You are on page 1of 18

1.

PENDAHULUAN

1.1 Pengertian dan tujuan SPN 21


SPN 21 adalah merupakan nama singkatan bagi Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21
yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. SPN21 tersebut membawa beberapa
perubahan besar dalam pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Ianya bertujuan dalam
membentuk generasi dan pemimpin pada masa akan datang. SPN 21 ini dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat iaitu pada peringkat peralihan (interim/transition stage) dilaksanakan
pada tahun 2008 bagi pelajar Tahun 7 (kumpulan pelajar yang lulus PSR 2007), Di peringkat
rendah akan dilaksanakan pada tahun 2009 iaitu bagi pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 manakala
pelaksanaan SPN 21 sepenuhnya di peringkat rendah di lakukan pada tahun 2011. 1

1.2 Peranan guru dalam menghadapi SPN 21


Di dalam sistem pendidikan Negara abad ke 21, Wawasan Brunei menjelang 2035
berhasrat agar Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang dikenali yang
mempunyai pendidikan,berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti
tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. 2Oleh itu, sekolah adalah tempat utama
dalam membentuk bagi menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak, tetapi juga
berwibawa, berkarisma, dan berketerampilan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.
Jabatan Pendidikan yakin bahawa sistem pendidikan negara abad ke-21 adalah jawapan
dalam memastikan masa depan yang lebih baik bagi para pelajar yang akan nmemenuhi
cabaran global baru. Oleh itu, penting bagi setiap pendidik iaitu guru untuk membuka minda,
membuka mata dan telinga serta memahami apa yang dihasratkan oleh SPN 21 agar SPN 21
akan berjaya menghasilkan sistem pendidik yang cemerlang dan mampu mengeluarkan
individu Brunei yang berminda besar dan pandangan jauh.3

Ini adalah menjadi satu tanggungjawab profesion perguruan bagi merealisasikan harapan
negara ini. Seorang guru perlu membuat perubahan dalam konsep pengajaran di sekolah yang
lebih menfokuskan kepada pengajaran yang lebih menarik minat murid.

1
Wikipedia(2008).Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari
http://smrimba.net/Document/SPN21/SPN21%20-%20malay.pdf
2
Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam m.s 11
3
Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omar ali. (2009). Tingkatan daya kreativiti dalam kepimpinan. Diperolehi pada 10
Oktober 2009 dari http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/9ogos/berita18.htm
2. EKPEKTASI/HARAPAN SPN21 DAN GURU-GURU BARU

Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 ini akan satu menjadi mercu tanda yang penting di
dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Menjelang tahun 2035, Negara
Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan,
berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan ekonomi yang
dinamik dan berdaya tahan. Hal ini, Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan lebih rapat
lagi dengan pihak institusi-institusi pengajian tinggi khususnya Universiti Brunei Darussalam
untuk memastikan latihan perguruan kita akan dapat menghasilkan guru-guru yang berkualiti,
manakala guru-guru yang sedang berkhidmat pula akan disediakan pelbagai program latihan
berterusan (continuing profesional development) di dalam mahupun di dalam mahupun di
luar negara4. Oleh yang demikian, ini adalah satu ekpektadi dan harapan kepada guru- guru
untuk merealisasikan hasrat sistem pendidikan negara abad ke 21

2.1 Keterampilan secara unggul dalam methode pengajaran


Jesteru itu, seorang guru harus mempunyai keterampilannya secara unggul dalam bidang
pendidikan dan pembelajaran iaitu dari segi keterampilan dalam menerapkan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran, teknik pengelolaan kelas, keterampilan dalam memanfaatkan media
dan sumber belajar ke arah yang lebih mencabar dan menyeronokkan. Ini adalah kerana, SPN
21 membuat perubahan dalam konsep pengajaran yang menfokuskan kepada pelajaran yang
menarik minat murid. Sebagai contoh mempergiatkan aktiviti kelas dengan aktif dan
menyeronokkan dengan membuat perhubungan bilik darjah dengan luar sekolah seperti
belajar sambil membuat lawatan. Alat Bantu Megajar guru hendaklah menarik dan kreatif.
Sepertimana menurut Noraziah (1981) menerangkan bahawa alat bantu mengajar itu mestilah
dianggap sabagai satu bahagian yang padu atau integral part dalam proses pengajaran.
5
Apabila seorang guru mempunyai kreativiti dan keterampilaan secara unggul, maka ianya
dapat mengukuhkan ingatan dan pemahaman pelajar serta memberikan suatu pengajaran
pembelajaran yang berfaedah kepada mereka.

