You are on page 1of 20

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam

Mohd Noh bin Md Yunus GB00754


1.0. PENGENALAN

New Public Management adalah suatu falsafah pengurusan yang digunakan oleh
kerajaan sejak tahun 1990-an untuk melaksanakan reformasi dan pembaharuan di dalam
sektor awam. Dasar Pengurusan Awam Baru adalah meliputi suatu pelaksanaan yang
amat luas dan sangat kompleks dan New Public Management adalah istilah yang
digunakan untuk mengambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia.
Hipotesis utama reformasi sektor awam dengan New Public Management adalah bahawa
lebih banyak pelaksanaan dasar dan output di sektor awam akan lebih mengarah kepada
kecekapan kos yang lebih besar bagi Kerajaan, tanpa kesan sampingan negatif pada
tujuan dan pertimbangan-pertimbangan lain. Huges (1998) berpendapat bahawa konsep
New Public Management (NPM) ini merupakan suatu fenomena global di mana konsep
tersebut bermula di suatu negara dan seterusnya sangat cepat berkembang ke negara lain
dan menjadi gerakan pembaharuan sektor awam di seluruh dunia.
Dasar Pengurusan Awam Baru (New Public Management) ini digubal dan
diadaptasi dari sistem pengurusan sektor swasta dan pelaksanaannya dilihat merupakan
suatu perkara yang diberi perhatian utama oleh pihak pengurusan tertinggi sesebuah
negara di seluruh dunia. Dasar ini merupakan reformasi dan transformasi dari dasar
pentadbiran awam yang bersifat tradisional dan dipenuhi dengan kerenah birokrasi
kepada suatu teknik pengurusan sektor awam yang lebih cekap, berkesan serta moden.
Antara faktor utama kejayaan sistem ini ialah pengagihan kuasa yang lebih meluas
kepada pengurusan sektor awam seperti memberi kuasa autonomi mana-mana agensi
awam yang dikenalpasti dan mereka diberi kuasa untuk mengawal bajet serta pengurusan
kewangan mereka, peningkatan penggunaan pasaran dan persaingan di dalam
perkhidmatan awam dengan dasar pensyarikatan dan penswastaan, menekankan
peningkatan tahap kualiti kerja serta daya pengeluaran dan juga mengutamakan
perkhidmatan pelanggan.
Sejak pengenalan New Public Management, inovasi sektor awam dan dasar
pemindahan (policy transfer) telah menjadi semakin popular dalam aspek pengurusan
awam di seluruh dunia, sebagai satu strategi untuk memperbaiki peraturan dan
meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam. Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan

m/s: 1
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
dalam perkara ini dengan melipatgandakan usaha-usaha pembaharuan ke arah
membudayakan kecemerlangan dalam pemberian perkhidmatan di sektor awam sejak
tahun 1995. Jentera Pentadbiran Awam telah digerakkan untuk melakukan perubahan
bagi meletakkannya di tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Usaha
pembaharuan oleh Kerajaan Malaysia tersebut merupakan suatu usaha berterusan yang
dirancang dan dilaksakan seiring dan selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku
dalam persekitaran. Kejayaan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam mengadakan
perubahan-perubahan sehingga kini adalah hasil daripada kepekaannya terhadap setiap
cabaran, sikap responsif dan komitmen untuk melakukan penambahbaikan secara
berterusan.
Seterusnya Perkhidmatan Awam Malaysia boleh berbangga kerana telah dapat
bersama dengan sektor-sektor lain menggembeling idea dan tenaga untuk melepasi
cabaran krisis kewangan yang melanda negara dalam masa yang singkat dan dalam masa
yang sama meletakkan semula negara ke atas landasan yang lebih kukuh bagi
menjayakan wawasan negara. Hasil usaha bersama tersebut, prestasi ekonomi negara
bagi tempoh 1999 – 2000 telah dapat ditingkatkan kepada kadar pertumbuhan purata 7.2
peratus berbanding dengan kadar pertumbuhan negatif 7.4 peratus dalam tahun 1998. Tan
Sri Samsudin Osman (2000 : xiii).

2.0. KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT

Paradigma baru yang sedang kita bincangkan ini dikenali sebagai New Public
Management (NPM) telah muncul sebagai suatu fenomena dan perkembangan penting
dalam teori Pengurusan Awam. Konsep pengurusan tersebut merupakan juga suatu
perspektif baru yang muncul dan berkembang pada awal tahun 1990-an yang berusaha
untuk menggabungkan nilai-nilai utama sektor perniagaan dan korporat ke dalam
pengurusan Pentadbiran Awam. Istilah New Public Management (NPM) tersebut

