You are on page 1of 19

1.

0 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan
matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah
negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula
dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad
memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir
Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan
kejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik.

Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan


bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan
sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi
kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses
mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis,
rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan
sebarang masalah.

Pembelajaran matematik KBSR (1993) dirancang supaya mencapai matlamat


iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat murid terhadap
matematik. Mereka diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara
berkesan dalam penyelesaian masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi
bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.

Pada masa dahulu guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah


mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Mereka juga
mengamalkan teori-teori dalam aktiviti pengajaran. Akibatnya matematik merupakan
suatu matapelajaran yang bukan sukar dipelajari, malah membosankan. Akhirnya murid
kehilangan minat daripada pembelajaran matematik. Sebenarnya jika anda tahu
bagaimana matematik itu dibentuk, dengan sendirinya seseorang itu akan jatuh cinta
dengan matematik.

1
1.1 Prinsip pemulihan dan tujuan pelaksanaannya

Menurut Kamarudin (1992), pendidikan pemulihan mempunyai objektif dan


matlamatnya sendiri. Oleh itu pelaksanaannya harus mengikut peraturan-peraturan dan
prinsip-prinsip tertentu (Modul OUM HBSL2203, 2009). Di antara prinsip-prinsip yang
digariskan adalah seperti berikut :

 Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja


murid-murid dikesan mempunyai masalah tertentu di dalam pembelajaran
matematik. Ia perlu diatasi segera supaya tidak menghalang pembelajaran
murid.

 Pendidikan pemulihan matematik juga mesti diberikan kepada murid-murid yang


bermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik yang tertentu.

 Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan


pengalaman murid. Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepada
sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pembelajaran harus
ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan (Mok Soon
Sang, 1986)

 Menggunakan kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapat


mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah.

 Memberi pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-
murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik. Kejayaan
yang diperolehi dalam sesuatu aktiviti matematik akan mendorong mereka
mempelajari matematik dengan usaha yang lebih gigih.

Tujuan pemulihan:

 Menolong murid-murid lembam membina konsep matematik asas dan


menguasai kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain.

 Melatih murid hingga dapat menggunakan kemahiran asas untuk menyelesaikan


masalah matematik dan seterusnya membina keyakinan diri.
2
 Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari.

 Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari matematik mengikut kadar


kebolehan sendiri.

1.2 Masalah Pembelajaran Matematik

Menurut Modul OUM HBSL2203, 2009 (Homan, 1970) menyatakan bahawa


murid yang kurang kemahiran persepsi, seringkali bermasalah mengenai perkaitan
ruang, jarak, turutan, gangguan ukuran, anggaran, penyelesaian masalah dan geometri.
Manakala Hudson (1966) di dalam Sabri Ahmad et. Al (2006) menyatakan personaliti
dan tanggapan negatif terhadap matematik adalah antara faktor yang menyebabkan
timbulnya kesukaran mempelajari matapelajaran ini.

1.2.1 Faktor-faktor mempengaruhi kesukaran mempelajari matapelajaran


matematik :

 Mempunyai masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal
dan masalah gangguan emosi.

 Mempunyai masalah dalam mengingat

 Belajar dengan cara yang mudah, hanya membaca tanpa membuat catatan atau
rumusan

 Mempelajari matematik dengan cara menghafal tanpa memahami konsep

 Kurang teliti atau lalai dari segi pengiraan atau tulisan

 Tidak menggunakan alat bantuan pelajaran dengan sebaiknya

 Tidak boleh membaca

 Mempunyai masalah bahasa. Contohnya murid yang menggunakan bahasa


Melayu sebagai bahasa pertama.

 Kemahiran berfikir

3
 Kaedah pengajaran yang kurang berkesan

1.3 Pendekatan Pemulihan Matematik

Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza daripada matapelajaran lain.


