You are on page 1of 14

SENARAI TAJUK KERTAS KERJA SEMINAR TAKHRIJ 2009

APIUM

12 NOVEMBER 2009

BIL NAMA ABSTRAK


1. Dr Rohaizan Baru PENAWARAN KURSUS TAKHRIJ AL-HADITH KEPADA
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam PELAJAR PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI, DI
ANTARA KEPERLUAN DAN HALANGAN
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA, 21300 Kuala ABSTRAK
Terengganu.
Kertas ini cuba memberikan satu gambaran secara umum
tentang ilmu Takhrij al-Hadith dan kepentingannya,
seterusnya memberikan gambaran secara khusus mengenai
kepentingan kursus Takhrij al-Hadith diajar kepada semua
pelajar dalam bidang pengajian Islam, khususnya di
universiti-universiti yang menawarkan program Pengajian
Islam di Malaysia. Di antara persoalan yang berbangkit ialah
jikalau kursus ini diwajibkan untuk ditawarkan kepada semua
pelajar dalam bidang pengajian Islam apakah ia relevan
dengan keperluan semasa seorang pelajar dan apakah
halangan dan cabaran yang ada di universiti yang menghalang
daripada ianya boleh dilaksanakan. Kertas ini cuba
menggariskan beberapa masalah dan halangan kemudian akan
memberikan beberapa cadangan penyelesaian yang boleh
diambil oleh pihak-pihak berwajib di universiti atau
kementerian dalam usaha mengatasi halangan dan cabaran
yang ada.

2. Sakinah Saptu KAJIAN HADITH KITAB MUNTAKHAB AL-KALAM FI


Dr Azwira Abd Aziz TAFSIR AL-AHLAM YANG DINISBAHKAN KEPADA
MUHAMMAD IBN SIRIN
Jabatan Pengajian al-Quran dan al-
Sunnah, ABSTRAK
Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam telah menjadi
43600, Bangi, Selangor rujukan dan bahan bacaan popular dalam bidang mentafsir
mimpi oleh masyarakat Islam sejak dahulu hingga ke hari ini.
Perkara ini terbukti apabila kitab tersebut telah disunting,
diringkaskan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
seperti bahasa Melayu, Indonesia, dan Inggeris (mungkin juga
ada diterjemahkan ke dalam bahasa selain daripada tiga
bahasa tersebut). Jika di dalam bahasa Arab, kitab tersebut
lebih cenderung kepada berbentuk ringkasan dan suntingan
untuk memudahkan pembacaannya. Selain daripada itu, ia
juga menjadi satu bahan rujukan yang dipercayai oleh
masyarakat Islam kerana ia dilabelkan sebagai sebuah kitab
tafsir mimpi yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-
Hadith. Namun begitu, permasalahannya ialah sejauhmanakah
kesahihan hadith-hadith yang terkandung di dalam kitab
tersebut lantaran pengarang kitab sendiri tidak menyatakan
statusnya sama ada ianya diterima atau ditolak di sisi ulama
hadith. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengenalpasti kesahihan hadith-hadith di dalam kitab ini,
menyatakan matan hadith yang lengkap, menggiatkan
penyelidikan hadith yang terdapat pada kitab-kitab lama dan
juga untuk memupuk kesedaran kepada ahli akademik agar
mengkaji terlebih dahulu, sebelum menggunakan sesuatu
hadith dan menyebarkannya kepada umum. Kajian ini hanya
memfokuskan kepada 27 hadith yang terdapat di dalam
muqaddimah dan khutbah kitab dan 5 hadith yang terdapat di
antara bab 1-5. Untuk tujuan ini, kajian telah dijalankan
dengan menggunakan metod kajian perpustakaan yang
berpandukan kepada metod analisis dokumen. Dengan
metodologi ini, pengkaji meneliti hadith, menilai
ketepatannya, membuat perbandingan dari sudut matan dan
sanadnya, memberikan kritikan yang positif dan membuat
kesimpulan di akhir penganalisaan. Penemuan daripada hasil
kajian menunjukkan bahawa tidak semua hadith-hadith di
dalam mukaddimah kitab, khutbah kitab dan hadith-hadith di
antara bab 1-5 yang berjumlah 32 hadith adalah hadith yang
mempunyai martabat yang sahih. Ada antaranya yang daif dan
ada juga yang tidak ditemui oleh pengkaji di mana-mana kitab
sumber hadith. Kajian ini akhirnya mencadangkan, antaranya
ialah satu kajian khusus yang hanya menumpukan kepada
aspek pentakhrijan hadith perlu dijalankan untuk keseluruhan
kitab ini.

3. Ahmad Nabil b Amir. DARUL HADITH: KE ARAH MEMBINA PANGKALAN


HADITH YANG SISTEMIK DI MALAYSIA
Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Akademi Pengajian Islam ABSTRAK
Universiti Malaya
Kuala Lumpur. Kertas ini mengupas pandangan dan gagasan yang
dikemukakan bagi membangunkan pangkalan hadith yang
sistemik di Malaysia. Ia membincangkan langkah dan strategi
yang digariskan bagi mencapai objektif penubuhan Darul
Hadith dan perencanaan jangka panjang yang diketengahkan
bagi melahirkan ilmuwan hadith yang terkemuka di Malaysia.
Kertas ini meneroka perancangan yang disempurnakan bagi
menggerakkan kefahaman tentang idealisme dan pemikiran
hadith dan kesungguhan dan komitmen yang dizahirkan bagi
memperluas penyebaran kitab-kitab turath dan memperkasa
warisan dan tradisi hadith di Malaysia.

