You are on page 1of 11

1) BERIMAN KEPADA ALLAH

i) Definisi

Takrif beriman kepada Allah ialah mempercayai Allah s.w.t bererti kita mempercayai
Allah s.wt itu ada dan Dia adalah Esa atau Tunggal dan tidak ada yang serupa dengan-
Nya.i

Dalam Al-Quran Allah s.wt berfirman :

Katakanlah (wahai Muhammad) : (Tuhan) ialah Allah yang Maha Esa , Allah menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak , dan Ia
pula tidak diperanakkan .Dan tiada sesiapa yang setara dengan-Nya .

(Al-Ikhlas 112:1-4)

Beriman kepada Allah s.w.t bererti percaya bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat
kesempurnaan , Allah berfirman dalam Al-Quran.

Dialah Allah ,yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menguasai (sekalian alam) ,
yang Maha Suci, yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan), yang
melimpahkan keamanan ,yang Maha Pengawal serta Pengawas ,yang Maha Kuasa,
yang Maha Kuat ,yang melengkapi segala kebesarannya. Maha Suci Allah daripada
segala yang mereka sekutu dengan-Nya.

(Al-Hasyr 59:22)

1
Beriman kepada Allah s.w.t. juga bererti mempercayai bahawa Dialah penjadi alam ini
dan alam akhirat.

Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada tuhan
(yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Dia, yang menjadikan tiap-tiap
sesuatu .Oleh itu beribadatlah kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan
tiap-tiap sesuatu.

(al-an’am 6:102)

Beriman kepada Allah s.w.t bererti mempercayai bahawa Dialah yang menghidupkan dan
mematikan .

Engkaulah (wahai Tuhan yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang ke
dalam waktu malam, Engkaulah juga yang mengeluarkan (sesuatu) yang hidup daripada
benda mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan (benda) yang mati daripada (sesuatu)
yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki
dengan tiada hitung hisabnya.

(Ali Imran 3:27)

Beriman kepada Allah s.w.t. bermakna percaya bahawa semua makhluk ini adalah milik
Allah s.w.t.

2
Segala puji bagi tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam .Yang amat Pemurah ,lagi amat Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari
pembalasan (Hari akhirat)

(Al Fatihah 3:27)

Beriman kepada Allah s.w.t ialah yakin dan percaya bahawa Dialah sahaja Allah yakni
Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya.

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian ) itu mereka mencari lain
daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang
ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksa, dan
kepadaNyalah mereka dikembalikan.

(Ali ‘Imran 3:83)

Beriman kepada Allah s.w.t. bererti kita tidak beribadat melainkan hanya kepada-Nya.

Allah, tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya ) melainkan Dia ,yang
tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya).

(Al Baqarah 2:255)

Beriman kepada Allah s.w.t. bermaksud kita melakukan semua perkara dalam kegiatan
hidup kita ini semata-mata kerana Allah dan dengan cara-cara yang tidak berlawanan
dengan peraturan Allah s.w.t.

Katakanlah hai Muhammad “bahawa sembahyangku ibadatku hidupku dan matiku


kerana Allah s.w.t.

3
Dapat disimpulkan disini seseorang itu tidak dikatakan beriman dengan sebenar-benarnya
jika tidak beriktiqad dalam perkara yang telah saya nyatakan sebelumnya. Beriman
kepada Allah juga merangkumi tiga aspek yang amat penting. Dan ini wajib dii’tiqadkad
oleh setiap jiwa muslim dalam mencapai mu`min pada Allah. Saya akan terangkan
perkara ini lebih mendalam pada halaman yang berikut.

2) PEMBAHAGIAN TAUHID

i) Tauhid Ar-Rububiyyah

Tauhid Ar-Rububiyah dari segi bahasa arab iaitu Al-Rabb yang beerti Yang Mencipta
,Yang Memiliki dan Yang Mengatur.

Tauhid Ar-Rububiyah dari segi takrifnya ialah mengakui dan mengiktiqadkan bahawa
Allah satu-satunya Tuhan(Al-Rabb) dan tiada tuhan selainNya.
Beriman segala perkara yang berlaku dibawah pengetahuan ,kehendak dan kekuasaan
Allah s.w.t. adalah termasuk didalam cabang tauhid ini.

Dapat dijelaskan lagi bahawa Allah s.w.t. adalah Pembuat Yang Mutlak alam semesta ini
dalam aspek peraturan, perubahan , penambahan ,pengurangan ,penghidupan ,kematian
dan berbagai lagi yang tidak disekutui atau disyirikkan oleh yang lain.

