You are on page 1of 3

Perkembangan Ilmu Semantik

Tiga komponen utama tatabahasa ialah fonologi, sintaksis dan semantik. Fonologi ialah

ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa. Sintaksis ialah pengkajian tentang ayat

dan semantic pula berkaitan dengfan pengkajian makna. Pada peringkat semantik,

pengkajian makna hanya terhad kepada maklumat linguistik sahaja. Menurut Sperber dan

Wilson, pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna

sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Oleh itu, pengkajian makna perlu

melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor

bukan linguistik. Kombinasi antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan faktor

linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.

Perkembangan ilmu semantik dalam masa dua puluh tahun telah cuba memikirkan

kenapa semantik tidak merupakan fenomena yang tunggal dalam memberikan maknsa

yang sebenar. Seterusnya cuba menerangkan bagaimana salah faham tentang masalah ini

dapat diselesaikan.

Terdapat tiga peringkat yang nyata dalam perkembangan ilmu semantik iaitu

peringkat pertama, kedua dan ketiga. Pada peringkat pertama semantik dikenali sebagai

semantik struktural yang didefinisikan sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa

yang menguntukkan reresentasi semantik kepada ayat. Golongan semantik pada peringkat

ini mengekalkan tradisi ahli struktural. Semantik dianalisis sama sebagaimana ahli

struktural membuat penganalisisan ilmu fonologi. Contohnya, jika /p,t,k/ mempunyai

fitur [- suara] maka /b,d,g/ pula mempunyai fitur [+ suara]. Dengan itu, setiap perkataan

diberikan fitur distingtif untuk memperlihatkan fitur khasnya dan hubungan antara fitur

tersebut. Contohnya lain seperti teruna [+ lelaki] dan gadis [-lelaki]. Pada peringkat
kedua pula, semantik dikenali sebagai semantik generatif dan interpretatif. Dimana

semantik dilihat sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang menguntukkan

bentuk-bentuk logik kepada ayat. Ahli logik berpendapat mereka mempunyai sistem

logik serupa bahasa bagi memberikan representasi semantik dengan menggunakan

predikat kalkulus yang dapat memperlihat set peraturan logik atau kebenaran dalam

bentuk deduktif yang sistematik seterusnya lebih mudah menerangkan makna ayat

dengan menggunakan rumus logik daripada menggunakan huraian yang panjang. Cara

yang dilakukan oleh ahli logik adalah seperti sesuatu ayat akan diberikan fitur khas

semantiknya. Semantik pada peringkat kedua ini telha diganti pula dengan semantik

syarat-benar yang juga dikenali sebagai semantik interpretif. Antara tokoh yang

mempelopori teori ini termasuklah Phil Johnson-Laird, Ruth Kempson dan lain-lain.

Golongan semantik syarat-benar mempunyai idea yang tersendiri tetapi menuju ke arah

tujuan yang sama iaitu mencari kebenaran idea masing-masing bagi sesuatu argumen.

Persoalan utama yang mereka tonjolkan ialah apakah gunanya rumus inferens logik.

Johnson-Laird berpendapat manusia lebih menggunakan model fikiran bagi memberikan

makna beberapa jenis perkara. Seterusnya memberikan contoh bagi menunjukkan

kelemahan golongan semantik yang menggunakan bentuk topik. Beliau memberi contoh

’Siti lebih tinggi daripada Ani tetapi lebih rendah daripada Alik yang lebih tinggi jika

dibandingkan dengan Ahmad yang sama tinggi dengan Zahar, dan sebagainya’. Manusia

akan terus membayangkan di dalam kepalanya gambaran ini tanpa memerlukan inferens.

Jadi beliau memebuat kesimpulan bahawa manusia tidak memerlukan rumus inferens

dalam memberikan makna. Kesimpulan, jika kita hanya kekal dengan sistem semantik

pada peringkat pertama, kedua dan ketiga yang mengatakan hanya ayat bahasa semula
jadi sahaja memepunyai syarat-benar, maka suka bagi kita untuk melihat syarat-benar

dengan pengertian yang diperolehi melalui persepsi seperti yang diterangkan.

You might also like