You are on page 1of 36

Tajuk : Tamadun Islam Alternatif Masa Hadapan (‫)االسالم حضارة الغد‬

Karya : Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Terbitan: Maktabah Al-Qardawi

Tahun : 1999

Lafaz Segala Puji Bagi Allah s.w.t akan segala nikmat yang Dia berikan. Nikmat iman
dan Islam ditambah lagi dengan nikmat akal fikiran dan nikmat usia muda, dapat

juga penulis selesaikan merumuskan buku ini. Buku ini bertajuk ‘‫’االسالم حضارة الغد‬
(Tamadun Islam Alternatif Masa Depan) karya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi.
seorang ulama kontemporari yang paling dekat dengan hati penulis. Karya Al-

Allamah pertama yang penulis tatapi bertajuk ‘‫’فقه األوالوياث‬ (Fiqh Keutamaan) dan

yang paling penulis sayang bertajuk ‘ ‫’كيف ًخعول هع القرءاى‬ (Bagaimana Berinteraksi

Dengan Al-Quran).

Penterjemah buku ini, Dr. Juanda Haji Jaya telah menjadi orang pemula kebaikan.
Dengan usaha beliau, buku ini siap diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu. Bukan
sedikit yang membaca, menyebarkan, dan beramal dengan isi kandungan buku ini.
Mereka inilah yang menyumbangkan saham akhirat kepada diri mereka juga kepada
Dr. Juanda Jaya.

Penulis sifatkan buku ini sebagai buku „heavy reading‟. Buku ini mempunyai 252
muka surat menjelaskan situasi sebenar tamadun dunia hari ini yang dipelopori
oleh Tamadun Barat (Tamadun Materialistik), kudis-kudis yang sudah lama
bernanah di dalamnya, dan ubat-ubat untuk mengubatinya. Maka rumusannya
penulis perincikan. Usaha ini perlu sedikit pemerahan akal penulis untuk hasil
rumusan yang paling baik.

Penulis membuat rumusan dengan mengambil kembali kata-kata Al-Allamah Dr.


Yusuf Al-Qardawi dan ilmuwan-ilmuwan yang dinukilkan oleh Al-Allamah. Sesekali
penulis akan menuruti dengan pandangan penulis.

Tujuan penulis adalah kerana keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan alam akhirat
dengan usaha penyebaran ilmu. Dengan rumusan ini sedikit sebanyak dapat
menguatkan akal dan amalan penulis. Penulis harapkan dengan rumusan penulis
yang serba kekurangan ini (dengan kehendak Allah s.w.t jua) membuka hati penulis
dan pembaca untuk memahami dan beramal dengan kebaikan buku ini. Cadangan
penulis agar pembaca membaca sendiri buku ini. Penulis mengakhiri dengan
ungkapan „Jika kita tidak mengenal emas, masakan kita akan menghargainya‟.

Mukaddimah

Penulis rumuskan kepada 3 perkara utama di dalam muqaddimah Al-Allamah Dr.


Yusuf Al-Qardawi:

Pertama. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi memperkatakan akan perihal sifat


tamadun dunia hari ini (Tamadun Barat/Tamadun Materialistik). Kata beliau:
“Tamadun ini dan manusia yang ada di dalamnya hampir sama dengan apa yang
disebutkan oleh Al-Quran”. Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan)


yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu
tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak.
Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula)
perhiasannya[1], dan pemilik-permliknya mengira bahawa mereka pasti
menguasasinya[2], tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau
siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah
disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami
menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir.” (Surah
Yunus: 24)

[1]Bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau


dengan tanam-tanamannya.

[2] Maksudnya: dapat memetik hasilnya.

“Kelemahan utama tamadun ini adalah disebabkan ia tidak mengenal Allah s.w.t,
menjauhkanNya daripada pemerintahan dalam kerajaanNya, sehinggakan
tamadun ini berperanan seolah-olah ia ada adalah penguasa agung dunia ini.
Segala yang bersifat material diagungkan, manakala yang bersifat spiritual
(maknawi) diremehkan. Kemajuan hanya diukur dengan jumlah terbanyak
penghasilan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, juga kadar yang paling
maksima dalam memenuhi kehendak, kelazatan dan syahwat, walaupun dengan
mengorbankan nilai dan akhlak. Tidak hairan jika tamadun ini, ruhnya kosong
meskipun jasadnya besar, cahaya padam meskipun bara apinya tetap ada.” (m.s 8
dan 9)

Dapatlah kita simpulkan bahawa tamadun dunia hari ini yang dipelopori oleh
Tamadun Barat adalah bersifat „material‟ ataupun sifat „kebendaan‟.

Kedua. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi juga menjelaskan metod kajian beliau.
Kata beliau:

“…penilaian adalah berdasarkan perkara dominan yang menguasai kerana


„keadaan umum itu menggambarkan keadaan keseluruhan‟ sebagaimana yang
dinyatakan oleh para fuqaha kita sejak zaman silam.” (m.s 9)

Al-Allamah bermaksud beliau akan membuat penilaian berdasarkan perkara yang


dominan di dalam tamadun hari ini. Beliau tidak menolak bahawa terdapat
segelintir manusia di dalam tamadun ini yang masih kuat memegang sifat
spiritual. Dan mungkin katanya, kerana segelintir manusia inilah yang
melambatkan kejatuhan Tamadun Material.

Ketiga. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi juga membuat kesimpulan awal akan ubat-
ubat penyelamat tamadun dunia hari ini daripada menemui kehancuran. Kata
beliau:

“Usaha menyelamat tidak akan berjaya melainkan melalui Risalah Tamadun yang
dibawa oleh orang-orang Islam untuk dunia, iaitu risalah yang bersifat rabbaniyah
(ketuhanan), insaniyah (kemanusian), dan akhlaqiyah (berakhlak). Ia bercirikan
keseimbangan dan saling menyempurnakan. Ia menyediakan manusia untuk
memakmurkan bumi dan menjadi khalifah Allah s.w.t padanya juga beribadat
kepada Allah s.w.t dengan ilmu yang bermamfaat, iman yang benar, amal salih dan
saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.” (m.s 9 dan 10)

Fasal Pertama: Roh Tamadun Moden Dan Ciri Utama


Pemikirannya

Dibahagikan kepada 3 topik utama:

1. Roh Tamadun Moden


2. Akar Umbi Pemikiran Tamadun Barat
3. Sifat Utama Dan Ciri Keistimewaan Pemikiran Barat
Pertama: Roh Tamadun Moden

Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi mendefinisikan „roh tamadun‟. Kata beliau:

“Roh tamadun pula adalah kumpulan akidah (ideology), kefahaman konsep, nilai,
adab dan tradisi yang tercermin dalam perilaku individu dan kelompok manusia,
cara berhubung antara mereka dan pandangan mereka terhadap agama dan
kehidupan, alam semesta dan manusia, serta individu dan kelompok masyarakat.”
(m.s 12)

Beliau membuat kesimpulan:

“Ya, sesungguhnya kekurangan tamadun moden ini ialah apa yang terpasak
(tertanam) di dasar jiwanya iaitu sifat „materialism pragmatism‟ yang membuat kita
berkata: “Sesungguhnya ini adalah roh tamadun barat, ia adalah asas falsafahnya,
sifat umumnya dan inti ideology yang menjadi cirinya”. Inilah yang sepatutnya kita
jadikan focus dalam lembaran-lembaran yang akan kami kemukakan setelah ini.”
(m.s 14)

Kedua: Akar Umbi Pemikiran Tamadun Barat

Kata Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi:

“Tamadun barat pada zaman sekarang berdiri di atas asas-asas pemikiran yang
jauh menjalar akar umbinya hingga ke zaman Yunan dan Rom.” (m.s 14)

Kita sedia maklum bahawa Tamadun Yanan dan Rom berdiri di atas akar pemikiran
falsafah. Pemikiran falsafah inilah yang menentukan pandangan manusia terhadap
agama dan kehidupan, alam semesta dan manusia, ilmu pengetahuan dan nilai.
Adapun Tamadun Islam berdiri di atas akar Islam. Akar Islam inilah yang
menentukan pandangan manusia terhadap falsafah dan kehidupan, alam semesta
dan manusia, ilmu pengetahuan dan nilai.

Adapun pemikiran Tamadun Barat mengenai „pemikiran ilmiah sains‟ diambil


daripada Tamadun Islam. Pemikiran ilmiah sains adalah pemikiran yang
membutuhkan kajian dan penelitian. Para ilmuwan Islam menganggapnya sebagai
„metod Al-Quran‟. Para ilmuwan barat seperti Brivolt, George Sarton, dan Gustav
Lobon memperakui perkara ini.

Ketiga: Sifat Dan Ciri Asas Pemikiran Barat


Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi menyenaraikan 5 sifat dan ciri asas pemikiran
barat:

Ciri Pertama: Kecelaruan Dalam Mengenal Allah s.w.t.

