You are on page 1of 45

AHLI KUMPULAN

DURIS AK ANJAN
(D20061025173)

NURAIN BINTI ISMAIL


(D20061025174)

KHAIRUL BARIAH BINTI MOHD ZAKI


(D20061025175)

NOOR HAMIZA BINTI HANG TUAH


(D20061025177)
Tajuk:
Pejuang-pejuang bahasa Melayu di
Tanah Melayu telah menjadikan
beberapa pertubuhan sebagai wadah
dalam mempertahankan bahasa
tersebut. Bincangkan latar belakang
dan prinsip-prinsip perjuangan badan-
badan dan pertubuhan bahasa tersebut
dalam tempoh kolonialisasi hingga
selepas merdeka.
Pengenalan
 Pengangkatan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi mendapat
sokongan seluruh orang Melayu.
 Isu ini digunakan oleh ahli politik untuk
mengumpulkan sokongan daripada orang
Melayu untuk mengundi.
 Namun, lama-kelamaan timbul ahli-ahli politik
dalam parti lain yang memperjuangkann
kedudukan bahasa Cina, Tamil, dan Inggeris.
 Isu tersebut menyebabkan pergeseran kaum
yang hangat, iaitu satu pergaduhan kaum di ibu
negara, Kuala Lumpur, pada 13 Mei 1969.
 selepas peristiwa 13 Mei- undang-undang
tentang perkara sensitif digubal.
orang ramai dilarang daripada
mempersoalkan kedudukan bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara.
Isu-isu yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei
 Isu yang berkaitan dengan kerakyatan dan
kedudukan istimewa orang Melayu.
 Terdapat cogankata-cogankata yang menuduh
berlakunya diskriminasi antara kaum, seperti:
 First class citizen
 Second class citizen
 Malaysian Malaysia
 yang dilaungkan di sekitar pilihan raya 1964-1969
hingga mencetuskan peristiwa 13 Mei.
 Pengangkatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
dapat ditinjau daripada dua segi utama:
(a) dari kesedaran orang Melayu
terhadap bahasa Melayu
(b) dari keperluan untuk memperoleh
sokongan terhadap negara dan dasar-
dasarnya.
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
 Orang Melayu pertama yang paling lantang pada abad ke 19 (dalam
zaman pemerintahan British) menyatakan pemerhatiannya tentang
sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bahasa Melayu.
Dalam bukunya, Abdullah berkata:

“ada-lah suatu hairan lagi terchengang aku sebab melihatkan


dan memikirkan hal orang Melayu itu, belum sedar akan diri-
nya, ia tinggal dalam bodoh-nya itu, oleh sebab ia tiada mahu
belajar bahasa-nya sendiri, dan tiada mahu menaroh tempat
belajar bahasa-nya itu; maka mustahil pada ‘akal, ada-kah
orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendiri-nya?
Bukan-kah segala bangsa yang lain dalam dunia ini masing-
masing ada belajar bahasa-nya, melainkan orang Melayu?”
 Sikap dan pandangan Abdullah ini telah amat
mempengaruhi fikiran orang Melayu pada zaman-zaman
selepasnya.
 Keberaniannya mengkritik orang Melayu tentang sikap
dan pandangan mereka terhadap bahasa, dan terhadap
hidup telah menyebabkan beliau dianggap sebagai bapa
kesusasteraan moden.
 Dianggap juga sebagai seorang yang membawa
pembaharuan kepada bahasa Melayu.
 Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya telah
menyebabkan mereka bertindak memajukan
pengajarannya dan memperjuangkan kedudukannya di
dalam masyarakat semenanjung.
 Tindakan mereka itu pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua
cara:
(a) cara perseorangan
(b) melalui pertubuhan-pertubuhan.
 Dalam kedua-dua cara itu surat khabar Melayu memainkan peranan
yang penting menyampaikan pendapat dan pandangan mereka
tentang bahasa Melayu.
 Orang perseorangan menggunakan ruang akhbar terdiri daripada
para wartawan dan guru Melayu.
 Tulisan menitikberatkan soal keelokan bahasa Melayu, dan cara
karang-mengarang.
 Sesuai dengan tujuan untuk menghidupkan bahasa Melayu yang
terbiar itu.
Antara pertubuhan yang
dijadikan sebagai wadah
dalam mempertahankan
bahasa Melayu ialah :-
Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa
• Pakatan ini ditubuhkan di Johor pada tahun 1888.

• Pakatan ini dipimpin oleh Abd. Rahman bin Andak.

• Pakatan ini merupakan institusi pertama yang


menumpukan perhatian terhadap usaha membangunkan
bahasa Melayu.

