You are on page 1of 26

Abstrak

Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran
dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di
Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada
AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$60 akhir-akhir ini.

Pendahuluan

Dari pertengahan 1980-an hingga September 2003, harga terlaras inflasi untuk setong
minyak mentah di NYMEX lazimnya berada di bawah $25/tong. Pada tahun 2004, harganya
mencecah $40, kemudian $50. Pelbagai peristiwa telah menyebabkan harganya mencecah $60
pada 11 Ogos 2005, menembusi $75 untuk masa yang tidak lama pada pertengahan 2006,
jatuh balik ke $60/tong pada awal tahun 2007, lalu naik mendadak menjadi $92/tong pada
Oktober 2007 dan $99.29/tong untuk niagaan hadapan Disember di Bandar Raya New York
pada 21 November 2007.Sepanjang separuh pertama tahun 2008, minyak sering mencatat
harga tinggi yang memecah rekod. Pada 29 Februari 2008, harga minyak mencapai $103.05
setong, lalu mencapai $110.20 pada 12 Mac, iaitu rekod keenam dalam tujuh hari berniaga.
Harga minyak pada 27 Jun 2008 mencecah $141.71 setong, untuk serahan bulan Ogos di
NYMAX (selepas baru mencatat $140.56 setong), di sebalik ugutan Libya untuk
mengurangkan pengeluaran, serta ramalan presiden OPEC bahawa harga mungkin mencecah
$170 menjelang musim panas (di hemisfera utara). Harga setong maksimum paling terkini
ialah $143.67 yang tercatat pada 29 Jun 2008.Harga yang menghampiri takat $95–105 setong
(dolar AS 2007) adalah setara dengan rekod terlaras inflasi sepanjang masa pada tahun 1980,
tetapi jelasnya telah ditembusi pada suku pertama tahun 2008. Dari segi harga minyak
mentah, catatan AS berpandangan bahawa kali terakhir dilihat harga seumpamanya adalah
pada 1860-an. Di luar AS, sejarah inflasi dan harga minyak memang berbeza, tetapi pada
hakikatnya, selepas dilaras inflasi, harga yang mencecah $120 setong adalah di luar jangkaan
sejak zaman terawal sekali penghasilan minyak komersil. Di AS, penggunaan petrol jatuh
0.5% pada dua bulan terawal tahun 2008 akibat harga semakin tinggi, berbanding penurunan
sejumlah 0.4% pada tahun 2007.

Para pengulas berpendapat kenaikan harga sepanjang tempoh ini disebabkan pelbagai
faktor, termasuk laporan dari Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan pihak-pihak lain yang
menunjukkan penurunan dalam rizab petroleum, kebimbangan akan kemuncak penggunaan
minyak, pergolakan di Timur Tengah, dan spekulasi harga minyak. Sesetengah peristiwa turut
menyumbangkan kesan jangka pendek kepada harga minyak, seperti pelancaran misil Korea
Utara, krisis antara Israel dan Lebanon, pergolakan mengenai tenaga nuklear Iran, dan
"seratus faktor" lagi, termasuk subsidi minyak yang diberi kepada pengguna oleh negara-
negara membangun seperti China dan India.

Permintaan minyak mentah sedunia naik pada purata 1.76% setahun dari tahun 1994
hingga 2006, dengan pertumbuhan tertinggi 3.4% pada 2003-2004. Kenaikan permintaan
adalah yang tertinggi di negara membangun. Permintaan minyak sedunia dijangka naik 37%
dari takat 2006 menjelang 2030, menurut laporan tahunan Pentadbiran Maklumat Tenaga
(EIA) yang bertapak di Amerika Syarikat. Permintaan dijangka mencapai 118 juta tong sehari
(18.8×106 m3/hari) dari 86 juta tong (13.7×106 m3) pada tahun 2006, dipacu terutamanya oleh
sektor pengangkutan.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Dari segi teori, pada asasnya harga ditentukan oleh keseimbangan permintaan dan
penawaran. Harga akan naik jika sama ada permintaan bertambah atau penawaran berkurang
dan begitulah sebaliknya. Peningkatan permintaan berlaku, antaranya adalah kesan daripada
faktor spekulasi dan perang teluk serta berkurangnya penawaran.  Kenaikan harga minyak
baru-baru ini iaitu petrol daripada RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 dan diesel daripada
RM 1.58 seliter kepada RM 2.58 telah memberi kesan yang ketara ke atas cara hidup
sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan
beban Negara dan berpunca dari faktor kenaikan harga minyak mentah dunia. Selain itu
dinyatakan juga bahawa kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi hingga menyebabkan faktor
kenaikan harga minyak ini diputuskan.

Pernyataan masalah

Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik


yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah
yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga beberapa bulan terdekat
ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik. Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang
meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk
menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti
petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat
membebankan.

Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat
kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri
perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos
perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap
bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung
bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah
premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran
daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini,
peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang
tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat juga bertambah sukar. Dalam keadaan
sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan
mereka

Persoalan kajian

a. Kenapa harga minyak naik akhir-akhir ini di pasaran antarabangsa?

b. Malaysia adalah sebuah negara yang menghasilkan minyak. Jadi mengapa harga minyak di
Malaysia perlu dinaikan ?

c. Berapa harga minyak di Malaysia berbanding negara-negara jiran?

d. Bagaimana Kerajaan memastikan harga minyak lebih rendah daripada negara-negara jiran?

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
e. Bagaimanakah harga runcit produk petroleum ditentukan?

f. Berapa harga sebenar minyak dan bahan petroleum jika tiada subsidi?

g. Berapakah perbelanjaan Kerajaan untuk subsidi minyak?

h. Apakah maksud kehilangan cukai?

i. Apakah kesan negatif daripada subsidi?

j. Apakah kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat?

Tujuan kajian

Bagi menangani ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia dan masa depan
sumber tenaga maka saya mencadangkan tiga langkah strategik segera dilaksanakan secara
lebih menyeluruh, dipantau Suruhanjaya Tenaga dengan lebih terancang dan melibatkan
seluruh lapisan masyarakat.

Pertama mengkaji semula dasar subsidi minyak sedia ada supaya dilaksanakan secara
lebih selektif menggunakan kaedah triple bottomline yang mengambilkira faktor ekonomi,
sosial dan alam sekitar. “Tarif lestari“ yang baru dirangka perlulah mendorong ke arah
pelestarian tenaga, dan tidak seharusnya terlalu terikat dengan faktor populariti menjelang
pilihanraya. Sehubungan itu golongan pengubal dasar, ahli akademik, penyiar dan semua
pihak yang prihatin mestilah sama-sama membantu memberi penjelasan tentang rasional
“tarif lestari” tersebut.

