You are on page 1of 6

Definisi Komunikasi dan Tingkatan

Proses Komunikasi
Definisi komunikasi
Kata atau istilah “komunikasi” (Bahasa Inggeris “communication”) berasal dari Bahasa
Latin “communicatus” yang membawa maksud to make common atau mewujudkan
persamaan. Komunikasi menurut kamus bahasa merujuk pada suatu keupayaan
bertujuan mendapatkan kebersamaan. Webster New Collage Dictionary  dijelaskan
bahawa komunikasi adalah “suatu proses pertukaran maklumat antara individu
melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku”. 
Berikut ini adalah beberapa definisi berkaitan komunikasi yang dikemukakan
oleh para ahli dalam bidang tersebut, iaitu :-
1) Hovland, Janis & Kelley Komunikasi adalah suatu proses oleh individu
(penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam bentuk kata-
kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang lain (khalayak).
2) Berelson & Steiner Komunikasi adalah suatu proses penyampaian informasi,
gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbol
seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain.
3) Harold Lasswell Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang
menjelaskan “siapa”  “mengatakan “apa”  “dengan saluran apa”, “kepada siapa” ,
dan “dengan akibat apa”  atau “hasil apa”.(who says what in which channel to
whom and with what effect).
4) Barnlund Komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk mengurangkan rasa
ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.
5) Weaver Komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan melalui fikiran
seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.
6) Gode Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari mula yang
dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang
atau lebih.
7) GreenBerg&Baron(1996) komunikasi ialah satu proses dimana individu,
kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penyampai dengan
menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau kelompok organisasi
yang bertindak sebagai penerima maklumat.

Kepelbagaian definisi berkenaan komunikasi seperti di atas, menunjukkan


bahawa para ahli memberikan definisinya sesuai dengan sudut pandangnya
merekamasing-masing dengan memberikan penekanan terhadap erti, ruang lingkup,
dan konteks yang berbeza. Hal ini menunjukkan bahawa, ilmu komunikasi sebagai
sebahagian dari ilmu sosial adalah suatu ilmu yang bersifat multi-disipliner. 
Hovland Cs, memberikan penekanan bahawa tujuan komunikasi adalah
mengubah atau membentuk tingkah laku. Manakala Berelson dan Steiner,
menekankan bahawa komunikasi adalah proses penyampaian, iaitu penyampaian
informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain. Menurut Lasswell pula, ianya dilihat
secara eksplisit dan kronologis menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalam
komunikasi, iaitu :-    
1) Penyampai (enkod); pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atau
sumber.
 sumber permulaan maklumat dan orang yang memulakan proses komunikasi.
 Penyampai memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusi
tulisan, lisan atau bahasa badan yang difikirkan paling berkesan untuk
menyampaikan malumat kepada penerima.
 Mesej yang telah dihantar perlu dienkod dan disusun serta dipilih simbol-
simbolnya sama ada lisan atau bukan lisan supaya dapat difahami oleh
penghantar dan penerima.
Enkod yang digunakan oleh penghantar perlu difahami oleh penerima jika tidak
komunikasi akan terhenti.

2) Idea / isi penyampaian; mengatakan susunan idea yang disampaikan


 Kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim.
 Maksud/fakta/niat yang difahami oleh penerima mesej.
 Mesej boleh berbentuk lisan atau bukan lisan.

3) Penerima idea (dekod) ; pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan sasaran


penerima
 Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai
mesej/maklumat.
 Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi, atau
pelbagai pihak.
 Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran
komunikasi.
 Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi mereka.

4) Saluran : medium atau alat dan saluran penyampaian informasi


 Alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej iaitu deria 5 pancaindera
manusia/media elektronik/media masa.
 Ia merupakan alat penghubung antara pengirim dengan penerima.
 Antara saluran yang digunakan adalah seperti kata-kata, tulisan, lisan, tanpa
lisan, buku dan sebagainya.

5)  Maklumbalas ; hasil yang terjadi diakhir proses


 Ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalas
kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.

