You are on page 1of 4

UCAPAN PERASMIAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH

DAERAH HULU LANGAT 2009.

Oleh: Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian Jabatan Pelajaran Negeri


Selangor.

Yang Berusaha Encik Sharudin in b Yusof,


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat,

Pengetua-pengetua

Guru-guru Besar

Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru,

dan murid-murid yang dikasihi.

Saya ucapkan terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu


Langat kerana mengundang saya ke Majlis Perasmian Hari
Kokurikulum Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat. Saya
dimaklumkan bahawa program ini dianjurkan oleh Unit
Kokurikuluum Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dengan
kerjasama Badan Pemuafakatan Guru-guru Penolong Kanan sekolah
menengah dan sekolah rendah. Tahniah dan syabas saya ucapakan .

Tuan-tuan dan puan-puan.

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan..


Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan maka
pelaksanaan kokurikulum adalah wajib dijalankan di sekolah.
Tujuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah adalah untuk
menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan
kepada tuhan.

Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat mengimbangkan antara


perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

Aktiviti kokurikulum juga dapat mengukuhkan perhubungan dan


pergaulan dalam kalangan murid-murid di sekolah dan antara sekolah.

Aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan disiplin murid.


Akhirnya aktiiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integriti nasional.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf murid-murid sekolah


menengah yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Sebanyak 10
peratus markah keseluruhan kekasukan ke IPTA adalah diambil dari
kegiatan kokurikulum.

Bagi murid-murid sekolah rendah pula, keaktifan dan pencapaian


dalam aktiviti kokurikulum adalah menjadi salah satu daripada kriteria
pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh.

Oleh hal yang demikian, murid-murid yang aktif dalam kegiatan


kokurikulum serta memperolehi pencapaian yang baik dalam bidang
akademik mempunyai peluang yang cerah untuk memasuki IPTA atau
Sekolah Berasrama Penuh.

Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha untuk memperkasa


aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain daripada peruntukan
kewangan , Kementerian Pelajaran juga telah menyalurkan bantuan
pakaian seragam kepada murid-murid yang kurang mampu. Dengan
adanya bantuan seperti ini, diharapkan aktiviti kokurikulum dapat
berjalan lancar.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kokurikulum merupakan suatu aktivi yang terancang.. Gerak kerja


ini merupakan lanjutan daripada proses pembelajaran di dalam bilik
darjah.. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada
murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Berdasakan hakikat ini saya ingin mengingatkan pengurus-pengurus


kokurikulum di peringkat sekolah supaya dapat merancang aktiviti
kokurikulum dengan teliti supaya aktivit kokurikulum ini dapat
memberi impak yang maksimum.

Aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam merancang dan


menjalankan aktiviti kokurikulum ialah tentang keselamatan murid-
murid. Guru-guru disaran mematuhi semua prosidur keselamatan
semasa menjalankan aktiviti kokuriklum.
Guru-guru juga wajib memberi penilaian yang adil dan tepat kepada
murid-murid yang terlibat dalam akitiviti kokurikulum. Ini adalah
kerana markah kegiatan kokurikulum telah diambil kira untuk
kemasukan ke IPTA dan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh. .

Akhir kata, sekali lagi saya ucapakan tahniah kepada Jawatankuasa


Pengelola Hari Kokurikulum Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat
kerana berjaya menganjurkan majlis ini. Saya juga ingin merakamkan
penghargaan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus
menjayakan aktiviti kokurikulum peringkat daerah sepanjang tahun
ini. Ucapan tahniah juga diberikan kepada murid-murid yang telah
menunjukkan kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

DENGAN INI, SAYA DENGAN LAFAZ BISMILLAH


MERASMIKAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH HULU LANGAT.

Sekian, terima kasih.

You might also like