You are on page 1of 4

Kondom (Condom)

Di Internet
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/12/kondom.html

Kondom (condom) bukan sahaja khusus untuk tujuan merancang keluarga malah kondom boleh
menjadi bahan dalam meningkatkan mutu hubungan seks pasangan suami isteri.

Hantar email ke tamanwangi-subscribe@yahoogroups.com untuk menyertai senarai email terhad


pelbagai tips dan nasihat seks untuk pasangan suami isteri.

Terdapat pelbagai jenis kondom dipasaran. tujuan utama kondom adalah untuk mengelak air mani
lelaki dilepaskan dalam faraj wanita. Selain dari itu cecair pelicin turut disalut sekeliling kondom yang
bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan batang dimasukkan dalam faraj wanita.

Kebiasaannya kondom dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu kondom untuk tujuan
perlindungan daripada masalah kesihatan seksual dan kondom untuk meningkatkan mutu hubungan
seks.

Bagi Kondom untuk tujuan perlindungan masalah kesihatan seksual, kondom menjadi semakin penting
dalam usaha mengurangkan kadar sebaran virus HIV penyebab penyakit AIDS. Perlahan-lahan kadar
jangkitan AIDS meningkat dan yang pastinya wanita yang paling berisiko.

Turut ada kajian sedang dibuat sama ada ia boleh mengurangkan kadar jangkitan penyakit-penyakit lain
seperti hepatitis dan virus penyebab kanser pangkal rahim.

Beritahulah. Kanser Pangkal Rahim Disebabkan Oleh Virus Jenis Biasa


http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/12/beritahulah-kanser-pangkal-rahim.html

Bahaya Penyakit Hepatitis B dan C


http://blog.perempuanmelayu.info/2006/07/bahaya-penyakit-hepatitis-b-dan-c.html

Untuk tujuan perlindungan penyakit, semakin tebal kondom maka semakin baik perlindungan.
Sebenarnya kondom daripada pengeluar yang terkemuka adalah selamat dipakai senipis mana pun
ketebalan kondom. Proses pengeluaran yang mementingkan kualiti akan memastikan kondom selamat
digunakan bagi tujuan perlindungan kesihatan.

Kondom untuk meningkat mutu hubungan seks adalah pelbagai. Secara asas, Semakin nipis dinding
kondom, semakin sedap ia digunakan. Rungutan biasa daripada wanita tentang kondom, batang lelaki
seperti sarung plastik apabila menggunakan kondom. Kasar dan tiada keaslian batang lelaki. Bagi lelaki
pula menggunakan kondom, kurang merasakan kenikmatan faraj dan kawalan melambatkan mani susah
dilakukan.

Kemajuan teknologi membolehkan kondom semakin nipis dan masih mengekalkan keberkesanan
kondom untuk mencecah kehamilan dan penyakit. Kondom yang nipis kini mendapat pujian yang baik.
Wanita menyatakan kondom yang nipis dirasakan seperti tidak dipakai oleh lelaki.

Malah penggunaan kondom nipis oleh lelaki akan memberikan kesan pengawalan keluar air mani yang
baik kepada lelaki. Kenikmatan faraj akan lebih dirasa tetapi kawalan air mani adalah lebih baik kerana
cecair faraj tidak terkena batang zakar yang lagi menaikkan nikmat dan mencepatkan pengeluaran air
mani. Dengan merasakan nikmat faraj akan memudahkan lelaki mengawal air mani daripada keluar
dengan cepat.

Untuk menambahkan lagi nikmat hubungan suami isteri, terdapat kondom yang dindingnya ditambah
dengan corak dan bonjolan khusus. Ada kondom dengan dindingnya mempunyai bentuk jalur-jalur
mengeliling kondom dan juga kondom mempunyai bonjolan-bonjolan kecil sekeliling kondom.
Bentuk-bentuk ini dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan kenikmatan hubungan seks bagi
wanita dan juga lelaki.

Ianya bergantung kepada individu. Kebanyakan yang ditanya menyatakan ada kelainan dan
menambahkan lagi kenikmatan hubungan seks. Ada yang tidak merasakan sebarang perubahan. Tidak
salah untuk mencuba.

Satu jenis kondom yang direka bentuk seperti cengkeram siput dikatakan paling mendatangkan nikmat
hubungan seks.

