You are on page 1of 11

KEPUPUSAN

FLORA DAN
FAUNA

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 1
Pengenalan

Pada waktu ini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang


berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perlu
dibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumi
terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini. Kealpaan manusia telah
menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakin
meningkat. Kepupusan flora dan fauna telah berada dalam zon kritikal dan ia perlu
diambil serius selagi masih ada masa.

Definisi

Menurut Kamus Bahasa Melayu edisi kedua (1996), flora membawa maksud
‘tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa”
manakala fauna pula bermaksud ‘seluruh binatang yang hidup di suatu tempat”.
Kepupusan pula menurut Kamus Bahasa Melayu ialah ‘habis lenyap’. Kepupusan
flora dan fauna boleh didefinisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan
dan haiwan semulajadi dari muka bumi.

Folio ini akan membincangkan tentang punca-punca kepupusan flora dan


fauna, kesan-kesan kepupusannya dan langkah-langkah yang dianggap sesuai
untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan contoh-contoh yang diselitkan melibatkan
negara kita sendiri, Malaysia.

Punca-Punca Kepupusan Flora dan Fauna

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 2
Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada kepupusan flora dan
fauna sama ada secara langsung atau tidak langsung.

1. Pembalakan Haram

P embalakan
merupakan salah satu punca
utama kepupusan flora dan fauna.
haram

Pembalak-pembalak haram giat


membuat aktiviti pembalakan
secara meluas di kawasan yang
tidak sepatutnya. Pokok-poko
balak tumbang menghempas
tumbuhan-tumbuhan kecil yang
berada di bawahnya. Keadaan ini
boleh menyebabkan tumbuhan renek ini mengalami kepupusan. Apabila hutan yang
sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat yang tinggal untuk flora dan fauna.

2. Pembakaran Hutan

P
tidak
embakaran hutan
dilakukan secara terbuka dan
terkawal juga
yang

boleh
menyebabkan kepupusan flora dan
fauna. Menurut satu laporan di
dalam akhbar Utusan Malaysia pada
bulan Mac 2005 yang lalu,
kebakaran hutan di Berjuntai Bestari,
Batang Berjuntai hampir meragut
sejumlah besar hutan di kawasan tersebut. Apabila kebakaran hutan terjadi, fauna

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 3
akan kehilangan tempat tinggal dan flora akan turut terbakar sama. Mohd Kdir (2009)
di dalam blognya menyatakan kebanyakan pihak di negara membangun lebih gemar
megambil jalan mudah dan singkat seperti mengamal kan konsep “tebas dan bakar”
(slash and burn). Pembakaran yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan
api merebak dan meningkatkan peratus kepupusan flora dan fauna.

3. Pembukaan Tanah Baru / Pembangunan

A ntara keperluan yang


menjadi masalah adalah tempat
tinggal. Manusia memerlukan tempat
sering

tinggal. Oleh itu, untuk memenuhi


permintaan yang semakin tinggi,
banyak kawasan baru perlu diterokai
untuk membina penempatan baru.
Kawasan yang dahulunya hutan
belantara telah dijadikan kawasan
perumahan oleh pemaju-pemaju.
Pembukaan tanah baru juga acap kali dilakukan untuk dijadikan kawasan pertanian
dan perindustrian. Habitat flora dan fauna digantikan dengan besi konkrit, menara
dan sebagainya. Keratan akhbar di bawah merupakan salah satu contoh punca
Sungai Kelantan menjadi cetek. Ini mendatangkan impak kepada hidupan akuatik di
sungai tersebut.

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 4
Sumber dari Berita Harian
4. Pemburu Haram

M asyarakat
dengan
sering

dokumentari atau berita


disajikan

tentang
haiwan-haiwan dibunuh oleh
pemburu haram untuk
keuntungan sendiri.
Dokumentari tentang perkara ini
sering dipaparkan di rancangan
Discovery Channel atau National
Geography. Malaysia juga tidak terkecuali. Mohd Kdir (2009) menyatakan
permintaan yang tinggi dalam bidang perubatan menyebabkan pelbagai spesis
haiwan diburu.

Antara haiwan-haiwan yang menjadi buruan adalah:

gajah untuk gadingnya

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 5
badak sumbu diburu untuk tanduknya yang
dikatakan mujarab untuk perubatan tradisional

telur penyu untuk tenaga batin dan

harimau untuk tujuan perubatan.

