Professional Documents
Culture Documents
UNIVERSITI MALAYA
TUGASAN TUTORIAL
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD
PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD
KE-15 M. (AEEA 1102)
(SOALAN 1)
TAJUK: Bincangkan Perkembangan Manusia Awal
Di Kepulauan Jawa.
PENGENALAN
Maksud prasejarah ialah bermaksud “sebelum sejarah” ini kerana perkataan “pra” itu
bermaksud “sebelum”, oleh itu ia diertikan “sebelum sejarah”.1 Zaman prasejarah ini dikatakan
juga sebagai zaman yang tidak mempunyai sumber tulisan dan tidak ada rekod bertulis tentang
sesuatu kawasan tersebut.2 Zaman prasejarah merupakan satu penemuan yang berdasarkan
temuan-temuan yang dibuat oleh ahli-ahli arkeologi melalui sesuatu kajian yang dijalankan
secara terperinci dan sistematik iaitu dengan kaedah cari gali. Manakala mengikut Kamus Dewan
Edisi Keempat pula ianya juga dikatakan sedemikian iaitu prasejarah berkaitan dengan masa
yakni masa sebelum sejarah. Sejarah pula diterangkan tentang asal usul yakni keturunan yang
berkaitan dengan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau seperti terdapat
Dengan kaedah sedemikian dapat dikelaskan juga jenis-jenis bentuk temuan yang ditemui
oleh setiap ahli-ahli arkeologi melalui penemuan hasil tinggalan masyarakat pada zaman
prasejarah tersebut seperti penemuan artifak dan fosil. Contoh penemuan artifak ialah barang-
barang ciptaan masyarakat prasejarah seperti kapak batu batu, pisau dan pinggan mangkuk.
1
. Ahmad Jelani helmi. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa melayu. Kuala Lumpur: Utusan publication &
Distributors Sdn. Bhd. Hlm.1.
2
. Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam,
Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm.1.
3
. Dewan Bahasa Dan pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Hlm 1230 & 1411.
2
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
Manakala, contoh penemuan fosil pula ialah penemuan rangka-rangka atau tulang-tulang
Dengan adanya penemuan-penemuan tersebut barula kita dapat mengetahui cara kehidupan
dan kemajuan masyarakat lampau di zaman prasejarah. Terutamanya dikepulauan Jawa yang
sememang mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan terdapatnya manusia awal yang menetap
dijumpai adalah dikaji oleh ahli-ahli arkeologi daripada Eropah. Manusia yang hidup pada
zaman prasejarah hanya dapat dikenali melalui penemuan fosil-fosil manusia yang masih
tertinggal dan ditemui di kepulauan Jawa yang terdiri dari pelbagai jenis manusia. Hal ini dapat
diketahui kerana kedatangan para ahli arkeologi dari Eropah sekitar abad ke-19, di mana meraka
tertarik untuk membuat kajian tentang fosil manusia awal di kepulauan Jawa.
Fosil manusia yang pertama sekali ditemui adalah bertempat di Trinil, Jawa Timur oleh
Eugene Dubois. Penemuan tersebut telah menyebabkan para ahli arkeologi lain berminat untuk
datang ke kepulauan Jawa untuk turut serta dalam membuat penyelidikan tentang manusia awal
yang terdapat di Jawa. Seterusnya penyelidikan fosil yang dibuat oleh Von Koeningswald dan F.
Weidenrech telah menemukan fosil manusia di daerah Sangiran , Ngandong di Lembah sungai
Bengawan Solo. Dengan penemuan fosil tersebut, Von Koeningswald telah membagikan zaman
penemuan kepada tiga peringkat zaman yang telah didiami oleh manusia awal iaitu zaman
pleistosen Atas (lapisan Ngandong) sekitar 1,6 juta hingga 700.00 tahun lalu, pleistosen
tengah(lapisan Trinil) sekitar 700.00 hingga 125.000 tahun lalu dan pleistosen bawah (lapisan
4
. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 23-24.