4. Nik Yusri Musa ASAS PEMIKIRAN ILMU TAKHRIJ DALAM BIDANG


KEWARTAWANAN: REALITI DAN CABARAN.
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
43600, Bangi, Selangor Mengemukakan konsep dan etika kewartawanan Islam
merupakan suatu usaha yang perlu sebagai suatu pendedahan
bahawa Islam menerusi beberapa disiplin ilmu yang lahir dari
tamadunnya sentiasa relevan sepanjang zaman. Kejayaan
tamadun Barat sekular dalam mencorakkan bidang serta
disiplin ilmu tertentu adalah kerana berjayanya tokoh-tokoh
cendikiawan mereka mengklasifikasikan serta
mengabungjalinkan dapatan baru dan lama serta
membentuknya sebagai suatu disiplin atau bidang ilmu baru
ciptaan mereka. Melihat dari perspektif Islam, konsep asas
kewartawanan dapat dilihat menerusi satu disiplin ilmu yang
amat penting dalam Islam iaitu ilmu periwayatan hadis.
Disiplin ilmu hadis yang terdiri dari dua aspek kajian iaitu
riwayah dan dirayah. Ilmu riwayah ialah bidang yang
membicarakan matan hadis manakala dirayah pula
membicarakan aspek-aspek perawi sama ada periwayatannya
ditolak atau diterima. Disiplin ilmu ini juga mengkategorikan
berita-berita yang diterima dalam beberapa kategori dari
aspek penerimaan atau penolakan sesuatu berita. Selain itu
ilmu al-jarh dan al-ta’dil iaitu salah satu bidang penting
dalam disiplin ilmu hadis juga jika dikaji mempunyai
perkaitan yang rapat terhadap konsep kewartawanan.

5. U. Margono Muhadi KEISTIMEWAAN MAKTABAH SYAMILAH DALAM


MENTAKHRIJ HADIS
Jabatan Al-Quran dan al-Hadith
Akademi Pengajian Islam, ABSTRAK
Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi
maklumat, beberapa kalangan pakar muslim dalam bidang itu
menyedari untuk dapat memanfaatkannya dengan
menghadirkan perisian Maktabah Syamilah. Kandungan
perisian ini memuat hampir semua bahan pustaka dari
pelbagai disiplin ilmu Islam iaitu, al-Quran, Hadis, Akidah,
Fiqh, Tasawuf, Sejarah, dan lain-lain. Artikel ini difokuskan
kepada bagaimana Maktabah Syamilah memudahkan
pengguna di dalam mentakhrij hadis dengan tepat dan pantas
berikut disertakan beberapa contoh sebagai pendekatan
pemahaman.

6. Mohd Ali bin Mohd Yusuf HADIS-HADIS KELEBIHAN ILMU FARAIDH:


Dr. Basri bin Ibrahim ANALISIS TERHADAP SANAD DAN MATAN

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam ABSTRAK


Universiti Darul Iman Malaysia
21300 Gong Badak Ilmu Faraidh merupakan satu khazanah hukum syarak yang
Terengganu tidak terhingga nilainya kepada umat Islam. Rasulullah
(s.a.w) telah menegaskan bahawa ilmu faraidh adalah
& menyamai separuh daripada ilmu dan merupakan ilmu
pertama yang akan diangkat dari dada manusia. Seruan
Mohd Affandi bin Mohd Yusuf baginda (s.a.w) ini sebagaimana hadis-hadis yang lain telah
Institut Al-Quran Negeri Terengganu diriwayatkan melalui beberapa jaluran perawi yang berbeza
matannya sehingga terdapat matan yang tidak diketemukan
riwayatnya di dalam kitab-kitab perawi hadis yang muktabar.
Justeru sesuatu harus dilakukan bagi menerangkan jaluran-
jaluran ini dan matannya agar masyarakat Islam tidak
terkeliru ketika meriwayatkan hadis-hadis tersebut dari
baginda Rasulullah (s.a.w) . Kertas kerja ini bertujuan untuk
menyorot hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan
mempelajari ilmu faraidh dan mengajarnya. Perbincangan
akan ditumpukan kepada sanad hadis kerana sepanjang
penelitian penulis didapati ada riwayat yang tidak disebutkan
oleh perawi hadis yang muktabar tetapi dinukilkan oleh
ulamak faraidh. Penulis juga akan mengumpul kupasan
makna matan-matan hadis ini sebagaimana yang telah
ditafsirkan oleh ulamak. Di akhir perbincangan kedudukan
hadis-hadis ini dapat dijelaskan kesahihannya melalui analisis
yang dilakukan terhadap sanad dan matannya. Melalui kertas
ini akan dapat mendedahkan kepada masyarakat mengenai
kedudukan hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan
ilmu faraidh dan diharap ia akan dapat mendorong masyarakat
untuk mempelajari ilmu Faraid agar doktrin hukum faraidh
sentiasa dapat dipertahankan dari sebarang kekeliruan.

