You are on page 1of 4

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan diwujudkan atas beberapa tujuan. Pertama taraf, maksudnya


ialah untuk mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai cita-
cita mestilah mempunyai cara-cara yang diperlukan. Perlembagaan ini dapatlah
disifatkan sebagai satu undang-undang yang diperlukan bagi menjayakan
keutuhan sesebuah negara.

Kedua, menyelesaikan masalah. Dengan adanya perlembagaan pihak-


pihak yang sering bertentangan agak sukar untuk wujud. Keadaan tidak akan
menjdi terlalu tegang atau huru-hara kerana rakyat di negara itu diwajibkan
menurut apa yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman
boleh dibicarakan dengan tenang. Berlandaskan undang-undang yang telah
tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang tidak begitu
bersefahaman dapat membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka
masalah yang mungkin timbul tentulah tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu
dengan adanya perlembagaan kita dapat menyelesaikan konflik-konflik yang
berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.

Ketiga, menjamin riwayat sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat


sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam
menghasilkan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme
juga tidak wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan tentang negara
mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri seorang rakyat, mereka
tidak akan cuba untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara, maka
dengan ini negara akan menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak
mempunyai kekuasaan yang utuh dan pemerintahan yang kuat, musuh dengan
mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahannya. Jadi, dengan
adanya perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang
yang pasti dan mereka akan menyatupadukan tenaga bagi mewujudkan sebuah
negara yang kuat dan berpanjangan.
Keempat, mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaan. Pindaan
yang dilakukan di dalam sesebuah negara mestilah berdasarkan kepada
perlembagaan. Ini bermaksud pindaan dalam negara tidak boleh dilakukan
dengan sewenang-wenangnya. Jika pindaan dilakukan dengan mudah dan
mengikut kehendak pemimpin, ia menghasilkan satu keadaan yang kucar kacir di
mana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan
kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi
mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.

Kelima, perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya


perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan.
Ini kerana segala tindak tanduk mereka mestilah berdasarkan pada
perlembagaan yang telah dicatatkan. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat
melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada
perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agak pihak pemerintah
tidak menyalahgunakan kuasa.

Keenam, mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar.


Pertukaran pemimpin juga tidak akan mengakibatkan sebarang kesan ke atas
negara mahupun corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin mestilah
mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam mengendalikan negaranya.
Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama sebagaimana
pemimpin-pemimpin yang terdahulu memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat
pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar dari maksud
rakyat.

Ketujuh, perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara. Ini


memanglah tidak dapat dinafikan kerana bukti-bukti atau sebab-sebab yang
nyata. Dengan adanya perlembagaan rakyat dapat berpegang kepada satu
matlamat dalam mengutuhkan negara kerana dengan adanya perlembagaan
jugalah segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Ia
juga menjamin sesebuah negara agar mengekalkan keamanan walaupun
pemerintah ditukar, perjalanan kerajaan dapat dipastikan dan dapat
menghasilkan standard yang dikehendaki rakyat. Oleh itu, adalah wajar untuk
menyatakan bahawa salah satu tujuan perlembagaan adalh untuk menstabilkan
negara.
RUJUKAN

Bottomore,T., 1983. Sosiologi Politik, (terjemahan Hussain Mohamed).


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Feith, H., 1999. ‘Rejim Tirani di Asia’, Dewan Masyarakat. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ramanathan, K., 1999. Asas Sains Politik edisi ke-9. Shah Alam.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Marican, Y. Mansoor (ed.,) 1982. Dasar Ilmu Politik. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abas, 1979. Mengenal Undang-undang. Kuala Lumpur. Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Pickles, D. M., 1984. Pengantar Ilmu Politik, (terjemahan Hussain Mohamed).


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like