P. 1
Proses Pembaikan Sifat-Sifat Tanah

Proses Pembaikan Sifat-Sifat Tanah

5.0

|Views: 4,720|Likes:
Published by Osman Esa
Proses Pembaikan Sifat-Sifat Tanah
Proses Pembaikan Sifat-Sifat Tanah

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: Osman Esa on Nov 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

Sections

C30 POLITEKNIK SULTAN 0 8 G E O T E K N I KABDUL AZIZ SALAHUDDIN JKA NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HASNAN NAMA PELAJAR : OSMAN BIN

SHAH ESA
NO. PELAJAR 08DKA08F1024 SESI BIN MOHD SALIM : 08DKA08F1013 NO. PELAJAR :

PROSES MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH
: JULAI 2009 : PUAN MARLIZA ASYIKIN BINTI KHAZALI :

NAMA PENSYARAH MARKAH

Page 1 of 42

Page 2 of 42

ISI KANDUNGAN

Page 3 of 42

BIL PERKARA

MUKA SURAT

1

ISI KANDUNGAN

2

2

PENGENALAN

3

3

SIFAT-SIFAT TANAH

4

4

JENIS KEGAGALAN TANAH

5-15

5

TEKNIK-TEKNIK MEMPERBAIKI SIFAT TANAH

16-23

6

PENGGUNAAN DAN FUNGSI GEOSINTETIK

24-30

7

TUJUAN DAN CARA PENYALIRAN DAN PENGAWALAN AIR TANAH

31-3

8

KESIMPULAN

38

9

RUJUKAN

39

10

LAMPIRAN

40

Page 4 of 42

PENGENALAN Tanah adalah bahagian kulit bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. Tanah yang terdiri dari pedosfera, terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah, atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah.

Page 5 of 42

SIFAT-SIFAT TANAH Antara sifat-sifat tanah yang sesuai untuk kerja kejuruteraan awam adalah:(a) Mempunyai kekuatan ricih yang baik dari segi kejelekit dan juga sudut geseran. (b) Mempunyai indeks kebolehmampatan yang sesuai agar dapat mengurangkan kesan mendapan pada tanah. (c) Mempunyai kebolehtelapan yang sesuai agar tidak mempengaruhi kesan kekuatan tanah. Jenis-jenis tanah itu sendiri sama ada tanah berbutiran kasar atau berbutiran halus atau campuran kedua-duanya.

Page 6 of 42

JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH Terdapat beberapa jenis kegagalan tanah, antaranya adalah seperti berikut:(a) (b) (c)

Kegagalan Cerun Kegagalan Semasa Kerja Pengorekan Kegagalan Tanah Asas Cetak dan Asas Dalam

a) KEGAGALAN CERUN Sesebuah cerun berpotensi untuk gagal apabila tegasan kenaan meningkat atau kekuatan ricih tanah menurun. Tegasan kenaan meningkat dengan meningkatnya beban atau wujudnya getaran dan kejutan. Peningkatan tekanan air liang juga berpotensi mengurangkan kekuatan ricih tanah di samping meningkatkan tegasan. Kegagalan cerun berlaku apabila tegasan ricih kenaan melampaui kekuatan ricih yang dimiliki oleh tanah. Terdapat lima (5) jenis kegagalan cerun, iaitu; • • • • • Jatuh Gelincir putaran Gelincir majmuk Gelincir translasi Aliran

Page 7 of 42

Jatuh Mod kegagalan jenis jatuh tidak begitu serius. Ia dikaitkan dengan kegagalan jangka pendek cerun tanah terkukuh lebih. Dua fasa kegagalan dapat dikenal pasti. Apabila sokongan sisi terhapus, tanah di sekitar kaki cerun membonjol keluar dan retak tegangan muncul pada bahagian atas cerun. Kemunculan retak ini menyebabkan peningkatan tegasan pada zon akar yang memisahkan kedua-dua jisim. Kewujudan air di dalam retakan akan memjejaskan lagi kestabilan. Akhirnya, jisim tanah tumbang dan jatuh secara mendedak. Rajah 1 menunjukkan mod kegagalan jenis jatuh.