• Antara tokoh-tokoh yang aktif :


 Major Datuk Haji Muhammad Said bin Sulaiman
 Munshi Sulaiman bin Muhammad Nor
• Antara karya-karya yang dicetak:
 Kisah Pelayaran Ibrahim Munshi Pemimpin Johor

• Karya-karya ahli juga diterbitkan seperti:


 Buku Katan (kamus)
 Jalan Bahasa Melayu (Nahu Melayu)
 Peribahasa
 Buku-buku sejarah dan sebagainya.

• Satu lagi sumbangan penting pakatan ini ialah usaha-usaha


memelayukan perkataan Inggeris yang sering digunakan dalam
urusan seharian.

• Perkataan yang dimelayukan tadi ialah ‘secretary’ menjadi


‘setiausaha’, ‘office’ menjadi ‘pejabat’, ‘public work’ menjadi ‘kerja
raya’, dan banyak lagi.
Pejabat Karang Mengarang
• Ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris.

• Ia dipimpin oleh O.T Dussek ( Pengetua Maktab Perguruan Sultan


Idris) dan Zainal Abidin binti Ahmad ( Za’ba) yang mengetuai
bahagian bahasa Melayu.

• Pertubuhan ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan


Negeri-Negeri Bersekutu.

• Ahli-ahli Pejabat Karang Mengarang terdiri daripada:


 Abdul Kudus Muhammad
 Abdul Rahman Yusuf
 Yazid Ahmad
 Ahmad Nasaruddin
Matlamat :
 Mengkaji semula penggunaan buku teks di sekolah-
sekolah Melayu dan mengeluarkan sebanyak mungkin
buku-buku pelajaran baru.

 Mengeluarkan bahan-bahan bacaan umum untuk


masyarakat Melayu.

 Mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar.

 Mengadakan perkhidmatan perpustakaan bergerak.

 Mengedar dan menjual buku-buku teks ke kawasan-


kawasan pedalaman.
• Pada tahun 1955, Pejabat Karang
Mengarang diletakkan terus di bawah
kawalan Kementerian Pelajaran Kuala
Lumpur dan pada tahun 1957, peranan
Pejabat Karang Mengarang diambil alih
sepenuhnya oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kejayaan:
• Berjaya mnerbitkan buku-buku sekolah. Sehingga tahun
1948, 85 judul buku berjaya diterbitkan.

• Berjaya menterjemahkan karya-karya dari Barat seperti


Sang Lamri, cerita-cerita Sherlock Holmes, Aladin
Dengan Lampu Ajaib dan beberapa lagi.

• Menerbitkan buku-buku siri perpustakaan sekolah dan


umu.

• Menerbitkan karya-karya Za’ba seperti Ilmu Mengarang


Melayu, Pelita Bahasa Melayu I, II, III dan Daftar Bahasa
Melayu.
Tokoh Pejuang Bahasa Melayu
• Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba ialah seorang
ahli ilmuan Melayu yang lahir pada 16 September 1895 di Bukit Kerdas,
Batu Kikir, Negeri Sembilan.

• 1 Jun 1923: Mula bertugas di Pejabat Penolong Pengarah Pelajaran


Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat, Kuala Lumpur sebagai
penterjemah dan pengarang Melayu.
• 1 April 1924: Bertugas pula di Sultan Idris Training College (SITC),
Tanjong Malim untuk mengasas Pejabat Penterjemahan yang
kemudiannya dikenali sebagai Pejabat Karang-Mengarang
• 1947: Dilantik menjadi pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and
African Studies, Universiti London.
• 16 September 1950: Bersara.
• 29 November 1952: Bertugas sebagai pensyarah kanan merangkap Ketua
Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura sehingga 31
Disember 1958.
• 21 September 1956: Dikurniakan gelaran Pendita sempena Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.
Objektif penubuhan Teratak Za'ba:
• Menghargai jasa Za'ba atas sumbangan beliau dalam bidang
bahasa, sastera, sosio-budaya, agama, politik dan pendidikan.
• Menjadi sebuah memorial untuk memperingati tempat kelahiran
Za'ba,
• Satu penghargaan Kerajaan Negeri kepada waris-warisnya.
• Produk perlancongan berunsur pendidikan yang boleh
dimanfaatkan oleh pelbagai pihak khususnya penyelidik, ilmuan dan
pelajar.
• Memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi sumbangan seorang tokoh yang berjasa melalui
koleksi peribadi peninggalannya.
• Sebagai tempat menyimpan dan mengumpul koleksi Za'ba selain
daripada Arkib Negara dan Universiti Malaya.
Pertubuhan-Pertubuhan Guru (KPGMS, KPGMPTM,
KGMMB)

• Perjuangan mereka dapat dilihat pada empat peringkat utama


iaitu:

• Peringkat penubuhan kesatuan-kesatuan guru cawangan negeri-


negeri. Peringkat ini bermula sekitar tahun 1920-an. Antara
persatuan-persatuan guru yang terawal ialah Persatuan Guru
Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai. Selepas persatuan ini,
beberapa negeri lain turut mewujudkan persatuan guru masing-
masing.

