You are on page 1of 12

BAB 4 –PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Soalan Objektif

1. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan perkongsian kuasa. Apakah bukti


wujudnya perkongsian kuasa tersebut?
A.  Pesuruhjaya Tinggi mendengar nasihat raja-raja Melayu.
B.  Kerakyatan diberi kepada kaum bukan Melayu.
C.  Wujudnya Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
D.  Orang Melayu diambil berkhidmat dengan kerajaan.
                                                                                                                  Jawapan : C
                                                                                                    Hal. 107 buku teks
 
2. Antara yang berikut, manakah ciri-ciri perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?
i.  Penggabungan 11 buah negeri.
ii. Ketua ialah Yang di-Pertuan Agong.
iii. Konsep raja berperlembagaan diwujudkan.
iv. Kedudukan istimewa orang Melayu dipelihara.
A. I ,II, dan III                                        C. I, III, dan IV
B. I, II dan IV                                          D.II, III dan IV                               Jawapan : C
                                                                                               Hal. 107 buku teks
 
3. Selepas Perang Dunia Kedua, Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan mahkota British.
Mengapakah berlakunya keadaan sedemikian?
A.  Sabah dan Sarawak ditadbir oleh British.
B.  Sabah dan Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.                 
C.  Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian wilayah British.              
D.  Sabah dan Sarawak ditadbir oleh tentera British.     Jawapan : B
                          Hal. 110 buku teks  
* R.O CONNOR
*DATO’ ONN  JA’AFAR
*RAJA KAMARULZAMAN RAJA MANSUR              
                           
4. Tokoh-tokoh di atas memainkan peranan penting dalam
A . anggota Jawatankuasa Eksekutif menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
B . gerakan menentang Malayan Union.
C.  menentang prinsip yang terkandung dalam Malayan Union.
D.  Jawatankuasa perunding kemerdekaan.
                                                                                                                 Jawapan : A
                                                                                                                 Hal. 105 buku teks
 
5. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik pada 1945. Apakah
saranan piagam tersebut ?
A. Dasar penyatuan bangsa.
B. Menggalakkan penjajahan.
C. Latihan berkerajaan sendiri.
D. Menggunakan amalan realpolitik.                                                  Jawapan : C
Hal. 104 buku teks
                                                                                                           
6. Apakah perubahan yang dilakukan oleh British setelah Malayan Union diperkenalkan?
A.  Raja-raja Melayu diberikan kuasa dalam pentadbiran.
B.  Pentadbiran negeri di bawah kuasa seorang residen.
C.  Pentadbiran tertakluk kepada gabenor di Singapura.                        Jawapan : B
D.  Pentadbiran terus kepada Parlimen British di London.                    Hal.96. buku teks
7. Senarai di bawah berkaitan dengan tiga bentuk pentadbiran British di Tanah Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua.

         Negeri-negeri Selat


         Negeri-negeri Melayu Bersekutu
         Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Mengapakah pentadbiran tersebut menimbulkan masalah kepada British?
A.  Penindasan kaum peribumi
B.  Peningkatan amalan rasuah
C.  Peningkatan kos pentadbiran
D.  Penguasaan pembesar tempatan
                                                                                                             Jawapan :  C
                                                                                                           Hal.  96 .buku teks

8.Maklumat di bawah merujuk kepada ketua pentadbir Malayan Union.

         Gabenor Malayan Union


Pentadbiran pegawai British tersebut akan dibantu oleh
i. Majlis Negeri
ii. Majlis Tertinggi
iii.Majlis Eksekutif
iv.Majlis Undangan
A.  I dan II                                            C.  II dan III
B.  I dan IV                                          D.  III dan IV                               Jawapan : D
                                                                                                              Hal. 96. buku teks
 
 
 
 
9. Maklumat di bawah berkaitan dengan demontrasi orang Melayu.
Tempat : Batu Pahat dan Johor Bahru
Perkara:  Orang Melayu telah keluar beramai-ramai
Apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu mengadakan demontrasi di atas ?
A.  Membantah tindakan Sir MacMichael
B.  Menolak prinsip kerakyatan jus soli
C.  Menentang pembentukan Malayan Union
D.  Menentang pelantikan Sir Edward sebagai Gabenor Malayan Union.
                                                                                                                 Jawapan : C
                                                                                                                 Hal.99. buku teks

10. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai tindakan.Antara
akhbar berikut yang manakah terlibat dalam menyuarakan bantahan tersebut secara berterusan?
i.  Utusan Melayu                                     iii.  Majlis
ii. Warta Malaya                                       iv.  Warta Negara
A. I, II  dan III                                        C.  I, III dan IV
B. I, II dan IV                                         D.  II, III dan IV                   Jawapan : C
                                                                                                                Hal. 100. Buku teks
 
11. Pada 1-4 Mac 1946, Kongres Melayu telah diadakan.
                    Tahun                 Peristiwa
    Mac 1946                Kongres Melayu
Di manakah Kongres ini berlangsung?
A.  Kuala Kangsar
B.  Carcosa Seri Negara
C.  Padang Pahlawan                                                                           Jawapan  : D
D.  Kelab Sultan Sulaiman                                                                 Hal. 101. Buku teks
12. Mengapakah British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu dalam pembentukan Tanah
Melayu?
A.  Menuntut kemerdekaan kepada British
B.  Menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union
C.  Memiliki sikap politik yang agresif
D.  Mendapat sokongan daripada pegawai-pegawai British                     Jawapan : B
                                                                                                                   Hal 104. Buku teks
 
13. Perundingan Jawatankuasa Eksekutif mendapat tentangan orang dagang dan golongan
radikal Melayu. Mengapakah mereka menentang rundingan tersebut?
A.  Menjejaskan kepentingan mereka di Tanah Melayu
B.  Perwakilan orang dagang tiada
C.  Kehilangan hak kerakyatan
D.  Melambatkan usaha menuntut kemerdekaan                                     Jawapan : B
                                                                                                                  Hal. 105. Buku teks
14. Maklumat di bawah berkaitan dengan pembentukan kerajaan persekutuan.
                   Persekutuan Tanah Melayu, 1948
Konsep pentadbiran yang boleh dikaitkan dengan persekutuan tersebut ialah
A.  Pemusatan kuasa                                     C.  Perkongsian kuasa               
B.  Pengasingan kuasa                                  D.  Pengurangan kuasa               Jawapan : C
Hal 107. Buku teks
 
15. Apakah kepentingan Malayan Union?
A. Mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu
B.  Menghapuskan pembinaan Negara dan bangsa
C.  Mengekalkan orang tempatan di dalam pentadbiran                   
D.  Melicinkan pentadbiran British di Tanah Melayu              Jawapan : B
Hal 95. Buku teks
Soalan Subjektif

Selepas Perang Dunia Kedua, penduduk di Sarawak dan Sabah telah dipaksa
menerima penjajahan British secara mutlak.

1.  Pernyataan di atas merujuk kepada perkembangan politik di Sarawak dan Sabah.

a.  Kenapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British? (1 m)


  -  Beliau terlalu tua dan uzur.
 -   Pengganti beliau tidak dapat mentadbir dengan berkesan Hal.110. Buku teks

b.  Senaraikan dua buah pertubuhan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.(2m)
-   Persatuan Melayu Sarawak                               -   Persatuan Dayak Sarawak
-   Barisan Pemuda Sarawak -   Barisan Pemuda Melayu Sibu
Hal. 110 Buku teks
c.  Bagaimanakah penduduk Sarawak menentang penjajahan British?(2m)
-   Mengadakan demonstrasi                              -   Perletakan jawatan oleh kakitangan kerajaan
-   Menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas   -   Menentang perisytiharan secara terbuka
Hal. 110 Buku teks
d.  Apakah reaksi British untuk menghadapi tentangan penduduk di Sarawak? (2m)
-   Menghukum gantung Rosli Dhobi -   Mengeluarkan surat pekeliling Bil.9

e.   Mengapakah kebangkitan kesedaran politik di Sabah selepas Perang Dunia Kedua agak
perlahan berbanding dengan negeri-negeri lain? (3m)
-   Berlaku pepecahan dalam kalangan pemimpin pertubuhan
-   Perjuangan pertubuhan yang tidak berkesan
-   Persatuan sosioekoomi yang bersifat sedehana
 
                                                                               Hal. 110 dan 111.buku teks
2. Taraf kewarganegaraan melalui prinsip jus soli telah mewujudkan
penentangan terhadap Perjanjian Malayan Union 1946.

a. Terangkan maksud kerakyatan mengikut prinsip jus soli. (1m)


- pemberian kerakyatan yang merujuk kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu
dan Singapura. Hal 96. Buku teks

b. Berikan tiga tujuan malayan Union diperkenalkan oleh British.


