan keadilan sejagat
• hukum jenayah Islam menegakkan yang hak dan menghapuskan kebatilan.
• hukuman dalam sistem jenayah Islam setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

By Tokburong.wordpress.com 41
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

7. Bukti waqiyah dalam bidang sosial


• Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.
• Islam memberi Kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan kepercayaan masing-masing.
• Islam memberi Kebebasan kepada individu untuk mengeluarkan pendapat selagi tidak bercanggah
dengan syarak..
• Islam memberi Kebebasan kepada manusia untuk memiliki harta yang halal.

8. Maksud wasatiyah ialah :


• Mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat

9. Bukti bahawa Islam adalah agama wasatiyah

Akidah Islam hanya mewajibkan umatnya mempercayai perkara yang mempunyai


bukti dan dalil yang jelas dan nyata
Ibadat Ibadat dalam Islam tidak terlalu meringan dan tidak sampai membebankan
umatnya.
Kehidupan Ajaran Islam adalah mengimbangi antara keperluan kehidupan di dunia dan
kebahagiaan hidup diakhirat
Undang-undang Perundangan Islam adalah sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. Setiap
hukuman dalam Islam adalah adil dan saksama
Individu dan Setiap individu mempunyai hak yang mesti dilaksanakan bagi menjamin
Masyarakat keharmonian hidup

PELAJARAN 13 : ALAMIYYAH

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Alamiyah

2. Nyatakan prinsip – prinsip ‘Alamiyyah

3. Jelaskan konsep ‘Alamiyah dalam bidang sosial / hak asasi manusia.

4. Jelaskan konsep ‘Alamiyah dalam bidang perundangan

5. Buktikan Islam mengamalkan prinsip ‘Alamiyyah dalam ajarannya.

6. Senaraikan bentuk hak asasi manusia yang di jaga oleh Islam

Jawapan

1. Alamiyyah ialah
• ajaran yang sesuai pada semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman

By Tokburong.wordpress.com 42
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

2. Prinsip – prinsip ‘Alamiyyah ialah


• Islam memuliakan manusia
• Nilai keadilan Islam bersifat sejagat
• Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
• Islam menjamin hak asasi manusia
• Islam mengutamakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan

3. Konsep ‘Alamiyah dalam bidang sosial / hak asasi manusia.


• tiada paksaan dalam memeluk agama Islam
• kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.
• bebas mengamalkan agama masing-masing.
• kebebasan dalam memiliki harta dengan cara yang halal.
• hak pelindungan nyawa dan kehormatan.

4. Konsep ‘Alamiyah dalam bidang perundangan


• perundangan Islam dapat diterima dan diamalkan oleh seluruh manusia.
• perundangan Islam mementingkan perdamaian dan keadilan sejagat
• perundangan Islam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan.
• perundangan Islam membela orang yang dizalimi

5. Bukti Islam mengamalkan prinsip ‘Alamiyyah dalam ajarannya.


• Islam mempunyai prinsip yang sesuai dengan semua bangsa, tempat dan waktu.
• Islam dapat diterima dan diamalkan oleh semua manusia
• Islam sesuai dengan fitrah manusia / tidak membebankan

6. Hak asasi manusia yang dijaga oleh Islam


• Kebebasan bersuara
• Kebebasan melindungi nyawa
• Kebebasan beragama
• Kebebasan memiliki harta
• Kebebasan memelihara kehormatan dan maruah diri
• Hak untuk mendapatkan kesihatan
• Hak untuk mendapatkan pendidikan
• Hak untuk memelihara harta benda.

By Tokburong.wordpress.com 43
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 14 : MURUNAH DAN THABAT

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Murunah

2. Nyatakan prinsip-prinsip murunah

3. Jelaskan dua kelebihan sifat murunah

4. Terangkan dua contoh konsep murunah

5. Apakah yang dimaksudkan dengan thabat

6. Jelaskan perkara-perkara yang thabat ( tetap ) dalam ajaran Islam

7. Huraikan perkaitan antara murunah dengan thabat

Jawapan

1. Maksud Murunah ialah :


• Ajaran Islam boleh diperluaskan, berubah mengikut kesesuaian manusia tanpa mengubah prinsip
asas yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadis.
• Ajaran Islam boleh berubah mengikut kesesuaian hidup manusia tanpa merubah prinsip asalnya.

2. Prinsip-prinsip murunah
• Islam agama yang mudah
• Ajaran Islam dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan manusia

3. Kelebihan sifat murunah


• menunjukkan sifat toleransi ajaran Islam yang tidak bertentangan dengan dengan Islam
• Menunjukkan berhikmahnya Islam kepada kehendak hidup manusia
• menarik minat orang bukan Islam untuk memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam
• mengalakkan umat Islam mentaati dan melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan
sempurna
• memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya di dunia ini.
• Islam memudahkan, menyenangkan umatnya dalam dalam urusan seharian.

4. Contoh konsep murunah


• rukhsah dalam solat contohnya solat boleh diqasarkan jika dalam keadaan bermusafir
• umat Islam dibenarkan memakai pakaian berfesyen dengan syarat menutup aurat
• rukhsah dalam puasa contohnya boleh berbuka puasa ketika sakit
• rukhsah dalam haji contohnya haji hanya diwajibkan keatas orang yang berkemampuan sahaja.

By Tokburong.wordpress.com 44
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

5. Maksud Thabat ialah :


• Ajaran Islam tetap dan tidak berubah dalam apa jua keadaan contohnya akidah, hukum wajib dan
sebagainya

6. Perkara-perkara yang thabat ( tetap ) dalam ajaran Islam ialah :


1. Akidah.
• Akidah ialah keyakinan kepada Allah SWT yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Keyakinan
ini tidak boleh berubah walau apa pun yang berlaku

2. Ibadat.
• Dalam melakukan ibadat wajib, Islam tidak pernah memberi toleransi kepada umatnya. Kita tetap
wajib menunaikan ibadat walau dalam apa jua keadaan cuma caranya sahaja yang berbeza.

3. Ketetapan Hukum Syarak.


• Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti hukum wajib, haram, sunat, makruh
dan harus akan tetap kekal sehingga ke hari kiamat

7. Perkaitan antara murunah dengan thabat


• Islam bersifat tetap dalam perkara asas dan prinsip tetapi murunah (anjal) dalam perkara cabang
dan pelaksanaanya. Contohnya kewajipan menutup aurat adalah tetap, tetapi cara menutup aurat (
berpakaian ) di beri kelonggaran kepada manusia mengikut feysen dan keselesaan mereka.
• Setiap perkara telah ditetapkan asasnya dalam Islam, tetapi terpulanglah kepada manusia untuk
melaksanakannya. Contohnya Islam menggalakkan perniagaan dan mengharamkan riba.

BAB 3 : INSTITUSI ISLAM

PELAJARAN 15 UNIT 1 : NEGARA ISLAM

Soalan
1. Jelaskan pengertian negara Islam

2. Jelaskan prinsip negara Islam

3. Mengapakah perlunya ditegakkan negara Islam.

4. Jelaskan perbezaan negara Islam dan bukan Islam.

5. Nyatakan keistimewaan negara Islam.

6. Nyatakan asas pembentukan negara Islam

7. Terangkan ciri-ciri negara Islam

8. Huraikan matlamat negara Islam

By Tokburong.wordpress.com 45
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

9. Negara Islam ialah “negara kebajikan dan mendapat keampunan Allah SWT”. Bincangkan
pernyataan tersebut.

10. Mengapakah Rasulullah membentuk satu perlembagaan sewaktu di Madinah.

11. Jelaskan kedudukan Rasulullah berdasarkan Perlembagaan Madinah.

13 Jelaskan maksud syura.

14 Nyatakan ciri-ciri syura

15 Kenapakah dikatakan sistem syura merupakan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang terbaik

Jawapan
1. Pengertian negara Islam
• Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang berteraskan kepada al-Quran dan al-
Sunnah.
• Negara yang melaksanakan perundangan, ekonomi, politik, sosial dengan adil dan saksama
berlandaskan syariat Islamiah.

2. Prinsip negara Islam


1. Musyawarah (as-Syura)
• As-Syura bermaksud bermesyuarat.
• Setiap keputusan dan tindakan dilakukan oleh pemerintah melalui kaedah bermesyuarat dengan
ahli majlis mesyuarat

2. Keadilan (al-Adalah)
• Negara Islam memberikan keadilan kepada semua rakyatnya tanpa mengira kedudukan bangsa
dan warna kulit.
• Keadilan kepada rakyat untuk mendapatkan segala kemudahan dan dari apa yang mereka
usahakan.

3. Kebebasan (al-Huriyyah)
• Kebebasan kepada rakyat untuk mendapatkan hak asasi mereka seperti kebebasan beragama,
kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan sebagainya.
• Kebebasan untuk mencari dan memiliki harta.
• Kebebasan untuk hidup dengan aman dan selamat

4. Persamaan (al-Musawamah)
• Persamaan kepada semua warga negara untuk mendapatkan kemudahan dan hak sebagai
warganegara.
• Persamaan dari segi mendapatkan perlindungan dan mencari serta memiliki harta.

3. Sebab negara Islam perlu ditegakkan.


• untuk merealisasikan hukum Ilahi dalam sesebuah negara
• untuk menegakkan keadilan kepada semua manusia
• untuk melaksanakan kebajikan kepada semua manusia

By Tokburong.wordpress.com 46
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Perbezaan negara Islam dan bukan Islam.


Negara Islam Negara bukan Islam
1. Berpandukan al Quran dan al Sunnah berpandukan hukum ciptaan manusia
2. hak asasi dilindungi hak asasi manusia tidak terjamin
3. syura menjadi asas pemerintahan negara
Pendapat majoriti rakyat sebagai asas
pemerintahan negara.
4. Iman dan taqwa sebagai asas dalam Pemilihan pemimpin tidak diambil- kira
pemilihan ketua negara mengenai keimanan dan ketaqwaan.

5. Keistimewaan negara Islam.


• keadilan dapat ditegakkan dengan menyeluruh
• mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT.
• hak kebebasan rakyat dalam negara terjamin dan terlaksana
• kehidupan rakyat dalam keadaan aman dan harmoni.
• perundangan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam negara.

6. Asas pembentukan negara Islam ialah:


• lembaga pemilihan kepimpinan dan polisi negara berasaskan sistem syura.
• pemimpin yang mempunyai sahsiah mahmudah dan akhlak mulia seperti amanah
• undang-undang yang diamalkan dalam negara berdasarkan syariat Islam
• Mempunyai rakyat yang berbilang bangsa
• Mempunyai wilayah yang tertentu

7. Ciri-ciri negara Islam ialah:


• menjalankan pemerintahan dan pentadbiran berasaskan sistem syura
• perundangan negara berasaskan syariat Islam atau al-Quran dan sunnah
• pemerintahan yang adi berlandaskan syariat Islamiyyah.
• Pemilihan pemimpin berasaskan keimanan dan ketakwaan seseorang

8. Matlamat pembentukan negara Islam


• Untuk Menegakkan perundangan dan hukum Allah SWT.
• Untuk merialisasikan keadilan kepada rakyat
• Untuk melaksanakan kebajikan kepada semua rakyat
• Untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat

9. Negara Islam ialah “negara kebajikan dan mendapat keampunan Allah SWT” adalah benar
kerana:
• negara Islam ditubuhkan untuk memastikan rakyat dapat hidup selesa mempunyai tempat tinggal
, makanan, pakaian , pekerjaan dan pendidikan.
• negara Islam tidak mengamalkan sebarang bentuk kezaliman dan kekejaman terhadap rakyat
• negara Islam melaksanakan amanah dan hukum-hukum Allah SWT dengan sempurna

10. Rasulullah membentuk satu perlembagaan sewaktu di Madinah kerana:


• untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam negara
• menentukan kuasa dan hak pemimpin serta rakyat dalam menjalankan amanah masing-masing
• menetapkan hukum dan undang-undang demi keamanan dan keharmonian negara
• menjamin keselamatan dan kedaulatan negara dengan sempurna

By Tokburong.wordpress.com 47
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

11. Kedudukan Rasulullah berdasarkan Perlembagaan Madinah:


• Rasulullah sebagai ketua negara
• Rasulullah bertanggungjawab dalam semua hubungan diplomatik
• Rasulullah menjadi rujukan apabila berlaku perselisihan.
• Rasulullah menjadi ketua angkatan tentera

12. Maksud syura ialah:


• perbincangan dan permuafakatan sekumpulan ulamak dalam hal-hal yang berkaitan dengan
kepentingan masyarakat berdasarkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Contoh :
proses melantik pemimpin.

13. Ciri-ciri syura ialah:


• berpandukan al Quran dan al Sunnah
• mengambil perhatian tentang keperluan diri, rohani dan jasmani manusia
• mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk dilaksanakan
• berasaskan sistem Rabbani
• bersifat ideal dan syumul.

14. Sistem syura dikatakan sistem pemerintahan yang terbaik ialah kerana :
• mengambil pendapat ramai melalui perbincangan dan mesyuarat
• sesuatu perancangan mendapat sokongan semua anggota
• masing-masing merasa bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dipersetujui
• mengeratkan hubungan / perpaduan bertambah erat

PELAJARAN 15 UNIT 2 : KHALIFAH

Soalan
1. Terangkan pengertian manusia sebagai khalifah

2. Nyatakan pengertian khalifah Islam

3. Jelaskan ciri-ciri khalifah Islam

4. Senaraikan syarat-syarat yag perlu ada pada seseorang untuk dilantik sebagai khalifah dalam Islam

5. Jelaskan tugas dan tanggungjawab khalifah

6. Huraikan kesan jika khalifah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah

7. Kenapakah pemerintah Islam mesti memiliki sifat takwa dan amanah.

8. Bincangkan peranan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat.

9. Terangkan peranan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.

10. Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Islam

By Tokburong.wordpress.com 48
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

11. Terangkan cara untuk membina keperibadian Insan yang mulia

12. Terangkan cara untuk membina keperibadian Insan yang mulia

13. Jelaskan bentuk pentadbiran di zaman Rasulullah.

14. Nyatakan sikap seorang pengurus yang baik semasa melakukan perundingan dalam sesuatu urusan
kerja.

Jawapan
1. Pengertian manusia sebagai khalifah:
• Manusia adalah pengganti, wakil Allah SWT yang dipertanggungjawabkan mengatur kehidupan
dan memakmurkan alam berdasarkan syariat Islam.

2. Pengertian khalifah dalam Islam


• Menurut ulama khalifah dihuraikan sebagai penganti nabi dalam urusan menegakkan keagamaan
dan mentadbir urusan keduniaan.

3. Ciri-Ciri Khalifah Islam


• bertaqwa kepada Allah SWT
• berakhlak mulia
• bijaksana dan berpandangan jauh
• berani menghadapi cabaran.
• amanah terhadap tugas
• berilmu dan beramal dengan ajaran Islam.
• Mempunyai keadaan fizikal dan mental yang sihat dan sempurna
• Mempunyai keyakinan diri yang jitu
• Mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas
• Adil dalam pentadbiran
• Memiliki semangat yang kuat dan jitu
• Cekap dalam membuat keputusan
• Mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas
• Dapat mengawal emosi dan rasional.
• Menguasai prinsip perhubungan antara manusia

4. Syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang untuk dilantik sebagai khalifah dalam Islam
• Seorang Muslim yang mukmim
• Adil dan saksama
• Lelaki
• Berakhlak mulia & Berani
• Berilmu & memahami masalah negara
• Berkemampuan dari segi mental & fizikal
• Berpengaruh & berketurunan baik

5. Tugas dan tanggungjawab khalifah


• Melaksanakan hukum Allah SWT tanpa mengira tempat dan masa
• Sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran

By Tokburong.wordpress.com 49
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• Sentiasa menjaga kesucian agama Islam


• Menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara daripada negara asing
• Melaksanakan undang-undang secara menyeluruh
• Berjihad menentang musuh Islam
• Mengagihkan kekayaan negara kepada mereka yang berhak
• Melantik orang yang cekap & amanah dalam menguruskan negara..
• Mengawasi segala urusan negara dan memerhati segala keadaan
• Memelihara & memulihara alam dan memanfaatkannya
• Menyeru dan menggalakkan rakyat supaya membangunkan diri, masyarakat dan negara
• Menjaga keharmonian dan perpaduan untuk kesejahteraan negara

6. Kesan jika khalifah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah


• Sistem pemerintahan negara menjadi kucar kacir
• Ekonomi negara menjadi mundur
• Rasuah akan berleluasa
• Pemberontakan dan rasa tidak puas hati rakyat akan berlaku
• Negara akan di jajah oleh kuasa asing
• Negara berada dalam huru hara

7. Pemerintah Islam mesti memiliki sifat takwa dan amanah kerana:


• supaya ia sentiasa berhati-hati dalam mengurus dan mentadbir negara / mengelak daripada
berlakunya penyelewengan
• memastikan hak-hak dan keperluan rakyat ditunaikan.
• Untuk menegakkan keadilan
• memastikan rakyat mendapat kebajikan
• untuk memastikan hukum-hukum Allah SWT dilaksanakan..

8. Peranan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat.


• Melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap sesuatu amanah yang diserahkan.
• mewujudkan perpaduan, kerjasama, dan bantu membantu diantara masyarakat.
• Memupuk budaya kerja yang cemerlang.yang akan memajukan organisasi.

9. Peranan manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.


• Melaksanakan segala perintah Allah SWT
• Meninggalkan segala larangan Allah SWT
• Menguruskan alam ini dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT

10. Ciri-ciri pentadbiran Islam:


• berasaskan kepada akhlak Islamiyah
• berdasarkan syura
• mengambil perhatian kepada keperluan diri, rohani dan jasmani manusia
• memenuhi tanggungjawab disamping kuasa yang dimiliki
• bersifat ideal dan syumul
• berasaskan sistem Rabbani

11. Cara membina keperibadian Insan yang mulia


• melaksanakan ibadah fardu
• memperbanyakan ibadah sunat
• mempelajari / mendalami ilmu

By Tokburong.wordpress.com 50
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• menerapkan nilai-nilai murni

12. Bentuk pentadbiran di zaman Rasulullah ialah:


• Rasulullah sebagai ketua negara
• segala masalah dirujuk kepada Rasulullah / al Quran dan al Sunnah
• mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan para sahabat (syura)

13. Sikap pengurus yang baik semasa melakukan perundingan dalam sesuatu urusan kerja.
• sabar dan tenang ketika melakukan perundingan
• bersikap tolak ansur / toleransi terhadap sesuatu cadangan
• menghormati dan berlapang dada terhadap pendapat orang lain

PELAJARAN 15 UNIT 3 : RAKYAT

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat

2. Rakyat bukan Islam dalam negara Islam terbahagi kepada dua iaitu kafir zimmi dan kafir harbi
Huraikan

3. Nyatakan ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab

4. Sebutkan ciri-ciri masyarakat majmuk yang dikehendaki oleh Islam

5. Senaraikan hak rakyat terhadap negara

6. Nyatakan tanggungjawab individu kepada masyarakat

7. Setiap muslim hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, Rasul, pemerintah
Islam dan negara. Huraikan tanggungjawab setiap muslim terhadap negaranya

8. Jelaskan kesan pengabaian tanggungjawab rakyat

9. Islam menghendaki setiap rakyat patuh kepada pemerintah selagi mereka tidak disuruh melakukan
maksiat.Huraikan pernyataan di atas.

Jawapan

1. Maksud rakyat
• Rakyat ialah penduduk bagi sesebuah negara yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta
keturunan

By Tokburong.wordpress.com 51
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

2. Huraian Kafir harbi dan kafir zimmi dalam negara Islam


Kafir Zimmi
• Orang bukan Islam yang tinggal dalam negara Islam dan mematuhi segala peraturan negara dan
tidak berniat untuk mengkhianati negara Islam

Kafir Harbi
• Orang bukan Islam yang tinggal dalam negara Islam dan berniat untuk mengkhianati serta
memusnahkan negara Islam. Golongan ini mesti diperangi sebelum mereka memusnahkan
negara

3. Ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab


• Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang dianjurkan oleh pelbagai pihak
• Sentiasa taatkan pemimpin dengan melaksanakan segala arahan kerajaan
• Sentiasa memajukan diri sendiri dan negara dengan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan
• Sentiasa mematuhi segala undang-undang negara

4. Ciri-ciri masyarakat majmuk yang dikehendaki oleh Islam


• bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing
• saling berkerjasama, bertimbangrasa dan bertolak ansur sesama rakyat
• bersama menjaga dan mengawal negara dari ancaman luar.
• saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

5. Hak rakyat terhadap negara


• Hak untuk memilih pemerintah dan kerajaan yang adil
• Hak untuk mendapatkan pendidikan, kesihatan dan bebas bergerak.
• Hak untuk mendapatkan perlindungan dan jaminan keselamatan
• Hak untuk mencari harta dan membelanjakannya

6. Tanggungjawab individu terhadap masyarakat ialah:


• menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat supaya hidup bersatu padu dan harmoni
• melaksanakan amal kebajikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran
sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain.

7. Tanggungjawab setiap muslim terhadap negaranya ialah:


• Memakmurkan negara dengan amanah.
• menjaga keselamatan negara dengan baik
• mendaulatkan undang-undang negara.
• aktif dalam pembangunan negara dan bidang ekonomi.
• melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang sihat

8. Kesan pengabaian tanggungjawab rakyat


• Berlakunya keruntuhan akhlak dan jati diri individu dan rakyat
• Tugas amar makruf dan nahi mungkar terabai
• Meningkatnya gejala sosial seperti jenayah
• Pertahanan negara menjadi lemah dan mudah ditembusi oleh musuh
• Negara mengalami kemunduran dalam pelbagai bidang seperti, ekonomi, politik, sosial,
pentadiran dan sebagainya
• Berlakunya huru hara dalam negara.

By Tokburong.wordpress.com 52
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

9. Huraian setiap rakyat mesti patuh kepada pemerintah selagi mereka tidak disuruh melakukan
maksiat.
• Rakyat wajib menumpahkan taat setia kepada pemerintah yang adil supaya mudah bagi
pemerintah mentadbir dan menguruskan negara, sebaliknya jika pemerintah melakukan
penyelewengan atau kezaliman rakyat wajib membantah dan membetulkannya

PELAJARAN 16 : SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

Soalan
1. Jelaskan pengertian kehakiman Islam

2. Terangkan matlamat utama sistem kehakiman Islam.

3. Nyatakan prinsip kehakiman Islam

4. Huraikan etika kahakiman Islam

5. Jelaskan syarat-syarat untuk dilantik sebagai hakim

6. Nyatakan tanggungjawab hakim

7. Bincangkan keistimewaan sistem kehakiman Islam

8. Senaraikan sumber-sumber kehakiman / perundangan Islam dan huraikan maksudnya satu persatu

9. Saidina Umar telah membebaskan hamba yang mencuri unta majikannya kerana tidak membayar
gaji. Huraikan prinsip-prinsip kehakiman berdasarkan peristiwa tersebut.