Di samping kemahiran yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, murid
juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Oleh itu
sebelum menjalankan kelas pembelajaran khas matematik, guru-guru harus mengambil
kira perkara-perkara berikut kerana pengajaran matematik yang berkesan akan
melibatkan beberapa perkara, antaranya :

i. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah

ii. Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat
menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan

iii. Membuat analisis masalah pembelajaran

iv. Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran

v. Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran

(i) Cara mengenalpasti murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas

matematik :

Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam mempelajari


sesuatu topik matematik amat penting. Oleh itu sebelum seseorang murid dimasukkan
ke dalam kelas pembelajaran khas matematik, guru harus mengenalpasti murid-murid
bermasalah di dalam pembelajaran matematik tersebut. Untuk mengenalpasti murid-
murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas ini guru-guru boleh menggunakan
cara antaranya seperti berikut :

 Menjalankan ujian diagnostik

 Membuat temubual secara spontan dengan murid-murid ketika berada didalam


kelas

4
 Membuat pemerhatian melalui ujian-ujian matematik yang telah dijalankan
samada secara formatif atau sumatif

 Membuat ujian saringan dalam kalangan murid. Ini membolehkan murid


dikelaskan mengikut kumpulan menurut kecerdasan dan prestasi mereka (Modul
OUM HBSL2203, 2009)

( ii ) Pendekatan dan kaedah pembelajaran pemulihan matematik

Setiap guru mempunyai gaya dan teknik serta kebolehan yang berbeza-beza
bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima oleh guru
tersebut. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara dan gaya penyampaian serta
pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun pendekatan dan kaedah
yang digunakan dalam P & P masih sama.

Kaedah merujuk kepada tindakan guru yang bersistematik dengan tujuan


mencapai objektif pengajaran tertentu dalam jangka pendek. Ia juga cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkan
susunan yang teliti dan rapi. Menurut Mok Soon Sang (1995), antara kaedah-kaedah
pengajaran matematik yang perlu difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah kerja
praktik, kaedah penemuan, kaedah induksi dan deduksi. Walaupun begitu terdapat
beberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan pengajaran
pemilihan matematik di dalam kelas.

Manakala menurut Modul OUM HBSS2203 (2009), terdapat tiga pendekatan


yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik iaitu pendekatan berpusatkan
murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru. Tetapi untuk
pembelajaran pemulihan di sini kita hanya akan membincangkan dua pendekatan
sahaja iaitu pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Ini
adalah kerana dalam pemulihan matematik, guru biasanya akan menjalankan
pengajaran lebih kepada berpusatkan murid dan juga penggunaan bahan :

a. Pendekatan berpusatkan murid

5
Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada
kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi
secara terkawa. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang
murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untuk
menyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203, 2009).

Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah


pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid
berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman
sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu
kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan guru
membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti
pemulihan.

Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan


pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yang
mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (D’Agustine, 1973),
permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik.

Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan


pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil
belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian.

Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara
lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan.
Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya
mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk
rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yang
6
mudah diingati oleh murid. Juga menjadi kelaziman seseorang, pengetahuan atau
pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding
pembelajaran secara formal.

Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang
murid yang memerlukan pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasa dengan
mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan terdorong
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru.
Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita yang boleh
merangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan.

Ramai pakar pendidikan menyatakan bahawa lebih menggunakan pengalaman


sedia ada murid untuk memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Bermula dengan pengalaman mereka, guru boleh membimbing murid
mempelajari sesuatu konsep matematik dengan lebih baik dan berkesan.

b. Pendekatan pemusatan bahan

Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai dengan


penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid
ke arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk mengenal nombor, guru
boleh menggunakan ‘flash card’ sebagai bahan bantu yang ringkas (Modul OUM
HBSS2203, 2009).

Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan


pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalam
pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru boleh
memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian perhatian murid
untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh menggunakan laman web untuk
mengakses permainan-permainan matematik secara online. Hasil beberapa kajian yang
telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992; Chazan,1998;
Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:

7
 Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan
berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.

 Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat


membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah
serta berkesan.

 Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada


menunjukkan peningkatan yang posotif.

 Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan


mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya
dalam bidang-bidang lain.

( http://www.geocities.com/fmurni )

Selain itu guru boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud


seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk benda.
Murid juga digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari
plastesin atau tanah liat.

Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk overhead
projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau CD
yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar
akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran
matematik untuk mempelajari matematik dengan lebih gigih lagi.

( iii) Membuat analisis masalah pembelajaran matematik

Tidak dapat dinafikan, guru matematik berpengalaman juga akan berhadapan


masalah dalam menghadapi murid yang mengalami dan memerlukan pemulihan dalam
pembelajaran matematik. Dalam topik 1.2.1 telah dibincangkan faktor-faktor yang
dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran matematik. Topik ini boleh digunakan
8
oleh guru-guru untuk merancang pengajaran mereka dan memilih bahan serta alatan
yang sesuai untuk mengajar murid yang memerlukan pembelajaran khas atau
pemulihan matematik.

( iv ) Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran

Untuk mencapai objektif pemulihan, iaitu dalam meningkatkan prestasi murid-


murid dalam pembelajaran matematik, guru matematik boleh menggunakan soalan-
soalan seperti dibawah ketika membuat perancangan dan sebelum menjalankan
pengajaran pemulihan matematik :

 Siapakah sasaran yang terlibat dalam sesi pengajaran ?

 Apakah kelemahan dan kebolehan setiap murid dalam kelas yang akan diajar ?

 Apakah perancangan yang dibuat sesuai dengan tahap dan kebolehan murid ?

 Adakah teknik pengajaran anda betul ?

 Adakah bahan dan alatan dapat menarik perhatian murid dan mereka seronok
ketika sesi pengajaran pembelajaran matematik ?

 Adakah permainan matematik yang dirancang dalam pengajaran sesuai


dimainkan oleh murid ketika sesi pembelajaran ?

 Apakah permainan matematik tersebut hanya sesuai untuk sebahagian murid


sahaja ?

(v) Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran

Penilaian terhadap kefahaman sesuatu konsep dalam pembelajaran matematik


perlu dilakukan untuk meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep terlebih
dahulu. Selain itu ia juga adalah untuk menentukan kesediaan murid ketika mempelajari
sesuatu konsep dan kemahiran baru. Ini adalah amat penting ketika menjalankan
pengajaran kelas pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran matematik.

9
Penguasaan konsep yang mantap akan memudahkan aktiviti penyelesaian
masalah. Melaksanakan proses pengajaran kepada murid yang belum bersedia dari
segi fizikal dan mental akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa. Penilaian
tahap penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan melibatkan beberapa
instrumen seperti senarai semak, ujian diagnostik, ujian pra, ujian pencapaian dan ujian
anekdot (http://mujahid.tripod.com ).

Menurut Ainon & Abdullah (1995) prosedur penilaian hendaklah terdiri daripada
prosedur yang mendorong murid belajar secara koperatif dan berkumpulan. Penilaian
cara kompetitif seperti yang digunakan sekarang dikatakan membunuh kemahiran
belajar secara bersama dan berkumpulan dan tidak menggalakkan keupayaan kreatif.
Belajar secara berkumpulan, terutama dalam kelas pembelajaran pemulihan dapat
membangkitkan motivasi dalam murid untuk mempraktikkan kemahiran berfikir yang
sedang mereka pelajari.

2. Kenalpasti seorang murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas


matematik dan bincangkan satu aktiviti yang menekankan hiraki
pembelajaran matematik bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagi tujuan ini, saya telah memilih seorang murid tahun satu dari sebuah sekolah
dalam daerah Rembau. Melalui pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan ke atas
murid tersebut, murid ini mempunyai masalah dari segi penggunaan bahasa inggeris
dalam pembelajaran matematik. Setelah diteliti latar belakang murid ini, murid ini
datang daripada keluarga yang sederhana pendidikannya. Ahli keluarga murid ini
memang tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dalam pertuturan seharian.

