You are on page 1of 33

Pencemaran alam telah menjadi satu isu global

yang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsa-


bangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yang
ketara kepada manusia terutama di Malaysia.

Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul


daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.

Pencemaran alam memang telah menjadi satu


ancaman utama dalam pembangunan manusia
sejagat. Tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu yang mengakui berlakunya perubahan
cuaca dunia akibat pencemaran yang dilakukan
oleh manusia telah membuktikan masalah ini
semakin kronik. Pencemaran alam memang
disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri
sehingga menyebabkan banyak impak negatif
yang timbul. Agaknya manusia tidak serik
melihat kemusnahan yang mereka lakukan
selama ini?

Bencana alam semakin menjadi-jadi terutama di


Kuala Lumpur. Kawasan tanah runtuh di Ampang
dan Puchong suatu ketika dahulu begitu
menakutkan masyarakat di sini. Banjir kilat yang
pasti berlaku sebaik sahaja hujan turun
menyebabkan masyarakat berjaga-jaga setiap
kali musim hujan menjelang. Keadaan ini
menyebabkan kehidupan masyarakat dalam
risiko dan menimbulkan rasa takut dalam
perasaan mereka. Sekali hujan, sekali banjir,
sekali Kuala Lumpur berubah.

Tambahan pula, kejadian tanah runtuh dan


banjir serta jerebu membawa keadaan kesihatan
masyarakat yang kurang baik.Kejadian demam,
batuk dan wabak penyakit yang merebak
menyebabkan kos rawatan perubatan
masyarakat kita terus meningkat. Keadaan ini
sudah pasti membebankan terutama kepada
golongan berpendapatan rendah yang terpaksa
memikirkan keseinambungan hidup selain
mendapatkan rawatan penyakit mereka.
Jadi,pencemaran alam memang memberi impak
yang ketara dalam kehidupan kita.

Lantaran itu, masyarakat kita terutama generasi


muda yang dilahirkan ialah generasi yang sudah
terdedah dengan pencemaran alam. Generasi
muda kita ialah generasi yang sudah ‘sakit’. Jadi,
tidaklah kita terkejut apabila kita sering
mendapat khabar tentang golongan belia yang
tidak mampu untuk mengharungi cabaran alam
yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi.
Generasi muda mudah berasa penat dan tidak
mampu menyelesaikan masalah fizikal yang
mereka tempuhi. Mungkin juga generasi muda
kita kekurangan kemahiran mendengar atau
mempunyai penyakit lelah sejak kecil.

Imej negara sudah pasti akan terjejas terutama


pada mata masyarakat antarabangsa. Pada
mereka sikap masyarakat negara ini yang tidak
peka yang menyebabkan alam kita tercemar
begitu teruk. Kita dipandang sebagai masyarakat
materialistik kerana terlalu ghairah
memusnahkan alam semata-mata untuk
mengaut keuntungan kebendaan. Kehadiran
pelancong turut berkurangan bukan sahaja imej
negara tetapi kurangnya kawasan untuk dilawati
akibat pencemaran alam ini.

Mungkin langkah yang terpenting dalam


menangani isu ini ialah kerajaan
menguatkuasakan akta yang lebih tegas dan
berat hukumannya. Kerajaan hendaklah berani
mengambil tindakan bersama-sama menghukum
pesalah pencemaran alam ini tanpa rasa segan
silu. Kerajaan perlulah mempamerkan sikap yang
telus dalam memastikan alam kita terus terbela.
Kerajaan merupakan benteng pertama negara
dalam menentang pencemaran alam.

Kesimpulannya, semua pihak harus menjadikan


alam sebagai fokus perjuangan mereka. Alam
bukanlah hak kita tetapi alam warisan yang kita
tinggalkan untuk generasi akan datang. Jadi,
alam bukan satu anugerah tetapi satu tanggung
jawab yang memerlukan pengorbanan
masyarakat untuk memastikan alam terus
menerus diwarisi oleh manusia sejagat. Mungkin
kali ini kita akan berjaya menangani kemelut
yang semakin mencengkam ini.

Kesan pencemaran industri kepada alam sekitar

Pengenalan
“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya
daripada anak cucu kita.......”. Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan
rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar
yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam
sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada
generasi yang akan datang.

Apa dia pencemaran?

            Apa2 perubahan langsung atau tidak lansung kepada sifat2 fizikal, haba, kimia, biologi atau
radioaktif mana2 bhgn alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan2
hingga menjejaskan apa2 kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan2 liar, hidupan akuatik
atau tumbuhan2.

Masalah pencemaran air, tanah dan udara sentiasa menghantui manusia tetapi ada antaranya yang hanya
memejam sebelah mata. Antara punca penyebab pencemaran adalah daripada kegiatan perindustrian.
Pencemaran yang dilakukan oleh aktiviti industri dapat dibahagikan kepada 3 jenis:-

a)                 Pencemaran kepada udara

b)                 Pencemaran kepada air

c)                 Pencemaran kepada tanih

Pencemaran Air

           
Seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan pembuangan bahan-bahan
toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang
seperti kilang getah dan kelapa sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air. Air yang
tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan
bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa
kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di
dalam sektor “power plant”. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant”
ini akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan mengakibatkan hidupan di
kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan
oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti
N,P dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan hazard pencemaran
dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik
oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan
oksigen terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa
kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu
menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke
dalam sistem saliran terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan
mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua2nya ini akan merosakkan dan
mencemarkan hidupan dan air itu sendiri.
 air merupakan kebutuhan mutlak yang dibutuhkan oleh semua makhluk hidup
 faktor yang mempengaruhi kualiti air
o oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen)

o Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)

o zat padat terlarut

o pH

o suhu

 pencemaran fisika
o ditentukan oleh perubahan warna, suhu, kekeruhan
o disebabkan oleh senyawa basa,, sampah dan daun-daun yang merupakan polutan
terapung maupun polutan tersuspensi seperti tanah, kotoran manusia dan hewan
 pencemaran kimiawi
o disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak

o disebabkan oleh senyawa organoklor pada insektisida, fungisida dan herbisida


o disebabkan oleh buangan industri yang mengandung garam beracun dan tumpahan
minyak di laut
 pencemaran fisiologis
o bau dan rasa tidak enak

o disebabkan senyawa amina, fluol dan merkaptan

 pencemaran biologi
o disebabkan oleh bakteri patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin
 