Al-Allamah berkata:

“Mereka tidak memperolehi petunjuk kepada iman yang sahih terhadap pencipta
alam semester dan pengurusnya. Mereka tidak kenal hakikat ketuhanan Yang Maha
Sempurna, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Baik lagi
Maha Penyayang. Ini disebabkan mereka tidak mengenal secara langsung kenabian
yang membawa kepada pintu hidayah dan wahyu yang maksum sebagaimana yang
kita ketahui melalui sejarahnya. Dari sini, pemikiran barat berjalan bersendirian
mencari dan menyelidiki „Sebab (illah) Yang Pertama‟ atau „Penggerak Pertama‟
atau „Yang Wajib Wujud‟, lalu ia tergelincir dan tersungkur lantas ia dikuasai oleh
keraguan, kebingungan dan hawa nafsu.” (m.s 16)

Adapun contonya, Al-Allamah menukilkan kata-kata Wol Deorant di dalam bukunya


„Mabahij Al-Falsafah‟ bahawa filasof terkenal bernama Aristotle membayangkan
tuhannya seperti raja!

Melalui pemahaman penulis, tamadun dunia hari ini yang ditunjangi Tamadun Barat
sebenarnya tercelaru kerana mereka beriqtikad tuhan itu ada 3. Jika kita melihat di
satu sudut akan 3 tuhan, kita akan berkata: “Tuhan Ruh Kudus sudah tidak
berfungsi sebagai tuhan selepas kelahiran Tuhan Anak (Isa a.s anak Maryam)”.
Adapun Tuhan Anak juga tidak berfungsi sebagai tuhan apabila dia mati disalib
kerana menebus dosa anak Adam. Yang berfungsi ketika ini adalah Tuhan Bapa.
Kita akan tahu rupa-rupanya dua tuhan mereka bekerja „part-time‟ sebagai tuhan.
Tuhan mereka juga mati dan berkongsi kuasa!. Alangkah lemahnya tuhan-tuhan
mereka. Maha Suci Allah s.w.t!.

Terdapat ramai diantara mereka hanya menisbahkan diri mereka kepada Kristian
tetapi mereka sebenarnya tiada agama. Mereka adalah atheis! Tiada amalan hidup
yang membuktikan mereka beragama melainkan mereka berdoa sebelum makan,
akad nikah di hadapan paderi, bacaan „mengenang jasa‟ semasa mereka dikuburkan
dan mengunjungi gereja pada hari Ahad. Perbuatan lainnya tidak pernah terikat
dengan agama. Penulis mengingatkan kepada diri sendiri dan sekalian pembaca
agar tidak menjadi seperti golongan Kristian. Hanya merujuk Islam hanya di dalam
hal perkahwinan, hal kematian, dan mengunjungi masjid untuk Solat Jumaat
seminggu satu kali. Rujuklah Islam di atas sekalian perilaku dan mengeratkan
hubungan dengan rumah Allah s.w.t.

Ciri Kedua: Aliran Materialisme

Tamadun barat bersifat material, mengingkari perkara-perkara ghaib, dan


memandang rendah perkara-perkara spiritual. Al-Allamah membawakan kata-kata
ilmuwan eropah yang bernama Leopold Weis di dalam buku beliau „Al-Islam „Ala
Muftaraq At-Turuq‟. Kata beliau:

“Sesungguhnya orang Eropah moden-dengan wujudnya penolakan terhadap


wujudnya roh sebagai ilmiah-tidak melihatpun matlamat hidup sebagai kepentingan
yang praktikal. Mereka meninggalkan secara mutlak penilaian bagi perkara ini dan
perkiraannya dalam kehidupan. Halatuju agama sentiasa berasaskan kepada
keyakinan bahawa di sana ada suatu system hukum dan tatacara adab yang
bersifat mutlak lagi menyeluruh bahawa kita-sebagai manusia-terpaksa tunduk
kepada ketentuannya. Tetapi kemajuan Barat moden tidak memperkirakan
langsung keperluan tunduk kepada sesuatu kecuali mereka hanya tunduk kepada
kepentingan ekonomi, social, atupun kebangsaan. Sembahan mereka yang
sebenarnya bukan dari jenis yang spiritual, yang disembah adalah kemewahan”.
(m.s 19 dan 20)

Juga kata Al-Allamah:

“Seorang wartawan ternama Amerika, John Genter telah menggambarkan dengan


baik bentuk kejiwaan ini (kejiwaan material: penulis) dalam bukunya „Fi Dakhil
Urubba‟ (Di Tengah Masyarakat Eropah) dengan katanya: “Sesungguhnya orang-
orang Inggeris menyembah Bank Of England enam hari dalam satu minggu dan
pada hari ketujuh mereka pergi ke gereja!” Ini adalah pengakuan-pengakuan
pada masa yang lalu sedangkan sekarang masalah semakin bertambah parah
daripada apa yang telah disaksikan oleh beliau dan para pengkritik ini. Menurut
hasil bancian terbaru, hanya 5% dari kalangan masyarakat barat yang pergi ke
gereja pada hari-hari Ahad. Walaupun begitu, perginya mereka ke gereja ini belum
bererti semestinya mereka berpegang dengan agama”. (m.s 23)

Penulis katakan kerana jiwa yang kosong dengan agama melahirkan rasa kecewa,
kita dapati orang-orang berkulit putih ini ramai yang membunuh diri. Ketika
penulisan ini, seperti dilaporkan, seorang penjaga gol bola sepak, skuad
kebangsaan Jerman membunuh diri. Ramai pula diantara mereka yang kembali
mahu mengamalkan spiritual/agama. Kita dapati sebahagian mereka memilih Islam
dan sebahagian yang memilih jalan-jalan taghut. Kita mengetahui orang yang
berkulit putih bernama „Cat Steven‟ (jika tidak terkhilaf) memeluk Islam dan
menukar nama beliau kepada „Yusuf Islam‟. Penulis sendiri pernah melihat orang
berkulit putih khusyuk menari dengan kulitnya penuh dengan tusukan benda-
benda tajam pada Perayaan Thaipusam. Dan memang ramai yang kembali kepada
Kristian menjadi paderi, menyekat fitrah diri daripada berkahwin. Usah dibilang
yang mahu kembali kepada spiritual memilih duduk bertapa sebagai pilihan. Maka
kita akan melihat selepas mereka puas bertapa, mereka akan keluar untuk meminta
sedekah dengan pakaian kuning yang selekeh. Masih ramai yang penulis tidak
sebutkan. Semua manusia ini mahu kembali kepada spiritual/agama. Hanya kaedah
dan cara yang berlainan.

Ciri Ketiga: Aliran Sekularisme

Al-Allamah berkata:

“Agama menurut pandangan Barat adalah hubungan mnusia dan tuhannya.


Tempatnya adalah di hati yang berada dalam dirinya. Jika hati sanubarinya keluar,
maka ia tidak dibenarkan melepasi dinding gereja atau rumah ibadat. Bukan
urusan agama untuk mengatur kehidupan dengan undang-undang dan kewajiban
yang mesti dapatuhi, atau mewajibkan ajaran-ajaran dan hukum-hukamnya ke
atas…” (m.s 23)

Ciri Keempat: Konflik Pertentangan

1. Konflik antara manusia dengan dirinya. Kata Al-Allamah:

“Manusia di barat melawan fitrahnya sendiri yang telah ditentukan Allah s.w.t. Jika
in mahu menghidupkan kehidupan secara ideal seperti yang dikehendaki oleh
agamanya iaitu Kristian, maka keadaan idealis dalam ajarannya menghendaki ia
memandang jijik terhadap seks dan menolak harta kakayaan sebab orang kaya
tidak akan dapat memasuki kerajaan tuhan…” (m.s 26)

Inilah kesannya apabila agama diselaputi akal. Pemulanya tentulah orang-orang


yang disangka mahir dan alim beragama. Mungkin di dalam agama Kristian tidak
terdapat „Konsep Bid‟ah‟ dan oleh kerana itu mereka mengubah agama. Mungkin
juga perkataan-perkataan mereka seperti orang-orang yang disangka mahir dan
alim dalam Islam: “Kami hanya mahukan kebaikan”, “Kita tidak mengubah Islam
bahkan kami mahu membawa kemajuan kepada Islam”, “Kami yakin ramai Kaum
Muslimin memandang amalan seperti ini baik”, “Islam perlu bergerak seiring
dengan kemajuan dunia”, dan berbagai-bagai lagi perkataan yang semuannya
adalah seperti candu yang mengkhayalkan Kaum Muslimin yang tidak berilmu.

Penulis katakan Paderi agama Kristian bodoh seperti batang kayu kerana
mengharamkan perkahwinan. Mereka bodoh kerana mereka melawan mesin
fitrah. Perkahwinan adalah wadah supaya mesin fitrah dapat bekerja. Apa
mereka tidak terfikir akan nikmatnya perkahwinan? Sebaliknya mereka tidak akan
dapat melawan mesin fitrah. Paderi-paderi bodoh ini mengharamkan perkahwinan
tetapi hubungan mereka dengan „sisters‟ gereja dibenarkan. Benarlah firman Allah
s.w.t:

“Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah[1] padahal Kami tidak mewajibkannya


kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari
keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang
semestinya[2].”. (Surah Al-Hadid: 27)

[1]. Yang dimaksud dengan Rahbaniyah ialah tidak beristeri atau tidak bersuami
dan mengurung diri dalam biara

[2]. Mereka lalu tidak berpegang kepada janji rahib mereka

2. Konflik antara manusia dengan alam. Kata Al-Allamah:

“Manusia dalam tamadun barat berada dalam konflik dengan alam kerana ia
bertolak daripada anggapan bahawa alam adalah musuhnya yang mesti dihadapi
dan dikuasai. Oleh itu orang-orang barat menamakannya sebagai „menundukkan
cabaran alam tabie‟ iaitu suatu ungkapan yang mempunyai erti dan maksudnya
yang tersendiri”. (m.s 26)
Kerana ciri inilah mereka berinteraksi dengan alam seolah-olah mereka yang
menguasainya. Mereka menebang dengan nafsu tumbuh-tumbuhan dan mengondol
dengan nafsu gunung-ganang. Mereka masih lagi tidak sedar apabila mereka kalah
dengan alam. Masih belum ada teknologi yang mampu menghalang letusan gunung
berapi, menghalang ribut taufan dan banjir lumpur. Inilah tanda-tandanya mereka
tidak akan dapat mengalahkan alam. Entah bilakah mereka akan sedar.

