You are on page 1of 40

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah
tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai
pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup
sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya
dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah. Semasa berada di institut
perguruan atau di universiti, di samping didedahkan dengan pelbagai pengetahuan,
bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar.

Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi


pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh
dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn oleh
murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos
keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakan
strategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang
ditentukan.

-1-
2.0 KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

2.1 Sumbangsaran

Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara


kumpulan. Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut
sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian
sahaja. Oleh yang demikian,penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda
sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah
sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid.

Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan


idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua
puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan
seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua
pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan
oleh guru.

Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan


sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu.
Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya murid-
murid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum
membuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi
sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai
pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan.

Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil


inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai
pandangan ahli-ahli kupulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru
seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh
murid-murid.

-2-
Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang
pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan
idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan
merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli
kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah
menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakan
satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang
singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid
berbanding dengan kaedah analitikal biasa.

2.2 Bercerita

Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang
boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-
mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan
keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagai
pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid
membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan
untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid
dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh
menggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-
murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang
mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah
mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada
murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat
melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir
secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral
sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam
teknik bercerita ialah :

-3-
a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi
dan penggunaan ayat-ayat yang mudah.
b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan
memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan
emosi yang berlainan.

Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknik
bercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang
paling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru
selepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah
memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah
disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan
tatabahasa dan merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan.


Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti
bercerita :

a) Sebelum bercerita

Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat


duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di
tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru
ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara
seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh
semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat
pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu
bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi
muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu
diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan
soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah
memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu
dimulakan.

-4-
Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah
memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama.
Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi
maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang
berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkngsi
cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan
kepada pengalaman bercerita lebih mendalam.

b) Semasa bercerita

Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota


daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain
itu,ia juga bertujuan untul memastikan agar murid-murid memberi
perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlu
mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan
pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

2.3 Perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid


berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah.
Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah
kelas atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar
pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di
kalangan murid. Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu , pendapat
dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid kan
membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan.

Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-


murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri
dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai
objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf,perbincanganboleh
menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran
baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif,

-5-
perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat
mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan
kemahiran mendengar dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan
mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum
pengajaran dijalankan.

Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

Dalam perbincangan ini guru harus mengendali perbincangan kelas.


Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan
murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang
dibincangkan.

Dalam perbincangan kelas perlu wujud panel dan


perbahasan.Panel, simposium dan perbahasan melibatkan
sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik,
menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dn
perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami
beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu.
Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan
yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam
kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal
atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat


hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang
pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar.
Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama
kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenytaan masing-masing. Meja bulat
boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

-6-
Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan
penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.
Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang formal.Ia
merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua
kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap
ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain.

Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas


melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah
menyampai maklumatnya.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil


adalah empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh
murid terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain dari
mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi,perbincangan
kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran
komunikasi,kepimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid
yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah.
Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses
perbincangan. Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang
mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan
kumpulan kecil. Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti
secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap
kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Kedua, guru harus
pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk
menyumbang kepada perbincangan tesebut. Oleh yang
demikian,perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu
pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang
brdasarkan topik-topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harus
merancang perbuncagan yang pendek dalam topik tersebut. Teknik
yang paling akhir ialah murid-murid harus diberi arahan yang tepat.
Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus

-7-
melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh dijalankan melalui
laporan bertulis atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara
lisan .

Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan


aktiviti perbincangan :

a) Mengambil kira matlamat perbincangan


b) Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid
c) Mengkaji isu-isu yang terlibat
d) Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan
e) Menyediakan persekitaran yang menyeronokkan
f) Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu
g) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yang
bermakna
h) Menerapkan unsur jenaka
i) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan

Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas


tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawaan
guru. Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di
sekolah. Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri
bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk
menyuarakan pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan
diri dan konsep kendiri murid. Guru harus menggalakkaan murid
mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoal
serta menyelesaikan masalah. Selain itu, guru harus memupuk unsur0unsur
kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang
lain.
Topik perbincangan mestialh sesuai dengan objektif dan minat murid-
murid tambahan pula guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama
ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan
sesuatu masalah. Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai
pemudah cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan.

-8-
Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan
menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka.
Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya
murid-murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid
agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan.
Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus
merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.

2.4 Demonstrasi

Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu


kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut
prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di
hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah
pembelajaran.

Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid


memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara
lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk
memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid
memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat
demonstrasi tulin, demonstrasivdengan komen atau demonstrasi dengan
penglibatan dari murid-murid.Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas
atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.
Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-
murid.

Demonstrasi boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau


prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi
model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi
menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara
teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan
setiap murid memerhatikan demonstrasi, meperkenalkan demonstrasi untuk

-9-
memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan
susulan.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian,olahraga, permainan dan


membuat uji kaji.Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid
untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat
prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan
murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa
membuat demonstrasi,guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya
murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.

Dalam proses demonstrasi ,guru mesti mewajibkan murid-murid


memberikan perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis,
perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan
oleh guru. Guru juga boleh mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan
ringkas tentang demonstrasi tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru
hendaklah menentukan topik,objektif dan menyediakan alatan atau bahan yang
hendak digunakan dalam sesi pengajaran. Satu kebaikan demonstrasi ialah ia
memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria
penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan
kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi
dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.

2.5 Penyelesaian masalah ( Theory of Constraint , TOC )

Teori Konstrain ( TOC) boelh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh
digabunkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheran dan mengubah
sistem pengurusan. Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk
yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah
supaya dapat mengambil ikhtibar kefahaman sesuatu situasi. Teori ini digunakan
untuk membentuk penyelesaian common sense dan juga memudahkan
komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang terlibat dalam
penyelesaian ini. Bagi meletakkan alat-alat dalam hubungan,mereka mesti

- 10 -
menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif masing-
masing mempunyai tujuan dan mempunyai kepastian. Objektif yang pertama
ialah apa yang perlu diubah.Ia berkaitan dengan penilaian situasi, perihal tentang
situasi semasa dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian –
andaian yang menyokongnya seperti diagnosis. Objektif yang kedua pula ialah
apa yang perlu diubah kepada iaitu visi atau penyelesaian yang telah
diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini
iaitu preskripsi,membuat keputusan dan memperkembangkan penyelesaian.
Ketiga ialah bagaimana perubahan boleh dilakukan dalam perkembangan
rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa
yang berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam implementasi
strategi seperti merancang dan membina kumpulan.

Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan


seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif
dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . Dalam
teknik penyelesaian masalah, murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran – kemahiran tertentu.

Kaedah penyelesaian masalah membina pemikiran murid supaya


bersedia untuk menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan seterusnya
mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi tersebut. Penyelesaian
masalah juga membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila
menghadapi masalah. Ia juga dapat meingkatkan keyakinan diri murid-murid
khasnya apabila mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga
mengerakkan murid-murid untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian
masalah mereka. Masalah yang dikemukakan oleh guru dalam kaedah
peneyelesaian masalah hendaklah berkaitan dengan tajuk topik-topik dalam
mata pelajaran mereka. Guru perlu membimbing dan merangsangkan proses
perbincangan penyelesaian masalah.

Dalam proses penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen tentang


masalah dikemukakan. Jika penyelesaian masalah dapat dicapai,murid-murid
diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaiamana masalah itu boleh

- 11 -
diselesaikan. Jika peneyelesaian masalah tidak diselesaikan, alernatif-alternatif
lain akan dikemukakan oleh guru dan murid.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan dalam teknik


penyelesaian masalah. Antaranya ialah penyelesaian masalah, memahami
masalah, menentukan cara-cara penyelesaian masalah,mencuba cara-cara
penyelesaian yang baru dan merumus serta menilai penyelesaian. Dalam
kaedah ini.kemahiran berfikir murid digalakkan kerana murid-murid perlu
memikirkan cara-cara penyelesaian tanpa bantuan guru. Murid-murid akan
memikirkan cara-vara mengumpul maklumat yang dapat menolong
menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Dalam langkah merumus dan
menilai penyelesaian,murid akan melihat kembali proses penyelesaian dan
menilai sama ada cara penyelesaian berjaya atau tidak.Kelebihan proses
penyelesaian masalah ialah terdapat penglibatan aktif murid-murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai teknik lain dapat digunakan oleh guru dalam proses


penyelesaian masalah seperti inkuiri, sumbangsaran,perbincangan dan simulasi.
Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir
di kalangan murid-murid dan juga dapat memupuk interaksi sosial yang positif.
Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk
memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi mereka.
Kelemahan kaedah penyelesaian masalah ialah ia memerlukan masa yang
panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. Kaedah ini juga tidak
begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan yang tidak dapat memikirkan
langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai.

- 12 -
3.0 PEDAGOGI BESTARI

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di sekolah bestari telah direka
bentuk hasil daripada kritikan yang menyatakan bahawa melalui sistem tradisi,
penyampaian pengajaran hanya melahirkan murid yang mampu mengingat fakta dan
angka tanpa mengetahui cara mengaplikasikannya. Pedagogi bestari berusaha
mengatasi kelemahan ini dengan hanya menyediakan persekitaran pembelajaran yang
lengkap dan melahirkan generasi tenaga manusia yang boleh berfikir secara celik
teknologi.

E-Pembelajaran ialah satu cara untuk proses peningkatan kendiri seorang guru. Ia
ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang
dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Selaras dengan zaman
globalisasi, guru perlu mahir dan mempunyai maklumat terperinci mengenai bahan
pengajaran yang ingin diajar.

Pihak Kementerian Pendidikan sedar akan peranan komputer dalam pembelajaran.


Sehubungan itu, komputer telah diintegrasikan dalam kurikulum pendidikan di bawah
Rancangan Malaysia ketujuh. Bagi melibatkan guru dengan E-Learning, 40-45 unit
komputer telah diperuntukkan bagi 750 orang murid sekolah oleh kerajaan Malaysia
(Dasar Komputer Kementerian, 1996). Diantara jenis pendidikan yang diperkenalkan di
bawah E-pembelajaran ialah : pendidikan jarak jauh dan pendidikan komputer.

Pendidikan jarak jauh boleh dijalankan melalui media atau pendidikan komunikasi.
Pendidikan melalui siaran/jarak jauh dikendalikan dengan menggunakan pelbagai jenis
alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan dan komputer di mana tenaga
pengajar menyampaikan pengajaran tanpa bersemuka dengan pelajar-pelajarnya.

Selain itu, pendidikan jarak jauh boleh juga dijalankan melalui televisyen satelit. Guru
juga harus mengikuti kursus-kursus melalui pembelajaran secara online melalui
program-program yang ditawarkan oleh universiti terbuka. Keistimewaan program-
program universiti terbuka ialah tidak memerlukan kelayakan akademik atau ikhtisas,
diberikan peluang belajar kepada semua dan universiti ini menggunakan aplikasi seperti
video, internet dan televisyen.

- 13 -
Melalui pendidikan komputer, seorang guru harus mahir dan mengetahui perisian-
perisian seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel, Microsoft
Publisher dan Microsoft Access. Guru juga harus tahu menggunakan aplikasi-aplikasi
internet kerana alat-alat ini sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah Jaringan Web Sedunia, E-mel, kumpulan perbincangan dan senarai
mel.

Untuk membuat peningkatan kendiri, guru juga harus menyertai “Smart Learning
Environment” (SLE). SLE ialah satu program yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan untuk meningkatkan infrastruktur sekolah dengan meningkatkan kemahiran
sumber manusia di kalangan guru. Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan
kepada pihak pengurusan sekolah serta meningkatkan pengetahuan guru terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Matlamatnya adalah untuk guru mengaplikasikan teknologi maklumat di bilik darjah.


Beberapa aplikasi seperti ‘word processing’, ‘spreadsheet’, ‘database’, ‘desktop
publishing’, dan ‘graphing’ telah diperkenalkan dalam program ini. Dalam SLE guru perlu
mempelajari aktiviti-aktiviti komputer seperti membangunkan modul pengajaran,
menghantar e-mel, memuat turun bahan pengajaran, membuat perkembangan web,
membuat grafik, membuat program kolaboratif dengan sekolah-sekolah di luar negara
dan membuat pencarian maklumat di Internet.

- 14 -
4.1 Pengajaran Direktif

Strategi pengajaran direktif bertujuan membantu murid bagi memahami dan


mencari maklumat berasaskan pembacaan dan penaakulan kritis. Dalam
pendekatan ini, murid dikehendaki menguasai tingkah laku dan kemahiran yang
ditunjukkan oleh guru. Hal ini akan melibatkan latih tubi,amali, pembelajaran
masteri dan pengajaran langsung dalam bilik darjah, Ia juga bersifat authoritarian
di mana guru berperanan sebagai sumber maklumat. Fokus utama di sini ialah
guru. Murid biasanya bersifat pasif dan bergntung kepada guru untuk memberi
fakta dan maklumat dalam menyelesaikan masalah.

