You are on page 1of 27

SEJARAH BANGSA DAN

BAHASA MELAYU
KUMPULAN 3
NAMA AHLI KUMPULAN:

ALINA HARUN
FLORINA MIHIDEN
NORUAZANI BT ABDULLAH
SUHAIBAH BT MAT
Apakah tahap-tahap perkembangan
yang pernah berlaku dalam bahasa
melayu dalam bahasa melayu zaman
awal?. Bincangkan kedudukan dan
bentuk bahasa melayu pada zaman
tersebut secara khusus.
TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
 Zaman kuno
 Zaman praklasik

 Zaman klasik

 Zaman pramoden

 Zaman moden
Zaman Bahasa Melayu Kuno
 Abad ke-7 masihi.
 prasasti-prasasti ditemui dalam di sumatera
selatan dan pulau bangka iaitu, prasasti-
prasasti telaga batu, karang brahi, kota
kapur dan kedukan bukit.
 Prasasti-prasasti ini ditulis dalam zaman
pemerintahan Srivijaya
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
KUNO
 Awalan seperti ‘ni’ contohnya, ‘Niwunuh’.
 Turut menggunakan awalan ‘Mer-’ untuk
‘Ber-’ pada hari ini.
 Imbuhan ‘per-an’, ‘PaN-an’ dan ‘ka-an’.

 Akhiran ‘–I’, ‘-kan’

 Biasanya menggunakan awalan ‘maka’.

 Menggunakan klitik misalnya ‘nda’.


ZAMAN BAHASA MELAYU
PRAKLASIK
 Bahasa Melayu yang digunakan pada zaman transisi.(zaman
peralihan pengaruh hindi ke arab atau islam)
 Islam telah datang ke arab sumatera dan jawa pada tahun 674M.
 Islam telah mengubah aspek kehidupan masyarakat melayu
antaranya,
a) Mengubah agama.
b) Mengubah budaya.
c) Mengubah bahasa & ilmu agama (meminjam kosa kata dengan
meminjam daripada bahasa arab dan parsi)
 Bahasa yang digunakan turut bertambah dan terdapat ciri-ciri
arakait. (ciri tradisi)
 Kata-kata yang digunakan bersikap sanskrit, aksaranya bersifat
arab.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
PRAKLASIK
 semua bukti ditemui tercatat pada batu terutamanya
batu nisan dan menunjukkan 3 tahap:
 a) Peringkat awal:
-menggunakan bahasa arab dan tulisan berbentuk kufi.
-Batu bersurat ditulis mengunakan ‘ekabahasa’ dan
‘ekaaksara’ .         
‘eka’  = satu                 ‘aksara’ = huruf   
 Batu nisan yang penting sebagai bahan bukti ialah batu
nisan sultan Malik al-saleh 1297 M ditemui di Pasai
menggunakan bahasa arab kangrafi niski.
(popular di India pd abad ke13)     
b)Peringkat  pertengahan:   
- pada peringkat ini,batu bersurat menggunakan dwi
bahasa dan dwi aksara.
Contoh: Raja al-ala –1389 M (aksara kawi,bahasa
melayu/bahasa melayu kuno,dan aksara arab (8 baris
ayat sajak Sanskrit)
c)Peringkat akhir:
-berlaku pada abad 14 dan 15.
-menggunakan dwiaksara & dwi bahasa.-contoh:
 Batu bersurat ditemui di kg Buluh,Kuala Berang, Hulu
Terengganu pada 1887 di tebing Sg.Tersak.(tarikh yang
tercatat ialah 4 rejab,702 H (22 feb 1303).
 Terdapat percampuran kata asli bahasa melayu dan
Sanskrit,jawa & arab & jawi.
ZAMAN BAHASA MELAYU
KLASIK

 Wujudnya bentuk tulisan.


 Berfungsi sebagai linguafranca.
 Bahasa digunakan untuk menyampaikan ajaran
islam sama ada lisan atau tulisan.
 Bahasa melayu klasik digunakan untuk
menyampaikan ajaran islam sama ada lisan atau
tulisan.
 Raja turut menggalakkan para ulamak dan pujangga
istana menghasilkan tulisan kesusasteraan melayu
dan agama.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
KLASIK
 Menggunakan bahasa istana
 Ayat yang panjang dan berulang-ulang
 Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang yang
digunakan dalam karya.
 Menggunakan kosa klasik seperti, ratna mutu
manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyhul. (bersedih)
 Banyak menggunakan partikel pun dan kah
dalam ayat.
 Menggunakan kata pangkal ( sebermula,
alkisah, hatta, adapun)
 Menggunakan aksara jawi, iaitu askara yang
pinjam daripada bahasa arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan
BAHAN BUKTI
 Surat-surat yang dikirimkan oleh para raja melayu atau dengan
para pedagang, atau tokoh terkemuka Inggeris. Misalnya, 2
pucuk surat ultan Tarnate kepada Raja Portugal yang
menggunakan tulisan jawi dan merupakan teks yang paling
tertua.
 Surat bertarikh 1521/1522 ini telah dikirimkan oleh ultan Abu
Hayat kepada Raja Three, dan dianggap surat emas kerana
bahasa yang digunakan amat halus, beradab, bersopan santun
dan disusun secara teratur dari pemilihan kata-kata,letak kepala
surat dan puji-pujian pembuka surat.
 Surat lain, surat raja melayu dengan sir Thomas tamford Raffles
(Leftenan Gabenor di Jawa) 1811-18116 dan di Bangkahulu
1814-1824.
 Surat yang diutus kepada pemerintah China.
 Turut menterjemah hasil kesusasteraan Arab dan Parsi.
Bukti kegemilangan bahasa melayu klasik boleh dilihat daripada
tida batu bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat
selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan melayu dalam
bentuk tulisan.

 Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau


(1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa
melayu kuno dan beberapa baris sajak sanskrit.
Bahasanya berbeza sedikit daripada batu bersurat
abad ke-7.
 Batu Bersurat di Miyeh Tujuh, Terengganu (1303-
1387) masih memakai abjad India buat pertama
kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti
kalimat nabi, Allah, dan rahmat.
 Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-
1387) ditulis dalam tulisan jawi. Ini membuktikan
tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa melayu
pada abad itu.
ZAMAN BAHASA MELAYU
PRAMODEN

 Bermula pada abad ke-17 &18.


 Penjajah barat memperkenalkan beberapa teknologi moden seperti alat
pencetak, kapal api dan lain-lain termasuk penerbitan akhbar, majalah
dan jurnal serta pencetakan buku-buku dan kitab-kitab.
 Sarjana Eropah berusaha mengkaji dan mempelajari Bahasa Melayu
dengan tujuan kepentingan imperialisme,ekonomi, dan budaya.
 Golongan yang berminat menyusun daftar kata ialah:
Pigafetta seorang pedagang Itali mengikut pelayaran Ferdinan De
Magellan dan telah mengumpul kamus kecil (BM-Italy.)
 Cornelius de Houtman telah pergi ke pelabuhan Bantam dan telah
membuat catatan yang didalamnya terdapat satu daftar kata yang
digunakan di kepulauan melayu merupakan usaha orang Belanda untuk
merumikan Bahasa Melayu.
 Pada abad ke-17, usaha yang dilakukan sarjana
eropah untuk menyusun kamus dalam Bahasa
Melayu:
a) Spraek ende Woord-book in de Malaysche ende
Madgaskor Talen (Frederick de Houtman-1603)
kamus Belanda-Melayu.
b) Kamus Belanda-Melayu (casper wittens&
Sebastian Danckaerts)
 Doktor francois Valentijn (pendeta Belanda)
menulis buku –Oud-en Nieum-ost-indian.(Hindia
Timur lama & baru ).
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
PRAMODEN
 Mengikut gaya bahasa praklasik iaitu penggunaan sahaya,
alkisah, arakian dll.
 Penggunaan gaya bahasa klasik
 Unsur dwibahasa masih dikekalkan.
 Fonem-fonem melayu ditambah dengan fonem-fonem baru
daripada bahasa Arab masih kekal. Unsur Bahasa Inggeris
belum terlihat ketara, walaubagaimanapun penjajah mula
menguasai urusan penerbitan beberapa akhbar dan majalah
barulah unsur-unsur inggeris terlibat.
 Kata-kata istilah baru mula muncul terutama dalam pentadbiran
moden seperti yang diamalkan di Johor pada zaman
pemerintahan keluarga Temenggung Johor. Antaranya,
majestret,lawyer,kompeni,Gabenor, kemeja, office-boy, beranda
dll.
ZAMAN BAHASA MELAYU
MODEN
 Pada abad ke-19,Bahasa Melayu menjadi bahasa perantara
negara ini iaitu sebagai bahasa perantara di pusat
pemerintahan,pusat pendidikan islam dan kelas agama.
 Pegawai Inggeris yang bertugas di tanah melayu dikehendaki
mempelajari  Bahasa Melayu,antaranya:
a) R.O Winstedt.
b) William marsdent.
c) O.T Dussek
d) W.G Shellabear. 
 Selepas perang dunia ke-2,kedudukan Bahasa Melayu terancam
kerana British menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
 para cendekiawan yang berpendidikan melayu dan arab yang
terdiri wartawan,sasterawan,budayawan,guru,dan ahli politik
telah memperjuangkan Bahasa Melayu dan muncul:
a) Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
b) Persaudaraan Sahabat Panel Malysia (PASPAM).
c) Angkatan Sasterawan 50 (asas 50)
 Kedudukan Bahasa melayu dalam era kemerdekaan adalah:
a) Perlembagaan Persekutuan perkara 152  telah menetapkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
b) Akta bahasa kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
c) Laporan razak 1956 mencadangkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar dalam sistem pendidkan negara.
 Bahasa Melayu sebagai:
a)Bahasa rasmi negara.
b)Bahasa pentadbiran.
c)Bahasa perhubungan    
d)Bahasa pengantar.          
Kedudukan dan peranan bahasa
melayu selepas perang dunia.
 Kedudukan dan peranan bahasa melayu berubah apabila
pegawai-pgawai British yang baru mula mengambil alih tugas
pegawai-pegawai lama yang berada di Tanah Melayu.
 Kekalahan British di tangan Jepun telah memberi kesedaran
kepada British bahawa Bahasa Melayu tidak boleh dibiarkan
berkembang, sebaliknya Bahasa Inggeris harus dikembangkan
seluas mungkin.
 Pentadbir inggeris mula menukar dasar mereka dengan
menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
sistem persekolahan di tanah melayu, dan mula mengambil alih
peranan bahasa melayu.
 Sekolah Inggeris mula dibina di seluruh tanah melayu. Pelajar
lepasan bahasa Inggeris mula mendapat tempat dan kedudukan
yang tinggi dalam masyarakat.
 Walaupun bahasa melayu mengalami tekanan, bahasa
melayu terus dikembangkan oleh para cendekiawan
berpendidikan Melayu dan Arab.
 Mereka menghasilkan novel dan cerpen dengan
menggunakan bahasa melayu sebagai alat penyata fikiran.
 Tindakan memperjuangkan bahasa melayu ini dibahagikan
kepada dua, iaitu secara perseorangan dan kedua melalui
pertubuhan-pertubuhan. Kedua-dua cara ini menggunakan
perantaraan akhbar dan majalah untuk menyampaikan
pendapat tentang bahasa melayu.
 Perjuangan melalui pertubuhan dapat dilihat daripada
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dan
Sahabat Pena yang telah ditubuhkan untuk menyatukan
dan memajukan setiap usaha karang mengarang,
memperbaiki bahasa dan sastera Melayu serta mengubah,
mencipta, memperbaharui dan membina perkataan untuk
memperkaya bahasa melayu.
PERBEZAAN
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
KUNO MODEN
1) semivokal ‘w’  i) Wuati i) Buat
ii) wunuh ii) bunuh
2) tiada vokal ‘e’ i) dangan i) dengan

