P. 1
Pembinan Objektif Dan Subjektif

Pembinan Objektif Dan Subjektif

|Views: 1,923|Likes:
Published by felliciakho

More info:

Published by: felliciakho on Nov 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/27/2013

pdf

text

original

40 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF Pengenalan Membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada

pelajar anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau membina item itu sendiri. Ada dua jenis kategori ujian a) item objektif yang memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan atau memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau jawapan pendek atau melengkapkan ayat b) item subjektif atau esei yang membenarkan pelajar membentuk dan menyediakan jawapan yang asal dan tepat. Item objektif termasuklah aneka pilihan, betul-salah, padanan dan melengkapkan sementara item subjektif memerlukan esei jawapan pendek, jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau item ujian pencapaian. Kebiasaannya, apabila diberikan tugasan untuk membina instrumen ujian mereka akan menghadapi kesan emosi iaitu gembira atau risau atau kedua-duanya sekali. Kerisauan timbul kerana mungkin mereka belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa yang patut diukurkan. Bagi yang sudah bersedia, mereka mungkin telah pun bersedia dengan penulisan dan pembinaan yang dihajati. Namun persediaan dan pengetahuan tentang pembinaan item merujuk kepada ketetapan yang telah disandarkan merupakan satu ujian yang agak getir. Dengan berpandukan panduan dan peraturan yang telah ditetapkan seseorang pembina item atau soalan boleh merancang dan menentukan kehendak yang diperlukan atau jenis soalan atau item yang perlu disediakan. Objektif Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat : • • • • Merancang pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian pelajar didalam sesuatu matapelajaran Membuat padanan item ujian mengikut objektif Membina ujian objektif dan ujian esei Memberi maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar

4.1 Jadual Penentuan Ujian Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari. Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item ujian adalah

boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980) “A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" . Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar. Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran. Aktiviti Ambil satu contoh kertas ujian yang pernah anda lihat. Berdasarkan item ujian tersebut senaraikan beberapa objektif pengajaran yang anda dapat perolehi.

Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan. 4.1.1. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi pelajaran; di samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-pembelajaran. Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan: i. ii. iii. Hasil yang akan diperolehi murid; Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas sesi pengajaran; Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;

iv.

Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.

v.
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan: i) ii) iii) iv) Perkara yang masih belum dikuasai murid; Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran); Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu; Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki (misalnya, kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).

Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Setiap item penentuan ujian mengandungi perkara-perkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred, rangkuman matapelajaran, pengenalan tujuan, penerangan kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah kepada guru dalam memaklumkan pencapaian pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian. Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan membentuk piawaian (2) membina spesifikasi ujian (3) membina item (4) mendaftar dan mentadbir ujian dan (5) penskoran, analisa dan pelaporan. Bagi tujuan menentukan piawaian, maklumbalas dari ahli-ahli dari pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian, bilangan item ujian dan masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan dan ujian diskriminasi ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan pengujian awal. Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran, analisa dan pelaporan keputusan. (Hecht, 1974) 4.1.2 Pengertian Jadual Penentuan Ujian Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blueprint ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan. Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut hendaklah diikuti. 1. 2. 3. 4. 5. merancang ujian menggubal soalan memilih dan menyelaras soalan memprauji soalan memasang kertas soalan

4.1.2.1 Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan Ujian Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) (Test Table of Specification). Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti. 4.1.2.2. Mengkaji Sukatan Pelajaran Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah (i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk (ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk (iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain (iv) kekomplekskan sesuatu tajuk (v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk 4.1.2.3 Menganalisis Objektif Pendidikan Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya. Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji. Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya Jadual Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama. 1. Paksi Kandungan 2. Tajuk Subtajuk

Paksi Kemahiran – Aras kemahiran

1.

Paksi Wajaran Peratusan pemberatan setiap tajuk Bilangan soalan

4.1.2.4 Kepentingan Jadual Penentuan Ujian Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya Jadual Penentuan Ujian ialah:

1. 2. 3.

Ujian akan dibina secara sistematik. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum. 4. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan. 5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

Aktiviti Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu jadual penentuan ujian.

4.1 Pembinaan Item Ujian Objektif Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar tentang banyak manakah mereka faham dan belajar. Jika diguna dengan betul, ianya boleh menilai tahap pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah. Ujian pencapaian yang sering digunakan disekolah adalah hasil dari pembinaan guru matapelajaran itu sendiri. Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang dibina oleh guru berkenaan bagi kegunaan kelas tertentu. Guru boleh menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting bagi membolehkan kesesuaian dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul, ujian yang dibina dan dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai pengetahuan yang dapat diperolehi dari pelajar atau murid mereka. Langkah 1. Merekabentuk Ujian Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan adalah mengenalpasti apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu unit pengajaran. Pertimbangkan keutamaan objektif dan masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak menumpukan kepada objektif-objektif kehendak, murid tidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda. Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat memberikan maklumat yang akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik ujian yang akan dijalankan. Sebagai contohnya, adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah matematik yang memerlukan jawapan bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Jenis soalan yang akan digunakan juga bergantung kepada objektif pembelajaran. Jika murid diperlukan untuk memahami bagaimana kesan sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan mengakibatkan perubahan kepada keadaan, mungkin soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat kosong adalah lebih bermakna. Langkah 2. Menulis Soalan ujian Sebaik sahaja anda telah menyatakan kepentingan objektif pembelajaran dan dalam masa yang sama telah menentukan jenis-jenis soalan dan rekabentuk soalan yang akan digunakan, anda mungkin telah bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah menulis soalan ujian. Prinsip Am Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian seperti soalan pelbagai pilihan (multiple choice) , soalan mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank) atau soalan jawapan pendek (short answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching) dan soalan esei (essay) dibina berlainan cara , prinsip pembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.