m/s: 2
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
digunapakai buat pertama kalinya oleh Christopher Hood pada tahun 1991 1 dalam
tulisannya yang berjudul ’New Public Management for All Seasons’ yang diterbitkan
dalam jurnal bertajuk ’Public Administration’. Dalam tulisannya tersebut, beliau
menjelaskan tentang penggunaan prinsip-prinsip utama sektor perniagaan ke dalam
pengurusan awam. Namun, penjelasan yang lebih sistematik mengenai New Public
Management tersebut diberikan oleh David Osborne dan Ted Gaebler (1992) di dalam
buku mereka yang bertajuk ”Reinventing Goverment: How the Entrepreneurial Spirit Is
Transforming the Public Sector”.
New Public Management merujuk kepada pelbagai pembaharuan dalam sektor
awam yang bertujuan untuk menjadikannya lebih efisyen, ekonomik, berdaya saing dan
lebih berkesan. New Public Management telah menawarkan suatu kaedah penyelesaian
yang sangat berkesan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di dalam sektor
awam yang sejak sekian lama dibelenggu dengan kerenah birokrasi. Model
pembaharuan ini menjadi sangat popular dan telah menjadikan perubahan yang radikal di
dalam pengurusan sektor awam. New Public Management juga dikenali sebagai
’Entrepreneurial Goverment’ yang mengutamakan kecekapan, keberkesanan dan prestasi
ekonomi di dalam sektor awam dengan menggunakan kaedah pengurusan moden seperti
pengukuran prestasi, pengurangan kos, kuasa autonomi, insentif kewangan, peningkatan
daya pengeluaran, inovasi, orientasi pasaran, responsif dan akauntabilities. Idea asas di
sebalik pengenalan New Public Management ialah untuk mencipta kaedah baru, teknik
dan prosedur untuk menambah baik pengurusan Pentadbiran Awam supaya lebih
berkesan untuk mencapai matlamat dalam persekitaran seiring dengan perubahan
globalisasi, privatisasi dan liberalisasi. Untuk tujuan tersebut, New Public Management
meminjam prosedur dan kaedah pengurusan sektor korporat dan perniagaan untuk
diterapkan ke dalam sektor awam.
Oleh kerana itu L.A. Gunn menyatakan New Public Management sebagai cara
ketiga di antara kaedah pengurusan sektor awam dan pengurusan sektor korporat atau
perniagaan. Menurut James L. Perry dan Kenneth E. Kraemer, ”New Public Management
adalah merupakan penggabungan orientasi normatif pentadbiran awam tradisional dan
1
Profesor Christopher Hood lahir pada tahun 1947 adalah Profesor di Universiti Oxford. Beliau juga merupakan fellow All Souls
College, Oxford. Beliau merupakan pengarah Program Penyelidikan ESRC Perkhidmatan Awam: Kualiti, Prestasi dan Penyampaian.
Buku-bukunya termasuk The Limits of Administration (1976), The Tool of Goverments (1983) diterbitkan semula sebagai The Tool
of Goverments in The Digital Age (2007) dengan Helen Margetts dan The Art of the State (1998 dan 2000).

m/s: 3
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
orientasi instrumental pengurusan umum.” Prinsip utama New Public Management yang
telah dikemaskini termasuklah memberi tumpuan kepada aspek pengurusan, memberi
penekanan kepada kecekapan dan penilaian prestasi, transformasi birokrasi di dalam
sektor awam, peningkatan penggunaan kuasa pasaran, penswastaan dan pensyarikatan
agensi awam untuk meningkatkan persaingan supaya menjadi lebih cekap dan berkesan.
Dalam perkembangan awal New Public Management, Pollitt menyatakan pentadbiran
awam memberi fokus dan tumpuan kepada perkara berikut:

i. berusaha secara berterusan untuk meningkatkan tahap kecekapan;


ii. berusaha secara berterusan untuk meningkatkan pengunaan teknologi;
iii. meningkatkan disiplin pegawai untuk meningkatkan produktiviti; dan
iv. implementasi yang jelas terhadap peranan pengurusan profesional.

Perkembangan peringkat pertama New Public Management tersebut banyak


berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan yang disarankan oleh Taylor. Sementara
itu, tokoh-tokoh New Public Management yang lain ialah Sterart dan Walsh (1994) dan
Kooiman. Kooiman menyatakan bahawa pola hubungan masyarakat, pemerintah dan
swasta merupakan hubungan yang kompleks, dinamis dan beragam (diverse).
Perkembangan peringkat ke dua pula, kita melihat kemunculan sistem pengurusan yang
lebih mengutamakan perkhidmatan pelanggan (New Public Services) yang diperkenalkan
oleh David Osborne dan Ted Gaebler dan dijelaskan di dalam buku mereka bertajuk
Reinventing Goverment (1992). Kejayaan pembaharuan New Public Management adalah
turut didorong oleh kombinasi ekonomi, sosial, politik dan faktor pengenalan teknologi
baru yang semakin berkembang di negara maju.

m/s: 4
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
3.0. KEPERLUAN NEW PUBLIC MANAGEMENT