7. Aisyah bt Dollah @ Abdullah, HADITH MASYHUR DI ALAM MELAYU : TAKHRIJ


Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman TERHADAP KITAB KEPALSUAN YANG MASYHUR
OLEH AHMAD ALI ABU BAKAR
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, APIUM
ABSTRAK

Usaha mentakhrij hadith di dalam kitab-kitab jawi di


Nusantara merupakan suatu perkembangan yang positif dari
sudut penyelidikan akademik dalam menentukan keautoritian
sesebuah karya. Namun, tidak banyak karya dari sudut
disiplin ilmu hadith itu sendiri yang dijadikan subjek untuk
ditakhrij. Justeru, kertas kerja ini cuba mengetengahkan satu
usaha takhrij hadith yang telah dilakukan terhadap sebuah
karya hadith yang bertajuk Kepalsuan Yang Masyhur (Yang
Telah Dipercayai Oleh Khas, Am Dan Jumhur) karangan
Ahmad Ali Abu Bakar. Karya ini memuatkan sebanyak 352
buah hadith palsu yang masyhur di alam melayu. Ungkapan
palsu tetapi masyhur di kalangan masyarakat di alam Melayu
sebagaimana judul yang dinyatakan oleh pengarang
mendorong untuk kajian ini dijalankan. Namun, kertas kerja
ini tidak akan memaparkan keseluruhan hadith-hadith di
dalam karya tersebut kecuali yang difikirkan masyhur di
kalangan masyarakat umum menurut pengkaji.
‫‪8.‬‬ ‫أسامة مصطفى التريكي و أ‪.‬د‪ .‬فوزي بن‬ ‫أهمية علم التخريج في الدفاع عن السلم في العصر الحاضر‬
‫درمن‬ ‫دراسة تطبيقية على كتاب )التجريد(لجمال البنا‬

‫قسم القرآن والحديث أكاديمية الدراسات‬ ‫ملخص البحث‬


‫السلمية جامعة مليا كواللمبور ماليزيا‬
‫يعد علم التخريج أحد العلوم المهمة للمتخصص في السنة النبوية‪،‬‬
‫بل ولكل دارس للعلوم السلمية سواء في الفقه أو العقيدة أو‬
‫الداب أو غيرها‪ ،‬لنه ينبني عليه معرفة صحة الحاديث التي‬
‫يستدل به المتخصص في هذه الفروع‪ ،‬ولكن هذا البحث يبرهن‬
‫على أن التخريج له أهمية بالغة في الدفاع عن السلم‪ ،‬والمتمثل‬
‫في السنة النبوية المطهرة‪ ،‬وخاصة في العصر الحاضر‪ ،‬فمن‬
‫خلل بحثي لمرحلة الدكتوراه تبين لي أن علم التخريج يمثل‬
‫سلحًا يحتاجه كل من يتصدى للطاعنين في السنة النبوية‪ ،‬وقد‬
‫ت هذا العلم في الكشف عن الكثير من الخيانات العلمية‬‫استخدم ُ‬
‫والتحريفات التي اقترفها الكاتب )جمال البنا( في كتابه )تجريد‬
‫البخاري ومسلم من الحاديث التي ل ُتْلزم( والتي بنى عليها‬
‫أحكاما خطيرة تطعن في أصول السلم‪ ،‬ومعظمها نقله عن غيره‬
‫واعتمادا على أسانيد أو متون غير صحيحة أو محرفة‪ ،‬كما أنني‬
‫وجدت من خلل البحث أن أفضل من استعمل علم التخريج من‬
‫المعاصرين في الدفاع عن السنة النبوية هو العلمة عبد الرحمن‬
‫المعلمي وقد أبدع في ذلك‪ ،‬وقد كشف هذا البحث عن نتائج هامة‬
‫في كيفية الستفادة من علم التخريج في الدفاع عن السنة ومعرفة‬
‫مداخل أعداء السنة المعاصرين للطعن في الحاديث النبوية‬
‫وطرق كشفها‬
‫‪9.‬‬ ‫‪Rorsuedee Salaeh@Rushdi‬‬ ‫‪TAKHRIJ KARYA-KARYA HADITH ULAMA PATANI‬‬
‫‪DI IPT MALAYSIA: SATU TINJAUAN‬‬
‫‪Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith Akademi‬‬
‫‪Pengajian Islam,‬‬ ‫‪ABSTRAK‬‬
‫‪Universiti Malaya,‬‬
‫‪Kuala Lumpur, Malaysia‬‬ ‫‪Selatan Thailand terutama di tiga wilayah majoriti penduduk‬‬
‫‪Islam Pattani, Yala, Narathiwat. Ia merupakan pusat‬‬
‫‪pengajian Islam serantau, terutama di tiga institusi pengajian‬‬
‫‪tinggi. Iaitu Universiti Islam Yala, Kolej Pengajian Islam,‬‬
‫‪Universiti Narathiwat Rajnakrin. Sementara penulisan karya‬‬
‫‪hadith yang paling awal muncul pada tahun 1770M, ialah‬‬
‫‪karya yang berjudul TanbÊh al-GhÉfilÊn yang telah‬‬
‫‪dihasilkan oleh Sheikh Abdullah bin Abdul Mubin Patani.‬‬
‫‪Sehubungan dengan itu, dalam tempoh lebih 230 tahun hanya‬‬
‫‪terdapat sebanyak 23 buah karya hadith sahaja. Ada pun‬‬
‫‪karya hadith yang paling terkini ialah karya yang berjudul‬‬
‫‪Hadith Mengenai Siasah(1) yang dihasilkan oleh Ustaz‬‬
‫‪Hasan bin Muhammad pada tahun 2009M. Walau‬‬
‫‪bagaimanapun, setakat ini terdapat hanya lima kajian ilmiah‬‬
‫‪sahaja yang berbentuk kajian takhrij di IPT Malaysia, ia‬‬
hanya dihasilkan oleh sarjanawan di peringkat Sarjana(MA)
sahaja, dua daripadanya di Universiti Malaya(UM), manakala
tiga lagi ialah di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

