P. 1
SISTEM EKONOMI CAMPURAN

SISTEM EKONOMI CAMPURAN

5.0

|Views: 20,818|Likes:
Published by azie

More info:

Published by: azie on Nov 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/31/2015

pdf

text

original

1.

0

Sistem Ekonomi Malaysia 1.1 Pengenalan

Menurut Modul OUM HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas perkataan ekonomi berasal daripada Greek iaitu oikou dan nomos. Oikou membawa maksud isi rumah manakala nomos bermaksud peraturan isi rumah. Dengan perkataan lain ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak terhad. Dalam ilmu ekonomi, barang-barang dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam. Sistem ekonomi terbahagi kepada 4 iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi Islam. Istilah “ sistem ” berasal dari perkataan “ sistema ” (bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang terdiri dari pelbagai bahagian. Sistem ekonomi pula ialah cara masyarakat membuat pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi. Setiap sistem mempunyai ciri-ciri dan kaedah penyelesaian masalah asas ekonomi yang berbeza. Akibat penjajahan British, ekonomi Malaysia sebenarnya bersifat ekonomi pasaran yang terikat kepada sistem ekonomi kapitalis antarabangsa, dengan pola pembangunannya mengutamakan dan menguntungkan para pelabur swasta asing dan sebilangan kecil pengusaha tempatan. Kegiatan kapitalis moden berkembang dengan pengeluaran dan eksport bijih timah dan getah. Tetapi di sini kita tidak akan membincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis di Malaysia, tetapi apakah sistem ekonomi campuran dan bagaimana akhirnya sistem ekonomi kapitalis yang digunakan di Malaysia beralih kepada sistem ekonomi campuran.

1

1.2

Definisi Ekonomi Campuran

Menurut Wikipedea Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, “ Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme dan sosialisme. Tiada satu definisi untuk ekonomi campuran tetapi aspek penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian (termasuk pemilikan industri secara persendirian) bercampur aduk dengan ekonomi terancang (termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam sekitar, atau pemilikan aset atau sumber pengeluaran oleh negara ).” Manakala menurut (Yearm 2006:24) sistem ekonomi campuran adalah satu sistem di mana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. 1.3 1.3.1 Ciri-ciri ekonomi campuran Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan pihak awam

 Kerajaan - mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh mekanisme harga-

meningkatkan taraf kebajikan rakyat.
 Swasta

- barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan

keuntungan. 1.3.2 Pilihan  Pengguna dan pengeluar, bebas membuat pilihan  Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran yang mereka miliki  Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barang yang memberi manafaat kepada pengguna
2

1.3.3 Kegiatan ekonomi yang terkawal.
 Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supaya kegiatan ekonomi

tidak menghasilkan kesan luaran negatif. 1.3.4 Keputusan Ekonomi
 Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan mekanisma harga,

kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta.
 Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan

swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan.  Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.  Firma bebas menentukan jenis dan jumlah barang yang hendak dikeluarkan, kaedah pengeluaran dan pengguna sasaran bagi barang yang hendak dikeluarkan.  Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan mekanisme harga.  Kerajaan mengeluarkan barang-barang yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta  Individu, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan 1.4 Kebaikan 1.4.1 Kegiatan ekonomi yang stabil. Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Melalui dasar fiskal dan dasar kewangan.

1.4.2 Agihan pendapatan yang lebih setara. Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan Untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.
3

-

Pelaksanaan

sistem

percukaian

dan

pemberian

subsidi

untuk

mengecilkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dengan golongan yang miskin. 1.4.3 Menyediakan barang awam
 Kerajaan

bertanggungjawab

untuk

mengeluarkan

barang

awam

bagi

meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara.
 Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos

penyediaan

barang awam yang strategik dan yang diperlukan oleh perkhidmatan pendidikan, kesihatan, pertahanan dan 1.5 Kelemahan

masyarakat seperti sebagainya.