Sebagaimana yang kita ketahui peranan ibu bapa dan keluarga tidak kurang pentingnya dalam
pembelajaran anak-anak. Selain daripada guru, ibu bapa memainkan peranan penting bagi
membolehkan murid berapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya tidak
mengecewakan ibu bapa. Suasana persekitaran juga mempengaruhi pembelajaran kerana suasana atau
persekitaran yang tenteram, membolehkan murid untuk belajar dengan lebih tenang.

Nama: Nordina binti Lutfi


Umur : 7 Tahun
10
Jantina : Perempuan
Bangsa : Melayu
Sekolah : SK Salak Nama, Rembau
Asal : Negeri Sembilan
Tempat tinggal : Rumah Rakyat Chengkau, Rembau
Bahasa Pertuturan Pertama : Bahasa Melayu
Bahasa Pertuturan kedua : Bahasa ibunda
Bagi menjalankan pengajaran pemulihan matematik untuk Nordina, saya memilih
menggunakan kaedah bercerita dan kaedah permainan matematik yang mana ia
tertumpu kepada penggunaan bahasa inggeris dalam permainan tersebut. Di samping
itu saya juga menggunakan kad-kad gambar yang menarik dan persembahan
powerpoint untuk menarik perhatian murid tersebut.

Langkah 1 :

Bahasa murid ialah bahasa seharian yang biasa digunakan oleh setiap murid
untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau situasi yang kita
berikan. Situasi yang dibina akan merangsang murid bercakap menggunakan bahasa
inggeris mudah yang mereka ketahui. Antara aktiviti yang digunakan dalam langkah 1
ialah saya menggunakan :

 Kad-kad gambar-gambar yang boleh menarik perhatian Nordina untuk bercakap


dan bercerita berkaitan gambar tersebut dengan menggunakan bahasa inggeris
mudah.

 Menggunakan persembahan power point dengan gambar dan illustrasi yang


menarik

11
 Memberi peluang kepada Nordina untuk bercerita berkaitan gambar

 Bermain dengan bahan dan peralatan di samping menggalakkan Nordina untuk


menyebut dalam bahasa inggeris setiap nama peralatan yang digunakan.

Langkah 2 :

Dalam langkah ke-2 ini, peringkat pembelajaran telah mula berubah iaitu
daripada konkrit kepada pemahaman konsep. Bahasa dan istilah yang digunakan tetap
berkisar kepada situasi yang digemari oleh murid dan bahasa yang digunakan adalah
bahasa inggeris yang mudah difahami oleh murid.

Dalam langkah ini, saya mula memperkenalkan 4 konsep dalam matematik iaitu
konsep tolak, konsep tambah, darab dan bahagi dengan menggunakan aktiviti
permainan. Dalam permainan ini saya gunakan perkataan asingkan, jatuhkan, hilang,
sudah dimakan, pecah, diambil, dicuri, diberi, terbang dan sebagainya.

Ketika sesi pembelajaran, saya menggalakkan Nordina menggunakan bahan


manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, keadaan bahan ketika dia menggunakan
bahan-bahan tersebut. Sememangnya sifat semulajadi seorang kanak-kanak, Nordina
begitu yakin untuk bercakap dan bercerita dalam bahasa inggeris menggunakan bahan
yang diberikan ketika sesi pengajaran pemulihan dijalankan.

Langkah 3

Selepas melihat Nordina begitu aktif dan berminat untuk belajar matematik, saya
mula membimbing Nordina dan mengenalkan istilah dan bahasa matematik yang betul.
Contohnya :

“ Five red cars plus three blue cars equals eight ”

5+3=8

Latihan mudah mula diberikan kepada Nordina dan ia akan dilakukan secara
berterusan supaya dapat memantau perkembangan murid tersebut. Sehingga kini,
perkembangan pembelajaran Nordina amat menggalakkan dan dia mula bertutur

12
menggunakan bahasa inggeris yang mudah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
pemulihan dijalankan.

