You are on page 1of 2

Jenis Makna Idiomatikal dan Peribahasa

Untuk kita memahami apa yang dimaksudkan idiomatikal terlebih dahulu kita perlu
ketahui apa yang dimaksudkan dengan idiom. Idom adalah satuan bahasa (kata, frasa,
kalimat) yang maknanya tidak dapat “diramalkan” dari makna leksikal unsur-unsurnya
mahupun makna gramatikal satuan tersebut. umpamanya, menurut kaedah gramatik kata-
kata ketakutan, kesedihan, keberanian, dan kebimbangan memiliki makna hal yang
disebut bentuk bentuk dasarnya. Tetapi kata kemaluan tidak memiliki makna seperti itu.
Oleh sebab makna idiom ini tidak lagi berkaitan dengan makna leksikal atau makna
gramatik, maka bentuk-bentuk idiom ini ada juga yang menyebutkan sebagai satuan-
satuan leksikal tersendiri. Idiom ini mempunyai dua jenis bentuk idiom iaitu idiom penuh
dan idiom sebahagian. Idiom penuh adalah idiom yang unsur-unsurnya secara
keseluruhan sudah merupakan satu kesatuan dengan satu makna. Manakala, idiom
sebahagian masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri. Namun terdapat
kekeliruan terhadap penggunaan istilah idiom, ungkapan dan metafora. Ketiga-tida istilah
ini mencakupi bidang yang hampir sama. Hanya segi pandangannya yang berlainan.
Idiom dilihat dari segi makna iaitu ”menyimpang” makna idiom ini dari makna leksikal
dan makna gramatik dalam pembentukannya. Ungkapan dilihat dari segi ekspresi
kebahasaan, iaitu dalam usaha penutur untuk menyampaikan fikiran, perasaan, dan
emosinya dalam bentuk satuan bahasa tertentu yang dianggap paling tepat. Sedangkan
metafora dilihat dari segi penggunaanya dalam perbandingan seperti matahari dikatakan
atau dibandingkan sebagai raja siang, pahlawan sebagai bunga bangsa, dan bulan
sebagai puteri malam. Oleh sebab peribahasa ini bersifat membandingkan atau
mengumpamakan, maka lazim juga disebut dengan nama perumpamaan. Kata-kata
seperti, bagai, bak ,laksana, dan umpama sering digunakan dalam peribahasa. Memang
banyak juga peribahasa yang tidak menggunakan kata-kata tersebut, namun kesan
peribahasanya itu tetap nampak. Misalnya, Tong kosong nyaring bunyinya. Peribahasa ini
dapat diertikan ’orang yang tiada berilmu itu dibandingkan dengan tong yang kosong’.
Apabila tin kosong yang diketuk akan menghasilkan bunyi nyaring manakala tin yang
berisi penuh tentu tidak akan berbunyi. Sebaliknya orang yang bijak pandai biasanya
pendiaam dan menunduk. Keadaan ini disebutkan dengan peribahasa yang berbunyi
Bagai padi, semakin kecil, semakin berisi.

You might also like