10. Terangkan akibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil dalam perbicaraan.

11. Dalam prosedur kehakiman Islam hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman dalam keadaan marah.
Kemukakan kepentingan prosedur diatas.

12. Bagaimanakah kehakiman Islam menegakkan keadilan.

13. Bincangkan peranan hakim yang bertindak sebagai pelaksana hukuman.

14. Nyatakan ciri-ciri / sifat-sifat hakim

15. Matlamat perundangan Islam bertujuan menjamin kesejahteraan hidup manusia. Huraikan
bagaimana matlamat tersebut dapat dicapai.

By Tokburong.wordpress.com 53
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan

1. Pengertian kehakiman Islam


• Kehakiman bermaksud suatu keputusan daripada pemerintah/ badan kehakiman dalam sesuatu
perbicaraan dimahkamah atau menyampaikan hukum syarak secara penetapan.

2. Matlamat utama sistem kehakiman Islam ialah untuk:


• menegakkan keadilan kepada semua rakyat
• menentang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman keatas penjenayah
• membela orang yang dizalimi.
• Melaksanakan qanun ilahi atau undang-undang Allah SWT dalam negara

3. Prinsip kehakiman Islam


1. Bersifat Rabani.
• Ini kerana sistem kehakiman Islam bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW
dalam menentukan sebarang keputusan dan hukuman yang akan dijatuhkan keatas pesalah.

2. Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman


• Keadilan merupakan prinsip utama dalam sistem kehakiman Islam. Penghapusan kezaliman
dan penganiayaan adalah kunci utama dalam menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia
dan akhirat

3. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.


• Menyeru kepada kebaikan dengan cara melaksanakan hukuman yang bersifat pencegahan dan
pengajaran kepada manusia, dengan terlaksananya kebaikan sekali gus kejahatan dapat
dihindarkan

4. Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik sesama manusia dan
mahkluk Allah SWT yang lain.
• Akhlak mulia dapat diamalkan dengan terlaksananya peraturan dan hukuman yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT

4. Etika kahakiman Islam


• Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak samada pendakwa atau tertuduh
• Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya.
• Hakim tidak boleh menghakimi mana-mana orang yang beliau mempunyai kepentingan.
• Sebarang kesalahan tidak boleh disabitkan jika terdapat keraguan.
• Hakim mestilah mengikuti peraturan keterangan yang telah ditetapkan iaitu,
i. Mendapatkan pengakuan yang bebas dan penuh kerelaan daripada tertuduh
ii. Para saksi dalam pembicaraan mestilah adil dan menepati syarat-syarat kesaksian yang
telah ditetapkan.
iii. Kes yang dibicarakan mestilah dibuktikan melalui bukti-bukti yang nyata serta boleh
diterima oleh semua pihak.

5. Syarat-syarat untuk dilantik sebagai hakim


• Seorang yang berilmu dan bertakwa kepada Allah SWT
• Seorang yang berfikiran waras dan sentiasa tenang.

By Tokburong.wordpress.com 54
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• Seorang yang berwibawa dan dihormati oleh orang ramai.


• Seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh.
• Seorang yang berani dan tegas dalam menjalankan tugas.

6. Tanggungjawab hakim
• Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.
• Menjatuhkan hukuman ketika dalam keadaan emosi yang tenang seperti tidak berada dalam
keadaan marah ketika menjatuhkan hukuman.
• Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu kepada pesalah.
• Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan

7. Keistimewaan sistem kehakiman Islam


• Dasar kehakiman dan perundangan nya adalah ciptaan Allah SWT
• Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia kearah yang lebih baik.
• Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.

8. sumber-sumber kehakiman / perundangan Islam


• al Quran : Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan
Malaikat Jibril atau secara langsung untuk membimbing manusia ke jalan
yang benar demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat

• al Sunnah: Segala perkataan, perbuatan atau pengakuan Rasulullah tentang sesuatu


perkara yang melibatkan hukum Islam.

• Ijmak : Persepakatan para ulamak mujtahid tentang sesuatu perkara


yang tidak jelas hukumnya di dalam al Quran dan al Hadis

• Qias : Menyandarkan hukum bagi sesuatu perkara baru kepada sesuatu perkara yang
telah termaktub hukumnya di dalam al Quran dan al Sunnah kerana
persamaan dari segi sebabnya / Illat. Contoh : Pengharaman tuak diqiaskan
dengan pengharaman arak

9. Prinsip-prinsip kehakiman berdasarkan peristiwa Saidina Umar yang telah membebaskan


hamba yang mencuri unta majikannya kerana tidak membayar gaji.
• dalam menjatuhkan hukuman hakim hendaklah mengenal pasti punca berlakunya sesuatu
jenayah
• sekiranya terdapat kezaliman atau paksaan didalam sesuatu kes, hakim hendaklah
mempertimbangkannya dengan seadil mungkin
• hakim hendaklah membebaskan tertuduh sekiranya terdapat sebarang keraguan

10. Akibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil dalam perbicaraan.
• jenayah tidak dapat dibendung
• masyarakat akan bertindak sendiri kerana tidak puas hati
• berlaku penindasan golongan kuat ke atas yang lemah.
• masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan / terancam

By Tokburong.wordpress.com 55
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

11. Kepentingan prosedur kehakiman Islam "hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman dalam
keadaan marah" ialah
• agar keadilan dapat ditegakkan dan mengelak daripada menjatuhkan hukuman yang tidak
tepat dalam sesuatu kes yang dibicarakan
• supaya maruah hakim terpelihara dari sebarang kesilapan.
• supaya keputusan mahkamah tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak
• supaya Institusi kehakiman dihormati oleh semua pihak.

12. Cara kehakiman Islam menegakkan keadilan.


• menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan pangkat
seseorang.
• hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan.
• Menjatuhkan hukaman tanpa sebarang keraguan
• Semua hukum berlandaskan al-Quran dan al-Hadis
• Penghakiman adalah dilakukan secara menyeluruh

13. Peranan hakim selaku pelaksana hukuman.


• Menjatuhkan hukuman berlandaskan al-Quran dan hadis
• Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan keturunan
seseorang
• Menjatuhkan hukuman tanpa ragu terhadap pesalah.
• Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan dalam kes

14. Ciri-ciri / sifat-sifat Hakim


• Seorang yang bekerja dengan niat mencari keredaan Allah SWT
• Berilmu pengetahuan yang luas
• Seorang yang menguasai dan mendalami al-Quran dan al-hadis
• Seorang yang bertakwa dan warak
• Seorang yang berfikiran waras
• Seorang yang berwibawa
• Seorang yang berpandangan jauh

15. Cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam yang bertujuan menjamin kesejahteraan
hidup manusia adalah:
• Perundangan Islam mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam
• Perundangan Islam sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran dalam semua perkara
• Pelaksanaan perundangan Islam dapat menghindarkan masyarakat daripada melakukan
jenayah.

PELAJARAN 17 : SISTEM SOSIAL ISLAM

Soalan
1. Terangkan pengertian sistem sosial Islam.

2. Jelaskan ciri-ciri sistem sosial Islam

By Tokburong.wordpress.com 56
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

3. Nyatakan matlamat sistem sosial Islam

4. Nyatakan aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah

5. Antara nilai murni sistem sosial Islam ialah ukhuwwah Islamiah, berkasih sayang sesama makhluk dan
hormat menghormati. Bincangkan

6. Sistem sosial Islam dikatakan sistem hidup yang terbaik jika dibandingkan dengan sistem bukan Islam.
Huraikan.

7. Kenapakah alam remaja dikatakan zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran.

8. Jelaskan tiga peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.

9. Nyatakan punca-punca keruntuhan akhlak remaja.

10. “ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara “ ( al-Hujurat: 10 )


Nyatakan usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan / ukhuwah Islamiyah dalam kalangan
masyarakat.

11. Nyatakan kesan sekiranya orang mukmin memutuskan tali persaudaraan

12. Huraikan bagaimanakah pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai.

13. Anak-anak dikatakan satu amanah dan juga fitnah. Bincangkan.

14. Hubungan kekeluargaan amat penting di dalam sistem sosial Islam Jelaskan pernyataan di atas.

15. “ Sesungguhnya bagi tuhan kamu ke atas kamu ada tanggungjawab, ke atas diri kamu ada
tanggungjawab, ke atas keluarga kamu ada tanggungjawab, maka tunaikanlah segala tanggungjawab
itu kepada yang berhak menerimanya” (maksud hadis )
Berdasarkan maksud kenyataan di atas huraikan kewajipan seorang muslim ke atas keluarganya.
16. Huraikan kewajipan seorang muslim terhadap masyarakat

17. Berikan akibat buruk jika tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli keluarga

18. Bagaimanakah cara untuk mencapai sistem sosial Islam yang bersifat Rabbani

19. Huraikan implikasi pengabaian tanggungjawab sosial

20. Nyatakan perbezaan antara sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam

Jawapan

1 Pengertian sistem sosial Islam:


• Sistem sosial Islam ialah perhubungan sesama manusia melalui ikatan undang-undang Rabbani
untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan aman damai.

By Tokburong.wordpress.com 57
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

2 Ciri-ciri sistem sosial Islam:


• ciptaan Allah SWT
• berteraskan perancangan Allah SWT atau batasan Allah SWT dalam pergaulan
• menjalin ikatan ukhuwah sesama manusia yang berteraskan akidah, syariat dan akhlak yang
mulia.

3 Matlamat sistem sosial Islam


• Untuk mendapatkan keredaan Allah SWT
• Untuk merealisasikan keadilan sosial kepada semua rakyat
• Untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
• Untuk memakmurkan alam mengikut ajaran Islam.
• Untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat
• memupuk semangat berkerjasama antara anggota masyarakat untuk melaksanakan kebajikan
• menghindarkan masyarakat dari melakukan dosa dan kezaliman
• memupuk ukhuwah Islamiah tanpa mengira warna kulit dan keturunan
• menegakkan keadilan sosial dengan memberi kebebasan dan hak tertentu kepada masyarakat.

4 Aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah
Boleh berubah Tidak boleh berubah
Fesyen pakaian Hukum menutup aurat
Kaeadah mencari dan memilikki harta Peraturan mencari dan memilikki harta
Methologi menuntut ilmu Hukum menuntut ilmu

5 Huraian nilai murni sistem sosial Islam ialah ukhuwwah Islamiah, berkasih sayang sesama
makhluk dan hormat menghormati.
1. Ukhuwwah Islamiah
• Sistem sosial Islam menjadikan semua manusia adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit,
kedudukan atau pangkat seseorang. Persaudaran dalam Islam adalah berlandaskan keimanan
dan ketakwaan kepada Allah SWT

2. Kasih sayang sesama makhluk


• Islam mewajibkan umatnya supaya sama-sama menjaga kebajikan dan keperluan semua
manusia tanpa mementingkan diri sendiri dan berprasangka buruk

3. Hormat menghormati/ toleransi / bertolak ansur


• Masyarakat Islam wajib hormat menghormati antara satu sama lain dalam pergaulan seharian

6 Bandingan sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam


sistem sosial Islam sistem bukan Islam
1. berasaskan al-Quran berdasarkan pemikiran.
2. berdasarkan kepada ukhuwah berdasarkan kedudukan, warna kulit dan
lain-lain.
3. mementing urusan dunia dan akhirat mementingkan kebendaan / keduniaan
semata-mata

By Tokburong.wordpress.com 58
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

7 Alam remaja dikatakan zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran kerana:
• remaja mudah terdorong dengan hawa nafsu
• remaja mempunyai perasaan ingin tahu dan perasaan ingin mencuba sesuatu perkara baru tanpa
memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
• remaja mudah terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya yang bersifat negetif

8 Peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.


• menumpukan perhatian terhadap pelajaran bagi menambahkan ilmu untuk membangunkan
negara seperti ilmu sains dan teknologi
• menjauhkan diri dari perkara-perkara negatif yang merosakkan seperti menjauhi dadah
• menceburi bidang kemahiran dan teknologi tinggi seperti ICT dan sebagainya.

9 Punca-punca keruntuhan akhlak remaja ialah:


• kurangnya penghayatan iman menyebabkan mereka tidak takut kepada azab Allah SWT
• kurangnya ilmu agama menyebabkan mereka jahil tentang hukum agama
• kurang perhatian daripada ibubapa memyebabkan mereka terbiar dan bebas melakukan apa
sahaja.
• pengaruh media massa dan persekitaran serta rakan sebaya yang negetif

10 Usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan / ukhuwah Islamiyah dikalangan


masyarakat.
• Sentiasa mengamalkan amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain
• Sentiasa memberi dan menjawab salam semasa bertemu dengan orang lain
• Sentiasa menunaikan solat secara berjemaah
• Sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain.

11 Kesan sekiranya orang mukmin memutuskan tali persaudaraan


• berlaku permusuhan, pergaduhan dan perpecahan dalam masyarakat.
• menggugat kestabilan negara kerana rakyat berpecah belah
• melemahkan kesatuan umat Islam dalam semua segi
• umat Islam mudah dijajah dan dipermainkan oleh bangsa asing kerana tidak bersatu

12 Huraian bagaimana pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai.


• Semua ahli keluarga mesti melakukan tanggungjawab masing-masing dengan baik
• Sentiasa mengamalkan sikap bersefahaman, bertolak ansur dan berkasih sayang dalam
keluarga
• Semua ahli keluarga mesti amanah dan jujur dalam semua urusan
• Semua ahli keluarga mesti sentiasa berkerjasama dalam melakukan kebajikan.
• Semua ahli keluarga sentiasa bersama membenteras kemungkaran dalam keluarga
• Semua ahli keluarga sentiasa menjadikan agama sebagai asas pembentukan keluarga

13 Anak-anak dikatakan satu amanah dan juga fitnah


• Anak-anak dikatakan satu amanah kerana ibu bapa wajib menyempurnakan pendidikan anak-
anak dengan sempurna supaya menjadi insan bertaqwa
• anak-anak dikatakan satu fitnah iaitu apabila ibu bapa lalai dan gagal mematuhi perintah Allah
SWT kerana mengutamakan anak-anak.

By Tokburong.wordpress.com 59
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

14 Alasan yang menyatakan hubungan kekeluargaan amat penting di dalam sistem sosial Islam:
• sistem sosial Islam melahirkan individu yang mampu menyumbang kearah pembentukan
masyarakat berkualiti
• Sistem sosial Islam melahirkan ahli masyarakat yang berakhlak mulia , penyayang dan amanah

15 Kewajipan seorang muslim ke atas keluarganya.


• memberi nafkah kepada keluarga dengan menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal,
pakaian dan makanan
• menjaga keselamatan ahli keluarga daripada perkara yang membahayakan
• memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu
kifayah.

16 Kewajipan seorang muslim terhadap masyarakat


• Sentiasa menziarahi ketika mereka sakit
• Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan
• Sentiasa memberi salam ketika bertemu
• Sentiasa tolong menolong dalam perkara kebajikan

17 Akibat buruk tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli keluarga


• Kehidupan ahli keluarga akan menderita, kucar kacir dan tiada kebahagiaan dalam keluarga
• Menyebabkan ahli keluarga mudah terlibat dengan perkara-perkara yang menyalahi hukum
syarak seperti sumbang mahram dan sebagainya
• Kehidupan keluarga tersebut tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
• Menyebabkan ahli keluarga tersebut jahil dalam ilmu agama

18 Cara mencapai sistem sosial Islam yang bersifat Rabbani


• mengenal dan menghayati sistem sosial Islam
• berusaha memperkukuh perpaduan antara satu sama lain
• berusaha mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan syariat

19 Implikasi pengabaian tanggungjawab sosial


• Perbalahan dan perpecahan keluarga akan berlaku.
• Keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat dan negara akan tergugat
• Sumber alam tidak dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat
• Gejala sosial akan berleluasa dalam masyarakat
• Penyelewengan tanggungjawab dan amanah akan berleluasa seperti rasuah, pecah amanah dan
sebagainya

20 Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan bukan Islam


sistem sosial Islam sistem bukan Islam
Bersifat Rabani iaitu ciptaan Allah SWT Ciptaan Manusia
Perhubungan sesama manusia diatas dasar Perhubungan di atas dasar warna kulit,
keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. bangsa, keturunan dan kemanusiaan
semata-mata
Mengamalkan akhlak mulia walau dimana saja kita Akhlak dan nilai-nilai moral tidak begitu dititik
berada beratkan dalam pergaulan

By Tokburong.wordpress.com 60
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

TINGKATAN 5
BAB 1 : EKONOMI ISLAM
UNIT 1 : HARTA AMANAH ALLAH

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan harta

2. Huraikan konsep harta menurut Islam.

3. Huraikan bentuk ujian Allah SWT terhadap manusia yang memiliki harta yang banyak

4. Terangkan alasan yang menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta
sebanyak mungkin.

5. Nyatakan sebab harta hanya merupakan amanah Allah SWT kepada manusia

6. Harta adalah milik sementara yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Jelaskan
konsep pemilikan harta menurut Islam

7. Jelaskan sebab Islam menyuruh umatnya mencari harta secara halal

8. Jelaskan kesan memperolehi harta secara halal kepada akhlak manusia

9. Huraikan cara menguruskan harta menurut Islam

10. Bincangkan kebaikan menguruskan harta secara Islam

11. Manusia bebas memiliki harta dan membelanjakannya. Huraikan cara membelanjakan harta agar
ianya diredai Allah SWT.

12. Apakah yang dimaksudkan dengan pembaziran harta

13. “.. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan”


( Maksud ayat : al-Israk ayat 27)
Mengapakah Islam melarang umatnya melakukan pembaziran.

14. Jelaskan kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.

15. Mengapakah umat Islam masih lagi melakukan pembaziran.

16. Bagaimanakah kita dapat mencegah perbuatan membazir

17. Terangkan maksud wasatiah dalam penggunaan harta

18. Mengapakah wasatiah dalam penggunaan harta dituntut dalam Islam.

19. Senaraikan contoh pengabaian tanggungjawab terhadap harta

By Tokburong.wordpress.com 61
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan

1 Maksud harta menurut Islam


• Harta merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia. Harta boleh dimiliki oleh setiap manusia
melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.

2 Konsep harta menurut Islam ialah:


• harta merupakan milik mutlak Allah SWT
• harta adalah amanah Allah SWT kepada manusia untuk digunakan dengan cara yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT
• harta menjadi ujian kepada manusia untuk menentukan tahap keimanan manusia
• Kewajipan mencari dan membelanjakan harta secara halal.
• Harta yang cukup syarat-syaratnya mestilah dikeluarkan zakat.

3 Bentuk ujian Allah SWT terhadap manusia yang memiliki harta


 Allah menguji mereka dengan ditimpa bencana seperti bencana alam , kebakaran dan lain-lain.
 Harta yang dimiliki menjadikan mereka sombong dan angkuh.
 Mereka membelanjakan harta secara batil dan kepada perkara yang tidak diredhai seperti berjudi
dan sebagainya
 Allah SWT memudahkan lagi jalan mendapatkan harta.
 kesibukan mencari harta hingga lupa tanggungjawab kepada Allah SWT seperti solat, zakat dan
sebagainya.

4 Alasan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta sebanyak mungkin.


 ibadat zakat dan haji yang diwajibkan oleh Islam memerlukan harta yang banyak untuk
dilaksanakan
 untuk membantu golongan yang miskin melalui sedekah, sesorang itu mestilah memiliki harta
terlebih dahulu.
 Islam mewajibkan ketua keluarga menyediakan kemudahan asas bagi diri dan keluarga sendiri.
 Islam melarang umatnya bergantung kepada orang lain.

5 Sebab harta hanya merupakan amanah Allah SWT kepada manusia


 Supaya manusia menguruskan sumber harta dengan sebaik-baiknya, seperti yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT
 Supaya manusia tidak terlalu sombong dengan harta yang dimilikinya
 Supaya manusia tidak menggunakan harta yang di miliki secara membazir dan sia-sia
 Supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari harta bagi kesenangan hidup
mereka di dunia dan akhirat.

6 Konsep pemilikan harta menurut Islam ialah:


 Proses mencari harta mestilah mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Islam.
 sebahagian dari harta yang cukup syarat-syaratnya mestilah dikeluarkan zakat.
 Proses pemilikan harta tidak boleh mengganggu kepentingan orang lain dan mencemarkan alam
sekitar
 Harta yang dimiliki mestilah digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat

By Tokburong.wordpress.com 62
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

7 Sebab Islam menyuruh umatnya mencari harta secara halal


 Untuk mengelakkan daripada penindasan dan penganiayaan kepada orang lain seperti
mendapatkan harta melalui riba, monopoli dan sebagainya
 Untuk mengelakkan permusuhan dan perbalahan semasa mendapatkan harta, contohnya melalui
manipulasi
 Untuk memajukan ekonomi negara dengan lebih teratur dan sesuai dengan kehendak Islam

8 Kesan memperolehi harta secara halal kepada akhlak manusia


 Hidup manusia akan menjadi tenang dan bahagia sepanjang masa.
 Hartanya akan diberkati oleh Allah SWT
 Akan di kasihi dan dihormati oleh anggota masyarakat kerana mencari harta secara halal
 Jiwa manusiaakan sentiasa tenang kerana tidak terlibat dengan perkara yang diharamkan Allah
SWT.

9 Cara menguruskan harta menurut Islam


 Menunaikan hak yang wajib terhadap harta seperti zakat dan menafkahkan harta kepada ibu
bapa dan keluarga
 Memanfaatkan harta untuk kepentingan orang ramai seperti membina kemudahan awam
 Membelanjakan harta dengan berhemat dan tidak membazir
 Melaksanakan tanggungjawab sosial yang dapat mewujudkan perpaduan di kalangan manusia
seperti sedekah, derma dan wakaf

10 Kebaikan menguruskan harta menurut Islam


 Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
 Dapat memupuk semangat persaudaraan sesama manusia
 Memperoleh harta dengan cara yang diredai oleh Allah SWT
 Mendapat keredaan Allah SWT

11 Cara membelanjakan harta agar ianya diredai Allah SWT.


 Infak kepada mereka yang berhak menerimanya melalui derma dan sedekah sedekah
 menggunakan harta untuk berjihad ke jalan Allah SWT seperti beramal jariah.
 membina kemudahan asas untuk kegunaan orang ramai seperti jalan raya
 mengeluarkan zakat dan menunaikan haji

12 Maksud pembaziran harta ialah


 penggunaan harta pada jalan yang tidak diredai oleh Allah SWT seperti kearah maksiat atau
membelanjakan kepada perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah kepada diri senfiri atau orang
lain.