10. Abdillah Hisham Bin Abdul Wahab, PEMAKAIAN HADIS SYEIKH NIK MAT KECHIK
Mohd Faiz Hakimi Bin Mat Idris, FATANI DI DALAM KITABNYA WISYAH AL-AFRAH
Mohd A'Tarahim Bin Mohd Razali. WA ISBAH AL-FALAH

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam ABSTRAK


Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA, 21300 Kuala Sebuah kitab yang dikarang oleh Wan Muhammad bin Wan
Terengganu. Ismail yang terkenal dengan kitab Matla’ al-Badrayn wa
Majma’ al-Bahrayn. Beliau merupakan cucu saudara kepada
Syeikh Daud Fatani. Kitab ini membicarakan tentang rukun-
rukun Iman, Islam dan hadis-hadis (targhib wa tarhib)
mengenai ancaman kepada orang-orang yang meninggalkan
sembahyang serta hadis-hadis zikir selepas sembahyang.
Penulis hanya memfokuskan hadis-hadis yang terdapat di
dalam kitab ini. Dalam kitab ini terdapat dua bab hadis: hadis-
hadis yang memberi ancaman kepada orang-orang yang
meninggalkan sembahyang dan hadis-hadis mengenai zikir-
zikir serta doa selepas sembahyang. Sebelum menulis hadis
beliau memberi syarahan ringkas mengenai orang yang
meninggalkan sembahyang atau hukum-hukum mengenai
berzikir selepas sembahyang samada jahar atau sir dengan
membawa pendapat para ulama. Beliau juga mengatakan
bahawa doa atau zikir yang datang daripada Nabi S.A.W lebih
afdal daripada yang lain kerana sangat diharapkan qabul.

11. Fadlan bin Mohd. Othman, Mohd. Fadhil APLIKASI TAKHRIJ AL-HADITH DALAM PENULISAN
bin Mohd. Faudzi, Dr Azwira Abdul Aziz ILMIAH: PENYELARASAN DI INSTITUSI PENGAJIAN
dan Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah TINGGI, INSTITUSI AGAMA DAN MEDIA CETAK DI
MALAYSIA
Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam ABSTRAK
Universiti Kebangsaan Malaysia
Artikel ini memperlihatkan aplikasi Takhrij al-Hadith di
zaman silam dan perbandingannya di masa kini. Perbincangan
disusuli dengan memfokuskan tahap-tahap metod Takhrij al-
Hadith dalam penulisan ilmiah khususnya di institusi
pengajian tinggi Malaysia dengan mengutarakan beberapa
kriteria penting dalam menyatakan rujukan hadith. Tujuan
utama artikel ini adalah untuk menjamin tahap autentisiti dan
kredibiliti al-Hadith sebagai sumber primer dalam pengajian
ilmu Islam. Artikel ini menggesa para siswazah dan pensyarah
di institusi pengajian tinggi Malaysia agar dapat
merealisasikan Takhrij al-Hadith dalam pembikinan artikel
ilmiah, sekurang-kurangnya pada tahap yang paling minima
berdasarkan kemudahan-kemudahan yang ada. Usaha murni
ini perlu juga dipikul oleh institusi agama, para pendakwah,
para penulis dan sesiapa sahaja yang menyebarkan hadith
dalam bentuk bertulis di Malaysia khususnya dan Nusantara
umumnya.

12. Fadhilah Adibah binti Ismail TAKHRIJ HADITH DALAM MANUSKRIP JAWI:
Prof Madya Dr Mustaffa Abdullah TUMPUAN KEPADA KARYA-KARYA NIK MUHAMMAD
SALLEH WAN MUSA
Jabatan al-Quran dan al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam, ABSTRAK
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur. Nik Muhammad Salleh Wan Musa ialah ulama kelahiran
Kelantan yang aktif menghasilkan beberapa karya sewaktu
hidupnya. Antara karya yang dihasilkan ialah Kuliah
Pengajian al-Qur’an, Masalah Zakat Fitrah Dan Fitrah Kanak-
Kanak Yang Belum Baligh, Falsafah Berumahtangga atau
Tafsir Surah al-Mujadalah, Sinaran I`tiqad, Rahsia Kelahiran
Nabi Muhammad, dan Theological Debates: Haji Wan Musa
bin Haji Abdul Samad and His Family. Terdapat karyanya
yang kritikan oleh golongan ulama lain seperti Masalah Zakat
Fitrah Dan Fitrah Kanak-Kanak Yang Belum Baligh.
Manakala terdapat juga karyanya yang dipandang sepi oleh
masyarakat. Justeru itu artikel ini cuba mentakhrijkan hadith-
hadith yang terdapat dalam karya-karyanya serta melihat
bagaimanakan pendekatan yang diguna pakai oleh beliau
dalam memilih sesuatu hadith sebagai dalil untuk dimuatkan
dalam karyanya.