Rajah 1 : Mod Kegagalan Jatuh

Page 8 of 42

Gelincir Putaran Gelinciran putaran berlaku pada cerun tanah jelekit homogen. Permukaan yang gagal melengkung. Bergantung pada kecuraman cerun, satah gelincir yang gagal adalah dalam. Nisbah antara ketebalan maksimum gelincir dan panjang maksimum gelincir di sepanjang cerun ialah dalam lingkungan 0.15 hingga 0.33. Jenis kegagalan gelincir putaran membulat berlaku pada cerun tanah liat yang lebih seragam. Jisim tanah yang tergelincir tidak terpecah kecuali tanah di kawasan terbawah. Kegagalan gelincir putaran tak membulat terbentuk pada cerun tanah liat terkukuh lebih yang tak seragam. Pergerakan jisim tanah tidak sekata. Oleh itu, jisim tanah yang tergelincir pecah. Gelincir putaran cetek yang berbentuk bulat dan tak bulat kerap terjadi pada cerun yang tidak begitu curam. Rajah 2 menunjukkan mod kegagalan gelincir putaran.

Rajah 2 : Mod Kegagalan Gelincir Putaran

Page 9 of 42

Gelincir Majmuk Gelincir majmuk berlaku dengan bentuk permukaan kegagalan dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang sangat berbeza. Gelincir majmuk selalunya berlaku apabila stratum bersebelahan adalah pada kedalaman yang besar di mana permukaan kegagalan mengandungi keratan berbentuk lengkuk dan satah. Rajah 3 menunjukkan mod kegagalan gelincir majmuk.

Rajah 3 : Mod Kegagalan Gelincir Majmuk

Page 10 of 42

Gelincir Translasi Gelincir translasi berlaku kerana kewujudan keheterogenan seperti lapisan tanah lemah dan sempadan di antara dua bahan berlainan. Gelincir ini berlaku biasanya keheterogenan terletak agak cetek daripada permukaan cerun. Permukaan kegagalan hampir sesatah dan selari dengan cerun muka bumi. Pada cerun tanah tak jelekit, gelincir translasi berlaku apabila keadaan berubah, contohnya berlaku risipan. Jisim yang tergelincir dapat bergerak jauh sebelum berhenti. Rajah 4 menunjukkan mod kegagalan gelincir translasi.

Rajah 4 : Mod Kegagalan Gelincir Translasi

Page 11 of 42

Aliran Aliran merupakan satu daripada bentuk pergerakan jisim tanah yang kompleks. Tidak wujud satah gagal yang dapat ditentukan secara pasti. Tanah yang mengalir bersifat cecair likat. Rajah 5 menunjukkan mod kegagalan aliran.

Rajah 5 : Mod kegagalan aliran

Page 12 of 42

a) KEGAGALAN SEMASA KERJA PENGOREKAN Kerja pengorekan biasanya dilakukan dalam kerja-kerja penyediaan tapak projek (rajah 20.6) seperti asas, ‘basement’, dan lain-lain kerja pengorekan. Apabila kerja-kerja Antara pengosekan dilakukan, sekiranya tanah tersebut tidak ditopang pada tebing korekan, maka kegagalan tanah berlakukan. Kegagalan ini ditunjuk dalam Rajah 7. kegagalan tanah semasa korekan adalah seperti berikut:(a) (b) (c) Enapan permukaan tanah yang bersebelahan dengan korekan Pergerakan sisi tanah Lambung oleh dasar korekan