1.5.1 Kerenah birokrasi kerajaan menghalang perkembangan sektor swasta.
 Contohnya, kelewatan kerajaan utnuk meluluskan projek pihak swasta dan

pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan oleh pihak swasta. 1.5.2 Kesukaran menentukan dasar yang sesuai
 Akibat kesukaran menjangka keadaan ekonomi masa depan dimana spekulasi

ekonomi dunia yang tidak menentu ataupun ramalan berdasarkan maklumat yang tidak tepat.

1.5.3 Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam.
 Jika

pengurusan

perusahaan

awam

itu

tidak

cekap

sehingga

mengalami kerugian yang besar.
4

 Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan

dan undang-undang menyebabkan pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusan dengan cepat untuk menghadapi perubahan. 1.6 Sistem Ekonomi Campuran di Malaysia

1.6.1 Peraturan dan undang-undang.
 Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepada

perjalanan sistem pasaran.
 Contohnya,

undang-undang

buruh

diperkenalkan

supaya

tidak

berlaku

penindasan terhadap buruh. 1.6.2 Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.
 Contohnya, bagi barang keperluan asas seperti gula, beras, garam dan susu

adalah barang kawalan dan harganya tidak boleh dinaikkan atau diturunkan tanpa persetujuan kerajaan.  Kerajaan menentukan kawasan perindustrian, perumahan, industri berat dan ringan untuk mengelak kesan eksternaliti negatif.  Pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya supaya pengguna tidak terbeli barang yang tidak sesuai atas sebab agama dan kesihatan sekaligus mengelakkan eksploitasi pengeluar ke atas pengguna.  Aktiviti perniagaan harus mempunyai lesen daripada pihak berkuasa supaya aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

1.6.3 Sistem percukaian.

5

 Bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan penggunaan

pengguna terhadap sesuatu barangan.
 Beban cukai atau bahagian jumlah cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli

dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. 1.6.4 Subsidi  Pemberian subsidi oleh kerajaan akan mengurangkan kos pengeluaran pengeluar  Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. 1.6.5 Pemilikan Kerajaan  Kerajaan akan memilik negarakan sesuatu firma supaya firma tersebut dapat menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran untuk menikmati ekonomi bidangan.  Ciri-ciri firma yang dimiliknegarakan : a. Pelaburan yang besar dan pulangan yang rendah b. Menyediakan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat c. Keluaran yang penting kepada ekonomi Dari perbincangan di atas jelaslah menunjukkan bahawa sistem ekonomi campuran di Malaysia bukanlah suatu sistem yang terlalu lama mahupun terlalu baru. Sistem ini lahir dari adaptasi akibat kegagalan sistem ekonomi sebelumnya iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis di mana sistem ini mengambil nilai-nilai terbaik dari sistem ekonomi tersebut. 2.0 2.1 Dasar-dasar Ekonomi di Malaysia Pengenalan
6

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi, kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat. Di sini jelas menunjukkan betapa kegagalan sistem ekonomi yang dijalankan di Malaysia. ” Malaysia mendukung cita-cita ingin mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat, memelihara hidup yang demokratik, memiliki masyarakat yang adil, di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh semua kaum. Justeru kerajaan sentia memberi keutamaan dan perhatian untuk mencapai cita-cita tersebut dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur dan stabil. Oleh itu kerajaan telah menggubal beberapa dasar awam yang bertujuan untuk mencapai citacita tersebut. Salah satu dasar-dasar awam kerajaan ialah dasar ekonomi. Matlamat utama dasar ekonomi ini ialah untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara seperti inflasi, pengangguran dan kemelesetan ekonomi. ” (HBSS 2203 Perkembangan Ekonomi Asas : 238, 239) Antara dasar ekonomi kerajaan yang diketahui umum ialah: • • • • • • Dasar Ekonomi Baru Dasar Pertanian Negara Dasar Perindustrian Berat Pelan Induk Perindustrian Dasar Penswastaan Dasar Persyarikatan Malaysia
7

• 2.2

Dasar Kependudukan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Oleh itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani

masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera. Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera, penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada bilangan pekerja mestilah Bumiputera. Prinsip pokok pengstrukturan ini adalah supaya sasaran ini dapat dicapai dari ekonomi yang sedia berkembang dan tidak mengambil dari kaum Bukan Bumiputera untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting dalam kejayaan ini. Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005 (Just Faaland : 129). Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan pengangguran tidak ketara (under employment) hampir hilang. Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, kuasa eletrik dan bekalan air telah menjadi kemestian.