- persediaan kepada Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri.
- melicinkan dan menjimatkan kos pentadbiran melalui penyatuan pentadbiran
- membentuk sebuah bangsa Malayan Union
- menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi di Tanah Melayu
[pilih mana-mana satu] Hal. 95. Buku teks

c. Mengapakah orang Melayu menentang Malyan Union? Berikan tiga sebab.


-kedudukan sultan tergugat
- pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang.
- bimbang kehilangan warisan tamadun yang dibina oleh kerajaan Melayu
Hal. 99 Buku teks

d. Berikan tiga langkah yang diambil oleh orang Melayu dalam menyampaikan
bantahannya terhadap pembentukan Malayan Union.

-menyuarakan bantahan melalui akhbar

- mengadakan demonstrasi dan rapat umum

- menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London

- mengadakan Kongres Melayu membincangkan penentangan

[pili mana-mana satu]

Hal. 100 dan 101 buku teks


3.
British membubarkan Malayan Union dan memperkenalkan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

a. Apakah faktor utama yang membawa perubahan pentadbiran di atas?


- Ketegangan orang Melayu membantah Malayan Union
- Sikap politik orang Melayu yang sederhana
- Sokongan pegawai-pegawai tinggi British
- Sokongan bekas pegawai-pegawai British
- Gesaan Piagam Atlantik 1945
- UMNO tidak menuntut kemerdekaan
- Perpaduan orang melayu daripada semua golongan Hal 103. Buku teks

b. Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu yang manakah menunjukkan British menerima


pertuanan Melayu? Nyatakan.
- Menerima raja-raja Melayu sebagai pemerintah negeri-negeri Melayu
- Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan hal 104 Buku teks

c. Jelaskan peranan majlis-majlis berikut dalam Persekutuan Tanah Melayu.


i. Majlis Perundangan Persekutuan
-berkuasa mengubal undang-undang Persekutuan
ii. Majlis Kerja Persekutuan
- sesebuah badan eksekutif yang menjalankan pentadbiran
Hal 107 Buku teks

d. Orang dagang dan golongan radikal Melayu telah menubuhkan persatuan untuk
menentang British dan UMNO. Apakah persatuan itu?
- AMCJA
- PUTERA Hal 106 Buku Teks
SOALAN ESEI

1. (a) Pengenalan Malayan Union menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduuk


tempatan.
Bagaimanakah reaksi orang Melayu terhadap pelaksanaan Malayan Union?
(8 markah)
(b) Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh British untuk menggantikan Malayan
Union. (6 markah)
(c) Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan British
menggantikannya dengan Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan secara ringkas bentuk
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (6 markah)

Hal 98-101 buku teks


JAWAPAN
(a)

- orang melayu bangun menentang Malayan Union (1m)

- Kerana mereka akan kehilangan hak (1m)

- Dan kedudukan istimewa sebagai kaum bumiputera (1m)

- Orang melayu tidak bersetuju dengan tindakan British mahumemberikan hak dan
kerakyatan yang sama kepada kaum imigran (1m)
- Kerana tindakan ini akan menyebabkan jumlah orang Cina yang mendapat hak
kewarganegaraan melebihi orang Melayu (1m)
- Kemarahan orang Melayu memuncak apabila sultan-sultan Melayu kehilangan
banyak kuasa (1m)
- Baginda hanya memberikan kuasa dalam soal adat istiadat Melayu dan agama Islam
(1m)
- Tindakan MacMichael memaksa sultan-sultan Melayu supaya bersetuju dengan
rancangan Malayan Union menambahkan lagi kemarahan orang –orang Melayu (1m)
- Orang Melayu melancarkan mogok
- Dan bersetuju menubuhkan satu pertubuhan iaitu UMNO pada 11 Mei 1946 (1m)
(b)
- british membubarkan Malayan Union (1m)
- Dan memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 (1m)
- Satu jawatankuasa kerja dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru (1m)
- Dianggotai oleh 6 orang pegawai British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 2 orang
wakil UMNO (1m)
- British membentuk jawatankuasa perundingan (1m)
- Bagi mendapatkan kaum bukan Melayu mengenai ciri-ciri perlembagaan yang baru
dibentuk (1m)
- Melalui perlembagaan baru, kedudukan raja-raja Melayu dipulihkan dan syarat
kerakyatan diketatkan (1m)

