You are on page 1of 8

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Budaya membaca memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesuatu


masyarakat atau negara. Ini kerana melalui membaca, pemikiran atau minda seseorang akan
berubah dan mempengaruhi pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Menurut artikel yang dihasilkan oleh Mohd Farid Md Alias[11], manfaat yang
diperolehi daripada aktivit pembacaan yang berkualiti dan bernilai keilmuan adalah seperti
membantu pembaca mengenali makna kehidupan dan nilai-nilai murni untuk dicontohi,
membentukan pemikiran kritis, memilih cara penyelesaian yang terbaik untuk masa depannya
dan memenuhi masa lapang yang dimiliki, justeru mampu menjadi anekdot buat menghadapi
isu kecairan sahsiah remaja hari ini.

Tetapi amalan membaca dikalangan rakyat Malaysia masih rendah, Mohd Arif Atan
[8] menyatakan banyak alasan diberikan seperti berat hati dan merasakan tidak mempunyai
wang yang mencukupi untuk membeli bahan bacaan, tidak mempunyai masa dan malas
membaca. Budaya membaca di masyarakat kita sekadar untuk melulukskan peperiksaanm
memperoleh ijazah serta mendapat kerja yang bergaji lumayam. Akibatnya, lahir masyarakat
yang jauh berbudi bahasa berbanding dengan masyarakat yang banyak membaca seperti
negara barat.

Semenjak daripada tahun 1999, rancangan NILAM diadakan oleh Jabatan Pendidikan
untuk menggalakkan para murid sekolah rendah dan menengah membaca bahan bacaan.
Murid yang paling banyak membaca akan mendapat ganjaran. Sehingga hari ini, aktiviti-
aktiviti yang dimasukkan dalam program NILAM adalah bercorak dan berbagai. Contoh-
contoh aktiviti NILAM adalah Tahap Jauhari dan rakan pembaca. Objektif NILAM adalah
menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti and bukan sahaja
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan).[5]

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti
Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar
universiti di negara Malaysia menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku
setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia
1
ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26
buah). Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat
empat buah sahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara,
jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand
(31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah). Ini menunjukan amalan membaca
dikalangan pelajar universiti adalah jauh berbeza.

Ambigapathy et al. [1] menyatakan bahawa pembentukan minat membaca di kalangan


murid dipengaruhi oleh sejumlah faktor seperti penjaga atau ibubapa, jantina, kemudahan
sumber bahan bacaan dan pihak sekolah. Setiap faktor memiliki peranan tertentu untuk
mempromosikan perkembangan minat pembaca. Ambigapathy et al. [1] mengulaskan kajian
yang dilakukan oleh The Star pada 8 May 1997 tentang masa yang digunakan oleh pemuda
untuk aktiviti-aktiviti harian. Kebanyakan daripada mereka meluangkan masa 14.6 jam untuk
program TV, 4.1 jam untuk computer, 16.3 jam untuk radio 7.11jam untuk suratkhabar dan
4.7 jam sahaja untuk buku dan komik. Ini menunjukkan bahawa bahan visual telah menjadi
penganti bahan bercetak dan pendedahan kepada bahan multimedia dan computer
mempengaruhi tabiat membaca dikalangan murid.

Menurut kajian Abd Wahab Bin Mat (1995)[2], pendapatan penjaga mempengaruhi
minat membaca buku dan jantina mempengaruhi minat membaca majalah. Sebanyak 76.3 %
respondan bersetuju bahawa ibubapa merupakan orang yang menggalakan mereka untuk
membaca.

Nor Shahriza Abdul Karim (2006) juga mendapati terdapat perbezaan antara amalan
dan tingkah laku membaca untuk jantina yang berbeza. Bahan bacaan yang dipilih adalah
berbeza bagi pelajar yang berlainan jurusan.