Rajah 6 : Kerja Penyediaan Tapak Bina

Page 13 of 42

Pergerakan Sisi Enapan

Lambung Rajah 7 : Kegagalan Tanah Semasa Kerja Pengorekan

Page 14 of 42

a) KEGAGALAN ASAS CETEK DAN ASAS DALAM Kegagalan asas cetek dan asas dalam adalah merujuk kepada keupayaan galas tanah untuk menanggung beban di atasnya atau merujuk kepada kegagalan ricih tanah yang menyokong asas. Kegagalan Asas Cetek Ada tiga mod kegagalan tanah yang berlaku pada asas cetek, iaitu kegagalan ricih am, kegagalan ricih tempatan, dan kegagalan ricih menebuk. (a) Kegagalan Ricih Am

Permukaan kegagalan berterusan terhasil di antara hujung-hujung asas dan permukaan tanah seperti ditunjukkan dalam Rajah 8. Apabila tekanan dinaikan, keadaan keseimbangan plastik tercapai, tanah disekeliling asas beransur-ansur merebak ke arah bawah dan keluar. Pada keadaan keseimbangan plastik terhasil sepenuhnya di seluruh tanah di atas permukaan gagal. Perlambungan permukaan tanah berlaku di atas keduadua belah asas.

Rajah 8 : Kegagalan Ricih Am

Page 15 of 42

(b)

Kegagalan Ricih Tempatan

Berlaku mampatan yang besar pada tanah di bawah asas dan hanya berlaku sebahagian keadaan keseimbangan plastik. Ia berlaku sedikit perlambungan di bahagian permukaan tanah dan berlakunya pemadatan di bahagian bawah asas. Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan pada asas. Rajah 9 menunjukkan mod kegagalan ricih tempatan.

Rajah 9 : Kegagalan Ricih Tempatan (c) Kegagalan Ricih Menebuk

Kegagalan ricih menebuk berlaku apabila terdapat mampatan tanah pada bahagian bawah asas dan tidak berlaku perlambungan tanah di bahagian permukaan tanah. Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan yang besar pada asas. Rajah 10 menunjukkan mod kegagalan ricih menebuk.

Rajah 10 : Kegagalan Ricih Menebuk

Page 16 of 42

Kegaggalan Asas Dalam Asas dalam biasanya dikenali juga dengan cerucuk. Keupayaan galas cerucuk adalah bergantung kepada dua faktor utama, iaitu; (a) (b) Geseran antara tanah dengan cerucuk Sokongan dasar cerucuk di dalam tanah

Sekiranya beban pada cerucuk melebihi keupayaan galas tanah dan kekuatan cirih tanah gagal menanggang beban, maka terjadinya kegagalan cerucuk di mana berlaku enapan pada batang cerucuk.

Page 17 of 42

TEKNIK-TEKNIK MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH a) Pemadatan Pemadatan dilaksanakan untuk meningkatkan beban unit bahan melalui kaedah mekanik seperti menggelek, menguli atau menghentam. Udara dalam rongga disingkir dan zarah tanah dipaksa menyusun dengan lebih rapat. Pemadatan dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi kekuatan benteng dan subgred jalan raya. Objektif pemadatan ialah untuk menyingkirkan udara dari jisim tanah dan seterusnya menurunkan nisbah rongga. Nisbah rongga yang paling kecil dikehendaki kerana faktor-faktor berikut:• • • Kekuatan ricih maksimum berlaku apabila nisbah rongga berada pada tahap minimum. Penambahan air kepada bahan berbutir tak terikat boleh menyebabkan pencairan. Struktur setenagah-setengah tanah laksana indung madu yang mempunyai ruang rongga udara yang luas. Tanah seumpama ini cenderung runtuh. Kedatangan air akan mengurangkan daya antara berbutir, dan zarah tanah akan menggelongsor seraya memasuki rongga-rongga kosong tadi. Pemadatan yang secukupnya tidak akan menyebabkan masalah enapan ketika yang begitu serius. • Pemadatan juga meningkatkan sudut rintangan ricih, daya menjeleket, dan pekali pengukuhan tanah. Sebaliknya pemadatan menurunkan nilai pekali kebolehtelapan, keliangan, kebolehmampatan, dan pekali pertukaran isipadu tanah.