13 Sebab Islam melarang umatnya membazir.


 Akan melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan nasib orang lain
 Akan menyebabkan seorang itu terpaksa menanggung beban hutang
 Akan menghilangkan perasaan belas kasihan, kasih sayang dan bertimbangrasa dalam
masyarakat
 Akan menjejaskan ekonomi negara kerana rakyatnya melakukan pembaziran
 Akan menyebabkan berlakunya inflasi dalam negara.

By Tokburong.wordpress.com 63
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

14 Kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.


 ekonomi negara akan menjadi tidak stabil
 berlaku inflasi dalam negara kerana nilai matawang jatuh dan harga barang meningkat naik.
 tabungan negara berkurangan kerana banyak dihabiskan kepada perkara yang tidak berfaedah
 Membantutkan pembangunan negara

15 Umat Islam masih lagi melakukan pembaziran kerana.


 kurang didikan agama
 mementingkan diri sendiri serta sering mengikut hawa nafsu
 jahil tentang cara hidup Islam yang menekankan kesederhanaan
 mementingkan kemewahan dunia.

16 Amalan membazir dapat dicegah dengan cara.


 merancang perbelanjaan secara bersistematik
 membeli barangan mengikut keperluan
 bijak mengenalpasti mutu barangan.
 kempen kesedaran tentang keburukan pembaziran.

17 Maksud wasatiah dalam penggunaan harta


 bijak menggunakan harta ke arah kebajikan
 Berbelanja dengan berhemah serta tidak bakhil dan tidak boros.
 Menggunakan harta secara seimbang untuk kebaikan dunia dan akhirat

18 Sebab wasatiah dalam penggunaan harta dituntut dalam Islam.


 Akan melahirkan sifat jimat cermat dalam masyarakat
 Akan menambahkan keberkatan dalam harta
 Akan meningkatkan taraf ekonomi diri dan negara
 Akan menjauhkan sifat tamak dan riak dalam diri seseorang
 Akan mengimbangi keperluan kehidupan dunia dan akhirat.

19 Contoh pengabaian tanggungjawab terhadap harta


 Mendapatkan harta dengan cara yang haram contohnya menipu, manipulasi dalam perniagaan,
monopoli, pecah amanah dan sebagainya
 Membelanjakan harta dengan cara yang dilarang seperti berjudi, boros, kedekut dan sebagaiya

UNIT 2 : MEMPEROLEH DAN MEMBELANJAKAN HARTA

Soalan
1. Mengapakah Allah SWT membenarkan manusia memiliki harta.

2. Jelaskan sumber harta yang halal dan haram

3. Nyatakan contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Islam.

4. Nyatakan langkah dalam memperolehi harta secara halal

5. Huraikan tanggungjawab manusia terhadap harta

By Tokburong.wordpress.com 64
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

6. Apakah hikmah Islam menuntut supaya dibelanjakan harta yang dimiliki

7. Nyatakan kepentingan harta kepada pembangunan negara

8. Islam memerintahkan umatnya mencari harta untuk memenuhi keperluan hidup disamping
menjadikannya sebagai ibadat. Jelaskan tiga syarat mencari harta supaya diterima menjadi ibadat.
9. Pemilik harta yang enggan membayar zakat adalah menyalahi peraturan hak milik harta dalam
Islam. Mengapakah terdapat segolongan umat Islam masih enggan membayar zakat.

10. Harta merupakan kurniaan Allah SWT kepada manusia, oleh itu manusia hendaklah bersyukur
kepadaNya.Jelaskan tiga cara yang patut dilakukan ke atas harta sebagai tanda kesyukuran

11. Apakah kesan buruk jika manusia diberi kebebasan sepenuhnya memiliki harta.

12. Bagaimanakah harta boleh membawa kebahagian dunia dan akhirat.

13. Nyatakan implikasi atau kesan buruk hidup tanpa harta

14. Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli

15. Jelaskan kesan monopoli.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan manipulasi

17. Jelaskan keburukan manipulasi.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan spekulasi

19. Nyatakan sebab Islam mengharamkan perbuatan spekulasi

20. Apakah yang dimaksudkan pecah amanah.

21. Jelaskan implikasi pecah amanah.

22. Jelaskan contoh pecah amanah dan kesan perbuatan pecah amanah.

23. Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah.

24. Mengapakah segolongan umat Islam masih mengamalkan rasuah.

25. Jelaskan kesan amalan rasuah

26. Apakah yang dimaksudkan dengan riba.

27. Jelaskan implikasi amalan riba.

28. Bagaimanakah amalan riba boleh dihindarkan.

29. Sebahagian umat Islam masih mengamalkan riba. Mengapakah amalan tersebut masih berlaku

By Tokburong.wordpress.com 65
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan
1. Sebab Allah SWT membenarkan manusia memiliki harta.
 Dengan memiliki harta manusia dapat menunaikan zakat dan haji
 Dengan memiliki harta manusia dapat dapat membantu golongan yang miskin
 Dengan memiliki harta manusia dapat dapat menyediakan kemudahan asas diri dan keluarga.
 Dengan memiliki harta manusia dapat memenuhi fitrah semulajadi mereka yang inginkan kepada
harta
 Pemilikan harta akan mendorong manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
harta
 Harta dapat membantu manusia mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

2. Suber harta yang halal dan haram


Sumber harta yang halal
 Harta yang diperoleh melalui perniagaan yang dibenarkan oleh syarak dan undang-undang
negara dan tidak mengandungi unsur-unsur penipuan, perjudian, penganiayaan dan rasuah.
 Harta yang diperolehi daripada hasil pertanian, penternakan, dan perikanan yang dihalalkan
 Harta yang diperolehi melalui hasil pertukangan dan seni yang tidak bercanggah dengan ajaran
Islam.
 Harta yang diperolehi melalui pekerjaan yang halal samada dalam sektor swasta atau kerajaan,
seperti menjadi doktor, guru, peguam, buruh kasar dan sebagainya.
 Harta yang diperolehi melalui perkhidmatan yang diakui oleh syarak seperti perkhidmatan
kaunseling, runding cara dan sebagainya.

Sumber harta yang haram


 Harta yang diperoleh melalui perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penipuan, perjudian,
penganiayaan dan rasuah, monopoli dan sebagainya
 Harta yang diperolehi secara zalim dan kekerasan, seperti merompak, mencuri, meragut dan
sebagainya
 Harta yang diperolehi melalui penindasan keatas orang lain, seperti melalui riba, pecah amanah
dan sebagainya.
 Harta yang diperolehi melalui hasil barangan atau perkhidmatan yang haram, seperti menjual
arak, dadah, khinzir, menjual patung dan sebagainya
 Harta yang diperolehi melalui perkhidmatan yang tidak diakui oleh syarak seperti menilik nasib,
bekerja ditempat-tempat hiburan yang melalaikan seperti disko dan pengurusan riba seperti ceti
haram dan sebagainya.

3. Contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Islam.


 Monopoli
 riba
 manipulasi
 mencuri
 rasuah
 salah guna kuasa

4. Langkah memperolehi harta secara halal


 Melakukan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT
 Menceburi bidang pekerjaan yang halal
 Mengamalkan akhlak yang mulia semasa melakukan pekerjaan seperti jujur
 Menjaga ibadat semasa melakukan pekerjaan dengan menjaga batasan aurat.

By Tokburong.wordpress.com 66
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

5. Tanggungjawab manusia terhadap harta


 Membelanjakan harta kejalan yang halal seperti bersedekah
 Mengeluarkan zakat harta apabila cukup syarat-syaratnya
 Membelanjakan harta dengan berhemat dan tidak membazir
 Melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan harta seperti mengeluarkan zakat
 Menafkahkan harta kepada ibu bapa dan keluarga

6. Hikmah Islam menyuruh umatnya membelanjakan harta


 Dapat memenuhi keperluan peribadi dan keluarga
 Dapat membangun dan memajukan ekonomi negara
 Supaya harta tidak berlegar di kalangan orang kaya sahaja
 Supaya dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan manusia

7. Kepentingan harta kepada pembangunan negara


 Harta dapat digunakan untuk memajukan sektor ekonomi
 Harta dapat dijadikan modal untuk memulakan perniagaan
 Harta dapat meningkatkan taraf pendidikan rakyat dengan membina pusat kemahiran dan pusat
pengajian tinggi

8. Syarat mencari harta sebagai ibadat


 Harta yang dimikili daripada sumber yang halal dan dibenarkan oleh syarak
 Harta yang dimiliki dengan cara yang halal dan menepati kehendak syarak
 Mencari harta dengan niat kerana Allah SWT
 Menunaikan ibadat fardu semasa mencari harta seperti mendirikan solat
 Pengurusan harta mesti dilakukan secara halal

9. Terdapat segolongan umat Islam masih enggan membayar zakat kerana.


 Mereka bersifat tamak dan bakhil dalam diri
 kurangnya didikan agama menyebabkan mereka tidak mengetahui hukum mengeluarkan zakat
 bimbang hartanya berkurangan dengan mengeluarkan zakat
 iman kurang mantap hingga tidak takut dengan azab Allah SWT
 kurang kesedaran atau pendedahan tentang cara mengeluarkan zakat.

10. Cara yang patut dilakukan ke atas harta sebagai tanda kesyukuran
 membelanjakan harta secara berhemah tanpa boros
 membantu golongan yang miskin yang memerlukan pertolongan dengan menderma
 menggunakan harta untuk faedah orang ramai seperti membina masjid
 melaksanakan kewajipan yang berkaitan dengan harta yang dimiliki contohnya mengeluarkan
zakat

11. Kesan buruk jika manusia diberi kebebasan sepenuhnya memiliki harta.
 Mereka akan lalai tanggungjawab kepada Allah SWT.
 bersikap sombong dan bakhil
 menjejaskan kepentingan orang lain

12. Harta boleh membawa kebahagian dunia dan akhirat dengan cara.
 memanfaatkan harta ke jalan yang diredai Allah SWT seperti bersedekah
 melaksanakan ibadah wajib dengan harta seperti mengeluarkan zakat atau menunaikan ibadat
haji
 menggunakan harta untuk kebajikan seperti menderma dan bersedekah

By Tokburong.wordpress.com 67
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

13. Kesan buruk hidup tanpa harta


 hidup menjadi tidak tenteram kerana hidup dalam kemiskinan
 ibadat idak dapat dilaksanakan dengan sempurna
 keperluan asas kehidupan tidak dapat disediakan
 sentiasa hidup dalam kemunduran dan ketinggalan
 umat Islam dipandang rendah dan di hina oleh orang lain

14. Maksud monopoli ialah


 Pengguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dan
sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau firma tertentu.
 Meyorok barang keperluan untuk dijual dengan harga yang mahal apabila sangat diperlukan

15. Kesan monopoli ialah.


 berlakunya penindasan, pergaduhan dan persengketaan dalam masyarakat.
 berlakunya penipuan dalam urusan jual beli
 menjejaskan kepentingan pengguna
 mengikis sifat amanah dalam muamalah.
 Melahirkan sifat tamak dan mementingkan diri dalam diri peniaga.

16. Maksud manipulasi


• Mengggunakan kemahiran untuk memperolehi keuntungan peribadi secara tidak sah, contohnya
menggurangkan timbangan dalam urusan jual beli.

17. Keburukan manipulasi.


 berlakunya penindasan, pergaduhan dan persengketaan dalam masyarakat.
 berlakunya penipuan dalam urusan jual beli
 menjejaskan kepentingan pengguna
 mengikis sifat amanah dalam muamalah.
 Melahirkan sifat tamak dan mementingkan diri

18. Maksud spekulasi


 Proses serta aktiviti yang keterlaluan mendorong individu membeli dan menjual sesuatu dengan
harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko tinggi.

19. Sebab Islam mengharamkan perbuatan spekulasi


 mengharapkan keuntungan cepat tanpa berusaha dan hanya bergantung kepada nasib semata-
mata
 terdedah kepada risiko kerugian yang besar.
 merosakkan sistem muamalat Islam

20. Maksud pecah amanah.


 Menyalahgunakan kuasa atau menggunakan pengaruh atau kedudukan bagi memperolehi
kepentingan peribadi secara tidak sah

21. Implikasi pecah amanah.


 hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap seseorang.
 mewujudkan sifat pentingkan diri sendiri
 berlaku permusuhan dan pergaduhan dalam masyarakat
 berlaku kezaliman dan penindasan dalam masyarakat

By Tokburong.wordpress.com 68
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

22. Contoh pecah amanah dan kesan daripada perbuatan tersebut.


Contoh pecah amanah Kesan
 menggelapkan wang syarikat syarikat akan mengalami kerugiaan
 memberi maklumat rahsia kepada musuh melemahkan pertahanan negara
mengancam keselamatan negara
 menyalahgunakan kuasa menzalimi pihak yang lemah.
 mengambil rasuah berlaku kezaliman / merosakan institusi
negara

23. Maksud rasuah.


 memberi atau menerima sesuatu yang berharga seperti wang, harta atau khidmat daripada
seseorang dengan cara yang tidak jujur bertujuan mendapatkan sesuatu.

24. Sebab segolongan umat Islam masih mengamalkan rasuah.


 Lemah iman
 kurang pendidikan agama
 kedudukan ekonominya tidak stabil
 tekanan daripada pihak tertentu atau desakan hidup
 tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap pelaku rasuah

25. Kesan amalan rasuah


 berlakunya penindasan dan kezaliman dimana keadilan tidak dapat ditegakkan dalam
masyarakat
 melahirkan sifat mementingkan diri sendiri.
 sesebuah negara akan menjadi mundur serta matlamat negara tidak akan tercapai

26. Maksud riba ialah.


 pinjaman yang melibatkan tambahan akibat lambat membayar balik hutang tersebut.
 pertukaran barangan sejenis atau tambahan bayaran akibat lebihan masa atau penangguhan
bayaran.

27. Implikasi amalan riba.


 berlakunya penindasan terhadap golongan yang lemah
 melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri serta mementingkan kemewahan dalam hidup
 dilaknati oleh Allah SWT kerana melakukan larangan Allah SWT
 melebarkan jurang perbezaan golongan kaya dengan golongan miskin dalam masyarakat.

28. Cara menghindarkan amalan riba.


 berurusan dengan institusi kewangan yang berasaskan muamalat Islam seperti bank Islam
 membeli barangan secara tunai.
 berbelanja mengikut kemampuan kewangan
 mengamalkan sifat jimat cermat dalam perbelanjaan.
 memberi penerangan yang jelas tentang keburukan riba kepada masyarakat melalui ceramah
atau risalah.

29. Sebab umat Islam masih mengamalkan riba.


 lemah iman
 kurang didikan agama atau salah faham dalam konsep Islam
 tamak haloba dan inginkan keuntungan dengan cepat dan mudah.
 Pengaruh persekitaran dan hawa nafsu yang inginkan hidup mewah.

By Tokburong.wordpress.com 69
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 2 ISLAM DAN HAK MILIK


UNIT 1 : ISLAM MENGIKTIRAF HAK MILIK

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan hak milik

2. Hak milik dalam Islam terbahagi kepada hak milik peribadi, hak milik umum dan hak milik negara.
Huraikan

3. Apakah kepentingan hak milik harta menurut Islam

4. Buktikan Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak harta

5. Huraikan konsep kebebasan dalam pemilikan harta

6. Jelaskan cara pemilikan harta oleh individu menurut Islam

7. Huraikan sebab manusia diberikan kebebasan untuk memiliki harta

8. Jelaskan peranan harta dalam kehidupan manusia

9. Senaraikan amalan-amalan yang dianggap melanggar batasan hak milik dalam Islam

10. Mengapakan Islam membataskan hak milik dalam pemilikan harta

11. Berikan bukti bahawa harta adalah hak milik sementara yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada
manusia

12. Huraikan kesan jika manusia tidak diberikan kebebasan dalam pemilikan harta

Jawapan
1. Maksud hak milik dalam Islam
 Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya untuk di miliki dan
dimanfaatkan seperti, rumah, tanah, wang ringgit dan sebagainya.

2. Huraian hak milik dalam Islam terbahagi kepada hak milik peribadi, hak milik umum dan hak
milik negara.
Hak Milik Peribadi
 Iaitu hak milik khusus bagi seseorang individu seperti rumah, kereta dan sebagainya

Hak Milik Umum


 Iaitu hak milik yang dikhususkan untuk kepentingan awam seperti jalan raya, sungai, dan
sebagainya

By Tokburong.wordpress.com 70
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Hak Milik Negara


 Iaitu harta yang menjadi hak milik semua warganegara secara bersama seperti sekolah, pejabat
kerajaan hospital dan sebagainya

3. Kepentingan hak milik harta menurut Islam


 Supaya mendorong manusia berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk mendapatkan harta
 Untuk mengetahui kemampuan dan penguasaan seseorang terhadap harta yang dicarinya
 Manusia dapat menguruskan harta yang di miliki mengikut kehendak mereka sendiri tanpa perlu
meminta izin daripada sesiapa.

4. Bukti Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak harta


 Melakukan ibadat haji dan zakat dengan mudah
 Membantu golongan fakir miskin dan orang yang memerlukan bantuan dengan mudah
 Menyediakan keperluan asas kepada diri dan keluarga
 Mengurangkan kadar kemiskinan umat Islam
 Meningkatkan taraf hidup umat Islam

5. Konsep kebebasan dalam pemilikan harta


 Harta yang di miliki mestilah diperolehi dengan cara yang tidak bertentangan dengan kepentingan
awam seperti merompak, mencuri rasuah dan sebagainya
 Harta yang di miliki mestilah di perolehi dengan cara yang halal dan di akui oleh syarak samada
dengan bekerja sendiri atau makan gaji
 Harta yang menjadi milik awam tidak boleh dijadikan milik peribadi seperti sungai, pantai, udara
dan sebagainya.

6. Cara pemilikan harta oleh individu menurut Islam


 Melalui pekerjaan yang halal
 Melalui pewarisan
 Melalui pemberian daripada kerajaan kepada rakyat
 Melalui harta yang dipindahkan secara percuma seperti melalui, wasiat, hibah, hadiah dan mas
kahwin

7. Sebab manusia diberikan kebebasan untuk memiliki harta


 Keinginan kepada harta merupakan fitrah semulajadi manusia
 Harta merupakan perantaraan kepada manusia untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan
 Harata dapat memberi ketenangan dan keselesaan hidup di dunia
 Harata merupakan galakan untuk manusia bekerja dengan bersungguh-sungguh

8. Peranan harta dalam kehidupan manusia


 Harta sebagai alat untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Contohnya dengan
mengeluarakan sedekah atau derma akan mengeratkan hubungan antara golongan miskin
dengan kaya
 Harta sebagai alat untuk beribadat kepada Allah SWT seperti menunaikan ibadat Haji, Zakat dan
sedekah
 Harta sebagai alat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan memenuhi segala keperluan
hidup dengan sempurna
 Harta sebagai alat untuk menambahkan ilmu pengetahuan

By Tokburong.wordpress.com 71
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

9. Amalan-amalan yang dianggap melanggar batasan hak milik dalam Islam


 Menggunakan harta dengan cara yang melanggar peraturan syarak seperti membazir
 Mengawal pengeluaran dan pemasaran sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti monopoli
 Mendapatkan keuntungan dengan cara menipu sukatan atau timbangan seperti melakukan
manipulasi dalam perniagaan
 Menceroboh harta atau sesuatu yang menjadi milik orang lain seperti mencuri atau merompak

10. Sebab Islam membataskan hak milik dalam pemilikan harta


 Untuk mengelakkan manusia daripada berasa sombong dan terlalu mencintai harta
 Menyedarkan manusia bahawa di dalam harta mereka, terdapat hak orang lain yang mesti
dikeluarkan, seperti hak orang miskin, anak yatim dan kaum keluarga
 Untuk menjadikan manusia sentiasa bersyukur dan tidak terlalu kecewa jika harta mereka
diperlukan unutk kepentingan awam seperti pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya.

