You are on page 1of 15

PETUA ORANG LAMA

Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiap
penyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah,
InsyaAllah datanglah keberkatannya.

Apabila mengamalkannya jangan lupa adapnya:


• Baca bismillah
• Beristifar
• Baca Fatihah 1X
• Baca Ayat Kursi 1X
• Baca Doa Penyembuh Penyakit
• Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan


Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak
kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah
agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut
luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur
sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah
sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata


Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan
tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angina


Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan
selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan. Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu
teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah


Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan
abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu
dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas
di bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar
tempat tidur tidak kotor.

Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu
dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan
sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu
sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli
dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai
merata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban,
seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut


Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-
pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.
Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikian
setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup

Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah
sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak
kaki yang pecah-pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam


Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda
sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Pada
sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat


Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering
sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki


Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi
dan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan
menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.
Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh
dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang
bersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari
segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta
itu.

Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur
sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu
hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau
yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama
3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan


Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas
mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2
ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan
ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak


Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit
kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air


Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk
halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan
minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan


Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan
cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang
perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat
tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasi
dengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu
direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu
untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula
digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2
minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Menghilangkan Bulu Ketiak


Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan
bahan-bahannya amat mudah didapati. Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh. Bila
ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu
celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa
beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati
anda. Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak
daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang


Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci. Setelah itu
direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman. Biarkan air itu tinggal kira-
kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. Ubat itu harus
diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan
berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat
membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan
dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi


Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung
Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh
seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang
baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan
satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian, angkat dan
sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan
sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap
kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak. Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air
masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan
petang.

Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua. Minum air tersebut 2 kali
sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
• Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
• Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala
dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam


Ø Beri pesakit minum air yang banyak
Ø Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
Ø Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
Ø Beri minum air zam-zam dan lap badannya
Ø Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir
antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah: "Dengan nama
Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu" Dan rendamlah dalam sungai
itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari
lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat
kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk
menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi
dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali. Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan
menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat
terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali
dalam sehari.

Ubat Kencing Batu


Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga
mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan
dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali
sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik


Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam perubatan tradisional orang-
orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat
menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih
muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5
cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan
petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun
sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh
badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat
kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala
seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit
barah otak.
Ø Punca Dari Pakaian: Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh
menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
Ø Punca Dari Cahaya: Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan
dengan sumber cahaya yang terang
Ø Punca Dari Mata: Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh
menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan
cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
Ø Punca Dari Penyakit: Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan
sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
Ø Punca Dari Kepala: Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh
menyebabkan sakit kepala

Ubat sakit kepala


Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada
sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian
selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda
selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera. Atau: Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air
limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan
dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang
dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

Kencing Tidak Lawas


Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan
dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang
merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian
dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering,
sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

Menyembuhkan sakit gigi


Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga
menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu
lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat
menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Untuk mendapat anak


Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua
hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang
telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat
sebelum meminum air tersebut.

Jika terlekat tulang


Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut
dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
Untuk mengubati penyakit batu karang Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga
lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini
ke dalam air hangat dan diminum. Panawar racun dan sengatan binatang berbisa Ramuannya;madu
lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati, kemudian diminum.

Penawar jika dipatuk ular


Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu
digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

Penawar gigitan anjing gila


Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya
dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah
digigit oleh anjing gila tersebut. Untuk merawati masalah batuk kering Ramuannya; 1/2 cawan madu
lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil
airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah
diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

Penawar sesak nafas


Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah
airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke
atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu. Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu
dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus. Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4
kali sehari. Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm untuk sekali makan. Amalkan selama 3-7 hari.

Benjol dan luka yang teruk


Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian
dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

Mempercepatkan penumbuhan rambut


Ramuannya;darah kambing dan madu. Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan
letak atas kepala. Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta
memanjangnya sekali.

Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang
disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,
kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

Penjagaan badan supaya sentiasa langsing


Ramuan; halia, telor ayam kampung dan madu. Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah
air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya. Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu
mendap. Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

Pelembap muka
Ramuannya; kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian
airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan
ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah, susu segar dan susu tepung. Kesemua bahan-
bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia
bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut
dan kurang berminyak.

Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-
bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata. Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia
bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah, lembut
dan kurang berminyak.

KHASIAT

Khasiat buah betik ubat sedu


Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air
limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara
lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

Kopi halia ubat kembung


Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu
dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan. Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu
selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi. Minum air kopi masa masih panas-panas
sedikit demi sedikit. Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya
sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.

Khasiat dari akar kayu sengugut


Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila
sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh
cahaya mata.Insya-Allah.

Khasiat pucuk jambu


Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai pucuk jambu
batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat
dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3
hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.

Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan


Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh
digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan
merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.

Khasiat bunga raya masalah gugur rambut


Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi
air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air
bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Khasiat daun jarak


Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api
hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.
Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang. Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan
anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.

Khasiat dari akar kelapa


Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya. Penyakit ini boleh diubati
dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.
Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.

Khasiat dari ubi jalar


Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih
dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang
luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.

Khasiat buah mentimun


Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat. Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang
3-4 inci. Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.
Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke
muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Khasiat buah betik ubat sedu


Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air
limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara
lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

BUAH PERIA

Peria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami. Peria
mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa
alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing
manis.