Perkhidmatan Awam berhadapan dengan pergolakan antarabangsa yang semakin


ketara terutamanya selepas berlakunya proses globalisasi dan perkembangan teknologi
maklumat yang pesat. Kesan dari perubahan-perubahan ini menjadikan dunia sebagai
satu pasar besar yang tidak bersempadan dan dicirikan oleh persaingan yang semakin
sengit. Dengan demikian, setiap negara kini menyedari bahawa kunci kejayaan kepada
kepesatan pertumbuhan ekonomi bergantung kepada keupayaan meningkatkan daya saing
di arena antarabangsa. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor seperti kestabilan
politik dan sosial, kekayaan sumber semula jadi, tenaga manusia, sektor swasta yang
dinamik dan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan.
Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, Perkhidmatan Awam telah
berusaha untuk menyediakan persekitaran yang dapat merangsangkan pertumbuhan
ekonomi negara. Bagi menyempurnakan peranan ini Perkhidmatan Awam telah
mengorak langkah dengan mengadakan beberapa program pembaharuan yang menjurus
kepada meningkatkan mutu perkhidmatan sokongan bagi membolehkan sektor-sektor
penggerak ekonomi mencapai wawasan negara. Matlamat kepada usaha-usaha
pembaharuan ini ialah mewujudkan sebuah sektor awam yang cemerlang yang
berasaskan kepada nilai-nilai teras iaitu kualiti, produktiviti, inovasi, integriti,
akauntabiliti, disiplin dan profesionalisme.
Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji (1995:xiv) menyatakan, “Usaha-usaha
pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia semakin mendapat perhatian
daripada negara-negara luar termasuk badan-badan antarabangsa. Laporan oleh World
Economic Forum dan The International Institute for Management tahun 1995 meletakkan
Malaysia di antara negara-negara di dunia yang mempunyai pencapaian yang baik dalam
sektor Kerajaan. Daripada 48 buah negara yang diliputi dalam penilaian oleh badan ini,
Malaysia adalah ditangga ke empat. Di kalangan negara-negara bukan OECD, negara kita
ditangga ketiga selepas Singapura dan Hong Kong. Ini memberi makna bahawa
Perkhidmatan Awam adalah responsif dan telah mewujudkan suasana yang mengalakkan
perkembangan perniagaan dan perdagangan.

m/s: 5
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Perhatian masyarakat antarabangsa juga terbukti dengan penghormatan yang
diberi oleh Urusetia Komenwel kepada Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjadi
tuan rumah kepada Mesyuarat Kedua Lembaga Pengarah Persatuan Komenwel Mengenai
Pentadbiran Awam dan Pengurusan atau Commonwelth Association for Public
Administration and Management (CAPAM) pada 1 September 1995 di Kuala Lumpur.
Sempena dengan Mesyuarat ini satu seminar yang bertemakan “The Public Services –
New Strategic Dimensions for the 21st Century” telah diadakan. Melalui forum tersebut,
Perkhidmatan Awam Malaysia bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman mengenai
usaha-usaha pembaharuan, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan negara-
negara anggota CAPAM. Hubungan ini amat penting bagi memperkukuhkan jaringan
yang akan menyumbang kepada peningkatan usaha-usaha reformasi dalam Perkhidmatan
Awam di masa-masa akan datang.”

4.0. CIRI-CIRI NEW PUBLIC MANAGEMENT

Usaha ke arah kecemerlangan terus menjadi falsafah utama program


pembaharuan dalam sektor awam. Justeru itu, Perkhidmatan Awam telah berusaha
dengan penuh ketekunan untuk mencapai objektif ke arah mewujudkan pentadbiran yang
cekap dan berkesan dalam menyediakan perkhidmatannya di samping memberi tumpuan
kepada peningkatan akauntabiliti dan penerapan nilai-nilai positif.
Wawasan negara (Wawasan 2020) yang bermatlmat untuk mewujudkan negara
yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 merupakan pendorong kepada proses
pembaharuan di dalam sektor awam. Kemantapan daya saing negara adalah berkait rapat
dengan keupayaan sektor awam memberi sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan
kelebihan daya saing negara. Perkhidmatan Awam yang moden dan fleksibel merupakan
pemangkin kepada proses perubahan terutama semasa negara sedang berusaha untuk
meletakkan diri setanding dengan negara-negara maju. Syarat utama ke arah ini adalah
peralihan atau anjakan paradigma daripada cara birokrasi yang dikongkong oleh

m/s: 6
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
peraturan dan prosedur yang ketat, kuasa membuat keputusan yang berpusat dan struktur
pentadbiran yang berbentuk hirerki.
Bagi memenuhi ekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani
isu-isu globalisasi, perkhidmatan awam terus mempertingkatkan usaha-usaha untuk
memperkenalkan beberapa pembaharuan penting berasaskan ciri-ciri utama yang
diperkenalkan melalui falsafah New Public Management seperti berikut:

4.1 Menyediakan Perkhidmatan Yang Berorientasikan Pelanggan

Matlamat asas sektor awam yang berorientasikan pelanggan ialah untuk


menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti seperti cekap, cepat dan mesra serta
yang boleh dipercayai. Bagi mencapai matlamat tersebut tumpuan telah diberikan
kepada pelaksanaan program-program seperti berikut:

a) memperkukuhkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM);


b) menggalakkan inovasi;
c) memperkemaskan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) sekarang
dikenali sebagai Kumpulan Inovasi dan Kualiti (KIK);
d) mempertingkatkan pelaksanaan Piagam Pelanggan;
e) menyediakan perkhidmatan kaunter yang lebih berkualiti; dan
f) mengadakan kempen pembersihan tunggakan kerja.