Pencemaran Udara
            Merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarahan yang toksik atau
radioaktif dalam atmosfera. Bila memfokus kepada kigiatan indusrti secara jelas kita dapat perhatikan
pelepasan asap2 kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong-cerobong asap kilang. Asap-asap yang
dikeluarkan ini mengandungi antaranya PM10, CO, Nitrogen Oksida dan sebagainya yang mana ia
merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan2 pencemar yang dilepaskan ke
udara ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang kepada
hujan asid, pemanasan bumi dan juga jerebu.
 penyebab pencemaran udara adalah adanya zat kimia di udara yang melampaui ambang batas
 sumber pencemaran udara antara lain:
o kendaraan bermotor

o kegiatan industri

o sampah padat

o penggunaan berbagai bahan kimia

o kebakaran hutan, letusan gunung berapi

 karbon monoksida
dihasilkan oleh pembakaran yang tidak sempurna, konsentrasi CO lebih dari 32 ppm (parts per
million, bagian per juta) dapat mengganggu pernapasan
 karbon dioksida
dihasilkan oleh pembakaran BBM, hasil fermentasi letusan vulkanik, pernapasan makhluk hidup
 oksida nitrogen (NO dan NO2)
berasal dari pembakaran kendaraan bermotor dan industri pembangkit listrik
bersifat beracun dan katalis pembangkit kabut
 oksida belerang
o berasal dari pembakaran biji oksida, batu bara yang mengandung belerang

o gas SO2 bersifat racun menyebabkan mata pedih dan radang pada alat pernapasan

o dengan uap air akan membentuk asam sulfat yang mengakibatkan hujan asam
Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di Great Britain . Sejak itu ,
kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku . Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut
akibat pencemaran udara telah meragut lebih daripada 4,000 orang .
 Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur dioksida merupakan punca
hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan
gunung berapi . Tetepi , hanya 10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah
dihasilkan oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan kematian haiwan
dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di
Sweden adalah terlalu berasid dan tidak mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat
hujan asid .
Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara  Penghasilan karbon dioksida oleh
kilang-kilang secara berlabihan merupakan punca kesan rumah hijau . Gas yang lain seperti metana , CFC
dan nitrus oksida merupakan punca yang lain . Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak
terkawal .
Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah mengakibatkan ketulan-
ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan semakin menaik dan membanjiri kawasan-
kawasan yang rendah . Ini menyebabkan penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan
ekonomi mereka sudah tentu terganggu .
 Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan pencemar di udara akan
menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-penyakit peparu seperti barah .

Pencemaran Tanih

Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya
pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada
berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.
Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi penerokaan hutan akan
dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada
kawasan yang ingin digunakan sebagai kawasan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya kawasan yang
berlebihan ini akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem. Bagi industri air mineral, air
bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya ronga2 kosong dibawah tanah dan ini
mendorong kepada kejadian subsidence. Selain itu sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian
terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanih ini tidak sesuai
untuk tumbuhan hidup. Rumah Hijau juga memberi kesan kepada tanih dimana ia menyebabkan kenaikan
penguraian guna tanih sekaligus meninggikan hasil tanaman. Pada zaman dulu pula antara punca
pencemaran kepada alam sekitar oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh kegiatan melombong
menggunakan kapal korek. Kapal korek ini biasanya dilakukan di kawasan yang lapang. Jadi selepas bijih
timah habis di lombong, kawasan tersebut akan ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana sebarang
aktiviti biologi tidak dapat dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar dengan pelbagai sisa daripada
indutri perlombongan.
 
 di tanah terdapat berbagai unsur yang dibutuhkan makhluk hidup: K, N, P, Ca, Mg, S, Cl, Fe, Cu,
Mn, Zn dll
 kehidupan dan kesuburan tanah tergantung dari banyaknya mikroorganisme yang hidup di lapisan
tanah
 pencemaran tanah akan merusak susunan kimia tanah dan mengganggu kehidupan organisme yang
hidup dalam tanah

 bahan pencemar tanah:

o limbah rumah tangga: kertas bekas, plastik bekas, potongan karet, logam

o limbah pertanian: pupuk dan pestisida


 
Punca-Punca Pencemaran Tanih                 
                                                                          
Antara punca-puncanya ialah:
1.    Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
2.    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran tanah.
3.    Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran
tanah.
 
Kesan Pencemaran Yang Memudaratkan tanah
 
1.    Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan
membunuh tumbuhan yang ditanam.
2.    Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah
bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara
perlahan.

3.    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat
yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti
lalat dan tikus. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan
manusia.

4.    Pencemaran alam juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua
tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.

Antara cara-cara mengatasi ;


 Melalui pihak media cetak
o Eg;
 kesedaran kepada manusia terhadap pentingnya alam sekitar yang selamat
diwujudkan dengan hasil tulisan Racheal Carson yang bertajuk ‘Silent
Spring’(1962)
 ‘The limits to growth’ laporan dari institut teknologi massachusetts dan kelab
alam sekitar ekoran alam sekitar yg tercemar menyatakan seluruh dunia akan
musnah pada 20 masihi andai alam sekitar terus tercemar
 tindakannya – di Amerika Syarikat  pihak majalah  ‘The Ecologist’
menganjurkan langkah2 untuk menyelamatkan dunia
 persidangan oleh kuasa-kuasa besar mengenai cara menjaga alam sekitar dari tercemar harus
dilaksanakan serta menggubal undang2 yg baik untuk menjamin kualiti alam sekitar
o Eg;-
 Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai alam sekitar (UNCHE) di
Stockholm(1972).
 Membincangkan perlu wujud jabatan khas ttg alam sekitar bagi setiap
negara ahli
 Merangsang ideologi environmentalisme ( ideologi yg meletakkan nilai
alam sekitar sebagai matlamat kepada sebarang tindakan manusia)

 Memusatkan kawasan perindustrian

 Mewujudkan kawasan perawatan sisa industri


 Menggunakan alat-alat tertentu untuk memerangkap sisa-sisa yang dikeluarkan oleh industri
contohnya pengasing elektrostatik
 
LANGKAH  MENCEGAH
 
Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon.
Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin.  Bahan-bahan  aerosol biasanya
dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai
mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya
sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan
lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul
ozon. 
       Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan
hidrokloroflorokarbon (HCFC) .
 
Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan
Peraturan Kualiti Alam Sekitar.  
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
 
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.
 
LANGKAH  MENGAWAL
 
Pengasing Elektrostatik
Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara. Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing.
Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara.
Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini
dan melekat di tepi cerobong.
Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat dinaikkan.
Oleh itu,  Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.
 
'Wet Scrubber'
Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip
dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair.
Berikut adalah modal experimen.
 
Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui
penggunaan belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.
 

PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-
bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada
manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh
manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur
darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma,
kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata
merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses


pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini
menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan
sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan
industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida
(pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur
dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas
antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

 Pelepasan asap kenderaan


 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/
bateri kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

 Kesihatan terjejas
 Pertanian yang tidak produktif
 Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
 Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit
Mikamas, 1996

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada
dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di
laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan
pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

 Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai
atau laut.
 Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
 Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan
hakisan tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan
mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

 Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
 Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan
minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan
dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau
fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran
menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna
menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

Punca Pencemaran

 Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja
atau ditanam dalam tanah ).
 Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak
sistematik.