Kedua mempergiatkan usaha untuk menguruskan permintaan secara lebih lestari


menerusi pengalakan pelbagai aktiviti penjimatan, mempertingkatkan keefisisenan dan
memberi insentif supaya pelaburan dibuat pelbagai pihak ke arah pengurangan tahap
penggunaan secara pukal. Ketiga mempergiatkan usaha mencari sumber tenaga baru yang
digunakan secara besar-besaran sama ada disepadukan dengan grid elektrik kebangsaan atau
dibekalkan secara setempat. Antara potensi sumber tenaga tempatan yang murah tetapi masih
belum dibangunkan sepenuhnya ialah biojisim dan tenaga solar. Ketika ini, usaha ke arah itu
masih belum digembleng sepenuhnya.

Hipotesis kajian

Bedasarkan tujuan dan limitasi kajian, dua hipotesis nol dibentuk seperti berikut :

 Ho (1) :Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan kenaikan harga minyak
dalam kalangan masyarakat

 Ho (2) :Terdapat hubungan diantara status dengan sumber pendapatan sesebuah


keluarga di daerah Rompin

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Definisi konsep

Di peringkat global sejak kebelakangan ini, minyak bukan lagi satu isu semasa terhad
kepada turun naik harga. Dalam perspektif lebih luas, pasaran dan simpanan minyak semasa
berkait rapat dengan bentuk tenaga alternatif masa depan.

Di beberapa negara, dasar tenaga menjadi penting sepenting aspek keselamatan dan
hubungan antarabangsa. Ini begitu ketara di Amerika Syarikat, Jepun, China, India dan
Britain. Amerika dan Britain misalnya memperoleh sumber tenaga secara strategik dengan
menawarkan dana, teknologi dan pakej pembangunan kepada negara pengeluar minyak utama
menerusi syarikat minyak gergasi. Malah sumber tenaga fosil itu juga seringkali digunakan
sebagai “senjata diplomatik” dalam beberapa situasi. Ketika ini negara pengeluar utama
minyak khususnya anggota pertubuhan OPEC menguasai 80% pasaran minyak dunia. Negara-
negara sekitar Teluk Parsi terutamanya Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE
merupaan “telaga minyak” dunia yang masih belum menerokai telaga minyak simpanan
masing-masing. Arab Saudi sahaja mempunyai simpanan masih belum diteroka sebanyak 260
billion tong, iaitu 25% jumlah seluruh simpanan minyak dunia.

Harga minyak semakin tinggi di pasaran dunia sejak kebelakangan ini berpunca ada
kaitannya dengan peningkatan permintaan, khususnya di kalangan negara industri dan krisis
serta ketidaktentuan di beberapa buah pengeluar minyak. Permintaan minyak di China
menampakkan trend semakin membimbangkan dengan kepesatan pembangunan sektor
industri dan perbandaran. Ketika ini China menggunakan 8% pasaran minyak dunia. Hampir
separuh diimport. Sebagai perbandingan ketika ini China menggunakan lebih setengah
pasaran minyak di China hanya dua tong per kapita setahun, berbanding 12.5 di Eropah
dan 26 di Amerika Syarikat. Jika pertumbuhan ekonomi di China terus meningkat, maka tidak
mustahil dunia akan mengalami krisis minyak semakin parah. Dari satu segi, peningkatan
harga minyak dunia menimbulkan suasana panik di kalangan pelabur dan pengguna minyak
utama. Walau bagaimanapun, harga minyak yang tinggi melebihi paras 90 dolar Amerika itu
juga menimbulkan kesedaran baru untuk mengurangkan pergantungan terhadap minyak.
Selain itu, semakin ketara desakan dan kempen untuk menggunakan tenaga secara lebih
efisien, menjimatkan di samping mempergiatkan usaha mencari tenaga alternatif. Pada tahun
1980, minyak merupakan 45% sumber tenaga dunia, berbanding tahap semasa iaitu 34%.
Selebihnya ialah gas asli, arang batu, nuklear dan sumber biojisim. Di negara-negara maju,
penggunaan minyak lebih tertumpu kepada sektor pengangkutan, misalnya 70% di Amerika
Syarikat berbanding 35% di China. Hal ini sedemikian kerana industri permobilan di Amerika
Syarikat masih berkembang pesat. Dalam tempuh empat tahun dari 2000 ke 2004, secara
purata 17 juta kereta terjual setahun di negara tersebut.

Inisiatif mencari tenaga alternatif semakin ketara ketika krisis minyak dan perbalahan
negara-negara Islam di Timur Tengah dengan Amerika Syarikat pada awal 1970-an. Ketika
itu banyak inisiatif loji tenaga nuklear dan penjanaan kuasa elektrik hidro dimulakan dengan
meluas. Bagaimanapun, penggunaan tenaga lain seperti biojisim, angin, suria dan hidrogen
masih belum dilaksanakan dengan meluas walaupun telah dimajukan dari segi teknologi. Ini
kerana dasar tenaga sedia ada di pelbagai negara masih belum menyediakan iklim sesuai bagi
bekalan dan penggunaan secara meluas.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Dari aspek alam sekitar, penggunaan tenaga berasaskan bahanapi fosil menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar. Kesan negatif kepada alam sekitar itu berlaku semasa proses
ketika minyak dibakar dalam enjin dengan penghasilan asap, bahan cemar setempat dan gas-
gas rumah kaca.

(Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi di Universiti Teknologi Malaysia, 2004).

Punca utama keadaan ini berlaku ialah:  


 Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan
(83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan.

 Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi,


khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat.

 Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan
Venezuela;1.- Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti
Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu.

 Kegiatan spekulasi harga minyak.

Perbincangan

Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan
kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting
dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga
pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli
OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar.

Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan
kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting
dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga
pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli
OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar.

Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan
kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Kenaikan Harga Purata Minyak Di Pasaran Dunia

Tahun AS$/Setong

1971 3.21

1973 4.25

1974 12.93

1979 32.11

1980 37.89

1990 23.71

2000 28.14

2001 24.11

2002 25.45

2003 28.84

2004 38.46

2005 59.94

*Sumber : IMF dan Bloomberg


Pada 28 Julai 2005

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
WTI (AS$/Setong)

Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara
ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia.

Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara
ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia.

Perbezaan harga diesel antara Malaysia dengan Thailand dan Singapura misalnya, sangat
ketara. Sebab itu, apabila rakyat negara tersebut masuk ke Malaysia, mereka mengisi penuh
tangki minyak kenderaan mereka.

Bandingan harga minyak di rantau ASEAN

Produk RON97 RON92 DIESEL LPG

Negara (RM/Liter) (RM/Liter) (RM/Liter) (RM/Kg)

Malaysia 1.62 1.58 1.28 1.45

Thailand 2.29 2.21 1.82 1.65

Singapura 3.76 3.48 2.36 -

Filipina 2.07 2.04 1.78 1.25

Indonesia 1.70 1.64 0.86 -

Brunei 1.20 1.18 0.70 1.38

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bloomberg

Kerajaan memastikan harga produk petroleum rendah dengan memberi pengecualian cukai
jualan dan subsidi kepada semua pengguna bahan petroleum (petrol, diesel dan gas
memasak).