Definisi Lasswell ini juga menunjukkan bahawa komunikasi itu adalah suatu keupayaan
yang disengajakan serta mempunyai tujuan.
Gode pula memberi penekanan kepada proses penularan pemilikan, iaitu dari
yang semulajadi (sebelum komunikasi) hanya dimiliki oleh satu individu kemudian
setelah berlakunya proses komunikasi menjadikannya dimiliki oleh dua orang atau
lebih. Barnlund, menekankan pada tujuan komunikasi, iaitu untuk mengurangi
ketidakpastian, sebagai dasar bertindak efektif, dan untuk mempertahankan atau
memperkuat ego.
Berdasarkan definisi-definisi tentang komunikasi tersebut, dapatlah diketahui bahawa
komunikasi mempunyai beberapa karakteristik sebagai berikut :-
1) Komunikasi adalah suatu proses Komunikasi sebagai suatu proses bermaksud
komunikasi merupakan serangkaian tindakan atau peristiwa yang terjadi secara
berurutan (mempunyai tahap atau sekuens) serta berkaitan satu sama lainnya
dalam susunan waktu tertentu.
2) Komunikasi adalah suatu keupayaan yang disengajakan serta mempunyai
tujuan. Secara tidak langsung komunikasi adalah suatu kegiatan yang dilakukan
secara  sedar, disengaja, serta sesuai dengan tujuan atau keinginan dari
pelakunya.
3) Komunikasi menuntut adanya hubungan kerja sama dari para pelaku yang
terlibat kegiatan komunikasi akan berlangsung baik apabila pihak-pihak yang
berkomunikasi  (dua orang atau lebih) melibatkan diri dan secara bersama
mempunyai perhatian yang sama terhadap idea yang disampaikan.
4) Komunikasi bersifat simbolik. Komunikasi pada dasarnya merupakan tindakan
yang dilakukan dengan menggunakan lambang-lambang. Lambang yang paling
umum digunakan dalam komunikasi antara manusia adalah bahasa verbal dalam
bentuk kata-kata, kalimat, angka-angka atau tanda-tanda lainnya.
5) Komunikasi bersifat transaksi Komunikasi pada dasarnya menuntut dua
tindakan, iaitu memberi dan menerima. Dua tindakan tersebut tentunya perlu
dilakukan secara seimbang.
6) Komunikasi adalah sesuatu yang tidak terhad terhadap ruang dan waktu Ini
menunjukkan bahawa dalam berkomunikasi para peserta atau pelaku yang
terlibat dalam komunikasi tidak harus hadir pada waktu serta tempat yang sama.
Dengan adanya pelbagai produk teknologi komunikasi seperti telefon, internet,
mesin fax dan seumpamanya, faktor ruang dan waktu tidak lagi menjadi masalah
dalam berkomunikasi.

Proses Komunikasi

1. Komunikasi bukan lisan


Merujuk kepada maklumat yang disampaikan melalui memek muka, pergerakan
tangan, posisi badan dan sentuhan yang bukan berbentuk percakapan.

a. Nada suara
 Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam suatu
perkataan.
 Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada suara yang berbeza akan
membawa erti yang berbeza.
 Cth: Perkataan sayang jika disebut dengan nada lembut bererti sayang yang
sebenar tetapi jika disebut dengan nada keras mungkin bemaksud marah.

b.    Ruang/Wilayah
 Jarak individu dengan individu lain.
 Cth : Jarak dekat – Akrab, Jarak jauh – Kurang Mesra
 Cara menggunakan ruang fizikal menggambarkan personaliti individu.
 Cth : susunan perabut, bilik tidur

c. Suara-suara separa bahasa


 Suara yang membawa makna tersendiri seperti terbatuk, merungut, berbisik
sendiri dan sebagainya.

d.     Ekspresasi muka, pandangan mata & pergerakan tubuh badan.


 Ekspreasi muka ialah penglahiran rasa hati, emosi fikiran, penilaian & keadaan
diri individu.
 Hasil kombinasi daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka & warna yang
lahir dari muka semasa interaksi.
 Cth: Ekspreasi tidak sama dengan kata-kata (mulut tersenyum tetapi nada suara
mengejek) tidak sesuai dengan perasaan.

e.     Pandangan mata berfungsi untuk ;


