P. 1
Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Koperatif

|Views: 960|Likes:
Published by alias_zainor

More info:

Published by: alias_zainor on Nov 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/06/2013

pdf

text

original

COOPERATIVE LEARNING

PEMBELAJARAN KOPERATIF
ROSLAN MAT PIAH INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS KUALA LUMPUR

CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN
 10% - Apa yang kita baca  20% - Apa yang kita dengar  30% - Apa yang kita lihat  50% - Apa yang kita dengar dan lihat  70% - Apa yang kita bincang dengan orang lain  80% - Apa yang kita alami sendiri  95% - Apa yang kita ajar kepada orang lain

PEMBELAJARAN KOPERATIF
 Pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti

merupakan asas utama dalam pembelajaran koperatif  Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan, pelbagai latar belakang budaya, campuran jantina dan pelbagai etnik bekerjasama dalam pasukan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama  Pelaksanaan aktiviti dikawal mengikut masa yang ditetapkan, diatur supaya peluang pembelajaran adil dan telus dan ada pengukuhan yang jelas  Menggalakkan pelajar diberi ruang merehatkan minda (Brain Breaks) untuk mengelakkan pelajar merasa bosan

UNSUR ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
Saling bergantung antara satu sama lain

secara positif Saling berinteraksi secara bersemuka Tanggungjawab individu Kemahiran sosial Pemprosesan pasukan

FALSAFAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran berasaskan pengalaman Mengintergrasikan pembelajaran

masteri, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, selain dari mengukuhkan kemahiran sosial

KEISTIMEWAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
 Menyediakan pelajar untuk lebih berani, yakin

dan berwibawa  Melahirkan pelajar yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati dan bantu-membantu  Menghubungkaitkan prinsip bahawa pembelajaran akan lebih bermakna jika pelajar mengaitkan apa yang dipelajari dengan pengalaman . Pembelajaran terhasil apabila ada kesepaduan fungsi minda dan otak. ( Brain-based Learning)

PERANAN GURU
Membentuk pasukan Memberi panduan operasi pasukan kecil

berinteraksi dengan pasukan

Mengaitkan idea-idea

Membentuk norma-norma pasukan Memberi ganjaran kepada individu dan pasukan

Menyediakan bahan pengajaran Menilai prestasi pelajar

PERANAN PELAJAR
Penyelesaian masalah secara bersama Kepimpinan pasukan dikongsi bersama

Bekerjasama dalam pasukan

Membantu ahli mengemukakan idea Semua ahli mengambil bahagian

Semua ahli faham sebelum membincangkan tugasan/masalah

Bergilir-gilir membentangkan hasil kerja

Bergerak pada kadaryang sesuai bagisemua orang dalam pasukan

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pencapaian akademik yang lebih baik Tahap persahabatan merentas kumpulan

etnik lebih baik

BRAIN BREAKS
 Brain Breaks boleh mempertingkatkan pembelajaran dan   

  

mengurangkan kesilapan Apabila pelajar rasa malap dan motivasi menurun, perlu ada masa berehat Boleh mengurangkan stres, menambahkan peredaran oksigen dan glukos ke otak, merangsang andrenalin Pelajar diberi ruang untuk melakukan aktiviti kinestetik, mengadunkan unsur muzikal, puitis dan teater untuk mengelakkan bosan Aktiviti yang ringan dan menyeronokkan Tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Contoh aktiviti ialah teka teki, kuiz, nyanyian, sajak dll

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
 Team Interview  Team Project  Fan-N-Pick  Rally Robin  Round Robin  Rally Table  Round Table  Simultaneous Round

Table  Talking Chips  Show Down

 Trade-A-Problem  Line Ups  Team Word-Web  Gallery Tour  Think-Pair-Share  Team Statement  Traveling File  Rotating Review  Mendeklamasikan

sajak / pantun/ menyanyi lagu

1. TEAM INTERVIEW
Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri dan keluarga

2. TEAM PROJECT
Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, logo pasukan, warna pasukan

3. FAN-N-PICK
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir Pelajar 1 – Susun kad seperti kipas Pelajar 2 – Pilih kad dan bacakan soalan Pelajar 3 – Jawab soalan Pelajar 4 – Beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