Kesan Pencemaran

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi
pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak
bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada
penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

 Kebisingan selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
 Kebisingan fluktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang
tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih
cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja.
Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

 Hentakan impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh :
tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap
ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini
intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan
tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan
memberi kesan yang lama terhadap getaran.
 Kebisingan selang-seli
Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising 
menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang
sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran
tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik
intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak
disorongkan.

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :

 Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material,


jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan
memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
 Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di
dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
 Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga .
 Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat .
 Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi :


 Wujud pelbagai penyakit
 Menjejaskan produktiviti
 Gangguan psikologi
 Hilang imbangan diri
 Pekak
 Kesan kepada ibu yang mengandung

Mencapai pertumbuhan seimbang, mapan

Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan usul mengenai
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan pada hari Khamis, 30 Oktober 2003 di Dewan
Rakyat pada jam 11.00 pagi

145. Isu pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal menjadi semakin penting kerana bertambahnya
penduduk. Kerajaan baru sahaja menyiapkan satu kajian komprehensif ke atas pendekatan pengurusan
sisa pepejal. Selain itu, penswastaan skim pengurusan sisa pepejal telah diperluaskan dengan
memasukkan sembilan pihak berkuasa tempatan dalam skim pengumpulan sementara sisa. Stesen
pemindahan sisa pepejal telah dibina di Kuala Lumpur untuk meningkatkan pelaksanaan sistem pengurusan
sisa bersepadu. Sehubungan dengan ini, Kempen Kitar Semula Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan
pada tahun 2001 dan telah diperluaskan di 67 pihak berkuasa tempatan. Untuk mengelak daripada hidup
dalam timbunan sampah, kerjasama daripada semua pihak adalah diperlukan. Kos perlupusan sampah
perlu dipikul bersama oleh rakyat dan kerajaan. Jika kita ingin keselesaan yang sama dengan negara maju,
piawaian yang berpatutan mestilah diterima. Janganlah kita tuntut lebih daripada yang dinikmati bangsa
maju tetapi tidak sanggup membiayainya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2003&dt=1031&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc&arc=hive

MINDA LESTARI: LIMA ASAS TERAP CARA HIDUP MESRA ALAM


Bersama Pro Dr Zaini Ujang (Berita Harian Rabu 2 Mei 2007)
zaini@utm.my

NAMPAKNYA kerajaan semakin sedar dan secara terbuka mengakui bahawa pelbagai
inisiatif untuk mengatasi masalah pencemaran sungai belum berjaya. Cogankata ‘Cintai
Sungai Kita’ seolah-olah tidak berkesan.

Instrumen yang ditubuh dan ditugaskan untuk tujuan itu menerusi sistem perundangan,
kawalan pencemaran, kemudahan infrastruktur, pendidikan dan promosi alam sekitar
tidak mencapai matlamatnya. Kenyataannya, sungai utama di negara ini masih tercemar.
Sampah sarap berlonggok dan bertimbun di muara sungai.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid
mengumumkan inisiatif terkini kerajaan dengan memberi peruntukan RM10 juta kepada
wakil rakyat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kawasan masing-masing.
Dalam ucapannya kepada Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan di Johor, Selasa
minggu lalu, Azmi turut menyebut peranan wakil rakyat dalam konteks kesedaran alam
sekitar pada peringkat akar umbi.

Dari satu segi, inisiatif seperti itu perlu dialu-alukan dan disokong. Selama ini kempen
dan promosi alam sekitar hanya dijalankan agensi awam yang berkaitan khususnya
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di samping media
massa, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan sekolah.

Pada hemat saya, kempen yang dijalankan selama ini sedikit sebanyak ada kesannya
biarpun tidak meluas dari segi amalan dan cara hidup. Setidak-tidaknya ketika ini lebih
banyak pihak mula sedar masalah dan cara mengatasi pencemaran alam sekitar,
termasuklah sumber air seperti sungai.

Ketika ini juga ramai penulis dan wartawan memberi tumpuan khas kepada pelbagai isu
alam sekitar sama ada menerusi media elektronik atau media cetak. Ruangan ini – Minda
Lestari – sebagai contoh, ruangan pojok pertama dalam akhbar bahasa Melayu yang
bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar.

Selain itu, jumlah pelajar yang mengikuti pengajian berkaitan pengurusan dan
kejuruteraan alam sekitar pada IPTA juga semakin meningkat menandakan minat dan
kesedaran sudah meluas di peringkat pengajian tinggi. Begitu juga dengan skop serta
jumlah penyelidikan dan inovasi alam sekitar menjadi antara tertinggi di kebanyakan
IPTA utama.

Namun demikian, saya bersetuju jika inisiatif yang sedia ada diperluaskan supaya
kesannya lebih ketara dalam bentuk amalan dan cara hidup masyarakat. Masyarakat kita
perlu dididik dan didedahkan amalan dan kaedah untuk hidup secara mesra alam.
Pemimpin dan pendidik seharusnya membantu memberi kesedaran, bukan saja melalui
lisan, bahkan teladan. Hal ini boleh dilakukan menerusi lima peringkat yang perlu
difahami dan diamalkan.

Peringkat pertama ialah memupuk pemikiran dan minda lestari menerusi kempen dan
promosi pelbagai pihak menggunakan pelbagai kaedah dan media. Penulisan, seminar,
ceramah, diskusi, soal jawab dalam media massa, sepanduk, cogan kata dan
seumpamanya perlu dipergiatkan. Di sinilah wakil rakyat, pemimpin masyarakat,
pendidik dan NGO boleh berperanan dengan efektif.

Peringkat kedua ialah penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam dalam diri setiap
individu. Penghayatan ini tidak terhad kepada larangan membuang sampah dalam
longkang atau sungai, tetapi harus diperluaskan dari setiap aspek kehidupan. Dari segi
pemakanan misalnya, kita perlu memilih makanan yang terhasil daripada kaedah
pertanian mesra alam walaupun harganya sedikit lebih mahal.

Dari segi berkenderaan pula, usaha perlu dilakukan untuk memilih kenderaan yang
memberi impak minimum kepada peningkatan suhu bumi atau pencemaran setempat.
Amalan kitar semula pula boleh diamalkan dengan mengguna semula tin dan plastik, serta
menjadikan barangan mudah reput sebagai baja.

Begitulah seterusnya dalam pelbagai bidang kehidupan, termasuklah cara berpakaian,


berbelanja, berniaga, berkerja dan bermasyarakat. Semuanya ada kesan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada alam sekitar.