Dalam erti kata yang lain juga Allah lah yang memberi rezki, memberi manfaat, yang
membuat seseorang itu cantik atau hodoh, yang menggerakkan bumi mengikut paksinya,
yang menciptakan bunga-bungaan dari pokok dan pokok ditumbuhkan dari tanah yang
sama, yang menciptakan lautan biru yang luas, yang memberikan suara untuk berkata-
kata kepada manusia ,haiwan dan seluruh makhluk ini dan banyak lagi ciptaan Allah
yang ia adakan dari tiada.

4
Tauhid Rububiyah menjadi fitrah semula jadi manusia, yang hampir semua manusia
mengakuinya dan membenarkannya. Seperti yang berlaku pada musyrikin mekah,
mereka mempercayai Allah sebagai tuhan yang menciptakan seluruh makhluk tetapi
mereka mensyirikkan Allah ataupun menyukutukan Allah dengan berhala dan
sebagainya. Boleh disimpulkan, mereka mentauhidkan Allah dari segi rububiyah tetapi
tidak dari segi uluhiyah.Tauhid uluhiyah insyaAllah akan diterangkan pada halaman yang
lain.

Terdapat dua golongan yang mengingkari tauhid Ar-Rububiyah:

1) Golongan yang ingkar terhadap kewujudan Tuhan dan sebab mereka mengingkari
tauhid ini. Contohnya golongan animisme.
2) Golongan yang mengakui wujudnya Allah, tetapi dalam sebahagian rububiyah
yang lain mereka mensyirikkannya.Contohnya percaya hanya bomoh sahaja yang
boleh menyembuhkan penyakit.

5
ii) Tauhid Uluhiyyah

Tauhid uluhiyyah ialah mengakui bahawa satu-satunya Tuhan yang berhak


disembah ialah Allah s.w.t sahaja .

Dalam erti kata lain, Tauhid uluhiyyah ialah mengesakan Allah s.w.t. dalam
segala jenis ibadah (pengabdian). Hanya Allah sahajalah yang berhak kita
abdikan diri, tidak kepada yang lain.

Selain itu, ia juga bermaksud mensucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak
bagiNya dengan tidak mensyirikkan Allah dari sesuatu. Nama lain bagi tauhid
uluhiyyah ialah tauhid ubudiyyah yang membawa maksud mengakui bahawa
dalam beribadah, berdoa ,meminta,tunduk ,patuh, merendah diri hanya kepada
Allah, tidak kepada yang lain .

Kesimpulannya, mentauhidkan Allah s.w.t. dalam rububiyah bukan bermaksud


seseorang itu tidak mentauhidkan Allah dalam uluhiyah. Pada erti kata lain tidak
semua orang yang mentauhidkan Allah dengan tauhid urububiyah tidak
semestinya ia mentauhidkan Allah dengan tauhid uluhiyyah. Ada yang hanya
mentauhidkan Allah dengan tauhid rububiyah sahaja. Dan ia diaggap kafir
sekiranya tidak mentauhidkan Allah dengan tauhid uluhiyyah seperti musyrikin
mekah dan ahlul kitab(yahudi dan nasrani) yakni mereka mengakui bahawa Allah
dari segi rububiyyah tapi tidak dengan uluhiyyah.

iii) Tauhid Asma’ wa Sifat

6
Terdapat dalam Al-Quran 99 nama Allah ataupun yang lebih dikenali sebagai
‘asmaul husna’. Kita perlu kenal dan faham nama-nama ini supaya kita dapat
mendekatkan diri pada Allah. Bagi tauhid as sifat ialah meyakini bahawa Allah
memiliki sifat-sifat kesempurnaan dan diyakini bahawa Allah dari sifat-sifat
mustahil dan sifat yang kekurangan yang bertentangan dengan sifat kebesaran dan
kesempurnaanNya.

Wajib bagi Allah dan sekalian sifat kesempurnaan (sifat ketinggian) yang sesuai
dengan zatNya yang maha tinggi. Dan sifat kesempurnaan adalah banyak, kita
tidak mampu mengetahui semua Allah sahaja yang mengetahui. Maka wajib kita
iktiqad dalam jiwa kita bahawa semua sifat kesempurnaan adalah sifat Allah.
Sebaliknya kesemua sifat kekurangan mustahil bagi Allah. Kita hendaklah
mengetahui sifat Allah melalui dua cara iaitu:
a)secara ijmali : wajib Allah bersifat dengan segala kesempurnaan yang bagi
zatNya yang tidak terbatas kebesaran dan kesempurnanNya. Contoh: Allah Maha
Besar, Allah Maha Melihat dan banyak lagi. Secara ijmali boleh dikatakan adalah
secara umum.
b)secara tafsili : Allah s.w.t. mempunyai sifat-sifat yang wajib, yang mustahil
dan harus. Secara tafsili juga dikenali sebagai secara detail ataupun secara teliti.