Page 18 of 42

Beberapa faktor yang mempengaruhi pemadatan, di antaranya adalah seperti berikut:i. Kandungan air

Hubungan ketumpatan kering dengan kandungan air bagi suatu tanah jelekit adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 11. Air berperanan sebagai agen pelincir untuk membolehkan zarah tanah menggelangsar antara satu sama lain dengan lebih cekap apabila dipadat. Walau bagaimanapun, bagi sesuatu kaedah pemadatan, terdapat kandungan air optimum yang boleh menghasilkan ketumpatan kering tertinggi. Secara teori, ketumpatan tertinggi berlaku pada rongga udara 0% atau pada garis tepuan seperti ditunjukkan dalam Rajah 11.

Rajah 11 : Graf Ketumpatan Kering Melawan Kandungan Air
Page 19 of 42

ii.

Tenaga pemadatan

Untuk tanah jelekit tertentu, lengkung pemadatan piawainya bergerak ke atas dan ke kiri apabila pemadatan meningkat. Maknanya dengan meningkatnya ketumpatan kering maksimum, kandungan air optimum tanah menurun. Rajah 12 menunjukkan keadaan ini apabila pelantak seberat 2.5 kg dan 4.5 kg digunakan untuk memadat tanah.

Rajah 12 : Graf Ketumpatan Kering Melawan Kandungan Air Untuk Tenaga Pemadatan Yang Berbeza

Page 20 of 42

iii.

Jenis tanah

Lengkung pemadatan, seterusnya nilai ketumpatan maksimum dan kandunganair optimum, bergantung pada jenis tanah. Untuk sesuatu kaedah pemadatan, nilai ketumpatan kering yang tinggi terhasil sekiranya wujud satu taburan saiz zarahan yang dapat meminimumkan nisbah rongga tanah yang terpadat.

Page 21 of 42

a) Pengukuhan Pengukuhan merupakan satu proses pengaliran air keluar dari tanah tepu serta mengurangkan isipadu dalam masa tertentu. Kadar aliran air bergantung pada kebolehtelapan sesuatu tanah. Bagi tanah pasir yang mempunyai kebolehtelap yang tinggi, pengaliran diandaikan bermula dan berakhir dengan seta mertaa. Sementara bagi tanah liat yang mempunyai kebolehtelapan yang rendah, proses pengalirannya memakan masa yang lama. Sebab itu, proses pengukuhan biasanya dikaitkan dengan tanah liat. Analogi Omboh dan Pegas Konsep pengukuhan akan lebih mudah difahami dengan menggunakan analogii omboh dan pegas sebagaimana yang diterangkan oleh Terzaghi dan Peck (1948). Sistem omboh dan pegas adalah seperti ditunjukkan seperti Rajah 13.

Rajah 13 : Analogi Omboh dan Pegas

Page 22 of 42

Katakan sebuah silinder yang licin dilengkapkan dengan injap dan omboh yang kedap air. Pada mulanya, sistem omboh dan pegas ini berada dalam keadalam seimbang dengan injapnya tertutup. Tegasan asal di atas omboh ialah dan tekanan air uo.

σo
Kemudian beban , ditambah ke atas omboh. Dalam keadaan injap tertutup,

∆σ
isipadunya tidak berubah. Ini bermakna keseluruhan beban tambahan, , disangga

∆σ
oleh air, bukannya oleh pegas. Tekanan air bertambah sebanyak .

