You are on page 1of 16

MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DADAH

Penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara


membangun. Dadah juga disifatkan sebagai musuh utama negara-negara
tersebut. Di negara kita, masalah dadah menjadi masaalah nasional.
Pemerintah telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk
memeranginya. Selain daripada itu, banyak tenaga kerja diperlukan bagi
membasmi penyalahgunaan dadah itu.

Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenalpasti


terdiri daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua
puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh
kawan-kawan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayal
dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak
berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak ke
dalam perangkap dadah. Kesudahannya mereka tidak dapat
membebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia-
belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersebab dari keadaan
sekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kocar-kacir. Mereka ini
hidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup
ini, mereka menagih dadah.

Terdapat juga penagih-penagih yang terlibat dengan jenayah-jenayah


lain seperti mencuri, merompak, pecah rumah, merosak harta awam,
mencabul kehormatan dan kegiatan kumpulan haram.

Di negara ini, berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masaalah


penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah dengan mengadakan program
pendidikan pencegahan. Dalam program ini, belia-belia disedarkan dari
segi mental dan fizikal supaya menjauhi dadah. Program ini juga cuba
membentuk suasana sekitar yang menjadikan penyalahgunaan dadah
sebagai satu perkara jelek, antisosial dan musuh negara. Melalui
program tersebut juga, semua golongan masyarakat dilibatkan sama bagi
langkah pencegahan dan pengawasan dadah yang lebih menyeluruh.

Kertas ilmiah ini melihat keadaan semasa penyalahgunaan dadah di


kalangan penduduk Malaysia sejak tahun 1990 hingga 1993. Laporan
dadah mencatatkan angka seramai 20,236 penagih dadah sepanjang
tahun 1992 termasuk 60 hingga 70 peratus golongan belia berumur
antara 20-29 tahun. Seramai 12,486 penagih dadah telah kembali
menagih dadah selepas pulih dari pusat serenti. Keadaan ini
mengurangkan tenaga pembangun negara yang amat diperlukan oleh
negara kita. Diramalkan bahawa angka ini akan mencapai 24,614
penagih dadah pada tahun 1994 jika masalah ini tidak diselesaikan.
Kertas ilmiah ini telah mengulas beberapa punca penyalahgunaan dadah
di kalangan penduduk Malaysia. Faktor keseronokan, pengaruh kawan
dan rasa ingin tahu merupakan faktor utama penyebab penyalahgunaan
dadah di Malaysia. Faktor tekanan jiwa, keseronokan seksual, rawatan
kesihatan dan pengambilan dadah secara tidak sengaja juga
mempengaruhi penggunaan dadah di negara ini. Penggunaan dadah
Heroin adalah popular di Malaysia melibatkan penggunaan secara
"Chasing The Dragon". Penyalahgunaan dadah membawa beberapa
kesan yang merugikan masyarakat dan kerajaan Malaysia kerana ia
menjejaskan kesihatan individu penagih dadah dan menyebabkan
perubahan sikap yang negatif dan lembap. Ekonomi negara terjejas
kerana perbelanjaan ke atas dadah menelan belanja RM59 juta setahun
dan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM100 juta untuk
memulihkan golongan penagih ini. Keselamatan negara terancam kerana
60-70 peratus kes jenayah yang berlaku berpunca daripada penagihan
dadah. Strategi kerajaan setakat ini masih perlu diperbaiki untuk
mengurangkan penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menjalankan
banyak strategi untuk mencegah penggunaan dadah. Strategi pencegahan
awal, perundangan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan dadah, sistem
maklumat dadah, penyelidikan, kerjasama antarabangsa, peranan
organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dilakukan untuk
mengurangkan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Maka beberapa
cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini. Ketegasan
perundangan, kawalan dan sekatan kemasukan dadah perlu dikaji dan
dipergiatkan untuk mengawal kemasukan dadah. Rawatan pesakit luar,
sikap menjauhi dadah dan perbincangan pengalaman pahit ketagihan
dadah boleh mempertingkatkan ketahanan masyarakat Malaysia terhadap
ketagihan dadah. Sokongan masyarakat terhadap pencegahan dan
pemulihan dadah adalah penting untuk mengurang