8

Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah. Kini, terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh golongan profesional Bumiputera. Ramai profesional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Ini dapat dilihat, misalnya dari pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota. Sekarang ini, terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun di luar negara. Justeru, terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi di mana bidang pekerjaan tidak lagi dikenal secara automotik dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum Bumiputera adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar bandar sementara kaum Cina merupakan peniaga di kota. Kini penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. DEB juga telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Misalnya, nisbah pendapatan Bumiputera kepada Cina meningkat daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004. Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Intervensi kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya, wujud di kalangan kaum Bumiputera sindrom pergantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha atau peniaga Bumiputera yang berniaga secara “Ali-Baba” atau berniaga di atas angin. Dalam banyak segi, DEB telah berjaya dan secara kasar mencapai objektifnya seperti yang diharapkan ketika pembentangan dasar ini pada tahun 1969. Namun masih banyak yang perlu dilaksanakan sebelum objektif muktamad dapat direalisasikan sepenuhnya. Sekiranya ekonomi dapat berkembang dengan lebih pesat, tahap kemiskinan dan ketidakseimbangan ras mungkin boleh dikurangkan. Percubaan kerajaan untuk meningkatkan kadar pembangunan pasti memmerlukan lebih banyak perbelanjaan, lebih banyak cukai akan dikenakan.

9

Ringkasnya DEB tidak mungkin dapat membasmi kemiskinan dan mencapai kesimbangan ras dam tempoh ia beroperasi tetapi permulaan besar telah dibuat yang akan membawa ekonomi Malaysia memasuki fasa baru. 2.3 Dasar Perindustrian Negara Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Namun kedua-dua komoditi ini tidak stabil. Oleh itu kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Pada tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan diberikan kepada mengalami satu pertumbuhan industri yang yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah industri-industri berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh. Pada tahun 80-an pula, program perindustrian negara lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Perkilangan adalah sektor baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi kedudukannya pada tahun-tahun akan datang. Memandangkan penyertaan orang Melayu yang sedikit dalam sektor ini dari segi keusahawanan, modal dan guna tenaga, adalah mustahak lebih ramai orang Melayu digalakkan menyertai dengan lebih aktif dalam sektor ini. “ Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM benujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula bertujuan untuk
10

menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.am sektor ini.” (Laporan Dasar Perindustrian Negara) PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi

penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke diterajui dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking. Sejauh mana PIP akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekalkan, meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran. 2.4 Dasar Pembangunan Nasional “ Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Dasar Pembangunan Negara telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan
11

bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.” (Laporan Dasar Pembangunan Negara) DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan mengandungi dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu

dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan

ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan perpaduan negara. 2.5 Dasar Penswastaan Penswastaan atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud mengubah sesuatu perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau kawalan negara, kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta. Istilah “penswastaan” juga merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk memberi perkhidmatan yang dahulunya disediakan oleh sektor awam. Dasar penswastaan di Malaysia bermula dengan rasmi pada tahun 1983. Namun pelaksanaannya telah diberi nafas baru selepas Datuk Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan pada pertangahan tahun 1984 dan kemerosotan ekonomi pada tahun 19851986 (Ishak Shaari : 262). Dasar penswastaan ini boleh dianggap sebagai suatu lanjutan daripada DEB yang bertujuan memindahkan 30% daripada saham milik syarikat kepada kepentingan
12