2.2 Membentuk pembelajaran sepanjang hayat

Selain daripada itu, SPN 21 telah mengariskan plan strategi untuk membentuk program yang
menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan akses kepada pendidikan
4
Wikipedia . (2009, 27 Januari). Perlaksanaan SPN 21 dapat menanai wawasan 2035. Pelita Brunei, p 5
5
Nota-nota kuliah asas-asas pengajaran dan pembelajaran I dan II di dalam konsep pengunaan dan aplikasi
Alat Bantu Mengajar
tinggi6. Dalam perkara ini seorang guru perlu bersiap sedia untuk sentiasa memperluaskan
ilmu pengetahuan di dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, guru perlu sentiasa membuat
program penyelidikan tentang sesuatu fakta mengenai sesuatu isi pelajaran dengan lebih
kondusif dan terperinci

Ini terbukti menurut seorang pensyarah di Universiti Brunei Darussalam's (UBD) Sultan
Hassanal Bolkiah Institute of Education ( SHBIE) menyatakan

“ In order to deal with future challenges, children must be equipped with long life learning
and thinking skills so that thay can evaluate real life and synthesise solutions”7

Dengan hal ini, pelajar-pelajar dapat belajar untuk sepanjang hayat dan mengembangkan
daya pemikir mereka sehingga mereka boleh menilai situasi kehidupan nyata dan mensintesis
penyelesaian

2.3 Memupuk budaya penyelidikan dikalangan guru dan murid

Selaras dengan kepesatan ilmu pengetahuan dan perlaksanaan SPN 21 ini juga, minat
terhadap penyelidikan dalam pendidikan di kalangan para guru dan pelajar hendaklah
dipupuk dan dikukuhkan. Dengan adanya budaya penyelidikan ini, akan menjadikan generasi
kita lebih analitikal, kreatif dan inovatif serta yakin untuk menghadapi persaingan dan
cabaran semasa dan masa depan. Malahan ini membantu para guru mahupun pelajar
menghadapi suasuana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menyeronokkan.

2.4 Menimbulkan pembelajaran pengajaran Konstruktivisme

Guru berperanan untuk menimbulkan pembelajaran dan pengajaran yang berunsurkan


konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Ini adalah mengikut SPN 21, di dalam
pendekatan pedagogi ada menyatakan

“At the primary level, the curriculum will be integrated across subject areas using the
themes and topics that are based on understanding, experience and the surrounding
evvironments.”8

6
SPN21 Terlaksana sepenuhnya 2011 (Lidah Pengarang. Pelita Brunei . Bilangan 27. 4/4/09 Sabtu)
7
Jainatul Halida Jaidin.( 2009). Thinking skills crucial to student’s educations. Diperolehi pada 12 Oktober 2009 dari
http://www.bt.com.bn/en/home_news/2009/05/25/thinking_skills_crucial_to_students_education
8
The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 57
Jelaslah disini, bahawa kontruktivisme adalah satu pengajaran dan pembelajaran adalah
berdasarkan kepada pengetahuan, kefahaman dan pengetahuan sedia pelajar ada yang dapat
dikaitkan dalam kehidupan seharian. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997) menjelaskan
bahawa konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan cara
manusia belajar.9

Oleh itu, guru harus memberi peluang pelajar untuk menonjolkan bakat atau kebolehan serta
mengembangkannya potensi mereka. Pengajaran guru hendaklah berpusatkan murid atau
dikenali sebagai “student centred”. Motivasi adalah merupakan kunci kepada pembelajaran
iaitu menggalakkan penemuan inkuiri, perassan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Oleh yang
demikian, untuk memperkenalkan guru-guru dengn idea konstruktivisme adalah memerlukan
guru berubah bukan sahaja dari aspek pandangan mereka mengenai pembelajaran malahan
juga amalan-amalan mereka di dalam bilik darjah. Jesteru itu, untuk memastikan
pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru dalam bilik
darjah perlu berorentasikan pembelajaran melalui pengalaman sedia ada pelajar berasaskan
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

3. CABARAN-CABARAN DALAM PERSEDIAAN GURU-GURU


DALAM MENGHADAPI CABARAN SPN21

Kewujudan sistem Pendidikan Negara ABAD ke 21 ( SPN 21) membawa impak yang
besar kepada semua lapisan guru samada guru pelatih mahupun guru yang sedang
berkhidmat. Guru terpaksa mengubah persepsi lama kepada persepsi baru selaras dengan
keinginan SPN 21 melalui pengajaran dan pembelajaran. Sistem Pendidikan Negara Abad 21
atau SPN 21 yang bertujuan untuk memperkasa modal insan negara dalam menghadapi
cabaran-cabaran pembangunan di era globalisasi ini. Ini bermakna guru telah diuji
keupayaanya agar dapat beradptasikan dan merupakan satu cabaran kepada seorang guru.