∆σ

Apabila injap dibuka, air mula keluar dan tekanannya berkurangan sehingga nilainya yang asal, uo, tercapai. Semasa air mengalir keluar, isipadu berkurangan dan beban tambahan disangga oleh pegas. Keseluruhan disangga oleh pegas apabila

∆σ

∆σ

tekanan air bernilai Uo. Pada masa ini, proses pengukuhan dianggap telah tamat dan sempurna. Rajah 14 proses pengukuhan. Dalam analogi di atas, pegas diibaratkan sebagai bahan pepejal tanah dan air adalah seperti air dalam tanah yang memenuhi rongga-rongga tanah. Injap mengawal kadar aliran air di dalam tanah sebenar. Ringkasnya pengukuhan adalah proses pemindahan beban secara beransur-ansur daripada air kepadda bahan pepejal tanah, dan pada masa yang sama tekanan air liang berkurangan dan tegasan berkesan bertambah.
Page 23 of 42

menunjukkan perubahan

σ

dan

,

σ

dengan masa t, semasa

Rajah 14 Jenis-Jenis Enapan Apabila lapisan tanah dikenakan beban, perubahan bentuk akan berlaku. Oleh sebab kawasan tanah amat besar, anjakan mendatar diandaikann tidak berlaku. Dengan itu, sebarang perubahan bentuk yang berlaku hanyalah dalam arah tegak sahaja. Perubahan bentuk dalam arah tegak ini dinamai enapan. Terdapat dua jenis enapan utama iaitu enapan elastik dan enapan pengukuhan. Maka jumlah enapan adalah hasil tambah enapan elastik dan enapan pengukuhan. = +

ρ

ρ

i

ρ

c

Di mana,

ρ ρ ρ
i

= Jumlah enapan = Enapan elastik/anjal = Enapan pengukuhan

c

(a)

Enapan Elastik
Page 24 of 42

Enapan elastik merupakan enapan peringkat permulaan yang berlaku selepas sahaja beban struktur bertindak. Enapan elastik boleh dikira dengan mengandaikan bahawa tanah adalah homogen, isotrop dan mempunyai hubungan tegasan-terikan yang lelurus. Persamaan enapan elastik adalah seperti berikut:-

ρi =

qB (1 − v 2 ) I s E

Di mana,

q = Tekanan di atas asas B = Lebar atau diameter asas E = Modulus Young = Nisbah Poisson

v
Is = Faktor pengaruh Bahagian enapan elastik ini akan dibincangkan lebih terperinci di dalam modul C4008. (b) Enapan Pengukuhan

Terdapat dua jenis enapan pengukuhan, iaitu:i. ii. Enapan primer Enapan sekunder

Enapan primer merupakan enapan yang berlaku selepas lebihan tekanan air liang masih berada di dalam tanah. Pengukuhan tanah berlaku di mana kandungan air disingkirkan dari rongga tanah. Pengukuhan peringkat primer seperti ditunjukkan dalam Rajah 15. Enapan peringkat sekunder merupakan anapan yang berlaku selepas semua lebih tekanan air liang sudah lesap. Pengukuhan peeringkaat sekundeer seperti ditunukkan dalam Rajah 15.
Page 25 of 42

Ketebalan Sampel

Enapan Oedometer
Enapan Pengukuhan

Enapan Sekunder Ketebalan selepas 24 jam

Rajah 15 : Graf Ketebalan Sampel Melawan Punca Kuasa Dua Masa PENGGUNAAN DAN FUNGSI GEOSINTETIK Jenis-jenis geosintetik:• • •

Geotekstil Geomembran Geogrid Geokoposit / Geonet

GEOTEKSTIL Geotekstil juga dikenali sebagai fabrik. Ia diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti poliester, politilena dan polipropilena. Rajah 16 menunjukkan bentuk geoteksil. Ia juga diperbuat daripada kaca gentian. Geotekstil boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu tenunan, sulaman dan bukan tenunan.
Page 26 of 42

Rajah 16 Geotekstil tenunan terdiri daripada dua set filamen yang selari berselang-seli secara sistematik untuk membentuk satah struktur. Geotekstil sulaman pula dibentuk oleh satu gelung yang terdiri daripada satu atau lebih filamen yang saling mengunci untuk membentuk satah struktur. Manakala geotekstil bukan tenunan dibentuk daripada filamen atau gentian pendek yang disusun atau diannyam secara jarang untuk membentuk satah struktur. Filamen atau gentian pendek dilekatkan di antara satu sama lain dengan menggunakan salah satu kaedah atau gabungan kaedah berikut:i. ii. iii. Ikatan kimia Ikatan termal Ikatan mekanikal