Peringkat ketiga ialah penghayatan cara hidup mesra alam dalam konteks keluarga.
Seperti peringkat kedua, ia membabitkan seluruh aspek kehidupan termasuk penyediaan
kemudahan pembetungan dan kaedah pembuangan sampah di rumah yang sesuai dengan
ketetapan perundangan dan mesra alam.

Dalam hal ini, kita perlu membayar bil pengurusan alam sekitar seperti pembetungan,
kutipan sampah dan pembersihan kawasan. Selain itu, perlu juga dipastikan bahawa paip
dari aktiviti pembasuhan, dapur dan bilik air perlu disambung ke sistem pembetungan
supaya dapat dirawat dalam loji rawatan air sisa. Jika kita menggunakan tangki septik, ia
perlu dikosongkan setiap dua tahun sekali sebagaimana yang termaktub dalam Akta
Perkhidmatan Pembetungan 1993.

Peringkat keempat ialah penghayatan dalam konteks berorganisasi dan bermasyarakat.


Kesedaran alam sekitar yang telah bertunas dalam diri dan keluarga itu perlu
diterjemahkan di tempat kerja, organisasi politik, sosial atau pendidikan. Di tempat kerja,
misalnya inisiatif perlu dilakukan supaya kesedaran alam sekitar berkembang pada semua
peringkat dari segi kepatuhan terhadap peruntukan perundangan dan langkah proaktif lain
seperti persijilan ISO14,000, penghasilan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam.
Selain membantu memulihara alam sekitar, inisiatif ini membolehkan barang dan
perkhidmatan itu menembusi pasaran Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat yang ketika ini
semakin terhad kepada label mesra alam.

Peringkat kelima ialah kewujudan masyarakat mesra alam yang menjadikan bidang alam
sekitar sebagai salah satu komponen penting dalam dasar utama kerajaan. Dalam konteks
ini, masyarakat sedemikian menjadi penggerak kesedaran alam sekitar pada peringkat
antarabangsa menerusi isu seperti peningkatan suhu, perdagangan karbon, subsidi alam
sekitar, pemuliharaan biodiversiti dan segala-galanya yang berteraskan pemikiran lestari
dan penghayatan cara hidup mesra alam.

Biarpun ada kalanya fahaman ini seolah-olah satu ‘agama’ baru tetapi kesan positifnya
begitu dirasakan dalam konteks meningkatkan komitmen dan penghayatan untuk
menjadikan sesebuah negara dan masyarakat yang bersih, indah dan berseri, bebas
daripada pencemaran sumber air, udara yang nyaman dan persekitaran indah dan
mempesonakan.

Secara ringkasnya, peruntukan RM10,000 kepada setiap wakil rakyat itu tidak seharusnya
digunakan untuk menjayakan majlis ceramah atau gotong royong saja. Yang lebih penting
ialah memupuk minda lestari dan penghayatan cara hidup mesra alam supaya menjadikan
masyarakat Malaysia lebih bertanggungjawab sekali gus menyahut seruan kerajaan.

Seandainya inisiatif ini gagal lagi, kita tidak mahu nanti ada yang mendakwa bahawa
wakil rakyat tidak efektif bahkan tidak boleh diteladani untuk memulihara alam sekitar.

INFO
Antara Prinsip Dasar Alam Sekitar Negara

 Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi


dan sistem-sistem sokongan hidup.
 Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika
mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia.
 Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan
alam sekitar.
 Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar,
objektif dan mandat semua sektor.

Penulis ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti


Teknologi Malaysia (UTM)
Last Updated ( Monday, 21 April 2008 )
 http://www.fkkksa.utm.my/index.php/Latest-Minda-Lestari/Minda-Lestari-Lima-asas-terap-cara-
hidup-mesra-alam.html

Pertumbuhan ekonomi di
Asia telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan pendapatan di
negara-negara ini ditunjukkan dengan pertumbuhan kegiatan produksi dan konsumsi.
Pertumbuhan ini juga membawa pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar
dan pengeksploitasian persekitaran untuk keperluan  industri, bisnis dan aktiviti sosial.
           
Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami
masalah. Pembuangan sampah yang tidak diurus  dengan baik, akan mengakibatkan
masalah besar. Kerana penumpukan sampah atau membuangnya sembarangan ke
kawasan terbuka akan mengakibatkan pencemaran tanah yang juga akan berdampak
ke saluran air tanah. Demikian juga pembakaran sampah akan mengakibatkan
pencemaran udara. Atau pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan
pencemaran air, tersumbatnya saliran dan banjir (Sicular 1989). Selain itu, Eksploitasi
persekitaran adalah menjadi isu yang berkaitan dengan pengurusan terutama
persekitaran
kota. Masalah sampah sudah saatnya dilihat dari konteks perbandaran. Kesukaran
untuk mencari lokasi landfill sampah dan perhatian terhadap persekitaran dan
kesihatan telah menjadi isu utama pengurusan bandar dan sudah saatnya dilakukan
pengurangan jumlah sampah dan air sisa dan peningkatan kegiatan kitar semula.

Oleh sebab itu di banyak bandar-bandar besar, incineration atau pembakaran


menjadi alternatif dalam pembuangan sampah. Sementara itu, permasalahan yang
dihadapi untuk proses ini adalah kos pembakaran lebih mahal dibandingkan dengan
sistem pembuangan akhir (sanitary landfill). Apabila sampah ini digunakan untuk
pertanian dalam jumlah yang besar, maka akan menimbulkan masalah kerana ianya
mengandung logam berat (Ross 1994).

Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan
domestik (
Ridwan Lubis 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari
rumah atau dapur. Contohnya ialah pakaian lama atau buruk, botol, kaca, kertas, beg
plastik, tin aluminium dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula ialah bahan-
bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan
pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada berbagai jenis termasuklah sisa jualan,
sisa pembungkusan dan sisa daripada proses pengilangan. 
2. 
DEFINISI SAMPAH SARAP 

Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti
industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna
(Tchobanoglous 1993). Selain itu, Barret (1998) mengatakan sampah adalah buangan
berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan kerana
pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan baik.

            Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan
ekonomi memberikan kesan lebih banyaknya penggunaan sumber asli. Terdapat
hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran alam sekitar. Kesan terhadap
alam sekitar akibat aktiviti manusia bergantung pada kuantiti dan kualiti dari bahan-
bahan yang diambil dari alam sekitar dan dikembalikan sebagai sampah.

Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang
terhasil dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang.
Sampah sarap juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat 
digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai
nilai dari segi ekonomi, yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia (Chamhuri
2000). Selain itu, menurut kajian Plintoff (1976), sampah sarap merupakan bahan-bahan
pepejal yang dihasilkan oleh industri, pertanian, perlombongan, perniagaan dan dari
domestik.

            Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai
suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan
buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam
bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling
yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusan
sampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan
kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan,
pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah
yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan,
astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cooper (1981), pengurusan sampah sarap
merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistim yang dirancang dan ditadbir
berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan,
pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi semua bahan pepejal
yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik, komersil, industri dan
klinikal.

3. 
PEMBAHAGIAN SAMPAH SARAP 

Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan suatu bahagian
yang penting dalam merancang dan melaksanakaan program pengurusan sampah sarap.
Secara umum sampah masyarakat terkait dengan gunatanah suatu kawasan.
Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber sampah adalah berasal dari perumahan,
komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous 1993). 

Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampah
sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut:

a.     
Sampah Domestik

Klasifikasi domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik,
inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contoh sampah jenis organik ialah
plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contah sampah inorganik ialah kaca, tin
logam, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan elektrik,
sampah tanaman dan perabot.

b.     
Sampah Klinikal

Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia ataupun
binatang, sisa ubat-ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah dan semua peralatan
tajam yang tidak terpakai.

c.      
Sampah Industri

Punca sampah dari jenis ini ialah kilang-kilang, terutamanya dari komponen industri yang
berasaskan kayu untuk dijadikan komponen kayu papan dan kayu balak. Biasanya
sampah jenis ini terdapat pada kawasan perindustrian. Bahan buangan pepejal industri
terdiri daripada logam, kayu, benang, kain, buangan makanan, buangan minyak dari sisa
panapisan.

d.     
Sampah Komersial

Sampah jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran, hotel, pasar dan
lain-lain aktiviti perniagaan. Biasanya komposisi sampah sarap komersial sama dengan
klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan dapur restoran,
kertas-kertas dari pejabat. Sampah dari jenis ini didapati sebagai penghasil sampah
terbesar kerana ianya mencakupi kawasan yang luas.

 
e. 
Sampah Pembinaan dan Perobohan

Sampah ini berpunca daripada bahan-bahan buangan yang terhasil daripada tapak
pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan.

f.       
Sampah Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan: sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau pemotongan


tumbuh-tumbuhan.

4.    CARA-CARA MENGATASI


MASALAH SAMPAH SARAP 

4.1  
Penggunaan Kembali dan
Kitar Semula 

Bagi kebanyakan masyarakat moden pada hari ini, pengurusan sisa pepejal sudah
berada di tahap termaju dengan beberapa kaedah seperti kitar semula dan penghasilan
bahan berguna (biofertilizer). Pengitaran semula sampah sarap itu sendiri boleh
didefinisikan sebagai penebusgunaan (reclamation) bahan dan pemakaian semula
yang meliputi perbaikan, pembuatan semula, penukaran bahan, komponen dan hasil
(Kaseva & Gupta 1996). Sementara itu menurut Waite (1995), kitar semula ialah
sebagai penjanaan semula bahan untuk kegunaan semula jadi atau lain-lain.
           
Kitar semula ini mempunyai beberapa kepentingan yang berasaskan kepada tiga
alasan iaitu:
1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan
mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.
2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga
dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.
3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir
yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill
boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan
pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan
organik dalam landfill.

Malaysia mempunyai kira-kira 230 buah perkhidmatan landfill yang dianggarkan


sudah mencapai tahap 80% penggunaan dan situasi ini dianggap sebagai agak kritikal
dan sebahagian besar sudah tidak mampu menerima sejumlah sisa, oleh sebab itu
melalui Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan cuba mengatasi
masalah yang membelenggu pihak pengurusan dengan mengadakan program kitar
semula (Mohamad 2001). Program ini telah di perkenalkan pada tahun 1993 dan
tanpa sebab yang jelas, program ini dilaksanakan semula pada bulan Disember 2000.
Berdasarkan komposisi sampah sarap yang terhasil di bandaraya
Kuala Lumpur, bahan-bahan boleh kitar semula dapat dibahagikan kepada tiga
kumpulan, iaitu:
1. Boleh kitar semula dalam keadaan kering seperti kertas, papan kad, kaca, plastik,
logam dan tekstil.
2. Bahan organik seperti bahan buangan dapur, makanan dan sampah sarap tanaman.
3. Bahan-bahan pelbagai seperti perabut.

Program kitar semula ini mempunyai beberapa kebaikan. Kebaikan dari segi sosial ialah
apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana
peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan
makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak.
Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air,
tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya. 

Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan
alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan
sedikit tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada
bahan mentah semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula
hasil pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi
negara-negara sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik
dan getah jika dikitar semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain.
Kebaikan dari segi alam sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh
mengurangkan kuantiti bahan buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi
tempat yang diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh
menyuburkan tanah.
 

4.2    Pengkomposan 

Pengkomposan ialah suatu proses pengubahan bahan organik ke dalam bentuk hasil
metabolik yang sederhana dan meninggalkan bahan sisa organik dan sel mikrob yang
boleh atau dapat digunakan sebagai bahan penyubur tanah (Augenstein et al. 1976). 

Sistim pengkomposan telah banyak dilakukan di  banyak kawasan. Kaedah sistim
kompos ini adalah penting kerana sampah organik merupakan komposisi sampah terbesar
yang dihasilkan. Menurut kajian Devi et el. (1995), jenis sampah yang baik atau yang
sesuai untuk dijadikan kompos ialah sampah sarap yang cepat membusuk iaitu sayuran,
rumput, sisa makanan dan dedaunan. Kepentingan sistim kompos yang lain ialah dalam
menjaga kesihatan masyarakat dari sebarang porses pembakaran dan penimbunan sampah
secara haram. Untuk mempromosikan sistim kompos, pihak kerajaan seharusnya
mempersiapkan pengetahuan umum kepada masyarakat. Juga kempen dilakukan untuk
mencari metod kompos yang sesuai dengan kondisi masyarakat. Sektor swasta juga dapat
dilibatkan dalam kegiatan ini, dengan membuat kerjasama antara pihak kerajaan dan 
pihak swasta.  