• Pada peringkat kedua, persatuan-persatuan guru peringkat


negeri bergabung membentuk Kesatuan Persekutuan Guru-Guru
Melayu Semenanjung pada tahun 1946.
• Pada peringkat ketiga iaitu pada tahun 1954,
nama kesatuan guru ditukar kepada Kesatuan
Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan
Tanah Melayu (KPGMPTM).

• Pada peringkat keempat bermula dari tahun


1968, nama kesatuan sekali lagi ditukarkan
kepada Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia
Barat (KGMMB). Bentuknya juga bertukar
kepada satu kesatuan tunggal dan bukan lagi
bergabung antara kesatuan-kesatuan dan
cawangan-cawangan peringkat negeri.
Peranan Persatuan-Persatuan Pelajar

• Dua buah persatuan pelajar yang berjuang untuk memajukan


bahasa Melayu iaitu Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM) dan Persatuan Pelajar-Pelajar Maktab Bahasa.

• PBMUM berjuang melalui majalah keluaran mereka iaitu Suara


PBMUM.

• Dalam majalah ini, PBMUM beberapa kali mengkritik kerajaan


kerana bersikap liberal terhadap bahasa asing khasnya bahasa
Inggeris.

• Sasaran kritikan mereka ialah Tunku Abdul Rahman yang dianggap


liberal dan Yang Berhormat Encik Khir Johari (Menteri Pelajaran)
yang dikatakan bersifat super liberal.
• Pada 29 dan 30 Oktober 1966, satu seminar telah diadakan untuk
mengkaji kedudukan bahasa Melayu selepas sembilan tahun
merdeka.

• Dalam seminar tersebut diputuskan agar pihak kerajaan mengkaji


semula kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang.

• Dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 28 dan 29 September 1968,
PBMUM sekali lagi mengadakan seminar.

• Dalam seminar kali ini, PBMUM memutuskan untuk mendesak


kerajaan mempercepatkan pembinaan Universiti Kebangsaan.
• Tindakan PBMUM yang paling tegas ialah
dengan mengadakan tunjuk perasaan
pada 11 Julai dan 29 Ogos 1969. Mereka
mendesak Perdana Menteri meletak
jawatan kerana tidak tegas dalam
melaksanakan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi.
Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK)

• Ditubuhkan pada 7 Julai 1964.

• Ditubuhkan dengan tiga matlamat utama iaitu:

 Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu)


sebagai bahasa rasmi tunggal mulai tahun 1967;
 Melaksanakan kehendak-kehendak perlembagaan
negara seperti yang tercatat pada Perkara 152;
 Menimbulkan semangat cintakan perjuangan
mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.
• Sumbangan BBBK yang terpenting dapat dilihat pada kesungguhan
mereka menentang Akta Bahasa Kebangsaan 1967, BBBK telah
mengemukakan dokumen kepada kerajaan kerajaan yang
mempersoalkan kedudukan dan arah perkembangan bahasa
Melayu.

• Mengikut pandangan BBBK, Akta Bahasa Kebangsaan ini tidak


menjelaskan konsep bahasa rasmi dengan jelas dan menjadikan
kedudukan bahasa Inggeris bertambah teguh.

• BBBK juga menganggap akta ini bercanggah dengan perkara 152


Perlembagaan kerana kesediaan kerajaan untuk menterjemah
dokumen-dokumen rasmi dalam bahasa asing.
• BBBK beranggapan ini merupakan kemenangan moral kepada
parti-parti yang memperjuangkan konsep pelbagai bahasa dan amat
merugikan orang-orang Melayu.

• Badan ini juga beranggapan yang akta tersebut akan menjadikan


negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi tunggal dan kedudukan
bahasa Inggeris lebih mantap kerana diberi nilai ekonomi yang
tinggi.

• Ia juga akan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap


bahasa Melayu.