4. RALLY ROBIN
Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang sesuatu perkara secara lisan

5. ROUND ROBIN
Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

6. RALLY TABLE
Secara berpasangan, pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

7. ROUND TABLE
Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

8. SIMULTANEOUS ROUND TABLE
 Dalam pasukan, pelajar menulis respon kepada

masalah dalam kertas masing-masing  Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah / membetulkan apa yang ditulis  Rumusan dibuat pada akhir sesi perbincangan  Setiap pasukan membentangkan hasil perbincangan

9. TALKING CHIPS
 Setiap pasukan diberi cips yang berbeza warna  Masalah / isu diberi kepada setiap pasukan untuk

dibincangkan  Sesiapa yang ingin memberi pendapat, pelajar dikehendaki meletakkan cips di tengah-tengah  Mereka tidak boleh mengulangi memberi pendapat sehingga setiap orang diberi peluang

10. SHOWDOWN
Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /

penyelesaian kepada masalah yang diberi oleh guru Pada masa yang ditetapkan semua ahli akan menunjukkan jawapan serentak Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

10. SHOWDOWN 10.1 (c) Nasionalisme di Asia Tenggara I. Faktor kemunculan nasionalisme
 Murid dalam pasukan secara individu

dikehendaki mencatat takrif semangat kebangsaan dalam kertas  Setelah selesai masa diberi, setiap ahli dalam pasukan menunjukkan jawapan mereka secara serentak kepada ahli pasukan  Setiap ahli pasukan akan membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan dan menjadi jawapan pasukan

11. TRADE-A-PROBLEM
Pasukan akan membina soalan atau

membina pemasalahan Skema jawapan perlu disediakan Soalan atau masalah dihantar kepada pasukan lain untuk diselesaikan Hasil perbincangan akan dikembalikan kepada pasukan asal untuk diteliti

11.TRADE-A-PROBLEM 11.1 (f) Pembentukan Malaysia
Pasukan 1 dan 2 – sebab pembentukan

Malaysia Pasukan 3 dan 4 – menyatakan reaksi dalam negara terhadap pembentukan Malaysia

11.TRADE-A-PROBLEM Contoh Pergerakan
 Pasukan 1 mengedarkan soalannya kepada

pasukan 2  Pasukan 3 mengedarkan soalannya kepada pasukan 4  Setiap pasukan dikehendaki mencari jawapannya  Setelah selesai, setiap pasukan akan membentangkan jawapannya dan dikomen oleh pasukan yang menyediakan soalan

12. LINE UPS
Dalam pasukan berempat, pelajar

membuat barisan Pasukan lain akan mengemukakan soalan dan jawapan samada betul atau salah Pasukan akan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan tidak lurus kalau tidak setuju

12. LINE UPS
10.2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua b) Gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua

Setiap pasukan diberi tugasan Pasukan A diminta ke hadapan untuk

membuat Line Ups Pasukan B akan menyoal pasukan A Seterusnya pasukan B akan membuat Line Ups dan pasukan A akan menyoal Diikuti oleh pasukan lain

12. LINE UPS
10.2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua b) Gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua

-Contoh soalan  Majalah Pengasuh diusahakan oleh Kaum Muda  Jika setuju – pasukan berada dalam barisan lurus  Jika tidak setuju – pasukan berada dalam barisan tidak lurus  Masa untuk menjawab ditetapkan  Dicadangkan setelah semua tajuk di atas dipelajari

13.TEAM WORD WEB
Setiap pasukan diberi tugasan Setiap ahli pasukan akan menulis isi

masing-masing dalam kertas sebak dengan menggunakan warna pen yang berbeza Isi yang disampaikan dicadangkan dalam bentuk peta minda

13. TEAM WORD WEB 10.1 (a) : Imperialisme Barat di Asia Tenggara ii. Faktor Imperialisme

Setiap pasukan diberi tugasan Pasukan 1 dan 2 – Faktor ekonomi Pasukan 3 dan 4 – Faktor sosial Pasukan 5 dan 6 – Faktor politik

13. TEAM WORD WEB
10.1 (a) Imperialisme Barat di Asia Tenggara ii. Faktor imperialisme

Contoh hasil kerja pasukan
bahan mentah ekonomi pasaran Faktor Impeialisme sosial agama teknologi budaya pesaingan imej politik tanah jajahan

14. GALLERY TOUR
 Setiap pasukan diberi tugasan  Setelah selesai tugasan dalam pasukan, setiap ahli

dalam pasukan dikehendaki berpecah untuk melawat ke meja pasukan lain  Semasa lawatan, mereka mencatat, komen atau memberi pandangan terhadap jawapan  Setelah tamat masa lawatan, setiap ahli pasukan kembali ke pasukan masing-masing untuk membuat laporan