13. Roshimah Bt. Shamsudin TAKHRIJ AL-HADITH DI NUSANTARA :


PENGAJARAN DARIPADA USAHA AL-ALBANI.
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia ABSTRAK
10800 USM
Pulau Pinang
Salah sebuah karya yang mendapat perhatian dan menjadi
rujukan penting dalam bidang hadis pada masa kini ialah
Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah wa al-Mawdu‘ah. Karya ini
dihasilkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani, tokoh
hadis tersohor abad ke 20. Al-Albani telah berjaya melakar
nama pada peringkat antarabangsa menerusi penghasilan
karya-karya ilmiah beliau yang telah memberi impak kepada
perkembangan pengajian ilmu hadith pada era ini. Silsilah al-
Ahadith al-Da‘ifah adalah antara karya beliau yang paling
masyhur. Karya ini mengandungi hadis-hadis yang telah
dinilai statusnya sebagai da‘if, mawdu‘ dan seumpamanya
menerusi penyelidikan ilmiah yang dilakukan oleh al-Albani.
Dalam menentukan status hadis-hadis yang terdapat dalam
kitab ini, antara langkah yang diambil oleh al-Albani ialah
menjejaki hadis-hadis daripada sumbernya. Langkah ini
merupakan sebahagian daripada proses takhrij al-hadith.
Sehubungan itu, kertas kerja ini akan membuat sorotan
terhadap usaha al-Albani mengesan sumber hadis-hadis yang
terdapat dalam Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah yang dapat
memberi sedikit gambaran mengenai kegigihan beliau
menjalankan kajian dalam bidang hadis dari aspek takhrij al-
hadith.

14. Mohd Al’ikhsan b. Ghazali ILMU TAKHRIJ DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN


Pensyarah Kolej Sains dan Teknologi, APLIKASI
UTM
ABSTRAK
&
Tulisan yang bertajuk : Ilmu Takhrij Di Malaysia Satu
Dr. Faisal bin Ahmad Shah Tinjauan Aplikasi ini bermatlamat menjaga hadith Nabi s.a.w.
Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan al- dari sebarang penyelewengan dan pemalsuan. Objektif tulisan
Sunah, Akademi Islam, UM ialah komentar terhadap penggunaan Ilmu Takhrij oleh para
ilmuan Islam di Malaysia ketika mengutarakan hadith-hadith
Nabi s.a.w. samada dalam pengucapan atau pun dalam
penulisan mereka. Mengenal pasti punca-punca kelemahan
kebanyakan para ilmuan Islam ketika menggunakan hadis di
samping penumpuan terhadap sebab-sebab kelemahan dan
kelembapan penggunaan Ilmu Takhrij di Malaysia. Tulisan
diakhiri dengan mengutarakan beberapa langkah dan
pendekatan untuk menangani masalah dan faktor-faktor yang
telah menyebabkan kebuntuan pengamalan Ilmu Takhrij.

15. Nik Mohd Zaim Bin Ab Rahim PEMAHAMAN DAN APLIKASI TAKHRIJ HADITH
& DALAM KALANGAN PENCERAMAH AGAMA: SATU
Mohd Al-Ikhsan Bin Ghazali TINJAUAN AWAL

Kolej Sains dan Teknologi ABSTRAK


UTM International Campus, Kuala
Lumpur Kertas ini bertujuan meninjau tahap pemahaman dan
penguasaan imu takhrij hadith dalam kalangan penceramah
agama di sekitar Lembah Klang. Ia juga melihat sejauh
mana takhrij hadith diaplikasikan dalam penyediaan bahan
kuliah dan semasa kuliah berlangsung. Kewujudan
program-program hadith berkomputer didapati amat
membantu seseorang penceramah mengenalpasti hadith
dengan mudah dan cepat. Justeru, kepentingan dan
kesedaran penguasaan ilmu takhrij hadith ini oleh para
penceramah agama dilihat mampu membendung
penyebaran hadith palsu dan hadith-hadith yang tidak boleh
dijadikan hujah dan sandaran hukum dalam masyarakat
awam.

16. Abdul Fatah bin Wan Sidek PENILAIAN HADITH ANTARA AHLI SUFI DAN AHLI
HADITH: METODOLOGI DAN KRITIKAN
Fakulti Kontemporari Islam
Universiti Darul Iman Malaysia ABSTRAK
abdulfatah@udm.edu.my
Periwayatan hadith harus melalui kriteria dan metodologi
yang telah ditetapkan oleh ahli hadith. Ulama hadith
menggunakan lima kriteria untuk menilai kedudukan hadith
iaitu; sanadnya bersambung, perawi bersifat ‘adil, perawi
bersifat dabit, tidak terdapat syudhudh (kejanggalan) dan
tidak terdapat ‘Illat (kecacatan). Bagi golongan ulama tasawuf
pula, terdapat dua metodologi dalam menilai kesahihan hadith
iaitu liqa’ al-Nabi dan tariq al-kasyf.

17. Zohdi M.A., PENDEKATAN BERSEPADU DALAM PENGAJARAN


Zulhilmi M.N., TAKHRIJ HADIS DI IPTA: PENGALAMAN USIM
S. Najihuddin .S.H.,
A. Sanusi A., ABSTRAK
Noornajihan J.
USIM sebagai satu-satunya IPTA Malaysia yang mempunyai
Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan fakulti khusus dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah,
Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, memberi ruang yang luas untuk membangunkan dan
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. memartabatkan Pengajian Hadis khususnya dalam pengajian
takhrij hadis. Berdasarkan penyelidikan perbandingan
pengajian hadis di empat buah IPTA (UM, UKM, IIUM dan
USIM) terkemuka yang mempunyai pengajian hadis, menjadi
ilham dalam menaiktarafkan pengajian takhrij bagi
mendepani era ICT. Pendekatan takhrij secara digital menjadi
skop baru dalam pengajaran takhrij di samping kaedah
tradisional. Gabungan kedua-dua kaedah tersebut
meningkatkan keupayaan pelajar di dalam takhrij hadis dan
kajian sanad hadis. Beberapa fasiliti sokongan berteknologi
tinggi, menjadi sokongan kuat bagi menjayakan kaedah
pengajian takhrij secara bersepadu, iaitu keseimbangan
pembelajaran secara teori dan amali menggunakan
pendekatan tradisional dan teknologi moden. Penggunaan
"Makmal Hadis" dalam pengajaran takhrij didapati banyak
membantu kejayaan perlaksanaan Pengajaran Takhrij secara
bersepadu dan wajar dipraktikkan di semua IPTA.