4.2 Memperbaiki Sistem dan Prosedur Kerja

Sistem dan prosedur kerja mempunyai impak terhadap prestasi organisasi. Sistem
adalah langkah-langkah yang direka dalam menghasilkan sesuatu yang diingini,
manakala prosedur pula adalah perincian tentang langkah-langkah tersebut. Sistem
dan prosedur akan menentukan bagaimana proses-proses kerja perlu diikuti untuk
menghasilkan output yang dikehendaki. Output yang tidak dapat memenuhi
kehendak pelanggan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan hati boleh
disebabkan oleh sistem dan prosedur yang tidak cekap. Oleh itu, sistem dan

m/s: 7
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
prosedur perlulah bersifat dinamik dan fleksibel supaya mudah diubahsuai atau
dirombak agar dapat dijuruskan ke arah pencapaian misi organisasi. Malah, usaha-
usaha untuk memperbaiki sistem dan prosedur perlu dibuat secara berterusan sejajar
dengan tuntutan persekitaran bagi mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam yang
efisyen dan berkesan.

Program-program untuk memperbaiki sistem dan prosedur terus dipertingkatkan


dengan tumpuan kepada:

a) memperkemaskan sistem pengurusan;


b) penggunaan borang dan ketelusan dalam membuat keputusan;
c) memperkemaskan sistem pengurusan rekod;
d) meningkatkan automasi pejabat;
e) memperkemaskan sistem pengurusan projek pembangunan; dan
f) usaha-usaha ke arah pewujudan Paper Less Civil Services.

4.3 Mempertingkatkan Penggunaan Teknologi Maklumat

Kejayaan yang dicapai dalam gerakan pembaharuan dalam sektor awam


memperlihatkan sumbangan penting teknologi maklumat dalam membantu pihak
pengurusan membuat perancangan, pengesanan, pengawalan dan membuat
keputusan secara berkesan. Teknologi maklumat merupakan media penting dalam
usaha penambahbaikan kepada sistem dan prosedur ke arah menerapkan budaya
kerja yang berteraskan kecemerlangan. Penggunaan teknologi maklumat telah
berjaya memantapkan usaha penyediaan perkhidmatan berkualiti yang dapat
memenuhi kehendak pelanggan. Teknologi maklumat juga adalah pemangkin ke
arah peningkatan kecekapan dan akauntabiliti agensi-agensi sektor awam.

Bagi meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran, Kerajaan Malaysia tidak


ketinggalan dengan usaha menerapkan sistem teknologi maklumat ke dalam sektor
awam. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus dijadikan asas dalam usaha

m/s: 8
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya
melalui pelaksaan projek aplikasi perdana Kerajaan Elektronik (EG). Kesemua
lima projek perintis aplikasi perdana Kerajaan Elektronik iaitu Perkhidmatan
Elektronik (Electronic Services – eServices), Perolehan Elektronik (Electronic
Procurement-eP), Persekitaran Pejabat Generik (Generic Office Envoirement-
GOE), Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource
Management Information System-HRMIS) dan Sistem Pemantauan Projek (Project
Monitoring System–PMS) sedang dalam pelbagai peringkat kemajuan dan
pelaksanaan. Kebanyakan sistem ICT tersebut telah dilaksanakan dan digunapakai
di dalam perkhidmatan sektor awam.

Dari segi pembangunan ICT sektor awam, secara keseluruhannya lebih RM500 juta
telah diluluskan dalam tahun 2000 bagi projek-projek ICT di pelbagai agensi awam
di mana 67 peratus adalah untuk sektor pentadbiran dan kewangan. Bagi
menentukan pembangunan dan penggunaan ICT yang lebih terancang, semua
agensi Kerajaan telah diminta melantik Ketua Pegawai Maklumat yang
bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, penyelarasan dan pemantauan
program ICT di agensi masing-masing. Untuk maksud tersebut, setiap agensi juga
telah diminta menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) masing-
masing.