Dengan adanya subsidi dan pengecualian cukai jualan maka pengusaha pengangkutan awam
seperti bas dan teksi boleh menyediakan perkhidmatan yang murah kepada orang ramai.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Subsidi juga dapat mengurangkan kos operasi golongan nelayan dan pengusaha pengangkutan
sungai di Sabah dan Sarawak.

Mekanisma harga yang digunakan untuk penetapan harga runcit produk petroleum telah
diwujudkan pada tahun 1983.

Secara ringkas, harga runcit petrol, diesel dan gas memasak ditentukan seperti berikut :

Kos Produk Petroleum

+ Kos Operasi

+ Margin Syarikat Pengedar Produk Petroleum

+ Komisen Pemilik Stesen Minyak

+ Cukai Jualan

- Subsidi

= Harga Runcit

Mekanisma harga itu bersandarkan harga pasaran antarabangsa. Berasaskan harga


antarabangsa itu, unsur kos operasi seperti kos agihan dan kos pemasaran serta cukai jualan
diambilkira untuk harga sebenar. Di Malaysia, harga runcit minyak lebih murah daripada
harga di negara lain oleh kerana kita memberikan subsidi dan pengecualian cukai jualan.
Sebagai contoh, harga runcit petrol RON97 pada 31 Julai 2005 adalah seperti berikut :

Harga Runcit Petrol RON97 (sen seliter)

Semenanjung Sabah Sarawak

Kos Produk 164.21 164.21 164.21

+ Kos Operasi 9.54 8.98 8.13

+ Margin Syarikat 4.45 4.45 4.45

+ Komisen Pemilik Stesen 8.00 8.00 8.00

+ Cukai Jualan 58.62 58.62 58.62

= Harga Sebenar 244.82 244.26 243.41

- Cukai Jualan (Pengecualian) 58.62 58.62 58.62

- Subsidi 24.20 25.64 23.79

= Harga Runcit 162.00 160.00 161.00

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri
31 Julai 2005

Kenaikan harga minyak sejak 1990

Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Sumber: IMF dan Bloomberg

Subsidi adalah wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu
produk supaya harga runcit produk tersebut rendah berbanding kos sebenar atau harga
pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringankan beban kepada pengguna.

Kerajaan akan terus menyediakan subsidi minyak tetapi akan menentukan tahap subsidi yang
mampu ditanggung olehnya.

Kerajaan sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti
diesel dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak termasuk nelayan, pengusaha
kenderaan awam seperti bas dan teksi serta pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan
sarawak

Penjualan diesel dan petrol adalah tertakluk kepada cukai jualan sebanyak 19.64 sen seliter
bagi diesel dan 58.62 sen seliter bagi petrol. Walau bagaimanapun, cukai jualan tidak
dikenakan ke atas gas memasak. Cukai jualan ini yang diperkenalkan pada tahun 1983,
dikenakan sebagai salah satu punca hasil Kerajaan di samping menjadi alat penstabil harga
produk petroleum. Oleh itu, untuk mengurangkan harga runcit produk petroleum, langkah
pertama yang diambil oleh Kerajaan ialah memberi pengecualian cukai jualan ke atas produk
berkenaan yang menyebabkan Kerajaan mengalami kehilangan hasil cukai.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Sejak kebelakangan ini, jumlah pengecualian cukai ini semakin besar. Umpamanya pada
tahun 1993, kehilangan hasil adalah RM190.8 juta sahaja tetapi meningkat kepada RM2.6
bilion pada tahun 1999 dan terus meningkat kepada RM7.9 bilion pada tahun 2005.
Pengecualian keseluruhan cukai jualan ke atas diesel wujud sejak daripada bulan Oktober
1999 lagi berikutan harga diesel yang semakin meningkat manakala bagi petrol sejak Jun
2004.

Salah satu kesan negatif ialah berlakunya herotan pasaran (market distortion) yang boleh
menjejaskan ekonomi negara. Ini bermakna harga komoditi berkenaan tidak menggambarkan
kos sebenar kerana harga pasaran adalah di bawah harga sebenar. Akibatnya akan berlaku
penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Di samping itu, akan timbul kegiatan yang
tidak sihat seperti penyelewengan, penipuan dan penyeludupan. Kerajaan tidak boleh biarkan
jurang antara harga pasaran dan harga subsidi terus melebar kerana ini boleh menggalakkan
penyelewengan. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membeli diesel pada harga subsidi
dan menjualnya kepada kilang/industri pada harga pasaran yang lebih tinggi.

Satu lagi kesan ialah berlakunya penyeludupan minyak, khususnya diesel Malaysia untuk
dijual ke negara jiran. Ini seumpama memberi subsidi kepada rakyat asing. Akibatnya,
kumpulan sasar tidak mendapat manfaat sepenuhnya kerana faedah ini turut dinikmati orang
yang tidak layak, yakni orang asing. Negara kerugian besar. Andainya 10 peratus minyak
Malaysia diseludup ke luar, ertinya negara kehilangan RM660 juta subsidi yang sepatutnya
dinikmati rakyat Malaysia, berdasarkan subsidi sebanyak RM6.6 bilion yang dianggarkan
pada akhir 2005.

Juga penyeludupan minyak memerlukan Kerajaan membuat belanja tambahan untuk


meningkatkan penguatkuasaan melalui tambahan kakitangan dan peralatan pihak berkuasa
yang bertanggungjawab menyekat penyeludupan.

Selain itu, subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah itu boleh diguna
untuk memberi manfaat kepada rakyat dan generasi masa depan, yakni anak cucu kita seperti
membina sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam.

Pada hari ini, subsidi juga menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta
berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang
yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan-tujuan lain yang lebih menguntungkan
rakyat jelata.

Apabila jumlah subsidi meningkat jumlah wang yang ada untuk pembangunan akan
berkurangan.

Pemberian subsidi juga mengurangkan keupayaan Kerajaan untuk mengurangkan defisit


negara.