4.3   Incinerator 

Incinerator ialah suatu alat yang digunakan untuk membakar sampah atau sisa samaada
sisa yang berpunca daripada kawasan perumahan ataupun sisa atau sampah yang terjana
dari aktiviti di hospital. Terdapat beberapa jenis incinerator (Departemen Kesehatan
Indonesia 1995), iaitu:        Jenis
Malaysia, merupakan incinerator yang terbuat daripada batu bata dan diletakkan
mendatar dan lantainya terbuat dari dari bahan kongkrit. Lubang tempat masuk sampah
terbuat daripada logam dan lubang keluar pula berukuran 24”  12” yang juga terbuat
dari logam. Lapisan untuk menahan sampah juga terbuat dari besi yang tebalnya 1” dan
antara dua besi berjarak 4” yang terdiri dari 2 lapisan.        Jenis Barrel and Trench
Incinerator, iaitu incinerator berbentuk tong yang terbuat dari batu dan mempunyai
ketebalan 6” hingga 12”. Dua besi diletakkan pada lapisan batu dengan ketinggian 6” dari
dasar incinerator dan jarak antara 2 besi ialah 3” hingga 4”. Tempat pembakaran sampah
terletak ditengah-tengah dan mempunyai penutup yang terbuat dari logam.        Jenis Rock
Pit Incinerator, iaitu incinerator yang berbentuk U dan terbuat dari batu karang.
Incinerator ini mempunyai panjang 4.5 kaki, lebar 2 kaki dan dalam 18 kaki. Ketebalan
incinerator jenis ini ialah 8” hingga 12” dan lantainya terbuat dari batu.        Jenis Multiple
self Incinerator, iaitu incinerator berbentuk segi empat dan terbuat dari batu dengan
panjang 4 kaki, lebar 3 – 5 kaki dan tinggi 8 m – 12 kaki. Incinerator ini mempunyai
lapisan-lapisan dengan ukuran 18 – 24 kaki. 
 . 
PENGURUSAN SAMPAH SARAP 

Field (1994) menyatakan terdapat 3 cara yang paling tepat dalam mengurangi limbah atau
sampah. Pertama untuk mengurangi limbah atau sisa, konsumsi dikurangi. Kedua dengan
menggunakan teknologi baru dan yang dapat mengurangi jumlah limbah per unit hasil
produksi. Dan ketiga adalah dengan meningkatkan kitar semula. Field (1994) dan Barret
(1998) juga mengusulkan terdapat cara lain untuk mengurangi masalah sampah iaitu
dengan cara keseimbangan bahan, dimana semua bahan yang digunakan sebagai input
dalam ekonomi sistem seharusnya dikembalikan ke alam walaupun dalam bentuk yang
berbeza.  Terdapat beberapa strategi untuk mengurangi limbah dari suatu proses
produksi, iaitu:

        Mengurangi produksi barang


        Mengurangi konsumsi
        Menggunakan teknologi yang lebih efektif
        Penggunaan sisa atau buangan sebagai sumber baru.

Pengurusan sampah merupakan gabungan dari kegiatan pengendalian jumlah


sampah yang dihasilkan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pengolahan dan
penimbunan sampah di tapak pelupusan sampah yang memenuhi prinsip kesihatan,
ekonomi, teknik, konservasi dan pertimbangan pada persekitaran. Metod yang paling
umum digunakan berkaitan dengan pembuangan akhir sampah ialah :

        Penimbunan di kawasan tapak pelupusan sampah.        Penimbunan didalam tanah.       


Menjadi makanan ternak.        Pengurangan jumlah sampah.        Pembakaran. 

Tidak semua metod di atas tepat untuk semua jenis sampah. Menimbun dalam tanah
adalah sesuai untuk sampah makanan dan sampah daun, sedangkan untuk menjadi
makanan ternak dan pengurangan adalah untuk sampah makanan.
Menurut Tchobanoglous (1993) kegiatan yang terkait dengan pengurusan sampah telah
dikelompokkan menjadi 6, iaitu :

        penjanaan sampah (waste generation).


        pengumpulan, pemisahan dan kegiatan pengurusan di sumber sampah.
        pengumpulan akhir.
        pemisahan, pengurusan dan perubahan (transformation) sampah.
        pemindahan dan pengangkutan.
        pembuangan akhir (landfill).

Aktiviti pada tahap penjanaan sampah (waste generation) meliputi identifikasi


sampah apakah masih mempunyai nilai atau langsung dibuang ke tapak pelupusan
sampah. Tahap pemisahan meliputi kegiatan terkait dengan pengurusan sampah hingga
ditempatkan di tempa penampungan sementara di sumber sampah. Proses transformasi
digunakan untuk mengurangi jumlah dan berat sampah. Fungsi pemindahan dan
pengangkutan melibatkan dua tahap, iaitu:

 pemindahan sampah dari kendaraan kecil ke peralatan yang lebih besar.


 Pengangkutan sampah yang biasanya berjarak jauh, ke tempat pegolahan atau
landfill.

Fungsi yang paling penting dari sistem pengolahan sampah adalah pembuangan akhir.
Sistem TPA yang moden, bukan hanya merupakan sebuah tempat penimbunan, tetapi
lebih merupakan kemudahan yang canggih yang dapat menghindari gangguan
terhadap kesihatan masyarakat seperti tempat bersarangnya serangga dan tikus,
pengumpulan dan mengurangi pencemaran air tanah. 

Pengurusan  sampah yang terpadu dapat didefinisikan sebagai teknik yang tepat dalam
seleksi dan aplikasi, teknologi, program pengurusan untuk mencapai tujuan dan hasil
yang diinginkan. Pengurusan sampah yang diambil dari Environmental Protection
Agency ialah meliputi berkurangnya sumber sampah, kitar semula, pembakaran dan
penimbunan di tapak pelupusan sampah. Adapun pengurusan sampah terpadu terdiri
daripada:         pengurangan sumber sampah (source reduction).        kitar semula.       
perubahan sampah (waste transformation). 

Berkaitan dengan usaha meminimumkan sampah, pendekatan akan difokuskan pada


usaha menghindari produksi sampah, mengurangi jumlah sampah, penggunaan kembali
sampah, kitar semula dan sistem kompos. Menurut Ministry of Environment Australia
(1996), terdapat beberapa cara untuk mengurangkan sampah iaitu dengan cara:       
menghindari sampah.        pengurangan sampah.        penggunaan kembali.        kitar
semula.        pemulihan tenaga.        pengurusan yang baik.        Tapak pelupusan sampah. 

Beberapa contoh menghindari penjanaan sampah (waste generating) dapat dilakukan


dengan menghilangkan pembungkus yang tidak perlu dan mengubah bentuk barang untuk
menjimatkan bahan  dalam proses produksi. Bahan yang dapat dikurangi dalam proses
produksi dapat memberikan kesan yang baik ke persekitaran, terutama kepada kitar hidup
(life cycle). Pendekatan kepada persekitaran dalam proses penjanaan, meliputi:

         pemilihan bahan.


         meminimumkan penggunaan sumber .
         bentuk dari sumber tenaga.
         alat-alat pengolahan di kilang.    
         persekitaran kerja yang baik.
         pemilihan kawasan tapak pelupusan sampah.   