14. GALLERY TOUR 10.1 (c) Nasionalisme di Asia Tenggara i. Faktor kemunculan nasionalisme
Setiap pasukan diberi tugasan Pasukan 1 dan 2 – Faktor Ekonomi Pasukan 3 dan 4 – Faktor sosial Pasukan 5 dan 6 – Faktor politik

14. GALLERY TOUR 10.1 (c) Nasionalisme di Asia Tenggara i. Faktor kemunculan nasionalisme Contoh pergerakan pasukan Diwujudkan 6 pasukan . Setiap pasukan mempunyai 6 ahli Semua ahli pertama dari setiap pasukan bergerak ke pasukan 1 Semua ahli kedua dari setiap pasukan bergerak ke pasukan 2 Dan seterusnya …….

14. GALLERY TOUR Contoh Laporan Pasukan 1
Laporan ahli 1 Laporan ahli 2 Tajuk : Laporan ahli 3 Tajuk :

Laporan ahli 4 Tajuk :

Laporan ahli 5 Tajuk :

Laporan ahli 6 Tajuk :

15. TEAM STATEMENT
 Guru beri persoalan tentang sesuatu tajuk  Pelajar secara berpasangan berbincang untuk

mendapat keputusan individu  Kemudian mereka berbincang dalam pasukan untuk mendapat satu pernyataan pasukan  Setiap pasukan mengeluarkan pernyataan mereka dan akhirnya dirumuskan menjadi pernyataan kelas

15. TEAM STATEMENT 10.2 (a) Perjuangan pemimpin setempat menentang British Guru mengemukakan soalan : Mat Salleh : Pejuang atau pemberontak ? - Secara berpasangan, pelajar berbincang untuk mendapatkan pernyataan individu, kemudian pernyataan pasukan - Setiap pasukan mengeluarkan pernyataan masing-masing dan dirumuskan menjadi pernyataan kelas

16. TRAVELING FILE
 Setiap pasukan dibekalkan fail yang di dalamnya

ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan  Selepas 10-15 minit, soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain  Setiap pasukan yang mendapat fail baru daripada pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihuraikan atau disunting

17. ROTATING REVIEW
 Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik,

kemudian mencatatkannya pada kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing  Setiap pasukan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan lain untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan  Setiap ahli pasukan boleh membuat komen, tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza

17. ROTATING REVIEW 10.2 (a) Perjuangan pemimpin setempat
 Setiap pasukan dikehendaki menulis fakta di atas

kertas sebak berkaitan dengan sebab-sebab pemimpin setempat menentang British  Pasukan 1 – Perjuangan Tok Janggut  Pasukan 2 – Perjuangan Rentap  Pasukan 3 – Perjuangan Mat Salleh  Pasukan 4 – Perjuangan Dato Bahaman Setelah masa tamat, ahli pasukan akan bergerak ke pasukan lain

17. ROTATING REVIEW Contoh pergerakan pasukan
 Pasukan 1 ke pasukan 2  Pasukan 2 ke pasukan 3  Pasukan 3 ke pasukan 4  Pasukan 4 ke pasukan 1  Dan seterusnya sehingga semua pasukan telah

dikunjungi  Masa berada disetiap pasukan hendaklah ditetapkan bagi mereka mencatat / komen jawapan di atas kertas sebak dengan menggunakan warna pen yang berlainan

17. ROTATING REVIEW
Contoh kertas sebak
Hasil Pasukan 1
Sebab-sebab Tok Janggut menentang British : 1. Cukai yang tinggi 2. Sikap Pegawai Daerah yang sombong

Komen Pasukan 2 Komen Pasukan 2 Komen Pasukan 3

18. THINK-PAIR-SHARE
Guru kemukakan masalah kepada pasukan Setiap ahli pasukan diberi masa untuk

berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan Semua ahli pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

19. MENDEKLAMASI SAJAK / PANTUN / MENYANYI LAGU
 Setiap pasukan dikehendaki menulis sajak

pendek / pantun / lagu berkaitan dengan tajuk  Seorang murid mendeklamasikan baris pertama sajak/ pantun /menyanyi lagu  Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya  Akhirnya semua ahli pasukan mendeklamasi sajak / pantun /menyanyi lagu bersama-sama dalam harmoni

SEKIAN

TERIMA KASIH

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->