You are on page 1of 8

Asas Pengaturcaraan C++

Tutorial berbentuk e-buku ini disediakan bagi mereka yang menginginkan nota bantuan di dalam
Bahasa Melayu. E-buku ini cuba menyesuaikan beberapa istilah di dalam Bahasa Melayu, tetapi
sekiranya istilah Bahasa Inggeris lebih mudah difahami, perkataan itu akan dikekalkan.

Konvensyen
E-buku ini cuba mengekalkan format supaya indentasi, susunan teks, font dan lain-lain yang difikirkan
perlu adalah seragam.

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 1


Senarai Kandungan
Asas Pengaturcaraan C++..........................................................................................................................1
Konvensyen..................................................................................................................................1
Bab 1 : Pengenalan ....................................................................................................................................3
Konsep Pembolehubah..........................................................................................................................3
Kaedah penggunaan pembolehubah............................................................................................3
Menerima dan memaparkan input.........................................................................................................5
Komen (commenting)............................................................................................................................6
Bab 2: Menulis dan memaparkan data.......................................................................................................7
Tugasan aksara khas..............................................................................................................................8

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 2


Bab 1 : Pengenalan
C++ adalah bahasa pengaturcaraan yang merupakan lanjutan daripada bahasa pengaturcaraan C,
dengan penambahan kepada beberapa paradigma antaranya sokongan kepada pengaturcaraan
berasaskan objek.
Nota ini disediakan dengan seringkas mungkin, dengan cuba mengambil konsep mudah faham,
mudah ingat “cheat sheet” tetapi dengan penjelasan ringkas.

Konsep Pembolehubah
Pembolehubah atau “variable” merupakan kaedah pemudahcara bagaimana sesuatu bahasa
pengaturcaraan menerima, menghantar, memproses dan pelbagai operasi lagi terhadap sesuatu input.
Ada pelbagai jenis data bagi pemeboleh-ubah:

JENIS DATA (DATA TYPE) KESESUAIAN


char Aksara
int Nombor bulat/integer
float Nombor perpuluhan
double Nombor perpuluhan
string Perkataan

Jadual : Jenis data dan jenis input yang boleh ditampung

Kaedah penggunaan pembolehubah

Secara asasnya, adalah sangat mudah untuk memperkenalkan sesuatu pembolehubah. Secara kasarnya
sintaksnya adalah

<jenis data> <nama pembolehubah>;

Sebagai contoh,
int integerku;
char aksaraku;
string perkataanku;

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 3


float nomborku;
Nama pembolehubah yang ditugaskan adalah bebas, tetapi tertakluk kepada syarat:

● dimulakan dengan abjad, bukan nombor


● tiada senggang di antara perkataan
● bukan merupakan kata simpanan dalam sistem (reserved words)

CONTOH PERKATAAN KESALAHAN


int int; Menggunakan pembolehubah “int” sebagai nama.
“int” adalah “reserved word”
int 9myint; Memulakan nama pembolehubah dengan nombor

int _myint; Memulakan nama pembolehubah dengan bukan


abjad.

Jadual: Penugasan pembolehubah dan kesalahannya

Pemboleh ubah juga boleh ditetapkan nilai sewaktu penciptaannya.

int nombor=1;
char aksara='A';
string kata=”ahmad”;
double perpuluhan=1.92;

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 4


Menerima dan memaparkan input

Di dalam C++ anda boleh memaparkan input ke paparan terminal atau ke dalam fail teks. Untuk
permulaan, kita akan fokuskan dulu kepada paparan terminal. Jenis paparan dan mod paparan input
antaranya ialah:

JENIS TUGAS
cin (console input) Menerima input
cout (console output) Memaparkan input
cerr( console error) Memaparkan ralat
clog (console log) Memaparkan log

Jadual: Alatan bagi menerima dan memaparkan input

Contoh:
#include <iostream>
using namespace std;
int main()
{
int num;
cout<<”Sila masukkan sebarang nombor”<<endl;
cin>>num;
cout<<”Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah “<<num<<endl;
return 0;
}

Kod: Program asas C++

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 5


Komen (commenting)

Pengunaan “komen” atau aktiviti commenting ialah di mana pengaturcara meletakkan nota untuk
memudahkan urusan nyahpepijat atau memantau lintas lalu pembolehubah.

Contoh:

JENIS KOMEN BENTUK SINTAKS


// //Ini adalah komen sebaris
/* ... */ /* Ini adalah komen yang
membenarkan komen dilakukan lebih dari sebaris dengan mudah
*/

Contoh pengunaan:

#include <iostream>
using namespace std;
//Ini contoh untuk komen sebaris
//Baris baru memerlukan anda meletakkan tanda “backslash” seterusnya
int main()
{
int num;
cout<<”Sila masukkan sebarang nombor”<<endl;
cin>>num;
/* Ini pula
membenarkan komen lebih dari
sebaris
*/
cout<<”Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah “<<num<<endl;
return 0;
}
Jadual: Contoh komen

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 6


Bab 2: Menulis dan memaparkan data
Untuk memfokuskan lebih lanjut kepada kemahiran menulis dan memaparkan data, selanjutnya kita
akan mengkhususkan pemerhatian kepada pelbagai jenis data dan kaedah paparan.

Di dalam C++, simbol-simbol berikut kerap digunakan:

SIMBOL PENGGUNAAN CONTOH


“” Memaparkan nilai malar (constant) perkataan. cout<<”Nama saya Ahmad”;
; Menamatkan penugasan nilai a=a+1;
'' Memaparkan nilai malar (constant) aksara. char huruf='A';
# Memaparkan pemula untuk pustaka kod (code #include <iostream>
library). Juga untuk menentukan nilai malar #define KUIH 7
pembolehubah

Jadual: Simbol khas


Contoh:
#include <iostream>
#define NOMBOR 11
using namespace std;
int main()
{
int num=7;
char aksara='B';
cout<<”Nilai NOMBOR ialah “<<NOMBOR<<endl;
cout<<”Nilai num ialah “<<num<<endl;
cout<<”Nilai aksara ialah “<<aksara<<endl;
return 0;
}

Kod: Paparan penggunaan pelbagai simbol khas

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 7


Tugasan aksara khas.

Terdapat beberapa aksara yang mempunyai tugas khas bagi, kebiasaannya disertakan dengan
“backslash” .

Contoh:

AKSARA TUGAS CONTOH GUNA


\n Baris baru (newline) . cout<<”Saya ada kasut\n”; (di dalam C++ \n juga
diwakili dengan <<endl)
\a Loceng sistem (beep) cout<<”Saya ada kasut\a”;
\t Sela (tab) cout<<”Saya ada kasut sebanyak
\t”<<kasut<<”pasang”;
Jadual: Aksara khas

© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi 8

You might also like