You are on page 1of 15

KEMASAN

MOHD ALI BIN JEMALI


INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
JENIS KEMASAN
Kemasan merupakan kerja penghabisan yang
menentukan kecantikannya. Beberapa jenis
kemasan boleh dilakukan berdasarkan kepada
bahan-bahan yang digunakan dan juga
pertimmbangan kosnya.

 Kertas pasir  Varnis


 Penyumbat  Lilin
 Cat  Lekar plastik
 Syelek  Lekar
KERTAS PASIR
Kertas las adalah pengemas yang
juga dikenali sebagaikertas pasir
atau kertas kaca. Antara
kegunaannaya:
Menghilangkan kecacatan dab
tanda pada kayu.
Menggosak kayu sehingga menjadi
licin.
Saiz kertas las ditentukan mengikut
nombor gred, iaitu:
00 - halus sekali
0 - halus
1 - sederhana
2 - kasar
3 - kasar sekali
TEPUNG PENYUMBAT
 Sesetengah permukaan kayu mungkin mengalami kecacatan seperti mempunyai
lubang-lubang kecil ataupun lubang terjadi akibat ketidaksamaan semasa
menghasilkan projek.
 Fungsi utama penyumbat adalah mengisi rongga-rongga dengan baik dan kekal.
 Penyumbat pada asasnya adalah serbuk mineral yang dicampur. Ia boleh
menjadi pasir, silika, serbuk atau campuran daripada ‘carrier’-minyak, alkohol
atau air, ‘binder’-gam, varnis@syelek.
 Pada masa kini, penyumbat datang dalam pelbagai warna yang mana boleh
disesuaikan mengikut kesesuaian kayu yang digunakan. (untuk memilih
penyumbat yang sesuai, pilih warna yang paling hampir dengan kayu)
CAT
Cat ialah satu pengemas yang digunakan pada kayu dan logam.
Tujuan mengecat adalah:
Mencantikkan benda kerja
Menutup kecacatan kayu
Mencegah karat
Mencegah reput
Melindungi kayu
Mewarnakan kayu
Menyembunyikan ira kayu
Jenis-jenis cat ialah:
Cat berkilau atau cat licau yang dibancuh dengan menggunakan turpentin
Cat emulsi atau cat bauran yang dibancuh dengan menggunakan air
Kebaikan cat licau ialah:
Cantik
Berkilat
Kalis air
CAT MINYAK
Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan untu memberi lapisan perlindungan kepada
bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain. Fungsi cat ialah:
 Melindungi bahan-bahan yang disebut di atas daripada kerosakan-kerosakan yang

disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.


 Mencantikkan pemandangannya.

 Memudahkan proses pembersihan permukaannya.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair.


 Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink, dan lain-lain lagi.

 Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat(binder) dan pelarut(thinner).

 Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta

mempunyai sifat kalisan dan kelicinan.


 Pelarut berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa

mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentin, dan spirit putih.
CAT ALAS
 Cat alas disapu pada benda kerja untuk menutup lubang-
lubang kecil pada permukaan dan menjadi sebagai pengalas
apabila cat lacau disapu ia akan kelihatan lebih licin dan
berkilat.
 Permukaan yang disapu dengan cat alas perlu dilicinkan
dengan kertas las setelah ia kering.
 Sebaik-baiknya warna cat alas mestilah sama atau hampir
sama dengan cat licau yang akan digunakan.
CAT LICAU
Cat licau ialah cat yang digunakan di atas cat alas.
Jika digunakan dengan betul ia akan memberikan
permukaan yang cantik dan berkilat.
Jika permukaan memerlukan dua lapisan cat licau,
lapisan pertama perlulah dilicikan dengan kertas las
yang halus.
TURPENTIN
Turpentin ialah pelarut untuk cat.
Ia digunakan untuk mencauirkan cat dan membasuh berus cat.
Selepas digunakan, berus cat perla dibersihkan dengan betul supaya ia dapat
digunakan semula.
Cara-cara membersih berus ialah:
 Buangkan cat yang masih meekat pada berus dengan mengesat bulu berus
pada perca kain, surat khabar lama atau pada tepi tin cat.
 Basuh berus dengan turpentin dan buang cat yang masih melekat
seberapa banyak yang boleh. Jika masih tidak bersih, ulangi proses ini
beberapa kali.
 Basuh berus dengan air dan sabun serta keringkan seberapa yang boleh.

 Luruskan bulu berus dan setelah kering, balut dengan kertas minyak atau
kertas aluminium.
 Jika berus hendak disimpan buat sementara, rendam berus ke dalam
pelarut.
 Pastikan hujung berus tidak mencecah bekas simpanan.
SYELEK
 Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin
asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs yang hidup atas dahan
ranting sejenis pokok yang terdapat di asia tenggara. Resin syelek larut di dalam
alkohol –methylated spirit.
 Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan french poloshing. Syelek boleh
juga digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai
serpihan yang perlu dilarutkan dalam alkohol untuk digunakan, ataupun diseli
secara bancuh siap.
 Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau cina.
Jika di simpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.
VARNIS
 Varnis mengandungi resin asli(congo, manila, kuari) atau resin tiruan (phenolics,
alkyds) dimasak dalam minyak pengering(linseed,tung) dan dicairkan dengan
pelarut seperti turpentin tulin dan spirit supaya mudah di gunakan secara sapu
atau sembur.
 Proses pengeringannya mengambil masa selama 12 jam hingga 24 jam.
 Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air,oleh sebab itu sesuai digunakan
pada kayu.
LILIN
 Ada 3 jenis lilin iaitu lilin keras (carnauba dan ceresine) lilin sederhana (lilin
lebah) dan lilin lembut (parafin).
 Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentin dan
menyapunya ke permukaan kayu supaya lilin dimasukkan kedalam ira kayu.
 Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut.
 Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan didalam turpentin sebelum dibancuh
dengan lilin atau mengacaukan serbuk pewarna dalam cecair lilin.
 Segala kerja hendaklah di buat jauh daripada api, oleh sebab turpentin
digunakan sebagai pelarut dan turpentin ini sangat mudah terbakar.
LEKAR PLASTIK
 Lekar ini mengandungi resin yang terdiri dariada polyurethane, alkyd, urea dan
lain-lain lagi yang akan mengeras melalui tindakbalas kimia dengan bahan
pengeras (cacalyst)
 Ada beberapa jenis lekar plastik berupa lutsinar, berwarna pudar dan licin yang
boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar.
 Lekar ini setelah disapu atau disembur mengering dengan cepat dan
menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang
bahan kimia, pelarut, api dan sebagainya
LEKAR
 Lekar yang biasa digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia
merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan
thinner,boleh disapu atau pun disembur.

You might also like