You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM
PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP
TAHUN 2009

PERSATUAN BELIA
FELDA LUI MUDA
1. PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program
Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga
merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Mahsan dalam usaha untuk
membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat
hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan
kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.

2. OBJEKTIF

Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini
mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang
telah dikenalpasti :-

1. Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program


ini.
2. Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang
kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.
3. Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan
aktiviti ini.
4. Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu
aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh
masyarakat umum.
5. Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana
ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.
3. BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009

Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda

4. PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat
memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat
dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan
objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar
segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam
program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

You might also like