18. ‫ حمزة عبد الكريم حماد‬.‫د‬ ‫"جدلية العلقة بين الفقه والحديث"التخريج‬

‫ثّمة شروط ذكرها أهل الصول للمجتهد؛ منها العلم بالسنة‬


‫ واشترطوا كذلك تكمن الفقيه من‬،‫ ل سّيما أحاديث الحكام‬،‫النبوية‬
‫ ول غرابة‬،‫الرجوع والتعامل مع أمهات كتب الحديث والتخريج‬
‫في ذلك فإن البناء الفقهي ل يؤتي ثماره الوجه الكمل إل‬
‫بالطلع والنظر في كتب الحديث؛ فجل أحكام الفقه مستنبطة من‬
‫السنة النبوية‬

‫ولعل من المآخذ على أنظمة التعليم السلمي اليوم الفصل‬


،"‫والقطع بين علمي الفقه والحديث باسم "التخصص العلمي‬
‫فترى الطالب من تخصص الفقه ل يحيط بأي شيء من علم‬
‫ ول يخفى على أحد ما لهذا المر‬،‫الحديث والعكس صحيح كذلك‬
‫ ول يقوم‬،‫ والفقه بناء‬،‫من عقبات وخيمة؛ لن الحديث أساس‬
‫حر‬
ّ ‫ ول نعني بذلك إلزام طالب الفقه التب‬.‫البناء إل على أساس سليم‬
‫ وتراجم الرجال على عادة أهل الصنعة‬،‫في علوم السناد‬
‫ وتمييز صحيحها من سقيمها؛‬،‫ إنما يكفيه تحّري الخبار‬،‫الحديثية‬
‫فإذا استشهد بحديث في تقرير حكم شرعي كان على دراية‬
ُ ‫ والمرجع في هذا الشأن ُكُت‬،‫بدرجته الموجبة لقبوله أو رّده‬
‫ب‬
‫ ونقاده‬،‫صيارفة الحديث‬

‫ لعل‬،‫إن الثمار المرجوة لردم الفجوة بين الفقه والحديث عديدة‬


‫ وبناء‬،‫ من أخبار واهية‬،‫من أبرزها؛ تنقية كتب الفقه مما شابها‬
‫ هذا‬،‫عليه تنهار الحكام التي ُبنيت على مثل تلك الخبار‬
‫ وإذا سّيرنا القافلة إلى كتب الفقه‬،‫بخصوص كتب الفقه القديمة‬
‫ فبعض المعاصرين يبني‬،‫الحديثة؛ نجد أن الحال ذاته في بعضها‬
‫أحكامه بناء على أسس حديثية يعتريها السقم والهزال ول ترتقي‬
‫إلى الصحة؛ لذا يخرج الحكم الشرعي هزيل مريضا ل يقوى‬
‫على مواجهة النور‬

‫ ستحاول هذه الورقة البحثية الجابة على‬،‫بناء على ما سبق‬


‫ ما أهمية علم التخريج لطالب الفقه؟ وما‬:‫جملة من السئلة؛ منها‬
‫هي أبرز جهود السابقين في ردم الفجوة بين الفقه والحديث؟ وما‬
‫عنيت بالتخريج لكتب المذاهب الفقهية‬ُ ‫هي أهم المؤلفات التي‬
‫المختلفة؟ وما المشكلت التي تعترض طالب الفقه المتعلقة‬
‫بالتخريج أثناء بحثه الفقهي؟ وما الحلول التي يراها الباحث لعلج‬
‫هذه القضية؟‬
19. Prof Madya Dr. Adel M. Abdul Aziz KEPERLUAN TAKHRIJ TERHADAP BUKU TEKS SIRAH
Ahmad Sanusi Azmi DI NEGERI SEMBILAN

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ABSTRAK


Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Sirah Nabawiyah adalah mata pelajaran yang sangat penting
bagi mengenali dan mendalami syakhsiah Nabi Muhammad
SAW. Melihatkan kepada kepentingan memahami sirah ini,
ianya telah pun dijadikan mata pelajaran utama di dalam
silibus sekolah-sekolah rendah agama di seluruh negara.
Namun, tidak ramai dikalangan kita yang menyedari bahawa
kebanjiran fakta yang berada di dalam buku-buku sirah ini
memerlukan kepada pemurnian yang berteraskan konsep
takhrij sebagai elemen penting menilai dan membaik pulih
fakta yang ada di dalamnya. Justeru, di dalam kertas kerja ini
penulis akan menjelaskan serta meneliti fakta yang terdapat di
dalamnya dengan menggunakan konsep takhrij bagi
memastikan segala fakta dan maklumat yang menyerap di
dalam pemikiran anak-anak kita berada di dalam landasan
yang betul. Setelah kajian dibuat, penulis mendapati terdapat
beberapa perkara yang perlu dinilai semula di dalam buku
teks sirah sekolah rendah agama di negeri sembilan.