11. Bukti bahawa harta adalah hak milik sementara yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada
manusia
 Harta adalah sumber ciptaan Allah SWT
 Harta merupakan ujian daripada Alllah s.w.t kepada manusia
 Pengurusan harta secara adil dan mengikut hukum Allah SWT adalah merupakan satu ibadat
 Mencari dan membelanjakan harta mestilah mengikut peraturan Islam

12. Kesan jika manusia tidak diberikan kebebasan dalam pemilikan harta
 Manusia menjadi malas untuk berusaha kerana merasakan hartanya akan dirampas oleh pihak
lain
 Manusia tidak bebas untuk mengguna dan memanfaatkan harta yang dimilikinya
 Harta yang di miliki tidak akan dapat di warisi oleh pewaris mereka

PELAJARAN 2 ISLAM DAN HAK MILIK


UNIT 2 : LARANGAN MENCEROBOHI HARTA
Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pencerobohan harta

2. Jelaskan bentuk pencerobohan harta

3. Mengapakah Islam melarang perbuatan pencerobohan harta

4. Terangkan punca pencerobohan harta

5. Jelaskan langkah bagi membendung pencerobohan harta

6. Bincangkan kesan Islam melarang perbuatan pencerobohan harta

7. Apakah maksud mencuri

8. Mengapakah Islam melarang perbuatan mencuri

9. Berikan pengertian pecah amanah

By Tokburong.wordpress.com 72
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

10. Mengapakah Islam melarang perbuatan pecah amanah

11. Apakah yang dimaksudkan dengan merosakkan harta

12. Nyatakan contoh pencerobohan harta

Jawapan
1. Maksud pencerobohan harta

• Mencerobohi harta - bermaksud mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi
syarak. Contohnya mencuri, rasuah, merompak. menipu dan sebagainya

2. Bentuk pencerobohan harta


 Mendapatkan harta dengan cara yang zalim dan tidak sah. Contohnya mencuri, menipu dan
merompak
 Mengabaikan hak-hak yang wajib keatas harta seperti tidak mengeluarkan zakat
 Mendapatkan harta dengan cara pecah amanah. Contohnya penyalahgunaan kuasa, memberi
dan menerima rasuah

3. Sebab Islam melarang perbuatan pencerobohan harta


 Akan melahirkan individu yang malas bekerja
 Akan berlakunya perbuatan zalim keatas orang yang tidak bersalah
 Terhapusnya sikap tolong menolong dan ukhuwah
 Akan tercetusnya huru hara dalam masyarakat

4. Punca pencerobohan harta


 Terpengaruh dengan kemewahan dunia
 Mengenepikan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian
 Wujudnya perasaan tamak dan ingin cepat kaya tanpa melakukan usaha yang lebih

5. Langkah bagi membendung pencerobohan harta


 Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada masyarakat
 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan pencerobohan harta
 Menguatkuasakan undang-undang pencerobohan harta
 Mengenakan hukuman yang berat keatas kesalahan pencerobohan harta
 Memberi penerangan yang berterusan akan keburukan pencerobohan harta kepada
masyarakat

6. Kesan Islam melarang perbuatan pencerobohan harta


 Masyarakat hidup dalam keadaan aman
 Perpaduan dan hubungan antara masyarakat lebih erat dan bersatu padu
 Masyarakat bebas untuk mencari harta tanpa rasa takut
 Kehidupan orang miskin dan kurang bernasib baik akan terbela

7. Maksud mencuri
 Mencuri ialah mengambil/ merampas harta orang lain tanpa kebenaran daripada pemiliknya
yang sah

By Tokburong.wordpress.com 73
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

8. Sebab Islam melarang perbuatan mencuri


 Satu bentuk pencerobohan harta benda orang lain
 Boleh menimbulkan pergaduhan dan perbalahan dalam masyarakat
 Melahirkan masyarakat yang malas bekerja
 Masyarakat hidup dalam ketakutan

9. Pengertian pecah amanah


 Perbuatan yang mensia-sia atau melanggar amanah yang telah diberikan

10. Sebab Islam melarang perbuatan pecah amanah


 Hilangnya kepercayaan dan keyakinan kepada pelaku perbuatan tersebut
 Wujudnya sifat pentingkan diri sendiri
 Berlakunya permusuhan dan persengketaan dalam masyarakat
 Berlakunya penindasan dan kezaliman

11. Maksud dengan merosakkan harta


 Merosakkan harta bermaksud membelanjakan harta kepada perkara-perkara yang tidak
memberikan manfaat kepada pemiliknya atau orang lain. Contohnya membazir, boros dan
kedekut

12. Contoh pencerobohan harta


 Membelanjakan harta secara tidak berhemat seperti membazir
 Merosakkan kemudahan awam seperti perhentian bas, telefon awam sekolah, tandas awam
dan sebagainya
 Kedekut untuk membelanjakan harta kepada perkara kebaikan
 Membelanjakan harta kepada perkara maksiat seperti minum arak, membeli dadah dan berjudi
 Membekukan wang yang dimiliki seperti menyimpan wang di rumah tanpa dilaburkan untuk
mengiatkan ekonomi

PELAJARAN 3 ISLAM DAN PEKERJAAN


UNIT 1 : GALAKKAN BEKERJA
Soalan
1. Berikan pengertian pekerjaan menurut Islam

2. Mengapakah Islam menyuruh umatnya supaya bekerja

3. Apakah kelebihan bekerja menurut Islam


4. Nyatakan ciri-ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam

5. Jelaskan ciri-ciri pekerjaan yang halal dan yang haram

6. Islam telah menetapkan garis panduan dalam mencari dan mentadbir harta nyatakan contoh
pekerjaan yang dibenarkan oleh Islam

7. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia menjadi ibadah apabila mencukupi syarat-syarat
tertentu. Terangkan syarat-syarat tersebut.

By Tokburong.wordpress.com 74
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

8. Huraikan matlamat bekerja menurut Islam

9. Apakah hikmah pekerjaan yang halal menurut Islam.

10. Bekerja sendiri dan makan gaji mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Huraikan
pernyataan di atas.

11. Jelaskan perbezaan antara kerja sendiri dengan kerja makan gaji

12. Mengapakah kebanyakan orang suka bekerja makan gaji

13. Huraikan kepentingan bekerja kepada pembangunan negara

14. Jelaskan cara menghasilkan budaya kerja cemerlang menurut Islam

15. Jelaskan langkah untuk mengatasi pengganguran

16. Nyatakan kesan pengganguran kepada diri seseorang

17. Terangkan langkah untuk mengalakkan anak muda menceburi bidang perniagaan

Jawapan
1. Pengertian pekerjaan menurut Islam
 Pekerjaan menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang atau harta
dengan cara yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

2. Sebab Islam menyuruh umatnya supaya bekerja


 Bekerja merupakan tanggungjawab setiap individu bagi memenuhi keperluan peribadi seperti
menyara diri sendiri, keluarga dan tuntutan sosial seperti membangunkan ekonomi negara
 Bekerja merupakan ibadat dalam Islam kerana, orang yang bekerja dikira telah menunaikan
satu keperluan fardu ain, iaitu menyara kaum keluarga
 Bekerja akan memudahkan umat Islam menunaikan ibadat kepada Allah Allah SWT melalui
harta, seperti zakat, bersedekah dan menderma.
 Orang yang bekerja dipandang mulia dan disukai oleh Allah SWT dan RasulNya. sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Bahawa Allah SWT sangat mencintai orang
mukmin yang suka bekerja keras dalam usaha mencari mata pencarian. “ Hadis riwayat
Tabrani dan Baihaki.

3. Kelebihan bekerja menurut Islam


 Bekerja akan dapat memajukan diri seseorang dan keluarganya, melalui bekerja seseorang itu
akan mendapat hasil yang dapat di gunakan untuk memajukan dirinya.
 Melalui bekerja seseorang itu dapat hidup hasil daripada titik peluh sendiri tanpa perlu lagi
meminta bantuan dan belas ehsan daripada orang lain.
 Bekerja membolehkan seseorang itu mendapatkan wang bagi mencukupkan segala keperluan
hidupnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

By Tokburong.wordpress.com 75
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Ciri-ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam


 Pekerjaan yang halal dan tidak melanggar peraturan syarak seperti perniagaan yang halal.
 Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak mencemarkan alam sekitar
seperti bertani.
 Pekerjaan yang tidak membahayakan diri sendiri dan orang ramai seperti menternak
 Pekerjaan yang tidak melalaikan diri daripada beribadat kepada Allah SWT

5. Ciri-ciri pekerjaan yang halal dan yang haram


Pekerjaan yang halal
 Pekerjaan yang halal disegi syarak dan undang-undang negara seperti berniaga
 Pekerjaan yang tidak menggangu kepentingan orang lain seperti bertani
 Pekerjaan yang tidak mencemarkan alam sekitar menjadi guru
 Pekerjaan yang tidak mengandungi unsur riba, judi, penipuan dan rasuah

Pekerjaan yang haram


 Pekerjaan yang haram disisi syarak dan undang-undang negara seperti menyeludup
 Pekerjaan yang menggangu kepentingan orang lain seperti mencuri
 Pekerjaan yang merosakkan alam sekitar seperti kilang yang melepaskan asapa secara
berlebihan
 Pekerjaan yang mengandungi unsur riba, judi, rasuah dan penipuan seperti berjudi

6. Contoh pekerjaan yang dibenarkan oleh Islam.


 bekerja sendiri : seperti bertani, berniaga dan lain-lain
 makan gaji atau mengambil upah : guru, doktor buruh dan lain-lain.

7. Syarat-syarat sesuatu pekerjaan menjadi ibadah ialah.


 Bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT
 Bekerja dengan tidak meninggalkan ibadah fardu
 Pekerjaan yang tidak menjejaskan kepentingan orang lain
 perkerjaan tersebut hendaklah diharuskan oleh syarak

8. Matlamat bekerja menurut Islam


 Bekerja dengan niat untuk mencari rezeki yang halal
 Bekerja untuk menyara diri dan keluarga
 supaya dapat mengerjakan ibadat wajib dan beramal jariah melalui pekerjaan
 untuk membangunkan ekonomi keluarga dan umat.
 Bekerja untuk mencari keredaan Allah SWT

9. Hikmah pekerjaan yang halal.


 Akan mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT
 mendapat ketenangan dalam hidup
 mendapat kesejahteraan dan keselamatan diri dan keluarga
 terjamin kejayaan yang berkekalan.
 Mendapat rezeki yang halal

By Tokburong.wordpress.com 76
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

10. Kelebihan dan kekurangan bekerja sendiri dan makan gaji :


Kelebihan makan gagaji dan bekerja sendiri

Kelebihan Makan gaji Kelebihan bekerja sendiri


 dapat merancang waktu cuti.  bebas membuat keputusan sendiri
 Tanggungjawab terhadap kualiti dan  mendapat kepuasan yang maksima
produktiviti dipikul oleh majikan  boleh meningkatkan produktivti dan
 pendapatan tetap pendapatan
 Mendapat kemudahan seperti perubatan dan  tidak terikat dengan waktu dan tempat.
tempat tinggal

Kekurangan makan gaji dan bekerja sendiri

Kekurangan makan gaji Kekurangan bekerja sendiri


 terikat dengan masa yang tertentu  risiko ditanggung sendiri
 tidak bebas membuat keputusan sendiri  pendapatan tidak menentu
 pendapatan terbatas/ tetap  kualiti dan produktiviti dipikul secara
 terikat dengan peraturan kerja bersendirian.
 Waktu rehat / cutu tidak menentu

14 Perbezaan antara kerja sendiri dengan makan gaji

Kerja sendiri Makan gaji


 Produktiviti atas tanggungan sendiri  Produktiviti dipikul secara bersama.
 Risiko untung rugi ditanggung sendiri  Risiko untung rugi ditanggung bersama
 Bebas membuat keputusan sendiri  Keputusan berdasarkan arahan daripada
pihak majikan
 Tidak terikat dengan waktu dan tempat  Terikat dengan waktu
 Mendapat kepuasan yang maksimum  Kepuasan bekerja terhad
 Pendapatannya tidak tetap  Pendapatannya tetap

15 Sebab Kebanyakan orang suka makan gaji


 Makan gaji tidak mempunyai risiko yang tinggi
 Tiada ilmu dan kemahiran untuk bekerja sendiri
 Banyak kemudahan dan kebajikan disediakan oleh majikan
 Kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri

16 Kepentingan bekerja kepada pembangunan negara


 Dapat menghasilkan produktiviti yang bermutu.
 Dapat menyumbangkan kepada perkembangan ekonomi negara.
 Dapat mengurangkan kadar kemiskinan negara
 Dapat menyediakan peluang pekerjaan

18 Langkah untuk mengatasi pengangguran


 Menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai bidang.
 Memberi kursus kemahiran kepada para penganggur
 Memberi kesedaran kepada pengganggur tentang keburukan hidup tanpa pekerjaan

By Tokburong.wordpress.com 77
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

19 Kesan buruk pengangguran


 kadar jenayah seperti perbuatan mencuri meningkat dalam masyarakat
 merebaknya gejala sosial seperti melepak
 dibenci oleh masyarakat kerana tiada pekerjaan
 negara menjadi mundur kerana tiada sumber pendapatan
 kadar kemiskinan akan meningkat

20 Langkah-langkah menggalakkan belia Islam menceburkan diri dalan bidang perniagaan


 menyediakan kemudahan pinjaman kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan
 memberi kursus-kursus kemahiran perniagaan kepada belia yang berminat
 memberi nasihat, motivasi dan galakan kepada belia yang ingin menceburi bidang perniagaan

PELAJARAN 3 ISLAM DAN PEKERJAAN


UNIT 2 : BEKERJA KERANA ALLAH

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bekerja kerana Allah SWT

2. Mengapakah bekerja dikatakan sebagai pelaksanaan amanah Allah SWT

3. Jelaskan cara melaksanakan amanah Allah SWT melalui pekerjaan

4. Jelaskan etika kerja menurut Islam.

5. Apakah ciri-ciri budaya kerja menurut Islam

6. Islam sangat mengutamakan etika dalam segala urusan.Terangkan etika perniagaan menurut
Islam.

7. Jelaskan cara melahirkan budaya kerja cemerlang menurut Islam

Jawapan
1. Maksud bekerja kerana Allah SWT
 Bekerja kerana Allah SWT ialah mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri di dalam
kegiatan tertentu secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah SWT

2. Bekerja dikatakan sebagai pelaksanaan amanah Allah SWT kerana


 Dengan bekerja dalam bidang penyelidikan manusia dapat memakmurkan alam ini dengan
pelbagai penemuan dan peralatan baru untuk keselesaan hidup manusia.
 Dengan bekerja dalam bidang arkitek dan teknologi bangunan manusia dapat membina
bangunan yang selesa didiami.
 Dengan bekerja dalam bidang pertanian manusia dapat memajukan tanah serta dapat
memelihara dan memulihara alam ini supaya menjadi tempat yang selesa untuk didiami

By Tokburong.wordpress.com 78
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

3. Cara melaksanakan amanah Allah SWT melalui pekerjaan


 Manusia boleh melakukan pelbagai pekerjaan mengikut pengalaman dan kepakaran mereka
bagi memaju dan memakmurkan alam ini seperti berniaga, bertani dan menternak.
 Manusia boleh melakukan pelbagai penyelidikan dan penemuan sains dan teknologi bagi
melaksanakan amanah Allah SWT seperti bidang perubatan, astronomi dan pertanian.
 Manusia boleh bekerja dalam bidang pembuatan untuk mencipta peralatan baru untuk
kemudahan hidup manusia, seperti dalam industri perkilangan dan pembuatan.

4. Etika kerja menurut Islam ialah:


 berkerja ikhlas kerana Allah SWT
 amanah dalam melaksanakan pekerjaan
 cekap dan tekun
 toleransi semasa berurusan / bermesyuarat

5. Ciri-ciri budaya kerja Islam


 bekerja kerana Allah SWT
 mempunyai perancangan yang lengkap dalam bekerja
 mempunyai strategi yang betul dalam bekerja
 memaksimakan produktiviti dan kualiti.
 berdisplin dan menepati masa semasa bekerja
 patuh kepada arahan organisasi.
 bersih , cekap dan amanah dalam melakukan pekerjaan

6. Etika perniagaan menurut Islam.


 Bersih daripada unsur-unsur monopoli dan manipulasi
 sukatan dan timbangan dilakukan dengan betul dan tepat.
 menetapkan harga jualan yang berpatutan.
 Bersih daripada unsur riba dan judi
 barang yang diperniagakan hendaklah suci dan halal
 keredhaan bersama antara penjual dan pembeli dalam urusan perniagaan
 barangan yang diperniagakan mestilah berkualiti.
7. Budaya kerja cemerlang menurut Islam
 berusaha bersungguh-sungguh / tekun
 ikhlas kerana Allah SWT
 istiqamah dalam sesuatu pekerjaan
 sentiasa bertawakal kepada Allah SWT
 memaksimumkan produktiviti yang berkualiti
 mementingkan kualiti

PELAJARAN 4 FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM


UNIT 1 : PENGERTIAN DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM

Soalan
1. Apakah maksud muamalah

2. Muamalah Islam dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Jelaskan etika

By Tokburong.wordpress.com 79
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

muamalah Islam.

3. Nyatakan ciri-ciri Muamalah Islam

4. Huraikan keistimewaan bermuamalah secara Islam

5. Senaraikan syarat sah bermuamalah

6. Huraikan syarat sah jual beli menurut Islam

7. Senaraikan bentuk muamalah yang tidak sah menurut Islam

8. Jelaskan faedah-faedah muamalah Islam.

9. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep taawun dalam muamalah Islam

10. Bagaimanakah cara mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam

11. Berikan contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang sentiasa tolong
menolong.

Jawapan

1. Maksud muamalah
 tatacara hubungan sesama manusia yang berkaitan dengan harta benda untuk memenuhi
keperluan kehidupan mengikut ajaran Islam

2. Etika muamalah Islam.


 Rajin berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
 Bersikap jujur, amanah dan tidak menipu dalam segala urusan
 Bekerja kerana Allah SWT
 Tekun dan tabah ketika melakukan segala urusan.

3. Ciri-ciri Muamalah Islam ialah:-


 menjadikan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
 menggalak melakukan kebajikan dalam bermuamalah
 mengelak pembaziran dalam perniagaan
 urusan muamalah tidak menjejaskan kepentingan orang ramai

4. Keistimewaan bermuamalah secara Islam


 Muamalah Islam menjadikan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT,
dengan menunaikan beberapa ibadat melalui harta seperti, berzakat dan menunaikan haji.
 Muamalah Islam menggalakkan manusia melakukan kebajikan melalui harta yang dimiliki, seperti
bersedekah, menolong orang yang memerlukan dan menderma.
 Muamalah Islam melarang manusia daripada mengumpulkan harta dengan cara yang
bertentangan dengan hukum syarak, penindasan dan perbuatan zalim, seperti menipu, rasuah
dan mencuri.
 Muamalah Islam melarang manusia daripada menggunakan harta kepada jalan yang salah dan
tidak memberi faedah kepada kehidupan manusia, seperti membazir atau terlalu kedekut.

By Tokburong.wordpress.com 80
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

5. Syarat sah bermuamalah menurut Islam


 Barang yang hendak dijual mestilah milik sah penjual
 Transaksi yang dijalankan mestilah bersih daripada unsur penipuan
 Pihak yang menjalankan urusan transaksi mestilah waras dan sempurna akalnya
 Persetujuan antara kedua belah pihak yang menjalankan transaksi ijab dan kabul

6. Syarat sah jual beli menurut Islam


 Wujudnya persetujuan antara penjual dengan pembeli.
 Penjual dan pembeli mestilah seorang yang mukalaf dan berakal.
 Penjual dan pembeli mestilah seorang Islam.
 Barang yang hendak di jual mestilah milik sah penjual.
 Barangan yang hendak di jual mestilah suci dan halal.
 Barangan yang hendak di jual wujud semasa berlakunya kontrak jual beli.

7. Bentuk muamalah yang tidak sah menurut Islam


 Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penipuan seperti manipulasi
 Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penindasan, seperti riba dan monopoli.
 Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur barangan yang tidak suci dan najis, seperti berniaga
arak
 Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur perjudian seperti nombor ekor
 Urusan perniagaan yang belum pasti barangan jualan, seperti menjual ikan di lautan, burung di
angkasa, anak lembu yang masih dalam kandungan ibunya dan buah buahan yang belum
nampak putiknya

8. Faedah-faedah muamalah Islam ialah:-


 memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan seharian manusia
 mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah / perjanjian yang dipersetujui
 mengeratkan hubungan antara individu dengan masyarakat.
 menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan dengan harta
 membangunkan ekonomi masyarakat dan negara
 dapat meyempurnakan tuntutan Islam / fardu kifayah

9. Maksud konsep taawun dalam muamalah Islam


 Konsep at-Ta’awun dalam sistem muamalah Islam ialah bekerjasama kepada perkara-perkara
yang boleh membawa kebaikan dalam mendapatkan harta seperti dalam bidang perniagaan,
sewa menyewa, gadaian dan syarikat

10. Cara mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam dengan:-


 memberi penerangan tentang kebaikan muamalah Islam
 menunjuk cara secara jelas melaksanakan muamalah secara Islam
 mengadakan ceramah tentang sistem muamalah Islam yang sedang diamalkan
 menyebarkan risalah muamalah secara Islam.

11. Contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang sentiasa tolong menolong
( Taawun ) seperti:-
 al-Ijarah:orang yang memberi sewa dapat membantu penyewa yang memerlukan rumah /
kenderaan dan lain-lain

By Tokburong.wordpress.com 81
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

 al-Bai’ ( jual beli ) : Penjual dan pembeli saling memperolehi keuntungan / barangan
yang diperlukan

 ar-Rahn ( pajak gadai) : Pemegang gadai dapat membantu pengadai yang menghadapi
masalah kewangan

PELAJARAN 4 FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM


UNIT 2 : KEPENTINGAN SISTEM MUAMALAH ISLAM
Soalan
1. Jelaskan kepentingan muamalah Islam kepada kehidupan manusia

2. Huraikan peranan muamalah Islam dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan
aman.

3. Jelaskan akibat kepada masyarakat yang tidak mengamalkan muamalah Islam

4. Nyatakan keperluan muamalah Islam dalam kehidupan manusia

5. Terangkan perbezaan antara muamalah Islam dengan muamalah konvensional

6. Bincangkan kesan muamalah Islam dalam meningkatkan kualiti kehidupan muslim

Jawapan
1. Kepentingan muamalah Islam kepada kehidupan manusia
 Supaya manusia dapat saling mengenali sesama sendiri
 Supaya manusia dapat saling tolong menolong
 Supaya manusia dapat saling berhubung sesama mereka
 Supaya manusia dapat menikmati kurniaanAllah SWT dengan lebih adil

2. Peranan muamalah Islam dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan aman
akan:-
 memupuk sifat jujur dan amanah dalam urusan seharian
 memperkemas / melicinkan urusan kehidupan seharian manusia
 mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah / perjanjian yang dipersetujui
 mengeratkan hubungan antara individu dengan masyarakat.
 menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan dengan harta

3. Akibat kepada masyarakat yang tidak mengamalkan muamalah Islam


 Berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat.
 Melahirkan masyarakat yang tamak haloba dan sanggup menindas orang lain.
 Luputnya semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam

By Tokburong.wordpress.com 82
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Keperluan muamalah Islam dalam kehidupan manusia


 Sedekah merupakan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan
pertolongan bagi meneruskan kehidupan mereka. Contohnya orang miskin, musafir dan di timpa
bencana
 Jual beli merupakan kemudahan yang disediakan untuk orang ramai mendapatkan keperluan
hidup mereka
 Sistem muamalah Islam menyediakan al-wadiah bagi kemudahan orang ramai menyimpan dan
melaburkan wang mereka dalam bank.
 Arrahnu merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Islam dalam keadaan darurat dan
terdesak. Cara ini boleh digunakan oleh orang yang mempunyai cagaran seperti tanah dan
barang kemas untuk mendapatkan wang tunai dengan segera

5. Perbezaan antara muamalah Islam dengan muamalah konvensional


Muamalah Islam Konvensional
 Bebas daripada riba dan penindasan  Berasaskan kepada sistem riba
 Melaksanakan syariah Islam dalam urusan  Hukum halal dan haram tidak di ambil kira
perniagaan dalam urusan perniagaan
 Menggalakkan manusia supaya melakukan  Lebih mengutamakan keuntungan
kebajikan kepada masyarakat seperti semata-mata
bersedekah, menderma dan sebagainya
 Cara mendapatkan harta melalui muamalah  Usaha mendapatkan harta boleh
Islam mestilah dengan cara yang halal dan dilakukan dengan apa cara sekali pun
sah di sisi hukum syarak tanpa mengira halal dan haram
 Menjadikan harta sebagai alat untuk  Menjadikan harta sebagai matlamat hidup
mendekatkan diri kepada Allah SWT

6. Kesan muamalah Islam dalam meningkatkan kualiti kehidupan muslim


 Mendapat Keredaan Allah SWT
 Menjamin keharmonian hidup
 Menjamin keadilan sejagat
 Membangunkan tamadun manusia

PELAJARAN 4 FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM


UNIT 3 : JENIS-JENIS MUAMALAH ISLAM

Soalan
1. Nyatakan prinsip utama dalam undang-undang perniagaan Islam.