 Memberi perhatian, menunjukkan minat, tanda hormat, menimbulkan rasa
penerimaan dsb.
 Pandangan mata bukan bererti pandang tepat pada mata, tetapi tumpuan
pandangan ke arah muka.
 Bukan memandang tidak berhenti-henti atau berkelip-kelip.
 Cara pandangan berkesan ialah ;
1. Jangan pejam mata semasa berkomunikasi.
2. Jangan melihat terlalu tajam.
3. Jangan memakai kaca mata hitam.
4. Jangan melarikan pandangan mata.
5. Jangan memandang kosong.
6. Jangan selalu melihat jam

f.    Pergerakan Tubuh Badan


 Cara duduk boleh mengambarkan penerimaan kita terhadap orang lain.
 Seseorang yang bersikap mesra akn duduk condong ke arah orang yang
bercakap dengannya.
 Seseorang yang bersifat tidak menerima lebih cenderung menyandar ke
belakang.
 Cara duduk yang berkesan :
1. Jangan duduk menyandar di kerusi & bergoyang-goyang.
2. Jangan silang kaki, meletak tangan di belakang tengkuk & menyandar.
3. Tidak bergerak langsung.
 Pergerakan tangan yang sesuai dapat memudahkan komunikasi. Misalnya ;
1. Berpeluk tubuh - Kurang sedia untuk berbincang.
2. Tangan dalam kocek - Sembunyikan sesuatu
3. Gigit jari - Cemas atau risau
4. Gengam tangan - Marah

2.    Komunikasi lisan


 Komunikasi lisan lebih kerap digunakan untuk menyampaikan maklumat.
 Ia lebih mudah mendapat maklumbalas.
 Contoh maklumat lisani alah ;
1. Bersemuka secara informal dengan seseorang
2. Perbualan berkumpulan
3. Temuduga bersemuka
4. Perbualan telefon
5. Pesanan suara
6. Menulis & membaca memo
7. Laporan, Artikel, Surat
8. Menganalisis data
9. Pertukaran mesej,  email, dan lain-lain

Tahap Proses Komunikasi

Menurut Denis McQuail, secara umum kegiatan/proses komunikasi dalam masyarakat


berlangsung dalam 6 tingkatan sebagai berikut :
1) Komunikasi intrapersonal (intrapersonal communication). Iaitu proses
komunikasi yang terjadi dalam diri individu, berupa pengolahan informasi melalui
pancaindera dan sistem saraf.Contoh : berpikir, merenung, menggambar,
menulis sesuatu dan seumpamanya
2) Komunikasi interpersonal (interpersonal communication). Iaitu proses
komunikasi yang dijalankan secara langsung antara seorang individu dengan
individu lain. Sebagai contoh percakapan secara berdepan dengan penerima,
percakapan atau perbualan menggunakan talian seperti telefon atau internetdan
sebagainya.
3) Komunikasi dalam kelompok. Iaitu kegiatan komunikasi yang berlangsung di
antara suatu kelompok. Pada tahap ini, setiap individu yang terlibat masing-
masing berkomunikasi sesuai dengan peranan dan kedudukannya dalam
kelompok tersebut. Idea yang disampaikan juga bersangkut paut kepentingan
seluruh anggota kelompok dan tidak bersifat pribadi. Contohnya dialog antara
ayah, ibu, dan anak dalam keluarga, perbincangan antara guru dan murid di
kelas tentang topik perbahasan dan arahan atau perbincangan antara
sekumpulan pekerja di tempat kerja.
4) Komunikasi antara kelompok. Merujuk kegiatan komunikasi yang berlangsung
antara suatu kelompok dengan kelompok lainnya. Jumlah pelaku yang terlibat
boleh jadi hanya dua atau beberapa orang, tetapi masing-masing membawa
peranan dan kedudukannya sebagai wakil dari kelompok masing-masing.
5) Komunikasi Organisasi. Tahap ini merujuk kepada komunikasi dalam
sesebuah organisasi dan juga komunikasi antara sesama organisasi. Berbanding
dengan komunikasi kelompok, tahap ini menjurus kepada sifat organisasi
dengan lebih formal mengutamakan prinsip-prinsip efisiensi dalam melakukan
kegiatan komunikasinya. Hirarki organisasi menjadi rujukan utama dalam
menjalankan tanggungjawab berdasarkan prosedur yang telah dipersetujui oleh
pihak pengurusan dan perlu dipatuhi oleh pihak yang berada dalam susunan
lebih di bawah.
6) Komunikasi  dengan masyarakat secara luas Tahap ini menunjukkan
komunikasi yang digunakan bersifat lebih global. Komunikasi massa iaitu
komunikasi melalui media massa seperti radio, surat kabar,  TV, dan
seumpamanya sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui media
massa Misalnya ceramah atau pidato di lapangan terbuka.

You might also like