Tanpa subsidi, harga petrol premium (RON97) ialah RM2.45 seliter dan bukannya RM1.62
seperti harga sekarang. Sebenarnya, apabila seseorang pengguna membeli seliter petrol
premium di Semenanjung Malaysia, Kerajaan menanggung beban sebanyak 82.82 sen, yakni
58.62 sen dalam bentuk pengecualian cukai jualan dan 24.20 sen dalam bentuk subsidi.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Perbandingan Harga Tanpa Subsidi

Semenanjung Malaysia

Produk 1 2 3 4 =1-(2+3)

RON97 (sen/liter) 244.82 58.62 24.20 162.00

RON92 (sen/liter) 232.18 58.62 15.56 158.00

Diesel (sen/liter) 206.87 19.64 59.13 128.10

LPG (sen/kg) 238.92 - 93.92 145.00

Sabah

Produk 1 2 3 4 =1-(2+3)

RON97 (sen/liter) 244.26 58.62 25.64 160.00

RON92 (sen/liter) 231.62 58.62 15.00 158.00

Diesel (sen/liter) 206.31 19.64 58.27 128.40

LPG (sen/kg) 253.32 - 100.32 153.00

Sarawak

Produk 1 2 3 4 =1-(2+3)

RON97 (sen/liter) 243.41 58.62 23.79 161.00

RON92 (sen/liter) 230.77 58.62 14.15 158.00

Diesel (sen/liter) 205.46 19.64 58.02 127.80

LPG (sen/kg) 252.48 - 99.48 153.00

1. Harga Tanpa Subsidi dan Cukai


2. Cukai Jualan Terkorban
3. Subsidi
4. Harga Runcit
(Dengan Subsidi)

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjung sepatutnya RM2.07 seliter. Tapipengguna
membeli seliter diesel dengan harga RM1.28 sahaja. Ini kerana adanya subsidi 59.13 sen
seliter dan pengecualian cukai jualan 19.64 sen.

Harga pasaran gas memasak (LPG) tanpa subsidi di Semenanjung adalah RM2.39 sekilogram.
Tapi pengguna membeli sekilogram LPG dengan harga RM1.45 sahaja. Ini kerana adanya
subsidi 93.92 sen sekilogram. Umpamanya, bagi satu tong gas 12 kilogram harga yang kita
bayar adalah RM17.40 tetapi harga sebenar ialah RM28.67. Jadi bagi setiap tong gas,
Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM11.27.

Jumlah subsidi bergantung kepada penggunaan minyak. Semakin banyak minyak digunakan
rakyat, semakin tinggilah bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaan.

Jumlah Subsidi Petroleum dan Kehilangan Hasil, 2000-2005 (RM bilion)

Tahun 2001 2002 2003 2004 2005

Sebelum selepas
Harga 31Julai Harga 31Julai

Subsidi 2.40 0.92 1.82 4.79 7.59 6.63

Kehilangan Hasil 5.08 3.31 4.76 7.15 7.85 7.85

Jumlah 7.48 4.23 6.58 11.94 15.44 14.48

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri  

Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas, subsidi yang diberikan pada tahun 2001 adalah
RM2.4 bilion berasaskan harga purata minyak mentah WTI sebanyak AS$25.24 setong. Pada
2004 subsidi meningkat kepada RM4.8 bilion berdasarkan harga purata minyak mentah dunia
sebanyak AS$41.60 setong.

Ini belum mengambil kira kehilangan hasil yang juga kian meningkat sejak 2002, dari RM3.3
bilion pada tahun 2002 kepada RM4.8 bilion pada tahun 2003 dan RM7.2 bilion pada tahun
2004.

Bagi tahun 2005, dengan menaikkan harga runcit diesel dan petrol pada 31 Julai 2005,
Kerajaan dapat menjimatkan subsidi sebanyak RM1 bilion menjadi RM6.6 bilion pada tahun
2005 berbanding RM7.6 bilion jika harga tidak dinaikkan (2004: subsidi RM4.8 bilion)
seperti yang ditunjukkan di jadual di atas.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah tersebut boleh digunakan
untuk tujuan yang lebih produktif dan berfaedah kepada rakyat seperti membina sekolah atau
kemudahan awam.

Jika harga minyak naik, hasil PETRONAS naik, hasil Kerajaan juga naik. Tapi pada masa
yang sama subsidi minyak yang ditanggung oleh Kerajaan juga naik, dari RM4.8 bilion tahun
2004 kepada jangkaan RM6.6 bilion tahun ini.

Jadi, memang benar negara mendapat keuntungan lebih tinggi dengan kenaikan harga minyak
kerana pendapatan negara bertambah hasil daripada pertambahan eksport. Namun, Kerajaan
perlu bertanggungjawab dalam membelanjakan pendapatan ini. Adalah tidak wajar 100
peratus keuntungan atau pendapatan ini digunakan semata-mata untuk subsidi minyak.

Namun begitu perlu diingat, bahawa kita beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak
pada jangka pendek sahaja. Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan
ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara
akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka
sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kita.

Namun begitu perlu diingat, bahawa kita beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak
pada jangka pendek sahaja. Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan
ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara
akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka
sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kita.

Lagipun, sebahagian keperluan minyak oleh rakyat negara ini perlu dibeli dan diimport dari
negara lain. Ini bermakna walaupun kenaikan harga minyak dunia menyebabkan hasil
bertambah, ia juga bermakna negara perlu berbelanja lebih untuk mengimport minyak pada
harga yang lebih tinggi.

Subsidi yang diberikan serta pengorbanan hasil memberi kesan ke atas kewangan Kerajaan.
Ini dapat dilihat dari lima sudut:-  - Pertama, ia menyebabkan perbelanjaan mengurus
meningkat. Subsidi sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2005 merupakan 7.4 peratus daripada
perbelanjaan mengurus. Jika tiada subsidi, perbelanjaan mengurus dapat dikurangkan dan ini
mengurangkan defisit Kerajaan. - Kedua, jika tidak digunakan untuk mengurangkan defisit,
penjimatan daripada subsidi boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan.
Jumlah RM6.6 bilion tersebut merupakan 23.3 peratus daripada perbelanjaan pembangunan
tahun 2005. Jika kos membina sebuah sekolah menengah adalah RM11 juta, jumlah ini dapat
membina 600 buah sekolah.  - Ketiga,kehilangan hasil akibat daripada pengecualian cukai
menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan. Kehilangan hasil sebanyak RM7.9 bilion pada
tahun 2005 merupakan 8 peratus daripada jumlah hasil. Kehilangan hasil berjumlah RM7.9
bilion ini jika dikutip, dapat membina 316,000 buah rumah kos rendah.  - Keempat,jika
digabungkan penjimatan subsidi dan kehilangan hasil berjumlah RM14.5 bilion,defisit tahun
2005 dapat dikurangkan daripada 3.8 peratus daripada KDNK kepada 0.7 peratus daripada
KDNK. Ini mengukuhkan kedudukankewangan Kerajaan.  - Kelima, dengan defisit yang
lebih kecil ini Kerajaan tidak perlu membuat pinjaman yang banyak.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebenarnya, sumbangan PETRONAS kepada hasil negara adalah mencukupi untuk
membiayai sepenuhnya subsidi keluaran petroleum.Namun begitu, perbelanjaan subsidi
adalah perbelanjaan hangus. Walaupun Kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang
kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan
pelaksanaan program lain yang lebih produktif. Oleh itu, jika rakyat dan Kerajaan dapat
berkongsi kos kenaikan harga keluaran petroleum dan mengurangkan jumlah subsidi yang
perlu ditanggung oleh Kerajaan, sebahagian daripada sumbangan PETRONAS boleh
dilaburkan ke dalam aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan baru demi kesejahteraan
negara dan rakyat.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, PETRONAS telah membuat sumbangan besar terhadap
pembangunan negara. Dalam tahun kewangan 2004/2005, ia telah menyumbang RM31 bilion
dalam bentuk cukai, dividen dan royalti. Ini merupakan peningkatan 47 peratus berbanding
dengan sumbangan tahun sebelumnya. Jumlah ini merupakan 53 peratus daripada keuntungan
kasar PETRONAS sebanyak RM59 bilion pada tahun kewangan 2004/2005.

PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit
produk petroleum tempatan, manakala sebahagian besarnya iaitu 70 peratus dikuasai
pesaingnya seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet.

Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara
langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi juga untuk syarikat-syarikat
minyak asing.

Di Malaysia, PETRONAS mempunyai 3 loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan


256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara. Baki sebanyak 53
peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari),
Exxon-Mobil 88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari). Oleh kerana
Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, adalah jelas bahawa untuk memenuhi keperluan,
kita juga perlu bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

TK 99/00 TK00/01 TK01/02 TK02/03 TK03/04 TK04/05

Cukai Pendapatan Syarikat dan Petroleum 6.1 9.9 7.5 8.6 10.5 14.3

Dividen 4.1 4.1 4.1 5.1 5.1 9.1

Royalti 2.6 4.1 3.5 4.1 4.5 6.2


(kepada Kerajaan Persekutuan & Negeri)

Duti Eksport Atas Petroleum 0.7 0.9 0.7 0.8 1.1 1.6

Jumlah 13.4 19.0 15.8 18.6 21.3 31.2

Sumber: Petronas

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Di samping itu, PETRONAS telahpun memberi subsidi gas untuk sektor tenaga negara ini
berjumlah RM25 bilion sejak Mei 1997. Harga gas yang ditetapkan kepada sektor tenaga pada
masa ini hanyalah RM6.40 per million British Thermal (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas
berasaskan harga komersial ialah sebanyakRM25.70 per mmbtu. Harga gas yang rendah ini
membolehkan Malaysia mengekalkan tarif elektrik pada tahap yang munasabah.

PETRONAS adalah sebuah entiti perniagaan yang beroperasi di negara ini dan di peringkat
antarabangsa. Jika sebahagian besar keuntungannya digunakan untuk subsidi, mungkin ia
akan dianggap sebagai syarikat yang tidak bertanggungjawab dan akan menjejaskan
kredibilitinya. Akibatnya, PETRONAS mungkin diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan
antarabangsa.

PETRONAS adalah sebuah entiti perniagaan yang beroperasi di negara ini dan di peringkat
antarabangsa. Jika sebahagian besar keuntungannya digunakan untuk subsidi, mungkin ia
akan dianggap sebagai syarikat yang tidak bertanggungjawab dan akan menjejaskan
kredibilitinya. Akibatnya, PETRONAS mungkin diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan
antarabangsa.

Peranan utama PETRONAS adalah mengurus dan mengekalkan sumber minyak dan gas
negara kita. Bagi mencapai matlamat ini, keuntungan mestilah dilaburkan semula untuk
kegiatan carigali baik dalam negeri dan luar negeri. Keuntungan juga perlu dibelanjakan
untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Dalam tahun kewangan 2004/2005, PETRONAS melabur 61 peratus daripada jumlah


pelaburannya atau sebanyak RM10.7 bilion untuk aktiviti carigali. Jika tidak ada pelaburan
baru, Malaysia akan menjadi pengimpot bersih petroleum menjelang tahun 2009.

Pelaburan oleh PETRONAS dalam aktiviti carigali, telah meningkatkan rizab minyak negara
sebanyak 2-3 peratus setahun. Ini tidak akan berlaku jika semua keuntungan digunakan untuk
subsidi.

Dalam menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan
kewangannya,Kerajaan mempunyai tiga pilihan, iaitu:

- Mengekalkan harga runcit petroleum walaupun harga pasaran antarabangsa naik.Ini


bermakna keseluruhan kenaikan harga produk akan dibiayai oleh Kerajaan melalui
peningkatan bayaran subsidi serta kehilangan hasil cukai. Jurang antara harga pasaran dengan
harga subsidi juga akan semakin luas. Peningkatan subsidi dan kehilangan cukai bererti
semakin kurang peruntukan dapat disediakan untuk tujuan pembangunan negara dan Kerajaan
akan berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal; atau

-Memansuhkan subsidi dan menarik balik pengecualian cukai dan membiarkan harga naik
sehingga mencerminkan harga. Dengan ini tiada lagi jurang antara harga pasaran dan harga
subsidi. Ini bererti pengguna akan menanggung keseluruhan kenaikan harga tersebut. Beban
sepenuhnya akan dirasai oleh semua pengguna produk petroleum. Kerajaan dapat
menjimatkan wang yang banyak untuk membiayai projek pembangunan dan rakyat perlu
membayar harga pasaran produk petroleum. Namun begitu,dalam keadaan ini Kerajaan
mungkin dituduh keterlaluan dan dianggap zalim; atau

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
- Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang.Jurang di antara harga pasaran dan harga
subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan
sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi. Tanggungan subsidi juga dapat
dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan yang lebih produktif. Kenaikan
harga secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan
ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan
mereka.

Pada pandangan Kerajaan jurang antara harga pasaran dunia dan harga dalam negeri perlu
dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu pilihan ketiga, adalah jalan tengah dan
merupakan pilihan terbaik. Ini bermakna Kerajaan akan terus menyediakan subsidi dan rakyat
berkongsi sedikit dengan Kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.

Kerajaan menggalakkan penggunaan natural gasvehicles (NGV). Antara insentif yang


disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan NGV ialah:  o pengurangan cukai
jalan iaitu 50 peratus untuk kenderaan monogas dan 25 peratus untuk kenderaan bi-fuel
(diesel) dan dual-fuel (gasoline); dan menetapkan harga NGV pada paras 50 peratus lebih
rendah daripada harga pam petrol.

Kerajaan juga sedang menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui (renewable


energy)melalui program SREP (Small Renewable Energy Programme) iaitu projek penjanaan
kurang daripada 10 MW dengan menggunakan biomass, landfill gas dan mini hidro

Bagi projek hidroelektrik, projek yang sedang dalam pembinaan ialah projek hidroelektrik
Bakun. Projek ini dijangka siap tahun 2010 dan dijangka dapat menjana kuasa dengan kapasiti
2,400 MW.
 
Di samping itu, Kerajaan juga bercadang memperkenalkan penggunaan biodiesel atau green
fuel dengan menggunakan minyak kelapa sawit yang dicampurkan dengan diesel untuk
kenderaan.