2. Jelaskan pengertian istilah-istilah berikut:


a. Al-Ijarah b. Bait' Bithamanil Ajil c. Murabahah
d. Qardhul Hasan e. Mudharabah f. Ar-Rahn
g. Takaful

3. Jelaskan tujuan kepelbagaian jenis muamalah tersebut

By Tokburong.wordpress.com 83
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Mengapakah perlunya kepelbagaian jenis muamalah ?

5. Jelaskan kesan kepelbagaian jenis muamalah

6. Bermuamalah tidak mengikut sistem Islam membawa beberapa kesan buruk.


Jelaskan.

7. Huraikan keunggulan sistem perbankan Islam

Jawapan

1. Prinsip utama dalam undang-undang perniagaan Islam ialah:-


 Kebebasan pelanggan dalam memilih dan membeli barangan yang dikehendaki
 Kewajipan memasarkan / menjual barangan yang baik / berkualiti
 Perniagaan mestilah bebas dari unsur penipuan/monopoli/manipulasi
 Memberi layanan baik kepada pelanggan/ bertolak ansur

2. Pengertian istilah-istilah berikut:


 Al-Ijarah: kontrak sewa barangan dengan kadar bayaran tertentu secara Islam

 Al-Bai’ Bithamanil Ajil: kontrak jual beli dengan bayaran tertangguh / bayaran ansuran
mengikut tempuh masa yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.

 Murabahah: kontrak jual beli sesuatu barangan dengan keuntungan penjual yang diketahui
dan dipersetujui bersama dan pembeli membayar harga tersebut secara beransur-ansur.

 Qardhul Hasan: pinjaman untuk tujuan memberi bantuan kepada seseorang yang memerlukan
tanpa dikenakan apa-apa keuntungan.

 Mudharabah: sesuatu kontrak perkongsian peniagaan diantara pemodal dan Pengusaha


dimana keuntungannya dibahagikan mengikut Persetujuan bersama.

 Ar-Rahn: gadaian iaitu mencagarkan seuatu barangan berharga di atas pinjaman yang dibuat
secara Islam

 Takaful: bekerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat


untuk memperolehi perlindungan tatkala menghadapi malapetaka dan bencana.

3. Tujuan kepelbagaian jenis muamalah tersebut


 Untuk mengajar manusia supaya sentiasa hidup bersatu padu, tolong-menolong, dan
bekerjasama dalam mengembangkan ekonomi melalui sistem muamalah Islam seperti
musyarakah, ijarah dan jual beli.
 Untuk memastikan kehidupan manusia sentiasa berperaturan dan menghindarkan perbuatan
zalim, penganiayaan dan penindasan ke atas golongan yang lemah seperti riba, penipuan,
merampas hak orang lain, dan sebagainya.
 Untuk keselesaan dan kemudahan manusia memilih cara bermuamalah yang terbaik mengikut
keperluan mereka. Contohnya orang kaya boleh mengembangkan hartanya melalui mudharabah
manakala orang miskin pula boleh menambahkan modal perniagaan mereka melalui murabahah
dan sebagainya .

By Tokburong.wordpress.com 84
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Sebab perlunya kepelbagaian jenis muamalah


 Untuk memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi mereka dengan lebih
berkesan dan tidak hanya bergantung pada jenis muamalah tertentu sahaja. Contohnya manusia
boleh melakukan pelbagai aktiviti perniagaan untuk mendapatkan wang seperti ijarah, ar-Rahn
dan al-bai bithaman ajil dan sebagainya.
 Untuk memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan hidup mengikut
kemampuan hidup mereka. Contohnya orang miskin dapat memiliki sesuatu barangan yang
diperlukan oleh mereka melalui ijarah atau al-bai bithaman ajil.
 Untuk menggalakan orang yang mempunyai harta yang banyak membantu golongan yang
kurang berharta di samping dapat mengembangkan lagi harta tersebut melalui aktiviti ekonomi
yang dibenarkan oleh syarak seperti ar-Rahn, Ijarah dan sebagainya

5. Kesan kepelbagaian jenis muamalah


 Dapat melahirkan semangat tolong-menolong di kalangan anggota masyarakat,. Contohnya
orang kaya boleh menolong orang miskin memulakan perniagaan dengan melakukan
mudharabah.
 Masyarakat akan hidup dengan aman dan harmoni kerana setiap orang dapat menikmati
kemajuan ekonomi dengan cara mereka sendiri.
 Masyarakat dapat menikmati ekonomi negara dengan lebih teratur dan tersusun kerana setiap
urusan mereka dikawal oleh sistem muamalah yang pelbagai

6. Kesan buruk bermuamalah tidak mengikut sistem Islam membawa beberapa.


 Berlaku pergaduhan / permusuhan
 melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri / tamak.
 menindas orang lain.

7. Keunggulan sistem perbankan Islam


 Mendorong tanggungjawab bersama antara pendeposit dan pihak bank dalam menghadapi risiko
untung rugi secara adil.
 Pendeposit akan sentiasa mengetahui marjin untung rugi pada setiap bulan kerana kadar
faedahnya tidak ditetapkan terlebih dahulu.
 Operasi perbankan Islam tidak akan menyebabkan berlakunya inflasi kerana perbankan Islam
pada dasarnya lebih banyak memberikan pinjaman dalam bentuk barangan modal seperti mesin,
jentera dan bangunan kepada pengusaha.
 Perbankan Islam tidak dipengaruhi oleh sentimen ekonomi yang berlaku sama ada di dalam
mahupun di luar negeri kerana operasinya tidak bergantung pada kadar faedah yang telah
ditetapkan.

By Tokburong.wordpress.com 85
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

BAB 2 : SISTEM PERUNDANGAN ISLAM

PELAJARAN 5 UNIT 1 : PENGERTIAN PERUNDANGAN


ISLAM DAN FALSAFAH

Soalan
1. Berikan pengertian perundangan Islam

2. Jelaskan istilah-istilah dalam perundangan Islam

3. Nyatakan keunggulan perundangan Islam

4. Jelaskan keperluan perundangan Islam kepada negara


5. Nyatakan sumber perundangan Islam

6. Mengapakah al-Quran dan al-Hadis dijadiakn sumber rujukan utama

7. Berikan perbezaan antara perundangan Islam dengan perundangan ciptaan manusia

8. Jelaskan faedah mengamalkan perundangan Islam kepada masyarakat

Jawapan

1. Pengertian perundangan Islam


 Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang merangkumi aspek
akidah, syariat, akhlak dan sebagainya

2. Istilah-istilah dalam perundangan Islam:-


 Rukun: perkara asas yang mesti dilaksanakan dalam suatu ibadat, jika tertinggal salah satu
daripadanya maka ibadah tersebut tidak sah. Contoh: tertinggal membaca fatihah membatalkan
solat.

 Syarat sah: tuntutan yang mesti dipenuhi untuk menjadikan sesuatu ibadah itu sah dan diterima
oleh Allah SWT contoh: Solat tidak sah tanpa wuduk .

 Fiqh: hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahidin berdasarkan dalil syarak yang tafsili.
Contoh: bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang sah dinikahi membatalkan wudu’ dalam
mazhab syafie.

 Qadha’: keputusan yang diputuskan oleh hakim /penguasa di dalam suatu hukuman/pembicaraan
berdasarkan hujah dan bukti. Contoh: mahkamah mengarahkan suami menceraikan isteri setelah
ternyata tidak mampu.

 Wajib: Perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan, jika melaksanakan akan mendapat pahala
dan berdosa jika ditinggalkan contoh : berzakat.

By Tokburong.wordpress.com 86
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

 Haram: Larangan Allah SWT yang mesti ditinggalkan , akan diberii pahala jika meninggalkannya
dan berdosa jika melakukannya. Contoh: meminum arak.

 Sunat: Perkara yang sangat digalakkan agar dilaksanakan, diberi pahala jika mengerjakannya
dan tidak berdosa jika meninggalkannya.contoh : berpuasa hari Isnin dan Khamis

 Makruh: Perkara yang sangat digalakan agar ditinggalkan, diberi pahala jika meninggalkannya dan
tidak berdosa jika melakukanya. Contoh : melambatkan berbuka puasa.

 Harus: Hukum pilihan sama ada melakukannya atau meninggalkannya ( diberi kebebasan untuk
memilih). Contoh : hukum asal perkahwinan adalah harus.

 Halal: hukum yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh: Makanan bersih halal
dimakan

 Ijtihad : Pendapat ulama mujtahid terhadap sesuatu perkara baru yang tidak terdapat hukumnya
di dalam al-Quran dan al-Hadis.

 Syarat Wajib : tuntutan yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu ibadah itu wajib dilaksanakan .
contoh:Wajib menunaikan solat apabila masuk waktu.

 Fatwa : Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung hukum
syarak bagi masalah baru berlaku berlandaskan al-Quran dan al-Hadith. Contohnya hukum harus
menderma darah, haram klon manusia dan sebagainya

3. Keunggulan perundangan Islam


 Bersifat rabanni iaitu datangnya daripada Allah SWT
 Hukuman dalam perundangan Islam adalah adil dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
tanpa mengira kedudukan, pangkat dan keturunan seseorang
 Mendidik jiwa manusia dengan akhlak yang murni
 Lengkap dan sesuai dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ibadat, akidah,
muamalah dan sebagainya
 Kekal hingga ke hari akhirat tanpa berlakunya perubahan.
 Hukumannya bersifat memberi pengajaran kepada manusia
 Memelihara kemaslahatan masyarakat dan negara

4. Keperluan perundangan Islam kepada negara


• Jenayah berkurangan dalam negara
• Masyarakat bebas melakukan aktiviti seharian
• Harta benda dan jiwa masyarakat terpelihara
• Negara menjadi aman dan harmoni
• Negara maju dan makmur
• Ekonomi negara berkembang dengan pesat

5. Sumber perundangan Islam

By Tokburong.wordpress.com 87
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• Al-Quran - Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui
malaikat Jibril dalam bahasa Arab. Setiap huruf al-Quran yang dibaca merupakan ibadat. Al-Quran
bermula daripada surah al-Fatihah dan berakhir dngan surah an-Nas. Al-Quran juga merupakan
sumber utama rujukan umat Islam

• Al-Hadis- Setiap perkara yang diambil daripada Rasulullah SAW samada perkataan, perbuatan
atau pengakuan baginda

• Al-Ijmak - Persetujuan antara ulamak Islam mengenai hukum syarak pada sesuatu masa selepas
kewafatan Rasulullah SAW

• Al-Qias - Menghubungkan hukum yang tidak ada kepada hukum yang telah sedia ada kerana
persamaan dari segi illat (sebab). Contohnya pengharaman dadah diqiaskan dengan arak kerana
kedua-duanya boleh

6. Sebab al-Quran dan al-Hadis dijadikan sumber rujukan utama


• Al-Quran dan hadis mempunyai kebenaran yang mutlak.
• Isi kandungan al-quran tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa dan sastera
• Datangnya daripada Allah SWT sendiri
• Ajaran al-Quran dan hadis sesuai diamalkan pada semua tempat waktu dan zaman
• Isi kandungan al-Quran dan hadis merangkumi semua aspek kehidupan manusia
7. Perbezaan antara perundangan Islam dengan perundangan ciptaan manusia

Bil Perundangan Islam Perundangan ciptaan manusia


1 Ciptaan Allah SWT Ciptaan manusia
Bersifat universal (sesuai pada semua
2 Bersifat setempat
waktu, tempat dan zaman )
Rujukannya adalah berdasarkan pemikiran
3 Rujukannya adalah al-Quran dan hadis nabi
manusia
4 Lengkap dan merangkumi dunia dan akhirat Hanya mengenai kehidupan di dunia sahaja
Orang yang mematuhinya akan diberikan
Mengingkarinya akan dikenakan hukuman di
5 pahala manakala orang yang melanggarnya
dunia sahaja
akan berdosa

8. Faedah mengamalkan perundangan Islam kepada masyarakat


• Mengelakkan daripada perpecahan dan pergaduhan dalam masyarakat
• Mengukuhkan hubungan silaturahim tanpa mengira agama dan budaya
• Melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera

PELAJARAN 5 UNIT 2 : PENGERTIAN QADHA, FIKAH ,


IJTIHAD DAN FATWA
By Tokburong.wordpress.com 88
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Qadha

2. Terangkan Keperluan Qadha kepada kehidupan muslim

3. Jelaskan matlamat hukum qadha

4. Nyatakan keistimewaan hukum qadha

5. Apakah yang dimaksudkan dengan fikah

6. Terangkan Keperluan fikah kepada kehidupan muslim

7. Jelaskan matlamat hukum fikah

8. Nyatakan kebaikan daripada pelaksanaan hukum fikah

9. Apakah yang dimaksudkan dengan Ijtihad

10. Terangkan Keperluan Ijtihad kepada kehidupan muslim

11. Jelaskan matlamat hukum ijtihad

12. Nyatakan kebaikan daripada pelaksanaan hukum ijtihad

13. Apakah yang dimaksudkan dengan fatwa

14. Senaraikan contoh-contoh fatwa yang talah dikeluarkan

15. Terangkan Keperluan Fatwa kepada kehidupan muslim

16. Jelaskan matlamat hukum fatwa

17. Nyatakan kebaikan daripada pelaksanaan hukum fatwa

18. Senaraikan ciri-ciri orang yang leyak mengeluarkan fatwa

19. Jelaskan perbezaan antara fatwa dengan ijtihad

20. Senaraikan perbezaan antara fikah dengan qadha

21. Mengapakah umat Islam wajib mematuhi kukum-hukum tersebut

22. Huraikan kepentingan hukum-hukum tersebut kepada perkembangan hukum Islam

By Tokburong.wordpress.com 89
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan

1. Maksud Qadha ialah


• Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu
perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang jelas.Contohnya hakim memutuskan hukuman
supaya suami menceraikan isterinya, setelah terbukti suami telah mengabaikan isterinya

2. Keperluan Qadha kepada kehidupan muslim


• Untuk menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada pesalah
• Menjamin keamanan dan mengekalkan keharmonin dalam masyarakat
• Mengelakkan huru hara dalam masyarakat
• Menjamin keadilan dalam masyarakat
3. Matlamat hukum qadha
• Untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kedua belah pihak yang bertelagah
• Untuk memastikan pihak yang bertelagah menghormati keputusan yang telah dibuat oleh
mahkamah
• Untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan setimpal dan adil kepada semua pihak
4. Keistimewaan hukum qadha
• Hukuman yang dijatuhkan bersumberkan hujah dan bukti yang benar
• Keputusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan adil
• Hukuman di putuskan oleh orang yang adil dan berkelayakkan dalam bidang tersebut
5. Maksud Fikah ialah
• Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid, yang diambil daripada dalil-
dalil syarak. Contohnya bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan ajnabi membatalkan
wuduk menurut mazhab Syafi’i

6. Keperluan Fikah kepada kehidupan muslim


• Untuk menentukan hukum Allah SWT sesuai dilaksanakan pada setiap tempat, waktu dan
keadaan
• Untuk memastikan umat Islam dapat mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam hukum
agama
• Untuk memudahkan umat Islam berpegang teguh dengan hukum agama
• Untuk menyakinkan umat Islam untuk melaksanakan ibadat kepada Allah SWT
7. Matlamat hukum fikah
• Untuk memudahkan kefahaman individu terhadap suruhan dan larangan Allah SWT
• Untuk mewujudkan sebuah msayarakat yang aman dan damai
• Untuk menentukan perintah Allah SWT sesuai sepanjang zaman

8. Kebaikan daripada pelaksanaan hukum fikah

By Tokburong.wordpress.com 90
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• Membolehkan umat Islam melaksanakan ibadat tanpa keraguan


• Menjadikan hukum Islam berkembang serta bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan
• Menentukan hukum Islam sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia

9. Maksud Ijtihad
• Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan
sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis

10. Keperluan Ijtihad kepada kehidupan muslim


• Untuk memastikan setiap keputusan yang dilakukan boleh di terima dan sesuai dengan keadaan
semasa
• Supaya keputusan yang dikeluarkan menepati kehendak syarak
• Untuk memastikan undang-undang Islam sentiasa berkembang
11. Matlamat hukum ijtihad
• Untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan sempurna
• Untuk mengelakkan pertikaian dalam menyelesaikan masalah
• Untuk menggalakkan umat Islam (para ulama) berfikir untuk mencari hukum yang baru
• Untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah serta mendapat rahmat-Nya
12. Kebaikan daripada pelaksanaan hukum ijtihad
• Memberikan peluang kepada mujtahid untuk mengeluarkan hukum yang tidak dinyatakan dengan
jelas dalam al-quran dan hadis
• Memastikan peristiwa yang berlaku dapat diselesaikan mengikut kaedah Islam
• Memastikan hukum Islam dapat dikembangkan secara berterusan
• Memastikan umat Islam sentiasa berpegang teguh dengan hukum yang baru
13. Maksud Fatwa
• Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa yang telah diwartakan berhubung dengan
sesuatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa.

14. Contoh fatwa


• Hukuman bunuh kepada pengedar dadah
• Pengharaman klon manusia
• Hukum harus menderma organ badan manusia
15. Keperluan Fatwa kepada kehidupan muslim
• Untuk menyelesaikan masalah yang tidak terdapat hukum secara nyata dalam al-quran dan al-
hadis
• Untuk mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh individu
• Untuk menghilangkan keraguan masyarakat terhadap sesuatu hukum
• Untuk memberi keyakinan kepada umat Islam untuk berpegang kepada hukum agama

16. Matlamat hukum fatwa

By Tokburong.wordpress.com 91
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

• Menyelesaikan masalah dalam masyarakat dengan cara yang terbaik berlandaskan al-quran dan
al-hadis
• Mengelakkan berlakunya pertikaian dan perselisihan pendapat dalam masyarakat
• Memastilkan umat Islam sentiasa patuh kepada perintah Allah SWT

17. Kebaikan daripada pelaksanaan hukum fatwa


• Menjadikan umat Islam patuh kepada ajaran agama
• Melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran
• Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan harmoni
18. Syarat-syarat orang yang layak mengeluarkan fatwa
• Ahli majlis fatwa kebangsaan
• Ulama yang warak
• Tahu berbahasa Arab
• Hafaz al-Quran
• Tahu sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat al-Quran
• Mahir dalam ilmu mantik dan balagah
• Mahir dalam ilmu hadis
23. Perbezaan antara fatwa dengan ijtihad
Bil Fatwa Ijtihad

1 • Dikeluarkan oleh majlis fatwa


• Dikeluarkan oleh individu yang
berkelayakan

2 • Mempunyai kesan penguatkuasaan • Penguatkuasaan undang-undang tidak


undang-undang berlaku hasil daripada ijtihad seseorang

3 • Rujukannya adalah al-Quran dan hadis • Merujuk kepada pelbagai sumber


nabi
4 • Berkaitan dengan hukum-hukum • Berkaitan dengan hal umum dan tidak
agama berkaitan dengan agama

By Tokburong.wordpress.com 92
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

24. Perbezaan antara fikah dengan qadha


Bil Fikah Qadha

1 • Hukum amali yang dikeluarkan oleh para • Hukum atau keputusan yang dikeluarkan
mujtahid oleh mahkamah atau pemerintah

2 • Sumbernya daripada dalil-dalil tafsili • Sumbernya adalah daripada bukti yang


seperti al-Quran dan hadis nyata dalam perbicaraan

• Sentiasa berkembang mengikut • Hanya berkembang jika terdapat kes-kes


3 perkembangan pemikiran manusia yang dibicarakan di mahkamah

• Mujtahid sahaja yang berkelayakkan


• Keputusan qadha terletak ditangan
4 untuk mengijtihadkan hukum daripada
hakim atau penguasa
al-quran dan hadis

25. Sebab umat Islam wajib mematuhi kukum-hukum tersebut


• Hukum-hukum tersebut bersumberkan kepada dalil-dalil yang benar dan sahih
• Hukum tersebut dikeluarkan setelah di buat pertimbangan yang seadil dan sewajarnya
• Orang yang mengeluarkan hukum tersebut memang berkelayakkan dan bertanggungjawab dalam
bidang masing-masing
26. Kepentingan hukum-hukum tersebut kepada perkembangan hukum Islam
• Undang-undang Islam menjadi semakin luas dan tidak jumud (beku)
• Perundangan Islam mampu menangani masalah semasa yang wujud di kalangan umat Islam
• Perundangan Islam berkembang mengikut perkembangan semasa

PELAJARAN 5 UNIT 3 : MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM

Soalan
1. Senaraikan matlamat perundangan Islam
.
2. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara keturunan

3. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara kehormatan diri

4. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri

5. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara agama

By Tokburong.wordpress.com 93
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

6. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam memelihara agama


7. Huraikan cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara akal

8. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam dalam memelihara akal

9. Huraikan cara mencapai memelihara nyawa dalam matlamat dalam perundangan Islam

10. Nyatakan kebaikan daripada pencapaian matlamat perundangan Islam dalam memelihara nyawa

11. Huraikan cara mencapai memelihara harta dalam matlamat dalam perundangan Islam

12. Nyatakan kebaikan matlamat perundangan Islam dalam memelihara harta manusia.

13. Jelaskan kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia

14. Huraikan cara perundangan Islam memelihara kehormanian negara

15. Allah menetapkan hukuman keatas penjenayah tertentu. Jelaskan hikmah Allah menetapkan hukuman
tersebut.

16. Nyatakan keistimewaan perundangan Islam.

17. Nyatakan hukum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia.

18. Terangkan sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan

19. Nyatakan contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.

20. Terangkan cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat.

21. Huraikan kepentingan matlamat perundangan Islam

22. Bincangkan cara mencapai matlamat perudangan Islam tersebut

By Tokburong.wordpress.com 94
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Jawapan