3. Konflik antara manusia dengan manusia. Kata Al-Allamah:

“Ia adalah suatu konflik antara individu untuk memperolehi kepentingan peribadi
yang saling bertentangan. Apatah lagi dalam keadaan tamadun yang dikuasai oleh
aliran individualistic, falsafah pragmatism dan tersebarnya kata-kata Hobertz:
“Manusia adalah serigala bagi manusia lainnya!” Juga kata-kata setiap orang
selepas itu: “Yang penting adalah aku dan biarlah dunia musnah”. (m.s 27)

Ciri ini menjadikan manusia hidup dalam ketakutan. Pasti manusia akan
memikirkan keselamatan kemana sahaja melangkah. Jika dahulu rasa selamat
sekalipun rumah tidak dipagar. Berlainan pula sekarang, rumah dipasang pagar dan
bermacam-macam jenis alat-alat keselamatan. Pihak-pihak keselamatan pula
memberi nasihat supaya tidak keluar rumah ketika waktu malam. Dunia seakan-
akan penjara. Inilah bala Allah s.w.t yang berupa bala ketakutan. Firman Allah s.w.t:

“Tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah


merasakan kepada mereka pakaian, kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang
selalu mereka perbuat”. (Surah An-Nahl: 112)

4. Konflik antara manusia dengan tuhan

“Pemikiran ini diwarisi daripada dua sumber utama:

 Animisme Yunan dan dewa-dewanya yang boleh diubah, diganti dan dibakar.
 Perjanjian Lama (Taurat dan risalah-risalahnya) yang menggambarkan
tuhan sebagai penghasut, pendendam, dan pencemburu hingga Dia
menciptakan manusia (Adam) lalu Ia kemudian takut kepadanya dan
bimbang ia akan menyaingi diriNya dalam hal pengetahuan dan sifat kekal.
Lantas Adam dilarang makan daripada sejenis pokok. Tuhan juga konflik
dengan Israel dan Israel pun menentangNya. Tidak ada jalan lain bagi tuhan,
kecuali member janji kepadanya berupa kebaikan bagi anak cucu keturunan
Israel.” (m.s 28)

Ciri Kelima: Merasa lebih tinggi di atas bangsa Lain

Mengalir dengan deras dalam pemikiran Bangsa Barat bahawa mereka lebih unggul
daripada bangsa lain dan lebih suci darahnya. Mereka telah diciptakan untuk
memimpin dan menguasai. Adapun selain daripada mereka telah diciptakan untuk
manjadi hamba dan tunduk kepada mereka. Kata Al-Allamah:

“Pandangan seperti ini diambil oleh orang-orang eropah daripada Tamadun Rom
yang berpandangan bahawa dunia terbahagi kepada Rom dan Barbar. Setiap orang
yang selain mereka adalah Berbarian yang ganas!” (m.s 29)

Penulis berpendapat terdapat satu perkataan yang paling ideal untuk


menggambarkan akhlak barat ini. Perkataannya adalah „racism‟. Cambridge
Advanced Learner's Dictionary 3rd Edition mentakrifkan „racism‟ sebagai „the
belief that people's qualities are influenced by their race‟ (Kepercayaan bahawa
maruah seseorang itu dipengaruhi oleh bangsa). Perkataan „racism‟ ini ditakrifkan
oleh bangsa barat, dan mereka sendiri yang menyalahi takrifan mereka. Satu
daripadanya adalah kerana warna kulit. Penulis teringat beberapa tahun sudah,
Eto‟o, seorang pemain bola sepak kulit hitam pasukan Barcelona beberapa kali
menarik diri daripada bermain untuk pasukan selepas beliau diajek kerana warna
kulit beliau. Ini yang berlaku di padang bola. Jika kita menuruti rentetan sejarah
pembinaan negara Amerika Syarikat dan Afrika Selatan, tentu kita akan melihat
akhlak „racism‟ yang lebih teruk!

Sifat berasa lebih ungggul dan suci daripada bangsa lain saling tidak tumpah
seperti Yahudi dan Nasrani. Allah s.w.t mengungkapkan kata-kata Yahudi dan
Nasrani kerana perkara ini. Mereka menduga mereka „anak Allah s.w.t‟ dan
terlepas daripada azab Allah s.w.t sedangkan selain daripada mereka diazab:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adalah anak-anak Allah
dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah: "Maka mengapa Allah menyiksa kamu
kerana dosa-dosamu?" (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya),
tetapi kamu adalah manusia (biasa) diantara orang-orang yang diciptakanNya. Dia
mengampuni bagi siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang
dikehendakiNya. Dan Kepunyaan Allahlah kerajaan antara keduanya. Dan kepada
Allah-lah kembali (segala sesuatu)”. (Surah Al-Maidah: 18)

Fasal Kedua: Keburukan Tamadun Moden Dan Kesannya


Terhadap Kehidupan Manusia

Terbahagi kepada 2 topik utama:

1. Kesan Positif Tamadun Barat


2. Keburukan Dan Kesan Buruk Tamadun Moden

Pertama: Kesan Positif Tamadun Barat

Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi merungkaikan terlebih dahulu kebaikan Tamadun


Barat sebelum Al-Allamah merungkaikan keburukannya. Inilah akhlak seorang
ulamak yang adil pertimbangan. Tidak dipengaruhi emosi dan nafsu. Semoga kita
dapat berakhlak seperti akhlak Al-Allamah.

Al-Allamah menerangkan bahawa Tamadun Barat membawa kebaikan dari sudut


teknologi, pengaturan fikiran dan hidup manusia. Kemajuan teknologi yang
memendekkan jarak diantara dua tempat, menjimatkan masa dengan kemajuan
pengangkutan, menjimatkan tenaga dengan terdapatnya mesin-mesin buruh dan
ilmu-ilmu Islam mudah disebarkan melalui perkakasan teknologi. Tamadun ini
memberikan corak fikiran yang tidak jumud kepada manusia, mendorong manusia
untuk mencipta dan menghasilkan benda yang baru, mengatur hidup manusia
dengan undang-undang dan perlembagaan-perlembagaan yang adil. Al-Allamah
mengakhiri pujian kepada Tamadun Barat dengan berkata:

“Inilah sudut-sudut yang baik dan positif dalam Tamadun Barat. Semuanya
bergantung pada pendekatan, mesin, dan peralatan yang digunakan oleh manusia.
Sebenarnya ia merupakan senjata bermata dua. Ia dapat dipakai untuk perkara
yang baik dan juga dapat dipakai untuk perkara yang buruk”. (m.s 34)

Kedua: Keburukan Dan Kesan Buruk Tamadun Moden

1. Keruntuhan Akhlak
2. Kemusnahan Keluarga
3. Kegelisahan Jiwa
4. Kecelaruan Akal
5. Jenayah Dan Ketakutan

Pertama: Keruntuhan Akhlak

Sungguh tepat perumpamaan yang dilafazkan oleh Al-Allamah. Mengumpamakan


tanah dan tumbuhan (pokok) sebagai tamadun dan akhlak. Tanah yang subur pasti
akan mengeluarkan pokok yang sihat dan sebaliknya. Tamadun yang baik akan
membuahkan manusia-manusia yang berakhlak baik dan sebaliknya. Lalu Al-
Allamah mengungkapkan firman Allah s.w.t:

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah;
dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana.
Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang
bersyukur.” (Surah Al-A‟raf: 58)

Al-Allamah menukilkan kata-kata Richard Livingston, Naib Canselor University


Oxford yang menulis di dalam bukunya bertajuk „At-Tarbiyah Li Alam Haier‟
(Education For Confusing World). Kata Richard Livingston:
“Sekiranya kita mencari ungkapan kata-kata indah untuk melukiskan abad kita ini,
tentu akan terlintas dalam pemikiran kita berbagai ungkapan. Mungkin kita
menyebutnya sebagai zaman ilmu pengetahuan (sains), atau abad revolusi social,
atau abad tanpa nilai akhlak. Tetapi ungkapan-ungkapan ini tidak akan dapat
menjelaskan hakikat abad ini secara sepenuhnya ataupun menyifatkannya dengan
adil. Barangkali ungkapan terakhir lebih sesuai daripada yang lain dalam beberapa
sudut untuk diletakkan di tempat perkiraan”. (m.s 36)

Kemudian, Al-Allamah membawa rentetan fakta-fakta berkenaan dengan


keruntuhan akhlak. Merangkumi gejala remaja mengandung luar nikah, penyakit-
penyakit kelamin disebabkan seks bebas dan gejala menggugurkan anak. Al-
Allamah selepas itu mendedahkan inti-inti kandungan Konferen Antarabangsa
Tentang Penduduk Dan Pembangunan yang diadakan di Kaherah pada bulan
September 1994. Konferen ini antara lainnya menghalalkan pengguguran untuk
mengawal jumlah penduduk bumi dan menghalalkan hubungan seks bebas dengan
mengguna pakai peralatan seks.