Oleh itu, dalam menangani jumlah sampah yang besar ini diperlukan pendekatan
yang baik. Pihak kerajaan harus membuang suatu cara yang sesuai dengan isu
pengurusan sampah dan pihak-pihak yang ada hubungan dalam penyelesaian masalah
sampah ini. Selain itu, kepada masyarakat mesti ditanamkan rasa kesedaran bahawa
sampah sarap juga mengandungi bahan-bahan yang boleh dipulih kembali dengan cara
pengkomposan atau dengan cara kitar semula. Bahan-bahan yang ada di dalam sampah
sarap boleh digunakan untuk menjana dan menyelesaikan masalah kuantiti sampah sarap
yang memerlukan proses pelupusan.

6.      ETIKA
ALAM SEKITAR YANG BERHUBUNGAN
DENGAN MASALAH SAMPAH   SARAP 

Etika alam sekitar ini sangat penting di dalam menjaga keharmonisan dan kelestarian
alam sekitar ini. Setiap individu mestilah menghargai alam sekitar sebagai sebuah sumber
yang cukup penting di dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan etika alam sekitar yang
berhubungan dengan sampah sarap. Sampah sarap terhasil dari segala aktiviti manusia,
baik yang bersifat individu dan berkolompok. Apabila setiap orang yang menghasilkan
sampah tidak memperdulikan cara pembuangan dan pengurusan yang baik, maka ianya
dapat menjejaskan alam sekitar yang akhirnya dapat menurunkan kualiti hidup manusia.

            Keberadaan sampah sarap di dalam kehidupan manusia tidak pernah berhenti.
Masyarakat mahupun pihak kerajaan cukup berat dan susah dalam mengurusnya
walaupun telah banyak kempen-kempen ataupun program-program dijalankan.
Kesedaran yang masih rendah serta kemudahan-kemudahan yang belum mencukupi
adalah salah satu kesan daripada tercicirnya sampah atau sisa dari pada tapak pelupusan
dan dari loji rawatan air sisa yang pada akhirnya kawasan kosong, longkang dan sungai
dijadikan tempat pembuangan sampah atau sisa tersebut. 

            Banyaknya sampah yang terjana dikeranakan oleh beberapa faktor seperti budaya,
agama, undang-undang yang terlibat dalam pengurusan sampah atau air sisa serta masih
banyaknya cara hidup masyarakat yang masih bersifat konsumtif. Kurangnya perhatian
masyarakat terhadap sampah menyebabkan masyarakat tidak merasa mempunyai
keuntungan langsung dari usaha-usaha pengurangan jumlah sampah. Masyarakat juga
tidak mengetahui kesan dari sampah terhadap alam sekitar dan juga keuntungannya
apabila sampah diurus dengan baik.

            Kebanyakan komposisi merupakan jenis sampah yang boleh dikitar semula yang
apabila diurus dengan baik akan mendatangkan hasil yang lumayan dan juga boleh
mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan sampah mahupun ke incinerator.
Malangnya, masyarakat tidak ada keinginan untuk menjalankan proses kitar semula
walaupun mereka telah mengasingkan antara sampah berupa sisa makanan dan sampah
botol, plastik dan kaca.

            Pengurusan sampah sarap perlu ditingkatkan lagi walaupun menghadapi


beberapa permasalahan kerana ianya bukan sahaja menjadi suatu tanggungjawab
seseoarang atau kelompok, tetapi ianya menjadi tanggungjawab kita bersama yang
bertujuan untuk mewujudkan kehidupan yang selesa kepada masyarakat dan juga untuk
mewujudkan kualiti alam sekitar yang baik dan sihat. Mendidik dan membuat kempen-
kempen meminimumkan penghasilan sampah dan kitar semula kepada masyarakat.
Selain itu, pelaksanaan peraturan dan undang-undang hendaklah dijalankan dengan baik
sebagai langkah untuk mencegah orang ramai membuang sampah secara bebas. 

7. 
KES PENCEMARAN
SAMPAH SARAP DI SUNGAI KLANG 

Kes ini merupakan kes yang terjadi akibat pencemaran yang terjadi di sungai Klang
akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Oleh itu, dilakukanlah suatu
program untuk menaikkan kualiti air
Sg. Klang daripada
Kelas IV ke
Kelas III, membebaskannya daripada kekotoran sampah sarap dan kelodak serta untuk
mengindahkan beberapa bahagian
Sungai Kelang untuk tujuan rekreasi. Dalam usaha ini, satu
Pasukan Petugas, satu
Jawatankuasa Eksekutif dan sembilan jawatankuasa kerja telah ditubuhkan dengan ahli-
ahli yang terdiri daripada semua Jabatan dan Agensi yang berkaitan. Sejak itu pelbagai
usaha dan aktiviti telah dijalankan supaya objektif-objektif dan sasaran program tercapai. 

Walau bagaimanapun, keadaan


Sg. Klang ketika kini masih lagi belum mencapai tahap seperti mana yang disasarkan.
Kualiti air
Sg. Klang masih tersenarai dalam kelompok sungai tercemar di
Malaysia. Kesemua anak sungai juga menunjukkan “trend” yang sama. Ini
menggambarkan bahawa keseluruhan lembangan ini menyumbang kepada pencemaran
Sg. Klang. Kebimbangan utama adalah daripada sisa organik, pencemaran ammoniakal
nitrogen, sisa terampai (suspended solids) dan juga sisa pepejal (solid waste). 

Dari segi kualiti air keseluruhan


Sg. Klang, keadaan pada pertengahan tahun lepas memberi sedikit harapan kepada kita
dengan peningkatan indek kualiti air sungai kepada Nilai Indeks 55. Kini, usaha perlu
diteruskan agar Indeks ini boleh melepasi nilai 60, yang mana Sungai Klang boleh
diklasifikasikan semula kepada
Kelas III (iaitu kategori sungai yang sedikit tercemar). Walaupun keadaan kualiti air telah
meningkat sedikit, tetapi usaha perlu diteruskan supaya keadaan ini terus diperbaiki dan
dapat dikekalkan. 

Bagi mengatasi masalah sisa pepejal, lebih daripada 70 perangkap sampah telah dibina
merintangi sungai dan parit-parit besar. Selain itu, 2 perangkap kelodak dan 3 tapak
pungutan sampah telah dibina. Bagi membantu Pihak-pihak
Berkuasa Tempatan dalam masalah ini, sejumlah 3 buah jentolak dan 4 buah lori sampah
dibeli. Pada tahun 1996, Kerajaan telah juga membeli dua buah pengutip sampah
terapung (trash hunter) bagi memungut sampah di kawasan muara sungai. Pembekalan
tong-tong sampah kepada pihak-pihak yang memerlukannya, termasuk penghuni-
penghuni setinggan di sepanjang sungai, telah juga dilakukan. 
Dari segi pencemaran sisa pepejal, sedikit sebanyak, usaha untuk mengawal sampah-
sarap terapung di dalam sungai memang sedikit berhasil. Pada hari biasa,
Sg. Klang dan anak-anak sungainya boleh di katakan bebas daripada sampah sarap yang
terapung. Keadaan ini terjadi hanya kerana kebanyakan sampah mampu disekat dengan
adanya perangkap-perangkap sampah. Dalam hal ini saya ingin mengucapkan syabas dan
terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab terutama sekali kepada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dan semua Pihak-pihak
Berkuasa Tempatan. Walaupun demikian, jumlah sampah sarap yang dikutip di semua
lokasi perangkap sampah masih lagi tinggi, iaitu sekitar 50 tan sehari. 