1. Matlamat perundangan Islam ialah.


• memelihara keturunan
• memelihara kehormatan diri
• menjaga harta
• memelihara akal.
• memelihara agama.
• memelihara nyawa
• memelihara kehormonian negara
2. Cara mencapai matlamat perundangan Islam memelihara keturunan
• Islam mewajibkan umatnya supaya menjauhi perbuatan yang boleh merosakkan keturunan
manusia seperti zina, liwat, homoseks dan lesbian
• Mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan manusia yang sempurna
• Islam mengenakan hukuman Hudud ( sebat atau rejam ) keatas orang yang berzina.
3. Cara mencapai matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri
• Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti dengki dan melakukan perbuatan yang sia-sia
seperti merayau-rayau di pusat membeli belah
• Melarang umatnya menghina dan menjatuhkan maruah seseorang
• Menyuruh umatnya menjaga batasan pergaulan, bercakap dengan bersopan dan menjalin
persahabatan dengan baik.
• Mewajibkan umatnya supaya berpakaian yang menutup aurat
• Mewajibkan umatnya supaya menjaga tingkah laku
4. Kebaikan matlamat perundangan Islam dalam memelihara kehormatan diri
 menjamin kemuliaan diri manusia sentiasa terjaga.
 terhindar dari anasir negatif seperti pergaulan bebas daripada berleluasa
 mengawal tingkah laku supaya sentiasa berakhlak mulia dalam pergaulan

5. Cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara agama


 Mewajibkan umat Islam mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya
 Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa berakhlak mulia
 Mengambil tindakan yang tegas keatas mereka yang menyelewengkan ajaran Islam
 Menyuburkan pelbagai disiplin ilmu supaya kefahaman mengenai Islam meningkat dalam
masyarakat.
 Mensyariatkan hukuman bunuh keatas orang yang murtad ( keluar daripada agama Islam )

6. Kebaikan matlamat perundangan Islam dalam memelihara agama


 Akidah umat Islam akan terjaga daripada perkara yang menyeleweng seperti ajaran sesat
 Akan memartabatkan hukum Allah daripada dipermainkan oleh golongan tertentu
 Umat Islam dapat melaksanakan dan mentaati perintah Allah dengan selesa

By Tokburong.wordpress.com 95
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

7. Cara perundangan Islam memelihara akal


 Mewajibkan umat Islam menjauhi perkara yang boleh merosakkan akal seperti minum arak,
mengambil dadah, pil khayal dan sebagainya
 Islam mewajibkan umatnya supaya sentiasa melakukan ibadat, membaca buku-buku yang
berfaedah, melakukan riadah dan sebagainya
 Mewajibkan umat Islam supaya sentiasa berfikiran rasional dan melarang daripada memikirkan
perkara-perkara yang boleh merosakkan akal manusia.
 Menggalakkan umatnya supaya mendampingi ulama dan para cendekiawan

8. Kebaikan matlamat perundangan Islam memelihara akal


 menjauhkan manusia daripada perkara yang boleh merosakkan akal seperti dadah dan arak
 membimbing manusia supaya sentiasa berfikiran rasional
 mendorong manusia memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah

9. Cara mencapai matlamat perundangan Islam dalam memelihara nyawa


 Mewajibkan umat Islam menjaga kebersihan dan keselamatan diri sendiri dan orang lain seperti
memakan makanan yang berzat, bersih dan halal
 Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri atau orang lain
 Islam mewajibkan umatnya menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh menyebabkan
kecederaaan seperti memandu secara berbahaya dan terlibat dengan perlumbaan haram.
 Mensyariatkan hukuman Qisas keatas pembunuh

10. Kebaikan memelihara nyawa dalam matlamat perundangan Islam


 kewajipan menjaga keselamatan dan kesihatan diri
 menjamin keselamatan manusia dari bahaya
 mengharamkan perbuatan membunuh diri
 mengharamkan pembunuhan tanpa sebab yang dibenarkan
11. Cara perundangan Islam memelihara harta
 Islam menghormati dan mengiktiraf hak milik individu (persendirian)
 Menghormati hak awam seperti memelihara harta benda awam yang telah disediakan oleh
kerajaan
 Mengenakan hukuman Hudud (potong tangan keatas pencuri)
 Mewajibkan umat Islam mencari dan membelanjakan harta secara halal
 Mewajibkan dikeluarkan zakat katas orang yang mampu
 Mengharamkan perbuatan membazirkan harta

12. Kebaikan memelihara harta dalam matlamat perundangan Islam


 mewujudkan keamanan masyarakat dan negara
 Umat Islam dapat mencari harta dengan tenang.
 Dapat memajukan negara dengan aktiviti perniagaan yang halal.

13. Kesan Perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia


 Nasib manusia terpelihara daripada fitnah dan tiada keraguan terhadap keturunannya
 Mengelakkan perbalahan dalam pembahagian pesaka
 Hak penjagaan anak terjamin
 Setiap ahli keluarga akan mendapat haknya secara adil
 Maruah dan keturunan manusia terpelihara

By Tokburong.wordpress.com 96
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

14. Cara perundangan Islam memelihara kehormanian negara


 Menjaga hubungan diplomatik dengan negara luar
 Menghormati hak individu dalam negara
 Meningkatkan semangat perpaduan dikalangan rakyat
 Mewajibkan rakyat mentaati pemerintah yang adil
 Mempertingkatkan usaha kearah membangun dan memakmurkan negara.
 Melarang umat Islam daripada menderhaka kepada negara

15. Hikmah Allah menetapkan hukuman keatas penjenayah tertentu.


 Untuk menegakkan keadilan dan mengelak kezaliman dalam masyarakat
 Untuk memberi keinsafan kepada orang lain serta amaran kepada orang yang hendak melakukan
maksiat
 Untuk dapat menyekat jenayah daripada berleluasa dalam masyarakat
 Untuk mengujudkan keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara

16. Keistimewaan perundangan Islam.


 dapat mendidik jiwa manusia.
 merupakan ciptaan Allah dan bersih daripada kekurangan dan kelemahan
 memberi persamaan hak dan keadilan kepada semua manusia
 sesuai dilaksanakan pada semua tempat dan masa

17. Hukum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia.


 hukum munakahat: mengatur urusan kekeluargaan dan rumahtangga
 hukum muamalat: mengatur hubungan sesama manusia seharian
 hukum jenayah: berkaitan dengan salahlaku manusia

18. Sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan
 perundangan Islam lengkap dan sesuai untuk dilaksanakan setiap masa dan tempat
 perundangan Islam mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan manusia
 undang-undang Islam adalah ciptaan Allah

19. Contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.


 meminum arak
 penyalahgunaan dadah
 menghidu gam

20. Cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat.
 memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
 memberi tumpuan kepada pelajaran
 sentiasa mengingati Allah / melakukan perkara-perkara sunat
 menanamkan kesedaran tentang kepentingan masa/ kesempatan yang ada

By Tokburong.wordpress.com 97
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

21. Kepentingan matlamat perundangan Islam


Matlamat
Bil Perundangan Kepentingan Matlamat Perundangan Islam
Islam

Memelihara • Untuk menjaga akidah umat Islam daripada terpesong


1
Agama • Untuk menjaga kesucian agama Islam

Memelihara • Supaya kehidupan manusia berada dalam keadaan selamat dan sejahtera
2
Nyawa • Untuk menjamin kehidupan supaya lebih sempurna

Memelihara • Untuk memastikan pemikiran manusia sentiasa waras


3
Akal • Untuk memastikan kewarasan akal sentiasa terpelihara

Memelihara • Supaya manusia mencari dan memiliki harta secara halal


4
Harta Benda • Untuk memastikan agihan harta dilakukan secara halal

Memelihara • Untuk melahirkan zuriat yang bersih


5
Keturunan • Untuk memantapkan institusi kekeluargaan

Memelihara • Supaya umat Islam berakhlak mulia


6
Maruah • Untuk menjamin kemuliaan seseorang terpelihara

Memelihara • Untuk menjamin keamanan negara


7 Keharmonian • Untuk memantapkan kemajuan negara
Negara

22. Cara mencapai matlamat perundangan Islam


 Dengan berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT
 Dengan bertindak mengikut ajaran Islam
 Dengan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian
 Dengan mencintai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
 Dengan melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan
 Dengan berfikir serta mengakui kebenaran ajaran Islam

By Tokburong.wordpress.com 98
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 5 : PERUNDANGAN ISLAM


Unit 4 : Pengertian Harus, Wajib, Haram, Sunat Dan Makruh

Soalan

1. Berikan maksud hukum

2. Senaraikan pembahagian hukum menurut Islam

3. Berikan pengertian hukum harus

4. Nyatakan contoh-contoh hukum harus

5. Jelaskan hikmah penetapan hukum harus

6. Berikan pengertian hukum wajib

7. Berikan pengertian hukum makruh

8. Nyatakan contoh-contoh hukum makruh

9. Jelaskan kesan pelanggaran hukum makruh

10. Jelaskan hikmah Allah SWT mensyariatkan hum-hukum tersebut

Jawapan

1. Maksud hukum
 Ialah peraturan Allah SWT yang ditujukan kepada umat Islam yang mukalaf yang berhubung
dengan perbuatan-perbuatan mereka, samada menuntut supaya dilakukan, ditinggalkan atau
pilihan

2. Pembahagian hukum menurut Islam ialah


 Hukum harus
 Hukum wajib
 Hukum haram
 Hukum sunat
 Hukum makruh

By Tokburong.wordpress.com 99
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

3. Pengertian hukum harus


 Perkara yang diberi kebebasan kepada seseorang samada untuk melakukan atau meninggalkan
perbuatan tersebut

4. Contoh-contoh hukum harus


 Memakai pakaian yang digemari tanpa melanggar hukum syarak
 Memilih jenis makanan yang halal yang disukainya
 Memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian minat dan kelulusannya

5. Hikmah penetapan hukum harus


 Untuk memberi kebebasan kepada manusia samada melakukan atau meninggalkan perbuatan
tersebut
 Untuk memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk membuat pilihan yang sesuai
 Membuktikan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. kapada hambanya.

6. Pengertian hukum wajib


 Perintah Allah SWT yang mesti dilakukan. Jika perintah itu dilaksanakan, manusia akan diberikan
pahala. Jika ditinggalkan, manusia akan dibalas dengan dosa dan azab neraka di akhirat kelak.

7. Contoh-contoh hukum wajib


 Kewajipan solat lima waktu sehari semalam
 Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan
 Kewajipan mengeluarkan zakat keatas orang yang mengcukupi syarat-syaratnya
 Berpakaian menutup aurat dan sebagainya

8. Kesan pelanggaran hukum wajib


 Akan mendapat kemurkaan Allah SWT dan balasan seksaan azab neraka di akhirat kelak
 Akan mendatangkan permasalahan dan kerosakkan dalam masyarakat dan negara
 Menyebabkan kehidupan seseorang tidak akan tenang dan sentiasa berada dalam kegelisahan
 Menyebabkan amalan yang dilakukan terpesong daripada kebenaran

9. Pengertian hukum haram


 Larangan Allah yang mesti ditinggalkan. Jika perbuatan haram itu ditinggalkan, mereka akan
mendapat ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak, tetapi jika perbuatan tersebut dilakukan
mereka akan mendapat balasan dosa dan azab neraka di akhirat kelak

10. Contoh-contoh hukum haram


 Berzina
 Mencuri
 Membunuh

By Tokburong.wordpress.com 100
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

11. Kesan pelanggaran hukum haram


 Untuk memastikan kepentingan diri manusia terpelihara. Contohnya pengharaman zina kerana
perbuatan tersebut boleh merosakkan keturunan manusia
 Untuk memastikan kehidupan manusia lebih aman dan sejahtera
 Untuk memastikan manusia tidak melakukan kerosakkan dan penindasan
 Untuk memastikan manusia sentiasa berdisiplin dan menjauhi perkara-perkara yang merosakan

12. Pengertian hukum sunat


 Perkara yang sangat digalakkan oleh agama untuk dilakukan dan diberikan pahala serta balasan
syurga jika dilakukan perkara tersebut, tetapi tidak berdosa jika perbuatan tersebut ditinggalkan.

13. Contoh-contoh hukum sunat


 Solat Sunat
 Puasa Sunat
 Bersedekah

14. Pengertian hukum makruh


 Perkara yang sangat digalakan untuk ditinggalkan. Jika ditinggalkan mendapat pahala, tetapi jika
dilakukan tidak mendapat sebarang dosa

15. Contoh-contoh hukum makruh


 Membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali
 Memakai pakaian yang berbau busuk ketika solat
 Memakan bawang ketika hendak solat berjemaah di masjid
 Tidur secara berlebihan

16. Kesan pelanggaran hukum makruh


 Akan menyebabkan seseorang itu tidak disenangi oleh masyarakat
 Akan menghalang seseorang itu daripada mendapat pahala
 Akan menghampirkan seseorang kepada perbuatan sia-sia
 Akan menyebabkan seseorang itu melakukan pembaziran

17. Hikmah Allah SWT mensyariatkan hum-hukum tersebut


Wajib:
 supaya manusia tidak akan meninggalkan perkara yang penting dalam agama
 sebagai ujian kepada manusia sama ada mematuhi perintah Allah atau mengingkarinya
 untuk memastikan golongan tertentu melaksanakan sesuatu ibadat yang disyariatkan.

Haram:
 menjaga kepentingan manusia
 supaya manusia hidup dengan aman dan tenteram di dunia
 mengawal nafsu manusia.
 sebagai tanda kasih dan rahmat Allah kepada makhlukNya

Makruh:
 supaya berhati-hati agar tidak terjerumus kepada perkara yang haram
 mengelak diri daripada melakukan perkara yang tidak baik / sia-sia.
 mengelakkan daripada terlibat dan dibenci oleh Allah dan manusia.

By Tokburong.wordpress.com 101
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Sunat:
 supaya umat Islam sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan
 memberi peluang mendapat sebanyak mungkin ganjaran pahala
 menghapuskan dosa-dosa kecil.
 mendekatkan diri kepada Allah

Harus:
 memberi kebebasan memilih mengikut kehendak/ keperluan masing-masing
 memberi kemudahan dan kelonggaran kepada umat Islam

PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM


Unit 1 : Pengertian Ibadat

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ibadat dalam Islam

2. Ibadat terbahagi kepada ibadat khusus dan ibadat umum. Berikan pengertian ibadat –ibadat tersebut
dengan contohnya sekali

3. Jelaskan perkara-perkara yang boleh mengukuhkan ibadat seseorang

4. Huraikan perkaitan antara ibadat khusus dengan ibadat umum

5. Huraikan perkaitan antara ibadat dengan perudangan menurut Islam

6. Huraikan cara perundangan menjelaskan cara beribadat

7. Apakah hikmah sentiasa melakukan ibadat.


8. Terdapat beberapa perkara yang boleh menjejaskan ibadat seseorang. Jelaskan perkara-perkara
tersebut

9. Bincangkan cara meningkatkan kualiti ibadat yang dilakukan.

Jawapan

1. Maksud ibadat dalam Islam


 ibadat bermaksud kepatuhan kepada Allah SWTmelalui perbuatan dan perkataan yang
berlandaskan syariat Allah SWT serta mengakui dan meyakini bahawa Allah SWT sahajalah yang
layak menjadi tumpuan segala ketaatan.

2. Pengertian ibadat khusus dan ibadat umum dan contohnya sekali


Ibadat Khusus
 Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah kepada manusia, samada fardu atau sunat
seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya

By Tokburong.wordpress.com 102
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

Ibadat Umum
 Segala amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah SWT bagi menghubungkan sesama
manusia dalam masyarakat demi keharmonian hidup bersama. Amalan tersebut samada fardu ain
atau kifayah seperti tolong menolong, bekerjasama dan sebagainya

3. Perkara-perkara yang boleh mengukuhkan ibadat seseorang


 Percaya kepada rukun Iman seperti percaya kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari
Akhirat dan Qada dan Qadar.
 Melaksanakan segala rukun Islam, seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat
dan menunaikan haji
 Sentiasa berakhlak dengan akhlak yang mulia seperti, tolong-menolong, bekerjasama dan
sebagainya.
 Sentiasa taat kan kepada pemerintah yang adil dan menjaga kepentingan rakyatnya

4. Perkaitan antara ibadat khusus dengan ibadat umum


Bil Ibadat Khusus Ibadat Umum
 Membolehkan segala dosa dan  Membolehkan segala akhlak buruk
1 kesalahan yang kecil terhapus daripada seperti mengumpat dan hasad dengki
seseorang terhapus dalam masyarakat

 Dapat melahirkan individu yang bersih  Melahirkan masyarakat dan negara


2
jiwa dan peribadinya yang harmoni yang dan aman damai

 Melahirkan individu yang taatkan  Melahirkan masyarakat yang taatkan


3
perintah Allah SWT dan Rasul-Nya pemimpin dan kerajaan
 Dapat meningkatkan ekonomi diri dan  Dapat meningkatkan ekonomi dan
4
keluarga memajukan negara
 Melahirkan individu yang berilmu  Melahirkan masyarakat dan negara
5
pengetahuan yang maju.

5. Perkaitan antara ibadat dengan perudangan menurut Islam


 Kepatuhan kepada undang-undang menunjukkan pengabdian seseorang kepada Allah SWT.
 Mendisiplinkan diri ke arah yang lebih baik dan cemerlang kerana akal dan jiwa manusia tidak
mengcukupi untuk mengawal akhlak dan tingkah laku mereka.
 Sebagai panduan kepada manusia untuk memilih antara kebaikan dengan keburukan kerana
semua perkara yang dikira sebagai ibadat adalah perkara yang boleh membawa kebaikan
manakala perkara yang dilarang pula akan membawa keburukan kepada manusia.
 Dorongan kepada manusia melakukan ibadat. Contohnya hukum wajib akan disertai dengan
ganjaran pahala manakala hukum haram pula akan disertai dengan balasan dosa, oleh itu
penetapan hukum tersebut akan mendorong manusia melakukan ibadat kepada Allah SWT
dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
 Perundangan hukum wajib, haram, makruh, sunat dan sebagainya memudahkan manusia
pelaksanaan ibadat kepada Allah SWT, kerana semua hukum wajib itu mesti dilaksanakan
manakala semua hukum haram pula wajib ditinggalkan

By Tokburong.wordpress.com 103
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

6. Cara perundangan menjelaskan cara beribadat


 Menetapkan sesuatu perbuatan tersebut sebagai wajib. Seperti kewajipan bersuci
 Perundangan menetapkan sesuatu perkara tersebut sebagai perkara yang sangat-sangat
digalakkan kepada manusia untuk melakukannya. Seperti berbuat baik kepada orang tua
 Perundangan menjelaskan dengan terperinci tentang sesuatu perkara tersebut. Contohnya
mengenai aurat lelaki
7. Hikmah sentiasa melakukan ibadat.
 Dapat membaiki peribadi manusia dan menjauhi daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.
 Dapat membersihkan jiwa dari sifat-sifat mazmumah.
 Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
 Dapat merapatkan hubungan dengan sesama manusia.
8. Perkara yang boleh menjejaskan ibadat seseorang
1. Murtad :
 ialah seseorang yang keluar daripada agama Islam.

2. Syirik :
 ialah menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

3. Munafik :
 ialah seseorang yang berpura-pura menganut dan patuh kepada ajaran Islam sedangkan hatinya
tidak mempercayai ajaran Islam. Amalan kebajikan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai
sifat-sifat tersebut tidak akan diterima oleh Allah SWT.

4. Takbur :
 Sikap membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan perkara kebaikan yang telah
dilakukan dan segala nikmat kesenangan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. kepadanya.

5. Riak :
 Iaitu menunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepada orang lain dengan tujuan
mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat

6. Ujub :
 Iaitu merasa kagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukan sesuatu ibadat serta
memandang rendah dan melekeh-lekehkan amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain

7. Sum,ah
 Iaitu menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain dengan tujuan untuk
mendapatkan pujian dan sanjungan daripada orang lain

8. Mengungkit- ungkit:
 Iaitu mengungkit-ungkit kembali bantuan dan perbuatan baik yang telah diberikan kepada
seseorang dengan tujuan supaya orang tersebut sentiasa mengenang jasa dan pertolongan yang
telah diberikannya

9. Aza :
 Ialah perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas orang yang menerima bantuan dan
pertolongan daripada seseorang. Perbuatan itu dilakukan dengan mengungkit-ungkit pertolongan
yang telah diberikannya sehingga menimbulkan perasaan sakit hati orang yang mendapat
pertolongan tersebut.

By Tokburong.wordpress.com 104
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

10. Hasad dengki:


 Iaitu iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang diperoleh oleh orang lain dan
berusaha agar nikmat tersebut hilang daripada orang itu atau berpindah kepadanya dengan cara
yang salah

9. Cara meningkatkan kualiti ibadat yang dilakukan.


 Sentiasa mengingati Allah SWT. dalam melakukan sebarang pekerjaan dengan mengambil kira
segala peraturan dan batasan yang telah ditetapkan agama. Contohnya sentiasa menjaga batasan
halal dan haram dalam memperoleh harta.
 Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu ibadat supaya ibadat yang dilakukan akan
mencapai kesempurnaan dan menepati tujuan ibadat tersebut. Contohnya dalam melakukan solat
umat Islam mestilah sentiasa mendalami ilmu solat dan tidak memadai dengan ilmu pengetahuan
yang sedia ada.
 Mendampingi orang-orang yang berilmu dan soleh dengan sentiasa mengikut segala amalan
kebaikan mereka serta mendalami sesuatu ilmu yang dipelajari daripada mereka.
 Ibadat yang dilakukan mestilah dengan tenang dan sabar dalam menghadapi segala kesusahan
dan cabaran. Contohnya tabah dan berhati-hati dalam menuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari
dapat dimiliki dengan sempurna dan menyeluruh.
 Melakukan ibadat secara berterusan dan tidak mengikut trend masyarakat pada sesuatu masa.
Contohnya memakai pakaian yang menutup aurat mestilah dilakukan secara berterusan walau di
mana jua kita berada.

PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM


Soalan Unit 2 : Konsep Dan Falsafah Ibadat
1. Nyatakan ciri-ciri kesempurnaan ibadat

2. Huraikan ciri-ciri ibadat dalam Islam

3. Mengapakah manusia mesti melakukan ibadat

4. Jelaskan kesan melakukan ibadat tanpa berpandukan syariah

5. Jelaskan kesan melaksanakan syariah tanpa ibadah

Jawapan
1. Ciri-ciri kesempurnaan ibadat
 Mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
 Memenuhi segala peraturan dalam ibadat yang dilakukan.
 Dilakukan dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh
 Memenuhi tuntutan hukum wajib, sunat, makruh dan haram
 Ihsan semasa melakukan ibadat.