Penulis mencadangkan kepada para pembaca untuk meneliti sendiri fakta-fakta


yang dibawa oleh oleh Al-Allamah. Fakta-fakta keruntuhan akhlak. Fakta-fakta ini
cukup mengejutkan!. Al-Allamah menulis buku ini sekitar 90-an tetapi keruntuhan
akhlak yang menjerut Tamadun Barat seakan-akan yang menjerut Malaysia
sekarang.

Lanjutan daripada keruntuhan akhlak, amaran daripada Allah s,w,t berupa penyakit
menghinggap. Surah khabar Utusan Malaysia bertarikh 17 November 2009
melaporkan „Penyakit kelamin makin berleluasa di AS‟: (WASHINGTON 16 Nov.-
Rasa tidak senang rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk membicarakan seks telah
membuatkan penyakit kelamin (STD) biasa menjadi sesuatu yang lumrah, terutama
di kalangan remaja yang lebih terdedah kepada jangkitan, lapor penyelidik hari ini.
Statistik terkini menunjukkan chlamydia, gonorea dan sifilis sebagai jangkitan
kelamin yang terus melarat di AS. "Chlamydia dan gonorea dicatatkan stabil
walaupun pada jumlah jangkitan yang tidak boleh diterima sementara kes sifilis
semakin meningkat selepas hampir tiada kes dilaporkan:"Kita menunjukkan kadar
jangkitan STD tertinggi berbanding negara maju lain di dunia," kata pengarah
divisyen penyakit kelamin di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS (CDC),
John Douglas. Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama telah memberi isyarat
kesediaan untuk berganjak dari pendekatan pendidikan seks hanya kepada mereka
yang menjauhkan diri daripada seks yang dipromosikan bekas Presiden, George W.
Bush, negeri konservatif dan kerajaan tempatan. Beberapa kajian menunjukkan
pendekatan sedemikian tidak begitu berhasil dan adalah lebih baik untuk
menggalakkan menahan diri dari seks dengan pada masa sama menyalurkan
maklumat kepada kanak-kanak dan remaja tentang bagaimana melindungi diri dari
penyakit dan mengandung. "Kita masih belum mempromosikan mesej itu dengan
sepenuhnya. Kita masih “memberikan satu tali pinggang untuk satu kereta," kata
Douglas lagi. Kajian terbaru CDC tentang STD mendapati:

 1.2 juta kes chlamydia dilaporkan tahun lalu, berbanding 1.1 juta tahun
sebelumnya.
 Hampir 337,000 kes gonorea dilaporkan.
 Gadis pada lingkungan 15 hingga 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia
tertinggi berbanding kumpulan usia lain pada 409,531 kes.
 Golongan kulit hitam yang mewakili 12 peratus penduduk AS, menyumbang
kepada 71 peratus kes gonorea dan hampir separuh daripada kes chlamydia
dan sifilis pada tahun lalu.
 Gadis kulit hitam antara 15 hingga 19 tahun merekodkan kes tertinggi
chlamydia dan gonorea.
 63 peratus sifilis dilaporkan berlaku kepada lelaki dengan seks luar tabii
bersama lelaki lain.-REUTERS)

Kedua: Kemusnahan Keluarga

Al-Allamah selanjutkan berkata:

“Masalah tamadun ini tidak hanya terhad kepada kemerosatan akhlak saja, bahkan
ia meluas kepada perkara yang ada kaitan dengannya iaitu merosotnya perasaan
manusia yang luhur”. (m.s 47)

Al-Allamah berkata di peranggan yang lain akan hal suami isteri:

“Antara suami dan isteri tidak ada lagi perasaan kasih yang mulia itu, yang dikenali
oleh sebuah keluarga Islam, yang disebutkan oleh Al-Quran sebagai „sakinah‟
(ketenangan), „mawaddah‟ (kasih), dan rahmah”. (m.s 48)

Akan hal menjual anak:


“Lantas ibu bapa mereka menjual anak-anak lelaki dan wanita mereka tanpa
mendengar apa kata hati mereka”. (m.s 48)

“Bahawa di Britain kini muncul fonomena ibu bapa menjual anak-anak kecil mereka
agar mereka dapat membeli berbagai barangan seperti rumah kecil, televisyen,
ataupun peti sejuk elektrik. Mereka yang telah menjual anak-anak kecil mereka
pada tahun 1959 telah mencapai jumlah tiga ribu orang”. (m.s 49)

Akan hal bekas suami yang menagih nafkah harta bekas isteri:

“‟To Support Him‟ adalah ungkapan yang digunakan secara perundangan dan
social untuk menuntut hak kedudukan yang biasa dimilikinya bersama isterinya.
Para hakim sekarang melaksanakan ke atas wanita undang-undang yang sama
yang telah dijatuhkan ke atas lelaki dalam keadaan mereka diperintah menyara
isteri mereka yang diceraikan…” (m.s 55)

Penulis melihat hal ini kerana kesamarataan gender dan persamaan hak yang
dituntut oleh golongan yang bernama perempuan. Mereka menganggap mereka
mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja yang dilakukan lelaki. Dan akhirnya
mereka yang mendapat akibat yang buruk. Antaranya di dalam hal perkahwinan.
Lelaki pandai dalam tipu helah berkahwin kerana harta mereka dan selepas
mandapat harta menuntut penceraian. Dengan itu, mereka yang lebih kaya daripada
bekas suami harus membayar nafkah. Lelaki tidak lagi perlu bekerja kerana bekas
isterinya yang memberi nafkah. Harta dan nafkah bekas isteri, keduanya di dalam
saku. Ini sebenarnya berlaku di barat pada sebelum tahun 90 an. Jika hal ini
dibiarkan, tidak mustahil akan berlaku pula di Malaysia. Pada ketika itu kita akan
dapati bahawa penuntut-penuntut kesamarataan gender dan persamaan hak akan
kembali menuntut dikembalikan kepada undang-undang yang lama.

Al-Allamah memberikan contoh yang banyak akan hal ini. Antaranya:

“Pelakon Kim Bassinger telah membahagikan kekayaannya berupa rumah dan


tanah dengan bekas suaminya yang telah berkahwin dengannya selama lapan
tahun. Bekas suaminya ini juga menuntut nafkah hidup tidak kurang dari 12 ribu
dollar setiap bulan”. (m.s 61)

Akan hal ibu sewaan:

“Menurut hasil bancian antara tahun 1976-1986, terdapat 600 bayi yang dilahirkan
malalui tabung uji di Amerika Syarikat. Sekarang ini terdapat dua belas „pusat
penetasan‟ sel telur untuk tujuan ini. Diperkirakan, pada masa akan datang, „pusat
penetasan‟ ini akan mengalami kemajuan pesat sebab diperkirakan bahwa 15%
daripada pasangan di Amerika Syarikat tidak subur. Mereka mengalami
kemandulan menurut pandangan perubatan (Majalah Times, Bil. 19, Januari 1987)”.
(m.s 64)

Akan hal menghindari kelahiran:

“Seorang kerabat saya yang belajar di Britain menceritakan: “Seorang professor


yang bekerja bersamanya adalah seorang professor terkenal dan mempunyai
pendapatan yang besar. Dia hidup bersama isterinya tanpa anak. Ketika kerabat
saya menanyakan hal ini, dia menjawab: “Cuba berikan satu alasan saja yang
dapat membuat saya memikirkan tentang melahirkan anak!” (m.s 65)

Akan hal menentang konsep perkahwinan:

“…Mereka hidup bersama selama mereka masih suka dan mereka akan berpisah
bilamana kehidupan mereka mula berkocak tanpa adanya sebarang komitmen pada
undang-undang atau akhlak. Hidup bersama antara pasangan lelaki dan
perempuan tanpa ikatan perkahwinan adalah satu bentuk baru keluarga moden di
barat”. (m.s 68)

Akan hal keluarga satu jenis kelamin:

“Bentuk perkahwinan model terbaru ini (perkahwinan sejenis: penulis) dibenarkan


oleh undang-undang beberapa negara barat dan diraikan oleh sebahagian gereja,
bahkan diberkati oleh sebahagian tokoh gereja mereka. Sehinggakan ada paderi
yang tampil di televisyen dan mengumumkan kesediannya untuk melakukan akad
pernikahan seperti itu serta mengalu-alukan mereka yang ingin melakukannya”.
(m.s 68)

Akan hal keluarga tanpa bapa:

“Pasangan keluarga yang terdiri dari sama jenis kelamin yaitu lelaki dengan lelaki
atau perempuan dengan perempuan telah mengalami kegagalan. Begitu juga
keluarga tanpa seorang bapa yang hanya terdiri dari seorang ibu juga telah
mengalami kegagalan, sebagaimana yang dapat dilihat dari contoh berikut sebagai
kesan langsung dari Tamadun Barat…”. (m.s 72)
Al-Allamah kemudiannya memberi contoh seorang wanita yang bernama Dr. Aveton
Black. Beliau yang tidak berkahwin, mahukan anak dan menerima suntikan sperma.
Beliau mengandung dan melahirkan anak yang diberi nama Duron. Menjadi masalah
apabila Duron mahukan bapa. Permintaan Duron adalah permintaan fitrah tetapi
permintaan Duron tidak dapat ditunaikan. (m.s 72, 73, dan 74)

Ketiga: Kegelisahan Jiwa

“Menurut budayawan Amerika, John Stein Back: “Masalah Amerika adalah


kekayaannya, sebab negeri itu memiliki berbagai kekayaan yang banyak, akan
tetapi ia tidak memiliki misi spiritual yang cukup”. (m.s 75)

Kegelisahan jiwa yang merayapi Tamadun Barat berpunca daripada tiada misi
spiritual yang mencukupi menghasilkan barah-barah baru. Antaranya ialah lahirnya
kelompok-kelompok yang berputus asa dan murung dalam hidup, lahirnya
kelompok-kelompok penentang hidup kebendaan yang menggelar mereka Hippies
dan Vagabond, lahirnya kelompok-kelompok pemuja ruh dan syaitan, dan gejala
bunuh diri di kalangan remaja. Semua ini dihuraikan oleh Al-Allamah disertai oleh
contoh-contoh.