Ikatan kimia adalah kaedah di mana ia menggunakan glue, getah, latek dan selulos untuk melekatkannya. Ikatan termal pula merupakan proses pemanasan separa lebur filaman bagi tujuan untuk melekatkannya. Manakan ikatan mekanikal adalah kaedah tebukan jarum. Terdapat empat kegunaan utama geotekstil:-

Page 27 of 42

i.

Penyaliran buangan.

:

Geotekstil

bertindak

sebagai

bahan

penyaliran

bagi

membolehkan air disalur
ii.

keluar dengan cepat dari tanah ke kawasan

Penurasan :

Geotekstil diletak di antara dua lapisan tanah iaitu tanah

berbutiran halus dan tanah berbutiran halus, ia membenarkan resipan air dari satu lapisan ke lapisan yang lain. Pada masa yang sama ia menghalang tanah berbutiran halus bercampur dengan tanah berbutiran kasar.
iii.

Pemisahan :

Geotekstil membantu memisihkan beberapa lapisan tanah

selepas pembinaan.
iv.

Tetulang : Kekuatan tegangan geotektik akan meningkatkan kapasiti beban galas tanah.

Secara komersial geotekstil mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 7.6 mm. Jisim per unit luas di antara 150 g/cm2 hingga 700 g/cm2.

GEOMEMBREN Geomembran adalah satu bahan kalis cecair atau halangan wap. Ia diperbuat daripada kepingan selanjar polimer yang boleh lentur. Jenis bahan polimer yang digunakan untuk membuat geomambren adalah dari jenis termoplastik atau termoset. Jenis termoplastik termasuklah polivinil klorid (PVC), politilena, politilena terklorin dan polimid. Manakala polimer jenis termoset termasuklah etilena vinil asitat, polikloroprena dan isoprenaisobutilena. Walaupun geomambren dikatakan kalis air, tetapi sebenarnya air masih boleh meresap menerusinya. Satu ujian dilakukan ke atas geomambren, didapati bahawa pekali kebolehtelapannya adalah di antara 10-10 hingga 10-3 cm/s. Secara komersial geomambren wujud dalam bentuk lapisan tunggal yang mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 0.4 mm. Bagi geomambren dari jenis PVC dan
Page 28 of 42

politelena mempunyai ketebalan di antara 4.5 mm hingga 5.0 mm. Rajah 17 menunjukkan penggunaan geomambren untuk pembinaan pelapik tapak pelupusan sanitari.

Page 29 of 42

Rajah 17 : Penggunaan Geomambren dalam Pembinaan

`

GEOGRID Geogrid diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti polipropilena dan polietilena. Bentuk geogrid adalah seperti Rajah 18. Ia berfungsi sebagai tetulang. Terdapat dua jenis geogrid, iaitu:i. ii. Geogrid Dwipaksi Geogrid ekapaksi

Page 30 of 42

Rajah 18 : Sebelah kiri adalah Geogrid Ekapaksi dan Sebelah Kanan adalah Geogrid Dwipaksi

GEONET Geonet diperbuat daripada polimer berbentuk jaring seperti Rajah 19. Fungsi utama geonet adalah sebagai saliran. Geonet yang terdapat dalam pasaran adalah jenis polietilena ketumpatan sederhana dan polietilena ketumpatan tinggi. Ia mempunyai lebar di antara 1.8 m hingga 2.1 m dan panjang di antara 30 m hingga 90 m, dan tebalnya di antara 3.8 mm hingga 7.6 mm.