Jenis sampah yang dibawa keluar pula adalah pelbagai sehingga kedapatan barangan
besar seperti tilam, peti ais, perabot, kereta, mayat dan sebagainya lagi. Masih terdapat
banyak lagi kawasan tepi sungai yang dijadikan tempat pembuangan sampah secara
haram. Sampah sarap yang dikutip diperangkap sampah bukan hanya yang dibawa arus
sungai tetapi juga dari semua parit dan longkang di seluruh
Lembah Klang. 

Program ini juga memberi tumpuan kepada penempatan semula ladang-ladang ternakan
khinzir dan daripada 11 yang ada pada permulaan program, kini hanya tinggal 2 sahaja.
Aktiviti pembersihan kolam pengolahan telah dijalankan dan usaha pemantauan
berterusan dijalankan oleh
Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi memastikan perlepasan kumbahan dari ladang-ladang
ini menetapi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam hal yang sama.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga memberi perhatian kepada kumbahan yang terhasil
dari rumah-rumah sembelih memandangkan terdapatnya rungutan mengenainya. 

Program
Pembersihan Sg Kelang pada mulanya telah diberi tanggungjawab untuk memindahkan
2,500 keluarga setinggan sepanjang sungai ke lokasi transit di rumah-rumah panjang.
Akan tetapi dengan perubahan dasar Kerajaan, usaha-usaha baru ditumpukan untuk
memindahkan mereka ke rumah-rumah kos rendah. Jumlah keluarga setinggan yang telah
dipindahkan di bawah program ini setakat ini, berjumlah seramai 310 keluarga.   

Di sini, kita dapat lihat bahawa usaha menjadikan


Sungai Klang dan persekitarannya bersih dan indah bukanlah suatu tugas yang mudah.
Penglibatan, kerjasama serta perkongsian tanggungjawab daripada semua pihak adalah
amat penting sekali. Usaha ini bukan sahaja perlu ditanggung oleh jabatan dan agensi
kerajaan sahaja, malahan pihak swasta, badan bukan kerajaan dan orang ramai perlu
digembiling bersama kerana peranan mereka sama pentingnya.  

http://syarifmawahib.wordpress.com/2007/03/26/pencemaran-sampah-sarap/

Air & Fedahnya Kepada Badan Manusia


Badan manusia secara puratanya terdiri daripada 70% air. la memainkan peranan penting di dalam kebanyakan fungsi

badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. la juga diperlukan untuk fungsi

penghadaman, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga adalah faktor

utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air setiap hari melalui proses pernafasan. Pakar

pemakanan tidak dapat menetapkan jumlah air yang perlu diambil setiap hari kerana kuantitinya berbeza mengikut

individu, cuaca dan aktiviti yang dilaksanakan. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita menjalankan aktiviti lebih

satu jam di tengah panas ataupun kurang sejam dalam cuaca sejuk. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas besar air (2

liter) setiap hari dapat memastikan kestabilan tahap air di dalam badan kita bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

Kita mungkin dapat bertahan tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tanpa air, kita hanya boleh hidup kurang

seminggu. Air kosong adalah jenis yang terbaik diminum. Namun minuman lain seperti jus buah-buahan dan susu juga

adalah sumber air yang baik. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar juga merupakan sumber air yang

sesuai. Minuman beralkohol, walaupun boleh mengurangkan haus, mengandungi unsur diuretik yang mengakibatkan

badan kehilangan air.

Malangnya, kita biasanya minum air sekadar menghilangkan rasa haus, tetapi tidak mencukupi untuk memulihkan

jumlah air yang hilang. Hasilnya, kita akan mengalami pelbagai tanda dan simptom biasa seperti kehausan, nafas

berbau, bibir merekah, kepanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan di samping

meningkatkan risiko jangkitan

buah pinggang.

Meminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri,

logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, haloform dan pelbagai bahan kimia secara berterusan bukan sahaja

berbahaya malah berisiko diserang penyakit kanser, menjadi mandul, mengalami tumbesaran abnormal, kepincangan

sistem saraf, kepincangan sistem metabolisme dan kepincangan sistem imun.

Kesejahteraan hidup bergantung kepada proses penulenan dan pengaktifan yang berkesan.

Info lanjut lawat web rasmi pengedar penapis air WaterLife:

http://e-kedai.com/v3.2/produk-waterlife.html

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

Apabila berlaku pencemaran air, berbagai-bagai masalah terpaksa


dihadapi. Di antaranya ialah:-
a) Peningkatan kos pembersihan dan bekalan minuman

b) Hidupan air ( ikan, udang, dan lain-lain ) terancam.

c) Kesihatan terganggu ( Penyakit-penyakit yang dibawa oleh air )

d) Gangguan penggunaan kemudahan rekreasi

e) Penggunaan air bersih terjejas.

KAWALAN PENCEMARAN

Undang-undang di bawah akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ( Pindaan


1996 ), Peraturan-peraturan untuk mengawal pencemaran air
telahpun dikuatkuasakan iaitu:-

1)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Premis Yang


Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah)1977- P.U(A)342/77- untuk
mengawal pelepasan effluen dari kilang kelapa sawit

2)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang


Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978-P.U (A)338 / 78- untuk
mengawal pelepasan effluen dari kilang getah.

3)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Effluen-


effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 - untuk mengawal
pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri ( selain dari
kilang getah dan kelapa sawit ).

4)Garis PanduanCara kawalan pencemaran air bukan undang-undang


dilaksanakan melalui :-

a)Garis-garis pencemaran bagi penempatan dan pengezonan industri-


industri.

b)Garis-garis panduan bagi kawalan dan pencegahan hakisan tanah


dan kelodakan.

c)Garis-garis panduan bagi pengurusan Sisa-sisa Pepejal.

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi


kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi
kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi
biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di
sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau
tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

-Loji kumbahan

- Air larian permukaan dari kawasan perbandaran

- Air limbahan dari kawasan perbandaran

- Tapak pelupusan sampah

- Sampah sarap
- Pembukaan tanah kerja tanah
- Aktiviti ternakan dan pertanian
- Kawasan setinggan
-Aktiviti pembalakan
-Loji rawatan air
-Aktiviti Perindustrian
-Aktiviti perlombongan

You might also like