4.4 Mempertingkatkan Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan dan


Penswastaan Malaysia

Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat sejak beberapa tahun yang lepas adalah
hasil daripada usaha-usaha gigih sektor awam melaksanakan Dasar Pensyarikatan
dan Penswastaan Malaysia. Dasar ini adalah merupakan salah satu ciri New Public
Management yang memberi penekanan kepada kerjasama erat antara sektor awam
dan sektor swasta dalam menghadapi persaingan ekonomi global. Asas utama
pendekatan dasar ini ialah kejayaan pembangunan negara memerlukan kedua-dua
sektor mengamati persepsi negara sebagai sebuah badan korporat yang dimiliki

m/s: 9
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
bersama oleh kedua-dua sektor demi kepentingan negara. Faedah yang boleh
dicapai daripada kerjasama dan pakatan kedua-dua sektor ini ialah keuntungan yang
lebih tinggi bagi sektor swasta yang mana akan membawa kepada limpahan (spin-
offs) dalam pelaburan, perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan
ekonomi yang pesat akan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan
ini akan menyumbang kepada pertambahan hasil Kerajaan yang amat diperlukan
bagi menbiayaai program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perbelanjaan
pengurusan Kerajaan. Ia adalah merupakan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang
bertujuan untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama antara sektor awam dan
sektor swasta yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang
lebih kukuh dan mantap. Okposin (2003).

Strategi persepakatan ini amat penting dalam usaha Kerajaan memulih,


mengembang dan memantapkan ekonomi negara berikutan krisis kewangan dan
ekonomi yang dialami negara dan juga negara-negara serantau. Perkongsian pintar
sektor awam dan swasta ini terbukti sangat berfaedah dalam meningkatkan daya
tahan negara untuk bersaing secara agresif di pasaran perdagangan dunia.
Menyedari pentingnya sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara, sektor awam terus memberi tumpuan kepada penyediaan
persekitaran yang dapat menyokong dan membantu sektor swasta memainkan
peranannya dengan lebih berkesan sebagai jentera pertumbuhan ekonomi.
Perhatian utama diberikan kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan dan
menyediakan berbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan dan ekspektasi sektor
swasta.

Dasar penswastaan telah dapat mengurangkas kos pengurusan sektor awam yang
terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan sekaligus berjaya meningkatkan prestasi
syarikat awam yang berkaitan kerajaan (Goverment Link Company – GLC) dalam
memberi kepuasan perkhidmatan kepada rakyat. Dasar penswastaan diperkenalkan
untuk membawa perubahan positif kepada organisasi, pengurusan dan prestasi
agensi awam yang sebelum ini menjadi tanggungjawab Kerajaan. Dasar ini

m/s: 10
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
menggambarkan iltizam Kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung
Kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop perbelanjaan
awam serta membenarkan kuasa pasaran menguasai ekonomi. Antara contoh
penswastaan agensi awam yang berjaya ialah seperti Jabatan Telekom Malaysia
(JTM) kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM), Lembaga Letrik Negara
(LLN) kepada Tenaga Nasional (TNB), Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Pos
Malaysia Berhad. Berikut adalah merupakan pecahan projek yang diswastakan
mengikut sektor yang ditunjukkan dalam Rajah 1.0.

Rajah 1.0: Projek Yang Disawstakan Melalui Sektor,


Malaysia, 1991 – 1995

Secara keseluruhannya, prestasi entiti yang diswastakan meningkat berikutan


perluasan keupayaan dan rangkaian khidmat serta penerapan teknologi baru.
Pekerja digesa memupuk tabiat kerja yang sihat dan diberi ganjaran mengikut
prestasi melalui bonus pada akhir tahun. Insentif lain supaya pekerja lebih
produktif ialah menawarkan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS), Skim Opsyen
Saham Ketaatan Pekerja dan ganjaran tunai. Berikut ialah Rajah 1.2 yang
menunjukkan kecekapan dan produktiviti tiga entiti yang telah diswastakan.

m/s: 11
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Rajah 1.1: Penunjuk Kecekapan dan Produktiviti Tiga Entiti Terpilih Yang
Diswastakan di Malaysia

m/s: 12
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

4.5 Memperkukuhkan Struktur Organisasi dan Pengurusan Sumber


Manusia

Pengukuhan struktur organisasi dan kecekapan pengurusan sumber manusia


merupakan komponen penting dalam menyediakan jentera pentadbiran yang efisyen
dan berkesan. Susunan struktur organisasi yang kemas dengan saiz anggota yang
sesuai membolehkan sesebuah organisasi mengoptimumkan penggunaan sumber
dan mengendalikan pengurusan dan pentadbirannya dengan lebih cekap. Bagi
memperkukuhkan struktur organisasi sektor awam, tumpuan telah diberi kepada
usaha penyesuaian saiz dan penstrukturan semula organisasi sektor awam dan
meneruskan program penswastaan. Dalam aspek pengurusan sumber manusia pula,
usaha-usaha terus dilaksanakan bagi mengadakan berbagai program latihan kepada
anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat dan menyediakan
peluang bagi kemajuan kerjaya. Penekanan juga diberi bagi memperkemaskan
sistem penilaian prestasi. Di peringkat agensi, usaha-usaha juga telah diambil oleh
beberapa agensi dalam memantapkan lagi pengurusan sumber manusia masing-
masing.