Keempat: Kecelaruan Akal

Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi menulis:

“S.W. Peres menyatakan: “Bahawa satu orang dari setiap dua puluh dua penduduk
kota New York harus dimasukkan ke dalam salah sebuah rumah sakit mental dari
waktu ke waktu”. (m.s 92)

“Pada tahun 1922, jumlah orang gila yang menghuni rumah sakit jiwa milik
kerajaan mencapai jumlah 340 000 orang gila dan jumlah orang-orang cacat
mental yang mendaftar di klinik-klinik swasta mencapai angka 81 850 orang.
Jumlah mereka yang keluar setelah sembuh di antara pesakit cacat mental
sebanyak 10 931 orang. Jumlah ini belum termasuk keadaan penyakit mental yang
ditangani oleh rumah sakit-rumah sakit swasta. Di samping orang gila, terdapat 500
000 orang cacat akal di seluruh negara”. (m.s 92 dan 93)

Penulis mengakhiri Fasal Kedua ini dengan mengungkapkan serangkap ayat Al-
Quran. Firman Allah s.w.t:
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang
dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari
segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu
Allah merasakan kepada mereka pakaian[1] kelaparan dan ketakutan, disebabkan
apa yang selalu mereka perbuat.” (Surah An-Nahl: 112)

[1]. Maksudnya: kelaparan dan ketakutan itu meliputi mereka seperti halnya
pakaian meliputi tubuh mereka.

Fasal Ketiga: Tokoh-Tokoh Cendiakawan Barat Memberi


Amaran

Dibahagikan kepada 7 topik utama:

1. Kekosongan iman pada zaman ini


2. Amaran tentang bahaya Tamadun Materialistik
3. Semua manusia merasakan bahaya limpahan materialisme
4. Amaran para ilmuwan
5. Amaran para ahli falsafah dan pemikir
6. Amaran para sasterawan
7. Amaran para ahli politik

Pertama: Kekosongan iman pada zaman ini

Kata Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi:

“Bukan rahsia lagi bahawa bara iman pada zaman moden telah hilang kepanasan
dan nyalaanya di dalam hati walaupun mungkin ia belum padam sepenuhnya di
dalam kebanyakan hati. Ia dimatikan oleh fahaman materialisme, atau sakit oleh
penyakit lalai dan nafsu...”. (m.s 103)
Kedua: Amaran tentang bahaya Tamadun Materialistik

Kata Al-Allamah:

“Manusia telah mampu menciptakan berbagai pendekatan untuk menghadapi


cabaran kehidupan dan memanfaatkan alam ciptaan Allah s.w.t. Kemudian dengan
berlalunya masa, manusia itu kini telah menjadi hamba kepada alat-alat ciptaannya
sendiri. Hal ini sama seperti perlakuan manusia zaman jahiliyah yang menciptakan
berhala dengan tangannya sendiri, kemudian mereka menyembahnya dan
menjadikan ia sebagai tempat bergantung untuk mencari penghidupan dan
pertolongan dalam segala keadaan”. (m.s 104)

Penulis faham beberapa perkara:

1. Manusia penyembah berhala bersaudara dengan manusia penyembah


material. Penyembah berhala hendak beragama tetapi meninggalkan akal.
Penyembah material pula menggunakan akal tetapi meninggalkan agama.
2. Pemerhatian penulis melalui corong sejarah Melayu klasik dan sejarah
Arab jahiliyah. Hamba pada ketika itu menyerahkan jasmani kepada
tuannya tetapi tidak rohani. Rohaninya masih beragama. Sebagai contoh
sejarah Melayu klasik, hamba di istana masih berpegang kepada agama
Hindu. Contoh sejarah Arab jahiliyah, hamba kepada pemuka Arab masih
berpegang kepada agama berhala. Amalan jasmani kepada tuan manakala
amalan rohani kepada tuhan. Adapun hamba material tidak begitu.
Hamba material menyerahkan jasmani dan rohani kepada material kerana
mereka tidak bertuhan. Sebenarnya mereka lebih „abang‟.

Ketiga: Semua manusia merasakan bahaya limpahan materialisme

Kata Al-Allamah:

“Ungkapan keluhan ini (keluhan akan bahaya Tamadun Materialistik: penulis)


datang dari kalangan cendiakawan, budayawan, pemikir, ahli politik dan korporat.
Dalam bab ini akan dikemukakan keluhan oleh tokoh-tokoh barat sahaja. Kita tidak
akan membawakan pandangan para pemikir Muslim seperti kritikan yang
dikemukakan Muhammad Iqbal, Abul A‟la Al-Maududi, Hasan Al-Banna, Abul Hasan
Al-Nadwi, Saiyid Qutb, Wahiduddin Khan, Muhammad Al-Ghazali, Muhammad Qutb
atau mana-mana kritikan daripada tokoh-tokoh pemikir Muslim yang lain. Cukuplah
dengan perakuan yang dibawakan disini adalah lahir dari kalangan mereka
sendiri”. (m.s 105)

Keempat: Amaran para ilmuwan

Cukuplah penulis menukilkan satu daripada nukilan Al-Allamah:

Kata Alexis Carel („Al-Insan Zalika Al-Majhul‟):

“Tamadun Barat moden sedang menemukan dirinya pada posisi yang sulit kerana
tamadun itu tidak sesuai dengan kita. Tamadun ini dibentuk tanpa mengenal tabiat
kita yang sebenarnya. Ini disebabkan ia dilahirkan daripada khayalan-khayalan
penemuan ilmiah, hawa nafsu, imaginasi, teori-teori, dan hasrat manusia. Meskipun
ia diciptakan dengan jerih payah kita, namun ia tidak sesuai jika dilihat dari ukuran
dan bentuk kita”. (m.s 105 dan 106)

Kelima: Amaran para ahli falsafah dan pemikir

“John Dewey seorang ahli falsafah Amerika yang terkenal manyatakan: “Tamadun
yang membiarkan sains menghancurkan nilai-nilai yang diakui oleh masyarakat
dan tidak menyakini bahawa sains ini mampu menciptakan nilai-nilai baru adalah
sebuah tamadun yang akan menghancurkan dirinya dengan sendiri”. (m.s 115)

Keenam: Amaran para sasterawan

“Penyair Jerman, Pruschert yang meninggal dunia pada tahun 1947 telah
mengungkapkan dalam karyanya berjudul „Di Depan Pintu‟: “Kita adalah generasi
tanpa agama dan tanpa ketenteraman, matahari kita sempit dan cinta kita
kekejaman, generasi muda kita tanpa kepemudaan! Kita generasi tanpa ikatan,
tanpa batasan dan tanpa perlindung dari siapa pun”. (m.s 125)

Ketujuh: Amaran para ahli politik

John Foster Dallas, Menteri Luar Amerika pada masa Presiden Eisenhower berkata:

“Selagi manusia merasa perlu kepada ketergantungan pada segala yang bersifat
material, maka hasil negative dari itu semua adalah menjadi suatu kemestian”. (m.s
126)

Beliau berkata di peranggan lain:


“Kita telah berhadapan dengan ujian paling keras yang mungkin tidak dihadapi
oleh mana-mana bangsapun, iaitu ujian hidup dalam kemewahan”. (m.s 127)

Penulis mengakhiri Fasal Ketiga dengan mengungkapkan serangkap firman Allah


s.w.t yang berbunyi:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati
mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka),
dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al
Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati
mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang
fasik.” (Surah Al-Hadid: 16)

Fasal Keempat: Tamadun Yang Dinantikan Dunia

Terbahagi kepada 5 topik utama:

1. Hukuman Al-Quran terhadap Tamadun Materialistik


2. Tamadun yang dicitakan oleh dunia ada pada Islam
3. Masyarakat yang dibentuk oleh Islam
4. Islam tergambar pada satu umat
5. Halangan-halangan dalam usaha membawa barat kepada petujuk Islam

Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi telah memperkatakan akan perihal „penyakit‟, tiba
masa untuk Al-Allamah memperkatakan akan perihal „ubat‟. Ubat untuk
mengembuhkan penyakit Tamadun Materialistik.