Kondom paling best mendapat pujian. Kondom siput


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/01/espire-inspiral-condom-new.html

Terdapat pelbagai jenis kondom lagi yang bertujuan menimbulkan keseronokan dalam hubungan seks.
Antaranya kondom dengan perasa dan pewarna. Bagi yang mahu mencuba, cuba kondom ini

Durex Play Vibrating Condom


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2007/01/durex-play-vibrating-condom.html

Kondom dihasilkan dengan susu getah (latex). Ada wanita atau lelaki sensitif dengan latex. Terdapat
kondom khusus untuk anda yang sensitif dengan latex atau bahan pembunuh sperma. Dapatkan nasihat
ahli farmasi yang mana sesuai untuk anda.

Selain kondom, gel air sebagai pelincir turut ada dijual. Ini membantu kepada pasangan yang
merancang untuk bersama berulang kali. Penggunaan gel air yang disapu sekeliling kondom dapat
membantu batang masuk ke dalam faraj. Sifat gel air yang tidak mengering maka ia dapat mengelakkan
bibir faraj melecet.

Perkara-perkara penting mengenai kondom :-

(1) Pakai kondom sebelum batang dimasukkan ke dalam faraj wanita. Jika dimasukkan dahulu
selalunya rasa ingin memakainya akan dilupakan apabila kenikmatan hubungan seks sudah dirasa.
Terutama kepada suami isteri yang merancang keluarga, hari-hari berikut perlu dijaga

Hari Subur Wanita


http://blog.perempuanmelayu.info/2008/08/mengetahui-hari-subur-wanita.html

(2) Berhati-hati jangan terkena kuku sewaktu memakai dan menggunakan kondom. Kuku yang tajam
boleh membocorkan kondom. Kondom adalah anjal dan susah bocor tetapi kuku tajam boleh
membocornya. Sebaiknya potong dan asah kuku. Kuku yang tumpul turut membantu dalam mencari G-
spot dalam faraj wanita.
(3) Sekiranya menggunakan kondom yang ada perasa dan kondom itu dirasa dengan mulut, maka anda
perlu tahu gigi boleh membocorkan kondom. Tukarkan dengan yang baru untuk tujuan berhati-hati.

(4) Pastikan hujung kondom dipicit sewaktu memakai kondom. Ini untuk mengelakkan wujudnya
ruang udara. Adakala ruang udara ini akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada lelaki.

(5) Selepas air mani dipancut. Pegang kondom di pangkal batang zakar dan tarik perlahan-lahan.
Dengan cara ini kondom tidak tertanggal dari batang zakar dan tertinggal dalam faraj wanita.

(6) Jangan buang kondom dalam lubang tandas. Kondom tidak mudah mereput. Balutkan dengan tisu
dan buang dalam tong sampah.

Pancutkan Mani Dalam Pantat Faraj Isteri


http://groups.yahoo.com/group/belajar_seks/message/145

Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://www.tipswanita.com/Family/Bacaan_Untuk_Pasangan_Suami_Isteri_Yang_Baru_Mendirikan_R
umah_Tangga/

Sertai Kempen Hijau Tipswanita


http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Lain-lain artikel menarik :-

Menentukan Wanita Kuat Seks


http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/12/menentukan-perempuan-kuat-seks.html

Aromatherapy untuk seks yang memberahikan


http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html

The Use of Herb For Sex


http://blog.perempuanmelayu.info/2008/11/use-of-herbs-for-sex.html

Menulis Untuk Menjadi Kaya


http://cybermoney2u.blogspot.com/

Hantar email ke tamanwangi-subscribe@yahoogroups.com untuk menyertai senarai email terhad


pelbagai tips dan nasihat seks untuk pasangan suami isteri.

Wassalam.

Kumpulan penulis Taman Wangi

14 Dis 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan Taman Wangi dan Perempuanmelayu.info
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5


Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-
sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Pilihan tempat-tempat menarik untuk seks


http://travel.songketmail.org/

Senarai hotel-hotel Malaysia


http://malaysia-budget-hotel.blogspot.com/

Dating Perempuan Wanita Melayu Malaysia


http://www.tipswanita.com/friends.html

Archive

http://asia.groups.yahoo.com/group/tamanwangi/message/107

You might also like