4.6 Meningkatkan Akauntabiliti dan Disiplin

Kecemerlangan dalam pengurusan kualiti dan produktiviti tidak bermakna


sekiranya tidak disokong dengan tahap akauntabiliti dan disiplin yang tinggi.
Anggota Perkhidmatan Awam yang diamanahkan dengan pelbagai sumber awam
perlu melaksanakan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab. Mereka
berkewajipan melaksanakan setiap tugasan secara sempurna dan cekap
berpandukan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Mereka
juga bertanggungjawab memberi keterangan atau penjelasan ke atas tindakan dan
prestasi mereka kepada pihak berkuasa berkenaan.

m/s: 13
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Tahap akauntabiliti dan disiplin yang tinggi dan ketelusan dalam pentadbiran akan
menjamin integriti dan kredibiliti Perkhidmatan Awam sebagai pemegang amanah
yang menjaga kepentingan awam dan negara. Menyedari hakikat ini, Perkhidmatan
Awam telah mengadakan pelbagai program yang bertujuan untuk meningkatkan
akauntabiliti dan disiplin. Program-program tersebut ialah:

a) memperkemaskan pengurusan kewangan;


b) mempertingkatkan pengurusan prestasi;
c) memperkukuhkan pengendalian pengaduan awam; dan
d) memperketatkan pengendalian tatatertib dan disiplin.

4.7 Membudayakan Nilai-Nilai Kecemerlangan

Kejayaan pelaksanaan usaha-usaha pembaharuan adalah bergantung kepada sejauh


mana anggota-anggota Perkhidmatan Awam menerima dan menghayati perubahan-
perubahan yang diperkenalkan. Ini memerlukan proses pembudayaan yang
berterusan supaya nilai-nilai kecemerlangan ini terus dilaksanakan, tumpuan telah
diberi kepada pelaksanaan beberapa langkah strategik bagi mengukuhkan usaha-
usaha penerapan nilai-nilai murni dalam pentadbiran. Langkah-langkah tersebut
ialah:

a) penerapan nilai-nilai murni;


b) memperluaskan Sistem Inspektorat; dan
c) memantapkan sistem pengiktirafan.

m/s: 14
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

5.0. PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN AWAM TERDAHULU

Setelah memahami konsep dan ciri-ciri New Public Management maka kita sudah
tentu dapat membezakan sistem pengurusan tradisional dengan teori klasik birokrasi yang
diperkenalkan oleh Max Weber, berbanding dengan sistem pengurusan sektor awam yang
telah melalui anjakan dan pembaharuan dengan konsep New Public Management yang
diperkenalkan oleh Christopher Hood pada tahun 1991. Teori birokrasi oleh Weber
membantu organisasi dari segi merangka corak aliran autoriti yang jelas dan bersistem
dalam organisasi. Walaupun ada pendapat yang mengatakan ia akan mewujudkan
kerenah birokrasi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mewujudkan prosedur yang harus
diikuti oleh semua orang.
Penekanan juga harus diberi kepada usaha membentuk sebuah organisasi yang
berkesan dan cekap. Untuk tujuan tersebut, Weber menyarankan agar perhatian harus
diberikan kepada soal pengambilan calon pekerja yang berkualiti, mempunyai kelayakan
yang sesuai dan penempatan yang betul. Personel dalam organisasi birokrasi juga akan
terkawal kerana mereka terikat dengan undang-undang. Sistem yang diperkenalkan
tersebut mungkin sesuai dilaksanakan didalam pengurusan sektor awam dan korporat
pada abad ke-20, tetapi dengan penggunaan teknologi maklumat secara meluas pada
masa kini dan saiz Pentadbiran Awam yang sangat besar maka ianya adalah dianggap
terlalu rumit untuk dilaksanakan. Ahmad Martadha Mohamed et al. ( 1998:19).
Sementelahan itulah konsep pembaharuan yang diperkenalkan melalui New
Public Management pula berasaskan kepada nilai-nilai teras iaitu kualiti, produktiviti,
inovasi, integriti, akauntabiliti, disiplin dan profesionalisme telah mendapat perhatian di
peringkat global. New Public Management diperkemaskan lagi dengan pengenalan
’reinventing goverment’ yang diperjelaskan oleh David Osborne dan Ted Gaebler.
Perubahan dan anjakan paradigma di dalam sektor awam perlu dilakukan seiring dengan
penggunaan teknologi maklumat secara meluas di peringkat global. Pembaharuan secara
progresif perlu dilaksanakan berdasarkan prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti pengeluaran serta
Perkhidmatan Awam.