Pertama: Hukuman Al-Quran terhadap Tamadun Materialistik

Allah s.w.t mengingatkan umat akhir zaman khususnya kaum musyrik Makkah:
“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami
binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan
mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan
kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan
sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena
dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (Surah
Al-An‟am)

Sungguh indah apabila Allah s.w.t menyebut ‘... ‫’أمل يروا‬ yang bermaksud „Apakah

mereka tidak memerhatikan/apakah mereka tidak melihat…”. Seakan-akan Allah


s.w.t berkata: “Wahai manusia, telah Aku jadikan pancaindera mata kapada kamu
untuk kamu melihat. Apakah kamu melihat? Umat-umat yang Kami warisi bumi
sebelum kamu telah melakukan kerosakan dan Aku telah hancurkan mereka.
Mereka itu lebih Kami berikan limpahan bumi daripada kamu tetapi mereka
sombong dengan limpahan nikmatKu. Wahai umat Muhammad, apakah kamu
masih mahu menjadi seperti mereka?”.

Kaum yang dibinasakan Allah s.w.t suatu ketika dahulu seperti Kaum A‟ad, Kaum
Thamud, dan Kaum Fir‟aun adalah kaum yang buta. Buta bukanlah buta mata
tetapi buta hati yang menjadikan mereka sombong dang angkuh akan nikmat Allah
s.w.t. Penulis mengungkapkan firman Allah s.w.t:
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati
yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu
mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta ,
tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (Surah Al-Hajj: 46)

Kaum A‟ad, Kaum Thamud, Kaum Fir‟aun, dan bangsa negeri Saba‟ ialah bangsa
yang hanya menjadi hamba kepada material. Dengan itu, kelihatan pada mereka
gunung-ganang yang diukir tinggi dijadikan rumah, sifat khianat di dalam
timbangan jualan, berbangga-bangga dengan binaan, dan bermegah-megah dengan
hasil bumi Allah s.w.t. mereka adalah kaum materialistic. Adapun Kaum Lembah
Sadom adalah kaum yang menjadi hamba kesoronokan dan hiburan. Mereka lebih
tepat lagi digelar „kaum hedonism‟. Mereka berseronok dan berhibur sehingga
keluar batas fitrah, menjadi lelaki „gay‟ dan perempuan „lesbian‟. Dan Allah s.w.t
membinasakan mereka.

Kemudian Al-Allamah menyebut sunah penggiliran tamadun dunia. Kata Al-Allamah


Al-Quran telah menjelaskan dua prinsip asas:

“Pertama: Bahawa golongan yang tertindas dan dizalimi akan mewarisi golongan
yang bertindak zalim dan melampau. Kedua: Golongan yang menjadi pengganti
bagi orang-orang yang berbuat kerosakan dan merosakkan alam adalah orang-
orang yang salih”. (m.s 143). Firman Allah s.w.t:
“Orang-orang kafir berkata kepada Rasul-rasul mereka: "Kami sungguh-sungguh
akan mengusir kamu dari negeri kami atau kamu kembali kepada agama kami."
Maka Tuhan mewahyukan kepada mereka: "Kami pasti akan membinasakan
orang-orang yang zalim itu. (13) Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di
negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang
yang takut (akan menghadap) kehadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku[1].
(14) Dan mereka memohon kemenangan (atas musuh-musuh mereka) dan binasalah
semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala”. (15) (Surah Ibrahim:
13, 14, dan 15)

[1] Menghadap ke hadirat Allah ialah pertemuan dengan Allah SWT pada hari
kiamat untuk dihisab.

Lagi firman Allah s.w.t:

“Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur[1] sesudah (Kami tulis dalam) Lauh
Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang salih.” (105)
(Surah Al-Anbiya: 105)

[1]. Yang dimaksud dengan Zabur di sini ialah seluruh kitab yang diturunkan Allah
kepada nabi-nabi-Nya. Sebahagian ahli tafsir mengartikan dengan kitab yang
diturunkan kepada Nabi Daud a.s. dengan demikian Adz Dzikr artinya adalah kitab
Taurat.

Kedua: Tamadun Yang Diceritakan Oleh Dunia Ada Pada Islam

Ubat yang diceritakan dunia ada pada Islam! Akan tetapi ubat ini tidak pernah
dikenal Tamadun Barat. Lebih parah lagi, mereka tidak pernah tahu akan ubat ini.
Maulana Abul Ala Al-Maududi mengumpamakan Islam sebagai air. Kata Maulana
Abul Ala Al-Maududi”

“Mereka (Tamadun Barat) tidak mengenal nama air dan tidak tahu di mana ada air.
Akan tetapi mereka sering menjerit meminta sesuatu: “Hati kami sedang kering,
maka siramlah air untuk memadamkan kedahagaan jiwa”. Nama air, tidak
diragukan, telah didengar oleh mereka. Akan tetapi mereka dihantui rasa takut,
semata-mata kerana mereka belum menemukan kandungan yang sebenar di
dalamnya. Bagi mereka yang mendapat gambaran daripada generasi terdahulu
mereka yang fanatic, mereka mendapat gambaran bahawa air adalah sesuatu yang
amat racun yang tidak dapat didekati oleh sesiapapun. Akan tetapi kerana
kedahagaan mereka yang telah menjadi sedemikian rupa, maka seandainya air itu
diletakkan dihadapan tanpa menyebut namanya, mereka akan segera
mengambilnya dengan menyatakan bahawa ia adalah penghilang bagi dahaga
mereka. Tetapi seandainyamereka diberitahu bahawa ia adalah air yang mereka
takut untuk menyebutkannya sebelum ini, maka mereka akan tergejut kagum, lalu
menyedari bahawa selama ini mereka telah tertipu tentang realitinya”. (m.s 154
dan 155)

Kenapa Islam? Kenapa tidak agama Kristian sebagai jalan keluar?. Jawapannya:

“Agama Kristian dalam bentuknya yang ideal tidak membawa misi tamadun,
bahkan – ia dalam inti ajarannya – tidak memberikan perhatian terhadap
kehidupan, tidak memberi ruang gerak bagi akal, tidak mengajak pada ilmu
pengetahuan, dan tidak memahami fitrah manusia. Dengan ungkapan yang lebih
jelas: Ia – sebagaimana yang dibentangkan oleh para pendetanya – adalah
memusuhi kehidupan, mengecilkan makna akal, mengongkong ilmu pengetahuan
dank eras terhadap fitrah manusia”. (m.s 167)

Jika tidak kepada agama Kristian, kenapa tidak mencuba agama Yahudi?.
Jawapannya:

“Agama Yahudi sendiri menganggap bahawa dirinya tidak memiliki satu ajaran
yang menawarkan petunjuk bagi umat manusia kerana agama Yahudi dikuasai
sifat perkauman yang sangat menonjol dan hanya Bani Israel – sahaja menurut
anggapan mereka – merupakan jenis manusia pilihan Tuhan”. (m.s 171)

Selepas dua agama langit ini tertolak, tertolaklah lain-lain agama bumi. Sedangkan
dua agama langit yang sudah diubah ditolak apa lagi agama-agama bumi yang
hanya agama persepsi!

Di sini nyata Islam sebagai „agama pertengahan‟. Islam berdiri kukuh diantara
agama Kristian yang menjadi hamba mental dan agama Yahudi yang menjadi
hamba fizikal. Keseimbangan Islam ini adalah kerana Islam dipandu oleh Al-Quran
dan As-Sunnah. Sifat pertengahan Islam akan kekal hingga hari kiamat.

Adapun ilmu dan iman di dalam Islam tidak boleh dipisahkan seperti laut dan
pantai. Ilmu manusia hanya kepada keupayaan pancaindera. Iman melengkapkan
ilmu di luar keupayaan pancaindera. Sebagai contoh: ilmu manusia membolehkan
manusia berkeupayaan melangkah di atas bulan. Sekalipun begitu, manusia tetap
tidak berkeupayaan untuk memahami siksa kubur. Manusia memahami siksa kubur
hanya kerana iman. Kata Al-Allamah:

“14 abad telah berlalu sejak Al-Quran diturunkan, telah muncul berbagai ilmu
pengetahuan dan pemikiran. Namun demikian, tidak ada satu ayat Al-Quran pun
yang bertentangan dengan hakikat ilmiah yang telah disepakati kebenarannya”.
(m.s 179)

Ketiga: Masyarakat yang dibentuk oleh Islam

Al-Allamah memperincikan nilai-nilai jika Islam dijadikan payung tamadun.


Antaranya adalah:

1. Persaudaraan dan kasih sayang

‫امنا ادلؤهٌىى اخىة‬

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara”. (Surah Al-Hujurat: 10)

2. Saling bersikap lembut dan timbang rasa


‫ اذا اشخكى هٌه عضى حداعى له سائر األعضاء‬,‫هثل ادلؤهٌىى يف حىادهن وحرامحهن وحعاطفهن كوثل اجلسد الىاحد‬

‫بالسهرواحلوى‬

“Perumpamaan orang-orang muslim dalam sikap saling cinta mencintai dan kasih
mengasihi serta bertimbang rasa tidak ubah seperti satu tubuh yang apabila salah
satu anggotanya menderita demam, maka seluruh anggota lainnya ikut merasakan
penderitaannya dengan tidak tidur dan demam”.

