You are on page 1of 12

LAPORAN

PROGRAM
GOTONG - ROYONG DAN RIADAH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )


2009

TARIKH
6 NOVEMBER 2009
( JUMAAT )

‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’


LAPORAN
PROGRAM GOTONG - ROYONG DAN RIADAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )
2009

Pengenalan
Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ), Sekolah Kebangsaan Matang,

Taiping Perak telah mengadakan Program Gotong - Royong dan Riadah di sekitar

kebun dan halaman kelas PPKI. Program ini telah memberi pengalaman baru kepada

semua murid-murid dan guru-guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah

pengetahuan mereka. Disamping itu program ini juga telah memberi pendedahan

kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan mengurus diri apabila

mengikuti sebarang aktiviti riadah.

Objektif

 Meluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan suasana di luar

bilik darjah.

 Mendedahkan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan

membersihkan kawasan.

 Menanam rasa minat dan keseronokan belajar terhadap diri murid-murid.

 Menambah pengetahuan sedia ada kepada murid-murid kerana tidak semua

keluarga yang pernah mengajak atau mengajar mereka sebarang aktiviti

mengenai gotong - royong.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GOTONG – ROYONG DAN RIADAH PPKI


SK MATANG 2009

1. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Matang


34750 Matang Perak

2. Penasihat 1 : En. Fezarudin bin Mahamudin


( Guru Besar SK Matang )

3. Penasihat II : Tn Hj Abd Rahim bin Abd Rasid


( Penolong Kanan Pentadbiran )

4. Penasihat III : Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais


( Penyelaras PPKI SK Matang )

5. Pengerusi : En. Mohamad Zamri bin


Hj Mohamad Napis

6. Setiausaha : En. Mohd Zulfadhly bin


Ahmad Tarmizi

7. Bendahari : Pn. Norhayati bt Hussain

8. AJK Makanan / Minuman : Pn. Norul Ashikin bt Mohamed


: Pn. Faridah bt Ishak
: Pn. Irwazita bt Shamsee
: Cik Juriati bt Jamaludin

9. AJK Keselamatan : En. Zainuddin bin Abd Rahim

10. AJK Aktiviti Gotong-Royong : Semua warga PPKI SK Matang

11. AJK Aktiviti Poco-poco : Semua warga PPKI SK Matang

12. AJK Aktiviti Nasyid : Semua Warga PPKI SK Matang.

13. Kumpulan Sasaran : Semua warga PPKI SK Matang


Laporan Program

Pada 6 November 2009 yang lalu, Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi
( PPKI ), Sekolah Kebangsaan Matang, Taiping Perak telah mengadakan Program
Gotong - Royong dan Riadah di sekitar kebun dan halaman kelas PPKI. Program ini
bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-
guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka.
Pada pukul 7.40 pagi murid-murid telah berkumpul di Dewan Datuk
Maharajalela untuk pembahagian kumpulan mengikut kawasan-kawasan gotong-
royong yang telah dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu Kumpulan A, Kumpulan B
dan Kumpulan C. Setiap kumpulan telah dibahagikan dengan beberapa orang guru dan
juga PPM disertai oleh murid-murid PPKI mengikut pecahan kelas.

Aktiviti gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua guru dan
murid-murid telah melakukan aktiviti membersihkan kebun beramai-ramai.
Antaranya ialah seperti aktiviti membuang daun-daun kering , mencangkul dan
menggemburkan tanah, menyiram pokok bunga dan juga menabur baja. Aktiviti
gotong-royong ini telah berjalan selama satu jam setengah sehingga pukul 9.30 pagi.
Selepas itu, semua guru dan murid-murid ke kantin untuk rehat dan sarapan pagi.

Pada pukul 10.00 pagi, semua guru dan murid-murid menuju ke Dewan Datuk
Maharajalela untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti ‘POCO-POCO’. Aktiviti ini telah
diketuai oleh Encik Zamri bin Hj Mohamad Napis. Aktiviti ini telah berlangsung
selama satu jam sehingga jam 11.00 pagi.

Pada pukul 11.00 pagi diteruskan dengan aktiviti latihan nasyid sempena
minggu Agama Islam. Latihan nasyid ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang
telah dilatih oleh guru-guru PPKI.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan di
masa akan datang dan memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Penutup

Program ini telah berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan.


Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan
ribuan terima kasih. Dengan program ini juga, dapat memberi manfaat kepada semua
murid dan guru.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________ _____________________
(Cik Shazrina bt Mohd Ghazali) (Pn. Shamsiah bt Mohd Jais)
Guru PPKI SK Matang Penyelaras PPKI SK Matang

AKTIVITI MEMBERSIHKAN KEBUN


MENARI POCO-POCO….

You might also like