You are on page 1of 7

SOALAN INDUKSI

1. Bekas Pegawai Kerajaan yang telah berhenti kerja dari perkhidmatan Kerajaan boleh
diambil balik berkhidmat dalam apa jua jawatan dengan kebenaran khas

A. Ketua Setiausaha Negara.


B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
C. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D. Suruhanjaya yang berkenaan.

2. Apakah tindakan bagi seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke dalam


perjawatan berpencen apabila dilantik ke satu jawatan baru?

A. Diperakukan menghadiri Kursus Induksi


B. Disahkan dalam perkhidmatan setelah Laporan Perubatan menyatakan beliau
layak untuk dibuat sedemikian.
C. Diperakukan perkhidmatan cemerlang.
D. Tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam perjawatan
berpencen.

3. Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
yang berkenaan bagi tempoh

I. tiga bulan
II. empat bulan
III enam bulan
IV. dua belas bulan

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja

4. Encik R telah menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi tempoh melebihi 8
jam tetapi kurang daripada 24 jam. Beliau layak menuntut elaun makan sebanyak RM
45.00 sehari. Berapakah jumlah elaun yang layak dituntut oleh beliau

A. RM45.00.
B. RM125.00.
C. RM60.00.
D. RM22.50.

1
5. Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat layak
memohon Pendahuluan Diri. Bayaran yang layak dipohon di dalam Pendahuluan Diri
tersebut ialah

A. elaun makan sahaja.


B. kadar sebenar bayaran sewa hotel.
C. Elaun makan, bayaran sewa hotel/lojing dan tambang perjalanan.
D. Elaun makan dan bayaran hotel.

6. Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecuali

A. Tahan Kerja.
B. Lucuthak emolumen.
C. Tangguh pergerakan gaji.
D. Buang kerja.

7. Bayaran Wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital-hospital


Kerajaan hanya boleh dikecualikan sekiranya pegawai itu

A. jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu Pejabat.


B. mempunyai gaji kurang daripada RM500.00 sebulan.
C. Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.
D. Menerima rawatan kurang daripada dua minggu.

8. Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik mengikut Sistem Saraaan Baru (SSB)
boleh disahkan dalam perkhidmatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut, kecuali

A. setelah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan pada gred jawatan tersebut.
B. setelah hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
C. setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
D. setelah lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika perlu).

9. Seseorang pegawai awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab berikut boleh
dilantik semula ke dalam Perkhidmatan Awam.

A. Sumpah palsu.
B. Tidak Lulus peperiksaan yang ditetapkan.
C. Prestasi kerja tidak memuaskan.
D. Diwartakan tidak hadir bekerja.

10. Puan Asiah seorang Penolong Pegawai Perangkaan selalu memberi pinjaman wang
dengan bunga kepada rakan-rakan sepejabatnya yang berada dalam kesusahan. Oleh
itu, Puan Asiah

A. telah melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman wang dengan bunga.


B. tidak melakukan apa-apa kesalahan.

2
C. tidak melakukan kesalahan kerana niatnya baik.
D. tidak melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman adalah urusan peribadi.

11. Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah

I. Cuti rehat
II. Cuti pemulihan dan cuti kuarantin
III. Cuti kemalangan
IV. Cuti Sakit Lanjutan

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II dan IV.
D. II, III dan IV.

12. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa
adalah kerja-kerja yang

A. dilakukan di luar Ibu Pejabat yang melebihi daripada waktu bekerja.


B. perlu dibuat pada waktu malam.
C. dilakukan sebelum jam 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang.
D. dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasa.

TK 1 (Khusus)
SOALAN PENCEN DAN ASPEK KESELAMATAN PEJABAT
1. Dokumen terperingkat yang dihantar melalui peti atau beg berkunci adalah dikehendaki
menggunakan

A. Sampul pos berdaftar


B. sampul surat biasa
C. sistem dua lapis sampul surat.
D. sistem satu sampul surat sahaja.

2.Tindakan yang perlu diambil terhadap buangan terperingkat sebelum dibinasakan ialah

A. membawa pulang buangan terperingkat tersebut.


B. menyimpannya di atas rak fail.
C. membuang sahaja buangan terperingkat itu.
D. menyimpannya dalam peti keselamatan yang sesuai dengan peringkatnya.

3
3.Encik Zain seorang juruteknik di PKNS sedang bercuti sebelum bersara. Beliau telah
ditawarkan bekerja di sebuah syarikat swasta berdasarkan pengalaman yang beliau miliki.
Oleh itu beliau

A. boleh menerima jawatan tersebut dengan syarat mendapat kebenaran terlebih


dahulu daripada Ketua Jabatan.
B. boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau sedang bercuti sebelum bersara.
C. tidak boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau masih lagi seorang pegawai
kerajaan.
D. tidak boleh menerima jawatan tersebut selagi cuti sebelum bersaranya habis.

4. Bagi dokumen terperingkat yang tidak kekal terjilid, peringkat keselamatan


hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf besar pada

A. penjuru kiri sebelah atas setiap muka surat.


B penjuru kanan sebelah bawah setiap muka surat.
C. penjuru kanan sebelah atas dan penjuru kiri sebelah bawah pada setiap muka
surat.
D penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan sebelah bawah setiap muka surat.

5. Tindakan atau sebarang kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkara


terperingkat dengan cara tersembunyi dan menyalahi undang-undang yang bertujuan
untuk mengancam keselamatan Negara adalah ditakrifkan sebagai

A. subversif.
B. khianat.
C. sabotaj.
D. espionaj.

6. Salah satu daripada perkara di bawah ini tidak seharusnya terkandung di dalam
sesebuah fail

A. Surat-surat dan salinan surat-surat yang diterima.


B. Salinan surat-surat yang dikeluarkan.
C. Draf-draf surat.
D. Minit-minit bebas.

7. Yang mana di antara berikut, langkah-langkah keselamatan yang tidak berkesan?

A. diletakkan di kawasan laluan orang ramai.


B. arahan-arahan senang difahami.
C. setiap orang benar-benar memahami perlunya langkah-langkah itu diadakan.
D. langkah-langkah itu dikuatkuasakan dengan tegas hingga dihormati dan menjadi
perkara biasa.