Guru yang mengguanakan pendekatan ini biasanyan mendemostrasikan


proses menggunakan idea atau peristiwa yang biasa dengan murid dan
menggunakan proses tersebut kepada keadaan yang tidak biasa bagi mereka,
selalunya kandungan yang baru dalam kurikulum. Sebagaimana yang telah
dinyatakan, guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat. Aktiviti-
aktiviti yang sesuai bagi pendekatan ini termasuklah menstruktur maklumat,
memilih obejektif yang hendak dicapai, mencadangkan cara bagi mencapainya
dan tetapkan kriteria bagaimana pencapaian dapat dinilaikan. Di samping itu
terspaat pendekatan untuk menyediakan organisasi maklumat, menyemak untuk
pemahaman dan simpanan serta memberi ganjaran kepada hasil pencapaian
yang diharapkan.

Pengajaran langsung yang dijalankan dalam bilik darjah boleh melibatkan


penyampaian maklumat yang aktif daripada guru, computer atau murid
lain.Proses utama dalam penyampaian aktif ini termasuklah mendapatkan
perhatian daripada murid, memberi petunjuk yang mendorong penglibatan
murid,megguna pengurusan grafik, mendedahkan kepada isi kandung yang
diperlukan dan pengetahuan yang berkaitan dengan murid.

Satu lagi kepentingan pengajaran langsung adalah ia dilakukan melalui


langkah demi langkah, dari satu subtajuk ke satu subtajuk berasaskan analisis
tugasan.Penggunaan contoh, bantuan visual dan demonstrasi bagi
menerangkan konsep-konsep konkrit dan abstrak adalah digalakkan dalam

- 15 -
pengajaran langsung. Penilaian berterusan juga perlu dilakukan bagi menguji
pemahaman murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Sebagai rumusan pengajaran direktif adalah berasaskan kepada strategi


pemustan guru dan di bawah kategori tradisi. Penggunaan masa dan
pengurusan bilik darjah yang berkesan memainkan peranan penting dalam
mengamalkan pengajaran sehala dalam penyampaian pengetahuan dan
kemahiran. Perbincangan seterusnya adalah mengenai strategi pengajaran yang
melibatkan murid secara aktif dalam proses pengaran dan pembelajaran.

4.2 Pengajaran Mediatif

Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar


untuk menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan
pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini guru
adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi
merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Seterusnya mereka dapat
merumus serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam
menyelesaikan masalah.

Dalam proses pengajaran, guru perlu mengelakkan diri daripada


membuat pertimbangan terhadap idea yang dikemukakan oleh murid. Guru perlu
membantu membimbing bagimencuba dan menguji idea mereka. Murid perlu
digalakkan mengemukakan idea logik secara induktif dan deduktif.

Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan


mengawal proses pembelajaran,peneyelesaian masalah,perancangan dan
penilaian. Hal ini melibatkan proses menolong murid secra terus bagi
mengaplikasikan pengetahuan menyelesaiakan masalah dan konflik.

Melalui pendekatan ini diharapkan murid dapat mengenal pasti strategi


menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan
kefahaman mereka. Murid akan mendapat kesedaran tentang apa yang telah
dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masaakan datang. Mediator

- 16 -
menunjukkan murid bagi mencapai arah kendiri (self regulation) secara aktif
dengan menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah.

Pendekatan ini menggabungkan aktiviti-aktivti penaakulan, bimbingan


dan perbincangan terbuka. Lama kelamaan ini akan mengurangkan
pergantungan murid terhadap guru boleh berfungsi sendiri.

Selain perbincangan terbuka (open-ended) pendekatan utama yang lain


dalam startegi mediatif adalah penguasaan konsep,pembentukan konsep dan
penemuan.Penggunaan konsep (mengikut Bruner) adalah proses
mendefinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi menggambarkan
dengan tepat makna konsep tersebut.

Dalam pengajaran penguasaan konsep, guru perlu membimbing murid


melalui empat fasa. Fasa pertama.guru-guru akan menjelaskan matlamat aktiviti
dan kaedah yang digunakan bagi menentukan konsep. Fasa kedua pula,murid
diminta memberikan contoh-contoh yang menggamabarkan konsep tersebut dan
cuba memperkembangkan.Setelah murid memberikan definisi dengan betul
barulah guru memberikan nama konsep tersebut. Fasa ketiga,murid diminta
membuat analisis tentang proses berfikir yang digunakan semasa membina
konsep. Fasa terakhir adalah fasa membuat penilaian tentang aktiviti yang
dijalankan. Ia akan berjaya sekiranya murid dapat mengenal pasti contoh-contoh
yang lain yang berkaitan dengan konsep yang dibina.

Model Taba dibina berasaskan konsep yang merupakan sebahagian


daripada pengetahuan sedia ada murid, dan hubungannya dengan pembinaan
pengetahuan baru. Disini murid diajar membuat pemerhatian,membentuk
pelbagai jenis inferens daripada pemerhatian,memproses data kumoulan
berasaskan pengamatan yang sama. Mereka kemudian mengkategori dan
melabelkan data dan seterusnya membentuk sistem konseptual. Dalam proses
ini, murid telah memperkembangkan kemahiran berfikir mereka.

Pendekatan lain dalam pengajaran mediatif adalah inkuiri iaitu, guru perlu
mengajar cara mengkaji sesuatu masalah dan mengemukakan soalan

- 17 -
berasaskan fakta dan pemerhatian. Umumnya, model inkuiri adalah berasaskan
kepada lima langkah iaitu, menenal pasti masalah, membuat
hipotesis,mengumpul data, menganalisi data dan membuat generelisasi.

Dengan menggunakan naluri ingin tahu murid, strategi mediatif yang


menggunakan pendektan inkuiri akan membentu murid untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi mereka pada masa akan datang dengan lebih yakin,
memlih angkubah yang relevan dan meperbaiki proses daya ingatan dalam
mengintergrasikan bahan ke dalam struktur kognitif mereka serta memudahkan
proses ingat kembali.

Oleh itu, peranan guru dalam pengajaran mediatif melalui pendekatan


inkuiri adalah membina situasi masalah,menyediakan prosedur penemuan,
respon kepada penemuan murid,membantu murid memberi fokus pemenuan
mereka dan memudahcara perbincangan penyelesaian masalah dikalangan
murid.

Umumnya, dalam strategi pengajaran mediatif , murid diharapkan dpat


mengumpul maklumat,memproses dan menilai idea sendiri sebelum membuat
kesimpulan terhadap konsep yang baru dipelajari.