By Tokburong.wordpress.com 105
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

2. Ciri-ciri ibadat dalam Islam


 Bebas daripada sebarang bentuk perantaraan antara hamba dengan Allah SWT
 Tidak memerlukan tempat yang khusus dan boleh dilakukan di mana sahaja kecuali tempat yang
najis dan kotor.
 Boleh dilakukan dengan mudah dan menepati dengan kemampuan manusia.
 Tidak dibatasi dengan masa dan tempat yang tertentu sahaja.

3. Sebab manusia mesti melakukan ibadat


 Untuk menyempurnakan perintah Allah SWT
 Dapat mendidik jiwa dari segi kebendaan
 Mendapat pahala dan keredaan dari Allah SWT
 Untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
 Sebagai latihan jasmani dan rohani yang mengatur hal ehwal perseorangan dan masyarakat, yang
memelihara perkara-perkara dunia dan mendatangkan kebaikan kepada agama.

4. Kesan melakukan ibadat tanpa berpandukan syariah


 Amalan yang dilakukan tanpa panduan dan kefarduan yang sebenar tidak akan diterima oleh
Allah SWT.
 Merosakkan ibadat dan tidak mendapat sebarang pahala.
 Dilaknat oleh Allah SWT
 Merosakkan iman.

5. Kesan melaksanakan syariah tanpa ibadah


 Dilaknat oleh Allah SWT.
 Merosakkan syariat dan sia-sia
 Menimbulkan huru hara dan salah faham dalam masyarakat

PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM Unit 3 :


Munakahat

Soalan
1. Nyatakan falsafah munakahat

2. Apakah maksud munakahat

3. Apakah yang dimaksudkan dengan nikah

4. Nyatakan faedah / hikmah perkahwinan.

5. Jelaskan hikmah disyariatkan wali sebagai salah satu daripada rukun nikah

6. Mengapakah enggan berkahwin boleh mendatangkan keburukan

7. Antara tujuan perkahwinan dalam Islam ialah memelihara akhlak manusia.


Terangkan hujah bagi menyokong penyataan di atas.

By Tokburong.wordpress.com 106
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

8. Bagaimanakah cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan

9. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk tujuan tertentu. Jelaskan tujuan
tersebut

10. Jelaskan hukum perkahwinan satu persatu.

11. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting. Bincangkan.

12. Nyatakan hikmat iddah terhadap pasangan suami dan isteri..

13. Bagaimanakah sesuatu perkahwinan boleh menjadi ibadat.

14. Nyatakan kesan perlaksanaan akad nikah

15. Mengapakah Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin.

16. Saksi dalam sistem munakahah mestilah seorang yang adil


Jelaskan maksud adil dalam pernyataan tersebut.

17. Jelaskan kepentingan saksi dalam pernikahan


18. Jelaskan tanggungjawab suami

19. Jelaskan tanggungjawab isteri

20. Jelaskan tanggungjawab bersama suami isteri

21. Bincangkan cara mengekalkan kebahagian rumahtangga

22. Jelaskan punca keutuhan sesebuah rumahtangga

Jawapan
1. Falsafah munakahat ialah
 ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan umat manusia secara
sah dan bertanggungjawab.

2. Maksud munakahat
 Sistem yang mengatur perkara yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, kewajipan suami
isteri dan sebagainya.

3. Nikah bermaksud
 bahasa: berkumpul.
 Syarak: ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup
bersama, tolong-menolong dan menunaikan naluri seks secara halal.

4. Faedah / hikmah perkahwinan.


 Mendapat ketenangan jiwa
 Melahirkan rasa bertanggungjawab dikalangan suami isteri
 Dapat memupuk semangat daya juang yang tinggi

By Tokburong.wordpress.com 107
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

 Dapat memelihara nasab dan keturunan manusia dengan sempurna


 Dapat mengembangkan zuriat umat Islam dengan teratur

5. Hikmah disyariatkan wali sebagai salah satu daripada rukun nikah


 supaya akad nikah tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
 supaya tidak berlaku penipuan dan fitnah dalam masyarakat
 mengesahkan status perempuan tersebut
 membuktikan bakal isteri adalah daripada nasab yang sah

6. Enggan berkahwin boleh mendatangkan keburukan kerana:-


 menyalahi sunnah rasulullah yang menggalakkan umatnya supaya berkahwin
 membantutkan perkembangan zuriat manusia di muka bumi
 menghapuskan institusi kekeluargaan
 terdorong melakukan maksiat dan bersekedudukan tanpa nikah
7. Hujah bahawa perkahwinan dalam Islam ialah memelihara akhlak manusia ialah
 melalui perkahwinan nafsu seks dapat disalurkan dengan baik dan beradab sopan
 memupuk kasih sayang dan hubungan mesra antara suami isteri
 menyekat dari melakukan maksiat

8. Cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan


 menghindarkan diri dari pergaulan bebas
 menjauhkan diri daripada tempat-tempat maksiat
 menjaga akhlak dan tingkah laku manusia.
 berkahwin apabila cukup syaratnya
 mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.
 Menutup aurat dan memelihara pandangan daripada perkara maksiat
 Menghindarkan diri daripada unsur-unsur dan bahan-bahan lucah

9. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk tujuan untuk
 melahirkan zuriat yang bersih dan suci
 mengelakkan daripada maksiat dan fitnah dalam masyarakat
 memantapkan institusi kekeluargaan Islam
 sistem munakahat Islam dapat diteruskan
 dapat menentukan dan memelihara pertalian keturunan manusia

10. Hukum perkahwinan ialah


 haram: mereka tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin serta berkahwin dengan tujuan
menzalimi pasangannya

 sunat: mempunyai nafkah , sihat tubuh badan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin
tetapi berupaya mengawal nafsu

 wajib: mempunyai nafkah, sihat tubuh badan dan takut terjerumus kepada zina kerana tidak
dapat mengawal nafsu.

 makruh: mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri

 harus: mereka yang tidak ada perkara mendesak untuk berkahwin dan juga tidak ada perkara
yang menghalang.

By Tokburong.wordpress.com 108
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

11. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting supaya:-
 dapat memberi peluang menilai pasangan masing-masing.
 Mengenali bakal pasangan masing-masing / suami isteri
 supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati.
 Dapat berpeluang mengenali pasangan masing-masing

12. Hikmat iddah terhadap pasangan suami dan isteri..


 memberi peluang kepada suami isteri untuk kembali semula kepada ikatan perkahwinan .
 memastikan rahim perempuan tersebut bersih daripada zuriat bekas suaminya.
 memberi masa kepada isteri untuk menyesuaikan diri hidup bersendirian tanpa suami
 memberi penghormatan kepada kaum wanita.

13. Perkahwinan boleh menjadi ibadat apabila


 niat perkahwinan adalah kerana Allah
 segala kaifiat perkahwinan hendaklah mengikut hukum syarak
 niat perkahwinan adalah kerana untuk mengikut sunnah Rasulullah.

14. Kesan perlaksanaan akad nikah menyebabkan:-


 Isteri wajib mentaati suami
 halalnya hubungan lelaki dan perempuan yang telah diijabkabukan
 suami bertanggungjawab memberi nafkah, pendidikan dan perlindungan kepada isteri dan anak-
anak
 suami isteri berhak mewarisi harta peninggalan masing-masing
 suami diwajibkan membayar mas kahwin kepada isteri
 suami isteri sama berkongsi tanggungjawab membina kebahagiaan keluarga dan rumahtangga.

15. Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin kerana


 untuk memupuk sikap bertanggunjawab
 dapat mengatur kehidupan yang lebih baik
 dengan perkahwinan dapat mengembangkan dakwah Islamiah
 dapat mengatasi masalah sosial.

16. Saksi adil dalam sistem munakat bermaksud


 seorang yang warak dan zuhud
 seorang yang tidak meninggalkan ibadah wajib
 seorang yang tidak melakukan dosa besar dan mengekali dosa kecil
 seorang yang tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah atau tidak fasik
 seorang yang boleh dipercayai atau tidak dikenali sebagai seorang yang pembohong

17. Kepentingan saksi dalam pernikahan kerana


 untuk memastikan sesuatu pernikahan itu dilaksanakan mengikut syarak
 menjadi rujukan jika berlaku sesuatu masalah antara suami isteri

18. Tanggungjawab suami ialah:-


 memberi nafkah kepada isteri dan anak
 memberi layanan yang baik kepada isteri
 memberi didikan yang sempurna kepada anak dan isteri

By Tokburong.wordpress.com 109
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

19. Tanggungjawab isteri ialah


 Sentiasa taat kepada suami
 Sentiasa memberi layanan yang baik dan ikhlas kepada suami
 Sentiasa menjaga harta suami
 Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga

20. Tanggungjawab bersama suami isteri ialah


 mengekalkan kerukunan rumah tangga supaya sentiasa bahagia
 memelihara dan mendidik anak-anak dengan baik
 memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua pihak suami dan isteri

21. Cara mengekalkan kebahagian rumahtangga


 Setiap pasangan mestilah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan ikhlas
 Mewujudkan hubungan silaturahim dikalangan anggota keluarga setiap pasangan
 Sentiasa tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sam a lain
 Sentiasa menjauhi perkara mungkar dalam rumahtangga
 Sentiasa menjaga amanah dalam kehidupan berumahtangga
 Setiap pasangan mestilah sedia bermaaf-maafan dan tidak membesarkan isu yang remeh temeh
 Segera menyelesaikan setiap masalah yang timbul dan merujuk kepada mereka yang pakar jika
timbul sebarang masalah
 Saling memenuhi keperluan pasangan masing-masing
 Sentiasa berusaha untuk mengukuhkan ekonomi rumahtangga

22. Punca keutuhan sesebuah rumahtangga


 Semua pihak menjalankan tanggungjawab terhadap rumahtangga dengan sempurna mengikut
bidang dan tugas masing-masing
 Mengamalkan segala perintah agama dan menjauhi maksiat dalam keluarga
 Mengamalkan sikap hormat menghormati dan berkasih sayang dalam keluarga
 Sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal dan berbelanja mengikut kemampuan

PELAJARAN 6 : FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM


Unit 4 : Falsafah Jenayah

Soalan
1. Apakah maksud jenayah

2. Nyatakan maksud falsafah jenayah Islam

3. Jelaskan pengertian istilah-istilah berikut:


a. Qisas b. Hudud c. Takzir d. Diat

4. Huraikan faedah / kepentingan undang-undang jenayah dan qadha’

5. Nyatakan jenis, kesalahan, dan hukuman yang ditetapkan di dalam hukum jenayah Islam

By Tokburong.wordpress.com 110
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

6. Jelaskan hikmat perlaksanaan hukum hudud dan qisas

7. Jelaskan hikmah perlaksanaan hukum takzir dan diat

8. Jelaskan bukti perlaksanaan hukum jenayah berteraskan Islam dapat menyelesaikan pelbagai
masalah negara.

9. Ada pendapat mengatakan bahawa hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dianggap
zalim.Nyatakan alasan menolak pendapat tersebut.

10. Qisas bermaksud pembalasan yang setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan. Mengapakah Allah
menetapkan qisas kepada penjenayah tertentu.

11. Jelaskan perbezaan diantara qisas, hudud dan takzir

12. Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman dijatuhkan ke atas pesalah.Mengapakah
perbuatan tersebut masih berlaku

13. Bagaimanakanah cara mengatasi masalah kecurian menurut Islam

14. Nyatakan contoh perlakuan jenayah

15. Terangkan perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan hukum jenayah yang tidak berpandukan
syariat Islam
16. Apakah yang dimaksudkan dengan taubat

17. Nyatakan syarat-syarat taubat yang diterima oleh Allah SWT

18. Jelaskan kepentingan taubat

Jawapan
1. Maksud jenayah ialah:-
 melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah serta melanggar peraturan bermasyarakat dan
bernegara sepertimana yang telah ditetapkan oleh Islam

2. Maksud falsafah jenayah Islam ialah:-


 peraturan / hukuman yang telah ditentukan oleh Allah untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara
bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.

3. Faedah / kepentingan undang-undang jenayah dan qadha’ ialah:-


 menegakkan keadilan
 melaksanakan kanun ilahi
 mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat dan negara
 menjamin kebebasan diri dan masyarakat.sebagai peringatan/pencegahan kepada orang ramai
agar tidak melakukan jenayah

By Tokburong.wordpress.com 111
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Pengertian istilah-istilah berikut:


Qisas
 bahasa: memotong
 syarak: membalas perbuatan jenayah dengan perbuatan yang serupa dengan apa yang telah
dilakukan. Contohnya bunuh dibalas dengan bunuh.

5. Hudud:
 bahasa: menahan atau mencegah
 istilah: jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan mesti
dilaksanakan oleh manusia berkait dengan kesalahan yang berhubung dengan hak Allah

Takzir:
 bahasa: tolak atau menghalang
 istilah: kesalahan yang tidak termasuk di bawah hukum hudud dan qisas atau kesalahan-
kesalahan yang termasuk di bawah ketegori hudud dan qisas tetapi tidak cukup syarat untuk
disabitkan kesalahannya.

Diat:
 Bahasa : denda
 Istilah: denda yang ditetapkan oleh syarak sebagai ganti kepada qisas yang tidak dilaksanakan.

6. Jenis, kesalahan, dan hukuman yang ditetapkan di dalam hukum jenayah Islam ialah:-
Jenis Contoh kesalahan Hukuman
 Qisas  membunuh  balas bunuh
 mencederakan anggota  dibalas cedera yang serupa
tubuh badan
 hudud  zina  disebat 100 kali jika belum berkahwin dan
direjam hingga mati jika sudah berkahwin
 dirotan 80 kali sebatan
 tuduh zina  dirotan 80 kali sebatan
 minum arak  potong tangan
 mencuri  dihukum bunuh setelah enggan bertaubat
 murtad  potong tangan secara bersilang

 merompak
 takzir  kesalahan yang tidak  hakim berhak menentu atau menjatuhkan
/diat termasuk di bawah hukum hukum mengikut kesesuaian dengan
qisas dan hudud contoh: kesalahan yang dilakukan
mendedahkan aurat,
fitnah, kesalahan
jalanraya
7. Hikmat perlaksanaan hukum hudud dan qisas ialah
 menjamin keamanan, keharmonian dan kesejahteraan individu dan masyarakat
 melindungi nyawa dan hartabenda dari dianiaya
 menjamin maruah dan keturunan supaya tidak rosak dan tercemar
 menggelakkan berlakunya persengketaan dalam keluarga dan masyarakat
 menjaga nama baik dan maruah seseorang .

By Tokburong.wordpress.com 112
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

8. Hikmah perlaksanaan hukum takzir dan diat ialah


 jaminan sosial untuk memberi perlindungan kepada masyarakat
 memberi peluang kepada penjenayah bertaubat / tidak mengulangi kesalahannya
 menanam sifat bertolak ansur dan bermaaf-maafan
 menghindarkan perasaan ingin membalas dendam
 memberi amaran agar tidak terlanjur melakukan kesalahan yang lebih besar

9. Bukti perlaksanaan hukum jenayah berteraskan Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah
negara ialah:-
 Hudud - dapat menghindarkan dan mencegah jenayah tersebut daripada dilakukan
 Qisas - dapat mengelakkan rasa tidak puas hati mangsa / keluarganya
 Takzir - memberi kesedaran dan pengajaran kepada penjenayah dan orang ramai

10. Ada pendapat mengatakan bahawa hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dianggap
zalim tidak boleh diterima kerana:-
 hukum bunuh adalah dari Allah mustahil hukum ini kejam dan zalim
 hukum murtad adalah untuk pencegahan dan bukan suatu penganiayaan.
 orang yang murtad terlebih dahulu diberi peluang untuk kembali kepada ajaran Islam serta
bertaubat.
 kepentingan orang ramai dan kesucian agama Islam adalah lebih utama daripada menjaga
kepentingan individu

11. Allah menetapkan qisas kepada penjenayah tertentu kerana:-


 untuk memberi keinsafan kepada penjenayah
 supaya masyarakat dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari hukuman tersebut.
 mendidik masyarakat menghormati dan menghargai nyawa orang lain.
 supaya jenayah tersebut tidak akan diulangi lagi

12. Perbezaan diantara qisas, hudud dan takzir ialah

Qisas Hudud Takzir


 hukumnya terkandung di  hukumnya terkandung dalam  hukumnya tidak termaktub
dalam al-Quran dan al-Quran dan hadis di dalam al-Quran dan
hadis hadis (ditentukan oleh
pemerintah)

 kuasa pengampunan  Tiada kuasa pengampunan  kuasa pengampunan


terletak pada waris  terletak kepada
mangsa pemerintah

 pembalasannya adalah  Pembalasannya adalah hak  pembalasannya adalahak
hak Allah dan juga Allah secara tetap hakim
mangsa / waris  
 Hukumannya
 Hukumannya sama  Hukumannya telah ditetapkan  mengikut budi bicara
dengan kesalahan yang oleh Allah hakim / pihak berkuasa
dilakukan

By Tokburong.wordpress.com 113
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

13. Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman dijatuhkan ke atas pesalah.
 kerana hukuman yang dikenakan tidak mengikut syarak
 kerana terpengaruh dengan keadaan persekitaran / rakan / nafsu
 kerana kesempitan hidup
 kerana kurang penghayatan agama

14. Cara mengatasi masalah kecurian menurut Islam ialah


 menanamkan sifat-sifat terpuji seperti zuhud dan qanaah / menjauhi sifat tamak
 menjaga harta dengan baik
 mengenakan hukuman mengikut hukum jenayah Islam.
 meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam

15. Contoh perlakuan jenayah ialah


 mencuri
 minum arak
 berzina
 berjudi

16. Perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan hukum jenayah yang tidak berpandukan syariat
Islam :-

Hukum Jenayah Islam Hukum Jenayah bukan Islam


Bil
 berdasarkan al Qur’an dan al Hadis  berdasarkan kepada pandangan dan
1
pendapat manusia
 bermatlamatkan keadilan sejagat  bermatlamatkan kebendaan dan keduniaan
serta kepentingan pihak-pihak tertentu
2

 dapat membentuk dan mendidik  tidak berupaya dan gagal membentuk jiwa
3
jiwa manusia manusia.
 berdasarkan al Qur’an dan al Hadis  berdasarkan kepada pandangan
4
danpendapat manusia
 bermatlamatkan untuk menjaga  bermatlamatkan kebendaan dan keduniaan
5 keadilan sejagat serta kepentingan pihak-pihak tertentu

17. Maksud taubat


 Kesal dengan dosa yang telah dilakukan dan berazam tidak akan melakukannya lagi

18. Syarat-syarat taubat yang diterima oleh Allah SWT


 Bertaubat dengan ikhlas
 Menyesali dosa yang telah dilakukan
 Berhenti daripada melakukan dosa-dosa tersebut
 Benci kepada perbuatan tersebut jika dilakukan oleh orang lain
 Jika kesalahan tersebut melibatkan manusia, pesalah mestilah meminta maaf daripada nya

By Tokburong.wordpress.com 114
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

19. Kepentingan taubat


 Orang yang bertaubat mendapat keampunan dan petunjuk daripada Allah SWT
 Memperoleh kemenangan dan ketenangan jiwa
 Menjadikan orang yang bertaubat sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah SWT
 Akan melahirkan perasaan bersalah dan penyesalan kepada penjenayah

BAB 3 : PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM

PELAJARAN 7 : ASAS DAN PERTIMBANGAN PENYELESAIAN


MASALAH MENURUT ISLAM

Soalan
1. Jelaskan pengertian penyelesaian masalah menurut Islam

2. Huraikan matlamat penyelesaian masalah menurut Islam

3. Bincangkan keperluan penyelesaian masalah berdsarkan Islam

4. Nyatakan sumber penyelesaian masalah menurut Islam

5. Berikan bukti Islam mampu menyelesaikan masalah

Jawapan

1. Pengertian penyelesaian masalah menurut Islam


 Penyelesaian masalah menurut Islam bermaksud menyelesaikan masalah umat manusia
dilakukan berasaskan syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT dengan mengambil kira
semua aspek kehidupan manusia yang meliputi ekonomi, politik, sosial, perundangan dan
sebagainya
2. Matlamat penyelesaian masalah menurut Islam
 Dapat menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT
 Dapat memberi ketenangan dalam kehidupan kerana masalah dapat diselesaikan sehingga ke
akar umbi
 Dapat membangkitkan semangat untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan tidak
mudah berputus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut

3. Keperluan penyelesaian masalah berdasarkan Islam


 Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah semula jadi manusia, kerana agama Islam
adalah agama yang cintakan keamanan , kebaikan dan bencikan sesuatu yang boleh membawa
kemusnahan sama seperti kehendak semula jadi manusia.
 Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dan meliputi semua aspek kehidupan manusia
sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
 Islam memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kedudukan, pangkat dan
keturunan seseorang.

