You are on page 1of 45

Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif / Gestalt (Kognitivisme)

Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris


tidak dapat digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang
berlaku dalam situasi yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap
menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku
panduan telefon untuk mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati
nombor yang kurang memberi makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun,
kita sentiasa mengingati peristiwa yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini
kerana peristiwa itu merupakan suatu pengalaman yang bermakna kepada kita.

Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt)


menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud
berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang
bermaksud “bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun”.
Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran.
Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.

Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu,


kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita.
Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan
pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk
membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap
kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman
dalam ingatan. Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru
mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu murid
menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.

Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan


apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam
ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai
keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula
segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara
pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan
kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan,
penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk
penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental
yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)

Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang


aktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan
dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud
baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah.
Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalam
persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan
mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari,
diingati atau dilupakan.

Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadap


teori pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel.
Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler

Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler adalah dua orang ahli psikologi
pendidikan berbangsa Jerman yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal
abad ini. Mereka telah menggunakan haiwan seperti kucing, anjing, tikus dan
cimpanzi untuk menjalankan eksperimen dalam kajian pembelajaran.

Kohler (1913) dan rakan-rakannya menyelidik cara cimpanzi


menyelesaikan sesuatu masalah . Seekor cimpanzi yang lapar dikurung dalam
sebuah sangkar yang besar. Beberapa buah kotak yang berlainan saiz juga
diletakkan di dalam sangkar itu. Cimpanzi tidak dapat mengambil pisang yang
digantung kerana bumbung sangkar itu terlalu tinggi dan sukar baginya
memanjat ke atas. Cimpanzi itu melompat-lompat tetapi tidak berjaya mencapai
pisang itu. Kemudian cimpanzi itu berhenti seketika seolah-olah berfikir dan
memerhati di sekeliling sangkar. Tiba-tiba ia mengheret kotak-kotak itu ke tengah
sangkar dan menyusun kotak itu bertindih-tindih seperti tangga di bawah pisang
itu. Setrusnya cimpanzi itu memanjat ke atas kotak dan berjaya mendapat pisang
itu.

Dalam eksperimen ini. Keadaan lapar telah menjadi rangsangan kepada


cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Cimpanzi itu
menyusun kotak-kotak untuk mendapatkan pisang setelah ia dapat menghayati
perkaitan di antara kotak-kotak dengan keinginan untuk memakan pisang
tersebut. Persepsi perkaitan ini untuk menyelesaikan masalah disebut celik akal.
Kohler dan rakan-rakannya menyimpulkan bahawa kebolehan cimpanzi itu
menyedari perkaitan ini kerana cimpanzi itu dapat menghayati dan
mempergunakan keadaan dalam sangkar itu secara menyeluruh. Mereka juga
menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang serupa terdapat pada
diri manusia. Kebolehan ini membolehkan manusia mempelajari perkara baru.

Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku


bukan semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai
kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akalyang membolehkan
mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks.
Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-
unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.

Implikasi Teori Pembelajaran Kohler

1. Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat


pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara
baru.
2. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan
pemikiran celik akal di kalangan pelajar.

Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar

1. Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah


difahami dan dibantu dengan gambar, audio serta pengalaman langsung
pelajar dalam pengajarannya. Perkara yang hendak disampaikan mestilah
mudah difahami.

2. Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif
dan perkembangan pelajar.
a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan
sepanjang pelajaran.
b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan
dan tahap pengalaman pelajar.

3. Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut


urutan kesinambungan yang padu.
4. Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus,
dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul.

5. Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu


memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.

6. Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar:


a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
b) Berfikiran terbuka
c) Dapat membuat rumusan.

7. Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu


pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta.

8. Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan


bahan tersebut supaya pelajar dapat memahami bahan itu.

9. Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata


pelajaran tertentu mengikut langkah-langkah yang kecil dan tersusun.

10. Jika tugasan di sekolah terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas,
pelajar tidak dapat mencapai celik akal.
TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan
mendapat ijazah P.h.D daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi
Amerika Syarikat. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang
perkembangan kebolehan mental manusia dan bagaimana pemikiran berlaku
semasa dalam proses pembelajaran. Karya beliau kurang memberi penekanan
kepada bukti daripada eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam
pendidikan ialah hasil karya beliau yang berjudul The Process of Education
(1960).