Graf harga minyak mentah

Sumber: IMF dan Bloomberg


26 oktober 2007

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Kesan Kenaikan Harga Minyak

Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang
mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang
melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga beberapa bulan terdekat ini
harga utiliti seperti elektrik pula akan naik. Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang
meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk
menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti
petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat
membebankan.

Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat
kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri
perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos
perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap
bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung
bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah
premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran
daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini,
peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang
tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat juga bertambah sukar. Dalam keadaan
sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan
mereka.

HALUAN juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil pendekatan yang disarankan
di dalam Al-Quran yang dapat mengelakkan kesusahan melampau ketika berlakunya sesuatu
krisis.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak
(pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-
Furqan:67)

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-
dosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar:53)

Langkah-langkah penjimatan yang diumumkan oleh kerajaan hendaklah dilaksanakan serta-


merta supaya negara mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk berhadapan dengan
kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada masa akan datang. Perbelanjaan yang berbentuk
hiburan, melalaikan dan tidak memberi faedah kepada kehidupan rakyat hendaklah dikaji
semula.Begitu juga dengan projek pembangunan yang berjumlah jutaan ringgit hendaklah
dinilai kembali pelaksanaannya ketika ini supaya kos pembangunan negara dapat digunakan
secara optimum.

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi
dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada
kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah:274)

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan juga perlu mendengar maklum balas daripada rakyat Malaysia dan memberi tindak
balas segera supaya keresahan mereka tidak menambah beban kepada kehidupan yang dilalui
pada masa ini. Contohnya dengan membuat penyelarasan tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar
(caj) perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, (yuran)
kesihatan, pendidikan dan perumahan supaya golongan yang berpendapatan rendah dan
sederhana kurang terbeban. Selain itu cadangan untuk mengkaji semula semua bayaran yang
dikenakan dalam sektor pengangkutan bagi menghalang kenaikan harga adalah wajar
dilakukan.

Antara cadangan lain pula ialah kerajaan perlu menggiatkan usaha penyelidikan untuk
mencari sumber alternatif kepada keperluan petrol seperti minyak kelapa sawit seperti mana
tenaga solar juga boleh menggantikan kuasa dalam membekalkan tenaga elektrik. Terdapat
pelbagai sumber alternatif yang masih terhad lagi kita gunakan iaitu antaranya tenaga
berasaskan angin, suria, hidrogen dan sisa organik.

Tindakan memberi potongan harga kepada barang-barang keperluan pengguna agar dijual
dalam kadar harga yang berpatutan juga wajar bagi menggalakkan perbelanjaan rakyat. Maka
tindakan memperkasakan dasar pertanian perlu digalakkan agar negara berupaya
mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah secara aktif hingga mampu menampung
permintaan kepada sesuatu bahan. Dengan memastikan pengawalan harga bahan keperluan
hasil pengeluaran selari dengan permintaan akhirnya akan memberi kesan kepada kelancaran
ekonomi.

Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat,
maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan. Pemberian
subsidi daripada kerajaan kepada peniaga sangat penting khususnya golongan yang kurang
mampu bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga barang dan akhirnya masyarakat
akan mudah berbelanja mengikut kadar kemampuan. Manakala bebanan rakyat seperti kadar
cukai, harga minyak, dan sebagainya sekiranya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan
lagi rakyat berbelanja atau kita panggil sebagai pendapatan boleh belanja. Seterusnya akan
bertambahlah bilangan pengusaha dan pembekal. Kerajaan akan memperoleh semula hasil
perbelanjaan rakyat itu menerusi cukai yang dikutip daripada pertambahan bilangan
pengusaha dan pembekal berkenaan.

HALUAN yakin bahawa kerajaan akan terus memilih pendekatan berjimat-cermat bagi
mengekang kenaikan harga bahan bakar minyak supaya penjimatan kos dapat dilakukan
dengan sebaik mungkin di samping memikirkan altenatif lain yang lebih bijak bagi menangai
permasalahan ini. Hak dan kebajikan rakyat akan lebih terjamin dengan kesepakatan dan
permuafakatan yang dibuat hasil dari penelitian yang jitu.

Contohnya mengenai pembayaran balik rebat RM625 setahun kepada pemilik kenderaan
pacuan empat roda berkuasa 2000cc ke bawah dan bagi motosikal berkuasa 250cc ke bawah
akan dibayar RM150 setahun. Sebagai tambahan, kerajaan turut mengumumkan rakyat
tempatan yang memiliki kenderaan persendirian dengan memiliki kenderaan enjin sehingga
3000cc di negeri Sabah dan Sarawak kini layak menuntut rebat tunai subsudi minyak
berjumlah RM 625 setahun. Walaupun begitu ada sesetengah yang berpandangan bahawa
pemberian rebat itu dianggap tidak menyeluruh kerana ada sebahagian besar yang
berpendapatan rendah tidak menggunakan bahan api untuk kenderaan persendirian.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
HALUAN sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sama-sama prihatin dengan
kesukaran rakyat Malaysia ketika ini menyeru ahli dan orang ramai untuk bersabar dan bijak
ketika berbelanja dengan elakkan pembaziran serta memanjatkan doa supaya cabaran dan
ujian ini mampu dilalui dengan tabah dan tenang.

Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin
dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu)
secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan
syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Isra’: 26-27)

Dalam keadaan begini kita juga harus berjimat-cermat. Ini kerana pembaziran itu membawa
kesan yang amat besar sekali. Perlu di rasai bahawa negara kita kaya dengan pelbagai hasil.
Kita perlu bersyukur di atas segala rahmat kurniaan Allah s.w.t. yang menjadikan setiap
rakyat dapat menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Sekiranya pembaziran berlaku hak
kehidupan yang lain akan terhalang. Kemusnahan dan penindasan akan berterusan.

Seharusnya nikmat dan kurniaan yang telah dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita perlu
dirasai dan dinikmati bersama. Seperti mana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi menegaskan bahawa, “...kerajaan turut berasa keperitan rakyat dan berasakan pucuk
pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini”.
( Dipetik dari Berita Harian, Rabu, 11 Jun 2008, muka 11)

Di dalam Mesyuarat Majlis Inflasi juga ada memutuskan cuti berbayar bagi menteri dan
timbalan menteri yang sebelum ini boleh dinikmati untuk ke sebarang destinasi, kini dihadkan
kepada destinasi dalam negeri dan rantau Asean sahaja dengan tempoh tidak melebihi
seminggu. Selain itu pengumuman berkaitan pemotongan perbelanjaan awam dan elaun
keraian anggota Kabinet sebanyak 10 peratus merupakan tanda keperhatinan terhadap
permasalahan ini.

Hal ini mengingatkan semula berkaitan contoh yang kita boleh ambil daripada ulama terdahul
iaitu ketika zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab’. Ketika itu berlaku tahun
kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab antara tahun 17H dan 18H
iaitu selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berusaha bersungguh-sungguh
menyelesaikan masalah ini di samping kecemerlangannya dari sudut pendirian dan sikap.
 