3.1 Guru sebagai insan yang mempunyai nilai-nilai luhur yang tinggi

"Whether the educational system is old or new, it will always be challenging. Teaching as a
career in itself is challenging. Teaching comes from the heart and if you are sincere, the
challenges will be wholeheartedly met” – Brunei Times10

9
Mohd Yussof Abdullah. (2008). Pengetahuan Pedagogi Guru, hlm.14
10
Hana Roslan. (2009, September 03). SPN 21 set to score top marks. Brunei Times ,p.4
Samada sistem pendidikan adalah dalam kaedah lama mahupun baru, ianya tetap adalah satu
cabaran guru kerana kerjaya seorang guru adalah mencabar. Oleh yang demikian untuk
mendapat suasuana pengajaran yang efektif, guru haruslah mempunyai sifat nilai-nilai murni
berupaya untuk membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

Ini terbukti di dalam kurikulum SPN21, kementerian pendidikan meinginkan penerapan nilai-
nilai murni sebagai penerapan nilai teras dan sikap iaitu seperti sikap berdikari,
11
bertakwa,berdaya saing (Competitive), Siapsaga dan sebagainya. . Dengan hal yang
demikian, pelajar tersebut terdidik ke arah pembentukan yang lebih baik dan positif

3.2Memperkukuhkan kompetensi dalam teknologi infokomunikasi (ICT) secara


meluas

kementerian pendidikan telah mengariskan lapan strategi untuk mencapai hasrat


sistem pendidikan Negara abad ke 21, iaitu diantaranya ialah memperkukuhkan kompetensi
dalam teknologi infokomunikasi (ICT) bagi penuntut, guru dan pentadbir pendidikan
termasuk integrasi ICT ke dalam kurikulum sekolah12. Ini ada dijelaskan guru hendaklah
mengunakan ICT di dalam kaedah pengajaran dengan lebih banyak .Ini adalah merupakan
satu cabaran pada seorang guru bahawa guru dipastikan agar memperolehi keupayaan dan
kemahiran dalam ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Malahan, mata pelajaran yang dikemaskini di dalam SPN 21 adalah banyak memerlukan
pengunaan ICT. Jesteru itu Pengunaan alat media dan telekomunikasi seperti sistem
komputer riba perlu dijadikan teras dan wajib dalam sistem penyampaian. Hasrat tersebut
bukan sahaja pada seorang guru malahan guru perlu memastikan pelajar mereka mempunyai
pengetahuan dan mempunyai kemahiran ICT untuk menjadi pelajar lebih kreatif dalam
pelajaran mereka. Adalah yang memainkan perana penting untuk memberikan dorongan
kepada pelajar untuk lebih berpengalaman dan mampu bersaing secara global hingga ke
peringkat antarabangsa . Ini telah dijelaskan oleh kementerian pendidikan bahawa:

“ICT skills hava become an integral part of the 21 st century education. They should be
mastered by students in line with the rapid advancements and globalisation”13

3.3 Menguasai tiga domain (taksonomi bloom) secara efektif

11
SPN21 Terlaksana sepenuhnya 2011 (Lidah Pengarang. Pelita Brunei . Bilangan 27. 4/4/09 Sabtu)
12
Wikipedia(2008).Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari
http://smrimba.net/Document/SPN21/SPN21%20-%20malay.pdf
13
The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 31
Antara lain, di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran sebelumnya, guru lebih
menfokuskan kepada pembentukan domain kognitif, intelek dan menguji psikomotor pelajar.
Memandangkan pengajaran dan pembelajaran pada SPN 21 lebih berkonsepkan kepada “fun,
play and learn more”.14 Oleh itu,guru perlu membuat perubahan dalam konsep pengajaran
yang menfokuskan kepada menarik perhatian pelajar. Guru perlu meaplikasikan dan
menerapkan domain afektif di dalam pengajaran agar guru dapat menyelami perassan dan
emosi pelajar. Ini untuk memastikan pelajar untuk sentiasa minat di dalam sesuatu pelajaran
bukan kerana terpaksa atau dipaksa.Dengan hal yang demikian, ini adalah merupakan satu
cabaran seorang guru untuk membentuk pembelajaran pelajar. Sepertimana menurut SPN 21
adalah

“All the key learning areas aim at nurturing learners so that they become intellectually,
spiritually, emotionally and physically balanced individual”15