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau


penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan.

Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau :

 Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.


 Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses
pembelajaran.
 Pemikiran secara logikal.
 Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan .
 Pemikiran analisis dan intuitif.
 Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori.
 Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.
Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah :

1- Persekitaran untuk belajar

Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-


kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk
sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat
di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk
ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran
penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi
dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah
pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan
pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang
menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur
tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.

2- Struktur pengetahuan

Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut


susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa
proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi
pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu
menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan
yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam
kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara
teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner
menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat
diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka.
Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu mata
pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan.
Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat
melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu
menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk
diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.

3- Urutan

Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk


disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan.
Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira
kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat
pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu :

 Pesanan tanpa bahasa


 Respon anggota badan
 Gambaran dan lakaran
 Bahasa

4- Peneguhan

Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an
masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan
terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat,
pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga
mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya pelajar menyelesaikan
masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru.
Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner

Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran


berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah
pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan
bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria
untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan
untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api
untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk
mengetahuinya boleh melambung dan berguling.

Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini
digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai
peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina
gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk
menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan
imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu
tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau
imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat
membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun
tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu
bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya.

Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa.
Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam
peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula
dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan
penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari
peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik),
akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah
berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk
mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada permulaan,
kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya
persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan
membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi
pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut :

 Enaktif - Kemahiran berbasikal


 Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik
 Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk
bahasa kepada rakan sebaya.
Prinsip-Prinsip Penting Dalam Teori Pengajaran Bruner

Penguasaan Bahasa
Bruner mengatakan bahawa terdapat dua proses penguasaan iaitu :

1- Subordinat / kompleksif

a) Peringkat ini merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak bercorak


konsep atau prinsip untuk kanak-kanak yang mempunyai perkembangan
dan kognitif yang rendah.
b) Semakin berkembang pemikiran seseorang, semakin banyak konsep baru
yang dikuasainya, jika dia didedahkan kepada keadaan dan situasi yang
menggalakkan perkembangan kognitif.

Belajar melalui kategori, konsep, atau hukum


Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum atau
kategori.

1- Mengapa konsep atau kategori penting ?


a) Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang
dan meningkatkan penghargaan kendiri pelajar.
b) Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak-kanak untuk
mengingati objek atau peristiwa yang khusus.

2- Definisi konsep
a) Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan
khusus. Ia juga boleh diertikan sebagai kategori.
b) Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada
persekitaran dan pengalamannya.
c) Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis
atau mempunyai pola yang tertentu.
d) Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh-tumbuhan gurun adalah
berdasarkan ciri-ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan
tumbuhan menyimpan air dan sebagainya.
e) Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif, iaitu pelajar
diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi
konsep.

3. Jenis-jenis konsep
a) Konsep konjungtif
- Konsep konjungtif memerlukan dua atau lebih ciri yang wujud
serentak.
- Sebagai contoh, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai
sayap sebelum ia boleh terbang.
b) Konsep disjungtif
- Konsep disjungtif memerlukan cirri yang berlainan untuk
membezakan sesuatu kategori.
- Ini bermakna burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan
penguin tidak dapat dimasukkan dalam kategori di atas.

c) Konsep berkaitan atau berhubungan


- Konsep hubungan mempunyai cirri-ciri yang saling berkaitan.
- Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan
orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai
perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan kesihatan manusia.
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kategori
a) Set minda
- Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada tentang
persekitaran menolong pelajra mengkategorikan ransangan baru.
- Pelajar mengenali ransangan dan mengkategorikan serta
mengklasifikasikan maklumat menurut struktur baru atau yang
sudah wujud.

b) Motivasi
- Unsur motivasi sederhana diperlukan untuk membantu pelajar
membentuk kod-kod dengan mudah.
- Peringkat ini dikenalpasti sebagai mencari tanda atau isyarat dalam
penbentukan kod.
- Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang dimiliki oleh pelajar
menentukan pembentukan kod-kod dalam konsep.

