You are on page 1of 7

PENGENALAN

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka tidur boleh didefinasikan sebagai keadaan

tidak sedar dengan mata terpejam. Manakala istilah ‘kaki tidur’ pula digunakan oleh

orang melayu sebagai orang yang suka tidur atau mudah tidur. Penulisan ini

berkisarkan tentang cara dalam mengatasi dan menangani masalah pelajar yang

dilabelkan sebagai ‘kaki tidur’ di dalam kelas sewaktu seisi pembelajaran. Tumpuan

penuh daripada pelajar, memberikan kesan yang mendalam dalam proses

penyampaian P & P (pembelajaran dan Pengajaran). Oleh yang demikian, bagi

memastikan proses P & P dilaksana dengan berkesan, perlu ada satu mekanisma

dalam mengurus tingkah laku pelajar secara spesifik di dalam kelas terutama pelajar

yang dikategorikan sebagai ‘kaki tidur’.

Ciri-ciri Kaki Tidur

Tidak ada satu kajian ataupun kaedah khusus dalam menentukan ciri-ciri seorang

yang dilabelkan sebagai ‘kaki tidur’. Seseorang guru hanya dapat menggagak ataupun

mengetahui ciri-ciri pelajar yang dilabel sebagai kaki tidur berdasarkan

pengalamannya. Pelajar yang dilabel ini mungkin hanya dapat dikenal pasti selepas

simptom mengantuk ataupun mudah untuk tidur semasa seisi P & P dijalankan.

Walaubagaimanapun tingkah laku pelajar berkenaan dapat dijangkakan ataupun

diramal berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah dibuat, diantaranya :

Selalu mengantuk

Tidak dinafikan inilah ciri yang paling jelas dapat dilihat oleh seorang guru bagi

mengenali pelajar yang kaki tidur. Kebiasaanya berlaku pada awal pagi dan di waktu

1
tengah hari seisi pembelajaran, manakala bagi tahap kaki tidur yang serius ialah

hampir keseluruhan waktu di siang hari.

Fizikal yang lesu

Kebanyakan pelajar yang ‘kaki tidur’ biasanya berada dalam keadaan tidak aktif

ataupun lesu didalam kelas. Bahagian dibawah mata pelajar berkenaan mungkin

nampak kehitaman, kelopak mata yang tidak dibuka sepenuhnya semasa mengerdip

ataupun warna kemerahan di bahagian tepi anak mata, disamping selalu menguap

didalam kelas.

Kedudukan di dalam kelas

Tektik yang sering dilakukan oleh pelajar yang kaki tidur ialah dengan menempatkan

diri mereka dibahagian yang terhalang oleh penglihatan, sukar untuk dicapai, ataupun

diruang sudut yang tidak diberi perhatian oleh guru yang mengajar. Pelajar berkenaan

juga berada berjauhan dengan pelajar yang sering membuat bising didalam kelas demi

mengelakkan diri mereka daripada dikesan oleh guru.

Masalah Disiplin

Biasanya pelajar yang mempunyai beberapa rekod dan masalah disiplin, sering tidur

didalam kelas terutama diwaktu subjek yang tidak diminati ataupun terhadap guru

yang tidak digemari oleh mereka. Ini mungkin merupakan suatu simbol protes

daripada mereka, hilang perasaan hormat, takut terhadap guru ataupun dikatakan

sudah lali dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka sebelumnya.

Boleh dikatakan juga pelajar ini ketinggalan dalam pelajaran mereka.

2
KESAN YANG DITINGGALKAN

Sebarang tingkahlaku yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas, mempengaruhi

proses P & P yang dijalankan. Tingkahlaku ini walaupun dianggap biasa dan remeh

bagi seseorang tetapi ianya tetap memberi kesan terhadap guru , rakan sekelas serta

persekitaran pembelajaran. Bagi guru, ianya mungkin mempengaruhi mood mengajar.

Seorang guru mungkin akan berasa tidak yakin terhadap apa yang diajar seperti

timbulnya persoalan “adakah cara mengajar yang aku gunakan terlalu boring”,

ataupun mungkin menimbulkan perasaan marah dan kurang senang kerana tidak

dihormati. Rakan sekelas pula akan beranggapan bahawa tingkahlaku tersebut

‘dibenarkan’, disamping merasakan bahawa guru tersebut kurang mengambil berat

terhadap pelajar.

Suasana persekitaran pembelajaran pula umumnya akan kelihatan kurang

ceria, tidak aktif serta tidak merangsang minat pelajar yang lain sekiranya terdapat

beberapa orang pelajar yang tidur di dalam kelas sebelum atau semasa proses P & P

berlangsung. Kelakuan tidur di dalam kelas ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi

tabiat kebanyakkan pelajar di dalam kelas berkenaan. Pelajar yang meniru kelakuan

tersebut akhirnya menjadikannya sebagai satu tabiat yang biasa bagi dirinya. Keadaan

fizikal pelajar pula akan menjadi lemah dan kurang bersedia untuk menerima P & P.

Para ibu bapa juga akan menghadapi masalah jika mempunyai anak yang

merupakan kaki tidur. Mereka perlu dikejutkan setiap kali untuk pergi kesekolah di

awal pagi. Anak mereka mungkin akan dikenakan tindakan disipiplin kerana lewat ke

sekolah. Jika beberapa kali perkara berlanjutan, mungkin para ibu bapa akan

dipanggil untuk perbincangan dengan pihak sekolah. Keadaan ini boleh memberikan

persepsi dan tanggapan yang kurang elok diantara kedua pihak.