20. Abdul Karim Ali TAKHRIJ HADITH DALAM PENULISAN TESIS DAN
Wan Mohd Khairul Firdaus Wan DISERTASI DI JABATAN FIQH & USUL, AKADEMI
Khairuldin PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Jabatan Fiqh & Usul, APIUM ABSTRAK

Dalam pengajian asas syariah dinyatakan bahawa hadith


merupakan salah satu sumber utama dalam perundangan
Islam. Hadith-hadith yang digunakan sebagai hujah dalam
menetapkan sesuatu hukum hendaklah berasaskan hadith yang
diterima sama ada sahih atau hasan. Berkenaan calon-calon
ijazah tinggi di JFU, mereka terdiri dari graduan peringkat
ijazah pertama dari pelbagai universiti luar Negara dan dalam
Negara. Ada yang mengikut pengajian takhrij hadith secara
formal dan ada yang tidak mempelajarinya. Justeru kertas ini
cuba menilai sejauh manakah calon-calon ijazah tinggi sama
peringkat sarjana atau PhD melakukan takhrij hadith dalam
penghujahan mereka sama ada menerima atau menolak
sesuatu hujah yang digunakan. Kertas ini akan memilih
sampling berasaskan perkara berikut: tesis PhD dan disertasi
sarjana, calon arab dan bukan arab, calon Melayu graduan
universiti Timur tengah vs graduan IPT tempatan dan calon
Malaysia vs Indonesia.

21. Syed Najihuddin Bin Syed Hassan, PERSEPSI PENSYARAH FAKULTI PENGAJIAN QURAN
Noor Najihan Binti Jaafar. DAN SUNNAH USIM TERHADAP PENGGUNAAN
Mohd Zohdi Mohd Amin, LAMAN WEB AL-DURAR AL-SANIYYAH DALAM
Ahmad Sanusi Bin Azmi, MENTAKHRIJKAN HADIS
Zulhilmi Bin Mohamed Nor,
ABSTRAK
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia, Dewasa ini didapati wujudnya pelbagai kemudahan untuk
Bandar Baru Nilai mengenalpasti kedudukan sesuatu hadis. Kemudahan-
71800, Nilai, kemudahan ini sama ada melalui kitab, CD, internet dan
Negeri Sembilan. sebagainya. Kertas kerja ini akan berkisar berkenaan salah
satu laman web iaitu al-Durar al-Saniyyah iaitu melihat
kepada persepsi para pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan
Sunnah USIM terhadap penggunaannya dalam mentakhrijkan
hadis. Antara objektif kertas kerja ini aialah mengkaji secara
ringkas latar belakang laman web, menilai keberkesanan
penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
mengkaji sejauh mana laman web ini mudah digunakan dan
mengenal pasti beberapa kelebihan serta kekurangannya.
Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan yang
membabitkan penyediaan laporan secara deskriftif kuantitatif.
Maka, medium yang dirancang adalah melalui temu bual
berstruktur yang membantu perincian kajian. Hasil kajian
mendapati bahawa laman web ini mudah untuk digunakan dan
berkesan untuk proses pentakhrijan hadis. Ia juga membantu
memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya,
laman web al-Durar al-Saniyyah ini perlu diperkenalkan
sebagai salah satu alat bantu mengajar yang menggunakan
hadis sebagai sumber serta menbantu proses pentakhrijan
hadis.

22. Zulhilmi Bin Mohamed Nor, KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN TAKHRIJ AL-
Zamrie Bin Ibrahim @ Musa HADITH KEPADA SEMUA DISPLIN ILMU AGAMA

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, ABSTRAK


Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai Kesasihan dan kepastian sesuatu maklumat adalah suatu
71800, Nilai, tuntutan yang mesti dilaksanakan bagi semua orang yang
Negeri Sembilan. ingin menyampaikannya atau mengembangkan maklumat
tersebut. Perkara ini menjadi lebih utama apabila ia berkaitan
dengan agama Allah yang hendak disampaikan kepada
masyarakat. Bertitik tolak daripada itu, kertas kerja ini
dikemukakan untuk menyatakan kepentingan dan keperluan
ilmu Takhrij bagi semua displin ilmu Islam. Antara objektif
kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan ilmu
Takhrij secara umum, keperluan merujuk kepada sumber asal
bagi semua displin ilmu agama, fenomena masyarakat dan
penerimaan mereka terhadap maklumat yang disampaikan
serta huraian beberapa displin ilmu yang amat memerlukan
kepada ilmu Takhrij al-Hadith. Kertas kerja ini menggunakan
kaedah pengumpulan maklumat melalui kitab-kitab serta
analisa keperluan bidang ilmu-ilmu pengajian Islam
terhadapnya. Secara umumnya, didapati ilmu Takhrij al-
Hadith di Malaysia hanya diajar dan ditawarkan bagi program
Hadis dan Quran dan Hadis sahaja, dan sebagai elektif bagi
program yang lain. Adalah menjadi harapan daripada kertas
kerja ini, agar ilmu Takhrij al-Hadith menjadi suatu keperluan
bagi semua displin ilmu agama demi menjamin keaslian dan
kesahihan maklumat agama Islam yang sampai kepada
masyarakat.

