You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BLOK J, PARAS 7 Tel : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2543107
50604 KUALA LUMPUR Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.7 / (56)
Tarikh : 30 September 1993

Semua Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1993 :


Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan
Bahasa Melayu Sebutan Baku

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa
Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa Bahasa Melayu sebutan baku akan
diwajibkan dalam peperiksaan seperti berikut :

i. Mulai 1994 :
Ujian Lisan Bahasa Melayu tahun 6 bagi SK/SRK yang dikendalikan
sepenuhnya oleh sekolah.

ii. Mulai 1994 :


Ujian Lisan Bahasa Melayu Tingkatan III yang dikendalikan sepenuhnya oleh
sekolah.

iii. Mulai 1994 :


Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM yang dikendalikan sepenuhnya oleh
Lembaga Peperiksaan.

2. Ke arah penyempurnaan pelaksanaan tersebut semua Maktab Perguruan, Institusi


Pengajian Tinggi dan sekolah hendaklah memiliki bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran seperti berikut :

i. Pedoman Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1988

ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991

iii. Daftar Kata Bahasa Melayu, DBP (dijangka terbit Mac 1994)

iv. Modul Panduan Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan


Malaysia, DBP, 1989

3. Untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu sebutan baku, semua aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta upacara rasmi lain seperti
pertandingan bahas, syarahan, seminar dan sebagainya mestilah dilaksanakan dengan
menggunakan Bahasa Melayu sebutan baku.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekian bagi tindakan Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN CINTAILAH BAHASA KITA”

(DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Datuk Dr. Sulaiman Daud


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like