Jelaslah disini, bahawa kunci utama ialah bukan sahaja untuk meningkatkan daya intelek
pelajar tapi hendaklah ada meningkatkan dan menerapkan nilai-nilai spiritual dan emosi

3.4 Guru mempersiap siaga dalam memperluaskan pengetahuan dalam pelbagai aspek

Guru perlu sentiasa bersiap sedia di dalam memperluaskan pengetahuan di dalam


pelbagai aspek. Guru tidak terhad kepada pengetahuan-pengetahuan pada sesuatu yang di
ajarkan sahaja. Perkara ini adalah merupakan satu cabaran kepada guru agar guru perlu
bersifat proaktif di dalam semua bidang kemahiran. Hal ini ada ditekankan bahawa dalam
meneraju SPN 21, tenaga pelajar perlu “up to date”. Ini adalah untuk memastikan bahawa
para guru sentiasa meningkatkan kemahiran melalui latihan dalam perkhidmatan untuk
memberikan latihan semula dan memperolehi pengetahuan serta kepandaian yang terbaru dan
terkini16. Sebagai contoh seorang guru tidak hanya tahu mengenai tentang pengetahuan
pendidikan seni visual malahan perlu berkebolehan di dalam pelbagai bidang, seperti muzik
dan drama dan sebagainya.

14
Norliah binti Md. Zain (2008). SPN 21 bawa perubahan besar pendidikan negara. Diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/09nov/index.htm
15
The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 35
16
Ak. Jefferi Pg Duraman (2009) .Lebih ramai pelajar perolehi pendidikan tinggi. Di perolehi pada 15 Oktober 2009 dari
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/3apr/berita02.htm
Ini juga memastikan untuk membentuk para pelajar agar menjadi generasi muda yang
berkualiti yang kukuh jati dirinya serta mempunyai “International Outlook” supaya mampu
bersaing dan bertahan.
4. KAEDAH STRATEGI, PENDEKATAN, TEKNIK PENGAJARAN
YANG DIGALAKKAN DALAM SPN21

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, konsep kaedah, strategi, pendekatan dan teknik
pengajaran sering digunakan di sekolah. Ianya adalah merupakan perkara asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seorang guru. Walau
bagaimanapun , ke empat-empat konsep ini sering menimbulkan kekeliruan di kalangan guru.
Ini kerana ciri-ciri yang terdapat di antara konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
saling berkait dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ke empat konsep ini amat
berguna bagi guru terutamanya pada guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya
ilmu pedagogi ini dapat dipelajari dan diamalkan di dalam bilik darjah

4.1 Pendekatan

PENDEKATAN
Pengertian Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah merupakan
cara atau langkah-langkah yang di ambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah
Cir-ciri 1. Pengajaran adalah berdasarkan objektif pelajaran yang
telah ditentukan
2. Objektif-Objektif yang hendak dicapai adalah berbentuk
jangka panjang
3. Berlandaskan teori, prinsip dan model
4. Pendekatan adalah dianggap benar tanpa memerlukan
bukti atau alasan
5. Ianya adalah mendukung semua teori
Jenis pendekatan 1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektif
4. Pendekatan Tematik

Kaedah yang Pendekatan Tematik


diggalakan di
dalam SPN 21
.

Jadual 4.1 ciri –ciri pendekatan dan yang digalakan di dalam SPN21
Menurut Edward M.Athony (1963) di dalam buku Moh song Sang, pendekatan ialah satu set
andaian yang saling berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
mempunyai unsur aksiomatik17. Sebagai contoh di dalam pendekatan induktif adalah
menekankan pembentukan konsep,aplikasi prinsip-prinsip dan interprestasi data. Jelaslah
disini adalah aksiomatik iaitu ia diterima sebagai benar tanpa keraguan atau memerlukan
bukti tambahan. Oleh yang demikian, para guru harus tahu pendekatan apa yang ingin
digunakan atas hasrat SPN 21 yang meinginkan pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan teori dan falsafah.

Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat
satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat
tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah

4.2 Kaedah

KAEDAH
Pengertian
Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu

Cir-ciri 1. Satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berurutan


serta bertujuan mencapai objektif
2. Dalam mencapai objektif adalah spesifik iaitu bercorakan
jangka pendek pada sesuatu pelajaran.
3. Kaedah ini adalah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun dan teratur
Jenis kaedah 1. Kaedah Bercerita
2. Kaedah Penerangan
3. Kaedah Demostransi
4. Kaedah Penyoalan
5. Kaedah Lawatan
Kaedah yang Kaedah Projek
diggalakan di Kaedah Inkuiri Penemuan
dalam SPN 21 Kaedah Bermain

Jadual 4.2 ciri –ciri kaedah dan yang digalakan di dalam SPN21

17
Mok Soon Sang. (2001). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3.
Subang Jaya : Ipoh perak. Hlm 51
Menurut Edward M. Anthony (1963) di dalam buku Mok Soon Sang, teknik mengajar adalah
merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru
dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum18. Teknik adalah merujuk
kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam seseautu

Di dalam konteks pendidikan, teknik mengajar ini adalah merujuk kepada kemahiran guru
digunakan untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran

4.3 Teknik.

TEKNIK
Pengertian Cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran

Cir-ciri 1. Merujuk kepada kemahiran guru mengelola dan


melaksanakan kaedah mengajar yang telah
dilaksanakan.
2. Mengambil kira factor latar belakang pelajar dalam
menentukan teknik yang dipilih
3. Pengendalian yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah

Jenis teknik 1. Teknik bercerita


2. Teknik bersyarah
3. Teknik perbincangan
4. Teknik demonstrasi
5. Teknik Latihan Tubi dan Hafalan
6. Teknik Penyoalan
7. Teknik Sosiodrama
8. Teknik main peranan
9. Teknik Simulasi
10. Teknik Penyelesaian Masalah
11. Teknik sumbangsaran
12. Teknik permainan

1. Teknik Sumbangsaran
Teknik yang 2. Teknik Penyelesaian Masalah
diggalakan di 3. Teknik Simulasi
4. Teknik Perbincangan
dalam SPN 21
5. Teknik Permainan
Jadual 4.3 ciri –ciri teknik dan yang digalakan di dalam SPN21

18
Mok Soon Sang. (2001). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3.
Subang Jaya : Ipoh perak. Hlm 52
Di dalam Jadual 1.2, teknik permainan ini juga memainkan peranan penting di dalam
pembelajaran dan pengajaran memandangkan SPN 21 adalah berkonsepkan “fun,play and
more” Oleh yang demikian,. Ini terbukti Sekolah Rendah Ahmad Tajudin di Daerah Belait,
teknik nyanyian dan pelbagai permainan seperti permainan susun suai gambar (jigsaw
puzzle) telah diterapkan di sekolah19. Dengan adanya teknik pengajaran guru seperti ini dapat
menarik perhatian pelajar serta galakkan mereka untuk berfikir di luar kotak

4.4 Strategi

STRATEGI
Pengertian Mengikut kamus Dewan (1998) strategi adalah merupakan yang
teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Cir-ciri 1. Merujuk kepada kebijaksanaan, memilih


pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan
2. Lebih mengambil kira objektif dalam jangka
panjang dalam sesuatu pendekatan dengan
berkesan
3. Ianya mengambil kira segala aspek pembelajaran
termasuklah pemilihan bahan dan sebagainya
Jenis kaedah 1.Strategi berpusatkan Guru
2.Strategi berpusatkan Pelajar
3,Strategi berpusatkan Bahan/Media
Kaedah yang
diggalakan di 1. Strategi berpusatkan Pelajar
dalam SPN 21
Jadual 4.4 ciri –ciri strategi dan yang digalakan di dalam SPN21

Di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran adalah menegaskan kepada kepandaian


seorang guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan
untuk menghasilkan pecapaian yang optimum. Di dalam SPN 21 menekankan kepada strategi
berpusatkan pelajar untuk menggalakan mereka untuk aktif di dalam suasuana pembelajaran
dan pengajaran mereka di sekolah

19
Menteri Pendidikan tinjau sekolah rendah kerajaan Daerah Belait (2008) . Diperolehi pada 15 Oktober 2009 dari
http://www.brunet.bn/news/pelita/05sept/didik.htm
5.KLASIFIKASIKAN CARA-CARA PENGAJARAN YANG
DIGALAKKAN OLEH SPN21 MENGIKUT KAEDAH, STRATEGI,
PENDEKATAN DAN TEKNIK

Induktif Pemusatan Pelajar


Tematik

STRATEGI
PENDEKATAN

Projek Sumbangsaran
Inkuiri Penemuan KAEDAH Perbincangan
bermain TEKNIK

Jadual 5.1 : Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik yang digalakkan oleh SPN 21

5.2 PENDEKATAN KONSEP INDUKTIF

Pendekatan konsep Induktif adalah merulakan satu pendekatan apabila guru memulakan
pengajarannya dengan memberikan contoh-contoh yang khusus dan pada akhir pelajaran, pelajar-
pelajar akan dapat membuat sesuatu rumusan