Disamping itu, Najibah(2009)[10] telah membuat satu bancian tentang orang yang
paling mempengaruhi tabiat membaca dalam diri para peminat melalui Goodreads dan
Bukuria. Keputusan bancian itu menunjukan bahawa ibubapa dan ahli keluarga adalah daya
gerakan utama pembaca, diikuti oleh pembaca sendiri, kawan-kawan dan terakhirnya adalah
guru dan program membaca. Walau bancian ini adalah tidak formal tetapi ia telah
memberikan satu persoalan yang penting kepada kita, tentang sejauh manakah keberkesanan
program membaca di sekolah dan peranan guru untuk memupuk tabiat membaca dikalangan
murid-murid.

2
Kajian R.Vijayaletchmi (2007) mendapati bahawa program yang berbentuk ganjaran
memang dapat menarik murid darjah empat untuk belajar. Beliau mencadangkan bahawa guru
harus memberi peluang kepada para murid untuk membaca buku cerita dan hadiah diberikan
sebagai ganjaran. Justerusnya, tabiat membaca akan dipupuk dikalangan murid-murid.
Pendapat Najibah(2009) bertentangan dengan R.VIjayaketchmi(2007) kerana sample yang
dipilih adalah berlainan. Sample Najibah adalah pelayar internet, kebanyakannya adalah
golongan yang lebih tinggi pelajaran dan persekolah. Manakala sample Vijayaketchmi(2007)
[3] adalah murid sekolah rendah dimana mereka lebih mudah dimotivasit dan digalakkan oleh
ganjaran-ganjaran. Sample yang dipilih dalam kajian ini adalah murid tingkatan tiga, oleh itu
hipotesis keputusan soal selidik akan dibuat berdasarkan dapatan Najibah (2009)[10] dan
Abd Wahab Bin Mat (1995)[2].

Abeyrathna et.a.(2004)[7] telah menjalankan kajian keatas tabiat dan minat membaca
di kalangan murid sekolah menengah di Sri Lanka. Ditemui bahawa kebanyakkan tujuan
murid membaca adalah untuk menduduki peperikasaan dan bahan bacaan adalah berkaitan
dengan akademik. Perpustakaan hanya sebagai tempat belajar dan membuat kerja rumah. 53%
murid-murid menggunakan lebih kurang 1 hingga 2 jam sehari untuk membaca.Hanya 11%
responden memperluangkan masa yang lebih daripada 3jam sehari untuk membaca dan yang
lain memggunakan masa kurang daripada satu untuk membaca. Senarai faktor-faktor yang
mempengaruhi tabiat membaca murid dalam kajian Abeyrathna et.a.(2004)[7] adalah seperti
berikut:

………..daripadaa Abeyrathna et.a.(2004)[7]

3
Kita telah menjalankan kajian ke atas murid sekolah menengah dan soal selidik dan
temubual dijalankan untuk mengesan faktor yang mendorong para murid membaca
justerusnya program NILAM atau membaca yang lebih berkesan dijalankan untuk
meningkatkan budaya membaca dikalangan murid. Ini dapat menghasilkan murid yang bukan
cemerlang di segi pengetahuan akademik malah dengan budi pekerti dan pengetahuan am
yang kaya.

Sehingga sekarang, tidak dijumpai kajian yang berkaitan dengan tabiat membaca di
kalangan murid sekolang menengah luar bandar di Malaysia. Sekolah yang dikajikan oleh
Abd Wahab Bin Mat (1995)[2] adalah sekolah menengah agama yang selalu mendapatkan
keputusan peperiksaan kebangsaan yang cemerlang dan berbeza dengan latar belakang
sekolah yang dikaji dalam kajian ini. Oleh itu keputusan kajian Abd Wahab Bin Mat (1995)
[2] hanya sebagai rujukan dan dapatan dia sebagai hipotesis kajian ini. Abd Wahab Bin Mat
(1995)[2] mendapati faktor latar belakang keluarga amat mempengaruhi tabiat membaca di
kalangan murid. Galakan daripada ibubapa amat mempengaruhi minat murid membaca.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah tabiat membaca di kalangan murid
sekolah menengah luar bandar dipengaruhi oleh fator ini. Faktor-faktor yang mendorong
mereka membaca turut dikaji. Dengan ini, aktiviti nilam yang lebih berkesan dijalankan oleh
pihak sekolah.