Page 31 of 42

Rajah 19

Geosintitik mempunyai satu atau lebih fungsi untuk membantu memperbaiki sifat-sifat tanah. Di antaranya adalah seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. Pemisahan Tetulang Penurasan Penyaliran Halangan lembapan

Page 32 of 42

TUJUAN DAN CARA PENYALIRAN DAN PENGAWALAN AIR TANAH PENYALIRAN LUBANG KOREKAN Di tapak bina, biasanya penyaliran air dari lubang korekan dilakukan dengan mengepam air keluar dari lubang tersebut. Terdapat tiga cara untuk menyalirkan air dari lubang korekan, iaitu pengepaman takungan dalaman, pengepaman telaga luaran, dan cantas (cut-off).

Pengepaman Takungan Dalaman

Kaedah pengepaman takungan dalaman adalah sesuai untuk projek kecil dan beroperasi jangka pendek. Takungan air dipamkan keluar dengan lebih pecat.

Pengepaman Telaga Luaran
Page 33 of 42

Kaedah pengepaman telaga luaran adalah merupakan satu kaedah di mana telaga yang dalam dikorek dan dibentuk di tapak bina supaya peralatan pengepaman boleh masuk dan tenggelam dalam telaga. Air dipam keluar dari telaga tersebut. Tujuan kaedah ini adalah untuk merendah paras air bumi.

Cantas

Kaedah cantas ini merupakan satu kaedah kekal pengawalan halangan pugak bagi kawasan kalis air dari pencemaran dan lebih selamat. Ia menggunakan cara perekat (grouting), dinding diafram, suntikan bahan kimia dan lain-lain.

PENYALIRAN BELAKANG TEMBOK PENAHAN Air yang berada di belakang tembok dapat menambahkan lagi tekanan jumlah yang bertindak. Retak tegangan , zc, yang terjadi di belakang tembok dapat juga mengumpul air, terutamanya selepas hujan lebat dan ini akan menghasilkan tekanan sisi pada tembok. Rajah 20 menunjukkan beberapa sistem penyaliran yang biasanya digunakan untuk tembok penahan ( smith, 1984). Tekanan air hidrostatik lebihan di sepanjang satah kegagalan dapat ditentukan dengan kaedah jaringan aliran.

Page 34 of 42

Rajah 20 : Penyaliran Belakang Tembok Penahan

PEPARIT PASIR Kaedah ini menggunakan peparit pasir tegak bagi mempercepatkan pengukuhan tanah subgred untuk mampat di bawah benteng yang dibina. Peparit pasir ini dibina dengan mengorek lubang tegak menembusi lapisan benteng pertama, melalui tanah boleh mampat ( sub gred) sehingga menemui lapisan tanah kukuh. Luas lubang peparit ini bergantung pada rekabentuk berkenaan dan selalunya dalam lingkungan garis pusat 500 – 800 mm dan ukuran dalamnya antara 10 – 20 m. Pada kebiasaannya, jika jarak ukuran kedalamannya kurang daripada 4 m penggunaan peparit pasir ini akan menjadi tidak ekonomi. Setelah dikorek, lubang peparit itu dipenuhkan dengan pasir kasar yang bersih dan seragam. Di bahagian atas peparit pasir dan lapisan pembinaan permulaan ini dibina pula satu lapisan selimut pasir daripada jenis pasir yang sama, setebal antara 0.75 – 1.5 m. Benteng seterusnya dibina di atas lapisan selimut pasir dengan cara biasa. Sekiranya perlu, tanah tambahan akan digunakan di atas benteng tersebut.

Page 35 of 42

Rajah 21 menunjukkan binaan peparit pasir yang tipikal. Jarak ufuk antara peparit pasir akan bergantung pada reka bentuk dan selalunya dalam lingkungan 3 – 6 m. Seperti yang telah dinyatakan, tujuan penggunaaan peparit pasir adalah untuk mempercepatkan pengukuhan dan penstabilan tanah boleh mampat dengan cara memendekkan masa air liang keluar. Dengan mengadakan laluan peparit yang lebih pendek, masa tersebut akan menurun dengan banyak kerana masa pengukuhan berfungsikan panjang peparit berganda dua. Disamping itu, apabila menemui peparit pasir, air akan mengalir ke atas dengan cepat disebabkan kebolehtelapan pasir yang lebih tinggi dan air ini kemudiannya akan mengalir keluar melalui lapisan selimut pasir yang telah dibina.