3. Rancangan Mengajar Harian Pemulihan Matematik

Matapelajaran : Matematik

Tarikh : 20 Oktober 2009

Kelas : KIA2M

Bilangan : 10 orang

Masa : 9.00 – 9.30 (30 minit)

Tajuk : Nombor bulat (21 hingga 50)

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengenali nombor 1 hingga 20

murid

13
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid akan dapat

1. Menyebut nombor 21 hingga 50 secara lisan tanpa


kesilapan apabila ditunjukkan gambar oleh guru.

2. Murid dapat memadankan nombor-nombor yang sesuai


dengan bilangan benda dalam lembaran kerja, sekurang-
kurangnya dapat menjawab dengan betul 8 daripada 10
soalan.

3. Menyusun kad-kad nombor 21 hingga 50 dengan betul


secara menaik.

Alatan dan bahan : kad-kad gambar, kad-kad nombor, gula-gula, lembaran


kerja, Persembahan power point

Langkah Kaedah Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alatan dan


(Masa) bahan

Set induksi Kumpulan  Guru Murid-murid Gula-gula


membahagikan menjalankan
(5 minit)
murid kepada 2 aktiviti seperti
kumpulan kecil yang diarahkan
mengandungi 5 oleh guru.
orang.

 Guru memberi
sejumlah gula-
gula kepada
setiap
kumpulan.

14
 Guru meminta
seorang wakil
dalam setiap
kumpulan
mengumpulkan
gula-gula
mengikut
jumlah seperti
dalam kad
yang
ditunjukkan
oleh guru.

Contoh :

14, 8, 25, 20, 37

 Aktiviti
dijalankan
secara bergilir-
gilir bagi setiap
murid.

Langkah 1 Kelas  Guru Murid-murid Persembahan


menayangkan diminta power point
(5 minit)
persembahan menyebut
power point nombor dan
berkaitan mengeja
nombor 21 perkataan bagi
hingga 50. nombor-
nombor yang
 Guru
diperlihatkan
menunjukkan
dalam
dalam bentuk
15
nombor dan persembahan
dalam bentuk power point.
perkataan.

Langkah 3 Permainan  Guru Murid Gula-gula


matematik membahagikan mengumpulkan
(5 minit) Kad nombor
murid kepada 2 gula-gula
kumpulan. mengikut Kad perkataan
nombor dan
 Guru
memadankan
memberikan
dengan kad
gula-gula dan
perkataan
kad nombor
nombor.
dan kad
perkataan Aktiviti
nombor kepada dijalankan
setiap secara
kumpulan. pertandingan
dan setiap
 Guru meminta
murid
murid
mengambil
memadankan
bahagian.
jumlah gula-
gula yang telah
dikumpulkan
dengan kad
nombor dan
kad perkataan
nombor.

16
 Permainan
dijalankan
secara
pertandingan
untuk menarik
perhatian
murid.

Langkah 4 Kumpulan  Guru Murid Kad nombor


memberikan menyusun kad
(5 minit)
kad nombor nombor secara
kepada murid. menaik di meja
Guru meminta mereka.
murid
menyusun kad
nombor secara
menaik.

Langkah 5 Kelas  Guru Murid Lembaran kerja


membimbing menjawab pemulihan
(10 minit)
murid soalan-soalan
menyelesaikan dalam
masalah lembaran kerja
secara individu. latihan
pemulihan
 Guru membuat
penilaian
terhadap hasil
kerja murid.

17
RUJUKAN :

Ainon & Abdullah (1995). Mengajar kanak-kanak berfikir : panduan guru, bahan latihan.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Aminah Hj Samsudin, Saodah Ismail, Alijah Ujang (2009). HBSL2203 Kaedah


pembelajaran khas matematik. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang, Siew Fook Cheong (1995). Pengajaran dan pembelajaran matematik :
untuk peringkat sekolah rendah. Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya.

____________ (1997). Bantu anak anda mempelajari matematik : buku daripada


siri tv BBC. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

http://mujahid.tripod.com

http://www.my-rummy.com

http://www.geocities.com/fmurni

18
19

You might also like