3
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
Zaman pleistosen bawah yang juga dikenali sebagai lapisan Jetis dan jenis manusia purba
yang hidup dalam lapisan ini adalah seperti Meganthropus paleojavanicus, Homo Mojokentesis
dan Homo Robustus. Manusia purba yang ditemui sekitar 1941 dan digelar Meganthropus
paleojavanicus adalah manusia purba yang paling awal sekali yang hidup dan menetap di
Penemuan fosil ini telah dibuktikan melalui kajian yang dibuat oleh orang-orang Eropah
terutamanya oleh Von Koeningswald yang menemuinya di Desa Sangiran pada tahun 1941. Fosil
yang ditemui oleh Von Koeningswald tesebut adalah sejenis tengkorak yang msaih mempunyai
tulang rahang bawah, gigi yang masih kelihatan tegap dan tengkorak tersebut menunjukkan juga
ianya mempunyai geraham yang besar-besar. Dari penemuan tersebut, Von koeningswald telah
Jawa” kerana disebabkan tubuhnya dikatakan besar dan ianya ditemui di Jawa. Fosil
penemuan manusia purba Meganthropus Paleojavanicus itu telah dianggarkan hidup antara 20
Mojokertensis yang bermaksud manusia kera disebabkan fosil rangka manusianya yang ditemui
dienali sebagai Homo Mojokertensis. Hal ini dapat diketahui kerana disebabkan penemuan fosil
yang dibuat oleh Von koeningswald yang menjumpai fosil manusia purba kanak-kanak di
kawasan Perning, Mojokerto Jawa Timur. Antara cirri-ciri penemuan fosil tersebut dikatakan
4
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
kanak-kanak itu dianggarkan telah berusia sekitar 6 tahun yang mempunyai komposisi otak
sekitar 650cc dan dikatakan juga ianya boleh mencapai 1000cc apabila kanak-kanak tersebut
menjadi dewasa. Fosil yang ditemui itu juga terdapat tiga buah gigi geraham yang masih lagi
mekat dibahagian atas dan juga dibahagian bawah. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri gigi
geraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil.
Manakala manusia purba yang hidup dilapisan Jetis juga ialah yang bergelar
pithecanthropus Robustus atau dikenali sebagai Homo Robustus yang bermaksud manusia kera
yang besar dan kuat tubuhnya. Fosil manusia purba ini telah ditemui juga oleh Von
koeningswald pada tahun 1939 di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. Cirri-ciri fosil yang
ditemui tersebut menunjukkan tengkoraknya yang besar, lebar dan manakala atas tengkoraknya
Zaman pleistosen tengah juga dikenali sebagai lapisan Trinil ini merupakan satu zaman yang
mana tergolong dalam manusia awal yang hidup bumi jawa. Tetapi dilapisan inilah manusia awal
yang mula sekali ditemui oleh ahli-ahli arkeologi barat yang sangat berminat dalam membuat
kajian tentang manusia purba sekitar abad ke-19. Fosil manusia purba yang terdapat dilapisan
Trinil dikatakan ’manusia kera yang berdiri’ atau manusia Jawa. Tetapi ahli-arkeologi
mengklafikasikan Homo Erectus sebagai manusia yang berjalan tegak. Homo Erectus dikatakan
5
. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 63-65.
5
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
berasal daripada benua Afrika dan dikatakan telah berhijrah ke Asia Tenggara. Java Man
Pulau Jawa merupakan bukti paling awal tentang penyebaran hominid spesies
Homo Erectus berdasarkan penemuan 41 buah fosil manusia Mawas di sepanjang Sungai
Berantas di Jawa Timur dan tapak-tapak fosil yang ditemui di Trinil, Sangiran, Ngandong dan
Mojokerto. Tapak-tapak penumaan fosil ini merupakan tapak fosil tertua dan penemuan jenis
manusia terawal di Jawa. Ahli Paleontrologi menamakan penemuan rangka itu sebagai
Pithecanthropus Erectus atau kini lebih dikenali sebagai Homo Erectus. Dubois telah
menemukan tengkorak manusia di Trinil dan tidak berapa jauh dari tempat itu beliau turut
menemukan tulang femur yang dimiliki oleh manusia moden. Dubois yakin bahawa kedua-
duanya dimiliki oleh orang yang sama serta individu tersebut berjalan tegak. Dengan itu
menamakannya sebagai ”Pithecanthopus Erectus” iaitu manusia separuh kera (ape man) yang
berjalan tegak.7
Dengan penemuan manusia awal tersebut Eugene Dubois merupakan orang pertama
sekali yang menentang teori manusia pertama berasal dari Eropah dan beranggap manusia
pertama berada di kepulauan Asia Tenggara. Hasil penemuan pada tahun 1980 ini telah
menggemparkan dunia akibat penemuan manusia awal yang dijumpai oleh Eugene Dubois.
Eugene Dubois dan teman-temannya telah menemukan sepotong rangka rahang atau geraham
6
, Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama.
Hlm 59 & 60.