Contoh-contoh Memerhati, Membuat


khusus Mengkaji dan generalisasi
mentafsir

Sebagai contoh: burung helang dan burung hantu adalah contoh khusus. Pelajar akan memerhati,
mengkaji dan mentafsir iaitu berbulu perlepah. Seterusnya pelajar membuat generalisasi bahawa
kesemua burung berbrulu pelepah.
5.2 PENDEKATAN TEMATIK

Pedekatan Tematik adalah diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan
sesuatu pembicaraan atau kajian20. Pendekatan secara tematik akan membolehkan pelajar
menganalisis,membuat generalisasi pengetahuan. Strategi pengajaran tematik adalah berkait rapat
dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan. Pendekatan pembelajaran tematik lebih menekankan
pada penerapan konsep belajar sambil melakukan sesuatu (learning by doing). Dalam strategi tematik,
konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbulkan dan dihubungkait melalui satu tema dan
membuat perkumpulan diantara pelajar. Dengan hal yang demikian, ini dapat megembangkan daya
intelek pelajar dan bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain.

5.3 STRATEGI PEMUSATAN PELAJAR

Manakala dalam konsep strategi, SPN 21 meinginkan pengajaran guru adalah berpusatkan kepada
“student centered” atau lebih dikenali sebagai pemusatan pelajar. Prinsip pembelajaran berpusatkan
pelajar merupakan satu proses yang aktif. Guru perlu menerima autonomi yang dimiliki oleh pelajar
dan memberi penekanan terhadap proses pembelajaran berbanding pengajaran. Di dalam bilik darjah,
guru merupakan seorang pemimpin yang demokratik yang membimbing dan menjalani aktiviti
pembelajaran pelajar. Jelas di sini juga didalam spn 21 iaitu

“The teachers role will change from being a transmitter of facts and information to that of a
facilitator of learning”21

Ini bermakna bahawa di dalam pemusatan pelajar, guru hendaklah sebagai fasilitator di dalam sistem
pengajaran guru. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar adalah secara dua hala .Selain
itu, ujian formatif adalah di beri penekanan dan keputusan ujian kerja kelas digunakan untuk mengkaji
kelemahan-kelemahan pelajar. Ini terbukti SPN21 mengubah bagi sistem penilaian mengikut
penilaian kendalian sekolah (PKS) atau School- Based Assesment (SBA) secara berterusan hingga ke
tahun 7 dan 822. Oleh yang demikian, di bawah strategi pemusatan pelajar, pelajar-pelajar akan
menunjukkan sifat kreatif dan berinsiatif.

5.4 KAEDAH PROJEK

Konsep Kaedah juga memainkan peranan penting di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah projek adalah satu kaedah dimana pelajar-pelajar menjalankan sesuatu ujikaji atau kegiatan di
dalam situasi yang benar. Kaedah projek meliputi aspek domain kognitif, afektif dan psikomotor.

20
Mok Soon Sang. (2001). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3.
Subang Jaya : Ipoh perak. Hlm 98
21
The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 58
22
Wikipedia(2008).Sistem Pendidikan Negara abad ke 21 diperolehi pada 10 Oktober 2009 dari
Kaedah ini bukan sahaja dapat menimbulkan lagi minat malahan dapat memberikan motivasi kepada
pelajar untuk sikap bertanggungjawab dan berinsiatif.

5.5 KAEDAH INKUIRI

Kaedah Inkuiri adalah dikenali sebagai kaedah dapatan. Ia adalah merupakan satu kaedah pengajaran
bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar
sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai
soalan. Ia juga berperanan untuk membentuk pelajar ke arah domain aras yang tinggi seperti membuat
analisis, sinetesis dan penilaian. Oleh yang demikian, ianya adalah sesuai kepada pengajaran SPN21
yang meinginkan pelajar untuk mempunyai paras pemikiran yang tinggi dan pebelajaran yang aktif. Ia
juga menggalakan dalam pemikiran intuitif dan menyediakan pelajar untuk membuat andaian
daripada data-data logikal.

