You are on page 1of 26

BAHAN PENGIKAT &

PENCANTUM

MOHD ALI BIN JEMALI


INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM,
JOHOR BAHRU
BAHAN PENGIKAT &
PENCANTUM
CONTOH :
 GLU.
 PAKU.
 SKRU.
 BOLT.
 REBET.
Glu
 Glu merupakan bahan yang berbentuk cecair
yang mempunyai kebolehan untuk
mencantumkan dua bahan yang sama atau lain.
 Penggunaan serta pemilihan glu yang betul
adalah penting untuk memastikan ketahanan
bahan yang diperekatkan.
 Terdapat pelbagai jenis glu yang terdapat di
pasaran untuk pelbagai kegunaan.
 Jenis jenis glu :
– Glu Kayu.
– Glu Logam.
– Glu Binatang
– Glu PVC
Glu Kayu
Digunakan untuk mencantumkan kayu
dalam kerja pembuatan perabot.
Biasa digunakan untuk mengukuhkan
tanggam.
Terdapat pelbagai jenama di pasaran
seperti :
– TREBOXX 2
Glu Binatang
Sejenis gelatin yang dihasilkan daripada
kulit dan tulang binatang.
Sesuai dalam pembuatan perabot, venir,
papan lapis dan sebagainya.
Penyediaannya lambat dan memerlukan
periuk khas untuk memasak glu tersebut
dengan suhu 60 darjah.
Digunakan semasa panas. Ia tidak kalis
air. Glu ini juga lambat kering.
Biasanya digunakan dalam industri
untuk menghasilkan papan lapis.
Glu Protein
Glu yang diperbuat daripada
sayuran seperti kacang soya,
kacang tanah, benih kapas, serta di
campurkan dengan bahan kimia
yang lain.
Glu PVA (Polyvinyl
Acetate)
 Glu yang diperbuat dari pada bahan kimia yang
digunakan untuk melekatkan kayu dan PVC.
 Ia mudah digunakan kerana ia dihasilkan dalam
bentuk siap dibancuh dan tidak mudah
terbakar.
 Jika ia digunakan terlalu banyak ia akan
mengakibatkan PVC menjadi rosak kerana ia
bersifat mengkakis.
 Masa pemasangannya ialah 10 - 20 minit dan
hendaklah diapit selama 1 - 2 jam, ia mencapai
kekuatan maksimumnya selepas 12 jam.
Epoksi
Sejenis resin yang cepat mengeras
jika dicampurkan dengan agen
pengeras.
Ia merupakan perekat bahan
binaan yang sangat kuat dan
mempunyai sifat rintangan kepada
bahan kimia.
Ia sangat sesuai digunakan untuk
memerekatkan kayu, logam, kaca,
jubin, getah, plastik dan
sebagainya.
Paku
Paku merupakan salah satu jenis
penyambung yang biasa digunakan
untuk kerja-kerja sambungan umum.
Ia biasanya diperbuat daripada logam
lembut.
Terdapat pelbagai jenis paku di dalam
pasaran dan kegunaanya yang
tersendiri.
– Paku Biasa - Paku Venir
– Paku Kotak - Paku Payung
– Paku Kekemasan - Paku Berkepala Dua
– Paku Panel - Paku Bergelugur
Paku Biasa dan Paku
kotak
 Paku ini berkepala bulat
dan digunakan di dalam
pembinaan berat seperti
memaku rangka dinding,
Paku biasa
membuat kotak, dan
pengunaan am.
 Paku kotak mempunyai
kegunaan yang sama
denga perbezaanya
adalah toloknya adalah
lebih kecil dan biasanya
akan meretakkan hujung
kayu jika digunakan.
Paku Kemasan
 Kepala paku jenis ini
berbentuk peluru. Ia
biasanya digunakan dalam
kerja kekemasan seperti
memasang pelapisan
dinding.
 Kepala paku ini boleh di
benamkan menggunakan
alat pembenam paku.
 Paku bergelugur ialah paku
nipis bersegiempat bujur
dan bergelugur yang di
perbuat daripada keluli.
 Paku jenis ini sesuai di
gunakan untuk menemukan
beberapa keping papan dan
juga tanggam.
Paku Panel & Paku Venir
 Sejenis paku dawai yang
halus, kepalanya
berbentuk kon yang
terbalik dan apabila di Paku panel
paku ke atas kayu
kesannya kurang
Kalimantan.
 Ia mempunyai pelbagai
saiz dan sesuai di
gunakan di dalam kerja
panel.
 Paku venir mempunyai
kegunaan yang serupa
denga paku panel tetapi
ada paku jenis ini yang
tidak mempunyai kepala.
Paku Payung
 Paku ini digunakan
dalam pemasangan
bumbung bergelugur
supaya air tidak tiris.
 Ia mempunyai kepala