23. Anwar Ridwan bin Zakaria RIWAYAT BERKAITAN AMALAN BACAAN PEMBUKA
DAN PENUTUP MAJLIS: KAJIAN DARI ASPEK
Jabatan al-Quran dan al-Hadith RIWAYAH DAN DIRAYAH
Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya ABSTRAK

Kesedaran Islam semakin mendapat tempat di kalangan


masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Kesederan ini
mendorong masyarakat untuk mengamalkan Islam dengan
sebaik mungkin. Antara amalan yang sering mendapat tempat
di dalam majlis dan pertemuan adalah pembacaan surah al-
Fatihah ketika membuka majlis dan bacaan surah al-Asr dan
Tasbih Kaffarah di penghujung majlis. Bahkan dalam
sesetengah keadaan, kesempurnaan majlis dikaitkan dengan
amalan ini. Amalan yang berkait dengan ibadah dan taqarrub
ini sebaiknya perlu merujuk kepada asas dan sumber yang
sah. Kegagalan menyandarkan amalan ini kepada asas yang
kukuh akan menyebabkan ianya terdedah kepada isu bid’ah
yang sering menjadi polimik di dalam masyarakat. Kajian ini
akan membuat semakan terhadap riwayat-riwayat yang
dijadikan asas untuk amalan ini serta penilaiaan dari sudut
keabsahan dan kefahamannya.

24. Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri THE CONTRIBUTION OF SYEIKH DAWUD BIN
Prof Madya Dr Fauzi Deraman ABDULLAH AL-FATHANI / SYEIKH DAWUD BIN
SYEIKH WAN ABDULLAH AL-FATHANI TOWARDS
Jabatan al-Quran dan al-Hadith HADITH WORKS AND WRITINGS IN FIQH
Akademi Pengajian Islam MUAMALAT AL-MALIYYAH ( FIQH IN THE
Universiti Malaya TRANSACTION OF POSESSION) IN THE MALAY
Kuala Lumpur. ARCHIPELAGO: AN INTRODUCTION TO MALAY JAWI
MANUSCRIPT ENTITLED: NAHJUR RAGHIBIN WA
SABILUL AL-MUTTAQIN, TAKHRÊJ AND ANALYSIS.

ABSTRACT

The Malays and its ‘Malay Civilization’ has been long


regarded as the reflection of Islamic civilization and is seen
as the pioneer of Islamic financial system in the region.This is
because the development of Fiqh knowledge in the Malay
Archipelago is so immensed that the spreading of Fiqh al –
Muamalat (Islamic Finance) through out the whole region is
inline with each other. The writing of Malay writings
specialised in making hadith as its main objective and the
discussion of muamalat al-Maliyyah according to the
perspective of hadith is still considered as nadir (small). This
view is based on the writings of Ulama who tend to focus
more on the writing of tasawuf, fiqh and tawheed. This can be
seen from the books published in the market and still closely
followed by the public. In the recording of the knowledge of
the Malay Archipelago, it is said that Malay Ulama had
empowered themselves with various knowledges such as the
knowledge of astronomy, mathematics, medical and etc. This
paper is a reflection of effort in trying to look back in history
and discover the works of these Malay ulama in producing
writings of Fiqh Muamalat al – Maliyyah that used hadith as
its sources and taking out (takhrij) 10 hadith as the sample
analysis. This paper will introduce Syeikh Dawud bin
Abdullah al-Fathani and his book “Nahjur Raghibin wa
Sabilul al-Muttaqin.”. Apart from that, this paper will look
and review the method used in narrating the hadith, the total
number of hadith extracted and its references. This is also an
effort to follow one of the objectives of the Department of
Quran and Hadith of University of Malaya in establishing
itself as the protector of the Malay Ulama’s work in Malay
Archipelago and also as respected centre of takhrij.

25. Prof Madya Dr Fauzi Hamat KEPENTINGAN MEKANISME PEMIKIRAN KRITIS


MENERUSI ILM TAKHRIJ AL-HADITH DAN ‘ILM JARH
Jabatan Akidah dan Pemikiran WA TA’DIL DALAM MEMBENDUNG POLEMIK
Akademi Pengajian Islam PEMALSUAN HADITH MASA KINI.
Universiti Malaya
Kuala Lumpur ABSTRAK

Perkembangan masa kini telah membawa kepada kerancakan


aktiviti pemalsuan hadith dalam dunia Islam amnya. Para
pemalsu hadith dilihat benar-benar telah menodai agama
dengan cara yang sangat kritis dan halus. Mereka telah
mencemarkan wajah Islam dengan dimasukkan ajaran-ajaran
lain yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang sebenar
dengan menggunakan kaeadah periwayatan hadith. Namun
Allah s.w.t. telah memelihara Islam dari sebarang pemalsuan
dan pengubahsuaian serta memelihara hadith-hadith
Rasulullah s.a.w. daripada ianya terus dijadikan wadah atau
alat bagi golongan-golongan seumpama ini untuk
melancarkan serangan terhadap Islam dari dalam. Pengunaan
kaedah-kaedah ilmiah serta metode-metode berkesan seperti
‘Ilm Takhrij al-Hadith dan ‘Ilm Jarh wa Ta’dil misalnya,
adalah merupakan di antara usaha penting yang telah
digagaskan oleh para ulama’ hadith bagi membendung
masalah ini. Ini sekaligus memperlihatkan, betapa instrumen-
instrumen pemikiran kritis seperti analitikal, objektif-
ketepatan, tidak bias dan penilaian yang wujud di dalam‘Ilm
Takhrij al-Hadith dan ‘Ilm Jarh wa Ta’dil ini, turut
menyumbang dalam membendung gejala pemalsuan hadith.
Justeru, di dalam kertas kerja ini akan dibahaskan berkenaan
kepentingan mekanisme pemikiran dinamik seumpama
pemikiran kritis ini di dalam mengatasi polemik pemalsuan
hadith menerusi Ilm Takhrij al-Hadith dan Ilm Jarh wa Ta’dil.

You might also like