P. 1
imunisasi

imunisasi

|Views: 1,855|Likes:
Published by issa_ me_kay

More info:

Published by: issa_ me_kay on Nov 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/21/2014

pdf

text

original

Pengenalan Biarpun keberkesanan vaksin terbukti mampu melindungi si kecil daripada serangan bakteria dan virus berbahaya, masih

ramai ibu bapa seakan tidak mempedulikan kepentingan suntikan imunisasi yang sudah diperkenalkan berdekad lamanya. Hanya alasan remeh diberikan termasuk kasihan dan terlupa disebabkan terlalu banyak jadual yang perlu diikuti. Mengikut kaji selidik membabitkan 6,600 responden di seluruh dunia, 42 peratus daripada 300 ibu di kalangan warga Malaysia mengakui kesan sampingan seperti demam selain bimbang kesihatan, menjadi punca utama mereka tidak mendapatkan vaksin berkenaan manakala takut melihat anak kesakitan berada di tangga kedua (36 peratus).

Objektif Kajian Melalui kajian ini kita dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang kepentingan imunisasi kepada kanak-kanak dan langkah susulan yang perlu di ambil oleh ibu bapa. 1. Apa Itu Imunisasi? 2. Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi? 3. Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi 4. Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi? 5. Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi? 6. Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi? 7. Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa? 8. Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit? 9. Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang?

1

Apa Itu Imunisasi? Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut. Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara : • • Aktif - Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan. Pasif - Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi? Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah • • • • • • • • • • Tibi Hepatitis B Polio Difteria Pertussis (Batuk kokol) Tetanus Measles (Campak) Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu) Rubella Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)

2

Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi • Tibi (Tuberculosis) Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut. • Hepatitis B Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati. • Difteria Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf. • Pertussis (batuk kokol) Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut. • Tetanus Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut. • Polio Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.

3

• Penyakit Hib Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. • Measles (campak) Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak(encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian. • Mumps (beguk) Radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan. • Rubella Biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi? Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakitpenyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi teruk dan membawa maut.

4

Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi? Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi Baru Kementerian Kesihatan Malaysia :1. Baru Lahir 2. Bulan ke 2, Bulan ke 3 ,Bulan ke 5 3. Setahun 4. Bulan ke 18 5. Tahun 1 6. Tahun 6 7. Tingkatan 3

• Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut jadual imunisasi baru. • Sekiranya anak anda tercicir daripada mendapat imunisasi, segera bawa ke klinik. • Imunisasi DPT + Hib diberi dalam satu suntikan.

5

Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi? • Imunisasi adalah SELAMAT • Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya • Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ºC), ruam di seluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku • Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke klinik/hospital dengan segera.

Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa? YA, BOLEH - Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat dalam masa yang sama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu. Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit? Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema. Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang? Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan walaupun dilahirkan pramatang.

6

Penutup Melalui kajian dan penelitian terhadap perkembangan imunisasi di Malaysia kini , saya dapat melihat betapa pentingnya suntikan imunisasi kepada tahap kesihatan kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dengan mengikut jadual suntikan imunisasi yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini bagi memastikan anakanak mereka terhindar dari sebarang penyakit berbahaya.Hal ini kerana, tahap kesihatan penduduk di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun. Kesedaran ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak-anak mereka terjamin haruslah di pertingkatkan lagi. Ini kerana, ada segelintir ibu bapa memandang rendah terhadap pengambilan suntikan imunisasi dan terlalu takut kesan sampingannya walaupun kesan itu tidak berbahaya kepada anak-anak mereka. Oleh demikian, ibu bapa dapat mengikis tanggapan negatif itu dan berusaha membawa anak-anak mereka mengambil suntikan imunisasi mengikut jadual yang telah disediakan. Selain itu, pihak kementerian kesihatan haruslah berkerjasama dengan hospital-hospital swasta dan kerajaan dalam usaha mengadakan kempenkempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan imunisasi pada masa kini. Melalui kerjasama ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan masyarakat terhadap kepentingan imunisasi bagi mencegah penyakit berbahaya. Seterusnya dapat melahirkan generasi baru yang lebih sihat dan cergas.

7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->