yang berbentuk
payung dan
mempunyai kapas di
kepalanya.
Paku Konkrit
 Paku ini diperbuat
dari pada keluli keras
dan ia mempunyai
alur pada batang
paku tersebut.
 Ia boleh dipakukan
kepada dinding
konkrit apabila
memasangkan
kayuuntuk
memasangkan
barang atau
pendakap.
Cara Mengelaskan Paku
Paku boleh dibeli mengikut beratnya dan
paku panel dijual di dalam kotak.
Pekara yang harus dinyatakan semasa
membeli paku adalah :
– Beratnya.
– Panjangnya.
– Jenisnya (Nama)
– Logam (Jenis logam paku tersebut)
– Toloknya.
Kaedah Memaku
Selepas memukul paku ke dalam kayu,
paku tersebut hendaklah dibenamkan
menggunakan pembenam paku su paya
ia boleh ditutup dengan dempul.
Untuk mencabut paku yang bengkok
hendaklah menggunakan tukul besi kuku
kambing atau kakak tua dan dialas
dengan bongkah kayu bagi
mengelakkkan kerosakan pada
permukaan kayu.
Jangan memaku mengikut ira kayu
untuk mengelakkan kayu menjadi retak
semasa memaku.
Skru
 Skru diperbuat daripada loyang atau besi lembut dan di
gunakan untuk memasang engsel atau barang lain pada
kayu.
 Ada skru yang mempunyai alur dan alur berpalang
( kepala Philip).
 Skru terdiri daripada beberapa bahagian:
– Kepala.
– Batang bajak (shank)
– Benang.
– Hujung skru
 Terdapat pelbagai jenis skru di dalam pasaran dan
kegunaanya yang tersendiri.
– Skru Kepala Rata (Counter Sunk)
– Skru Kepala Bulat
– Skru Kepala Timbul
– Skru Kepala Segi Empat
Skru Kepala Rata (Counter
Sunk)
 Diperbuat daripada
keluli lembut dan di
galvanikan untuk
mencegah
pengaratan.
 Terdapat juga skru
yang diperbuat
daripada loyang dan
tembaga.
 Skru hendaklah di
pasang dengan
cermat untuk
mengelakkan
daripada patah.
Skru Kepala Bulat
 Skru jenis ini mempunyai
kepala berbentuk bulat
dan bahagian bawahnya
rata.
 Diperbuat daripada keluli
lembut , loyang dan
tembaga dan di
galvanikan untuk
mencegah pengaratan.
 Selain daripada mengikat
kayu, ia juga digunakan
untuk sebagai hiasan
kerana kepalanya yang
berbentuk bulat.
Skru Kepala Timbul
 Merupakan cantuman dia
antara Skru Kepala Rata
dan Skru Kepala Bulat
tetapi ia diperbuat
daripada keluli yang lebih
kuat.
 Ia digunakan untuk
melekatkan logam
dengan kayu.
 Ia digunakan bagi
mengutamakan
kecantikan serta
kekuatan seperti
pemasangan engsel
hiasan dan pendakap
logam.
Skru Kepala Segi Empat
 Merupakan skru yang
kuat diperbuat
daripada keluli.
 Kepala skru ini
mempunyai bentuk
segi empat dan
memerlukan spana
untuk mengikatnya.
 Ia digunakan dalam
kerja kasar seperti
pembinaan jambatan,
pembinaan Koc
Pasakan mesin dan
lain-lain.
Bolt & Nat
Bolt dan Nat digunakan untuk mengikat
bahagian kayu atau logam.
Terdapat pelbagai jenis Bolt dan Nat di
dalam pasaran dan kegunaannya yang
tersendiri.
– Bolt Bengkok.
– Bolt Nat.
– Bolt Gerigi (Rag Bolt).
Bolt Bengkok
Bolt jenis ini
mempunyai
kepala yang di
bengkokkan untuk
mengantungkan
barang.
Bolt dengan Nat
 Bolt dan nat ini di
gunakan bersama
untuk mengikat kayu
kepada kayu, logam
kepada logam dan
kayu kepada logam.
 Terdapat pelbagai
jenis nat di dalam
pasaran yang
mempunyai
keguanaan yang
berbeza.
Bolt Gerigi (Rag Bolt)
 Bolt jenis ini akan
mengembang apabila
dipasang.
 Ia digunakan untuk
pasak mesin dan
bahagian yang
memerlukan
pegangan yang kuat
seperti tutup tiang
dan sebagainya.
Ribet
 Merupakan sejenis
pencantum yang di
gunakan untuk
mencantum kepingan
logam dengan kepingan
bahan yang lain atau
yang sama dengannya.
 Ia mempunyai alat seperti
playar untuk memasang
ribet dan paku khas yang
dipanggil ribet.
 Terdapat pelbagai jenis
ribet di pasaran di
antaranya ialah;
– Ribet biasa
– Ribet angin

You might also like