berasaskan

prinsip

pembangunan

seimbang

dan

pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan

bumiputera. Dasar tersebut merupakan pembaharuan yang penting dari segi strategi mencapai DEB, iaitu untuk mendorong dan mengarahkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan kerajaan dapam perusahaan awam. Penswastaan bukanlah suatu konsep baru. Rancangan penswastaan telah menimbulkan banyak persoalan, termasuk kesimbangan di antara sektor awam dan sektor swasta dalam sebuah ekonomi campuran dan kesannya ke atas ekonomi secara keseluruhan. Dasar penswastaan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kempen penswastaan antarabangsa yang bermula pada tahun 1980an, khususnya di Britain dan di Amerika Syarikat serta perkembangan pengaruh pemikiran ekonomi kanan di Barat dan galakkan agensi antarabangsa seperti bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (Ishak Shaari : 262). Pelaksanaan dasar penswastaan di negara ini telah meningkatkan tekanan terhadap pekerja sektor awam dan rakyat yang bergantung ada perkhidmatan awam. Kesan penswastaan di negara ini menjadi lebih buruk kerana dilaksanakan dalam keadaan ekonomi negara mengalami kemerosotan paling teruk semenjak merdeka iaitu pada tahun 1985-1986 ( Ishak Shaari : 266). Walaupun pengalaman penswastaan di Malaysia masih terhad, tetapi

pelaksanaannya telah menimbulkan kebimbangan tentang pakatan atau persetujuan ala kartel, sama ada secara rasmi atau tidak. Kemungkinan syarikat tertentu mendapat maklumat daripada orang dalam dan dapat membuat tawaran yang diterima oleh kerajaan. Sungguhpun beberapa projek telah diswastakan dan pelaksanaan projek-projek ini menimbulkan beberapa persoalan, kerajaan tatap meneruskan lagi tempoh penswastaan dalam Rancangan Malaysia ke-enam (1991-1995). Bagi mencapai matlamat ini satu Pelan Induk Penswastaan telah disediakan bagi memberi garis panduan untuk pelaksanaan penswastaan yang lebih teratur dan berkesan. Seterusnya berdasarkan pelan ini, kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Penswastaan
13

jangka pendek yang menjelaskan secara terpeinci entiti yang akan diswastakan terutamanya industri yang berbentuk monopoli dan laporan akan diedarkan kepada umum. 2.6 Kesimpulan

Apa yang nyata, situasi ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika dibandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Namun hakikatnya, situasi ekonomi kali ini masih mampu ditangani dengan perancangan dan program yang berkesan dan sistematik serta dasar – dasar kerajaan yang bertepatan yang dilancarkan untuk membantu keadaan gawat sekarang ini. Selain itu, amatlah diperlukan dilakukan kajian yang terperinci terhadap keperluan dan kepentingan yang terjejas teruk. Amatlah diharapkan juga agar semua pihak sama – sama bertindak pantas serta menjalanikan tanggungjawab masing masing dengan sikap yang lebih komited, optimis dengan memberikan maklum balas yang bijak dan tepat agar segala masalah negara ini dapat diatasi dan ditempuhi dengan jayanya.

3. 1.

RUJUKAN Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009). Longman Teks Pra Universiti
14

STPM Matrikulasi: mikroekonomi. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2.

Ishak Shaari (1992). Ekonomi STPM : ekonomi Malaysia. Penerbit Fajar Bakti

Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 3. Just Faaland (2005). Dasar Ekonomi Baru : pertumbuhan negara dan

pencapaian ekonomi orang Melayu. Utusan Publications & Distrubutors, Kuala Lumpur. 4. Lai Mooi Chang (2005). Pra-U Makroekonomi. Pearson Malaysia Sdn Bhd, Kuala

Lumpur. 5. Normala Ismail (2009). HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas. Open

Universiti Malaysia, Kuala Lumpur. 6. 7. 8. http://pmr.gov.com.my/dasar_pembangunan_negara http://pmr.gov.com.my/dasar_pembangunan_nasional http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_campuran

15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->