3. Saling memberi bantuan dan kerjasama

‫ يشد بعضه بعضا‬,‫ادلؤهي للوؤهي كالبٌياى‬

“Orang mukmin terhadap orang mukmin lainnya adalah seperti bangunan yang
sebahagiannya dengan yang lainnnya saling menguatkan”.

4. Keadilan

‫ لقطعج يدها‬,‫ لى أى فاطوت بٌج حمود سرقج‬,‫وامي اهلل‬

“Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku akan
potong tangannya”.

Keempat: Islam tergambar pada satu umat

Datang akan hal tugas kewajiban. Al-Allamah memberi huraian akan perlunya umat
Islam hidup di dalam „satu umat‟. Hidup bahu membahu dalam hal amar ma‟ruf dan
nahi mungkar untuk merealisasikan Tamadun Islam. Kata Al-Allamah:

“Umat manusia pada masa sekarang – yang berada di bawah Tamadun


Materialistik – sedang berada dalam cengkaman badai taufan, sama seperti badai
taufan Nabi Nuh, yang mungkin datang melanda dari dasar binaannya. Maka yang
mesti dimiliki oleh umat ini adalah sebuah perahu yang sama seperti perahu Nuh
yang mana dengan perahu ini, Allah akan menyelamatkan umat manusia dari
kebinasaan total. Perahu penyelamat ini adalah risalah Islam yang dijadikan oleh
Allah s.w.t sebagai rahmat bagi sekalian alam dan sebagai petunjuk bagi orang-
orang yang sedang dalam kebinggungan. Akan tetapi risalah ini memerlukan satu
umat yang akan mewujud dan memanisfestasikan ajarannya serta memberikan
contoh dan teladan bagi umat manusia sebagaimana yang telah dirintis oleh umat
Islam pada abad-abad pertama di mana berbagai bangsa berduyun-duyun memeluk
Islam”. (m.s 231 dan 232)

Topik ini sebenarnya telah dipanjangkan di dalam kitab-kitab gerakan yang lain.
Semuanya berkisar kepada tugas dan tanggungjawab. Diperincikan strategi-strategi
dalam gerakan Islam dalam kitab-kitab yang lain. Penulis memandang kepada
persediaan sebelum dan semasa tugas dan tanggungjawab. Penulis bawakan
daripada Syeikh Abdullah Nasih Ulwan (Menuju Ketaqwaan) beberapa jenis
persiapan diri yang digariskan kepada para pemegang obor dakwah. Semuanya
melingkari lingkaran rohani:

1. Memperbanyakkan bacaan Al-Quranul Karim dengan penuh tadabbur dan


khusyu‟.
2. Mengiringi Nabi s.a.w dalam sirah (perjalanannya) yang harum.
3. Mendampingi dengan mereka yang terpilih yang merupakan orang-orang
yang mengenal Allah s.w.t.
4. Sentiasa mengingati Allah s.w.t di setiap ketika dan keadaan.
5. Tangisannya ketika bersendirian kerana takutkan Allah s.w.t.
6. Galakan supaya berbekal dengan sentiasa mengerjakan ibadat-ibadat sunat

Adapun persediaan jasmani tidak pernah kita lupakan tetapi hanya kerana
persediaan rohani yang lebih utama. Di dalam sebuah buku yang bertajuk „Sebab-
Sebab Kemunduran Dan Kelemahan Umat Islam‟ dijelaskan:

“Umat Islam generasi-generasi awal ketika melakukan pembukaan dan


mengalahkan sekuat-kuatnya kekuatan tentera di dunia pada waktu itu (Rom dan
Parsi), tidaklah disebut bangsa yang maju ilmu pengetahuan dunia dan
teknologinya. Bahkan secara teknologi dan ketenteraan mereka terbelakang jika
dibandingkan dengan negara-negara yang dikalahkannya (iaitu Rom dan Parsi), yang
dihancurkan singgasananya dan akhirnya ditaklukinya. Adapun umat Islam
mengalami kemajuan ilmu pengetahuan seperti yang kita baca dan kita dengar
sekarang di dalam sejarah dimulai setelah pembukaan-pembukaan negara-negara
sekitar (terutama sejak jatuhnya Rom dan Parsi). Kadang-kadang terdapat negara-
negara yang terkedepan dalam bidang ilmu pengetahuan, mempunyai pasukan yang
kuat, akan tetapi bukan bererti kemajuan ilmu pengetahuan dan pasukan kuat
menjadikan mereka kuat. Contoh-contoh dalam sejarah tentang hal ini sangat
banyak, di antaranya seperti yang telah kita sebutkan di awal (Rom dan Parsi).
Contoh lain adalah ketika bangsa Tartar (Mongolia) menyerang kaum muslimin di
akhir masa pemerintahan Daulah Abbasiyah. Mereka mengalahkan kaum muslimin,
menyerbu sebahagian besar wilayah Daulah Abbasiyah. Ketika itu bangsa Mongol
unggul, padahal ilmu pengetahuan yang mereka miliki masih terbelakang
dibandingkan dengan Daulah Abbasiyah, yang ketika itu menjadi negara terdepan
dan mencapai puncak kemajuan di bidang ilmu pengetahuan. Malahan kota
Baghdad dan perpustakaan-perpustakaannya menjadi pusat ilmu pengetahuan (baik
ilmu dunia maupun syari‟ah) di muka bumi pada waktu itu. Banyak pelajar-pelajar
daripada seluruh penjuru dunia menimba ilmu di situ. Akan tetapi kemajuan ilmu
pengetahuan tidak bererti bagi mereka. Contoh-contoh seperti ini dalam sejarah
banyak sekali. Semua peralatan ini (ilmu dan teknologi) bukanlah segalanya, apatah
lagi menjadi hal terpenting. Kemenangan sebenarnya datang daripada Allah. Allah
befirman;

‫فلن حقخلىهن ولكي اهلل قخلهن وها رهيج اذ رهيج ولكي اهلل رهى‬

“Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah
yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar,
tetapi Allah yang melempar...”(Surah Al-Anfal: 17)

Adapun firman Allah Ta‟ala:

‫وأعدوا ذلن ها اسخطعخن هي قىة وهي رباط اخليل‬

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu
dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang...”(Surah Al-Anfal: 60)

Dalam ayat di atas Allah telah memerintahkan agar kaum muslimin mempersiapkan
“kekuatan apa saja” untuk menghadapi mereka dan Dia tidak mengatakan, “dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan pasukan atau teknologi yang kamu

sanggupi”, akan tetapi Allah menjadikan kata kekuatan bermakna umum (‫ ًكرة‬- apa

saja). Maka jadilah makna ayat di atas menjadi: “dan siapkanlah untuk menghadapi
mereka dengan kekuatan yang kamu mampu berupa kekuatan iman, pasukan,
teknologi atau kekuatan apa saja”. Allah juga tidak mengatakan, “dan siapkanlah
untuk menghadapi mereka kekuatan seperti kekuatan mereka atau setengahnya”.
Hal ini kerana kemenangan itu datangnya dari sisi Allah”

Kelima: Halangan-halangan dalam usaha membawa barat kepada petunjuk Islam

Kata Al-Allamah:

“Dr. Alexis memandang bahawa untuk menyelamatkan Tamadun Barat adalah


dengan „menambah ilmu-ilmu kemanusiaan yang memungkinkan bagi kita untuk
membangunkan semula kemanusiaan manusia‟. Iaitu dengan „mengenali lebih
mendalam tentang diri kita‟ melalui ilmu-ilmu tentang manusia bagi menggantikan
tempat ilmu-ilmu tentang material yang sedia ada”. (m.s 147)

Dengan pengakuan Dr. Alexis, kita dapat menduga bahawa beliau bersetuju dengan
Islam. Penulis mentakrifkan „ilmu-ilmu kemanusian‟ seperti yang dikatakan beliau
sebagai „ilmu-ilmu fitrah‟ iaitu „ilmu-ilmu agama‟. Tetapi dalam usaha manusia
berlari kepada „ilmu-ilmu fitrah‟ terdapat „blok-blok‟ penghalang di jalan.
Antaranya:

1. Keangkuhan Barat

“Halangan pertama ialah sifat kebongkakan Barat. Dunia Barat sombong dan
memandang dirinya lebih unggul daripada dunia lain. Sikap ini diwarisi daripada
Tamadun Rom yang membahagikan umat manusia kepada dua kelas: Bangsa
Romawi dan Bangsa Barbar. Bangsa Romawi adalah penguasa dan tuan sedang
selain mereka adalah hamba!”. (m.s 240)

Sifat sombong dan angkuh yang menjadikan iblis menduga dia lebih mulia daripada
Adam. Sifat ini juga yang membawa iblis dipenuhi sifat dengki. Dan akhirnya sifat
ini juga yang menyebabkan iblis dicampak ke neraka. Tidaklah kisah sombong dan
angkuh iblis sia-sia tanpa membawa pengajaran. Manusia yang telah diberi amaran
daripada Allah s.w.t supaya tidak menjadi seperti iblis adalah lebih utama mencari
dan beristiqamah dengan pengajaran. Hanya mereka yang kurang berfikir daripada
kalangan manusia mensia-siakan pengajaran.

