You are on page 1of 2

PENGERTIAN SEMANTIK

Kata semantik yang berasal dari bahasa Yunani ‘sema’ (kata benda) yang bererti ‘tanda’
atau ‘lambang’. Kata kerjanya adalah semiano yang bererti ‘menandai’ atau
‘melambangkan’. Apa yang dimaksudkan sebagai lambang atau tanda di sini sebagai
padanan kata ‘sema’ itu adalah tanda linguistik (Perancis: Signe linguistique) seperti
yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure (1966), iaitu yang terdiri daripada dua
komponen iaitu komponen yang mengertikan, yang wujud bunyi-bunyi bahasa dan
komponen yang diertikan atau makna dari komponen yang pertama itu. Kedua-dua
komponen ini adalah merupakan tanda atau lambang, sedangkan yang ditanai atau
dilambangkan itu adalah sesuatu yang berada di luar bahasa yang lazim atau hal yang di
tunjuk.
Kata semantik ini kemudian dijadikan sebagai istilah yang digunakan untuk
bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-
hal yang ditandainya. Atau denga kata lain, bidang linguistik yang mempelajari makna
atau erti dalam bahasa. Oleh kerana itu, kata sematik dapat diertikan sebagai ilmu tentang
makna atau tentang erti, iaitu salah satu daripada tiga tataran analisis bahasa termasuklah
fonologi, gramatik dan semantik.
Selain istilah semantik dalam sejarah linguistik terdapat juga istilah lain yang
digunakan seperti semiotik, semiologi, semasiologi, sememik dan semik untuk merujuk
pada bidang yang mengkaji makna atau erti daripada suatu tanda atau lambang. Namun,
istilah semantik lebih umum digunakan dalam kajian linguistik kerana istilah-istilah
tersebut mempunyai bidang cakupan objek yang lebih luas, yakni mencakupi makna
tanda atau lambang pada umumnya. Termasuk tanda-tanda lalu lintas, kod, tanda-tanda
dalam ilmu matematik dan banyak lagi. Sedangkan cakupan ilmu semantik hanyalah
makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat komunikasi verbal. Oleh itu,
kita harus berhati-hati memakai kata bahasa. Menurut Leech (1974), yang melihat
semantik sebagai fenomena linguistik perlu diberi penekanan yang serius. Hubungan
makna dengan bahasa adalah apat, khusus dala ayat. Jadi, untuk mengkaji makna kita
perlu mengkaji hubungan perkataan dengan ujaran. Seseorang yang mengetahui semantik
akan berupaya mengenali ujaran atau ungkapan yang bersifat ’tidak semantik’ yakni
tidak masuk akal logik atau ayatnya sukar diterima logik. Menurut Ogden dan Richard
(1923), makna dilihat sebagai ’pengaruh bahasa terhadap pemikiran’. Bagaimana penutur
dan penerima menggunakan pemikiran mentafsir makna. Kepelbagaian takrifan di atas
berlaku kerana para sarjana akan membuat interpretasi menurut fahaman dan latihan yang
mereka perolehi dan selalunya dipengaruhi dengan bidang yang mereka ceburi.

You might also like