m/s: 15
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Hasil dari pembaharuan pengurusan sektor awam di negara ini, ramai kalangan
masyarakat mengakui ada perubahan besar dalam mutu perkhidmatan awam di negara ini
jika dibandingkan pada 1970-an. Dalam satu soal selidik ringkas yang dijalankan sebuah
syarikat televisyen tempatan, rata-rata rakyat Malaysia memberikan markah yang baik
antara angka 7 dan 8 dalam skala 1 hingga 10 dalam menilai mutu perkhidmatan awam
masa kini. Banyak perkhidmatan kerajaan yang dahulunya mengambil masa berminggu-
minggu untuk menyelesaikan sesuatu urusan kini mampu menyelesaikannya dalam
tempoh beberapa hari. Pelbagai borang tebal dan panjang berjela yang perlu diisi
pelanggan sebelum ini, kini diganti dengan borang yang cukup ringkas dan mudah hasil
inovasi berterusan kakitangan di jabatan terbabit. Pelbagai kerenah birokrasi juga cuba
diminimumkan sebaik mungkin oleh pengurusan tertinggi jabatan selagi tidak
menjejaskan objektif prosedur dan tahap ketelusan yang sudah ditetapkan. Ketua agensi
kerajaan, khususnya yang berada di barisan hadapan, terus berusaha memastikan petugas
kaunter sentiasa responsif dan berinisiatif memudahkan urusan pelanggan. Sikap
sebahagian besar kakitangan kerajaan masa dulu yang menganggap diri mereka ‘tuan’
dan cukup berkuasa kini berubah dengan sikap mementingkan pelanggan dan bekerja
untuk rakyat Malaysia.

6.0. CABARAN-CABARAN PEMBAHARUAN PENGURUSAN AWAM

Ekspektasi yang tinggi oleh pihak pengurusan tertinggi negara dan rakyat serta
sektor swasta terhadap perkhidmatan sektor awam adalah merupakan tekanan dan
cabaran yang telah menggerakkan Perkhidmatan Awam untuk memikir dan
mendifinasikan semula peranannya dalam pembangunan negara. Sehubungan itu
Perkhidmatan Awam telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran
yang bertujuan untuk menyesuaikan peranannya dengan tuntutan perubahan persekitaran
yang dinamik. Peralihan peranan dan fungsi, struktur dan proses, nilai dan corak minda
merupakan langkah permulaan untuk meletakkan asas ke arah Perkhidmatan Awam yang
lebih dinamik, berdaya tahan dan kreatif. Peranan Pentadbiran Awam telah berubah dari
fungsi tradisinya yang menumpukan kepada menjamin keselamatan dan pelaksanaan

m/s: 16
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
undang-undang, penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan pelaksanaan projek-projek
pembangunan sosio ekonomi kepada peranan sebagai fasilitator kepada sektor swasta
yang telah dikenalpasti sebagai jentera pertumbuhan ekonomi.
Walaupun perubahan besar telah berlaku dalam sikap dan corak kerja kakitangan
awam, masih ramai lagi rakyat menganggap sesetengah kakitangan kerajaan adalah
pekerja yang malas, suka curi tulang, rasuah dan pelbagai lagi konotasi negatif. Sedikit
kesilapan atau kecacatan dalam urusan perkhidmatan kerajaan dalam kes bersifat
terpencil dicanang di dada media sebagai mewakili sikap sejuta kakitangan kerajaan
seluruhnya. Faktor kelewatan dalam menerima perkhidmatan kerajaan, perlu beratur
panjang dan tidak mendapat maklum balas segera terhadap masalah, aduan dan kesulitan
yang dibangkitkan adalah antara perkara biasa yang sinonim dengan perkhidmatan sektor
awam. Sehubungan itu, Kerajaan menyediakan pelbagai mekanisme bagi membolehkan
sebarang rasa tidak puas hati rakyat terhadap mutu perkhidmatan awam disalurkan
kepada pihak berwajib bagi ditangani segera. Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah
antara agensi utama yang bertanggungjawab melayan sebarang aduan pengguna dengan
segera. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima BPA, menunjukkan penurunan
berterusan jumlah aduan yang diterima sejak 2002 sehingga kini. Kerajaan
sememangnya berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan sumber manusia, prasarana
dan teknologi terkini bagi membolehkan perkhidmatan sektor awam mencapai tahap
terbaik dan bertaraf dunia. Bagaimanapun, usaha ini tidak mampu disediakan secara
serentak dan sukar untuk dipenuhi semuanya. Oleh itu, rakyat Malaysia masih mengalami
keadaan perlu menunggu lama sebelum mendapatkan rawatan atau ubat di hospital dan
klinik kerajaan.
Selain itu, kita mengalami kekurangan doktor dan jururawat, hospital dan klinik
kerajaan juga mengalami kekurangan peralatan dan ubat-ubatan walaupun bukanlah pada
tahap serius. Kekurangan sumber manusia di samping peningkatan jumlah pelanggan
yang makin bertambah saban tahun menyebabkan wujudnya tekanan yang berat terhadap
kakitangan awam. Kini kita boleh melihat ramai kakitangan awam yang terpaksa bekerja
lebih masa bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat diselesaikan
dalam tempoh ditetapkan. Pengorbanan kakitangan sektor awam walaupun mendapat
perhatian kerajaan tetapi tidak mendapat sokongan dan penghargaan yang sepatutnya

m/s: 17
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
daripada rakyat. Sebaliknya, anggapan negatif terhadap sektor awam semacam terus
bersemayam di minda rakyat.
Sehubungan itu, pelbagai program pembaharuan yang telah diperkenalkan adalah
sebagai respon kepada pelbagai cabaran global dan juga dalaman yang telah
mempengaruhi struktur organisasi, proses dan anggota Perkhidmatan Awam. Cabaran-
cabaran ini bukan sahaja telah memberi tekanan untuk melakukan pembaharuan malahan
merupakan merupakan pandan kepada pembentukan strategi-strategi yang diperkenalkan
oleh Perkhidmatan Awam.