InsyaAllah akan diterangkan sifat-sifat yang wajib kita ketahui dan pembahagian-
pembahagiannya pada halaman yang berikutnya.

3)SIFAT-SIFAT BAGI ALLAH

i) Sifat-sifat yang wajib bagi Allah

Sifat-sifat yang wajib bagi Allah megikut makna iaitu:

1)Sifat nafsiah
2)Sifat Salbiah

7
3)Sifat maani
4)Sifat maknawiyah

1)Sifat nafisiah ialah sifat yang menunjukkan makna penetapan. Iaitu sifat yang
menunjukkan makna ada zat yang wujud itu sendiri, tidak kepada makna-makna yang
lain. Dalam erti kata lain bermakna Allah ada sendiri tidak menjadikan Dia oleh yang
lain.1 Terkandung dalamnya sifat wujud.

2)Sifat Salbiah yang beerti sediakala ada Allah, bermakna tidak ada mula adaNya, dan
tidak dikehandaki qidam zamani, yang beerti lama masa atau buruk, kerana makna ini
mustahil bagi Allah.2Sifat salbiah juga membawa maksud penafian. Iaitu menafikan
sesuatu sifat yang tidak layak bagi zat Allah. Sifat-sifatnya adalah Qidam(sedia),
Baqa’(kekal), mukhalafatuhu taala lilhawadith(tidak menyerupai Allah dengan
makhluk) ,Qiamuhu binafsihi(Allah beridiri dengan sendirinya).

3)Sifat Maani beerti sifat yang ada pada zat atau sifat yang semestinya ada pada
zat(lazim) .Dalam erti kata lain kuasa atau pengkuasa Allah iaitu sifat yang sedia adanya
pada zat Allah yang dengan Dia dapat mengada tiap-tiap mumkin, dan mengtidak adakan
sesuatu membetuli kehendakNya dan mustahil lawannya iaitu lemah Allah.3 Ahli sunnah
menetapkan 7 sifat maani iaitu qudrat, iradah, ilmu ,hayyah, sama’ ,basar dan kalam.

4)Sifat maknawiyah ialah sifat yang menerangkan lagi tentang sifat maani atau sifat yang
wujud apabila adanya sifat maani. Dalil sifat maknawiyah ialah dalil-dalil sabit sifat
maknawiyah yang tujuh itu, dan dalil istihalah lawannya ialah dalil-dalil sifat maani, dan
istihalah lawannya yang terdahulu.3 7sifat yang di sebut ialah :

1)kaunuhu Taala Qadiran


1
Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi (10)
2
Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(11)
3
Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(18)
3
Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(35)

8
2)kaunuhu Taala Muridan
3)kaunuhu Taala ‘Aliman
4)kaunhu Taala Hayyan
5)kaunuhu Taala Sami’an
6)kaunuhu Taala Basiran
7)kaunuhu Taala Mutakalliman

ii) Sifat Yang Mustahil

Sifat yang mustahil ialah segala sifat kekurangan yang tidak layak bagi zat Allah. Sifat
ini adalah sifat lawan bagi sifat yang wajib.
Contoh sifat yang musatahil ialah tiada ,baharu,binasa, menyerupai makhluk,
keadaanNya yang jahil dan sebagainya yang tidak layak bagi Allah.

iii) Sifat yang harus

Sifat yang harus bagi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya pada mumkinat .
Dalam erti kata lain, tentu salah satu daripada membuatkan apa-apa mumkin, atau tentu
meninggalkan dia, adapun salah satu dengan tidak tentu.,
Maka iaitu wajib atau berhimpun membuat
Dan meninggal atau tidak keduanya maka iaitu mustahil 4
Harus bagi Allah melakukan apa-apa yang Dia kehendakkan pada sesuatu mumkinat.
Contohnya : Ia memberi hidayah dan menyesatkan seseorang yang dikendakiNya dan
memberi rezki dan menahannya.

4) Aqidah islam dalam konteks beriman kepada Allah

1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan
yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak
memerlukan pertolongan sesiapapun.5
4
Fati Faridatul Faraid: al hajj nik Abdullah al Jamburi(38)
5
Apa erti saya menganut Islam? :Fathi Yakan

9
2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah
mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan.

3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan


Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan
mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat
kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka
akan kembali.

4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah


mengenali Allah 'Azzawajalla

5. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undangundang


itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali
manusia mendahului atau membelangkanginya.

6. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah


yang layak bagi kemuliaanNya.

7. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah,


bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati
perintah Rasulullah s.a.w.

8. Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf


adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan
perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci
Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam
Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya
kepada Allah s.w.t.

10
11

You might also like