4.3 Pengajaran Generatif

Ramai yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu murid


mencipta pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam meneyelesaikan
masalah. Pendekatan ini bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan
menggunakan metafora atau keadaan yang luar biasa. Guru akan mengelak
daripada memberi pertimbangan nilai yang boleh menyekat kreativiti

Strategi ini dapat membantu murid belajar cara bertingkah laku yang
sesuai mengikut situasi dan menggunakan kebijaksanaannya yang pelbagai.Hal
ini termasuklah penggunaan sumbangsaran,sinetik, pemikiran lateral dan
kreativiti melalui sesuatu reka bentuk.

- 18 -
Pengajaran generatif boleh digunakan dalam penulisan, penyelesaian
masalah yang bukan rutin dan penemuan. Dalam situasi yang terkawal, murid
dibenarkan mengguna kreativitinya semasa mengguna bahan baru di makmal
sains, mendapat celik akal dan intuisi semasa cuba menyelesaikan masalah
disiplin di sekolah. Diharapkan murid akan lebih berkemahiran mengguna
metafora dalam proses berfikir.

Langkah-langkah dalam merancang pengajaran generatif adalah seperti


menentukan kepiaawaian dengan murid, menyediakan kriteria secara eksplisit
sambil memberi kuasa kepada murid untuk mengaplikasikannya dan meneroka
pendekatan dan strategi alternatif bagipelbagai tugasan.

Sinetik adalah sebagai alat sumbngsaran yang digunakan dalam


pengajaran generatif. Ini adalah suatu pendekatan bagi pemikiran kreatif. Di sini,
guru membimbing murid mengguna anologi atau metafora untuk melihat
perhubungan antara bahan-bahan baru dengan bahan yang mereka ketahui.
Pendekatan ini kerap diguna dalam kumpulan untuk membantu
memperkembangkan respon kreatif bagi menyelesaikan masalah,untuk
mengekalkan maklumat baru,membntu menjana penulisan dan meneroka
masalah sosial dan disiplin. Ia membantu pengguna menukar pemikiran sedia
ada dan menghayati konsep abstrak.

Antara langkah yang wujud dalam sinetik model ialah memberi


maklumat,memberi anologi, mengguna anologi peribadi untuk mewujudkan
konflik yang tertekan, membandingkan konflik tertekan dengan
subjek,mengenalpasti perbezaan,memeriksa semua subjek asal, membina
analisis baru dan menilai.

- 19 -
4.4 Pengajaran Pemerhatian

Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan memerhati orng


lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar secara kognitif bagaimana
melakukan sesuatu dan apakah kesan yang mugkin berlaku.Pembelajaran ecara
pemerhatian berlaku apabila tingkah laku pemerhati berubah selepas melihat
tingkah laku model. Tingkah laku seorang pemerhati boleh membawa kesan
positif dan negatif iaitu peneguhan atau hukuman eksplisit daripada tingkahlaku
model. Menurut Bandura peneguhan atau hukuman (1977), terdapat empat
proses tertentu dalam penggunaan pembelajaran pemerhatian iaitu prose
memveri perhatian,proses mengingat,proses reproduksi motor dan proses
motivasi.

Dalam proses menarik perhatian,murid memberi perhatian kepada ciri-ciri


signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari oleh mereka. Murid memerlu
beberapa cara memberi simbol, memahami dan menyusun pemerhatian mereka
supaya ingat apa yang telah diperhatiakn oleh mereka dalam proses mengingat.
Dalam proses reproduksi motor, diperhatikan oleh mereka dalam proses
mengingat. Dalam proses reproduksi motor, murid melakonkan gerakan fizikal
sebenar melalui proses cuba jaya. Dalam proses motivasi, murid menerima
keadaan motivasi yang sesuai supaya mereka dapat melakukan tingkah laku
yang pelajari.

Pembelajaran pemerhatian memberi impak kepada pembelajaran dan


menjadikannya berkesan, murid harus diberi peluang untuk memerhati dan
mencontohi tingkah laku model yang membawa peneguhan positif. Pada masa
yang sama,guru harus mengalakkan pembelajaran kolaboratif kerana
kebanyakan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan persekitaran. Bagi
mempamerkan tingkah laku yang dipelajari, guru haruslah membekalkan insentif
dan persekitaran yang mengglakkan tingkah laku itu berlaku.

- 20 -
4.5 Pengajaran Konstektual

Pengajaran konstektual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar


kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat
hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu
digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat.

Menurut teori ini,pembelajaran berlaku hanya ketika murid memproses


maklumat dengan cara yang bermakna mengikut ruang rujuk mereka iaitu dunia
ingatan, pengalaman dan maklum balas mereka sendiri. Teori ini menggalakkan
guru memilih dan membentuk persekitaran pembelajaran dengan memasukkan
sebanyak mungkin pelbagai pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi
dalam usaha ke arah hasil pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran
seumpama itu,murid menenui hubungan bermakna antara idea abstrak dan
mengaplikasika amali dalam dunia sebenar di mana konsep diterima, dikukuhkan
dan dihubungkaitkan.

Dalam proses pembelajaran konstektual,urid digalakkan mengalami lima


teknik belajar, iaitu startegi REACT.Pertama,murid menceritakan (R) di mana
murid digalakkan unuk mengalami (E) pembelajaran melalui penerokaan,
penemuan dan mencipta idea. Barulah mereka akan mempelajari dalam konteks
cara mengapilikasi (A) ilmu atau maklumat dalam situasi lain.Dalam pengajaran
dan pembelajaran konstekstual, murid bekerjasama (C) untuk memberi maklum
balas dan berkomunikasi di kalangan ahli kumpulan dan guru. Akhirnya, murid
diharapkan supaya belajar dalam konteks memindah (T) pengetahuan sedia ada
serta pengetahuan membina yang mereka tahu.

Contoh pengajran kontekstual adalah pembelajaran berasaskan aktiviti,


sesi ’hands-on’, seminar, bengkel dan program ’buat sendiri’. Dalam pengajaran
biologi,misalnya murid akan belajar bagaimana seorang petani menderita dan
memberi sumbangan kepada kemerosotan persekitaran.

- 21 -
Rumusannya, strategi pengajaran dan pembelajaran konstekstual
menekankan penyelesaian masalah dan mengenal pasti keperluan untuk
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam pelbegai konteks seperti
rumah, komuniti dan tempat kerja. Strategi ini juga mengajar murid membuat
pemantauan dan pembelajaran arah kendiri supaya mereka akan menjadi murid
yang berdikari.Pengajaran konstekstual menentukan pengajaran dalam pelbgai
konteks hidup dan menggalakkan mereka untuk belajar daripada satu sama lain
dan bersama-sama.Penilaian autentik digunakan uuntukmenilai pengjaran
konstektual dan strategi mengajar.