3) P’gunaan i) Nitanamii i) Ditanam


imbuhan “ni”
ii) Nimakan ii) Dimakan
4) imbuhan ‘mar’  i) Marpalas i) Berlepas
berubah dlm BMM
menjadi ‘ber’. 

5) Terdapat i) bhumi i) bumi


konsonen yang dieja
dgn aspirasi
bh,ph,dh,th & kh
TOKOH-TOKOH DALAM
PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
TOKOH SUMBANGAN KARYA
Abdullah Abdul -perkembangan BM pada zamannya. -Syair singapura terbakar (1830)
Kadir Munsyi -mgunakn gaya bhs tersendiri dan indah. -Kisah pelayaran Abdullah (1838)
(Abdullah -menggunakn kosa kata yang banyak. -Hikayat Abdullah (1849)
Munsyi)
-karyanya msh terikat dgn btk penggunaan -Kisah pelayran Abdullah ke Jeddah (1854)
bhs lama. -Dewa-ul-Kulub (1883)

Raja Ali Hj b. -Merupakan orang melayu pertama -Kitab Salasilah Mly-Bugis & Sekalian Raja2nya.
Hj.Ahmad menyusun kamus. -Tuhfat ul-Nafis.
-Syair jatuhnya Negeri Johor
-gurindam12,

Mejar Dato’ Mohd -tokoh persuratan melayu johor. -Jalan BM (1937)


Said bin Hj -menulis  rencana & menyimpan buku BI. - Makalah-Siri peredar.
Sulaiman. -Dianugerahkn “kerabat Diraja” - syair alam & Bm (1935
- syair keadaan tuhan & manusia
- Hikatyat Queen Victoria.(1904)
- Tawarikh England(1945)

Zainal abiding bin -Bidang kebahasaan terutama aspek -aspek fonologi (sistem bunyi BM dr segi lisan&
ahmad (za’ba) tatabahasa. tulisan, aspek tatabahasa (morfologi dan sintaksis
-Memperjuang agar BM menjadi bahasa -Ilmu Mengarang Melayu.
kebangsaan dan rasmi. -Daftar Ejaan Melayu (1941)
KESIMPULAN
Tahap-tahap perkembangan bahasa melayu
berlaku disebabkan fungsinya dalam
komunikasi serta dipengaruhi oleh penutur itu
sendiri. Perkembangan ini akan sentiasa
berlaku dengan pengaruh faktor lain.
Sekian…

You might also like