P. 1
estetik

estetik

|Views: 4,499|Likes:
Published by Ni'

More info:

Published by: Ni' on Nov 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/24/2013

pdf

text

original

Pengertian, konsep dan ciri-ciri estetik/estetika.

Secara umum, perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah

aesthesis yang

membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah ‘kepekaan’ manusia. Estetika juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception) dimana istilah estetika digunakan untuk kajian falsafahnya tentang kesemua cabang kesenian dan untuk manifestasi keindahan sejati. Estetika membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan ‘aisthetika’. Estetika secara sederhana adalah ilmu yang membahas keindahan. Oleh itu, estetika merupakan cabang yang sangat dekat dengan filosofi seni. Namun demikian Cottfried Leibniz (1646-1716) telah mengemukakan pendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan kepada pengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu. Menurut Kattsoff of Philisophy.(1953) estetika adalah segala sesuatu dan kajian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan seni. Estetika dan filosofi seni sesuatu yang sangat dekat pengertiannya seperti pendapat Alexander Baumgarten tetapi persoalan kedua-duanya adalah berbeza. Estetika mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan filsafat seni mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni, atau artifak yang disebut seni. (Jakob Sumardjo, 2000) Berbeza pula dengan pendapat John Hosper (1989), estetika merupakan cabang filsafat yang berkaitan dengan proses penciptaan karya estesika. Dalam buku yang sama,

1

William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan sifat dasar nilai-nilai nonmoral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan. Estetika adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akan dibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan ‘seni’ dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahliahli falsafah kuno dan ahli falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Dilihat dari sudut konsep yang berkait dengan estetika termasuklah keindahan, cita rasa, simbolik, karya seni, pengalaman estetika dan sebagainya. Estetika adalah suatu ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan keindahan, mempelajari semua aspek yang disebut keindahan. Maksud keindahan itu amat luas. Estetika boleh membahas tentang indah atau tidaknya sesuatu.. Yang jelas dalam hal ini, estetika adalah karya seni manusia atau mengenai alam semesta ini.

2

Estetika sebagai keindahan yang berdasarkan penglihatan (seni rupa) dan keindahan berdasarkan pendengaran (muzik). Sehingga pengertian keindahan dapat meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral dan keindahan intelektual. Estetika sebagai kehindahan yang tercermin dari keteraturan, kerapian dan keagungan. Keindahan yang dicapai adalah keserasian bentuk (wujud) yang setingitingginya. . Estetika sebagai pengalaman itu adalah perasaan yang timbul kepada seseorang

ketika memandang sesuatu yang indah pada alam atau karya seni. Keindahan secara murni, menyangkut pengalaman estetik seseorang dalam kaitannya dengan sesuatu yang dihayatinya. Sedangkan keindahan secara sempit menyangkut benda-benda yang dihayati melalui pancaindera. Estetika sebagai penciptaan simbol-simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil kesenian dan juga sesuatu yang juga mewakili perasaan manusia. Maksudnya disini, estetika bersifat simbolisme. Simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi juga hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri yang dicipta oleh manusia. Contohnya, seni bina masjid yang kaya dengan simbolik seperti binaan reka bentuk masjid. Estetika mempunyai ciri-ciri yang luas, seluas bidang cakupannya. Antara ciriciri estetika adalah wujud iaitu kenyataan yang nampak secara konkrit melalui

pancaindera mahupun kenyataan yang tidak dapat dilihat secara konkrit, yakni abstrak yang hanya dapat dibayangkan seperti suatu yang diceritakan mahupun dibaca dalam buku. Karya seni lukisan yang mengandungi gambar yang berwujud pemandangan, potret diri, atau dekorasi. Lukisan berbentuk abstrak boleh mempunyai wujud yang konkrit

3

misalnya garis tebal berwarna merah di sebela kiri dan lingkaran hitam di sebelah kanan, tetapi isi yang abstrak memerlukan pembayangan secara aktif dari pemerhati untuk memikirkan apa yang dimaksudkan dan makna tersiratnya. Ciri seterusnya adalah indah. Keindahan merupakan pengertian yang didalamnya tercakup sebagai aktiviti kebaikan. Plato misalnya menyebut tentang watak yang indah dan hukum yang indah, sedangkan Aristoteles merumuskan keindahan sebagai sesuatu yang baik dan menyenangkan. Plotinus menulis tentang ilmu yang indah dan kebajikan yang indah. Berbicara mengenai buah fikiran yang indah dan adat kebiasaan yang indah. Contohnya, kandungan yang dipesembahkan dalam kitab suci al-Quran. Bermula dengan perbincangan disekitar penciptaan alam, kehidupan makhluknya, manusia dan sebagainya. Kemudian digalakkan indera penglihatan dan pendengaran kepada segala yang ada dimuka bumi ini. Tidak ketinggalan keindahan Yang Maha Mencipta itu sendiri. Akhirnya, ditekankan betapa pentingnya ‘keindahan’ dan ‘perhiasan’ dalam menjalani kehidupan seorang mukmin. Apabila membincangkan berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal ialah merungkai ciri estetika iaitu “Apakah benda itu indah atau cantik?”. Secara langsung ia telah memperkatakan tentang estetika dalam diri orang yang bertanya. Walau pun keindahan dan kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua orang yang bertanya tentang kecantikan kepada sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai keindahan. Tetapi setiap orang inginkan benda-benda yang cantik dan indah. Tiada manusia yang mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan. Estetika boleh dicirikan sebagai satu simbolik yang dihasilkan oleh manusia melalui kreativiti dan juga berkaitan dengan komunikasi kreativiti itu. Menghasilkan

4

suatu simbol itu banyak bentuknya. Baik estetika mahupun simbolisme adalah bahagian yang diperlukan dalam arsitektur. Ciri seterusnya, estetika dapat menggembiarkan seseorang apabila melihat dan mengamat-amati sesuatu objek. Ia merupakan janji untuk kegembiraan. Estetika juga dicirikan sebagai sesuatu yang abstrak iaitu sebagai suatu kemampuan atau kemahiran secara langsung dan bukanlah pengabstrakan yang sunyi daripada kehidupan. Estetika boleh dirumuskan sebagai falsafah keindahan, sepanjang permasalah yang dibincangkan dalam estetika ini adalah aspek falsafahnya. Jika dilihat dari sudut filsafatnya, estetika mempunyai ruang lingkup yang luas dan boleh dikatakan tidak terbatas. Merangkumi penonjolan aspek nilai estetik, pengalaman estetik, kreativiti estetik, penampilan estetik, intuisi dan emosi estetik, simbolisme dalam estetika, ekspresi estetik, dan juga apresiasi keindahan dan kesenian.

5

Rujukan Agus Sachari (2002). Estetika: Makna, simbol dan ayat. Penerbit: ITB. Bandung A.A.M Djelantik (1990). Estetika: Sebuah Pengantar . Penerbit Masyarakat Seni Pertunjukan Indonesia: Bandung Iv. Syafwandi (1993). Estetika & Simbolisme Beberapa Masjid Tradisional di Banten Jawa Barat: Cilegon. Penerbit Departmen Pendidikan & Kebudayaan: Jakarta. Mudji Sutrisno & Christ Verhaak (1993). Estetika: Filsafat Keindahan. Penerbit: Kanisius: Yogyakarta.

6

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->