4.6 Pengajaran Metakognitif

Pengjaran metakognitif adalah pengajaran tentang proses berfikir mengenai


pemikiran, ” apa yang kita tahu” dan apa yang kita tidak tahu”. Flavell (1976)
menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya
atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran, seperti ciri-ciri
pembelajaran relevan. Sebagai contoh, saya menggunakan metakognitif jika
saya dapati saya mempunyai masalah mempelajari perkara A berbanding
perkara B: jika saya rasa saya perlu menilai semula perkara C sebelum bersetuju
menerimanya sebagai fakta.

Flavell berpendapat bahawa metakognitif menjelaskan sebab kanak-


kanak berlainan umur berbeza dalam menghadapi tugasan
pembelajaran.Mereka telah membina strategi pemikiran yang baru.Metkognitif
memerlukan pemantauan yang aktif dan peraturan proses kognitif.

Pengajaran metakognitif meningkatkan kesedaran terhadap apa yang


mereka tahu untuk menyelesaikan masalah atau memahami sepenuhnya konsep
yang sukar untuk difahami.

Menurut Dirkes (1985), strategi asas metakognitif ialah menghubungkan


maklumat baru dengan maklumat yang lama,memilih strategi berfikir dengan teliti
dan merancang,memantau dan menilai proses berfikir.

- 22 -
Terdapat strategi untukmembina perlakuan metakognitif dikalangan
murid. Pertama murid harus mengetahui ’ apa yang mereka tahu’ dan ’apa yang
mereka tidak tahu’. Mereka akan mengesahkan,menjelas dan
memperkembangkan atau menggantikannya dengan maklumat yang lebih tepat.
Semasa merancang dan menyelesaikan masalah, guru haruslah menerangkan
cara berfikir yang betul supaya murid boleh mengikut proses berfikir yang
diterangkan itu.

Cara lain untuk memperkembangkan metakognitif dikalangan murid


adalah melalui penggunaan jurnal atau buku log pembelajaran, di mana murid
membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, menulis nota tentng kesedaran
mereka terhadap kesamaran dan ketidaktekalan serta memberi komen mereka
terhadap cara mengatasi kesulitan. Murid perlu mengandaikan tanggungjawab
untuk merancang dan mengatur pembelajaran termasuk keperluan masa,
penyusunan bahan dan jadual prosedur yang diperlukan untukmelengkapkan
aktiviti. Selepas sesuatu aktiviti, guru harus membimbing murid membuat ulasan
tentang aktiviti tersebut, mengumpul maklumat tentang proses berkaitan,
mengenal pasti strategi berfikir yang digunakan dan akhirnya menilai pasti
semua bahan bernilai untuk digunakan pada masa akan datang dan mencari
pendekatan yang lebih berkesan lagi.

4.7 Pengajaran Kajian Luar (Field Study Teaching)

Seluruh dunia ini adalah sumber pembelajaran sekiranya orang berpengetahuan


membimbing kita menggunakan sumber tersebut. Pengajaran kajian luar,
menyediakan murid dengan peluang-peluang belajar berdasarkan pengalaman
langsung (learn handle on experience) dalam dunia sebenar.Pengalaman
tersebut diperolehi daripada kajian di mana murid berpeluang membuat
pemerhatian terhadap sesuatu perkara dalam persekitaran semulajadi.

Kajian luar yang dirancang dengn baik merupakan salah satu cara yang
paling berharga untuk membantu murid mengaplikasikan pembelajaran buku
teks danbilik darjah dengan dunia sebenar. Ia memperkaya dan memperluaskan
kurikulum sekolah serta menyediakan murid dengan pengalaman yang sukar

- 23 -
diperoleh dalam bilik darjah biasa. Contoh pengajaran kajian luar adalah
praktikum, lawatan ke kilang,memgusahakan tanaman dan lain-lain.

4.8 Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)

Kajian masa depan berdasarkan kepada pemahaman bahawa murid perlu


bersedia berhadapan dengan cabaran dan perubahan masa hadapan yang
dinamik. Kenapa kita perlu mengajar tentang masa hadapan? Kauffman (1976)
menyatakan bahawa,kita sebagai guru harus memberikan kefahaman kepada
murid kita terhadap isu-isu penting, masalah dan peluang-peluang yang mereka
akan hadapi,mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan
untuk terus berjaya dalam kehidupan dan menyediakan mereka dengan cara-
cara yang berkesan untuk menghadapi segala halangan dan tekanan kesan
daripada perubahan mendadak.

Pengajaran kajian masa depan membolehkan murid berkomunkasi


dengan jelas, membentuk sistem nila,mencari dan memahami
pengetahuan,melaksanakan kajian dan menguruskan maklumat dengan
berkesan serta berfikiran kreatif dan kritis bagi membuat keputusan tentang
peristiwa masa hadapan.

Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu dipelajari dalam kajian masa depan,
iaitumembuat ramalan tentang perubahan dan trenda masa hadapan
berdasarkan maklumat dan pengetahuan itu sendiri. Selain itu, kemahiran
membuat tekaan yang bijak berkaitan dengan sebab dan akibat sesuatu
peristiwa dan yang akhirnya menggunakan sumber dalam mengawal dan
mengurus perubahan yang boleh membawa keuntungan yang maksima.

- 24 -
4.9 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri adalah suatu kaedah pembelajaran keindividualan yang


menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada bahagian-
bahagian kecil pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari. Ia direka
bentuk untuk memastikan bahawa semua murid mencapai objektif pembelajaran
dan setiap murid mempunyai masa yang cukup untuk mencapai tujuan tersebut.

Model masteri memastikan supaya murid mencapai tahap penguaaan


masa pembelajaran yang fleksibel dan setiap orang murid menerima arahan
sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan maklum balas. Pembelajaran
masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan yang tradisi dan
pengajaran pemulihan dan pengayaan secara individu. Dalam strategi ini, guru
mendiagnos kebolehan murid dan kemudian mencadangkan aktiviti pengajaran
individu yang sesuai.

Pembelajaran masteri pada asalnya dibina oleh Bloom (1976, rujukan


oleh Burden & Byrd) menekankan fleksibel masa yang distrukturkan dengan
kandungan,pengajaran dianostik dan preskriptif dan mencapai semua objektif
dengan jayanya oleh semua murid.Dua unsur utama pembelajaran masteri
adalah arahan yang tepat dan masa.