AGENSI Dadah Kebangsaan (ADK) berperanan sebagai badan


pelaksana kepada Majils Dadah Kebangsaan untuk me-merangi gejala
penyalahgunaan dadah", kata pengarahnya, Dato' Bakri Hj. Omar semasa
sesi temuramah bersama war-tawan Dewan Siswa di pejabatnya baru--
baru ini.
Kegawatan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah
se-makin ketara pada masa kini. Agensi Dadah Kebangsaan telah
ditubuhkan pa-da 7 Februari 1996 di bawah Kementeri-an Dalam
Negeri.. Agensi Dadah Kebangsaan menggaris-kan tiga perkara sebagai
strategi utama perlaksanaannya iaitu pencegahan, pen-guatkuasaan
undang-undang di samping rawatan, dan pemulihan. Perkara inilah teras
untuk menghapuskan gejala ini da-ripada merosakkan para remaja
khusus-nya para pelajar sekolah.

Kaedah yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan ialah


pencegahan awalan dan umum. Pencegahan awalan ini lebih ditumpukan
kepada sekolah-se-kolah. Pencegahan ini merangkumi pro-gram-
program yang boleh menghindark-an pelajar daripada terjebak ke
Iembah hina ini.

Program 'PINTAR' merupakan salah satu program efektif yang


dijalankan di sekolah-sekolah rendah. Pada mulanya program ini
ditumpukan kepada pelajar tahun lima tetapi memandangkan
pengetahuan mengenai bahaya dadah perlu menyeluruh maka
perlaksanannya dilu-askan kepada pelajar tahun empat dan enam.
Program ini mendedahkan pelajar kepada bahaya penggunaan dadah,
pem-bentukan personaliti diri dan cara meng-hindari dadah.
Rasionalnya, program ini memimpin setiap pelajar mengatakan 'Tidak'
kepada dadah. Manakala, pencegahan umum pula me-rangkurni
program-program yang diran-cang untuk masyarakat khususnya para
pekerja. Mereka didedahkan mengenai bahaya dadah melalui pelbagai
aktiviti yang dirancang. Strategi kedua pula ialah penguat-kuasaan
undang-undang yang dilaksana-kan dengan kerjasama Jabatan Narkotik,
Polis Di Raja Malaysia. Jabatan Narko-tik bertindak untuk menyekat
kemasuk-an dadah ke negara ini. Penguatkuasaan undang-undang
sebegini membantu per-laksanaan setiap program ADK dengan lebih
lancar. Strategi ketiga ialah rawatan dan pe-mulihan iaitu untuk penagih-
penagih yang memerlukannya. Mereka akan di-tempatkan di pusat-pusat
Serenti untuk memulihkan akhlak dan pemikiran me-reka untuk
menjauhi dadah. Pengumuman Kementerian Pendidikan dan Agensi
Dadah Kebangsaan yang mahu menjalankan ujian air kencing (Ujian
Pantas) di akhbar baru-baru ini mengejutkan banyak pihak terutama ibu
bapa. Ujian air kencing yang dilaksana-kan di sekolah ini bukan
bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau personaliti se-seorang pelajar.
Malah, ujian ini hanya layak dijalankan ke atas para pelajar yang disyaki
terlibat atan menunjukkan tanda--tanda yang mencurigakan terlibat
dengan dadah sahaja. Dalam konteks ini, kerjasama daripada pihak ibu
bapa amat dialu-alukan supaya masyarakat pelajar bebas dari gejala pe-
nyalahgunaan dadah. Pelajar-pelajar per-lu menjauhkan diri dari belengu
dadah. Perkara pertama yang harus mereka hin-dari ialah budaya
merokok. Budaya me-rokok akan memudaratkan kesihatan dan boleh
membawa kepada penglibatan da-lam gejala penyalahgunaan dadah.
MASALAH DADAH DI MALAYSIA
1. Orang Malaysia mudah dipengaruhi oleh dadah kerana:-
a. dadah mudah diperolehi;
b. dadah dipercayai boleh menghilangkan rasa sakit dan mempunyai khasiat untuk
mengubati penyakit seperti batuk kering, sakit paru-paru, cirit-birit, malaria dan
sebagainya;
c. kesunyian kerana ketiadaan keluarga bersama mereka;
d. mempunyai wang untuk membeli dan menyara tabiat menghisap dadah; dan
e. masa lapang yang membosankan.
1. Dadah digunakan secara suntikan ke dalam saluran darah.
2. Corak penggunaan dadah yang berubah, iaitu:-
a. penagih terdiri dari golongan muda dai semua kaum;
b. berbagai jenis dadah berbahaya digunakan termasuklah dadah sintetik; dan
c. cara penggunaan dadah adalah lebih berbahaya.
1. Di samping itu, ganja juga merupakan dadah yang digemari. Penyalahgunaan
bhan psikotropik seperti pil-pil methaqualone, amfetamin, barbiturat dan lain-
lain juga turut berlaku.