2. Semangat Perang Salib

Kata Al-Allamah:
“...ucapan Panglima Angkatan Perang Britain, Alenby ketika beliau Berjaya
memasuki Baitul Maqdis pada tahun 1917: “Hari ini berakhirlah Perang Salib”, atau
dengan kata-kata yang diucapkan oleh Panglima Tentera Perancis, Gouroud ketika
memasuki Damsyik dan beliau berdiri di atas makam Panglima Muslim, Salahuddin
yang pernah mengalahkan pasukan salib: “Sekarang, kami telah kembali wahai
Salahuddin!”...”. (m.s 242)

Di perenggan yang lain, Al-Allamah menyebut tingkah laku Barat ketika berinteraksi
dengan umat Islam:

“...sikap Perancis terhadap para pelajar wanita Muslimah yang menggunakan


tudung di sekolah-sekolahnya, juga sikap penentangan keras pihak pengurusan
sekolah dalam melarang para Muslimah yang mengamalkan etika agama mereka.
Gelombang anti Islam meluap apabila dicetuskan oleh akhbar dan alat-alat media
massa di Perancis yang mana sekarang jumlah penduduk Muslimahnya lebih dari 4
juta orang. Menteri Pendidikan Nasional Perancis dalam kenyataan terakhirnya
mengatakan bahawa: “Kita tidak akan membenarkan symbol-simbol agama apapun
di sekolah-sekolah kita. Dan hijab (tudung) bagi para remaja Muslimah mewakili
symbol agama yang menonjol. Perancis tidak akan bertolak ansur dalam prinsip
sekularnya untuk membenarkan symbol yang seperti ini...”.” (m.s 244)

3. Takut Pada Islam

Setelah tumbangnya rejim Komunis pada tahun 1989, Barat beralih angin
menghukum Islam. Dengan berbagai-bagai terma yang dinisbahkan kepada Islam
yang antaranya „terrorist‟, Barat mengubah lanskap fikiran dunia kepada
memerangi Islam. Sikap ini menjadikan mereka semakin jauh dari satu sisi dan
semakin dekat dari sisi yang lain. Dapat kita mengetahui sisi yang pertama dengan
peristiwa perang dengan alasan memerangi „terrorist‟ di Afghanistan dan Iraq.
Untuk sisi yang kedua, penulis terbaca artikel yang menyatakan bahawa selepas
„Tragedy 11 September‟ jualan terjemahan Al-Quran di negara-negara Eropah
meningkat!. Tragedi 11 Setember membawa mereka kepada Islam. Penduduk
Eropah memiliki Al-Quran untuk menyemak sendiri isi kandungannya. Dengan
kehendak Allah s.w.t. Al-Allamah menulis:

“Mereka menggambarkan tentang Islam sebagai „Bahaya Hijau‟, sebagai lawan bagi
„Bahaya Merah‟ yang diwakili Soviet Union dan „Bahaya Kuning‟ yang diwakili oleh
China”. (m.s 246)
4. Kelemahan Umat Islam

„Blog‟ penghalang ini datangnya daripada umat Islam sendiri. Benarlah kata-kata:
“Islam itu tidak tercermin pada penganutnya”. Antara contoh-contohnya:

 Umat Islam menyeru kepada kebersihan tetapi negara umat Islam kotor!
 Umat Islam menyeru kepada ilmu, tetapi umat Islam adalah umat yang
paling ramai buta huruf.
 Umat Islam menyeru kepada „integrity‟ tetapi negara umat Islam tersenarai
sebagai negara yang mengamalkan rasuah.

Penulis katakan sia-sia jika usaha hanya menggunakan lisan tanpa pernah disertai
perbuatan, hanya sandiwara jika ucapan, zahir batin tidak seiringan.

Al-Allamah berleter panjang akan kelemahan umat Islam:

“Sebahagian orang Barat yang mahu menyaksikan umat Islam di negeri mereka,
ketika mereka berkunjung ke negeri-negeri Muslim sebagai pelancong atau tugas-
tugas tertentu, yang mereka saksikan di sana adalah kawasan perumahan yang
kotor, kekacauan, ketidakdisiplinan, dan hal-hal yang tidak menarik dalam setiap
aspek kehidupan. Lalu terbentuk dalam diri mereka satu imej buruk tentang Islam
dan ajarannya. Sebab kebanyakkan orang tidak dapat membezakan antara prinsip
dan pelakunya, antara agama dan penganutnya. Mereka tidak memahami bahawa
Islam adalah hujah terhadap umat Islam, bukan umat Islam yang menjadi hujah
terhadap Islam”. (m.s 250)

Harapan Pada Kebangkitan Islam

Al-Allamah meengakhiri tulisan beliau dengan berkata:

“...Kebangkitan ini mampu melakukan banyak perkara jika ia memanfaaatkan


potensinya untuk bekerja dan bukannya berdebat, untuk memberi dan bukan untuk
menunjuk-nunjuk sahaja, untuk memperkuat bukan untuk meruntuhkan, untuk
menyatu bukan untuk memisahkan, menyibukkan para penganutnya dengan
prinsip-prinsip pokok bukan dengan hal-hal yang bersifat sampingan, sibuk dengan
masalah-masalah dasar bukan dengan pertikaian-pertikaian hal yang furu‟.
Mengalihkan dari masalah-masalah yang diperselisihkan kepada masalah-masalah
yang disepakati, dari idealisme menuju reality objektif yang serba mungkin dan dari
sikap meninggi diri dari masyarakat kepada membabitkan diri dalam masalah
mereka, menjadikan urusan terbesarnya adalah membangunkan kesedaran dan
pembinaan, melakukan perubahan dari dalam diri masyarakat sehinggalah Allah
merubah keadaanya menurut sunah Allah s.w.t”. (m.s 251)

Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka


merubah keadaan”. (Surah Ar-Ra‟d)

Penulis menambah seruan harapan Al-Allamah:

“Kembalilah sekalian umat Islam kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan


pemahaman salafus salih dan tidak mendahulukan selainnya. Menjadikan Al-
Quran dan As-Sunnah sebagai batasan dan tidak menjangkau batasan keduanya.
Kemudian, marilah sekalian umat Islam bekerja untuk Islam, membuang jauh
sifat dendam, dengki dan khianat, meletak tepi sikap tidak mahu kepada
pendamaian, menjadikan saudara Islam yang masih bersolat dan berzakat
sebagai „rakan kongsi‟, menidakkan kepada perkongsian bersama kaum kuffar,
menjadikan teguran-teguran para ahli ilmu sebagai penawar, berprinsip dan
beramal dengan prinsip dan amal Islam, membuang sikap suka kafir
mengkafirkan sesama umat Islam , menerima ijtihad para ulama dengan lapang
dada, dan mengumpulkan bersama jalan-jalan dahulu dan sekarang.”

Penulis Dan Kesimpulan

Penulis melihat dalam lingkungan seorang mahasiswa:

1. Erti maju yang sebenar adalah maju spiritual. Maju spiritual adalah taqwa.
Taqwa bukan utama dilambangkan dengan terbinanya banyak rumah ibadah
taqwa dan terdirinya banyak jabatan agama taqwa tetapi utama
dilambangkan dengan pengamalan dan perlaksanaan taqwa. Perlu selari
gerakan membina bangunan taqwa dan gerakan mengamalkan dan
melaksanakan taqwa. Pihak-pihak Islam seperti Kerajaan Melaysia, Pakatan
Pembangkang Islam dan NGOs Islam perlu berganding bahu kearah taqwa.
Penulis mengakui Islam di Malaysia sedang melangkah kepada taqwa dan
langkah-langkah ini perlulah disegerakan untuk keuntungan umat.
2. Misi spiritual/agama/Islam perlu diluaskan dengan menanam misi-misi ini ke
dalam sukatan pelajaran. Jadikan misi ini ditanam di dalam setiap sukatan
pelajaran bermula peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat university.
3. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum berasaskan spiritual perlu dikemas dan
dikuatkan manakala aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang berasaskan
„hedonisme‟ perlu dihapuskan. Ini perlu untuk memastikan „ubat‟ diberi pada
masa yang sama „racun‟ dibuang.
4. Persatuan-persatuan pelajar Islam seharusnya menjadikan misi spiritual
sebagai misi utama persatuan. Pengkaderan pejuang-pejuang Islam tidaklah
hanya dengan borang tetapi yang lebih utama adalah dengan akar spiritual.
Pertama, pengkaderan pejuang-pejuang Islam dengan borang diibaratkan
seperti rumah labah-labah. Adapun kedua, pengkaderan pejuang-pejuang
Islam dengan akar spiritual diibaratkan seperti akar tunjang yang
menunjangi bumi. Pilihan kedua sebagai pilihan. Ucapan tahniah kepada
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kerana memilih pilihan
yang kedua.
5. Penulis berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu, angkatlah di kalangan
kami pemimpin-pemimpin salih yang ingin kepada agamaMu, turunkanlah
pemimpin-pemimpin di kalangan kami yang ahli a‟si yang menyimpang
daripada agamaMu, berikanlah hidayah dan taufikMu kepada kami”.

Penulis mengakhiri rumusan dengan harapan Allah s.w.t menerima usaha dan
mengganjarkan dengan ganjaran yang baik. Satu rangkap ayat Al-Quran, Surah An-
Nur: 37:

“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli
dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan
zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan
menjadi goncang”.(Surah An-Nur: 37)
Kemaafan dipohon. Teguran membina dialu-alukan.

‫السالم عليكن ورمحت اهلل حعاىل وبركاحه‬

paracletesinan@gmail.com/paraclete_sinan@yahoo.com

You might also like