Guru menggunakan pembelajaran masteri untuk mengurus pengajaran


bilik darjah dengan teliti,menyampaikan maklumat dan kemahiran mengikut
coraknya, sentiasa menentukan kemajuan muridnya,memaklumkan kepada
murid tentang kemajuannya, membantu murid mengatasi masalah melalui
bimbingan, latihan dan pengajaran atau latihan tambahan serta memberi
pengayaan tambahan kepada mereka yang menguasai pembelajaran dengan
cepat.

Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah menentukan dengan


jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana penilainya, membenarkan murid
belajar mengikut kemampuannya sendiri dan menilai kemajuan dan memberi

- 25 -
maklum balas yang sepatutnya serta menguji untuk menentukan bahawa kriteria
pembelajaran telah dicapai.

Pembelajaran masteri memerlukan perancangan, pengurusan dan ujian


diagnostik guru teliti ini. Tugasan dan aktiviti alternatif perlu disediakan oleh guru
untuk keperluan setiap murid.

Terdapat beberapa kebaikan pembelajaran masteri. Antara kebaikannya


adalah murid mempunyai kemahiran sedia ada sebelum ke unit yang seterusnya.
Selain itu, kebaikan pembelajaran masteri adalah memerlukan guru membuat
analisis tugasan, dengan itu menjadi lebih bersedia mengajar unit tersebut.
Seterusnya ia memerlukan guru menyatakan objektif sebelum membahagikan
aktiviti dan boleh menyekat kegagalan ( terutamanya penting untuk murid yang
kurang bernasib baik )

Pembelajaran masteri juga ada kekurangannya. Satu daripadanya ialah,


bukan semua murid akan menguasai pembelajaran pada kadar yang sama.Oleh
itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran pada kadar yang
sama.Oleh itu, murid yang telah menguasai sesuatu pembelajaran terpaksa
menunggu murid lain yang belum menguasainya. Guru perlu mempunyai
pelbagai bahan untuk pemulihan dan pelbagai jenis ujian diperlukan. Sekiranya
guru hanya mengguna ujian objektif , ini akan menyebabkan murid menghafal
dan belajar yang spesifik sahaja dan tidak menggalakkan pembekajara tahap
tinggi.

4.10 Pengajaran Koperatif atau Kolaboratif

Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk


menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan
dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah
satu strategi yang melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti
pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif.

- 26 -
Pembelajaran koperatif menyumbangkan kepada pencapaian akademik,
mudah dilaksanakan dan tidak mahal. Tingkh laku dan rekod kedatangan murid
yang bertambah baik dan lebih sukakan sekolah adalah antara kebaikan yang
dikenal pasti (Slavin, 1987)

Tambahan kepada hasil positif yang dikenal pasti adalah pembelajaran


koperatif dapat meningkatkan motivasi murid, menggalakkan proses kumpulan,
memupuk interaksi sosial dan akademik di kalangan murid dan memberi
ganjaran kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Satu daripada dapatan
kajian yang konsisten adalah aktiviti pembelajaran koperatif memeperbaiki
perhubungan murid dengan rakan sebayanya,lebih-lebih lagi mereka yang
datang dari kumpulan sosialetnik yang lain.

Apabila kanak-kanak mula melaksanakan tugasan kesediaan, kerjasama


boleh memberi peluang untuk berkongsi idea, belajar bagaimana orang lain
berfikir dan bertindak balas terhadap masalah dan berlatih mengguna kemahiran
bahasa lisan dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif boleh menghasilkan
perasaan positif terhadap sekolah, guru dan rakan sebaya.Perasaan begini
menjadi asas yang penting untuk kejayaan seterusnya di sekolah. Murid juga
digalakkan mempelajari bahan denan lebih mendalam untuk membuktikan
kepada guru yang mereka telah menguasai bahan yang diperlukan.

Dalam pasukan pembelajaran koperatif,murid yang berpencapaian


rendah, berpeluang memberi sumbangan kepada kumpulan dan mengalami
kejayaan dan semua boleh meningkatkan kefahaman idea dengan menerangkan
kepada rakan lain (Featherstone,1986). Tugasan pemebelajaran koperatif yang
dibina dengan baik menggalakkan sifa saling bergantung antara mereka di
samping memerlukan akauntabiliti individu. Walaubagaimanapun, untuk berjaya
dalam pembelajaran kumpulan koperatif, murid juga perlu menguasai kemahiran
interpersonal yang diperlukan oleh kumpulan untuk menyempurnakan tugasan
mereka. Untuk bekerja dengan jayanya dalam pasukan pembelajaran koperatif
murid perlu juga mnguasai kemahiran interpersonal untuk melengkapkan
tugasan yang diberikan.

- 27 -
4.11 Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kebolehan murid untuk melibatkan diri dalam situasi pengajaran pembelajaran


yang bermakna dalam bilik darjah ialah keperluan umum bagi rakyat yang
bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik dan sebagai
tenaga kerja yang mahir untuk menjadi ahli fikir yang berkesan adalah lebih
diiktiraf dalam matlamat pendidikan sekarang. Jika murid mahu berfungsi secara
berkesan dalam masyarakat yang berteknologi tinggi, maka mereka perlu
melengkapkan diri dengan kajian dan kemahiran berfikir sepanjang hayat untuk
memperoleh dan memproses maklumat di dunia yang sentiasa berubah.

Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang normal di seolah


bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kajian dan
kemahiran belajar,kemahiran pemudah caraan,kemahiran berfikir dan kemahiran
berfikir di kalangan murid. Sebenarnya, kebanyakkan badan kesusasteraan
mengakui bahawa daya kreativiti murid dalam berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah boleh dipertingkatkan melalui pengajaran dan amalan
(Robinson,1987).

Perlu ingatkan bahawa murid boleh belajar befikir dengan lebih baik dan
menyelesaikan masalah dnegan cara yang lebih berkesan jika sekolah
menumpukan kepada mengajar mereka cara melakukannya.