7.0. PENUTUP

Secara umumnya pengenalan New Public Management telah memberi impak


yang sangat besar terhadap sistem pengurusan pentadbiran awam di seluruh dunia dan
juga Malaysia. Sistem pengurusan Pentadbiran Awam menjadi lebih moden dan semakin
cekap dan sekaligus dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana yang
diharapkan. Kerenah birokrasi dan kelewatan membuat keputusan tidak lagi menjadi
bualan masyarakat. Kesilapan dalam membuat keputusan juga dapat diminimumkan
sekecil mungkin. Sistem penyampaian juga semakin mudah dengan pengenalan
teknologi maklumat di dalam sistem pengurusan sektor awam.
Perubahan tersebut telah membawa perubahan dan anjakan birokrasi sektor awam
di Malaysia dan pengurusan dalamannya. Semakin banyak nilai-nilai korporat yang
diamalkan di dalam sektor awam seperti peningkatan kualiti dan produktiviti, kecekapan
pengurusan, output, inovasi, integriti dan akauntabiliti yang kesemuanya adalah memberi
keutamaan kepada perkhidmatan pelanggan. Kekuatan pasaran telah dianggap sebagai
alat bagi pertumbuhan dan perkembangan yang komprehensif kerana pembaharuan yang
dilaksanakan tidak hanya untuk mentakrifkan semula peranan sektor awam tetapi lebih
begitu reposisi dalam konteks untuk mencapai tujuan pembangunan nasional. Dengan
semua ini, pembaharuan kontemporari tidak kurang daripada fenomena dan mereka dapat
melihat jenis pembaharuan yang berlaku di tempat lain di bawah paradigma New Public
Management. Siddiquee (2006).

m/s: 18
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Justeru itu, saya percaya harapan YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib
bin Tun Razak dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Anak Bukit Alor Setar Pada 13hb Julai 2009 (Isnin), Di Dataran
Promenade, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah Alor
Setar, Kedah yang mahukan sebuah perkhidmatan awam yang berkesan, responsif, luwes
dan berani berubah akan dapat dipenuhi dengan pelbagai pembaharuan yang telah dan
sedang dilaksanakan di dalam sektor awam. Kerjasama semua pihak terutama daripada
rakyat dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan kerajaan juga dituntut bagi
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam bertaraf dunia. Idea dan cadangan
penambahbaikan mutu perkhidmatan awam amat dialu-alukan dan bukan sekadar
memberikan ulasan negatif dan sembang kedai kopi yang tidak memberi sebarang
manfaat untuk semua.

m/s: 19
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam
Mohd Noh bin Md Yunus GB00754
Rujukan:

• Buku

Ahmad Martadha Mohamed et al. 1998. Asas Pentadbiran Organisasi.


Introduction to Organization and Management, Modul Pembelajaran Kendiri
BPM, A Module Text for Distance Learning, Sintok. Penerbit: Universiti Utara
Malaysia

Christopher Pollit, Geert Bouckaert. 2000. Public Management Reform. A


Comparative Analysis. Penerbit: Oxford University Press US.

Christopher Hood, Oliver James, B. Guy Peters, Colin Scoot. 2005. Controlling
Modern Government: Variety, Commonality and Change. Penerbit : Edward
Elgar Publishing.

David Osborne, Ted Gaebler. 1992. Reinventing Government: How The


Entrepreneurial Spirit Is Transforming The Public Sector. Penerbit: Addison-
Wesly Pub. Co.

Perkhidmatan Awam Malaysia. 2004. Memperkukuh Agenda Pembaharuan


(Laporan Pembaharuan dan Kemajuan Dalam Perkhidmatan Awam Tahun
2000). Penerbit: Kerajaan Malaysia.

Samuel Bassey Okposin, Abdul Halim Abdul Hamid, Ong Hway Boon ;
penterjemah Onn Mohd. Jadi, Zaleha Abu Bakar. 2003. Perubahan Fasa
Ekonomi Malaysia. Penerbit: Utusan Publication.

Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. 1995. Perkhidmatan Awam
Malaysia: Ke Arah Kecekapan dan Keberkesanan. Penerbit: Kerajaan Malaysia.

• Jurnal

Hood, Christopher;Guy Peters. 2004. The Middle Aging of New Public


Management: Into the Age of Paradox? Ournal of Public Administration
Research and Theory; 14: 267-282.
http://jpart.oxfordjournals.org/cgi/reprint/14/3/267

• Internet

Noore Alam Siddique. Public Services Innovations, Policy Transfer and


Governance In The Asia Pasific Region: The Malaysian Experiant.
http://www.joaag.com/uploads/Siddiquee.pdf

m/s: 20

You might also like