c) Penguasaan maklumat yang spesifik


- Pelajar perlu membaca dengan luas untuk memperoleh
pengetahuan yang banyak dan khusus untuk mengkodkan
kategori-kategori dengan mudah.

d) Pengalaman yang pelbagai


- Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan
dengan lebih senang.
- Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai pengalaman dalam situasi
pembelajaran dan pengajaran.
-Sebagai contoh, seorang anak nelayan dapat mengkategorikan ciri-
ciri ikan tempatan dengan mudah dan cepat.
Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Bruner Dalam Bilik Darjah

1- Pembelajaran Penemuan
a) Guru menyediakan situasi maalah yang dapat merangsang pelajar supaya
membuat pembelajaran penemuan.
b) Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang
memotivasikan pelajar untuk menyoal, meneroka dan bereksperimen.
c) Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar
menggunakan contoh untuk menyusun struktur bahan dan melihat
pertalian atau perkaitan antara idea-idea dalam situasi tersebut.

2- Pembelajaran melalui penaakulan induktif


a) Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar
dapat membentuk prinsip yang umum.
b) Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh tentang bentuk segitiga
dan bentuk bukan segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih
mendalam tentang prinsip-prinsip penting bentuk segitiga.

3- Memberi contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep


a) Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh
yang tidak berkaitan supaya pelajar dapat melihat persamaan dan
perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep.
b) Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing,
kucing, ikan paus sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular
sebagai contoh bukan mamalia.
c) Pelajar diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan
perbezaan cirri-ciri antara mamalia, dan reptilian.
d) Ini akan meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep.
4- Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsep
a) Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk
menolong pelajar memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep.

5- Menggalakkan pelajar membuat pemikiran intuitif


a) Pemikiran intuitif penting dalam membantu pelajar melihat pertalian antara
ransangan yang berlainan.
b) Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan soalan seperti berikut :
' Mari kita cuba mendefinisikan hutan dengan meneka apa yang anda
dapat melihat dalam gambar ini'.
c) Guru perlu menunggu pelajar memberikan beberapa jawapan sebelum
memberi definisi yang betul.

6- Penglibatan pelajar
a) Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dalam
situasi penyelesaian masalah.
b) Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen '
Mengapa api padam bila dilindungi dengan bekas?'
c) Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi
memberikan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk
hipotesis dan menguji penyelesaian.

7- Pengajaran untuk pelajar tahap rendah


a) Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada
ikonik kepada simbolik.

8- Menggunakan alat bantuan mengajar


a) Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat
memahami konsep dengan lebih jelas.
b) Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit.
Gambar, lakaran, carta, pengurusan grafik dan peta minda
menyenangkan pelajar untuk melihat perkaitan dan perhubungan dalam
konsep-konsep.

9- Pembelajaran melalui kajian luar


a) Pengamatan dan penanggapan pelajar meningkat jika mereka terlibat dalam
pembelajaran kajian luar.
b) Pelajar boleh belajar banyak konsep dengan melihat perkaitan di antara
topik-topik pelajaran dengan persekitaran mereka.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh melihat kaitan antara petempatan manusia
dengan cirri-ciri geografi fizikal di sesuatu kawasan perumahan.

10- Mengajar mengikut kebolehan pelajar


a) Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut
tahap dan kebolehan pelajar.
b) Sebagai contoh, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak menggunakan
bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna-
warni. Guru juga perlu menyusun isi pelajaran daripada yang mudh kepada
yang susah.
c) Untuk pelajar Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian
masalah dan pembelajaran penemuan.
Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak yang


menghadapi masalah penglihatan samaada kabur ataupun buta, guru boleh
menggunakan bahan maujud dlm proses p&p. Kanak-kanak yang kabur
penglihatan ataupun buta menggunakan deria untuk memperolh pengertian.

Selain itu guru juga boleh menggunakan simbol @ formula mudah bagi
membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dan kanak-
kanak lembam. Formula yang mudah membantu pelajar memahami sesuatu
pelajaran dengan lebih baik.
TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun 1916 dan
merupakan ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang
penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-
masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan
buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas
menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu
bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.

Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk


mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu
kemahiran kecerdasan (intelektual), strategi kognitif, maklumat berbahasa,
kemahiran motor dan sikap.

Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran


kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu
kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran
diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini,
barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah
membuat diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan
unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum
ketumpatan sesuatu benda menunjukkan perhubungan antara konsep jisim
dengan isipadu. Oleh itu, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang
'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya
semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran
kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh,
simbol dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu.
Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang
membolehkan si pelajar memikir, menumpukan perhatian, memilih, mengingat
dan menggunakan maklumat.

Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan


pergerakan kordinasi dalam aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan
dalam kemahiran motor juga memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran
kognitif. Misalnya, sama ada dalam aktiviti sukan atau bermain muzik,
seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan kecerdasan. Sikap seseorang
pula mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang
lain. Ini berkait secara langsung dengan perasaan, tingkah laku, minat dan
kesediaan pembelajaran pada seseorang pelajar.
Jenis Kedayaan Definisi Contoh
Pembelajaran

Kemahiran Kemahiran menggunakan Dalam suatu ladang


kecerdasan simbol untuk ternakan, terdapat 20 ekor
berkomunikasi, itik, 45 ekor ayam, 22 ekor
menjalankan manipulasi lembu, 56 ekor kambing
dan menyelesaikan dan 2 orang pekerja.
masalah. Berapakah bilangan kaki di
ladang itu?

Dapat membezakan Dapat membezakan antara


Diskriminasi antara dua objek atau bentuk bulat dengan bujur
simbol. dan p dengan q.
Konsep Mengenalpasti Mamalia, tenaga dan atom.
sekumpulan idea, objek
atau peristiwa yang
mempunyai cirri-ciri yang
sama.
Hukum Perhubungan di antara Hukum Boyle; hukum
sekumpulan konsep. segiempat tepat,
meramalkan kadar tindak
balas berdasarkan keadaan
sedia ada.
Strategi Kognitif Mencari pendekatan untuk Menggunakan satu cara
memperbaiki proses (misalnya, peta konsep)
pemikiran dan yang berkesan untuk
pembelajaran. meningkatkan ingatan
maklumat kompleks.
Maklumat Menggunakan simbol, Menyebut nama anggota-
berbahasa label dan fakta untuk anggota ASEAN.
menyampaikan erti
sesuatu pengetahuan.
Kemahiran motor Tindakan yang melibatkan Menulis, berenang dan
manipulasi dan kordinasi bermain badminton.
fizikal.
Sikap Corak mempamerkan Memilih untuk menyertai
tingkah laku atau persatuan sains dan
tindakan. menolak kelab muzik.

Jadual 1- Jenis hasil kedayaan dan hasil pembelajaran Gagne

Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga


mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki
kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajran tersebut ialah :
Penyelesaian
masalah
Hukum
Konsep
Diskriminasi
Pertalian bahasa
Rangkaian motor
Gerak balas
Pembelajaran Isyarat

Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran


kemudian. Misalnya untuk menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4
mesti dikuasai dahulu. Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis
pembelajaran mengikut kesukarannya:

1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu
dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan
bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman
tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi
pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba,
keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan
masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan
ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.

2- Pembelajaran ransangan – tindak balas


Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu
dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas
terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas
yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain,
tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan
betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak
balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru
memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk
mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik
lagi untuk mendapat pujian gurunya.

3- Pembelajaran melalui rangkaian


Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang
menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian
digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik
dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan
untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat
suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku
apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah
objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran
kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya.
Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa
rangkaian kemahiran kecil seperti :

 Kemahiran menghantar bola


 Kemahiran menerima bola
 Kemahiran menjaringkan bola
Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan
untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu
membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu
ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini
memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk
menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk
mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat
menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan
penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.

5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai
ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas
yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian,
jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan
tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang
individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap
ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah
berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran
diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain
seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang
membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan
ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing
pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang
dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran
melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep
melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar
perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan
perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang
berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini
melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran
hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan
pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang
melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua
hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat
pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip
pengajaran hukum :

 Memberi maklumat yang betul


 Menghuraikan cirri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
 Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian
konsep yang berkaitan.
 Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
 Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah
dipelajari.