5.6 KAEDAH LAWATAN

Selain itu, SPN 21 juga menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran yang mempunyai
hubungan bilik darjah dan luar sekolah. Sebagai contoh bagi mata pelajaran sains menjadi keharusan
untuk membuat pratikal-pratikal berkaitan dengan luar sekolah. Manakal di dalam mata pelajaran seni
lukis juga dimestikan membuat kajian diluar sekolah. Oleh itu, kaedah lawatan adalah merupakan satu
kaedah yang digalakkan dalam SPN 21. Ianya bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan
memperluaskan pengalaman–pengalaman pelajar. Secara tidak langsung, ianya dapat divariasikan
kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah. Ini terbukti menurut Hajah Junaidah Haji Md Tahir dari guru
Sekolah Menengah Sultan Jamalul Alam Sekolah Menengah (SMJA) mengatakan

“Field trips give students a different and practical perspective of a particular subject and at the same
time, the students can relate to their day-to-day life” 23

Oleh yang demikian, kaedah lawatan bukan sahaja dapat mengaitkan kehidupan seharian walhal hasil
dari perkaitan tersebut membawa kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut beliau lagi, atas pelaksanaan kaedah-kaedah baru yang diperkenalkan oleh SPN21 telah
membawa peningkatan kepada 20 peratus bagi pencapaian akademik tahun 7 dan 8. Jelas di sini, SPN
21 merevolusikan kaedah-kaedah pengajaran guru kepada yang lebih mencabar dan memberikan
penekanan kepada kaedah berunsur penyelidikan.

23
New teaching methods yiels positive results. (2009, April 23). Brunei times diperolehi pada 15 Oktober 2009 dari
http://www.bt.com.bn/en/home_news/2009/04/23/new_teaching_methods_yield_positive_results
5.7 KAEDAH BERMAIN

Kementerian pendidikan telah menggariskan lapan strategi iaitu diantaranya melabur dalam
pendidikan awal kanak-kanak24. Di sini pengajaran dan pembelajaran hendaklah sudah ditingkatkan
percapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, kaedah bermain adalah digalakkan dalam
SPN21. Ini adalah kerana aktiviti permainan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
memgembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran-
kemahiran yang baru dipelajari. Ini terbukti semasa kementerian pendidikan meninjau ke sekolah
Rendah Ahmad Tajuddin di daerah Belait, kementerian pendidikan telah berpeluang menyaksikan
pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran termasuk yang menggunakan teknik nyanyian dan
pelbagai permainan seperti permainan susun suai gambar (jigsaw puzzle) 25. Kaedah ini telah mula
diaplikasikan oleh guru terutamanya bagi sekolah-sekolah rendah untuk penarikan minat.

5.8 TEKNIK BRAINSTORMING

Selain itu, dalam pengunaan teknik pengajaran, guru perlu mengetahui tahap umur, kebolehan pelajar
dan bergantung kepada bahan-bahan pengajaran yang sedia ada. Yang paling penting, setiap teknik
pengajaran yang digunakan seharusnya membantu pelajar dalam mencapai objektif. Teknik yang
diggalakan di dalam SPN 21 adalah pengunaaan teknik percambahan fikiran atau dikenali sebagai
”brainstorming” Ia adalah merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli
kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Pengunaan teknik percambahan fikiran menggalakan
pelajar untuk menggunakan prinsip 5W iaitu What? Why? Who? Where? How?. Dengan hal ini boleh
mengembangkan intelek pelajar dan menghasilkan generasi pemikir sebagai mana hasrat bagi SPN
21.

Secara kesimpulannya, sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam SPN 21 adalah memastikan
bahawa pembelajaran berasaskan tugasan dan penyelidikan. Oleh itu, para guru yang memainkan
peranan penting untuk menerapkan pelajar ke arah budaya penyelidikan. Dalam hasrat wawasan 2035
mengharapkan generasi muda iaitu pelajar untuk lebih analitikal, kreatif dan inovatif serta yakin
menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.

24
Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam m.s 17
25
Menteri Pendidikan tinjau sekolah rendah kerajaan Daerah Belait (2008) . Diperolehi pada 15 Oktober 2009 dari
http://www.brunet.bn/news/pelita/05sept/didik.htm
6. IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
SENI DALAM KONTEKS INI

Menurut Iberahim Hassan (2000) menjelaskan pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu
yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar keupayaan individu membuat
pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran dan penterjemahan idea kepada
bahan atau media26. Konsep Seni Dalam Pendidikan menyentuh bidang Seni Visual, Seni
muzik dan Seni Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Secara
umumnya, Seni Dalam Pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang seperti muzik, teater,
puisi, tarian, seni visual, fotografi dan sebagainya. Jesteru itu, SPN21 bukan sahaja
menjadikan pendidikan seni tampak sebagai pelajaran teras, malahan pendidikan muzik dan
drama sudah mula diterapkan sebagai pembelajaran baru dalam SPN abad ke 21