7
Pam J, Crabtree, Douglas V and Campana, Exploring Prehistory: How Archaelogy Reveals Our Past. America:
McGraw- Hill. 2005. Hlm 76.
6
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
Kemudian pada tahun berikutnya sekali lagi Eugene Dubois menjumpai fosil yang lengkap
iaitu bentuk kepala atau tengkorak manusia awal yang bercirikan kera di Trinil-Solo. Antara ciri-
cirinya yang dapat dilihat dari pada fosil manusia awal tersebut ialah bentuk tempurung ramgka
mempunyai rahang yang menonjol kehadapan, bahagian kening di dahi yang landai dan bahagian
hidung yang bersatu dan terus landai kebahagian dahi. Manakala dagunya pula tidak terbentuk
dan terdapat juga kelihatan pipinya menonjol ke depan dan samping, mempunyai bahagian leher
yang tegap dan miring ke belakang. Pada tahun 1892 Eugene Dubois telah menemui pula tulang
kaki manusia awal yang hamper sama dengan kaki manusia moden. Dengan penemuan tersebut
dapat diketahui bahawa manusia awal yang dijumpai itu boleh berjalan dengan kedua-dua
kakinya. Eugene Dubois telah mengambil kesimpulan daripada hasil temuan-temuan tersebut
bahawa tengkorak, atau bentuk kepala dan kaki itu adalah milik manusia awal yang sama.8
8
. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka
Utama. Hlm 54-66.
7
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
Teori kewujudan manusia homo sapiens di asia tenggara adalah berasal daripada teori
Charles Darwin (1808-1882) yang mana di dalam bukunya The Origin Of Species (1859) dan
The Descent Of Man(1871) menyatakan bahawa manusia berasal dari binatang atau lebih tepat
berasal dari jenis manusia-kera (ape- man) yang merupakan rantai penghubungan (missing link)
di antara kera yang sebenarnya dengan manusia yang sebenarnya. 9 Bagi Darwin, semua jenis
haiwan berasal dari amoeba, iaitu sejenis haiwan yang mempunyai satu sel. Manusia telah
berevoulusi dari Rumapithecus (20 hingga 8 juta tahun dahulu) kepada Australopithecus
Atricanus (4 juta tahun dahulu).10 Sama ada teori ini benar atau tidak ianya bergantung kepada
Homo sapiens merupakan manusia yang hidup pada zaman prasejarah iaitu di antara zaman
paleolitik pertengahan hingga pada awal zaman neolitik. Menurut Buettner-Janusch homo
sapiens adalah satu populasi Mendelian iaitu satu komuniti yang terdiri daripada individu-
individu yang reproduktif dan mempunyai kelompok gen yang sama.11 Homo sapiens atau
dikenali dengan nama Modern Man mula berkembang pada sekitar tahun 70 000 tahun dahulu.
Homo sapiens juga dikenali sebagai homo wajak dalam bahasa Indonesia. Menurut Coon
penggantian homo erektus kepada homo sapiens merupakan suatu spesis terpecah yang menjadi
ras-ras secara geografi, mendiami wilayah tertentu dan dapat berevolusi menurunkan spesis baru
8
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
Homo sapiens merupakan manusia selepas homo erektus dan mempunyai hubung kait
homo erektus berkembang kepada homo sapiens.12 Namun terdapat percanggahan mengenai
bagaimana dan dimana peralihan itu berlaku. Beberapa pakar paleoantropologi percaya
bahawa populasi homo erektus yang di wakili oleh serangkaian temuan rangka dari Cina dan
Jawa telah menurunkan ciri-ciri morfologinya kepada orang Mongoloid dan Austro
Melanisia sekarang.13 Kedatangan homo sapiens di Asia Tenggara bermula pada 40 000
tahun dahulu dan daerah penyebarannya adalah di Dataran Sunda kerana pada ketika itu
Homo Sapiens merupakan manusia purba yang mempunyai bentuk tubuh dan sifat manusia
yang sama dengan manusia sekarang. Mereka ini juga mempunyai kehidupan yang sangat
sederhana dan hidup secara mengembara yang di kenali sebagai ‘nomad’. Manusia Homo
Sapiens ini terdapat dilapisan pleistosen atas dan juga dikenali sebagai lapisan Ngandong. Antara
manusia Homo Sapiens yang hidup dilapisan Ngandong ini adalah terdapat dua jenis iaitu
manusia Homo Sapiens Soloensis dan manusia Homo Sapiens Wajakensis. Manusia awal yang
hidup di lapisan Ngandong dianggarkan hidupnya 100 000 - 50 000 tahun dahulu.