(c)
- singapura telah diasingkan daripada pentadbiran Tanah Melayu (1m)
- Pesuruhjaya Tinggi British dilantik untuk mengetuai persekutuan (1m)
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan telah ditubuhkan yang terdiri daripada
Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pengerusi (1m)
- Majlis Perundangan Pesekutuan yang abru telah dilantik (1m)
- Raja-raja Melayu telah diiktiraf sebagai ketua negeri dalam sisitem pemerintahan
Raja Perlembagaan (1m)
- Kerakyatan secara automatik (jus soli) kepada rakyat asing seperti dalam
Perlembagaan Malayan Union dihapuskan (1m)
- Hal ehwal pertahanan Tanah Melayu kekal menjadi tanggungjawab British (1m)

[MAKSIMUM 20 MARKAH]
2 . (a) Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada
kerajaan British.

Mengapakah rakyat Sarawak menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan beliau di atas?

[10 markah]

(b) Bagaimanakah pihak-pihak anti-penyerahan sarawak menunjukkan perasaan penentanagn mereka


terhadap kerajaan British?

[10 markah]

Halaman 110-112 buku teks

Jawapan

(a)
- Vyner Brooke membuat keputusan tentang penyerahan tanpa berunding dengan pemimpin
tempatan (1m)
- MacBrayan (setiausaha Vyner Brooke) menggunakan tipu muslihat (1m)
- Bagi mendapatkan persetujuan mengambil alih sarawak (1m)
- Tindakan ini ditentang oleh sebahagian besar rakyat Sarawak (1m)
- Penyerahan tersebut telah bercanggah dengan perlembagaan 1941 (1m)
- Menurut perlembagaan, kerajaan sendiri telah dijanjikan kepada Sarawak (1m)
- Penyerahan ini akan menghalang kemerdekaan Sarawak dalam tempoh terdekat(1m)
- Keputusan Majlis Negeri (1m)
- Yang terdiri daripada ahli bukan bumiputera dan ahli pegawai-pegawai British membawa
kepada penyerahan (1m)

(b) – penentangan pemimpin-pemimpin dalam Majlis Negeri tetapi gagal (1m)


-penentangan secara terbuka (1m)
- penentangan dibuat oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda
Sarawak SIbu , Persatuan Dayak Sarawak (3m)
- kaum ibu dalam PKMS juga menunjukkan penentangan secara demokrasi.(1m)
- surat bantahan dihantar kepada kerajaan British (1m)
- sebanayk 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan(1m)
- membunuh Gabenor Sarawak semasa Sibu oleh Rosli Dhobi (1m)
3.(a) Terangkan tujuan penjajah British menubuhkan Malayan Union. (10 markah)

(b) mengapakah orang Melayu membantah Malayan Union ? (10 markah)

Jawapan

(a)
- British menukarkan taraf dari negeri naungan manjadi negeri tanah jajahan (2m)
- Mengawal dan menjaga pelaburan ekonomi dan kepentingan British (2m)
- Menyatukan sistem pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu kecuali Singapura (2m)
- Pemberian kewarganegaraan untukmewujudkan bangsa Malaya (2m)
- Menjimatkan kos pentadbiran (2 m)
- Mengawal kuasa politik orang Melayu (2m)

(b)
- kedaulatan dan kuasa-kuasa sultan terancam (2m)
- orang bukan Melayu akan diberikan kerakyatan secara jus soli (2m)
- menjejaskan kedudukan ekonomi dan politik kaum Melayu sebagai bumiputera (2m)
- cara ugutan dan paksaan MacMichael mendapatakan tandatangan (2m)
- maruah masyarakat tradisional Melayu tergugat kerana Gabenor berkuasa penuh (2m)
- tidak memberikan masa yang secukupnya untuk raja-raja berbincang (2m)

(halaman 95-102 buku teks)

You might also like