8-Pembelajaran penyelesaian masalah


Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep
dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu
menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah
peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis
kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses
penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses
penyelesaian masalah iaitu :

 Mengenal masalah
 Mencari maklumat
 Membuat hipotesis
 Memilih cara menyelesaikan masalah
 Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
 Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar
kemahiran berfikir.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah


Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

1- Pembelajaran Isyarat
a) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan
pembelajaran isyarat.
b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan
kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2- Ransangan gerak balas


a) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan
peneguhan
b) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada
pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja
masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

3- Rangkaian motor
a) Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.
b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil
dalam urutan spesifik.
c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan
Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

4- Prinsip pertalian bahasa


a) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran
menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.
b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-
konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.

5- Diskriminasi
a) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.
b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori
dengan kategori yang lain.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang
tinggal di kawasan kutub dan gurun.
d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang
penting dalam sesuatu kategori.

6- Pembentukan konsep
a) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.
b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu
kelas atau kategori.
c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen
cuaca seperti berikut :

Cuaca

suhu
kelembapan

hujan

d) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar


untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas.
e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam
pengajaran konsep, iaitu:
 Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan
penting.
 Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.
 Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri
utama dalam sesuatu konsep.
 Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan
yang dibuat oleh pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah
dibuat oleh mereka.

7- Pembentukan Hukum
a) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan,
dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang
berlainan.
b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada
aspek-aspek yang penting dalam hukum.
c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang
berkaitan.
d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar,
melalui soalan dan ujian.
e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu
hukum.

8- Penyelesaian masalah
a) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang
perlu diatasi oleh pelajar.
b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang
perlu diaplikasi.
c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar
mencari jawapannya sendiri.
d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian
masalah, iaitu :
 Memahami sesuatu masalah
 Membuat pelan tindakan
 Melaksanakan pelan tersebut
 M enilai hasil dan keputusan pelan

Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada


yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran
mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah
syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran


mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian.
Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang
berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa
pembacaan teks.

Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka mempelajari sesuatu


melalui pembelajaran isyarat, contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain
itu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga dapat mempelajari
melalui objek sebagai isyarat sesuatu.

Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri


seperti kanak-kanak biasa, jadi ransangan gerak balas yang positif akan
meningkatkan semangat mereka untuk belajar.

Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow


learner (lembam) , masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan lain-lain
lagi mestilah diajar secara berulang-ulang berdasarkan pembelajaran melalui
rangkaian. Kaedah ini dapat menguatkan lagi ingatan pelajar.

TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran


penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui
bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan
konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya
dengan lengkap dan baik.

Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif David Ausubel

1. Resepsi (Pembelajaran Penerimaan)

- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru


menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya
pelajar dapat menerimanya dengan baik.
- Menurut Ausubel , guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar
secara tersusun dan teratur dalam bentuk kuliah dan ceramah.
- Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan di institusi pengajian
tinggi dan universiti kerana bilangan pelajar yang ramai.
- Walaupun guru memberi maklumat, idea-idea dan respon pelajar boleh
dibincang bersama guru.
- Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa , tenaga , dan kos
institusi yang mengendalikannya.
- Ausubel menyatakan bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang
banyak , cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
- Untuk kanak-kanak yang masih muda , cara pembelajaran resepsi adalah
kurang menarik dan cepat dilupai oleh mereka.

2. Pembelajaran Penemuan

- Pelajar memperoleh maklumat secara bebas melalui usaha sendiri.


- Pelajar menggunakan rumusan dan analisis kendiri melalui prose scuba
jaya , celik akal serta pemikiran intuitif kerana maklumat maklumat tidak
diberikan oleh guru.
- Ausubel mementingkan pembelajaran bermakna kerana proses ini
menghubungkan maklumat baru dan maklumat lama yang sedia ada
dalam struktur kognitif pelajar.
- Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu
untuk menghadapi rangsangan yang pelbagai.
- Pembelajaran penemuan adalah cara pembelajaran yang lebih menarik
dan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.