3
PUNCA KEPADA MASALAH MENGANTUK

Bagaimana cara kita mengatasi masalah ini? Punca utama kepada masalah ini

hendaklah di kenal pasti dan diketahui sebelum cara penyelesaian diperolehi. Diantara

punca kepada masalah ini ialah :

Tidak Cukup Tidur

Punca utama pelajar mengantuk semasa seisi P & P ialah tidur yang tidak mencukupi.

Beberapa kajian telah dibuat oleh beberapa intitusi pendidikan di luar negara seperti ‘

Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika syarikat mendapati, tidur seseorang

bergantung kepada usia dan aktiviti yang dijalankan di sepanjang hari. Ini bermakna

seorang pelajar di peringkat remaja perlu tidur sekurang-kurang nya 9-10 jam sehari

bagi mendapatkan kecergasan yang optimum disiang hari. Malangnya ramai remaja

tidak cukup tidur kerana berjaga dimalam hari kerana melakukan aktiviti berfaedah

seperti mengulangkaji pelajaran sehingalah aktiviti yang tidak bermanfaaat seperti

berbual-bual kosong bersama rakan, menonton tv dan sebagainya.

Tidur yang berlebihan

Tidur berlebihan juga akan menyebabkan simptom mengantuk. Ini adalah kerana tidur

secara berlebihan berkenaan telah menjadi suatu tabiat dan bukan lagi sebagai suatu

keperluan dan istirehat. Seseorang akan merasa mengantuk disebabkan badan belum

bersedia untuk bangun sepenuhnya kerana telah dilatih untuk tidur secara berlebihan.

Makan terlalu banyak

Makan yang terlalu banyak juga akan memberikan simptom mengantuk kerana

oksigen yang disedut diagihkan kepada sistem pencernaan seperti pengoksidaan

4
makanan. Hasilnya, oksigen yang dihantar ke otak akan berkurangan seterusnya

menimbulkan simpton mengantuk.

Keletihan otot-otot badan

Keletihan otot badan berpunca pengumpulan asid laktik didalam badan akibat

daripada aktiviti fizikal yang dilakukan secara berlebihan. Badan secara

semulajadinya akan menormalkan kembali keadaan ini dengan rehat yang mencukupi.

Tidur adalah salah satu cara badan berehat disamping memperbaiki tisu-tisu yang

telah rosak semasa melakukan aktiviti lasak.

CARA MENGATASI MASALAH INI

Pelbagai cara dapat dilakukan oleh guru dalam mengatasi masalah pelajar kaki tidur

atau selalu mengantuk didalam kelas. Para guru seharusnya bijak menilai situasi

pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin setiap masalah seperti ini

perlu diselesaikan dengan cara ataupun kaedah yang berlainan. Sebagai contoh

seorang guru haruslah membuatkan pelajar-pelajarnya faham bahawa tidur didalam

kelas semasa P & P adalah tidak dibenarkan dengan menggunakan pelbagai kaedah

yang sesuai samaada, dengan membuat peraturan pada awal seisi persekolahan

ataupun dengan cara peneguhan positif dan negatif. Dengan cara ini, pelajar dapat

memahami tidur didalam kelas adalah tidak dibenarkan dan tidak disukai oleh guru.

Guru juga harus memberitahu pelajar tentang cara-cara mengekalkan

kecergasan mental dan fizikal samaada secara teori atau praktikal. Sebagai contoh

seorang guru boleh memberitahu kepada pelajarnya jumlah tidur yang sepatutnya

dilakukan, mengikut usia tertentu. Secara praktikalnya pula, seorang guru boleh

melakukan aktiviti seperti senaman ringkas didalam kelas disamping aktiviti yang

5
dapat melancarkan peredaran darah untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pelajar

juga mesti didedahkan dengan informasi maklumat tentang penjagaan badan yang

betul samaada dengan pergerakan tertentu ataupun dengan cara diet pengambilan

makanan yang betul supaya sentiasa bersemangat dan bermotivasi di dalam kelas.

Pelajar juga seharusnya diberikan dorongan serta motivasi secara berterusan.

Keseronokan dalam proses P & P mempengaruhi tingkahlaku pelajar dalam

memberikan tindak balas (respon) yang positif. kajian menunjukkan keseronokan

memberikan lebih banyak tenaga kepada badan supaya sentiasa berada dalam keadaan

sedar. Kepekaan guru terhadap aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar sebelum

proses P & P bermula memberikan kelebihan kepada guru dalam merancang aktiviti

yang difikirkan sesuai dengan mood ataupun keadaan pelajar.

Kesimpulannnya, terdapat pelbagai cara dalam mengatasi masalah ini

mengikut situasi tertentu. Guru seharusnya menangani masalah ini secara bijak

disamping mendapatkan suatu cara yang membolehkan guru saling berkerjasama

diantara pelajar, faham memahami, saling bertolak ansur serta fleksibel dalam P & P.

6
RUJUKAN

Mohd Hasani Dali (2009). Pengurusan bilik Darjah untuk Guru Novis. Penerbit

Universiti Utara

Malaysia.

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tidur

You might also like