Oleh itu, kajian ini dimulakan dengan menemuramah guru perpustakaan. Soalan-
soalan yang dikemukakan berkaitan dengan tabiat membaca para murid dan program-program
membaca yang dijalankan. Menurut guru perpustakaan sekolah menengah yang dikunjungi,
tindakbalas para murid terhadap program membaca yang diadakan di sekolah adalah dingin.
Selepas itu, soal selidik telah diederkan kepada responden-responden (murid-murid) untuk
mengumpul data-data yang berkaitan. Data-data telah dianalisis dengan______ dan
ditafsirkan.

4
1.2 Penyataan Masalah

Murid sekolah menengah di luar bandar kurang minat membaca walaupun pelbagai
aktiviti dan galakan telah dianjurkan daripada pihak sekolah dan perpustakaan. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengkaji amalan membaca dikalangan murid dan faktor-faktor yang dapat
mendorong murid- murid membaca. Justeru,melalui program membaca yang lebih berkesan
dapat dijalankan dan meningkatkan minat murid membaca.

1.3 Objektif Kajian

1. Mengkaji masa dan minat murid- murid membaca.


2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi murid- murid membaca.
3. Mencadangkan pelaksanaan program membaca yang berkesan.

1.4 Soalan Kajian

1. Berapa lamakanh masa yang diperuntukan oleh murid untuk membaca dalam
satu minggu?
2. Sedalam manakah minat murid membaca?
3. Apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi para murid membaca?
4. Apakah rancangan membaca yang berkesan untuk menarik murid membaca
bahan bacaan?

1.5 Hipotesis Kajian

1. Masa yang diperuntukan oleh murid membaca dalam satu minggu adalah lebih
kurang 7 jam dalam satu minggu.
2. Minat murid membaca di sekolah luar bandar adalah rendah disebabkan
pendapatan dan latar belakang keluarga.
3. Pihak sekolah, pengaruh rakan-rakan dan juga pengalaman pembaca turut
mempengaruhi minat di kalangan murid sekolah menengah. Bahan multimedia
dan bahan bacaan elektronik turut mempengaruhi minat murid membaca.

1.6 Definasi Konsep


5
1. Tabiat
Satu tingkah laku yang berulang-ulang dengan secara sedar atau tidak disedari
oleh orang itu. Kelakuan yang bergabung dengan minda.

2. Murid
Pelajar yang belajar di sekolah menengah dan sekolah rendah.

3. Membaca
Satu minat atau amalan yang dijalankan oleh orang ramai. Tujuannya adalah
untuk memdapat pengetahuan, keseronokan, idea-idea daripada bahan bacaan
atau mengisi masa lapang; dimana ia bergantung kepada peribadi.

4. Luar bandar
Kawasan yang terletak jauh daripada bandar. Masyarakat yang berada di luar
bandar biasanya menjalankan aktiviti pertanian, berpendapat sederhana dan
berpendidikan sederhana.