• BBBK cuba mendapatkan kerjasama daripada sembilan orang


peguam dalam merangka memorandum meminta kerajaan menilai
semua ini.
• Malangnya kerajaan tidak menghiraukan
tuntutan ini. BBBK mengambil keputusan
mengadakan rapat umum di Dewan
Bahasa dan Pustaka dan seterusnya ke
Parlimen. Rapat umum yang dicadangkan
gagal kerana diharamkan oleh pihak polis
dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan
tanpa menerima cadangan BBBK.
Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

• Pertubuhan ini diasaskan pada 6 Ogos 1960, di Singapura oleh


beberapa pengarang Mohd Arif b. Ahmad, Hamzah, Masuri S.N,
Usman Awang dan beberapa orang lagi.

• Ia ditubuhkan dengan beberapa tujuan utama iaitu:

• Menjadikan bahasa dan Persuratan melayu sebagai alat


perpaduan dalam perjuangan kebangsaan;

• Menjadikan bahasa dan kesusasteraan Melayu sebagai alat


memajukan fikiran rakyat sesuai dengan cita-cita untuk
membentuk keadilan , kemakmuran dan perdamaian hidup;

• Memajukan keamanan dan perdamaian hidup.


• ASAS 50 berjuang melalui dua cara iaitu melalui
karya-karya mereka dan juga kongres-kongres
bahasa yang diadakan.

• Pengarang-pengarang ASAS 50 merupakan


golongan penulis yang sangat proflik.

• Mereka menghasilkan karya dalam semua


bentuk iaitu sajak, cerpen, novel, drama dan
esei. Melalui karya-karya tersebut, mereka
memperjuangkan kepentingan bahasa Melayu
• ASAS 50 juga telah mengadakan beberapa siri kongres
yang dinamakan Kongres Bahasa Melayu.

• Kongres-kongres ini merupakan program dwitahunan


ASAS 50.

• Kongres pertama diadakan pada 1952, diikuti oleh


Kongres Bahasa Melayu Kedua dan Ketiga pada tahun
1954 dan 1956.

• Dalam Kongres pertama dan kedua, ASAS 50 telah


memutuskan tulisan rumi digunakan sebagai media
dalam memajukan bahasa Melayu.
• Pada kongres bahasa yang ketiga, ASAS 50
menghapuskan satu memorandum yang menyentuh
beberapa perkara iaitu:

 Mendesak kerajaan mengkaji peranan dan kedudukan


dalam pelajaran dan penggunaan bahasa Melayu di
semua peringkat persekolahan dan maktab-maktab
perguruan.
 Penyatuan Bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia;
dan
 Mendesak kerajaan memberikan nilai ekonomi
terhadap bahasa Melayu melalui perlantikan jawatan
dan kenaikan pangkat.
• ASAS 50 boleh dikatakan menepati
matlamat penubuhannya iaitu berjuang
untuk masyarakat melalui konsep seni
mereka iaitu ”seni untuk masyarakat”.
Perjuangan mereka bukan sahaja penting
dalam bidang kesusasteraan tetapi juga
dalam bidang bahasa. Sumbangan
mereka cukup besar dalam kedua-dua
bidang ini.
Persatuan Penulis Nasional
(PENA)
• Ditubuhkan pada 12 Februari 1961
• Bertujuan:
”berusaha seluas-luasnya dalam lapangan bahasa, kesusasteraan dan ilmu
pengetahuan, bersesuaian dengan kepentingan-kepentingan nasional dengan
tidak terikat kepada dasar politik kepartian atau terkeluar daripada bidang
undang-undang negara.
-dalam kegiatan yang bersabit dengan bahasa dan kesusasteraan, PENA telah
memainkan peranan yang sangat aktif.
-PENA juga telah memperjuangkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pelajran kebangsaan.

• Selepas peristiwa 13 Mei 1969, PENA telah mengemukakan sebuah memorandum


mengenai Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan kepada
Menteri Pelajaran Malaysia.

• Dalam memorandum itu, PENA berharap pihak kerajaan akan mengambil langkah yang
lebih tegas dalam melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan itu.

• Memorandum PENA itu telah meninjau penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat,
dari sekolah rendah hinggalah ke universiti.
• Pada sekolah rendah, PENA menggesa supaya
mulai daripada tahun 1970 semua darjah satu
dan darjah dua sekolah-sekolah jenis
kebangsaan Inggeris menggunakan bahasa
Melayu sebagai Bahasa pengantarnya.