Fosil manusia Homo Sapiens Soloensis (manusia kera dari Solo) ditemui di daerah
Ngandong Blora di Sangiran yang berdekatan dengan lembah Sungai Bengawan Solo iaitu pada
tahun 1931-1934. Fosil manusia ini telah dikaji dan dijumpai oleh Von Koengswald dan
Weindenreich. Fosil manusia Homo Soloensis yang ditemui ialah 2 buah tulang kaki,11 rangka
manusia yang tidak lengkap manakala rahang dan giginya pula sudah tidak kelihatan kerana
Carol R Ember dan Melvin Ember, 2000, Anthropology A Brief Introduction, New Jersey, hlm 73.
12
Peter Bellwood, 2000,Prasejarah Kepulaun Indo- Malaysia,(T.W Kamil,terjemahan), Jakarta, Gramidia Pustaka
13
9
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
telah menalami pereputan. Terdapat ciri-ciri yang dapat diambil dari jumpan fosil tersebut.
Antaramya ialah tengkoraknya terdapat tonjolan yang tebal dibahagian kening dan dengan dahi
yang landai kebelakang. Terdapat juga temuan tengkorak kecil seorang wanita yang mempunyai
rahang atas dan bawah. Ketinggiannya pula dianggarkan 165cm dan manakala komposisi
Fosil manusia Homo Wajakensis pula telah ditemui oleh Van Reicshotten pada tahun 1889
di daerah Wajak, Tulung agung, Jawa Timur. Kemudian Reicshotten telah mengirim sebuah
tengkorak kepada Eugene Dubois untuk tujuan Eugene Dubois meneliti dan mengkajinya.
Eugene Dubois telah meggelar fosil tengkorak tersebut sebagai Homo Sapiens Wajakensis.
Disebabkan Homo Wajakensis termasuk dalam kumpulan manusia Homo Sapiens dimana ia
tergolong dengan manusia yang telah maju berfikir berbanding dengan manusia sebelumnya.
Bahan yang diterima oleh Eugene Dubois adalah tengkorak dan serpihan rahang. Dikatakan
tengkoraknya besar dengan komposisi otak 1630cc dan tingginya dianggarkan tingginya lebih
kurang 173cm. Menurut Eugene Dubois, bangsa asli Australia termasuk Homo Wajakensis dan
Australoid.14
14
. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 67-75.
.
10
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
KEPULAUAN JAWA
11
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
12
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
KEPULAUANA JAWA
Kebudayaan juga diklasifikasikan sebagai keseluruhan cara hidup, cara berfikir, bertindak
dan berkelakuan, segala hasil kegiatan dan penciptaan, kebendaan, atau kerohanian masyarakat
bertamadun, peradaban dan lain-lain. Istilah ‘kebudayaan’ merupakan satu istilah yang merujuk
kepada manifestasi yang berbeza tentang budaya.15 Kebudayaan masyarakat awal di kepulauan
Jawa dapat di golongkan kepada beberapa zaman iaitu zaman Paleolitik, Mosolitik, Neolitik dan
zaman Logam.
ZAMAN PALEOLITIK
Zaman paleolitik ini juga dikenali sebagai zaman batu lama. Pada zaman ini menunjukkan
bahawa peralatan yang digunakan adalah daripada batu yang mempunyai permukaan yang
masih kasar dan belum diasah dan juga berbentuk pecahan batu yang menyerupai kapak
zaman ini adalah berdasarkan anugerah alam semata-mata. Masyarakatnya hidup dalam
kelompok yang kecil dan menetap secara nomad iaitu berubah- ubah dan tidak tetap.
Mayarakatnya tiggal di dalam gua-gua dan lubang-lubang untuk keselamatan dari pada ancaman
binatang buas dan sebagainya. Mereka menjalani kegiatan berburu binatang dan mengumpul
hasil hutan dimana-mana saja (food gathering) bagi mempeolehi makanan dan meneruskan
Frank Hole dan Robert F. Heizer, 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas (terjemahan). Kuala
15
13
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
kehidupan mereka. Hasil buruan binatang dan hasil hutan tadi mereka telah menjadikan kulit-
Kebudayaan zaman paleolitik ini dapat d bahagikan kepada kebudayaan Pacitan dan
Ngandong. Kebudayaan Pacitan terdapat peralatan yang dihasilkalkan seperti kapak genggam
dan alat penetak (chopper) yang ditemukan oleh Koengswald pada tahun 1935 .17 . Alat-alat
tersebut ditemukan pada lapisan yagg sama dengan penemuan fosil Pitechantropus erectus.