1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas. 2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di fahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas , murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab dengan tidak betul atau tepat oleh kerana tafsiran mereka mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan. 3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau kebolehan yang dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran am atau kebijaksaan ujian. dapat

4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam kemahiran mengambil ujian. 5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan soalan berbentuk negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak betul. 6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal. Langkah 3 . Semakan Akhir Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur kebolehan murid mengambil ujian. Mentafsir Keputusan Ujian Jika anda sudah pun berpuas hati dengan pengunaan prinsip am pembinaan ujian yang telah anda lakukan, anda tentu yakin terhadap ujian yang telah anda bina dan seterusnya memastikan bahawa ujian tersebut akan memberi pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan mengambilkira kepelbagaian dalam soalan yang telah dibina berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian sampingan, anda boleh membina profil pengetahuan dan kemahiran objektif bagi setiap murid anda. Skoran yang dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh menjadi satu kaedah mengetahui keseluruhan skoran ujian dimana anda akan dapat mengenal pasti bahagian manakah yang perlu dititikberatkan. Sesuatu ujian yang dikendalikan dengan baik akan dapat membantu memaklumkan sejauh manakah pembelajaran yang diperolehi oleh murid dan seterusnya membantu murid menyelami sepenuhnya objektif pembelajaran tersebut.

4.1.1

Item Aneka Pilihan Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan pengetahuan sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah pembinaan badi menyediakan soalan/item aneka pilihan. 1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat atau jawapan terbaik bagi setiap soalan/item. 2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah memasukkan perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan memudahkan soalan dibaca dan opsyen mudah dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak mempunyai atau mengandungi pembayang bagi respon yang betul. 3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi murid yang belum mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. 4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak. 5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang panjang dan berhati-hati dan dengan demikian akan mengakibatkan pembayang jawapan diberikan. 6. Jangan biasakan memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai alternatif. 7. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.

Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu : i) Stimulus Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi. ii) Stem Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi. iii) Pilihan/Opsyen Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi : a) b) 4.1.1 Item Benar-Salah Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai untuk menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar menentukan jawapannya benar atau salah atau palsu mengenai pernyataan yang diberi. Kunci bagi pilihan betul atau terbaik Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan sebenar

4.1.2

Item Mengisi Ruang Kosong Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan kekadang memberi peluang anda menyampaikan idea bebas anda berpandukan kandungan pelajaran atau pun mengikut format yang telah diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji pengetahuan, komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari format item esei, namun penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan adalah kurang berbanding ujian aneka

pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah. Oleh kerana jawapan bagi soalan ini adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara subjek. Dalam setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea dengan jelas dan juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model jawapan alternatif dan juga kriteria pengredan berkaitan item ujian. Item ini menghendaki jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian masalah atau stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau tindak balas boleh digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item ini menghendaki murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau stimulus dan tindak balas yang betul. Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ? Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ , ______________ dan ______________ . ( 3 markah) 4.2 Pembinaan Item Ujian Subjektif Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersikaft polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu.

• •

Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif kah atau ujian subjektif ? Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif.

4.1.1

Kata Tugas Item Ujian Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan. Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang berlainan. Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.

4.1.2

Item Esei Jawapan Terbatas Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan. Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah. Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.

4.1.3

Item Esei Jawapan Terbuka Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir. Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif. Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-

a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat. c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli. d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran. e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi. Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan item objektif c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan ‘halo’ ( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh ) d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.

1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan.

2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian

Rumusan Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item atau soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina item ujian bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu mengukur pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul. Glosari Item Aneka-Pilihan . Item aneka-pilihan boleh digunakan untuk mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks. Oleh kerana item aneka-pilihan boleh dijawab dengan cepat anda boleh menilai kemahiran murid dalam pelbagai bidang dalam ujian sejam.Item ini mudah diberi markah. Item aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan ditadbirkan. Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan adalah tinggi, item ini dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai digunakan pada ketika tertentu sahaja. Item Esei. Item esei membolehkan anda mengukur kebolehan pelajar dalam menyusun, menerangkan dan menyatakan pendapat dalam bahasa yang sendiri. Kajian menunjukkan pelajar akan belajar dengan lebih tekun jika menghadapi ujian esei dari menghadapi ujian anaeka-pilihan; pelajar akan bersedia untuk menumpukan hal dan isu yang lebih luas. Ujian esei juga membolehkan anda memberi komen mengenai pencapaian pelajar, tahap pemikiran dan tahap kefahaman yang tinggi dan juga boleh mengesan kekurangan pelajar. Namun ujian esei hanya mampu mempamirkan bilangan soalan yang rendah dan kandungan kesahan adalah rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga agak subjektif dan pengredan adalah tidak konsisten. Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi tempat kosong, padanan dan aneka-pilihan. Perkataan objektif menunjukkan bahawa hanya satu jawapan sahaja yang diperlukan. Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan menerangkan jawapan. Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji perhubungan diantara perkataan dan defines, kejadian dan tarikh, kategori dan contoh. Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian jawapan pendek boleh dijawab dalam bentuk satu ayat atau lebih. Mudah ditulis namun agak sukar untuk di skor. Membolehkan anda melihat kebolehan pelajar anda menyatakan pendapat mereka. Jadual Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala atau grid yang mengaitkan objektif arahan dengan kandungan arahan. Lajur senarai carta menyenaraikan objektif ( tahap kemahiran) dan barisnya menyenaraikan kunci konsep pengukuran ujian tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->