3. Subsumption Terbitan dan Subsumption Korelatif

- Maklumat yang dipelajari oleh pelajar daripada pelbagai bidang akan


menjadi struktur kognitif yang boleh diasimilasikan melalui proses
subsumption.
- Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui subsumption.
- Terdapat dua jenis subsumption iaitu terbitan dan korelatif seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Maklumat dan rangsangan daripada persekitaran


Diasimilasikan

Struktur Kognitif

Subsumption Subsumption
Terbitan Korelatif

4. Subsumption Terbitan

- Dalam proses subsumption terbitan , maklumat baru akan terbit daripada


pengetahuan sedia ada pelajar.
- Sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa semua binatang liar
adalah bahaya. Apabila pelajar mempunyai pengalaman dengan binatang
liar seperti melihat harimau di Zoo Negara , pemikirannya akan bertindak
secara subsumption terbitan , iaitu ,
“ Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau adalah seekor binatang
berbahaya.”

5. Subsumption Korelatif
- Dalam proses subsumption korelatif , maklumat diterima melalui proses
pengembangan makna dalam struktur kognitif.
- Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari dikembangkan lagi dalam
pemikiran pelajar.
- Contohnya , seorang kanak-kanaktelah mempelajari fakta ayam betina
bertelur. Apabila dia melihat penyu bertelur di pantai pada musim cuti
sekolah , dia dapat mengaitkan pengalaman ini kepada fakta yang telah
disampaikan oleh gurunya.
- Dia dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya.
- Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat
bagaimana proses penyu bertelur.

6. Penyusun Awal

- Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila


terdapat perkaitan yang baik antara skema pemikiran pelajar dengan
bahan pembelajaran yang baru.
- Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama
dan menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses mengasimilasi
maklumat baru menjadi lebih berkesan.
- Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam
pelajarannya boleh menggunakan penyusun awal yang mudah seperti
berikut :
“ Apa itu puisi?” dan membacakan satu puisi kepada pelajar.
- Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi permulaan
sesuatu pengajaran atau sepanjang pelajaran.
- Ia boleh disampaikan dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan atau
demonstrasi.
Menurut Ausubel , terdapat dua jenis penyusun awal.
i) Penyusun Awal Perbandingan
- Penyusun awal perbandingan mengingatkan pelajar tentang maklumat
yang wujud dalam pemikiran
- Ia merupakan maklumat penting tetapi mungkin dilupai pelajar.
- Fungsi penyusun awal perbandinga ialah menolong mereka memanggil
dan mengingatinya semula.

ii) Penyusun Awal Ekspositori


- Penyusun awal ekspositori memberikan pelajar pengetahuan baru yang
mereka perlukan untuk pembelajaran topik baru.
- Guru boleh memberikan maklumat ini dalam bentuk penyataan atau
dalam bentuk definisi konsep yang umum.

7. Pembelajaran Subordinat dan Superordinat

- Ausubel juga mengatakan pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui


pembelajaran subordinat dan superordinat.
- Pembelajaran subordinat dan superordinat berfungsi untuk menjadikan
proses mengasimilasi bahan baru lebih mudah dan berkesan.
- Ia merupakan cara pembelajaran yang boleh menghubungkan idea dan
pengalaman lama pelajar dengan maklumat baru yang hendak
disampaikan oleh guru.
- Dalam pembelajaran subordinat atau deduktif , guru akan mengajar satu
konsep terlebih dahulu dan ini akan diikuti dengan contoh-contoh yang
khusus yang dapat mengukuhkan konsep tersebut.

- Contohnya ,
Konsep : Barang yang berat akan tenggelam
Contoh barang-barang berat
- Batu besar
- Kereta buruk
- Dalam pembelajaran superordinat atau induktif , guru akan memulakan
idea baru dengan contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar dapat
gambaran umum terlebih dahulu. Kemudian guru menjelaskan prinsip
yang terlibat.
- Contoh :

Daun Terapung

Bulu ayam Terapung

Prinsip Barang yang ringan akan tenggelam

8. Teknik Hafazan

- Pembelajaran bermakna lebih berkesan berbanding dengan teknik


hafazan.
- Walau bagaimanapun , guru perlu mengajar tentang teknik hafazan.
- Teknik hafazan secara latih tubi perlu dalam proses menghafal dan
mengingati rumusan dan sifiran.