Pendidikan seni di sekolah dapat memberikan manfaat kepada pelajar yang mana dapat
mendedahkan kepada mereka keperluan seni dalam bidang pekerjaan. Melalui ilmu yang
diberikan, pelajar dapat mengaplikasikannya di alam pekerjaan. Sebagai contoh terdapat
banyak bidang kerja yang memerlukan seni dalam pelaksanaannya. Antaranya ialah bidang
seni bina, industri,pengiklanan, perfileman, grafik komputer, dan banyak lagi. Oleh kerana
itu, kementerian pendidikan memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadikan
pendidikan seni ini adalah satu mata pelajaran yang penting untuk dihayati oleh pelajar. Ini
bukan sahaja untuk mengembangkan pengetahuan pelajar malahan dapat menyumbang
kepada kekurangan tenaga kerja mahir tempatan untuk membangunkan negara di negara
Brunei Darussalam

Guru pendidikan seni haruslah mempelbagaikan kemahiran dalam methode pengajaran.


Sebagai contoh dalam mengunakan kaedah inkuiri atau penerokaan di dalam pembelajaran
dan pengajaran seni. Kaedah ini mampu melahirkan pelajar untuk mempunyai tahap
pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Di dalam spn 21 ada menyatakan bahawa

”students must be able to absorve, evaluate and analyse all forms of art processes and
products rationally”27
26
Mohd Afiffudin bin Mohd Takiuddin (2008). Mengapa pelajar kurang meminati subjek seni. Diperolehi pada
16 Oktober 2009 dari http://www.scribd.com/doc/19407809/mengapa-pelajar-kurang-meminati-subjek-
pendidikan-seni
27
The National education system for the 21st century, Ministry of Education,pg 38
Jelaslah disini, ia jua dapat meningkatkan keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti
menyelesaikan masaalah, membuat analisis, sintesis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi
dan imaginasi. Sejerus itu, membawa pada penarikan minat murid.

Pendidikan seni adalah merupakan satu mata pelajaran teras yang telah dilaksanakan oleh
kementerian pendidikan di dalam SPN 21. Pendidikan seni di dalam SPN 21 menggalakkan
pelajar untuk meneroka hasil seni dan untuk menggalakkan kreativiti pelajar. Dengan adanya
hasil kajian dan penerokaan dibuat, ini membantu pelajar untuk mendapat pengalaman-
pengalaman baru dan meningkatkan kemahiran pelajar. Hal ini ditekankan oleh kementerian
pendidikan bahawa kementerian pendidikan meinginkan dalam pembelajaran sukan dan
kesenian di dalam percapaian terbaik dan menggalakan pembelajaran sepanjang hayat28

PENUTUP

Secara kesimpulannya. SPN 21 membawa kepada perubahan besar di dalam sistem


pendidikan negara terutamanya kepada gaya pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Guru
terpaksa mengubah persepsi untuk lebih bertoleransi dan kreatif di dalam hal methode
pembelajaran memandangkan perubahan ini adalah berdasarkan kepada konsep pengajaran
yang menfokuskan kepada penarikan minat. Dengan adanya pelaksanaan yng baik dikalangan
guru, ianya setentunya membolehkan pendidikan sekolah untuk bersaing secara global
dengan ahli ASEAN serantau lain.

Oleh itu, penting bagi setiap guru untuk mula membuka minda, membuka mata dan telinga
serta memahami apa yang dihasratkan oleh SPN 21 agar SPN 21 akan berjaya menghasilkan
sistem pendidik yang cemerlang dan mampu mengeluarkan individu Brunei yang berminda
besar dan pandangan jauh dan juga mendatangkan generasi muda dengan budaya berfikir ke
arah kreatif dan kritis serta mampu menjadi tidak hanya kompetitif diperingkat kebangsaan
tetapi antarabangsa

Guru perlu ingat bahawa menurut Zelzy Shahar Al- Johary (2007:2) guru perlu memahami
bahawa yang hendak belajar dan menimba pengalaman itu ialah pelajar,maka sudah menjadi
resmi dalam dunia pendikian, guru seharusnya mendedahkan sebanyak mungkin pengetahuan
dan pengalaman yang ada untuk dikongsikan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru yang memberikan satu usaha yang baik demi untuk pelajar dapat

28
Wikipedia . (2009, 27 Januari). Perlaksanaan SPN 21 dapat menanai wawasan 2035. Pelita Brunei, p ??
memberikan kesan yang cemerlang kepada pelajar tersebut. Jadinya di sini, guru perlu
menjadi seorang yang professional, kreatif untuk menjadi pembimbing yang berkesan.

You might also like