4
8. Proses asas yang digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang dikehendaki
melihat perkara-perkara terperingkat Sulit dikenali sebagai

A. Tapisan Sulit.
B. Tapisan Kasar.
C Tapisan Rahsia.
D Tapisan Halus.

9. Surat-surat yang dikeluarkan oleh mana-mana Kementerian, Jabatan atau Agensi


perlu diberi pengkelasan keselamatan mengikut

A. peringkat keselamatan kandungan fail itu.


B. kepentingan kandungan surat.
C. garis panduan Pejabat Keselamatan Kerajaan.
D. panduan Keselamatan Jabatan.

10. Puan Zainun, seorang Pegawai Kanan di Kementerian Dalam Negeri terpaksa
membawa pulang fail terperingkat Sulit untuk menyambung kerjanya di rumah.
Dalam keadaan ini, beliau hendaklah

A. mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.


B. mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Dalam Negeri.
C. Mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.
D. Mendapat kebenaran daripada Pendaftaran Fail Kementerian Dalam Negeri.

TK 2

11. Berikut adalah jenis-jenis persaraan mengikut Seksyen 10, 11, 12 dan 12A Akta 227
atau 13 Akta 239. Pilih satu jenis persaraan yang tidak betul.

A. Persaraan atas sebab penghapusan Jawatan.


B. Persaraan atas sebab kepentingan Negara.
C. Persaraan atas sebab berhijrah.
D. Persaraan atas sebab dilantik berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan yang
diluluskan oleh kerajaan.

12. “Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat” adalah satu lagi faedah di bawah skim
pencen. Jumlah maksima cuti rehat yang dibenarkan dikumpul untuk tujuan tersebut
adalah tidak melebihi

A. 90 hari
B. 120 hari
C. 30 hari.

5
D. 15 hari

13. Ganjaran terbitan ialah faedah di bawah skim pencen yang dibayar sekaligus
berikutan kematian pegawai berpencen dalam perkhidmatan. Amaunnya
dihitung mengikut formula berikut

A. 7.5/100 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.


B. 1/600 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir
C. 1/30 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.
D. 1/500 X tempoh Perkhidmatan X gaji akhir.

14 Pemeriksaan ke atas Pemadam Api hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya

A. 3 bulan sekali.
B. 6 bulan sekali
C. apabila alat tersebut ingin ditukar baru
D. 1 tahun sekali

15. Salah satu daripada perkara di bawah ini tidak seharusnya terkandung di dalam
sesebuah fail

A Surat-surat dan salinan surat-surat yang diterima.


B Salinan surat-surat yang dikeluarkan.
C Draf-draf surat.
D Minit-minit bebas.

16 Pas Keselamatan bagi mana-mana pejabat kerajaan akan dibahagi kepada kategori
berikut, kecuali

A. Pas Keselamatan Khas.


B. Pas Keselamatan Pelawat.
C. Pas Keselamatan Tetap
D. Pas Keselamatan Sementara.

17 Satu kulit fail yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dengan fail asal
hendaklah dibuka dan ditandakan sebagai Jilid II apabila

A. kulit fail asal itu dan kandungannya basah terkena hujan.


B. terlalu banyak lampiran di dalam fail asal itu.
C. had muatan di dalam fail asal itu telah dicapai.
D. kandungan fail asal itu telah mencapai angka seratus atau melebihi 1 inci
ketebalannya.

18.Kertas Minit yang diletakkan di bahagian sebelah kiri kulit fail adalah digunakan
untuk tujuan-tujuan berikut, kecuali

6
A. merekodkan butir-butir tindakan ke atas panggilan telefon berkenaan perkara
dalam fail.
B. mencatatkan pengedaran fail.
C. merekodkan surat-surat masuk dan keluar.
D. mencatatkan hasil-hasil perbincangan berkaitan isi kandungan fail.

19 Seorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan
kepadanya boleh

A. melihat semua perkara terperingkat secara automatik.


B. melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan tugasnya.
C. menyimpan semua jenis fail terperingkat.
D. menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat.

20. Proses memindahkan fail-fail jabatan ke Arkib Negara perlulah memastikan

I. fail-fail berkenaan tidak aktif selama satu tahun.


II. fail-fail adalah bernilai dan telah berumur lebih daripada 20 tahun.
III. fail-fail tidak lagi dikehendaki oleh jabatan untuk urusan harian dan sudah
melebihi lim tahun selepas penutupan.
IV. Fail-fail telah disemak sebagai berguna untuk disimpan di Arkib Negara.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II dan IV sahaja.

.21. Kelemahan- kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya pelanggaran


keselamatan dan mungkin berkesudahan dengan perkara-perkara rasmi diketahui oleh
pihak yang tidak diberi kebenaran. Kelemahan-kelemahan itu termasuk

I keinginan hendak menunjuk-nunjuk dan menarik hati saudara mara, sahabat handai dan
rakan taulan, terutama kepada kumpulan jantina lain mengenai pengetahuan sesuatu
perkara terperingkat yang pada amnya tidak diketahui oleh orang lain.
II. kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan.
III. kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras dan dadah.
IV. tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat awam mengenai
perkara terperingkat.

A. I dan II.
B. II dan III.
C II, III dan IV.
D I, II, III dan IV.

You might also like