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 6
5. Aktiviti Perikanan

A ktiviti menangkap ikan


merupakan salah satu
rezeki bagi nelayan-nelayan
punca
di
pesisiran pantai. Tangkapan
menggunakan jala,
pancing,bubu dan apa juga cara
tradisional tidak menjejaskan habitat
atau bilangan hidupan akuatik di sungai
atau laut. Apa yang menjadi ancaman
kepada hidupan akuatik ialah tangkapan yang melibatkan bot-bot yang besar,
menggunakan kemudahan teknologi moden. Apabila pukat tunda dilabuh dan
dinaikkan, ia turut mengaut segala hidupan di dasar laut seperti terumbu karang,
tapak sulaiman, ikan-ikan kecil dan sebagainya. Terumbu karang merupakan tempat
tinggal bagi sesetengah ikan. Apabila terumbu karang itu sendiri telah dikaut, tiada
lagi habitat ikan.

6. Peningkatan Suhu Dunia

D unia
tidak
semakin
menentu
panas.
dan ini
kesan dari rumah hijau. Peningkatan suhu
Cuaca
semua
semakin
adalah
dunia
(global warming) menunjukkan lapisan ozon
semakin nipis. Tidak semua flora dan fauna
mampu bertahan dengan suhu panas
membahang. Kawasan yang dahulunya sejuk
mungkin akan berakhir seperti kawasan gurun yang

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 7
panas. Apabila hutan itu sendiri mengalami kepanasan global, haiwan-haiwan akan
turut merasai keperitannya.

Kesan-Kesan Kepupusan Flora dan Fauna

1. Kitaran kehidupan terjejas

A pabila
dan
mengalami
haiwan-haiwan
tumbuhan
kepupusan
yang serius, ia turut
menjejaskan kitaran
kehidupan semua
hidupan. Contohnya,
harimau yang diburu boleh
menyebabkan kepupusan.
Apabila tiada lagi harimau untuk mengawal populasi rusa dan kijang, haiwan-
haiwan ini akan terus membiak dan mampu merosakkan kawasan rumput di
sekelilingnya.

Harimau

Pemburu Haram
2. Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh

Rusa, kijang dan lain-lain

A kibat dari pembalakan yang tidak


terkawal dan pembukaan tanah
baru mampu mendorong tanah runtuh
berlaku. Akar-akar pokok secara tidak

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 8
langsung mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan memastikan tanah
sentiasa berada dalam kedudukan yang semulajadi. Tetapi, apabila perkara di atas
berlaku, di mana hutan dan pokok-pokok digondol, tiada lagi akar-akar mencengkam
tanah. Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak mampu lagi untuk
menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh
berlaku. Dahulu negara digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Genting
Highlands dan Highland Towers. Jika diperhatikan, kawasan sekelilingnya tidak
mempunyai banyak pokok.

3. Mencacatkan Pemandangan Alam

A pabila flora dan fauna yang sebelum ni


menyerikan
kepupusan, yang
alam semulajadi
terbentang di
mengalami
depan mata
hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti
gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis
spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan hujan
tropika bertukar menjadi padang jarak padang
terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan
pemandangan alam semulajadi.

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 9
Langkah-Langkah Mengatasi

Ada beberapa cadangan bagi mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna
di Malaysia.

1. Mewujudkan sistem pengurusan hutan yang boleh menjamin dan


melindungi flora dan fauna.
 Menjalankan penanaman semula; contohnya seperti menanam
semula pokok kayu balak yang telah ditebang bagi
menggantikannya.
 Menghadkan kapasiti hasilan hutan; untuk mengelakkan tumbuhan
dan pokok-pokok sering ditebang dan sebagainya.

2. Memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan


haram
 Sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh
pembalak dan pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal
menghancurkan flora dan fauna

3. Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman


rekreasi, taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi.
 Dengan kewujudan kawasan sebegini, habitat flora dan fauna boleh
terpelihara.

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 10
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan


suatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam
semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-
baiknya, tiada apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang.

Dunia ini hanyalah pinjaman, Manusia tidak berhak untuk merampas atau
meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya Segala perkara yang ingin
dilakukan, perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman
terhadap alam semulajadi.

Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua jika
tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.

Hasil kerja
Hafizatulfadilla binti Muhamad Amin
Copyright 2009 Page 11

You might also like