- 28 -
Kemahiran pemudah caraan merangkumi beberapa aspek berikut :

a) Challenging : Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang


b) Attending : Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu
perbincangan
c) Disclosing : Memperlihatkan atau mendedahkan sesuatu perkara
d) Cognitive structuring : Satu kaedah membina kefahaman
menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta
dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru
yang lebih bermakna dan memuaskan.
e) Feedback : Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan
penerimaan setiap penerangan. Ia melibatkan perbincangan secara
dua hala
f) Focussing : Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran
kendiri dan pemulihan emosi.
g) Goal-setting : Menetapkan objektif ke arah P & P yang lebih rasional.
h) Instructing : Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai
maklumat dan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dan
terperinci tentang sesuatu topik
i) Modelling : Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu
dengan berkesan, menarik minat murid mengikuti proses P & P
dengan lebih terancang
j) Trailing (menjejak) : Mengesan masalah pelajar dan memudahcara
penyampaian
k) Questioning : Membantu dan melatih pelajar berfikir secara
mendalam dan meluas
l) Reflecting (renungan): Mencermin, menggambar, membayang,
berfikir dalam-dalam atau sebagai pantulan sesuatu perkara yang
telah diperkatakan
m) Thematising : Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema
atau tajuk yang telah ditetapkan

- 29 -
5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kaeadah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaeadah


bestari. Terdapat pelbagai isi utama yang merangkuminya. Strategi pengajaran direktif
berhasratkan untuk membantu murid memahami dan memperoleh maklumat sebagai
asas bagi bacaan dan penaakulan secara kritis. Dalam pendekatan ini,murid perlu
menirutingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk atau disampaikan oleh guru.
Pengajaran mediatif membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai sudut
pandangan tentang isu-isu kontroversi, menghormati pendapat orang dan menggunakan
proses penyelesaian masalah. Pendapat utama pengajaran generatif adalah membantu
murid membina ilmu serta membentuk cara baru dan celik akal untuk mendekati dan
menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran pemerhatian,pembelajaran berlaku dengan
memerhati orang lain melaksanakan sesuatu tugas.Murid belajar dengan mengguna
kognitif ini bukan hanya belajar cara membuat sesuatu tetapi juga belajar sebab dan
akibat yang mungkin boleh berlaku.

Pengajaran kontekstual membantu kita menghubung kait kandungan subjek


kepada situasi kehidupan sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat pertalian
antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dengan bagaimana ilmu itu digunakan
dalam kehidupan sebagai ahli keluarga dan warganegara. Pengajaran metakognisi
adalah pengajaran proses berfikir terhadap pemikiran. Manakala, penjaran kajian luar
memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman langsung dunia
sebenar.Kajian masa depan berdasarkan pemahaman bahawa murid perlu
menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dan perubahan masa depan yang
dinamik.Pengajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran individu yang menggunakan
kurikulum berstruktur. Pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum dibahagikan
kepada bahagian-bahagian kecil untuk dipelajari. Ia direka bentuk untuk memastikan
murid mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang mereka perlukan. Akhirnya
murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk melengkapkan
tugasan kumpulan. Mereka bertukar pendapat, membuat perancangan dan
mencadangkan jalan penyelesaian masalah.

- 30 -
BIBLIOGRAFI
Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2005.Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala
Lumpur.

Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub. 2004.Penghantar Keadah


Pengajaran Pelajaran Ilmu Kemanusiaan. Shah Alam : Karisma Publications
Sdn. Bhd.

Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open
University (OUM).

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan


Berasaskan Sekolah. 2004.Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Modul 2/3.
Kuala Lumpur :Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas
Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.


2001.Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur :Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran &


Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan.


Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.

- 31 -
LAMPIRAN

- 32 -
Lampiran B

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 1

Pengetahuan 1. Pengetahuan am tentang kaum yang ada di Malaysia.


dan kemahiran
2. Boleh mendapatkan bahan rujukan yang mencukupi dari
buku dan internet.

Bahan bantu 1. komputer


mengajar
2. LCD
3. OHP
4. Menayangkan video tentang sambutan parayaan mangikut
kaum.
5. Menerangkan tajuk dan penerangan melalui power point.

Perisian 1. Pelayar Internet


2. Multimedia
3. Emel

Sumber Internet 1. http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=banjir1


(diakses pada 5 April 2007)
Laman web ini memberi maklumat tentang, kaum di Malaysia,
bahasa, bencana alam seperti banjir, kejadian Tsunami, tanah
runtuh dan sebagainya.

objektif 1. Mengetahui tentang perayaan dan sambutan yang ada.


2. Memahami perayaan kaum lain dalam masyarakat setempat.
3. Menghargai kemeriahan sambutan perayaan.
4. Memupuk kerjasama antara kaum.
5. Mensyukuri nikmat Tuhan.

Penerapan nilai Menghormati setiap kaum yang ada dalam masyarakat setempat.

Hasil pembelaja- 1. Murid akan lebih mengetahui budaya kaum lain.


ran 2. Menghormati kebudayan, agama dan kepentingan kaum lain.
3. Dapat mengekalkan keamanan hidup di Malaysia dengan
masyarakat yang berbilang kaum.
RINGKASAN MENGAJAR

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2

- 33 -
Rancangan Pengajaran Harian

Kelas 6 Cerdik
Tarikh 5 September 2007
Tajuk Nilai Murni Pembentuk Bangsa
HPU Mengenal pasti dan menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan
tajuk pengajaran daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1
I. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

HPK Menghasilkan sebuah cerita pendek yang berkaitan dengan tajuk iaitu
nilai-nilai murni melalui aktiviti lakonan.
Aras 1
I. Mengenal pasti isi dan maklumat penting tentang nilai-nilai murni.
Aras 2
I. Menyediakan dialog-dialog yang sesuai dengan tajuk untuk
aktiviti lakonan.
Aras 3
I. Membuat aktiviti lakonan berkaitan dengan tajuk iaitu melakonkan
watak yang terdapat pelbagai nilai-nilai murni dalam cerita
tersebut dengan menarik dan mempunyai mesej yang berguna
kepada murid-murid yang lain.

Masa 60 minit

Objektif Di akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyenaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam kehidupan


seharian.
2. Mengenal pasti peranan, kumpulan sasar, tugasan dan hasilan
projek.
3. Mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang telah
dilakonkan.
4. Mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita yang
dilakonkan dan daripada sumber yang lain.
5. Membuat aktiviti lakonan bertemakan nilai-nilai murni yang
menjadi pembentuk kepada bangsa.

Pengetahuan Pengetahuan am tentang nilai-nilai murni.


Sedia Ada
Penerapan 1. Menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
Nilai seharian.

BBM  Video klip – Amalan nilai murni.


 Persembahan Elektronik Guru (Power Point) – Pengenalan
kepada Projek.
 Video cerita bertajuk ’Pengorbanan Seorang Guru’
Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 2

- 34 -
 Bumi dikenali sebagai Earth dalam bahasa Inggeris. Planet ketiga daripada
sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama
4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta
kilometer.
 Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil
magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran
ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi
bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa
lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera,
Termosfera, dan Eksosfera.

 Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan


terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi
sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung
kepada latitud). Dalam lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan
pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17oC hingga − 52oC. Kebanyakan
sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause.
 Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal
untuk menampung kehidupan di bumi. Di lapisan ini kehidupan juga terlindung
dari pancaran radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.

 Stratosfera (stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan


troposfera (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud)
sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera
meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25
kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari
menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di
sempadan atas stratopause), dan pada masa yang sama melindungi bumi
daripada sinaran uv.

 Mesosfera (Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu


atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan
keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan
pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan
suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di
lapisan ini.
 Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi,
manakala suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18oC hingga − 73oC).
 Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan
ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya)
terhasil di sini hasil tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi. Di
lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan.

Kumpulan 3 telah membentangkan RPH mereka dalam bentuk Microsoft


Power Point
Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 4

- 35 -
Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : 6 Biru
Tarikh : 10. 10. 2007
Tajuk : Flora dan Fauna
HPU : Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau
dibaca.

Aras 1
i. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang
diperoleh.

HPK : Aras 2
i. Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber
berdasarkan tajuk.
Aras 3
i. Menghasilkan folio secara terancang, tertib, dan
kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat,
indah, dan menarik bersertakan gambar.
Masa : 60 minit

Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:

6. mengenal pasti kategori flora dan fauna


7. mengklasifikasikan jenis flora dan fauna
8. mencatat maklumat ringkas daripada gambar yang dilihat.
9. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber
berdasarkan tajuk projek
10. menghasilkan satu folio mengenai flora dan fauna
Pengetahuan Sedia : Pengetahuan am tentang flora dan fauna
Ada
Penerapan Nilai : 2. Menghargai setiap hidupan di muka bumi ini.

BBM :  Persembahan Elektronik Guru (PowerPoint)- Pengenalan


Projek
 Video klip- jenis-jenis ikan

- 36 -
Langkah Kandungan Aktiviti P&P Catatan
Set Induksi  Guru menayangkan powerpoint TKP : Verbal
(10 minit) Persembahan tentang flora dan fauna. Linguistik,
elektronik  Melalui aktiviti sumbangsaran, guru interpersonal
meminta murid membincangkan
soalan utama “mengelaskan flora KBKK:
dan fauna mengikut kategori”. Menjana idea
Menyatakan
pendapat

 flora Nilai:
Menghargai
 fauna keindahan alam
sekitar
 Murid mencatatkan pendapat mereka
dalam Borang Soalan Utama.doc.

Langkah 1 Sajak “Sayangi  Guru memperdengarkan lagu yang TKP:


(10 minit) Bumi” berkaitan dengan flora dan fauna. - Verbal
 Lagu hijau linguistik
Borang Soalan
- Visual
Utama.doc
Ruang
Pengenalan
Projek.ppt

 Guru meminta murid membentuk


kumpulan untuk menyanyikan
semula lagu tersebut.
 Lirik

Borang Soalan
Utama.doc

 Murid mengenal pasti perkataan


yang tidak difahami dan mencari
makna perkataan tersebut dengan
menggunakan kamus.

Langkah 2  Dalam kumpulan masing-masing, TKP: Verbal


(10 minit) murid diminta mencatat isi-isi penting linguistik
yang terdapat dalam sajak dalam
bentuk peta minda.
Langkah 3  Dalam kumpulan masing-masing, KBKK:
(25 minit) murid diminta menghasilkan folio -Menjana idea
bertemakan flora dan fauna. -Mengumpulkan
maklumat

- 37 -
Langkah Kandungan Aktiviti P&P Catatan

 Murid membentangkan hasil kerja TKP


kumpulan masing-masing. -Pembelajaran
Koperatif

Penutup Rumusan P&P  Guru meminta murid membuat


(5 minit) refleksi tentang soalan utama secara
lisan.

Rancangan Mengajar Harian (RPH) Bestari : Kumpulan 5

- 38 -
Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : 6 Bestari
Tarikh : 11 Jun 2007
Tajuk : Kesultanan Melayu Melaka
HPU : Mengenal pasti maklumat daripada bahan yang didengar atau
dibaca.

Aras 1
ii. Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang
diperoleh.

HPK : Menghasilkan lakonan cerita tentang kesultanan Melayu Melaka

Aras 1
ii. Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber
berdasarkan tajuk.
Aras 3
ii. Menghasilkan lakonan dengan menggunakan bahasa
yang tepat, indah, dan menarik.

Masa : 60 minit

Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:

11. mendalami pengetahuan tentang sejarah kesultanan


melayu melaka
12. mengenal pasti peranan masing-masing
13. mencatat maklumat ringkas daripada cerita yang
dilakonkan
14. mengenal pasti maklumat berkaitan dari pelbagai sumber
berdasarkan tajuk projek
15. menghasil satu lakonan semula tentang sejarah melayu
melaka
Pengetahuan Sedia : Pengetahuan am tentang sejarah
Ada
Penerapan Nilai : 3. Menghargai peninggalan sejarah
4. Meneladani perkara yang baik dan buruk

BBM :  Video Klip – Sejarah Melaka


 Pesembahan Elektronik Guru (PowerPoint)-
Pengenalan Projek
 Lakonan semula oleh pelajar

Lampiran C

- 39 -
BORANG PENILAIAN

Selepas membentangkan tugasan Konsep Alam Belajar, kumpulan kami telah


menyediakan satu tugasan kepada kumpulan yang lain.Mereka perlu memilih satu
subtajuk dalam subjek major iaitu Pengajian Sains Sosial dan membentangkannya
dalam bentuk Rancangan Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Mereka juga perlu
menerangkan bagaimana konsep pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan.
Berikut merupakan hasil penilaian yang telah dilakukan terhadap pembentangan yang
telah mereka lakukan.

CARA UNSUR
KUMPULAN ISI RPH KERJASAMA JUMLAH
PENYAMPAIAN BESTARI
1 2 2 2 2 2 10/ 10
2 2 2 2 2 2 10/ 10
3 2 1 2 2 1 8/ 10
4 2 2 2 2 2 10/ 10
5 2 2 2 2 2 10/ 10

Dalam tugasan ini terdapat beberapa kekeliruan yang belaku pada mulanya
dalam pemberian tugasan . Namun setelah pembentangan dilakukan oleh kumpulan
kami, kumpulan lain mulai faham dan tahu bagaimana cara untuk membuat Rancangan
Mengajar Harian (RPH) secara bestari. Akhirnya mereka mampu melakukan tugasan
tersebut dengan berdedikasi.

Ternyata melalui sistem penilaian di atas kami mendapati kumpulan-kumpulan


tersebut mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

- 40 -

You might also like