Sifat-sifat peria:

Peria sayuran berharga mempunyai proses metabolik dan physiologik badan manusia. Ia
mempunyai sifat-sifat berikut:-
(i) mengandungi beberapa bahan yang beraktiviti hypoglycemic, iaitu menurunkan paras gula
dalam darah
(ii) menggalakkan nafsu makan
(iii) membantu proses penghadaman, maka ia digunakan untuk pengubatan masalah
penghadaman
(iv) menganudngi sifat emetik, purgatif dan anthelmentik dan juga anti-kembong
(v) memecah lemak dalam badan, ia dikatakan mempunyai sifat anti-lopolitik
(vi) mengandungi vitamin seperti vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti
besi
(vii) anti-radangan dan astringent. mempunyai tindakan khusus pergerakan penghadaman (bowel
movement)
Peria banyak khasiat. Antara yang terpenting ialah menurunkan tekanan darah tinggi dan
kandungan gula dalam darah. Peria boleh dijadikan ulam atau diminum airnya.
Cara-caranya:

Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian
masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum.

Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. InsyaAllah, ia akan
mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.
LAKSA BELUT BAIK UNTUK LELAKI

Mengenai cacing - Kena baca kalau ada anak...


Posted on Sunday, December 30 @ 16:15:26 MYT by SongkokPutih

Oleh Faiza

Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh
telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami
demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah
memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu
terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.

Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang
bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke
tengok cacing kelua dari punggung manusia) pun memeriksa...

Betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling
lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat
cacing tersebut untuk mengalihkannya. ... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni
(pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya
cuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... tak
pernah-pernah sopan macam tu...

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak. .. terutama yang selalu keluar
rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan
rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah. Cacing-cacing
yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah) :- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar
macam gelang... boleh masuk hati dan paru-paru... ......

Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat
hisap darah Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus Cacing pita -
macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..

** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa -
sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. ***

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing


2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing :-

1. Albendazole/ mebendazole

Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang
sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat
bergerak aktif dan mati kemudiannya.

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-
cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala
di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan
khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua..
kua.. :)

NUTRITION UPDATES
TO PREVENT STROKE DRINK TEA!
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my
appetite and keeps the pounds from invading.... Green tea is great for our immune system)!

INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY!


Use honey as a tranquilizer and sedative.

ASTHMA? EAT ONIONS!!!!


Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make
onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).

ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!


Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune
system)

UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!!


Bananas will settle an upset stomach.
Ginger will cure morning sickness and nausea.

BLADDER INFECTION? DRINK CRANBERRY JUICE!!!!


High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.

BONE PROBLEMS? EAT PINEAPPLE!!!


Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.

PREMENSTRUAL SYNDROME? EAT CORNFLAKES!! !!


Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and
fatigue.

MEMORY PROBLEMS? EAT OYSTERS!


Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.

COLDS? EAT GARLIC!


Clear up that stuffy head with garlic. (remember, garlic lowers cholesterol, too.)

COUGHING? USE RED PEPPERS!!


A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne)
pepper with caution-it can irritate your tummy.

BREAST CANCER? EAT Wheat, bran and cabbage


Helps to maintain estrogen at healthy levels.

LUNG CANCER? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!!!


A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.

ULCERS? EAT CABBAGE ALSO!!!


Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.

DIARRHEA? EAT APPLES!


Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. (Bananas are good for this
ailment)
CLOGGED ARTERIES? EAT AVOCADO!
Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.

HIGH BLOOD PRESSURE? EAT CELERY AND OLIVE OIL!!!


Olive oil has been shown to lower blood pressure.
Celery contains a chemical that lowers pressure too.

BLOOD SUGAR IMBALANCE? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!!!


The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.

HEADACHE? EAT FISH!


Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches.
So does ginger, which reduces inflammation and pain.

HAY FEVER? EAT YOGURT!


Eat lots of yogurt before pollen season.
Also-eat honey from your area (local region) daily.

Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C
content is twice that of an orange.

Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has
antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of
colon cancer, heart attack & stroke.

Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits
&protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good
for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young....... ..blueberries are the best and
very versatile in the health field....... .they get rid of all the free-radicals that invade our bodies)

Orange : Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol,
prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer.

Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of
glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer
fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has
natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn
suv rays)

Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content.
Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation.

Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion)

Tomatoes are very good as a preventative measre for men, keeps those prostrate problems from
invading their bodies.

Forward this to all your Friends, Let Everybody live a Healthy Life
(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital
-Gleanagles)

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG
LAIN YANG ANDA KASIHI!

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH


MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK. PENARIKAN SEMULA UBAT
MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

Kepada Semua,

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik.

Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan
bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah
daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi


PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan
hemorrhagic stroke (pendarahan otak) dikalangan wanita berumur 18- 46 tahun tiga
hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA
menyarankan setiap orang (termasok kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant


2. Plus Dietary Supplements
3. Acutrim Maximum Strength
4. Appetite Control Alka-Seltzer Plus
5. Children's Cold Medicine Effervescent
6. Alka-Seltzer Plus Cold Medicine (perasa ceri atau oren)
7. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
8. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
9. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
10. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
11. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
12. BC Allergy Sinus Cold Powder
13. BC Sinus Cold Powder
14. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
15. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
16. Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
17. Contac 12 Hour Caplets
18. Coricidin D Cold, Flu & Sinus
19. Dexatrim Caffeine Free
20. Dexatrim Extended Duration
21. Dexatrim Gelcaps
22. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
23. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets
24. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
25. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
26. Dimetapp Elixir
27. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
28. Dimetapp 4 Hour Tablets
29. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
30. Naldecon DX Pediatric Drops
31. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
32. Triaminic DM Cough Relief
33. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
34. Triaminic Syrup Cold & Allergy
35. Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula
ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan
serangan mengejut kepada kanak-kanak:

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough
Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor


lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut
dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda mengenali
sesiapa yang mempunyai anak kecil,

Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk melawati laman web ini :

http://www.fda. gov/ <http://www.fda. gov/>

EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA


BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI
KEPADA KELUARGA MEREKA.

You might also like