5. Faktor-fakor
Sebab-sebab yang mempengaruhi sesuatu fenomena.

6. Sekolah -

1.7 Kepentingan Kajian

6
Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian dibuat tentang
galakan amalan membaca dikalangan pelajar. Membaca merupakan suatu proses untuk
memperolehi ilmu dan maklumat melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti
komputer dan sebagainya. Budaya membaca dikalangan pelajar harus dipupuk untuk membentuk
masyarakat yang berpengetahuan. Tahap pembacaan pelajar masih lagi rendah dan perlu dijana untuk
memupuk minat mereka. Bagi menggalakkan pelajar membaca pihak sekolah perlu mempelbagaikan
aktiviti atau cara yang boleh menarik minat pelajar. Sehubungan itu pada bulan Julai setiap tahun,
kerajaan melancarkan kempen bulan membaca, bagi menggerakkan dan menyedarkan masyarakat agar
menjadikan budaya membaca sebagai rutin kehidupan. Pihak sekolah perlu menyedarkan pelajar
dengan mengadakan kempen kesedaran membaca disamping mengadakan minggu membaca atau
program yang boleh memupuk pelajar membudayakan aktiviti tabiat membaca seperti kempen
‘selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan’. Mewujudkan suasana atau keadaan yang boleh
mendorong tabiat membaca. Selain daripada sekolah institusi keluarga juga memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan budaya membaca di kalangan pelajar. Pertandingan penulisan cerpen atau
puisi perlu dipertingkatkan untuk penglibatan pelajar menunjukkan kebolehan dan menghargai bakat
mereka. Perlaksanaan program budaya membaca seperti Balai bacaan, sudut membaca, keratan
akhbar, lawatan ke perpustakaan Negara dan Program Nadi Amalan Membaca (NILAM) perlu
diaktifkan di sekolah bagi penglibatan pelajar.

1.8 Tempat Kajian

Kajian dijalankan di Sekolah luar bandar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Banting, Selangor.

1.9 Populasi Dan Sampelan

Populasi dan sampel terdiri daripada 40 orang pelajar daripada 240 pelajar tingkatan 3
bagi menjawab kajian soal-selidik. Pengkaji juga akan memilih 7 orang pelajar yang di pilih
secara rawak: mengikut jantina, kaum dan pengawas perpustakaan untuk ditemubual. Seorang
guru perpustakaan juga akan ditemubual bagi mengukuhkan lagi kajian ini.

1.10 Batasan Kajian

7
Semasa menjalankan kajian ini, masa yang diperuntukkan agak terhad. Jadi dengan masa yang
singkat hanya beberapa kaedah sesuai dijalankan antaranya soal selidik dan temubual. Berbanding
dengan kaedah pemerhatian, masa yang diperlukan agak panjang. Jadi ianya tidak sesuai dijalankan
dalam masa yang singkat. Instrumen yang digunakan juga sudah mencukupi untuk mengutip data bagi
kajian yang dijalankan.

1.11 Kaedah Kajian

Menurut Walker & Burnhill (1988), pengumpulan data melalui temubual boleh
dilaksanakan dalam pelbagai kajian tinjauan. Maklumat dan data ini diperolehi melalui
temubual pengkaji dengan responden. Kaedah soal selidik juga dibuat untuk mendapatkan
maklumat tambahan dan mengukuhkan maklumat temubual. Kaedah yang digunakan untuk
kajian ini adalah seperti di bawah :-

Temubual dan soal selidik

Temu bual dan soal selidik merupakan satu keperluan dalam kajian kualitatif dan kuantitatif.
Melalui cara ini, pengkaji dapat gambaran yang mendalam tentang sesuatu situasi, disamping
menjelaskan lagi perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam kajian
ini, gambaran tentang amalan budaya membaca diperolehi melalui temubual antara guru,
pelajar yang terdiri dari pengawas perpustakaan dan juga pelajar dari pelbagai kaum iaitu
Melayu, Cina dan India. Soalan soal selidik terbahagi kepada dua (2) bahagian, 40 orang
pelajar dari tingkatan 3 menjawab soalan soal selidik untuk mendapatkan maklumat kajian.
Soalan kajian soal selidik boleh dirujuk di dalam lampiran.

Analisis data

Maklumat dan data hasil temubual guru, pelajar dan soal selidik dibuat secara diskriptif. Oleh
itu, dapatan-dapatan kajian dipersembahkan secara kualitatif.

You might also like