Page 36 of 42

Rajah 21: Penyaliran Peparit Pasir

PEPARIT PUGAK Kaedah peparit pugak menggunakan prefabrik Rajah 23 yang dipasang secara pugak pada kedalaman melebihi 65 meter. Air dalam tanah di bawah tekanan hidrostatik akan mengalir melalui penapis peparit fabrik dan mengalir ke permukaan tanah. Kemudian air ini akan mengalir ke longkang yang berhampiran. Kesan daripada kaedah ini, ia boleh mempercepatkan proses pengukuhan. Rajah 22 menunjukkan peparit pugak.

Page 37 of 42

Rajah 22 : Kaedah Pemasangan Peparit Pugak

Rajah 23 : Prefabrik

Page 38 of 42

PENYALIRAN UNTUK PEMOTONGAN DAN CERUN Penyaliran boleh menolong memulihkan kestabilan cerun . Longkang ufuk mungkin boleh dijadikan langkah penstabilan yang berkesan. Longkang penegang juga mungkin berkesan untuk menstabilkan cerun yang mengandungi tanah berjelekit sekiranyaa jisim yang tergelincir masih agak tidak terusik. Longkang penegang dibina dengan cara mengorek longkang pada cerun berkenaan sehingga melebihi kedalaman bulatan gelincir. Paip-paip tertebuk kemudian diletakkan di dalam longkang tersebut dan ditimbus dengan bantuan yang sesuai untuk bertindak sebagai longkang yang akan mengeringkan permukaan gelinciran dan juga sebagai sagang untuk menahan gelincir. Rajah 24 menunjukkan kaedah penyeliran cerun.

Page 39 of 42

Rajah 24 : Penyaliran Cerun

KESIMPULAN Sifat-sifat tanah yang mengindikasikan jenis dan kondisi tanah, serta memberikan hubungan terhadap sifat-sifat mekanis (engineering properties) seperti kekuatan dan pemampatan atau kecenderungan untuk mengembang, dan permeabilitas. Pada umumnya, untuk tanah berbutir kasar (coarse-grained), sifat-sifat partikelnya dan derajat kepadatan relatif adalah sifat-sifat yang paling penting. Sedangkan, untuk tanah berbutir halus (fine-grained), konsistensi (keras atau lunak) dan plastisitas merupakan sifat-sifat yang paling berpengaruh. Perlu pula diketahui bahwa dalam kajian dan analisis untuk proyek konstruksi seringkali tidaklah begitu penting untuk mengetahui semua sifat-sifat indeks tanah. Data sifat-sifat tanah yang diperlukan bergantung pada informasi seberapa banyak data tersebut benar-benar dibutuhkan. Sebagai contohnya, analisis mineral lempung memerlukan alat khusus yang mana data ini tidak diperlukan langsung untuk
Page 40 of 42

perancangan fondasi, kecuali pada kondisi yang tertentu. Untuk tanah organik, kandungan bahan organic sangat penting untuk diketahui karena dapat mempengaruhi kekuatan dan pemampatan. Untuk semua tanah pada umumnya, gambaran tentang tanah hendaknya juga menyangkut warnanya. Warna ini dapat mengindikasikan komposisi mineral dan juga sangat berguna untuk menentukan keseragaman (homogeneity) endapan tanah serta dapat pula sebagai bantuan untuk identifikasi dan kaitannya selama konstruksi di lapangan.

RUJUKAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah http://muntohar.files.wordpress.com/2007/04/sample-bab3.pdf

Page 41 of 42

LAMPIRAN

Page 42 of 42

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->