Sehingga diceritakan pada suatu ketika 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun
berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya.
Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya
lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata:
"Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku
bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku
apa yang mengenai mereka?".

Begitulah contoh teladan yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Sekiranya kita berusaha
berjimat-cermat dan merasai penderitaan yang lain dengan berusaha membantu dan mencari
penyelesaian, mudah-mudahan masalah yang timbul akan terungkai.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Namun perlu diingat bahawa isu ini, kesan dan penderitaan yang melanda masyarakat bukan
hanya sekadar untuk menjadi bahan rintihan atas kesempitan dan bebanan yang dilalui lantas
mencari jalan untuk saling menyalahi dan menunding jari. Walaupun hakikatnya perancangan
dan keputusan ini melibatkan pihak berkuasa di kalangan manusia, tetapi ada yang lebih
berhak dalam menentukan sesuatu perkara yang sebenarnya berada di luar penguasaan kita
semua sebagai hamba kepada Maha Pencipta.

Allah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit serta Yang ada di bumi; dan Kecelakaan
besar bagi orang-orang Yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab Yang amat berat
(yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim:2)

Mungkin isu ini boleh dijadikan renungan bahawa adakah kesempitan dan permasalahan yang
melanda merupakan suatu bala daripada yang Maha Kuasa. Apabila maksiat melata dan
berleluasa, Allah s.w.t. akan menurunkan bencana kepada umat manusia sebagai tanda
peringatan daripada-Nya. Kekufuran dan kemaksiatan hasil daripada tangan dan tindakan
manusia akan mengundang azab atas balasan setiap dosa.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum:41)

Berikutan dengan kenaikan harga minyak, terdapat di kalangan peniaga yang mengambil
kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat
perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam membuat
pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan.

Berikutan dengan kenaikan harga minyak, terdapat di kalangan peniaga yang mengambil
kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat
perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam membuat
pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan. Pengguna
mestilah berhemat dalam perbelanjaan dengan berbelanja mengikut keperluan dan
kemampuan. Di samping itu, pengguna perlu membuat pilihan bijak dengan membandingkan
harga dan kualiti barangan dan kedai sebelum berbelanja. Ini secara langsung dapat
meningkatkan kedudukan kewangan keluarga.  Dengan berbelanja secara berhemat dan
merancang perbelanjaan, pengguna boleh mengurangkan pembaziran.  41 peratus dari
penggunaan tenaga digunakan oleh sektor pengangkutan. Oleh itu, dari segi penggunaan
minyak, dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan
awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan.

Rakyat perlu sedar bahawa dalam masa 19 tahun lagi, tiada setitik minyak pun akan dapat
dikeluarkan dari bumi atau dasar laut Malaysia.Oleh itu, kita perlu menggunakan hasil
petroleum ini dengan berhemat. Kita mesti mencari jalan mengurangkan pergantungan
terhadap minyak dan memainkan peranan menggunakan hasil minyak hari ini untuk tujuan
produktif. Kita mesti berjimat cermat, jangan membazir dan mencari sumber tenaga alternatif
seperti biofuel.  Beberapa negara seperti Indonesia dan Thailand telah memperkenalkan
langkah-langkah penjimatan tenaga yang radikal. Rakyat negara ini wajar menyokong usaha
Kerajaan berhubung dengan penggunaan tenaga secara berhemat. nbsp;Kerajaan akan
bertindak tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan
(profiteering) berlebihan. Pengguna boleh memainkan peranan dengan melaporkan kegiatan

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
tidak beretika ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil. Peniaga, pedagang
dan pengusaha pula perlu bersikap patriotik dan tidak mengkhianati orang ramai dengan
menaikkan harga barangan atau jualan sewenang-wenangnya.

Metod

Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan sampel di lapangan dengan menggunakan soal selidik.
Soal selidik yang digunakan ( Dilampirkan) mengandungi dua bahagian seperti berikut:

Bahagian A : Butir-butir maklumat diri dan pekerjaan

Bahagian B : kesan kenaikan harga minyak terhadap kehidupan seharian

Responden tediri daripada penduduk kampung dan masyarakat di daerah Rompin

Kajian rintis telah dijalanlkan sebelum kajian sebenar dijalankan. Data yang dipungut telah
dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Life (SPSL- Manual)

Subjek

Seramai 87 buah keluarga yang berlainan sumber ekonomi dan status. Responden-responden
telah dipilih mengunakan kaedah rambang percontohan bertujuan (purposive random
sampling) berasaskan kriteria-kriteria berikut:

a) keluarga yang mempunyai sumber ekonomi yang kaya, sederhana dan miskin.

b) Keluarga yang berstatus bujang, bapa tunggal, warga emas, berkahwin, ibu tunggal,
duda dan janda

Pembolehubah-pembolehubah

Pembolehubah-pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah

a) Sumber ekonomi
b) Status responden

Soal selidik

Soal selidik yang mempunyai dua bahagian telah digubal oleh penyelidik untuk mendapatkan
maklumat tentang demografi responden dan sumber ekonomi atau pendapatan serta status
responden dan kesan kenaikan harga minyak terhadap kehidupan seharian.

Bahagian pertama soal selidik menyakan maklumat tentang jantina, umur, status, sumber
pendapatan atau ekonomi, dan pekerjaan

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Bahagian kedua soal selidik mengandungi 50 item yang menghuraikan mengenai masalah-
masalah yang dihadapi akibat daripada kesan kenaikan harga minyak dalamkehidupan
seharian. Item-item dalam bahagian ini telah diadaptasi daripada versi soal selidik yang
digubal oleh Prof Dr. Jamal Ali, Universiti Teknologi Malaysia (1999).

Item-item yang disediakan dalam inventori ini adalah dalam bentuk satu perkataan atau
frasa-frasa yang pendek. Responden dikhendaki menandakan masalah yang dialami akibat
daripada kesan kenaikan harga minyak(KKHM) dalam kehidupan seharian di atas skala likert
1 hingga 5 daripada membebankan hingga memudahkan. Indek bagi KKHM adalah purata
markah daripada 30 item selepas menentukan item-item positive dan negatif.

Prosedur

Setelah kajian rintis dijalankan dengan 20 buah keluarga yang berlainan sumber pendapatan
dan status, beberapa pengubahsuaian telah dibuat terhadap kandungan dalam soal selidik.
Kesesuaian dan ketepatan item-item yang diterjemahkan dan arahan-arahan yang disediakan
dalam soal selidik dapat dipastikan dalam kajian rintis ini. Beberapa pindaan kecil dan
pengubahsuaian telah dibuat terhadap item-item dan istilah-istilah yang didapati kabur. Soal
selidik telah disediakan dalam Bahasa Melayu untuk menyenangkan pemahaman. Sebarang
analisis statistik tidak dilakukan terhadap data kajian rintisan ini.