• Di samping itu, PENA juga telah mencadangkan


supaya guru-guru yang kurang fasih dalam
Bahasa Kebangsaan diberi latihan intensif pada
waktu untuk pelajaran bahasa Melayu ditambah.
• Pada peringkat sekolah menengah pula PENA menggesa supaya:

• (a) pengantar di kelas peralihan (remove class) ditukar daripada


bahasa Inggeris ke bahasa Melayu;

• (b) kursus kilat intensif diadakan pada bulan Disember untuk guru
sekolah menengah supaya mereka dapat mengajar dalam Bahasa
Kebangsaan;

• (c) ujian lisan dimestikan daripada tahun 1970 bagi calon sijil
pelajaran Malaysia sebagai sebahagian daripada penentuan
kelulusan Bahasa Kebangsaan; dan

• (d) Kertas Am Bahasa Kebangsaan disyaratkan lulus untuk Sijil


Tinggi Persekolahan mulai tahun 1971.
• Pada peringkat Maktab, PENA telah pula menggesa
pihak Kementerian Pelajaran supaya membuat
persediaan untuk menerima lebih banyak murid aliran
kebangsaan memasuki Maktab MARA, Maktab Teknik
( sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab
Perguruan Teknik, Maktab Pertanian (sekarang Universiti
Pertanian Malaysia), dan Maktab Tentera mulai tahun
1970.

• Manakala Maktab Perguruan pula, PENA mencadangkan


supaya bahasa Melayu digunakan sebagai bhasa
pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus mestilah
mampu mengajar dalam bahasa Melayu.
• Pada peringkat universiti, PENA secara tegas menggesa supaya
pihak universiti mengadakan kuliah dalam bahasa Melayu dan
mengenakan syarat kepada pensyarah supaya menguasai bahasa
Melayu sehingga mampu mengajar dengannya demi untuk
ditetapkan dalam jawatan yang mereka pegang atau naik pangkat.

• PENA menetapkan pada tahun 1976 sebagai tarikh bagi universiti


Malaya dan Universiti Pulau Pinang menjalankan semua kuliah
dalam bahasa Melayu.berhubung dengan Universiti Kebangsaan
pula, PENA menganjurkan supaya Kerajaan menghubungi
Pemerintah Indonesia untuk mendapatkan tenaga pengajar dalam
rangka perjanjian persahabaan di antara kedua buah negara itu.
Dewan Bahasa dan Pustaka DBP
 Nama asalnya Balai Pustaka

 Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu,

 Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah (KPM).

 Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan BM


sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara yang akan merdeka ketika itu.

 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan


ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young.

 Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf


menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan DBP 1959
 Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah
ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama.

 Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke


Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota
Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak.

 pembukaan pejabat DBP


Wilayah Utara di Bukit MertajamPulau Pinang (1999)
Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota BharuKelantan (1999)
Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).
Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu.

Projek pembangunan Menara DBP yang telah


dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.
Matlamat DBP
untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan
dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi

untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam


bahasa kebangsaan;

untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam


percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah- majalah, risalah-
risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa
kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;

untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-


istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang


betul;

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan


supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud
mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
MABBIM
•Dianggotai oleh tiga negara:-
Brunei Darussalam
Indonesia
Malaysia.

• Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia -


Malaysia (MBIM),

• Ditubuhkan pada 29 Disember 1972 setelah satu Pernyataan


Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn,
Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia

• Pada 23 Mei 1972 di Jakarta.


• MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei
Darul salam menganggotai Majlis ini pada 4
November 1985.
Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis
sehingga kini.

Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini,


mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan
bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota
MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa
ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa
perusahaan, dan bahasa ekonomi. 
Kesimpulan
• Berdasarkan huraian di atas,
memperlihatkan bahawa sejak Munsyi
Abdullah, kesedaran telah timbul dalam
kalangan orang Melayu terhadap
kedudukan dan peranan bahasa mereka.
• Oleh yang demikian tidaklah
menghairankan jika ikatan sentimen orang
Melayu terhadap bahasa Melayu kuat
sekali.
•Walaubagaimanapun, pencapaian bahasa Melayu menurut bidang
penggunaannya masih belum tercapai sepenuhnya, baik sebagai
bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa pengantar
pendidikan, bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan,
perundangan dan kehakiman mahupun bahasa perkhidmatan
kewangan.

•Jelas dapat dilihat oleh masyarakat bahawa prestasinya amat


rendah sebagai bahasa penyelidikan, penciptaan dan pembangunan
sains dan teknologi atau dalam amalan industri dan profesional
(perubatan, kejuruteraan, kepeguaman dan seumpamanya).
•Memang ada tanda positif ke arah itu, tetapi turun naik sifatnya.

•penubuhan pelbagai pertubuhan akan memastikan bahasa Melayu


dapat berkembang dengan lebih terancang dan seragam demi
memudahkan dan melancarkan komunikasi di samping
meningkatkan tamadun bangsa dan negara.

You might also like