You are on page 1of 6

 

Kelab LATAR BELAKANG DOKTOR MUDA


Doktor
Muda Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang
terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang
bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan,
sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar
sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi


menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya.
Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator
kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor


muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat,
kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan,
bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan
cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan
Doktor Muda.

SEJARAH

Program Doktor Muda


mula dilaksanakan
pada tahun 1989 di
Sekolah Kebangsaan
Sri Biram, Pekan,
Pahang. Bermula dari
sini, program ini telah
berkembang dari tahun
ke tahun dengan
bertambahnya bilangan
sekolah yang
melaksanakannya.

Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila


Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya
pada tahun 1991.

Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan,


Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program
Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan
yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan,
penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara
dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehingga tahun 2004, hanya negeri-negeri Pahang, Kelantan,


Terengganu, Melaka, Kedah dan Selangor melaksanakan
program doktor muda di sekolah rendah. Sebanyak 347 buah
sekolah rendah di negeri-negeri berkenaan terlibat
melaksanakan program doktor muda.

Walau bagaimanapun, bermula tahun 2006, semua negeri


termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah
melaksanakan program doktor muda dengan melibatkan
sebanyak 735 buah sekolah.

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah


menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab
Doktor Muda.

Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum


merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia
kepada program ini, yang sememangnya telah terbukti
membawa faedah dan kebaikan kepada murid sekolah.

Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah


melaksanakan program Doktor Muda dengan penglibatan
seramai 21,907 orang Doktor Muda.

PENGASAS

Pelaksanaan Program
Doktor Muda sebagai
aktiviti promosi
kesihatan di peringkat
sekolah
rendahmerupakan hasil
cetusan idea Tuan Haji
Abdul Jabar bin Ahmad,
Pengarah Bahagian
Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai


Pendidikan Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah
memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah
Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang.

Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah


seluruh negeri Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan
Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai
Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga
1994.

Program
Doktor Muda
ternyata
membawa
banyak
manfaat
kepada
murid dan
sekolah.
Justeru
program ini
dari tahun
ke tahun
telah berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini
sebagai aktiviti kokurikulumdi sekolah rendah dan dikenali
sebagai Kelab Doktor Muda.

Berpegang kepada prinsip bahawa membentuk tabiat kesihatan


yang baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah
daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di peringkat
dewasa, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea
bagi memastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di
sekolah-sekolah rendah.

Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan


Haji Abdul Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh
Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen Doktor Muda
Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.

OBJEKTIF

1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid


sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :

o Mengamalkan cara hidup sihat


o Menjadi pembimbing dan pendorong kepada
rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah
mengamalkan cara hidup sihat.
o Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah
dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
ii. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi
perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
iii. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah
lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
iv. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan
dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan
amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah
rendah.

AKTIVITI DOKTOR MUDA

i.
Menyampaikan
maklumat
kesihatan
kepada
rakan
sebaya.
ii.
Membimbing ke
arah cara
hidup sihat.
iii. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang
bersih, sihat dan selamat.
iv. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam
aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
v. Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
vi. Merawat kecederaan ringan.
vii. Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan

FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA

Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan


Kelab Doktor Muda adalah:

i. Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di


peringkat sekolah rendah.
ii. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran
asas kesihatan.
iii. Murid belajar menghargai kesihatan.
iv. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran
berkomunikasi.
v. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan
doktor muda.
vi. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan
kesihatan sekolah.
vii. Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit
dipantau.
viii. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit
berjangkit.
ix. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota
kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
x. Sekolah bersih
xi. Sekolah bebas Aedes
xii. Imej sekolah meningkat

Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menerbitkan Modul Latihan sebagai panduan dan rujukan
kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab
Doktor Muda. Modul Latihan terkini yang dihasilkan adalah
Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah (edisi
ketiga, 2008).
Modul Untuk Modul Program
Modul Latihan Pengajar Doktor
Kelab Program Doktor Muda Sekolah
Doktor Muda Muda. Rendah
Sekolah (Edisi 1.) (Edisi 2, 2003)
Rendah (Edisi 3,
2008)
GARIS PANDUAN KURIKULUM

Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menerbitkan Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda
sebagai panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam
melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda serta Garis Panduan
Kurikulum Pembimbing Kesihatan Rakan Sebaya Kelab
Doktor Muda sebagai panduan dan rujukan kepada Doktor
Muda dalam menjalankan aktiviti pembimbing rakan sebaya.

Garis Panduan Kurikulum Garis Panduan Kurikulum


Kelab Doktor Muda, 2008 Pembimbing Kesihatan
Rakan
Sebaya Kelab Doktor Muda,
2008.

You might also like