Prosedur memungut data telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sendiri . keluarga yang
telah dipilih dalam kajian ini diminta memberi kerjasama untuk menjawab soal selidik yang
diedarkan. Tiada had masa yang dikenakan untuk menjawab soal selidik. Sebahagian daripada
soal selidik dipungut tiga hari selepas diedarkan dan sebahagian lagi dipungut setelah
keluarga tersebut selesai menjalani pratikum masing-masing.

Analisis data

Soal selidik yang telah dipungut telah disemak. Soal selidik yang lengkap diisi mengikut
arahan yang ditetapkan telah diperoses dan direkodkan. Data yang dikodkan telah dianalisis
dengan mengunakan cara manual menggunakan program SPSL- Manual.

Penganalisis data dalam kajian melibatkan statistik dekskriptif dan statistik inferensi.
Penyelidikan telah menggunakan min dan sisihan piawai untuk mengenal pasti dan
menentukan masalah yang dialami akibat kenaikan harga minyak terhadap kehidupan
seharian sesebuah keluarga. Keputusa kajian juga telah dibentangkan dalam bentuk jadual
yang sesuai

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Keputusan kajian

Daripada 100 set soal selidik yang diedarkan, terdapat 82 set yang diisi dengan lengkap telah
diproses. Responden merupakan penduduk yang tingaal di daerah Rompin iaitu kawasan luar
bandar.

Jadual 1. Taburan Responden Mengikut Status

Status %
Bujang 13.4
Duda 12.3
Janda 6.8
Berkahwin 31.6
Warga emas 3.7
Bapa tunggal 8.4
Ibu tunggal 23.8

Jadual 2. Taburan Resronden Mengikut Umur

Umur N %
25-29 Tahun 10 12.2
30-34 Tahun 30 40.2
35-39 Tahun 13 19.5
40-44 Tahun 12 16.2
45-49 Tahun 8 2.1
> 50 Tahun 9 9.8

Jadual 3. Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Pendapatan (RM) N %
< 300 32 29.3
500 27 23.5
700 15 19.8
1000 3 12.7
>1500 5 17.5

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Jadual 4. Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Jenis pekerjaan N %
Pertani 32 37.8
Buruh 27 25.8
Guru 3 5.3
Nelayan 15 20.5
Lain-lain 5 10.6

Dalam jadual 4 menunjukkan taburan mengikut pekerjaan penduduk. Daripada 82 buah


keluarga terdapat 32 orang (37.8%) bekerja sebagai petani, buruh sebanyak 27 orang (25.8%)
dan sebagai nelayan seramai 15 orang (20.5%). Manakala responden-responden yang lain
bekerja sebagai guru dan sebagainya.

Penutup

Hasil kajian ini mungkin dapat memberi implikasi yang bernilai kepada pihak-pihak tertentu
yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam bidang ekonomi.
Walaupun tahap atau kesan kenaikan harga minyak di kalangan masyarakat adalah sederhana,
namun fenomena ini jika dibiarkan berlaku dengan berterusan sudah pasti ekonomi rakyat
akan menurun sehingga boleh menjadi sangat kritikal. Oleh itu, kajian ini mengseyorkan
bahawa semua pihak haruslah bersatu padu dalam mengembeling tenaga untuk memastikan
inflasi akibat kenaikan harga minyak dapad dikawal supaya tidak usud sebarang konflik sosial
dan konflik yang timbul daripada tuntutan masyarakat. Kerajaan seharunya mengambil
inisatif bijak dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat secara adil dan saksama.
Disamping, itu rakyat haruslah sedar akan kepentingan bekerjasama di antara satu sama lain.
Masyarakat juga haruslah belajar untuk berbelanja secara bijak agar masalah ini dapat
diselesaikan secara terancang. Ini secara langsung dapat meningkatkan kedudukan kewangan
keluarga.  Dengan berbelanja secara berhemat dan merancang perbelanjaan, pengguna boleh
mengurangkan pembaziran. 

Akhir sekali, adalah dicadangkan kajian-kajian selanjutnya seharusnya menunjukkan strategi-


strategi pengurusan yang lebih tersusun, teratur dan lebih strategik dalam usaha mencegah
masalah inflasi dan kesan kenaikan harga minyak. Di samping itu, adalah lebih membantu
dalam penyelidikan sekiranya kajian yang dijalankan berbentuk temu ramah atau kuantitatif
untuk menghayati masalah mereka secara lebih mendalam. Kajian-kajian yang sedemikian
akan dapat membantu dalam mengumpul maklumat yang lebih meluas atau lebih teperinci
tentang ‘attribut-attribut’ yang membina supaya dapat membantu rakyat atau masyarakat
dalam menyelesaikan masalah tentang kesan kenaikan harga minyak dalam peringkat isi
rumah sehinggalah negara.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
Rujukan

The Hike in Oil Prices: Speculation -- But Not Manipulation

Blok Happy Day

sahabatmantap@yahoo.com

2007 International Energy Outlook: Petroleum and other liquid fuels. U.S. Energy Information
Administration (May 2007).

Sumber : KPDN & HEP

Harga Minyak Mentah BP. Department of Energy. Excel spreadsheet.

Economic Planning Unit (EPU)

Kenneth Musante. "Oil breaks new ground above $143", BBC, June 29, 2008. Dicapai pada 2008-06-
29. (English) 

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bloomberg

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (www.kpdnkk.gov.my)

The Association for the Study of Peak Oil and Gas Newsletters

Oil Prices and the Iraq War: Market Interpretations of Military Developments by U.S. Navy CCC

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Kewangan

Dipetik dari Berita Harian, Rabu, 11 Jun 2008, muka 11) Malaysia Sumber : IMF dan Bloomberg Pada
28 Julai 2005

Ayat Al-Quran (Ar-Rum:41)(Al-Is(Al-Furqan:67) (al-Isra’: 26-27) (Al-Baqarah:274) (Az-Zumar:53)

Asia/Pacific: Scary Oil Andy Xie, MorganStanley economist for Asia, commenting on possibility that
oil is financial bubble,(16-Jun-2005).

Petronas

Prof Dr. Jamal Ali, Universiti Teknologi Malaysia (1999).

Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri. Ekonomi Malaysia: Fakta dan Maklumat
http://www.epu.gov.my

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) (PPM 969/88)

HALUAN Malaysia.com

Wikipedia, Enciklopedia bebas

EU Oil Bulletin Fuel prices in EU countries updated weekly, includes information on taxes and VAT.
Oil Industry Combined Graph Graph of oil prices in relation to other fossil fuel prices.

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG GEMOK

KESAN KENAIKAN HARGA


MINYAK KEPADA
MASYARAKAT

MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL

910811-01-6085

PN. SYAHARITA BT SHAFFEI


FAKULTI EKONOMI
SMK TANJUNG GEMOK

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL


HAK CIPTA TERPELIHARA

You might also like