Manakala, kebudayaan Ngandong pula peralatan yang terdapat ialah flakes (alat serpih) seperti
pisau. Disamping itu, terdapat juga peralatan daripada tulang dan tanduk yang bertujuan sebagai
mata tombak dan kemugkinan juga digunakan sebagai tujuan berburu binatang,menangkap ikan,
mengumpul ubi serta buah-buahan. Alat-alat tesebut ditemukan ditemukan di daerah sangiran
dan sragen (Jateng). Manusia awal yang membawa kebudayaan Ngandong adalah Homo
soloensis dan Homo Wajakensis kerana disebabkan penemuan peralatan tersebut bertempat
ZAMAN MESOLITIK
Zaman ini juga dikenali sebagai zaman batu tengah. Zaman ini merupakan zaman peralihan
dari zaman paleolitik kepada zaman neolitik. Peralatan di zaman ini juga diperbuat daripada batu
tetapi telah mula diasah supaya menjadi tajam agar memudahkan lagi terutamanya kegiatan
berburu. Selain itu, terdapat di zaman ini telah ditemukan sampah dapur yang kemudianya
16
. Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam,
Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm 2.
17
. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm 90.
14
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
diistilahkan sebagai kjokkenmoddinger dan abris sous roche. Kjokkenmoddinger adalah daripada
kulit kerang dan siput yang di jumpai ditepi pantai untuk kegunaan mereka. Manakala abris sous
Walau bagaimanapun, manusia zaman ini masih lagi meneruskan tradisi Paleolitik
disamping mengalami kemajuan yang sedikit. Cara kehidupan masyarakat dizaman ini terdapat
lagi mengamalkan food gathering dan berburu dan masih tinggal di dalam gua tetapi tetelah
terdapat masyarakatnya yang sudah pandai bercucuk tanam iaitu kegiatan pertanian (incipient
agriculture) walaupun belum meluas. Pada zaman batu tengah juga telah wujud kapak Sumatra
(pebble), kapak pendek (hache courte), pipisan yang digunakan untuk menghaluskan bahan-
bahan makanan atau bahan zat pewarna merah yang dijadikan lambang kehidupan.18
Pada masa yang sama mereka juga telah mempunyai peralatan senjata yang terdiri daripada
tulang-tulang yang dijadikan sebagai kapak. Hal ini kerana disebabkan zaman ini telah
munculnya manusia Homo sapiens dan bukan lagi manusia kera (ape-man). Pada zaman ini telah
kesan berdasarkan masyarakatnya telah mula mempercayai kehidupan selepas mati melalui
penanaman mayat. Penanaman mayat yang dibuat itu telah disetakan barang-barang kegunaam
18
. Supartono Widyosiswoyo,2000,Sejarah Kebudayaan Indonesia,Penerbit Universitas Trisakti,Jakarta, hlm 57.
19
. Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam,
Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd. Hlm 2-3.
15
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
ZAMAN NEOLITIK
Zaman Neolitik pula juga dikenali sebagai zaman batu baru. Dizaman ini dapat dilihat
pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam kehidupan masyarakat awal apabila mereka telah
mula pandai untuk menyesuaikan diri mereka dengan kehidupan. Mereka telah mula hidup
secara tetap disesuatu kawasan dan tidak lagi pada kebisaannya memburu binatang tapi telah
mula menernak binatang ternakan untuk kegunan kehidupan mereka. Oleh sedemikian
berlakunya corak kehidupan mereka daripada kehidupan nomad dengan food gathering kepada
Masyarakat di zaman ini telah padai membina tempat tiggal dan rumah mereka sendiri dan
tidak lagi tiggal di dalam gua-gua sepertimana di zaman sebelumnya. Mereka memilih kawasan
berhampiran dengan sungai untuk memudahkan mereka menjadikannya satu keperluan harian
mereka seperti sumber air minum dan keperluan kehidupan sehari-hari mereka. Tetapi yang
paling penting dengan berdekatan sumber air tadi juga mereka dapat salirkannya untuk kegunaan
Pada di akhir zaman ini terdapat kepercayaan dalam bentuk animism iaitu kepercayaan
tentang adanya roh nenek moyang yang memiliki kuasa ghaib dan keperceayaan dinamisme iaitu
kepercayaan terhadap benda-benda yang dianggap memiliki kuasa ghaib. Kemudian roh nenek
moyang tersebut mereka beraggapan bahawa dapat memberikan kebaikan dan pertolongan
kepada mereka. Oleh yang sedemikian mereka terpaksa memuja dan memuji mereka melalui
perantaraan nyayian bagi memanggil roh-roh nenek moyang yang dijalankan pada waktu malam
kerana pada waktu malamlah roh-roh nenek moyang mereka sedang bekeliaran disana-sini.21
20
. Ibid, hlm 3
21
. Ibid, hlm 4.