By Tokburong.wordpress.com 115
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

4. Sumber penyelesaian masalah menurut Islam


 Al-Quran
 As-Sunnah
 Al-Ijmak
 Al-Qias

5. Bukti Islam mampu menyelesaikan masalah


 Islam telah mensyariatkan pelbagai peraturan dan hukum dalam mengawal setiap aktiviti
manusia agar mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Contohnya hukum akidah,
hukum etika dan hukum amaliyyah.
 Islam juga telah menyediakan cara penyelesaian sesuatu masalah dengan terperinci dan
bersistematik. Contohnya dalam menyelesaikan masalah pembuangan bayi Islam telah
mengharamkan semua unsur yang boleh membawa kepada masalah tersebut seperti pergaulan
bebas dan perzinaan
 Islam menyediakan pembalasan ke atas semua perbuatan manusia sama ada di dunia dan
akhirat, di mana jika seseorang itu terlepas daripada menerima pembalasan semasa di dunia ,
dia akan mendapat pembalasan semasa di akhirat

PELAJARAN 8 : CARA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan
1. Nyatakan langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah

2. Terangkan perlakuan dalam menyelesaikan masalah

3. Senaraiakn cara penyelesaian masalah menurut Islam

4. Doa merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah umat Islam. Apakah yang dimaksudkan
dengan doa

5. Huraikan adab-adab berdoa

6. Nyatakan tindakan yang harus anada lakukan selepas berdoa

7. Huraikan kesan doa dalam pembentukan akhlak

8. Apa yang dimaksudkan dengan dakwah

9. Jelaskan sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah.

10. Mengapakah dakwah mesti diteruskan.

11. Bagaimanakah cara melakukan dakwah dengan lebih berkesan

By Tokburong.wordpress.com 116
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

12. Bagaimanakah cara anda berdakwah di sekolah

13. Penyelesaian masalah secara Islam memberi kesan kepada jiwa manusia
Jelaskan pernyataan tersebut

Jawapan
1. Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah ialah :
 Mengenal pasti masalah yang berlaku
 Mengenalpasti punca masalah secara terperinci dan menyeluruh
 Membuat strategi dan kaedah untuk menyelesaikan masalah
 Menguji kaedah dan strategi untuk menyelesaikan masalah
 Melakukan penilaian semula terhadap strategi yang telah dilakukan
2. Perlakuan dalam menyelesaikan masalah
 Niat : Mempunyai niat yang betul dan baik untuk menyelesaikan masalah
 Keazaman : Mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyelesaikan masalah yang berlaku
 Tindakan : Tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah mestilah betul dan menepati
kehendak syarak
 Tawakal : Iaitu berserah kepada Allah SWT untuk menentukan kejayaannya setelah segala usaha
dan ikhtiar dilakukan dengan sempurna dan bersungguh-sungguh
 Muhasabah : Iaitu menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah

3. Cara penyelesaian masalah menurut Islam


 Melalui al-Quran
 Melalui al-Hadis
 Melalui tindakan yang betul dari pemerintah
 Melalui nasihat yang bijaksana
 Melalui dakwah yang berkesan
 Melalui pendidikan yang betul
 Melalui doa
 Melalui kesungguhan bekerja
 Melalui pegangan kepada agama Islam yang teguh

4. Maksud doa
 Doa ialah cara untuk memohon kebaikan atau menolak sesuatu keburukan kepada Allah SWT.
Seseorang yang menghadapi masalah mestilah berdoa kepada Allah SWT supaya masalah yang
dihadapinya dapat diselesaikan dengan baik, setelah segala usaha dilakukan dengan sempurna

5. Adab-adab berdoa
 Berdoa dengan ikhlas kepada Allah SWT
 Berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar
 Berkeadaan khyusuk dan tenang
 Berdoa dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh serta tidak berputus asa
 Melunakkan suara ketika berdoa
 Memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan mengakhiri doa dengan berselawat

By Tokburong.wordpress.com 117
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

6. Tindakan yang harus lakukan selepas berdoa


 Bekerja dengan bersungguh-sungguh
 Bertawakal kepada Allah SWT
 Sentiasa berusaha tanpa rasa jemu

7. Kesan doa dalam pembentukan akhlak


 manusia sedar bahawa dirinya lemah berbanding dengan kekuasaan Allah SWT
 menghindarkan sifat sombong dan riak dalam diri seseorang
 memotivasikan diri untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh
 dapat menghampirkan diri kepada Allah
 menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT

8. Maksud dakwah
 Suatu usaha menyeru dan menyakinkan orang lain supaya menerima dan mengamalkan ajaran
Islam.
 menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang mereka daripda melakukan kejahatan.

9. Sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah.


 Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT
 memahami suasana dan masalah masyarakat
 bijaksana dan berilmu pengetahuan yang tinggi
 petah berbicara.
 berani menyatakan yang hak
 ikhlas kerana Allah
 gigih dan tekun dalam menghadapi cabaran

10. Sebab dakwah mesti diteruskan.


 untuk meningkatkan kefahaman umat Islam kepada ajaran Islam
 kerana masih banyak berlaku pelanggaran hukum-hukum Allah dalam kalangan umat Islam
 untuk terus menyebarkan ajaran Islam ke seluruh alam

11. Cara melakukan dakwah dengan lebih berkesan


 menggunakan media massa dan teknologi maklumat
 menggunakan pelbagai bahasa yang sesuai
 menggunakan saluran khidmat amal yang dapat memenuhi kehendak masyarakat
 melalui saluran pemerintahan yang melibatkan semua agensi
 pendakwah menjadi contoh dengan beramal soleh dan sentiasa berakhlak mulia

12. Cara saya berdakwah di sekolah


 menunjuk contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan di sekolah
 menerbitkan risalah-risalah dakwah untuk disebarkan kepada rakan-rakan
 menganjurkan minggu dakwah
 mengadakan ceramah, forum, tazkirah dan lain-lain di sekolah

13. Penyelesaian masalah secara Islam memberi kesan kepada jiwa manusia
 Menambah keyakinan kepada Allah dan RasulNya
 melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh
 menanam sifat ikhlas dalam jiwa

By Tokburong.wordpress.com 118
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 9 : ISU, MASALAH DAN CARA PENYELESAIAN


MENURUT ISLAM

Soalan
1. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan ummah

3. Perpecahan dan persengketaan dalam kalangan masyarakat akan mengakibatkan huru hara dan
ekonomi negara menjadi mundur. Bagaimanakah masalah tersebut dapat dielakkan daripada berlaku

4. Kecemerlangan dalam pelajaran akan melahirkan bangsa yang berilmu dan maju. Sebagai seorang
pelajar bagaimanakah anda dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran

5. Bagaimanakah cara Islam menyatukan masyarakat majmuk.

6. Jelaskan cara penyelesaian Islam dalam menangani perpecahan masyarakat.

7. Sarankan langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan umat.

8. Jelaskan peranan kerajaan dalam menangani masalah kejahilan umat Islam.

9. Kejahilan antara punca kemunduran umat Islam. Terangkan faktor berlakunya kejahilan

10. Kemukakan cadangan anda bagi mengatasi masalah kejahilan ummah

11. Apakah sumbangan yang dapat anda berikan dalam membasmi kejahilan ummah

12. Islam memartabatkan ilmu pengetahuan. Terangkan hujah bagi menyokong pernyataan diatas

13. Nyatakan cara penyelesaian Islam dalam menangani masalah kemiskinan.

14. Berikan contoh keruntuhan akhlak muda-mudi sekarang.

15. Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Huraikan cara
anda membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah tersebut.

16. Sumbang mahram merupakan perbuatan keji yang maih berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.
Terangkan langkah bagi menangani masalah tersebut.

17. Masalah samseng dalam kalangan pelajar sekolah membimbangkan masyarakat. Huraikan kesan jika
masalah tersebut tidak dibendung

18. Kemukakan cara untuk mengatasi masalah samseng

19. Bagaimanakah cara institusi zakat boleh meningkatkan ekonomi negara dan umat Islam

By Tokburong.wordpress.com 119
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

20. Jelaskan cara-cara menangani masalah gejala lepak

21. Islam memelihara institusi keluaraga daripada sebarang kepincangan.Jelaskan kenyataan di atas

22. Tingkah laku tidak menghormati guru masih berlaku di sekolah. Terangkan akibat tingkah laku
tersebut terhadap persekitaran sekolah

23. Jelaskan cara yang dapat anda lakukan bagi menyelesaikan masalah tidak menghormati guru di
sekolah.

24. Kesaksamaan sosial bermaksud keharmonian hubungan sesama manusia. Jelaskan punca
kegagalan mengamalkan kjesaksamaan sosial

25. Huraikan contoh pengamalan kesaksamaan sosial dalam masyarakat

Jawapan
1. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini.
 Ketinggalan dalam bidang ilmu dan ekonomi
 Jahil dalam bidang agama
 berlaku perpecahan dan permusuhan sesama sendiri
 serangan pemikiran daripada negara-negara barat

2. Maksud perpaduan ummah


 Perpaduan ummah bermaksud manusia hidup dalam sebuah masyarakat yang sayang
menyayangi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Perpaduan dalam Islam
meliputi semua manusia tanpa mengira keturunan, warna kulit, bahasa, bangsa dan pangkat
seseorang
3. Cara masalah perpecahan ummah dapat dielakkan daripada berlaku
 Saling hormat menghormati antara satu sama lain
 Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti masyarakat seperti gotong-royong,
bantu membantu dan tolong menolong
 Mengamalkan toleransi di kalangan masyarakat yang tidak menjejaskan akidah dan sentiasa
bersikap terbuka
 Mengamalkan kebebasan beragama tanpa menganggu ketenteraman orang lain
 MengadakanaAktiviti berbentuk kempen dan ceramah yang berkaitan dengan perpaduan
dalam media massa
 Aktiviti mengeratkan silaturrahim seperti ziarah menziarahi dan mengadakan rumah terbuka
sempena perayaan tertentu

4. Cara \anda dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran


 Belajar bersungguh-sungguh
 Menepati masa
 Mengulangkaji pelajaran
 Berdisiplin
 Menghormati guru
 Sayangi rakan / orang lain
 Mencintai ilmu
 Berakhlak mulia

By Tokburong.wordpress.com 120
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

5. Bagaimanakah cara Islam menyatukan masyarakat majmuk.


 semua rakyat dan masyarakat mesti mematuhi undang-undang negara.
 Kerajaan bersikap adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
 mengamalkan kebebasan beragama, berbudaya dan bersuara dalam negara
 saling memahami dan menghormati kebudayaan masing-masing.

6. Jelaskan cara penyelesaian Islam dalam menangani perpecahan masyarakat.


 memperbanyakkan aktiviti yang boleh memupuk perpaduan seperti gotong royong
 menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat menghormati melalui pendidikan di sekolah.
 mentaati segala peraturan dan undang-undang negara.
 menghormati antara satu sama lain

7. Sarankan langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan umat.


 menyemai nilai-nilai murni seperti hormat menghormati ke dalam jiwa umat Islam
 memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kepada masyarakat
 memperbanyakkan aktiviti yang boleh memupuk semangat perpaduan seperti rumah terbuka
 Mengadakan kempen dan ceramah mengenai kebaikan perpaduan dan keburukan perpecahan
dalam masyarakat.

8. Jelaskan peranan kerajaan dalam menangani masalah kejahilan umat Islam.


 menyediakan kemudahan menuntut ilmu kepada rakyat
 berusaha mengatasi masalah keciciran pelajar dengan mewajibkan semua rakyat untuk
menghadiri sekolah
 memperbanyakkan program agama dalam media massa seperti TV dan radio
 menyebarkan majalah dan kitab-kitab agama kepada orang ramai

9. Kejahilan antara punca kemunduran umat Islam. Terangkan faktor berlakunya kejahilan
 Kurang kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan atau malas untuk belajar
 Desakan hidup disebabkan taraf hidup yang rendah atau berada dalam kemiskinan
menyebabkan mereka tiada wang untuk belajar
 Kehilangan tempat pergantungan akibat kematian orang tua
 Kemampuan pemikiran yang lemah
 Pengaruh luar yang negetif dan merosakkan seperti hiburan yang keterlaluan menyebabkan
mereka tidak berminat untuk belajar
 Kurang didikan agama menyebabkan mereka tidak mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan

10. Kemukakan cadangan anda bagi mengatasi masalah kejahilan ummah


 Menguatkuasakan kewajipan menuntut ilmu keatas semua rakyat dalam negara
 Memberi kesedaran dan motivasi agar menuntut ilmu melalui kempen dan ceramah melalui
media massa
 Menyahut cabaran untuk melaksanakan pendidikan seumur hidup serta mewujudkan budaya
ilmu dalam masyarakat
 Melakukan penyelidikan dan pengkajian dalam pelbagai bidang
 Memberi insentif pelajaran seperti biasiswa dan derma siswa kepada para pelajar
 Peranan ibu bapa dengan memberi kesedaran terhadap kepentingan menuntut ilmu kepada
anak-anak sejak dari kecil
 Menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif dan sesuai kepada semua rakyat
 Mengawal pengaruh luar yang merosakkan seperti hiburan yang keterlaluan daripada
berkembang dalam masyarakat

By Tokburong.wordpress.com 121
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

11. Sumbangan anda dalam usaha membasmi kejahilan masyarakat dengan cara
 membantu mengadakan majlis ilmu seperti ceramah, forum dan sebagainya
 mengedarkan risalah tentang kepentingan ilmu pengetahuan kepada masyarakt
 turut serta bersama kerajaan dalam usaha membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat
 mengajak rakan - rakan berusaha mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang

12. Islam memartabatkan ilmu pengetahuan. Terangkan hujah bagi menyokong pernyataan diatas
 Allah memuliakan orang - orang yang berilmu dengan mengangkat darjat mereka
 Mewajibkan orang Islam menuntut ilmu, dengan ilmu seseorang itu, boleh beribadat dengan
lebih sempurna.
 Menggalakkan umatnya membuat kajian untuk menambahkan mutu produk yang dihasilkan
 Menyeru serta mengalakkan umatNya menuntut ilmu sepanjang hayat
 Orang yang berilmu akan disanjung tinggi oleh masyarakat
 Orang yang mati ketika menuntut ilmu diberikan pahala mati syahid

13. Nyatakan cara penyelesaian Islam dalam menangani masalah kemiskinan.


 memberi dorongan dan motivasi kepada individu dan masyarakat untuk mengubah nasib
 golongan yang berada dikehendaki memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui
sedekah dan derma
 melalui sistem muamalah Islam seperti al ijarah, al rahn dan al qardhul hasan

14. Berikan contoh keruntuhan akhlak muda-mudi sekarang.


 budaya lepak
 tidak menghormati orang tua
 pergaulan bebas
 berpakaian menjolok mata / mendedahkan aurat

15. Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah.
Huraikan cara anda membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah tersebut.
 Melaporkan kes tersebut kepada pihak sekolah supaya kes dapat diselesaikan dari awal
 Memberi nasihat kepada pelaku kes tersebut agar bertaubat daripada kesalahan yang
dilakukan
 Menyertai kelab pencegah jenayah untuk memberi kerjasama kepada pihak berwajib dalam
membasmi perbuatan tersebut
 Menjadi pembimbing rakan sebaya atau pengawas untuk membantu pihak sekolah dalam
membasmi perbuatan tersebut
 Menunjukkan contoh teladan yang baik seperti menghormati guru
 Mengadakan kempen, ceramah, forum atau menampal poster tentang keburukan perbuatan buli
dan membantu rakan yang terlibat
 Melaporkan kepada pihak berkuasa atau polis tentang kejadian buli yang berlaku
 Melaporkan kepada ibu bapa tentang kejadian buli terhadap anak mereka

16. Langkah bagi menangani masalah sumbang mahram.


 Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil
 Melaksanakan hukuman mengikut hukuman Islam seperti hukum hudud keatas pesalah
 Menjaga batasan aurat antara lelaki dan perempuan dalam keluarga
 Mengamalkan akhlak mulia seperti hormat menghormati dalam rumahtangga
 Menguatkuasakan undang-undang dan tindakan tegas keatas pesalah
 Memberi kesedaran melalui kempen, ceramah dan dakwah kepada masyarakat

By Tokburong.wordpress.com 122
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

 Memantapkan iman dengan sentiasa menambahkan ilmu agama


 Sentiasa melakukan amal soleh seperti soalt dan berzikir
 Waspada dengan pergaulan anak-anak melalui keperihatinan ibu bapa terhadap anak mereka.

17. Kesan jika masalah samseng dalam kalangan pelajar sekolah tidak dibendung
 Keselamatan pelajar sentiasa terancam dan berada dalam ketakutan
 Matlamat kecemerlangan pendidikan tidak tercapai.
 Merugikan negara dari segi peruntukan dan perancangan pendidikan
 Pembangunan pendidikan negara terbantut.
 Kegiatan jenayah dikalangan remaja berleluasa
 Masa depan generasi muda dalam kegelapan.
 Ibu bapa berasa bimbang terhadap keselamatan anak
 Masyarakat mundur akan dipandang hina dan mencemarkan imej negara

18. Kemukakan cara untuk mengatasi masalah samseng


 Mengadakan program motivasi dan kesedaran tentang pencegahan jenayah secara berterusan
melalui ceramah dan kempen
 Melaksanakan penguatkuasaan disiplin yang bersepadu antara guru, ibu bapa dan masyarakat
 Tindakan tegas oleh pihak berkuasa, kementerian pelajaran dan oleh sekolah dengan
menjatuhkan hukuman yang sewajarnya keatas pesalah
 Pelaksanaan program penghayatan Islam dan penerapan nilai murni melalui program khemah
ibadat dan sebagainya
 Melaksanakan program rakan sebaya yang efektif seperti rakan masjid

19. Bagaimanakah cara institusi zakat boleh meningkatkan ekonomi negara dan umat Islam
 menyediakan modal untuk memulakan dalam mengembangkan perniagaan
 memberi bantuan pembelajaran agar umat Islam mampu menceburi bidang-bidang profesional
 membantu fakir miskin menyara kehidupan mereka
 membina institusi pendidikan dan kemahiran kepada fakir miskin

20. Jelaskan cara-cara menangani masalah gejala lepak


 memberi didikan agama yang sempurna
 mangadakan kem motivasi / bina insan
 menganjurkan aktiviti yang berfaedah
 mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak

21. Islam memelihara institusi keluaraga daripada sebarang kepincangan.


Jelaskan kenyataan di atas
 Islam telah menetapkan tanggungjawab yang tertentu ke atas suami, isteri,ibu bapa dan anak-
anak yang wajib ditunaikan
 semua pihak dalam sesebuah keluarga mempunyai peranan dan sumbangan dalam membina
kerukunan rumah tangga
 hubungan kekeluargaan dalam Islam adalah berdasarkan ikatan yang kukuh dan sempurna
 hubungan kekeluargaan Islam adalah berteraskan syariah Islamiah yang mementingkan akhlak
terpuji

22. Akibat tingkah laku tidak menghormati guru terhadap persekitaran sekolah
 Proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dalam suasana harmoni
 Tidak wujud komunikasi yang berkesan antara guru dan pelajar
 Masalah ponteng kelas akan berlaku secara berleluasa

By Tokburong.wordpress.com 123
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

 Gejala vandalisme seperti merosakan harta benda sekolah sukar dikawal


 Gejala samseng, buli, gaduh, ugut dan gejala sosial akan meningkat
 Disiplin pelajar merosot seperti bersikap biadap dan berakhlak buruk kepada guru dan ibu bapa
 Suasana sekolah menjadi tidak aman dan berada dalam keadaan kucar kacir, huru hara serta
tidak selesa untuk belajar kerana ramainya pelajar yang samseng

23. Jelaskan cara yang dapat anda lakukan bagi menyelesaikan masalah tidak menghormati guru
di sekolah.
 Memberi nasihat, ceramah, motivasi / kaunseling / bengkel / kempen supaya meninggalkan
perbuatan tersebut
 Melaporkan kepada ibu bapa mengenai kesalahan pelajar tersebut
 Mengajak rakan tersebut meminta maaf dengan guru berkenaan
 Berdakwah kepada pelaku dengan menceritakan balasan buruk akibat tidak menghormati guru
 Mengajak rakan menghadiri kelas agama untuk memberi kesedaran kepada mereka
 Menguatkuasakan disiplin supaya dipatuhi oleh pelajar
 Memberi contoh / teladan yang baik kepada pelajar lain
 Memantapkan keimanan / didikan agama / ajaran Islam melalui kem-kem ibadat dan dakwah
yang berterusan
 Mengamalkan / menghayati ajaran Islam / nilai-nilai murni dalam kehidupan

24. Punca kegagalan mengamalkan kesaksamaan sosial


 Sikap mementingkan diri sendiri / tamak dalam segala hal
 Bangga dengan kedudukan yang dimiliki dalam masyarakat
 Mengabaikan sikap prihatin terhadap orang lain dengan tidak peduli terhadap masalah mereka
 Menunjuk – nunjuk melakukan kebaikan untuk mendapat sanjungan
 Enggan membantu orang lain seperti bersedekah / berzakat
 Tidak peka terhadap penderitaan dan kesusahan orang lain yang menderita
 Tiada semangat kerjasama antara satu sama lain dalam masyarakat
 Sifat hasad dengki / cemburu antara sesama insan

25. Huraikan contoh pengamalan kesaksamaan sosial dalam masyarakat


 Bergotong royong / hari keluarga dapat mewujudkan hubungan baik antara ahli masyarakat
 Mengeluarkan zakat / derma / sedekah dapat membantu golongan miskin dalam kehidupan
dalam membasmi perbuatan tersebut
 Menziarahi sesama ahli masyarakat terutamanya pada hari perayaan
 Mewujudkan badan kebajikan / rumah anak yatim / orang tua dapat meringankan beban yang
ditanggung
 Bantu membantu / tolong menolong dalam masyarakat
 Menghormati agama / budaya kaum lain dalam masyarakat majmuk

By Tokburong.wordpress.com 124
Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

PELAJARAN 10 : KELEBIHAN PENYELESAIAN MASALAH


MENURUT ISLAM

Soalan
1. Jelaskan ciri penyelesaian masalah secara Islam

2. Huraikan kelebihan penyelesaian masalah secara Islam

3. Mengapakah penyelesaian masalah mesti dilakukan menurut Islam.

4. Nyatakan perbezaan antara penyelesaian masalah secara Islam dengan konvensional

Jawapan
1. Ciiri penyelesaian masalah secara Islam ialah :-
 penyelesaian dilakukan secara menyeluruh.
 Bersumberkan wahyu / al- Quran dan al-Sunnah

2. Kelebihan penyelesaian masalah secara Islam :-


 mewujudkan kestabilan dalam kehidupan masyarakat dan negara.
 menjamin perpaduan dan persaudaraan ummah.
 menghidupkan semangat daya juang.

3. Penyelesaian masalah mesti dilakukan menurut Islam :-


 Kerana menurut Islam sesuatu masalah itu diselesaikan daripada akar umbinya / secara
menyeluruh
 Kerana penyelesaian masalah secara Islam adalah berpandukan wahyu yang pasti benar
 Kerana Islam memberi keadilan kepada semua pihak
 Kerana penyelesaian masalah secara Islam lebih berbentuk mendidik dan membina
keperibadian yang mulia

5. Perbezaan antara penyelesaian masalah secara Islam dengan konvensional

penyelesaian masalah secara Islam penyelesaian masalah secara konvensional


Bil
Sumber utama penyelesaian masalah Sumbernya adalah berasaskan kepada
1 secara Islam adalah daripada Allah kefahaman rasional manusia yang terbatas
SWT, seperti al-Quran dan al-Hadis
Matlamatnya adalah untuk Matlamatnya adalah bersifatkan keduniaan dan
2 kebahagiaan hidup didunia dan akhirat sementara

Penyelesaiannya dapat menambahkan Kaedah penyelesaian masalahnya akan


3 keyakinan dan ketakwaan kepada menjauhkan diri daripada rahmat Allah SWT
Allah SWT
Penyelesaiannya berteraskan nilai-nilai Penyelesaianya lebih berteraskan kepada
4
akhlak yang murni sentimen dan emosi

By Tokburong.wordpress.com 125

You might also like