Kedudukan Penagihan Dadah Masakini

Semasa menghadapi masalah penagihan dadah , faktor-faktor berikut perlu


diambilkira untuk memastikan tahap kesakitannya:-

a. jenis dan ketulenan dadah yang digunakan (dadah heroin adalah lebih
berbahaya dari jenis dadah yang lain seperti ganja) ; dan
b. kekerapan penggunaan dan kuantiti dadah yang digunakan (masalah penagih
"hard-core" adalah lebih serius dari masalah penggunaan di peringkat mencuba-
cuba).
Faktor-faktor Kemasukan Dadah

Malaysia bukan negara pengekuar dadah. Bagaimanapun, dalam senario pengedaran


dadah antarabangsa, Malaysia telah lama digunakan oleh sindiket-sindiket pengedaran
dadah sebagai negara transit kerana:-

a. kedudukannya di laluan antarabangsa dari kawasan pengeluar candu "Golden


Triangle" ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat;
b. sempadan daratnya dengan Tailand yang telah menjadi saluran utama
pengedaran dadah dan bahan-bahan yang dihasilkan darinya dari kawasan
"Golden Triange" ;
c. bersempadan dengan semua negara ASEAN yang setengah-tengahnya juga
merupakan negara pengeluar dadah yang besar;
d. mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah; dan
e. mempunyai sistem komunikasi yang baik;

Kegiatan pengedaran dadah melalui Malaysia telah mewujudkan serta memenuhi


permintaan dadah tempatan.
 
Apakah Pegantungan Kepada Dadah?

1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah, apabila ianya digunakan secara
kerap dan berterusan;-
a. Pergantungan secara psikik/psikologikal

Pergantungan secara psikik/psikological merupakan satu keadaan dimana


penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya
dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa; dan

b. Pergantungan secara fisikal

Pergantungan secara fisikal ialah satu keadaan di mana badan penagih


memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa dan jika
penggunaan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala
tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi
tingkahlaku dan fisikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan
semasa tidak menggunakan dadah, dalam masa yang tertentu. Antara
tanda-tanda pergantungan ialah sakit perut, muntah-muntah, ceret beret,
menggeletar dan sebagainya.

1. Daya tahan (Keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan (tolerance) kepada dadah dikatakan menibgkat apabila dos dadah
yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dari
mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap
kepuasan/kelegaan yang sama. Peningkatan daya tahan (kepurluan
meningkatkan dos dalam setiap penggunaan) tidak semestinya berlaku kepada
seseorang yang bergantung kepada dadah.

2. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:-


a. Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting keperluan hidup seperti
makanan dan minuman;
b. Daya tahan meningkay;
c. Mengalami gejala tarikan, apabila tidak mengguna dadah;
d. Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah, lebih-lebih lagi bila cuba
mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah, dan tidak dapat mengawal
jumlah dan kekerapan penggunaan; dan
Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna
dadah untuk beberapa waktu.

JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH


 

Dadah Dan Ciri-cirinya

"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti


berikut:-

1.      mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak


dan saraf tunjang);
2.      digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya
adalah dilarang;
3.      diperlehi secara haram;
4.      membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan
meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
5.      mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan
fungsi sosial.

Jeni-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;

b)Kanabis - ganja, hashish;

c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta


tranquilizer;

d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan

e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol),


alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak
persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.
Dadah Perangsang

-Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh


otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa
seronok

-Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan.

-Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan


gelagat keriangan yang agak palsu.

-Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari
segi kelincahan dan petuturan.

-keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika


dibandingkan dengan keseronokan semulajadi.

-oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah
merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa.

-Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami

-Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum

-pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa


menghiraukan persekitaran samada makan atau minum

-jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan


sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak
dapat dikawal

-kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan


ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul.
Dadah Penekan

- ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan


dadahperangsang

-pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul

-rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan

-mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret

-tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan


sekelliling

-contoh:

- ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk

- tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut

- fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas

- contoh lain: candu/morfin/heroin

narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana
Dadah halusinogen

contoh dadah

:LSD,PCP, dadah rekaan

akibat:

-persepsi si pengguna akan berubah

-tidak akan berpijak ke alam nyata

-contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau


dapatberjumpa dengan tuhan

-juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan

-emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk

-dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi.

-cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong hayang

-cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan
adalahuntuk merangsang otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius
oleh pengguna.
Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan

Dr Rahmat Awang

Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita.
Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka
khas untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini
dipanggil designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer
telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan
feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik.

Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang


serius dan dibendung oleh kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum
diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan
keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu.
Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal
yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah

sering menjadikan drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini


menekankan tentang kumpulan feniletilamin.

Kesan Penggunaan Feniletilamina

Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia,


peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang
akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang

digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan
penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta
merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang
besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi
(rasa khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari
dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami
keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak
menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah
putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan
peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina pula
biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan
mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin
memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami
gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang
menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf
akibat penggunaan jangka panjang.

Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti


yang berikut:

ICE

ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah


designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa
nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di
antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK,
dan METH. Metamfetamina

hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat


digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa
penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai
kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding
amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang
agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua puluh empat jam.
Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan), rasa
terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang
membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan
kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik.

LOVE DRUG

LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula


diperkenalkan pada tahun 1967 dan boleh membuat seseorang
mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang
tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa
kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA
(3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses
pembikinan tersebut.

ECSTACY

Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi


sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-
metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan
pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk
mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan
berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama
ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di
dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-
ciri halusinogen. MDEA (3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah
terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang berbeza
berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang
rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia.
Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna
akan mengalami sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini,
pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi,
denyutan jantung yang cepat, berpeluh seluruh anggota, dan pergerakan
yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh
penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada
kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang
terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua masalah yang
ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu
tinggi. (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian
(dehidrasi) oleh badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering.
Apabila ini berlaku suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan
pening kepala, keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah.
Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40(C darah mula membeku di
saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal
di bahagian lain. Kesudahan ia boleh menyebabkan maut. Akibat
daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada
hingga 20 liter dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut
membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut
digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel
(termasuk sel-sel di otak) menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak.
Maut akan menyusul. Secara jangka panjangnya Ecstasy boleh
menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel didalamnya serta
juga mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak. Selepas
menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai
semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu ia memberi
beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila.

1.      Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah.

Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan


bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:-
1. jenis dadah
 perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu
samaada ia merosotkan (contohnya,heroin) atau merangsangkan
(contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot dan
merangsangkan (contohnya, ganja).
2. jumlah digunakan
 kesan dari dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar,
contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa
mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana
akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
3. cara penggunaan
 kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik,
hidu, hisap, atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan
kekerapan mengguna.
4. keadaan individu
 kesan adalah bergantung kepada umur, jantina, berat badan,
kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, ‘mod’ dan
aktiviti penagih.
5. situasi ketika mengguna
 keadaaan/tempat mengguna dadah dan samada ada, atau tiada
orang lain hadir bersama.

Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini

1.      Morfin

Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff", "White Powder",


"Monkey", "Dreamer", "Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes",
"Emsel" dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid yang
diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya
diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base)
atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam
bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah
dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

2. Ganja

Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass",


"Pot/Weed", "Bhang", "Kif", "Takrouri" dan "Dagga". Kanabis
herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk
berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang
dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau
walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara
0.25%-8%.

1. Kokain

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca_dan lain-


lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan
Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini
kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

You might also like