16
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
ZAMAN LOGAM
Pada zaman logam ini terdapat kebudayaan perunggu yang mereupakan pengaruh daripada
kebudayaan dongson yang berkembang di Vietnam. Dikatakan bahawa kebudayaan dongson ini
berkembang sekitar 300 sm.22 Pada zaman perunggu ini masyarakatnya telah mula pandai
membuat peralatan daripada logam dan tembaga dalam penggunaan kehidupan seharian mereka.
Kehidupan pada zaman ini juga dikatakan masyarakatnya telah mempunyai perkampungan yang
teratur yang mempunyai pemimpin yang diketuai oleh ketua suku atau ketua adat.
Dari segi ekonomi mereka telah mengekalkan kegiatan pertanian seperti berladang dan
bersawah yang mempunyai system saliran yang baik sehinggakan mereka tidak lagi bergantung
dengan turunnya hujan. Disamping itu, pada masa yang sama telah wujudnya pengkhususan
pekerjaan yang terdiri dari petani,penternak,nelayan dan tukang. Beberapa hasil budaya yang
dihasilkan termasuk kapak corong, Nekara dan arca perunggu seperti kapak sepatu,senjata dan
Kepercayaan masyarakat di zaman ini masih lagi ada persamaan dengan kepercayaan
masyarakat yang hidup zaman neolitik. Dimana masiih lagi mengamalkan pemujaan terhadap
roh-roh nenek miyang mereka. Terdapat bukti peninggalan artifak mengenai kepercayaan
masyarakat dizaman ni iaitu kepercayaan terhadap kehidupan selepas mati. Contohnya penutup
keranda yang juga dikenali sebagai sarkopagus yang mempunyai ukiran yang dijumpai di
Jawa,Bali,Sumbawa dan Sumba yang ditemui bersama tiggalan hasil-hasil logam ciptaan
22
. Peter Bellwood. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta, Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm
389
23
. Ibid, hlm 401-407
17
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
dizaman ini. Hal ini jelas lagi apabila terdapatnya penemuan di daerah Gunung Kidul, Jawa
Tengah iaitu penemuan kubur peti batu yang mempunyai bersama-sama peralatan besi mereka
seperti pisau bertangkai, belati, kapak dan pahat. Terdapat juga tinggalan perunggu seperti cincin
KESIMPULAN
Jadi dapatlah disimpulkan bahawa Homo Sapeins ialah kesinambungan daripada Homo
Erektus dan merupakan nenek moyang kepada manusia moden. Hal ini dapat dibuktikan melalui
24
. Ibid, hlm 417
18
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
ciri-ciri kebudayaan yang diamalkan oleh mereka daripada sudut kegiatan ekonomi,
kepercayaan, tinggalan peralatan batu, corak penempatan, kesenian, ras ataupun bangsa dan juga
dapat dikenal pasti melalui penemuan sisa-sisa hominid (rangka tulang dan tengkorak).
Ciri-ciri kebudayaan yang ada ini dapat membezakan di antara masyarakat Homo
Erektus dan masyarakat Homo Sapiens pada zaman Paleolitik sehingga zaman Logam.
Seterusnya, hasil daripada pengalaman dan panduan tinggalam masyarakat dahulu menjadikan
masyarakat Homo Sapiens semakin maju dalam segenap sudut. Penemuan manusia awal ini jelas
menunjukkan bahawa kewujudan manusia berjuta- juta tahun yang lampau. Sebelum
kewujudan manusia moden. . Kewujudan manusia ini juga membuktikan mereka juga
mempunyai cara hidup yang banyak bergantung dengan alam sekitar dalam hidup sehari-hari
19
SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA SEHINGGA AWAL ABAD KE-15 M (AEEA 1102)
BIBLIOGRAFI
Ahmad Jelani helmi. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa melayu. Kuala Lumpur: Utusan
publication & Distributors Sdn. Bhd
Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah
Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd
Dewan Bahasa Dan pustaka.(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Frank Hole dan Robert F. Heizer, 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas
(terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
20