Konstruktivisme
Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu
pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut
Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan
oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan
pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam
mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Menurut MCBrien & Brandt,1997 - Konstruktivisme adalah satu


pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina
pengetahuan & bukannyahanya menerima pengetahuan orang lain.

Bagi Brinner, M,1999 pula mengatakan murid membina pengetahuan


mereka dgn menguji idea & pendekatan berdasarkan pengetahuan &
pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kpd situasi baru &
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual
yang sedia wujud.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian


pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai berikut:
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan @ konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan &
pengalamansedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan
pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru.

Prinsip Teori Konstruktivisme


1. Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid
mengguna input sensori (deria) untuk membinanya.
2. Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna
dan membina sistem makna.
3. Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan
pengalaman langsung.
4. Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa
bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait.
5. Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan
manusia lain , guru, rakan sebaya , dan lain-lain hubungan.

Pelopor Teori Konstruktivisme


i) Lev Vygotsky

1. Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana


ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat
budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran
individu.
2. Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal ,
di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah
dengan bantuan orang dewasa , rakan atau guru (scaffolding).

Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon
Perkembangan Proximal (ZPD) dan  bantuan ( scaffolding).

2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan


bantuan orang dewasa.

3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama


untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakukan
kerja tersebut sendiri.

4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua
aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri
tanpa bantuan orang lain.

6. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak


atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.
Implikasi Teori Kognitif Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Mengikut pandangan kognitif proses pengajaran dapat disifatkan sebagai


pengumpulan , penyusunan dan penggunaan pengetahuan. Sesuatu
dikatakan telah dipelajari apabila ia disimpan agar kekal sebagai
pengetahuan , dan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.
2. Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan
(persepsi) dan konsep (tanggapan). Pengamatan ialah mengenali
peristiwa atau mengaitkan maksud pada sesuatu perkara.
3. Pembelajaran melalui cara pengamatan menitikberatkan penggunaan
bahan maujud.
4. Pembelajaran pengamatan menghasilkan pembentukan konsep , iaitu
idea spesifik mengenai sesuatu. Perolehan pelbagai konsep digunakan
untuk untuk memahami sesuatu pengalaman atau menyelesaikan
masalah.
ii) Jean Piaget
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak
sebagai murid aktif yang belagak seperti “saintis kecil”. Mereka membina teori
sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk
mengesahkan hati nurani ini.

Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh


ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai “soalan epistemology”.
Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan
empat peringkat pemikiran secara kualitatif.

1. Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori


penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

2. Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh


ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap
pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula
mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia
berfungsi.

3. Remaja, dan

4. Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh


mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.
Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba
memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan
kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan
persekitaran luaran. Beliau mencadangkan empat prinsip konsep berikut:

1. Organisasi
Ia adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan
pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau
kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya
adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir.
Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema
penyelesaian masalh matematik dan lain-lain.

2. Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan
membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah
asimilasi dan akomodasi.

3. Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema
yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail
data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan
skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami
sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang
telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan,
seorang kanak-kanak akan memikirkan seekot hamster sebagai seekor
tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan
pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara
mengenal pasti binatang.
4. Akomodasi
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi
respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia
ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada
maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang
ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas,
kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali
hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan
akomodasi.
Metakognisi

Keupayaan individu menggunakan kognitif (akal / pengetahuan) untuk mengurus


maklumat.

a) Pengetahuan personal ; tahu kekuatan dan kelemahan diri.


b) Pengetahuan tugas ; tahu guna kemahiran selesaikan masalah.
(formula-matematik).
c) Pengetahuan strategi ; keupayaan pilih strategi lebih berkesan.

John Flavell (1976) – Metakognisi ialah pengetahuan seseorang tentang proses


kognitifnya.
Metakognisi terbahagi kepada 3 variable (pemboleh ubah)

Metakognisi

Variable individu Variable tugas Variable strategi

Faktor Mempengaruhi Metakognisi

1. Individu itu sendiri


2. Tugas yang diberikan
3. Strategi yang diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan
4. Persekitaran yang mengelilingi individu yang sedang berfikir

You might also like